Docstoc

Haiwan Yang Halal dan Haram dimakan

Document Sample
Haiwan Yang Halal dan Haram dimakan Powered By Docstoc
					4.       SUMBER MAKANAN DAN MINUMAN HALAL

4.1.     Haiwan

Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:-

(a)           Haiwan Darat

(b)             Haiwan Air



4.1.1. Haiwan Darat

Semua haiwan darat halal dimakan kecuali :-

(a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak.

(b)    Babi

(c)    Anjing

(d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau,
beruang, gajah, kucing dan kera.

(e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar seperti burung helang.

(f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya seperti tikus, kala, ular, gagak, lipan dan
seumpamanya.

(g)    Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah dan burung belatuk.

(h)    Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.

(i)    Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya dan penyu.



4.1.2. Haiwan Air

Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di air sahaja seperti ikan. Ianya adalah halal
dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia seperti
ikan buntal.

4.2.          Tumbuh-tumbuhan

Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang beracun, memabukkan
dan membahayakan kesihatan manusia seperti ganja.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:801
posted:2/4/2010
language:Malay
pages:1