KKBI ilmu pendidikan KPLI

Document Sample
KKBI ilmu pendidikan KPLI
TUGASAN 1 (PSIKOLOGI PENDIDIKAN)



Pengertian Tingkah Laku Bermasalah



Tingkah laku yang tidak normal, iaitu ‘abnormal behavior’ dalam Bahasa Inggeris, dan terkeluar

dari nilai dan norma sosial masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan

tingkah laku normal yang lazimnya dipersepi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan

orang dalam masyarakat.



Tingkah laku bermasalah yang tertimbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu

dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam

persekitaran. Akibatnya, ia mengganggu emosi dan aktiviti kehidupan individu yang terlibat,

dan seterusnya mengganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi

berlaku.



Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang

individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Di bawah konteks

pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh

menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam

bilik darjah.



Tingkah laku bermasalah pelajar ini boleh berupa positif atau negatif. Tingkah laku

bermasalah positif yang telah dikenal pasti ialah tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar

cergas, dan proaktif. Manakala, tingkah laku bermasalah negatif, ialah tingkah laku distruktif,

disruptif, dan bergantung, termasuk hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri, dan

pengasingan diri.



Sama ada mewarisi tingkah laku bermasalah positif atau negatif, jika berlaku, ia akan

membawa kesan buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh

itu, guru harus peka dan berempati pelajarnya yang mempunyai tingkah laku bermasalah

supaya menentu dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk memodifikasikan

tingkah laku mereka yang tidak diingini, demi menjaga iklim bilik darjah yang kondusif dan

mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.



Jenis-Jenis Tingkah Laku Bermasalah



Sebagaimana yang telah dihuraikan, tingkah laku bermasalah adalah diklasifikasikan kepada

dua kategori yang utama, iaitu tingkah laku bermasalah negatif dan tingkah laku bermasalah

positif. Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku yang menghalang

(bergantung), tingkah laku yang mengganggu (disruprif), dan tingkah laku anti sosial (distruktif).



1

Manakala tingkah laku bermasalah positif merangkumi tingkah laku ingin tahu, cepat belajar,

pintar cerdas, dan proaktif yang telah disebutkan.







Jenis-jenis tingkah laku bermasalah tersebut diilustrasikan seperti berikut:



TINGKAH LAKU

BERMASALAH









Tingkah Laku Tingkah Laku

Bermasalah Negatif Bermasalah Positif









Bergantung Disruptif Ingin tahu Cepat belajar









Distruktif Pintar cerdas Proaktif









Tingkah Laku Bermasalah Negatif



Di antara tingkah laku bermasalah yang dibincangkan di atas, iaitu tingkah laku bergantung,

tingkah laku disruptif dan tingkah laku distruktif, tingkah laku bergantung merupakan kelakuan

yang membahayakan diri sahaja dan tidak mengganggu pelajar yang lain. Tingkah laku disruptif

bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga membahayakan pelajar lain, kerana pelajar yang

hiperaktif sering bertindak tanpa memikir akibatnya. Manakala tingkah laku distruktif

merupakan tingkah laku yang amat membahaya kerana ia bukan sahaja melakukan aktiviti

jenayah tetapi juga mengancam keselamatan orang dan kemudahan-kemudahan sekolah.



Rajah dibawah meringkaskan tiga jenis tingkah laku bermasalah dengan manifestasi gangguan

masing-masing.









2

Tingkah laku

bermasalah









Tingkah laku yang Tingkah laku yang Tingkah laku Anti

menghalang mengganggu Sosial









Bergantung









Tingkah laku yang

membahaya diri

 Kebimbangan

 Pergantunga

n berlebihan









3

Teknik-Teknik Mengumpulkan Maklumat Dan Mengenal Pasti Masalah.



Di dalam proses Bimbingan dan Kaunseling, mengumpulkan maklumat pelajar merupakan

langkah utama dan hendaklah diuruskan sebelum sesi kaunseling dimulakan. Maklumat-

maklumat pelajar yang dikumpul akan dianalisis, dinilai dan ditafsir dengan tujuan mengenal

pasti punca masalah pelajar, dan seterusnya digunakan sebagai bahan rujukan dalam

perancangan sesi kaunseling demi mencapai objektif yang ditentukan. Maka, untuk menolong

pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan berkesan, adalah wajar bagi guru

memahami pelbagai teknik mengumpulkan maklumat pelajar serta mengenal pasti masalah

dan puncanya.







Teknik-Teknik Mengumpul Maklumat Pelajar.



Di dalam Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah, maklumat-maklumat asas yang

diperlukan ialah hal peribadi pelajar, pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum yang

disertainya. Di antara teknik yang digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat asas

pelajar ini, teknik ujian dan teknik bukan ujian adalah disarankan.



1. Jenis teknik ujian untuk mengumpulkan maklumat pelajar



1. Ujian pencapaian akademik pelajar seperti ujian sumatif dan penilaian formatif

sekolah, termasuk UPSR, PMR, SPM dan STPM.



2. Ujian kecerdasan untuk mengukur darjah kecerdasan pelajar (IQ) yang

disarankan oleh Terman dan Binet.



3. Ujian Kecenderungan Bakat seperti Ujian Aptitud Differential (DAT).



4. Ujian Minat untuk menilai minat pelajar terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya

seperti Career Assessment Inventory (CAI) yang mengandungi tiga bidang,

merangkumi 6 tema am, 22 asas minat dan skala 89 kerjaya.



5. Ujian Personaliti digunakan untuk mengkaji aspek bukan kognitif seperti aspek

afektif, motivasi, emosi dan sikap seseorang pelajar, misalnya The Survey of

Personal Values (SPV) dan The Money Problem Check Lists (MPCL). Kedua-dua

ujian personaliti adalah digunakan untuk mendapat maklumat hal peribadi serta

nilai dan sikap pelajar.



6. Ujian Saringan digunakan untuk mengasingkan pelajar-pelajar yang cerdas

dengan yang kurang cerdas.

4

7. Ujian Diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan atau masalah

penguasaan kemahiran pembelajaran pelajaran. Keputusan ujian jenis ini adalah

penting bagi guru merancang aktiviti pemulihan.



8. Ujian Aptitud Khas seperti Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud Perkeranian,

Ujian Aptitud Seni dan Ujian Aptitud Muzik adalah digunakan untuk mengukur

potensi pelajar dalam bidang tertentu.



2. Jenis teknik bukan ujian untuk mengumpulkan maklumat pelajar.



1. Kajian Dokumen yang mengandungi maklumat pelajar. Bailey (1978)

membahagikan dokumen untuk kajian dalam dua kategori, iaitu dokumen utama

dan dokumen sekunder. Dokumen utama merangkumi autobiografi pelajar,

anekdot dan kad kumulatif. Manakala, dokumen sekunder merupakan laporan

ditulis berdasarkan temu bual, pemerhatian ataupun rujukan dokumen-

dokumen utama. Contoh dokumen sekunder ialah biografi pelajar, laporan guru

dan senarai semak.



2. Soal selidik melalui teknik temu bual untuk mendapat maklumat pelajar seperti

butir-butir diri, keluarga, kediaman, kesihatan, masa belajar, minat, hobi,

rancangan masa depan, aktiviti kokurikulum, aktiviti luar sekolah, pencapaian

istimewa dan cara menggunakan masa lapang, termasuk masa cuti sekolah.



Teknik menjalankan temu bual:



 Tentukan tujuan dan objektif temu bual



 Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi



 Tentukan soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam masa temu

bual, dan sediakannya secara bertulis serta bersistematik dengan

mengikut turutan yang sesuai.



 Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual.



 Menjalin hubungan mesra dan rasa keyakinan dengan bermula soalan-

soalan sosial sebelum mengemukakan soalan-soalan mencungkil

maklumat-maklumat pelajar.



 Merekod isi penting daripada jawapan-jawapan responden.



 Menganalisis dan mentafsir data yang diperoleh selepas temu bual.

5

 Menyediakan laporan atau rekod berdasarkan tafsiran data.



 Menyimpan maklumat dalam fail untuk digunakan sebagai kajian

dokumen pada masa kelak.



3. Teknik pemerhatian boleh digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri

perkembangan pelajar daripada bidang afektif dan psikomotor, khasnya bagi

mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik dan Pendidikan Jasmani.



Aktiviti pemerhatian tingkah laku pelajar harus diadakan ke atas

perlakuan mereka semasa di dalam dan di luar bilik darjah. Jenis alat

pemerhatian yang sering digunakan untuk merekod prestasi pelajar melalui

aktiviti pemerhatian ialah a) senarai semak dan (b) skala kadar.



Senarai semak dadah digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri tingkah

laku pelajar yang ada atau tidak ada. Di dalam senarai semak, ciri-ciri tingkah

laku pelajar hendaklah dinyatakan dengan mudah dan jelas serta disusun

mengikut tertib.



Skala kadar, selain daripada merekodkan tingkah laku pelajar yang telah

diperhatikan, pula menunjukkan darjah pencapaian tingkah laku yang

ditunjukkan oleh pelajar yang berkenaan. Darjah pencapaian ini lazimnya

dinyatakan dengan 5-mata, iaitu (1) amat buruk (2) buruk (3) sederhana (4) baik

(5) terbaik.



Di samping darjah pencapaian 5-mata tersebut, alat skala kadar

hendaklah mengandungi ciri-ciri tingkah laku yang utama serta disusun mengikut

tertib. Darjah pencapaian 5-mata lazimnya dinyatakan di sebelah setiap ciri

tingkah laku yang hendak dinilai.



4. Rekod anekdot ialah sejenis dokumen berbentuk laporan berdasarkan

pemerhatian sesuatu kejadian atau peristiwa seseorang pelajar oleh gurunya.

Laporan ini biasanya merekod tingkah laku atau personaliti pelajar yang

diperhatikan, termasuk komen guru yang memerhatinya. Berikut ialah contoh

borang Rekod Anekdot yang biasanya digunakan dalam peringkat sekolah.









6

Rekod Anekdot



Nama pelajar: Tingkatan:



Jantina: Umur:



Tarikh Tempat Kejadian/ Komen

Peristiwa









Nama Guru:









7

5. Kajian dokumen: Kad Himpunan 001 dan 002 : Kad Himpunan 001 merujuk

kepada Kad Rekod Persekolahan , manakala Kad Himpunan 002 merujuk kepada

Kad Rekod Peribadi (Sulit). Kedua-dua kad ini mula digunakan pada tahun 1967

bagi semua sekolah rendah dan menengah.



Kad Himpunan 001 mengandungi enam bahagian utama yang meliputi butir-

butir seperti berikut:



 Butir-butir pelajar.



 Butir-butir keluarga.



 Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum.



 Keputusan ujian/ peperiksaan sekolah.



 Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain hadiah akademik/ kokurikulum.



Kad himpunan 002 mengandungi lapan bahagian utama yang meliputi butir-butir

seperti berikut:



 Sifat-sifat diri.



 Minat/ kecenderungan seperti mana yang dipilih oleh pelajar.



 Pilihan pekerjaan oleh pelajar sendiri.



 Temuramah dengan ibu bapa.



 Rekod kesihatan pelajar.



 Rekod penyakit teruk.



Kedua-dua kad ini wajib diisi oleh guru kelas bagi pelajar yang berkenaan

pada setiap akhir tahun. Kad 001 dan 002 yang dipunyai oleh setiap orang

pelajar akan digunakan di sepanjang persekolahan mereka, iaitu, dari sekolah

rendah hingga ke sekolah menengah. Kad-kad tersebut disimpan di pejabat

sekolah. Sekiranya seseorang pelajar bertukar ke sekolah lain, kedua-duanya

akan dihantar ke sekolah barunya.



Bagaimana pun mulai tahun 1978, Kad Himpunan 001 dan 002 telah

dicantumkan dalam satu kad yang disebut sebagai Kad Rekod Persekolahan

Murid Sekolah Rendah 001 R(77) untuk murid-murid di sekolah rendah, dan

8

Kad Rekod Persekolahan Pelajar Sekolah Menengah 001 M(77) untuk pelajar-

pelajar di sekolah menengah. Kad-kad ini disimpan di sekolah rendah dan

sekolah menengah masing-masing untk dirujuk pada bila-bila masa.



Tujuan utama diadakan Kad Rekod Persekolahan pelajar ini ialah untuk

mengetahui kemajuannya dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum

dari setahun ke setahun, memahami sifat-sifat, minat dan kesihatan serta

latar belakang keluarganya. Maklumat-maklumat ini sangat penting bagi guru

membimbing mereka kea rah mengembangkan potensi mereka dari segi

intelek, jasmani, rohani dan sosial secara menyeluruh.



Kad Rekod Persekolahan pelajar mengandungi empat halaman, halaman 1

dan 2 merujuk kepada Kad Rekod Persekolahan yang meliputi butir-butir

seperti Kad Himpunan 001. Halaman 3 dan 4 merujuk kepada Kad Rekod Sulit

yang meliputi butir-butir seperti Kad Himpunan 002.



6. Senarai semak merujuk kepada inventori yang digunakan untuk mengkaji soal

selidik tentang sesuatu isu semasa, tabiat, pandangan atau masalah emosi-sosial

yang dihadapi seseorang atau sekumpulan individu. Di antara senarai semak

yang digunakan di sekolah ialah senarai semak jasmani-kesihatan, kegiatan

sosial-hiburan, perhubungan psikologi-sosial, emosi, moral-agama, pelajaran-

kerjaya, kurikulum, kaedah pengajaran dan aktiviti pendidikan yang lain.



Biasanya, isi senarai semak mengandungi dua bahagian yang utama, iaitu

Bahagian A merangkumi rekod maklumat butir-butir hal peribadi termasuk latar

belakang keluarga respondennya, manakala Bahagian B mengandungi senarai

item untuk dijawab oleh responden-responden yang hendak dikaji. Berikut ialah

satu contoh senarai semak yang digunakan untuk mengkaji masalah kurikulum

dan kaedah pengajaran sains yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam sesuatu

tingkatan yang tertentu.









9

Bahagian A



ARAHAN: Sila jawab semua soalan berikut dengan mengisi tempat-tempat kosong atau

dengan menandakan (√) di petak-petak yang disediakan.



1. Nama sekolah :………………………………………………………………………………………………………………



2. Umur :……………………………………… Tarikh lahir:…………………………………………………..



3. Tingkatan :………………………………………………………………………………………………………………



4. Jantina :………………………………………………………………………………………………………………



5. Alamat tempat tinggal :……………………………………………………………………………………………………



6. Tarikh menjawab senarai semak ini :………………………………………………………………………………



7. Bangsa:



Melayu Cina



India Lain-lain



8. Keputusan peperiksaan terakhir bagi mata pelajaran Sains (Markah/ Gred):



9. Bilangan adik-beradik :……………………………………………………………………………………………………..



10. Kedudukan dalam keluarga :……………………………………………………………………………………………



11. Pekerjaan bapa :………………………………………………………………………………………………………………



12. Pekerjaan ibu :………………………………………………………………………………………………………………….



13. Pendapatan bapa anda sebulan:



RM 1500 ke atas RM 1000-RM1500

RM 800-RM 999 RM 600-RM799

RM 400-RM 599 RM 400 ke bawah

14. Pendapatan bapa anda sebulan:



RM 1500 ke atas RM 1000-RM1500

RM 800-RM 999 RM 600-RM799

RM 400-RM 599 RM 400 ke bawah

15. Sekarang anda tinggal bersama:









10

Bahagian B



Bahagian ini mengandungi 30 item yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh

anda dalam mata pelajaran sains di dalam kelas anda. Baca item-item dengan teliti,

kemudian bulatkan SATU nombor (1, 2, 3, 4, 5) yang disediakan mengikut petunjuk

diberikan seperti berikut:



1= sangat setuju 2=setuju 3=berkecuali



4=tidak setuju 5=sangat tidak setuju



Bulatkan SATU

Bil Item-Item

Nombor

1 Tidak tertarik pada mata pelajaran sains 1 2

Sahaja 3 4 5

2 Tidak ada tempat belajar yang sesuai di rumah 1 2 3 4 5

3 Ibu bapa tidak memahami tugas dan kegiatan saya di sekolah 1 2 3 4 5

4 Mata pelajaran sains tidak berkaitan dengan kehidupan harian 1 2 3 4 5

5 Dipaksa mengambil mata pelajaran sains yang saya benci 1 2 3 4 5

6 Buku teks terlalu sukar difahami 1 2 3 4 5

7 Pengajaran guru terlalu sukar difahami 1 2 3 4 5

8 Perbincangan dalam kelas tidak mencukupi 1 2 3 4 5

9 Buku-buku yang berguna dalam perpustakaan tidak cukup 1 2 3 4 5

10 Terlalu banyak tugasan diberi dalam mata pelajaran sains 1 2 3 4 5

11 Tiada kebebasan dalam kelas, dipaksa duduk-dengar sahaja 1 2 3 4 5

12 Tidak suka masuk makmal kerana bimbang berlaku kemalangan 1 2 3 4 5

13 Tidak suka menghidu bau bahan kimia 1 2 3 4 5

14 Selalu lupa apa yang dipelajari 1 2 3 4 5

15 Bimbang kedudukan (markah) dalam kelas. 1 2 3 4 5

16 Bimbang menghadapi peperiksaan 1 2 3 4 5

17 Mendapat markah rendah dalam sains 1 2 3 4 5

18 Tidak cukup bijak belajar sains 1 2 3 4 5

19 Takut gagal dalam ujian sekolah 1 2 3 4 5

20 Ingin berhenti sekolah kerana wajib belajar sains 1 2 3 4 5

21 Tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sains 1 2 3 4 5

22 Asas sains saya terlalu lemah 1 2 3 4 5

23 Tidak suka menjalankan uji kaji dalam makmal 1 2 3 4 5

24 Guru sains kurang berkeyakinan 1 2 3 4 5

25 Masa belajar sains kurang cukup 1 2 3 4 5

26 Guru tidak bermesra dengan pelajar-pelajar 1 2 3 4 5

27 Guru tidak memeriksa tugas pelajar dengan teliti 1 2 3 4 5

28 Guru tidak bertimbang rasa terhadap perasaan pelajar-pelajar 1 2 3 4 5

29 Soalan peperiksaan tidak menguji apa yang diajar 1 2 3 4 5

30 Penilaian tidak adil 1 2 3 4 5



11

Langkah Dan Teknik Menguruskan Senarai Semak Dalam Soal Selidik



 Tentukan objektif soal selidik



 Tentukan responden-responden dalam kajian



 Sediakan inventori dan alat soal selidik



 Edarkan senarai semak kepada responden diikuti dengan taklimat menjawabnya.



 Kumpulkan balik senarai semak dan membuat tafsiran



 Menyediakan laporan dengan cadangan mengatasi masalah kepada pihak yang

berkenaan.



 Tindakan susulan.



Teknik jenis kajian



 Guru perlu membuat kajian keratan rentas, kajian membujur, kajian kes atau

kajian dokumen untuk membuat analisis yang lebih dalam mengenai murid-murid

yang menunjukkan masalah tingkahlaku.



 Dalam kajian membujur, murid-murid yang menunjukkan tingkahlaku

bermasalah akan diperhatikan untuk satu jangka masa untuk menilai semua

perubahan dalam tingkahlaku mereka.



 Kajian jenis ini termasuk memerhatikan tingkahlaku bermasalah murid-murid

untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubungan perubahan tingkahlaku

mereka.



 Kajian jenis ini memerlukan masa yang panjang dan perbelanjaan yang tinggi.



 Dalam kajian keratan rentas, seorang guru akan membuat kajian ke atas murid

yang menunjukkan tingkah laku bermasalah hanya pada satu jarak masa yang

khusus.



 Sebagai contoh, seorang guru akan mengambil sampel kanak-kanak yang

menunjukkan tingkah laku yang bermasalah daripada peringkat umur yang

berbeza untuk dikaji.









12

 Perubahan dalam sebahagian tingkahlaku bermasalah diukur dan dianalisa

dengan membandingkan tingkahlaku murid daripada satu peringkat umur

dengan yang lain.



 Kajian keratan rentas tidak mengambil masa yang panjang dan juga tidak

memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.



 Seseorang guru juga boleh melakukan kajian melalui kaedah kes untuk

menganalisa sebahagian tingkahlaku bermasalah dengan lebih mendalam

terutamanya apabila ia adalah tingkahlaku bermasalah yang sangat serius.



 Melalui kaedah kes, seseorang individu yang mempunyai masalah tingkahlaku

yang serius akan diperhatikan untuk satu jangkamasa yang panjang agar

seseorang guru boleh mendapatkan satu profil yang lengkap dan tepat mengenai

murid tersebut.



 Satu kelemahan kaedah kajian kes adalah ia sangat memakan masa. Kaunselor

sekolah atau psikologis perlu menjalankan kajian seperti ini.



 Kajian dokumen adalah kaedah kajian lain dimana analisisnya dibuat berasaskan

dokumen yang dikumpulkan mengenai murid yang menunjukkan tingkahlaku

bermasalah didalam bilik darjah.



 Dokumen mengandungi anekdot, borang maklumat murid, laporan temuduga

dan pemerhatian dan dokumen lain dan surat-surat yang mengandungi data

atau maklumat mengenai tingkahlaku dan pembangunan murid yang

menunjukkan tingkahlaku bermasalah.



Membuat rujukan kepada kaunselor atau pihak tertentu



Bagi kes-kes yang memerlukan kaunseling krisis, misalnya penyalahgunaan dadah,

tingkah laku tidak bermoral yang terlibat seks, dan cacatan organ deria, termasuk sakit jiwa,

guru haruslah merujuk kes-kes tersebut kepada kaunselor yang bertauliah atau pakar jiwa

untuk membantu pelajar yang bermasalah. Tugas guru di sini ialah menyerahkan segala

maklumat yang dikumpul dan telah dianalisis kepada kaunselor bertauliah atau pakar jiwa

sebagai rujukan.



Pengertian modifikasi tingkah laku



Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-

prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada yang positif.

13

Langkah-langkah yang bersistematik ini ialah:



 Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah



 Menetapkan matlamat



 Menetukan strategi bertindak



 Merancang prosedur atau plan bertindak



 Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak



 Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu



 Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan



Modifikasi tingkah laku ini merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah. Ia

sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah, sama ada negatif atau positif.



Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah mengubah tingkah laku negatif atau

salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkah laku positif,

menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim bilik darjah

yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Maka, untuk

mencapai tujuan ini, objektif pengurusan modifikasi tingkah laku murid ialah:



1. Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini; dan



2. Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini.



Kesan modifikasi tingkahlaku terhadap proses pengajaran dan pembelajaran



1. Modifikasi tingkahlaku merupakan satu strategi penting yang boleh digunakan dimana

tingkahlaku yang diingini dikukuhkan melalui teknik pengukuhan positif manakala

tingkahlaku yang tidak diingini dikurangkan atau dihentikan melalui penggunaan teknik

pengukuhan negatif.



2. Peraturan sekolah perlulah lebih jelas dan dipatuhi oleh murid-murid agar pengukuhan

disiplin di sekolah beroperasi pada peringkat optima.



3. Kesan utama melaksanakan satu program modifikasi tingkahlaku ialah ia akan

membawa pengukuhan dalam pencapaian akademik, kecekapan sosial dan keadaan

persekolahan yang lebih kondusif.



4. Kesan lain daripada program modifikasi tingkahlaku ialah motivasi intrinsik murid-murid

dapat ditingkatkan sehingga mereka tidak lagi bergantung kepada pemberian

materialistik untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif.





14

TUGASAN 2 (PEDAGOGI)



Menurut Mok Soon Sang, terdapat 4 jenis teori pembelajaran iaitu Behavioris, kognitif, sosial

dan humanis. Namun menurut Dr. Ragbir Kaur, terdapat 5 teori pembelajaran iaitu Behavioris,

Kognitif, Sosial, Humanis dan Konstruktivis. Teori pembelajaran merujuk kepada penerangan

prinsip yang mana adalah berkaitan dan bergantung dan digunakan untuk mengkelaskan faktor

berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran.



Keempat-empat mazhab teori pembelajaran ini adalah dihuraikan secara ringkas seperti

berikut:



1) Mazhab Behavioris



Di antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh ialah Parlov, Thorndike dan

Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan

tingkah laku. Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada

pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam

keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan

gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku

pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.



Parlov, Thorndike dan Skinner menghuraikan perubahan tingkah laku sebagai hasil

proses pembelajaran adalah kerana berlakunya perhubungan stimuli (ransangan)

dengan tindak balas organisma. Melalui proses pembelajaran berlandaskan pelaziman

(conditioning), sesuatu perhubungan yang baru akan dibentuk daripada

menghubungkaitkan stimuli dengan tindak balasnya, dan akibatnya membawa

perubahan tingkah laku organisma yang berkenaan.



Perlu ditegaskan bahawa pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak

balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika

terdapat motivasi yang sesuai, iaitu sesuatu penggerak yang dapat mendorongnya

berusaha memikirkan erti ransangan itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila

perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.



2) Mazhab Kognitif



Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel, berpendapat

bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan

tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka

tumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian

masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Oleh itu, teori-

teori pembelajaran di bawah mazhab kognitif (ini juga dikenali sebagai teori Gestalt),

adalah ditumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah

penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Mengikut teori

Gestalt (bermaksud bentuk, pola dan tatarajah), manusia mempunyai struktur kognitif,



15

dan dalam proses pembelajaran, otaknya akan menyusun segala maklumat dalam

ingatannya.



Tokoh-tokoh mazhab kognitif menekankan proses kognitif yang sebenarnya

menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Mereka tidak bersetuju

dengan teori stimuli-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana

stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran

ialah suatu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.

Mengikut mereka, pembelajaran bukan percubaan secara membabi buta tetapi

mempunyai motif atau objektif tertentu. Ia bukan sahaja perhubungan stimuli-tindak

balas tetapi juga kefahaman terhadap keadaan dan perkara pokoknya, demi melakukan

proses pembelajaran. Dengan perkataan lain, sekiranya dia tidak dapat mengenal pasti

perhubungan perkara dan ertinya yang dipelajari, walaupun melalui latihan berkali-kali,

pembelajaran tidak akan berlaku. Misalnya, kita tidak dapat belajar menulis karangan

jika tidak dapat memahami perhubungan isi dengan struktur bahasanya. Kita pula tidak

dapat belajar penyelesaian masalah matematik sekiranya tidak dapat memahami

perhubungan prinsip-prinsip matematik yang berkaitan dengan masalahnya. Mengikut

kajian tokoh-tokoh mazhab kognitif, pembelajaran hanya boleh berlaku adalah

berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk

mempelajari pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela mengambil

inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.



3) Mazhab Sosial



Mazhab sosial atau neobehavioris menyarankan teori pembelajaran dengan

menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif yang telah

dihuraikan di atas. Tokoh mahzab sosial, seperti Bandura yang berasal dari Kanada,

menegaskan pembelajaran melalui proses permodelan, iaitu pembelajaran melalui

proses pemerhatian atau peniruan. Mereka berpendapat bahawa teori pembelajaran

sesungguhnya meliputi aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga

meliputi aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif.



4) Mazhab Humanis



Mazhab humanis berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan

perasaannya. Mereka menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza

dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah

diaturkan mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar sendiri. Mengikut ahli-

ahli mazhab humanis, termasuk Carl Rogers, setiap individu mempunyai potensi dan

keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri

pelajar dan member bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke

tahap optimum.







16

Ringkas kata, ramai ahli psikologi, pada umumnya, mentafsirkan pembelajaran sebagai

proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, menghasilkan perubahan tingkah

laku yang agak kekal.



Ringkasan pembelajaran ini membawa implikasi-implikasi yang dihuraikan seperti

berikut:



1) Pembelajaran yang berlaku ialah hasil daripada latihan atau pengalaman. Ini bermakna

sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melalui latihan atau pengalaman

tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Berdasarkan implikasi ini, perubahan tingkah

laku kerana pertumbuhan, kematangan, atau kelukaan misalnya, tidak boleh disebut

sebagai pembelajaran.



2) Perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran mempunyai ciri kekekalan.

Berdasarkan konsep ini, perubahan tingkah laku buat sementara sahaja, misalnya

tindakan perlahan-lahan kerana letih, mabuk kerana minuman keras, halusinasi kerana

makan ubat atau salah guna dadah, tidak ada kaitan dengan pembelajaran.



Berdasarkan huraian di atas, pembelajaran didapati mula berlaku apabila tindak balas

(pengamatan) diadakan terhadap sesuatu ransangan yang tertimbul. Pembelajaran ini

akan berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan, dan pembelajaran

dikatakan berakhir apabila konsep baru dibentuk atau kemahiran baru sesuatu bidang

telah dikuasai. Rajah di bawah adalah ilustrasi ringkas konsep pembelajaran dengan

unsur-unsur utama yang berkaitan.





Tindak balas:

Ransangan Motivasi

Pengamatan (pembelajaran bermula)









Tindak balas: Pembentukan konsep/ Motivasi

Pembelajaran berakhir

penguasaan kemahiran baru









17

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN



Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran

yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran

ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar, dan seterusnya

menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk

mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.



Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab

yang utama, iaitu, behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Keempat-empat mazhab teori

pembelajaran ini adalah dihuraikan secara ringkas berikut:



TEORI PEMBELAJARAN MAZHAB BEHAVIORIS



Di antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori

pembelajaran ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalah

berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah

dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan

burung dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan

rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka,

tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Mereka menekankan bahawa

perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran, demi

membentuk sesuatu tingkah laku yang baru. Oleh itu, teori pembelajaran ini pula disebut

sebagai Teori Rangsangan-Gerak Balas.



TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV



Teori Pelaziman Klasik juga dikenali sebagai pelaziman gantian, pelaziman pemindahan,

pelaziman bergerak balas/ responden atau Teori R-G. Pembelajaran melalui pelaziman ini

adalah pertama kali dikaji oleh seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov (1849-1936).



Di dalam kajian-kajian mengenai sistem pencernaan haiwan sebelumnya, Pavlov (1906) telah

mendapati bahawa rembesan air liur dan jus gastrik anjing bukan sahaja ditambah semasa

makanan di dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang dikesannya. Beliau berpendapat

fenomena rembesan air liur dan jus gastrik berlaku semasa makanan berada dalam mulut

anjing adalah sesuatu jenis gerak balas (response) yang tidak perlu dipelajari. Ahli psikologi

memberi namanya sebagai gerak balas tak terlazim (unconditioned response); tetapi,

fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah sesuatu yang

dipelajari. Oleh itu, fenomena ini dipanggil sebagai gerak balas terlazim (conditioned response),





18

manakala, makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagai rangsangan terlazim

(conditioned stimulus).



Ringkasan Model Pelaziman Klasik Pavlov adalah diilustrasikan seperti rajah di bawah:



1. Rangsangan tak terlazim: makanan Gerak Balas Tak Terlazim

(Unconditioned Stimulus, UCS) Rembesan air liur dikesan

(Unconditioned Response, UCR)



2. Ransangan terlazim: bunyi loceng Gerak balas tiada kaitan dengan tindak balas

(conditioned stimulus, CS) tak terlazim, misalnya perhatian anjing sahaja.



3. Ransangan Terlazim-Ransangan tak terlazim Gerak balas tak terlazim







4. Ransangan Terlazim (Perkaitan baru) Gerak Balas Terlazim

(CS: bunyi loceng mengganti makanan) (CR=UCR: rembesan air liur dikesan)



Implikasi teori pelaziman Pavlov dalam pengajaran-pembelajaran

1. Mengikut teori pelaziman klasik Pavlov, gerak balas positif dapat dipupuk melalui

pelaziman klasik. Proses ini adalah dihuraikan dalam rajah di bawah:



Suatu model pelaziman klasik

a) Sebelum pelaziman

Guru Matematik Mengajar Kelas Kali Gerak balas (Perhatian murid) tak

Pertama. (Ransangan Tak Terlazim) terlazim terhadap aktiviti pengajaran

sahaja.



b) Semasa pelaziman

Guru mengajar dengan cara Murid tumpukan perhatian. (Gerak

menarik. (Ransangan terlazim) balas tak terlazim)





c) Selepas Pelaziman

Kehadiran guru (menarik) Murid tumpukan perhatian.

(Ransangan terlazim) (Gerak balas terlazim)









19

2. Model Pembelajaran Pelaziman Pavlov yang asalnya mula digunakan dalam bidang

fisiologi pula dapat diaplikasikan dalam bidang tingkah laku pembelajaran orang

manusia. Misalnya, kita ingin mengajar kanak-kanak berumur empat tahun perkataan

‘buku’ selepas mereka telah boleh sebut bunyinya (UCR) apabila ditunjukkan sebuah

buku (UCS) di depan mereka. Di bawah keadaan ini, kita boleh mula menggunakan

perkaitan yang sedia ada (UCS UCR) untuk membentuk perkaitan yang baru, iaitu

menunjukkan kad perkataan ditulis ‘buku’, kemudian diikuti dengan sebuah buku

untuk mendapat gerak balas kanak-kanak, iaitu:







Buku ‘Buku’ disebut oleh kanak-kanak









( CS UCS UCR)



Aktiviti ini diulang beberapa kali hingga kanak-kanak dapat menyebut perkataan

‘buku’ (CR) apabila kad perkataan ‘buku’ sahaja ditunjukkan.



3. Di samping pembelajaran perkataan, Model Pembelajaran Pelaziman Klasik pula boleh

digunakan untuk belajar symbol matematik dan konsepnya, apabila satu rangsangan

digantikan dengan rangsangan yang lain, iaitu rangsangan terlazim sekunder.



4. Untuk mengajar dengan berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif

(rangsangan terlazim) dengan tugasan pembelajaran (rangsangan tak terlazim) demi

menghasilkan gerak balas terlazim, iaitu melalui aktiviti pembelajaran yang

memuaskan.



5. Bimbing murid menggunakan kemahiran untuk membuat generalisasi dengan tepat,

dengan memberi pelbagai contoh yang berkaitan.



6. Bimbing murid menggunakan kemahiran untuk membuat diskriminasi. Misalnya

mengenal pasti ciri-ciri khusus segiempat selari dan rombus.



7. Berikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dengan gerak

balas terlazim. Misalnya, memberi latihan penyelesaian masalah matematik kerap kali.



8. Gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang

menunjukkan fenomena proses penghapusan. Misalnya, menggunakan rangsangan





20

baru sebagai rangsangan terlazim dalam proses memotivasikan murid semasa aktiviti

pembelajaran.



9. Membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup

hingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.







TEORI PELAZIMAN WATSON



J. B. Watson (1878-1958), seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat, merupakan orang yang

pertama mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia. Kajiannya

banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Yang terkenalnya ialah kajian beliau

tentang emosi kanak-kanak dengan menggunakan Model Pelaziman Klasik.



Pembelajaran Emosi



Selain daripada tingkah laku, Watson pula menjalankan kajian tentang pembelajaran emosi

manusia. Mengikut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi, iaitu takut, marah

dan kasih sayang. Emosi manusia atau perubahannya adalah dipelajari melalui proses

pelaziman. Untuk membuktikan hipotesisnya, Watson menggunakan seorang bayi berumur 9

bulan yang bernama Albert dan seekor tikus putih yang jinak. Sebelum menjalankan

eksperimennya, Watson telah berjaya mengenal pasti dua perkara yang penting melalui

pemerhatiannya, seperti berikut:



Di dalam eksperimennya, Watson cuba menunjukkan bahawa Albert adalah boleh

diajar, melalui proses pelaziman, supaya takut pada tikus putih itu. Langkah-langkah

eksperimen adalah dihuraikan seperti berikut:



1. Seekor tikus putih ditunjukkan kepada Albert yang menunjukkan minat terhadapnya.



2. Sebaik sahaja tikus putih itu ditunjukkan kepada Albert pada kali kedua, suatu

dentuman yang kuat dibunyikan dari belakang. Albert dengan serta merta, terperanjat

dan menunjukkan reaksi takut.



3. Langkah 2 diulang beberapa kali, iaitu:



Tikus putih, dentuman kuat Reaksi takut

(rangsangan terlazim) (gerak balas tak terlazim)



4. Tikus putih itu ditunjukkan sahaja, Albert menunjukkan reaksi takut.

Tikus putih Reaksi takut

21

(rangsangan terlazim) (gerak balas terlazim)



Berdasarkan hasil kajiannya, Watson merumuskan bahawa Albert telah

menghubungkaitkan dentuman kuat dengan tikus putih yang dilihatnya. Dengan proses

pelaziman ini, Albert telah belajar tingkah laku takut.









22

Implikasi Teori Pembelajaran Watson Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran



1. Semua tingkah laku boleh dipelajari melalui proses pelaziman. Tingkah laku positif

boleh diajarkan dengan rangsangan yang sesuai.

2. Untuk menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, pelajar hendaklah belajar

perhubungan gerak-gerak balas secara sistematik.

3. Untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam ingatan, latihan-latihan hendaklah

dijalankan secara berkerap kali.

4. Dalam proses pengajaran, guru hendaklah menggunakan rangsangan yang boleh

memotivasikan murid supaya berminat belajar, dan mengelakkan penggunaan

rangsangan yang membawa kesan negatif.



TEORI PELAZIMAN OPERAN



Teori Pelaziman Klasik walaupun boleh digunakan untuk menjelaskan tingkah laku

pembelajaran yang mudah, tetapi ia tidak dapat menjelaskan banyak tingkah laku pembelajaran

yang lain. Misalnya, untuk melatih seekor anjing berdiri yang tidak pernah dipelajarinya, kita

tidak boleh gunakan cara sebagaimana yang disarankan dalam Teori Pelaziman Klasik. Di dalam

latihan serupa ini, kita mesti terlebih dahulu membantu anjing itu berdiri, kemudian diberi

makanan sebagai ganjaran. Di sini, gerak balas (berdiri) berlaku sebelum rangsangan

(makanan), manakala mengikut Teori Pelaziman Klasik, pembelajaran (gerak balas) hanya

berlaku selepas rangsangan diberi. Tambahan pula, di dalam kajian pelaziman klasik, gerak

balas terlazim yang dihasilkan oleh rangsangan terlazim adalah sama dengan gerak balas tak

lazim yang dihasilkan oleh rangsangan tak terlazim, iaitu kedua-dua gerak balasnya ialah sama,

misalnya rembesan air liur. Sedangkan, di dalam proses melatih anjing berdiri gerak balas

berdiri tidak sama dengan gerak balas makan itu. Oleh itu, ahli-ahli psikologi berusaha

menjalankan kajian lain, iaitu pelaziman operan, yang mengikut mereka dapat menjelaskan

bagaimana anjing belajar berdiri serta pembelajaran-pembelajaran yang lain yang tidak dapat

dihuraikan dengan menggunakan Teori Pelaziman Klasik sahaja.

Pembelajaran Pelaziman Operan ini merujuk sesuatu bentuk pembelajaran seseorang

individu yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap dipilih daripada

beberapa gerak balasnya.



TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE









23

Selain daripada kucing, Thorndike pula menggunakan beberapa jenis haiwan lain untuk

menjalankan kajian yang berkenaan. Kesimpulan yang didapati daripada hasil kajian beliau

adalah dihuraikan seperti berikut:

Pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and error) atau memilih dan menghubungkait

(selecting and connecting). Di dalam proses ini, oleh kerana latihan dilakukan secara berulang-ulang, gerak balas

yang salah dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurang, perhubungan di antara rangsangan

dengan gerak balasnya akan semakin bertambah kukuh. Maka, perhubungan di antara rangsangan dengan gerak

balasnya sebenarnya mewakili konsep pembelajaran.





Mengikut Thorndike (1913), perhubungan ini yang dapat berlaku adalah berdasarkan

kepada bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Dengan

huraian ini, Thorndike berjaya membentuk tiga hukum pembelajarannya, iaitu Hukum

Kesediaan (law of readiness), Hukum Latihan (law of exercise) dan Hukum Kesan (law of effect).





-Pelajar bersedia belajar (rangsangan

motivasi) pembelajaran berkesan

HUKUM KESEDIAAN dan memuaskan.

-Pelajar belum bersedia belajar ataupun

dipaksa belajar (tanpa rangsangan)

pembelajaran tidak berkesan.









Pertalian antara rangsangan dan gerak

balas akan bertambah kukuh jika latihan;

HUKUM LATIHAN aplikasi serta aktiviti pengukuhan

diberikan.









Pertalian antara rangsangan dan gerak

balas akan bertambah kukuh jika dapat

HUKUM KESAN kesan pengalaman yang menyeronokkan

dan gerak balas ini akan diulang. Manakala,

jika kesan pengalaman itu menyakitkan,

gerak balas tersebut akan lenyap.







TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER



Menurut skinner, hampir semua tingkah laku manusia boleh dibahagikan kepada dua kategori:

tingkah laku responden dan tingkah laku operan.



24

Tingkah laku responden adalah tingkah laku tidak terlazim seperti yang dihuraikan oleh

Pavlov dalam Teori Pelazimannya. Tingkah laku ini adalah gerak balas terhadap stimuli

(rangsangan) khusus dari alam sekitar. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas

satu stimuli baru digunakan sambil dengan stimuli lama. Apabila stimuli ini digunakan beberapa

kali, stimuli baru ini sahaja telah cukup untuk mendapat gerak balas terlazim yang dijangkakan.

Dalam pembelajaran secara responden, pelajar bertindak balas terhadap stimuli yang diberikan.

Oleh itu, pembelajaran ini merupakan pembelajaran stimuli-gerak balas. Gerak balas responden

ini adalah dibangkitkan (elicited) oleh sesuatu rangsangan yang diketahui. Maka, pembelajaran

jenis ini merupakan pasif, kerana tiada rangsangan, pembelajaran pun tidak berlaku.



Tingkah laku operan ialah tingkah laku yang bukan otomatik atau boleh dijangkakan

serta tidak ada kewujudan dengan stimuli yang telah dikenal pasti dahulu. Tingkah laku operan

ini merupakan satu set yang merangkumi beberapa contoh tingkah laku yang spesifik,

beroperasi dan menghasilkan gerak balas terhadap situasi dalam alam sekitarnya.



Mengikut huraian Skinner (1930’s), tingkah laku operan ini merupakan gerak balas yang

dihasilkan (emitted) daripada diri sendiri, seperti tikus memijak alat penekan tanpa wujudnya

sesuatu rangsangan yang diketahui. Oleh itu, pembelajaran jenis ini merupakan aktif, kerana

pembelajaran (gerak balas) yang berlaku adalah berdasarkan inisiatif diri sendiri tanpa

menunggu sebarang rangsangan yang berkenaan timbul.



Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif



Mengikut skinner, apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah

memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan

ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja

wujudnya tingkah laku operan itu. Stimuli ini dinamakan oleh Skinner sebagai ‘ peneguhan’

(reinforcement). Mengikut beliau, peneguhan boleh berupa positif atau negatif.







Peneguhan Positif



Kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan

yang diingini (atau tidak diingini) ditambah.









Tingkah laku

operan





25

Peneguhan Negatif



Kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan

ditambah dengan memindahkan atau

menghapuskan stimuli yang mengganggu.









INTISARI TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER



Teori Pelaziman Operan ini adalah hasil kajian Skinner ke atas tikus, burung merpati dan

manusia. Berdasarkan hasil kajian, Skinner membuat beberapa rumusan tentang pembelajaran

manusia berikut:



 Pembelajaran berlaku melalui pelaziman operan secara diri sendiri.



 Peneguhan ialah suatu proses yang menggunakan peneguh positif atau peneguh negatif

untuk mengukuh dan mengekalkan sesuatu tingkah laku operan yang dihasilkan.



Tingkah laku Peneguh tingkah laku operan

Operan dihasilkan (positif/ negatif) diulangi, diperkukuh

dan dikekalkan.



Ulangkaji Prestasi Motivasi belajar bertambah

cemerlang





 Peneguhan positif ialah ransangan penting untuk menambahkan kebarangkalian gerak

balas pelajar.



 Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan

mengulangi tingkah laku operan yang diingini.



 Penghapusan sesuatu tingkah laku operan yang dihasilkan akan berlaku jika peneguhan

tidak diberikan.



 Organisma boleh menguasai konsep generalisasi melalui proses pelaziman operan.



 Dalam proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai

kejayaan dalam tahap yang lebih tinggi.



Implikasi teori pelaziman operan skinner dalam pengajaran dan pembelajaran



26

1. Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara

berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat

dikukuh dan dikekalkan.



2. Penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan

daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan.



3. Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk

memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini, misalnya menghentikan

peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif.



4. Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan

supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.



5. Menggunakan prinsip jadual peneguhan skinner untuk merancang dan melaksanakan

peneguhan berterusan dan peneguhan berkala yang berpatutan agar menjamin tingkah

laku operan itu dapat dikukuh dan dikekalkan.



6. Kadangkala, peneguhan negatif pula sesuai digunakan untuk mendapat tingkah laku

yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian masa rehat jika pelajar tidak mematuhi

peraturan atau disiplin bilik darjah.



Kesimpulan: Perbandingan Teori-Teori Pembelajaran Behaviorisme



Sebagaimana yang telah dibincangkan, teori-teori pembelajaran behaviorisme pada amnya

boleh diklasifikasikan dalam dua kategori yang utama, iaitu teori pelaziman operan ( yang

dipelopori oleh Thorndike dan skinner). Teori pelaziman klasik menekankan pembelajaran

melalui perhubungan rangsangan dengan gerak balas, manakala Teori Pelaziman Operan

mementingkan pembelajaran melalui peneguhan. Jadual berikut menghuraikan secara ringkas

perbezaan antara pelaziman klasik dengan pelaziman operan.



Jenis Pelaziman Klasik Pelaziman Operan

Pelopor Utama Pavlov, Watson Thorndike, Skinner

Gerak Balas  Responden  Operan

(Tingkah Laku)  Bukan inisiatif sendiri  Inisiatif sendiri (bergantung

(bergantung kewujudan kepada peneguhan)

rangsangan/ stimuli)  Bersifat aktif

 Bersifat pasif

Urutan Pelaziman  Gerak balas/ tingkah laku  Gerak balas/ tingkah laku

dihasilkan selepas berlaku adalah kesan

rangsangan daripada rangsangan/

peneguhan



27

Cara Pembelajaran  Menggunakan rangsangan  Menggunakan peneguhan

tak terlazim dikaitkan positif/ negatif

dengan rangsangan  Secara operan terhadap

terlazim. kesan daripada

 Secara responden terhadap rangsangan.

rangsangan









28

TEORI PEMBELAJARAN MAZHAB KOGNITIF

Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel, berpendapat bahawa

pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat

diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka tumpukan kajian kepada

pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut

peringkat umur dan kebolehan pelajar. Oleh itu, teori-teori pembelajaran di bawah mazhab

kognitif (ini juga dikenali sebagai teori gestalt), adalah ditumpukan kepada cara pembelajaran

seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran

tatarajah), manusia mempunyai struktur kognitif, dan dalam proses pembelajara, otaknya akan

menyusun segala maklumat dalam ingatannya.



Mengikut kajian tokoh-tokoh mazhab kognitif, pembelajaran hanya boleh berlaku

adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk

mempelajari pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri

sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.



1. Teori pembelajaran kohler



Wolfgang Kohler (1887-1967) dan rakannya Kuri Koffka (1886-1941) adalah dua orang

ahli psikologi German yang bermastautin di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20.

Mereka menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpanzi

menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung di bumbung

sangkarnya. Cimpanzi itu mula menggunakan cara lompat-melompat, tetapi gagal

mendapat pisang itu. Ia tiba-tiba dapat melihat pertalian di antara susunan kotak-kotak

dengan cara mendapat pisang tersebut.



Kohler pun menyimpulkan hasil kajiannya itu sebagai:



1. Haiwan seperti cimpanzi di atas pula belajar melalui proses kognisi.



2. Cimpanzi yang menggunakan alatan untuk menyelesaikan masalah, jelaslah bukan

tindakan secara membabi buta, tetapi berdasarkan pengalaman dan persepinya, iaitu

mendapati perkaitan di antara rangsangan-rangsangan seperti kotak-kotak dan pisang

yang berada dalam situasi masalah yang dihadapinya.



Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu

mendapat pisang yang tergantung, disebut sebagai celik akal. Daripada hasil kajian itu,

Kohler pun menyarankan bahawa celik akal merupakan kebolehan mental yang

mendorongkan manusia menghubungkan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran

secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

29

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOHLER



 Guru perlu menggalakkan pelajarnya untuk menggunakan celik akal untuk

menyelesaikan masalah pembelajaran



 Guru membimbing pelajar menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan

unsur-unsur dalam persekitaran.



 Menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang

sesuai.



 Membimbing pelajar menyelesaikan masalah dengan teknik menyoal.



 Menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar

supaya menggunakan celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan atau

generalisasi



 Mengajar pengalaman baru berdasarkan tahap kebolehan pelajar dan

pengalaman mereka



 Membekalkan bahan-bahan pelajaran yang lengkap supaya pelajar yang boleh

menggunakan mereka untuk menyelesaikan masalah.



Di dalam pembelajaran manusia, misalnya semasa menyelesaikan

masalah geometri, kita kadangkala pernah mengalami situasi penyelesaiannya

yang didatangkan secara tiba-tiba. Bagaimanapun, seorang individu yang tidak

pernah belajar sebarang teori asas geometri, tentunya tidak akan dapat

menyelesaikan masalah geometri tersebut, sekiranya individu itu semata-mata

bergantung celik akalnya sahaja.



2. Pembelajaran Isyarat Tolman (Signs Learning)



Mengikut E.C Tolman, seorang ahli psikologi yang terkenal dalam kajian peta kognitif

haiwan pembelajaran individu mempunyai tujuan yang bermakna (Learning Is

Purposive), iaitu di dalam situasi pembelajaran individu, ia bukan merupakan tindakan

secara membabi buta, tetapi mempunyai hasrat mencapai sesuatu objektif. Maka, gerak

balas individu bukan sahaja merupakan tindakan fizikal, tetapi juga aktiviti yang

mempunyai arah-tujunya. Mengikut pernyataan beliau, di dalam proses pembelajaran,

pembelajaran individu akan beransur-ansur maju mengikut tanda-tanda yang

memimpinnya kearah mencapai objektif yang ditentukan. Kebolehan individu yang

dapat mencapai objektif yang ditentukan. Kebolehan individu yang dapat mengenal

30

pasti tanda-tanda dalam proses pembelajaran adalah bergantung kepada keupayaan

persepsi dan kognitifnya. Selepas objektifnya telah dicapai kali pertama, maka apabila

situasi pembelajaran yang sama berlaku semula, iaitu tanda-tanda yang berkaitan

dengan objektifnya di wujud semula, gerak balas yang diharapkan akan diikuti dengan

bertambah kukuh. Dengan berulang-ulang situasi pembelajaran beberapa kali

kemudian, maka tingkah laku individu telah dianggap berjaya dibentuk. Sebaliknya, jika

objektifnya tidak diiringi lagi dengan kewujudan tanda-tanda yang berkaitan dahulu,

maka gerak balas individu yang diharapkan pula diiringi dengan situasi yang semakin

lemah. Lantas itu, tolman berpendapat keputusan tindakan seseorang individu adalah

berasaskan persepsinya terhadap rangsangan yang diwujudkan. Dengan perkataan lain,

syarat yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran ialah kefahaman individu

terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu kefahamannya terhadap tanda dengan tanda,

serta kognitifnya terhadap perhubungan tanda-tanda dengan objektif yang hendak

dicapai. Mengikut beliau, untuk menjadikan tingkah laku seseorang individu mempunyai

tujuan, maka dia harus memahami situasi yang dihadapi.



Implikasi teori pembelajaran isyarat tolman dalam pengajaran-pembelajaran



1. Pembelajaran merupakan perkaitan rangsangan-rangsangan dengan objektifnya.

Untuk mencapai sesuatu objektif (iaitu menguasai kemahiran ataupun

memperolehi ilmu pengetahuan), guru hendaklah melatih pelajar menggunakan

persepsi mereka dengan tepat.



2. Persepsi adalah penting untuk perkaitan rangsangan-rangsangan (misalnya

symbol, istilah, bahasa dan sebagainya) dengan kemahiran ataupun ilmu

pengetahuan.



3. Sesuatu masalah yang melibatkan penggunaan beberapa rangsangan (misalnya,

hukum, prinsip atau teorem) hendaklah dipersepsikan secara keseluruhan.

Misalnya, untuk menyelesaikan masalah geometri tentang bulatan, semua

teorem asas geometri yang berkaitan hendaklah dibawa dalam pertimbangan.



4. Guru hendaklah membimbing pelajar supaya membentuk peta kognitif yang

tepat dalam proses pembelajaran.



5. Untuk mencapai pembelajaran dengan berkesan, pelajar hendaklah terlebih

dahulu mempunyai gambaran secara keseluruhan terhadap isi kandungan yang

akan dipelajari.







31

3) TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET



Di dalam Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak yang telah dibincangkan, Piaget

menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar sebagai faktor yang penting untuk

perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat, di dalam proses pengubahsuaian

diri dalam alam sekitar, pembelajaran individu sebenarnya telah berlaku apabila

memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara,

atau benda yang terdapat dalam alam sekitar.



Di dalam teori pembelajaran kognitif piaget (1970), terkandung huraian lima

pandangannya yang asas, iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi

yang berkaitan rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu.



1) Skema



Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses

pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Ia adalah dirujuk sebagai kebolehan atau

pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang

diwarisi. Oleh itu, skema yang ditonjolkan, misalnya aksi, bahasa, pemikiran, pandangan

ataupun idea yang boleh mewakili ciri tingkah laku, adalah disebut sebagai skema

individu itu. Maka, skema individu merupakan tingkah lakunya yang sering berubah

mengikut pembelajaran. Di dalam peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak,

skema tingkah laku mereka berubah dari semasa ke semasa, biasanya daripada kasar

kepada halus, dan daripada mudah kepada kompleks. Misalnya, bentuk aksi kanak-

kanak, seperti gunakan tangan berusaha memegang sesuatu benda diperlihatkan kurang

cekap, tetapi tekniknya beransur-ansur maju apabila perubahan koordinasi otot-otot

bertambah cekap serta semakin banyak pengalaman yang telah diperolehi daripada

pembelajaran. Mengikut piaget, perubahan skema kanak-kanak ini sebenarnya mewakili

hasil yang diperolehi daripada pembelajaran.



2) Adaptasi (adaptation) dan keseimbangan (equilibration)



Di dalam teori pembelajaran kognitif piaget, adaptasi dan keseimbangan adalah saling

berkait, dan saling mempengaruhi satu antara sama lain. Tambahan pula, kedua-duanya

menggunakan skema sebagai asas tindakan di antara mereka.



Kehidupan individu di dalam alam sekitar, sekiranya skemanya (bentuk tingkah

laku) yang sedia ada telah memadai digunakan untuk memuaskan keperluan semasa



32

proses pengubahsuaian diri, maka individu itu tidak perlu lagi memperolehi pengalaman

baru, dan memangnya, pembelajaran baru tidak akan berlaku. Di dalam situasi ini, ia

bermakna skemanya belum berubah, bentuk adaptasi pun belum berubah; oleh itu

perhubungan dalaman dan luaran individu adalah dikatakan sedang di bawah keadaan

keseimbangan.



Sebaliknya, jika seseorang individu tidak dapat menggunakan skemanya yang

sedia ada untuk mengadaptasikan keperluan alam sekitar, keadaan keseimbangan di

antara individu itu dengan alam sekitarnya akan hilang dan lenyap. Dalam masa ini,

individu itu harus mengubah skemanya untuk digunakan dalam mengadaptasikan

keperluan alam sekitar, maka keseimbangan kemudiannya akan dapat dipulihkan

semula. Mengikut teori piaget, adaptasi merupakan proses perubahan skema selaras

dengan keperluan situasi. Proses adaptasi yang berlaku adalah kerana kehilangan

keseimbangan buat sementara di antara individu dengan alam sekitar. Untuk

mengekalkan keseimbangan ini, individu hendaklah mengubahsuai diri melalui proses

adaptasi. Oleh itu, mengikut huraian piaget, proses perubahan tingkah laku individu

untuk mengadaptasikan diri dalam alam sekitar adalah sebenarnya merupakan proses

pembelajaran. Di dalam proses ini, keseimbangan adalah sama dengan sesuatu kuasa

pengerak dalaman, iaitu di bawah konteks psikologi, dikatakan sebagai motivasi

pembelajaran. Adalah perlu ditegaskan, piaget menghuraikan pembelajaran sebagai

motivasi individu yang mengambil inisiatif sendiri untuk mengubahsuai diri dalam alam

sekitar, dan bukan seperti teori rangsangan-gerak balas yang menekankan rangsangan

mengawal gerak balasnya, ataupun membawa proses pelaziman.



3) Asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation)



Untuk mengekalkan keseimbangan dan memperolehi kepuasan kerana motivasi,

individu terpaksa mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Dalam proses ini, skema

individu beransur-ansur berubah hingga perubahan tingkah lakunya menjadi semakin

kompleks. Mengikut pandangan piaget, adaptasi merangkumi dua bentuk, satunya ialah

asimilasi dan satu lagi ialah akomodasi, kedua-duanya saling berkait dan saling

melengkapi dalam pembentukan proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan.

Dalam proses asimilasi dan akomodasi, yang mana dan bilakah asimilasi atau akomodasi

digunakan adalah semata-mata bergantung kepada keputusan struktur kognitif

(congnitive structure) individu yang terlibat. Struktur kognitif ini merupakan

pengalaman individu yang sedia ada. Jika ditinjau dari aspeks skema, struktur kognitif

ialah skema kognitif (cognitive schema). Apabila individu di dalam alam sekitar

menghadapi mana-mana situasi, misalnya situasi pembelajaran, dia biasanya akan



33

menggunakan pengalaman, pandangan, sikap dan bentuk gerak balas yang sedia ada

untuk mengadaptasi, mengurus dan memberi tafsirannya. Dengan cara yang

sedemikian, cara tindakan adalah serupa dengan menggunakan struktur kognitif yang

sedia ada dalam pengalaman baru untuk mengadaptasikan keperluan baru dalam situasi

yang dihadapi, dengan tujuan menggunakan sesuatu bentuk yang dapat menerapkan

pengalaman baru ke dalam pengalaman lamanya. Fenomena ini adalah dikenali oleh

piaget sebagai proses asimilasi.



Bagaimanapun di dalam sesuatu perubahan situasi yang dinamik dan kompleks,

semata-mata menggunakan asimilasi sahaja tentunya tidak dapat memenuhi keperluan

situasi yang kompleks itu. Sehubungan ini, individu hendaklah mengubah struktur

kognitifnya, apabila didapati struktur kognitif yang sedia ada telah kurang sesuai

digunakan untuk memenuhi sesuatu keperluan dalam situasi baru. Fenomena

mengubah struktur kognitif kerana proses adaptasi adalah didapati bahawa akomodasi

merupakan sesuatu proses psikologikal yang berlaku semasa seseorang individu

berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah struktur kognitif dengan tujuan

mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya.



Implikasi Teori Piaget Dalam Pengajaran-Pembelajaran



1) Mengikut teori pembelajaran kognitif piaget, isi pengajaran hendaklah disusun

mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit

kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada

kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus, mengikut perkembangan

otot-otot individu.



2) Mengikut piaget, pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku.

Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi

untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi

pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada

motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan mereka melibatkan diri

secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.



TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET DAN PENGAJARAN MATEMATIK



Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus tumpukan perhatian terhadap

perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka

dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah.







34

Murid-murid sekolah rendah hanya boleh memahami konsep matematik melalui

pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk

menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti

pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik

merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya mendorong murid melibatkan diri secara

aktif dalam pembelajaran matematik. Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan

melalui contoh-contoh konkrit. Pengajaran geometri harus diperkenalkan dengan gambar rajah

atau model, dan kaedah membuktikan teorem harus dielakkan. Murid-murid dalam peringkat

operasi konkrit tidak berupaya membuktikan teorem geometri yang abstrak.



Adalah didapati murid-murid sekolah rendah tidak dapat membuat kesimpulan

daripada contoh-contoh matematik. Oleh itu, mereka tidak boleh memahami hukum-hukum

matematik seperti hukum tukar tertib, hukum sekutuan dan hukum taburan yang dirumuskan

daripada contoh-contoh matematik itu.



Ramai murid sekolah rendah suka menghafal apa yang diajar oleh guru tanpa

memahami konsep matematik yang sebenar. Oleh itu, didapati ramai daripada mereka kurang

mampu menyelesaikan masalah dengan menggunakan simbol matematik yang mereka pelajari.

Untuk menolong murid mengatasi masalah ini, pengajaran mengenai masalah matematik harus

sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar dan perkenalan simbol matematik harus

dikaitkan dengan contoh yang konkrit.



4) Teori Pemprosesan Maklumat R.M Gagne



Robert M. Gagne dalam bukunya essentials of learning for instruction (1975)

mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam

sesuatu proses pembelajaran.



Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima

dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam

stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang, dan akhirnya

kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Berikut menggambarkan proses

pembelajaran berdasarkan teori Gagne.









35

Persekitaran









Rangsangan-rangsangan Pelaksanaan







Rakaman deria Penggerak tindak balas







Stor ingatan jangka pendek Stor ingatan jangka panjang







Mengikut Gagne, pengalaman-pangalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka

panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-

pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan

kepada teorinya, Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang

biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu proses pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa

keagamaan, fasa penyimpanan, fasa penahan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi,

fasa prestasi dan fasa maklum balas.



Kesimpulan



Daripada perbincangan di atas, kita telah ketahui bahawa proses pembelajaran bermula

daripada rangsangan-rangsangan di luar. Sama ada rangsangan-rangsangan yang dipilih

menjadi bahan pembelajarannya bergantung kepada motivasi luaran atau dalaman.

Sekira motivasi pada ketika itu dapat memilih motif dalam kesediaan pembelajaran,

proses pembelajaran akan diteruskan melalui fasa-fasanya mengikut teori pembelajaran

Gagne. Apabila prestasi atau perubahan tingkah laku dapat diperlihatkan, maka

pembelajaran dikatakan telah berlaku. Menurut Gagne, fasa maklum balas yang terakhir

adalah penting dalam proses pembelajaran, kerana fasa ini dapat memperkukuhkan

konsep dan ilmu pengetahuan yang baru diperolehi. Oleh itu, aktiviti peneguhan seperti

pujian atau penghargaan terhadap prestasi yang ditunjukkan harus diberikan dalam

proses pembelajaran.









36

5) Teori pembentukan konsep: Bruner



Mengikut Bruner (1973), konsep boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu konsep

konjuntif, konsep disjuntif dan konsep hubungan.



Konsep konjuntif merujuk kepada konsep yang mempunyai dua atau beberapa

atribut yang tergabung dan tidak dapat dipisahkan ataupun dikurangkan. Misalnya

konsep pensil mempunyai dua atribut tergabung, iaitu diperbuat daripada plumbum dan

digunakan sebagai alat menulis. Kedua-dua atribut ini tidak dapat dipisahkan, dan jika

salah satunya diketepikan, konsep pensil menjadi kurang lengkap.



Konsep disjuntif merujuk kepada atribut-atribut yang tergabung dalam konsep

itu boleh digunakan dalam satu situasi ataupun situasi yang lain. Misalnya, di dalam

permainan ping pong, konsep servis baik merupakan seorang pemain dapat menghantar

bola kepada pelawannya dengan betul ataupun juga pelawannya tidak dapat

menghantar balik bola kepada pemain yang memulakan servis itu. Situasi pertama atau

kedua-dua situasi tersebut adalah digolongkan di bawah konsep servis baik.



Konsep hubungan merujuk kepada atribut-atribut dalam konsep itu mempunyai

hubungan khas di antara satu sama lain. Kebanyakan konsep hubungan ini biasanya

terdiri daripada atribut-atribut yang mengandungi masa atau ruang. Misalnya, Malaysia

terletak di antara Thailand dan Singapura mempunyai atribut ruang, iaitu konsep

terletak di antara dua buah Negara. Konsep ini merangkumi perhubungan peta dengan

Negara-negara, dan juga merangkumi perhubungan Negara-negara itu dengan peta

dunia.



Bruner, berpendapat fungsi konsep utama ialah menyusun maklumat kepada

sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea, dengan tujuan memudahkan

pengurusan keadaan yang beraneka ragam dengan lebih mudah ringkas, di samping

lebih mudah memahami, mempelajari serta mengingatinya. Sebagai contoh, haiwan-

haiwan adalah diklasifikasikan berdasarkan sifat-sifat khususnya seperti haiwan

bertulang belakan (iaitu ikan, mamalia, reptilia, amfibia dan burung), dan haiwan yang

tidak bertulang belakang (iaitu siput, sotong, serangga, labah-labah dan halipan). Cara

pengkategorian ini akan membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari

ataupun mengingati mereka dengan lebih mudah lagi.



Mengikut Bruner, Bahasa ialah perwakilan yang penting dalam perkembangan

kognitif manusia. Beliau berpendapat manusia mula menggunakan tindakan sebagai

37

usaha memahami alam sekitar, dan apabila tindakan tidak mencukupi, menukarkannya

kepada penggunaan gambar atau perwakilan simbol, di mana bahasa menjadi simbol-

simbol yang utama. Manusia menggunakan simbol, bahasa untuk membantu mereka

berfikir dan menyelesaikan masalah seperti membentuk konsep dan membuat

generalisasi.







Strategi pengajaran dan pembelajaran matematik



Bruner berpendapat bahawa seorang murid belajar dengan cara menemui struktur

konsep-konsep yang dipelajari. Kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan

benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu, pengajaran adalah

berdasarkan kepada perangsang murid tentang konsep itu dengan pengetahuan sedia

ada. Misalnya, kanak-kanak membentuk konsep segiempat dengan mengenal pasti

segiempat mempunyai 4 sisi dan memasukkan semua bentuk bersisi empat ke dalam

kategori segiempat, dan memasukkan bentuk-bentuk bersisi tiga ke dalam kategori

segitiga. Berdasarkan pengetahuan sedia ada tentang konsep segiempat, murid-murid

membina konsep segiempat sama dengan mengasingkan bentuk-bentuk, segiempat-

segiempat yang bersisi sama dan membezakan rombus dengan segiempat sama sisi

mengikut ciri sudutnya.



Murid-murid mestilah bersedia menerima perkara yang akan disampaikan. Alam

persekitaran dapat memberi pertolongan, dan pengetahuan yang sedia ada dapat

membaikinya. Selain itu, maka lebih berkesan bagi murid-murid belajar melalui kaedah

penemuan. Misalnya, murid-murid memahami bahawa operasi bahagi tidak bersifat

tukar tertib dengan mengira hasil bahagi 8 ÷ 2 dan 2 ÷ 8 itu sendiri dan bukan semata-

mata diberitahu oleh guru.



Beliau menyatakan bahawa pembelajaran matematik akan lebih berkesan dan

mudah dengan penggunaan simbol untuk mewakili konsep-konsep abstrak. Misalnya,

penyatuan set A dan set B lebih mudah ditulis dengan A U B dan pelajar lebih senang

menerima 5 + 2 = 7 daripada 5 tambah 2 bersamaan 7. Syaratnya, pelajar mesti

memperoleh pengalaman dalam penggunaan simbol A, U, B dan 5, +, @, =, 7 terlebih

dahulu.



6) David P. Ausubel, seorang ahli psikologi dari Amerika Syarikat, adalah orang yang

pertama mengemukakan teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada resepsi

yang bermakna. Beliau menyarankan pembelajaran resepsi adalah lebih berkesan

daripada pembelajaran inkuiri dan penemuan yang dicadangkan oleh Bruner. Di dalam

38

terbitan Educational Theory, January 1961, Ausubel menghuraikan perbezaan di antara

pembelajaran bermakna dengan pembelajaran hafalan:



‘pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana pelajar sendiri mempunyai

kesedaran dan tujuan dalamnya serta bahan-bahan pembelajaran yang dipelajari adalah

berguna untuknya. Sekiranya pelajar hanya mempunyai tujuan untuk menghafaz sahaja,

hasil pembelajarannya akan berupa hafalan dan tidak bermakna.



Ausubel mengutamakan pembelajaran secara bermakna. Beliau berpendapat,

dengan cara ini barulah maklumat-maklumat yang diterima dapat diasimilasikan secara

berkesan di dalam struktur kognitif pelajar yang sedia ada, seterusnya struktur

kognitifnya dapat dikembangkan melalui asimilasi rangsangan-rangsangan baru.



Pengelola awal (advance organizer)



Berdasarkan kajian teori pembelajaran yang dihuraikan, Ausubel (1963)

menyarankan penggunaan pengelola awal dalam peringkat permulaan pembelajaran.

Pengelola awal ini, mengikut beliau, adalah digunakan sebagai teknik penyampaian

maklumat berbentuk bahasa atau bahan pelajaran kepada pelajar, dengan tujuan

menggerakkan struktur-sturktur kognitif yang sedia ada, supaya proses asimilasi dapat

dilakukan secara berkesan melalui salah satu proses pembelajaran yang telah

dibincangkan. Pengelola awal yang disarankan boleh berbentuk konsep, prinsip hukum

atau contoh-contoh khusus yang bertujuan dikaitkan dengan maklumat-maklumat yang

sedia ada di dalam struktur kognitif pelajar.



Bagi Ausubel, segala proses pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pembelajaran

secara resepsi atau pembelajaran secara penemuan. Bagaimanapun, untuk memperolehi

maklumat, konsep, prinsip dan hukum yang lebih banyak di dalam masa yang singkat, strategi

pembelajaran secara resepsi, iaitu menggunakan kaedah menerang, demonstrasi, bercerita

atau syarahan, adalah dianggap lebih sesuai diamalkan. Di dalam pengajaran dan pembelajaran

resepsi yang bermakna ini, guru menyusun maklumat-maklumat, iaitu isi pelajaran, secara

logical dan sistematik dalam bentuk keseluruhan (Final Form), kemudian disampaikan kepada

pelajarnya yang mengintegrasikan maklumat-maklumat baru itu dengan pengetahuan yang

sedia ada.



Implikasi Teori Pembelajaran Ausubel Dalam Pengajaran Pembelajaran



1. Mengajar konsep, prinsip dan hukum yang baru dengan mengaitkan konsep, prinsip dan

hukum yang sedia ada.





39

2. Menggunakan pengelola awal sebagai motivasi pembelajaran di peringkat permulaan.



3. Mengajar konsep, prinsip dan hukum dengan pendekatan induktif, deduktif ataupun

pendekatan gabungan kedua-duanya.



4. Menggunakan pembelajaran resepsi yang bermakna dengan menyusun isi pelajaran

secara sistematik dan berperingkat supaya pelajar dapat mengikutinya secara berkesan.



5. Menggunakan contoh-contoh khusus tetapi berkaitan untuk pembelajaran secara

induktif dan bimbing pelajar membuat generalisasi, konsep, prinsip atau hukum dengan

tepat.



6. Menggunakan konsep, prinsip atau hukum yang telah dipelajari untuk pembelajaran

secara deduktif dan membimbing pelajar mengaplikasinya dalam contoh-contoh khusus

atau membentuk konsep, prinsip atau hukum yang baru.



7. Menggunakan konsep, prinsip atau hukum yang telah dipelajari untuk pembelajaran

secara deduktif dan membimbing pelajar mengaplikasinya dalam contoh-contoh khusus

atau membentuk konsep, prinsip atau hukum yang baru.



8. Membimbing pelajar membuat diskriminasi melalui perbandingan ciri-ciri persamaan

dan perbezaan di antara perkara atau konsep yang dipelajari.



7) Teori metakognisi



Metakognitif



Metakognitif adalah berkaitan rapat dengan pemikiran. Perkataan meta, di bawah

konteks pemikiran ini, mempunyai maksud pusat atau tahap yang lebih tinggi. Maka

metakognitif merupakan sesuatu jenis pemikiran yang berfungsi merancang, mengarah,

mengawal, menyemak dan menilai segala proses pemikiran kognitif yang merangkumi

kemahiran berfikir kritis, kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.



Flavell (1976), mengklasifikasikan metakognitif kepada tiga kategori seperti

berikut:



1. Ilmu metakognitif (metakognitive knowledge)



2. Kemahiran metakognitif (metacognitive skill)



3. Pengalaman metakognitif (metakognitive experience)





40

Ketiga-tiga kategori metakognitif ini adalah berkaitan rapat dengan

pembelajaran. Misalnya, di dalam pembacaan, proses metakognitif akan berlaku di

bawah bidang pemikiran kognitif berikut:



1. Kawalan kefahaman (comprehension monitoring), iaitu kesedaran

individu sama ada memahami apa yang sedang dibacanya atau tidak.



2. Semakan diri (self checking), iaitu kesedaran individu sama ada dirinya

telah memahami dan menganalisis apa yang dibacanya dengan tepat

atau tidak.



3. Kesedaran terhadap tujuan membaca dengan mengubahsuai teknik

membaca berdasarkan objektif diri.



Di dalam Model Proses Pemikiran, operasi metakognitif bukan sahaja mengarah

dan mengawal segala proses pemikiran tetapi juga proses ingat kembali, iaitu

proses refleksi.



Di bawah Model ini, proses pemikiran pula merangkumi tiga komponen yang

utama, iaitu Input (rangsangan), Operasi (proses) dan Output (hasil). Selain

daripada ketiga-tiga komponen ini, setengah-setengah ahli psikologi pula

menghuraikan proses pemikiran dengan menambahnya dua komponen yang

berkaitan, iaitu proses pemikiran kognitif individu diri sendiri.



Proses ingat kembali mengandungi ingatan jangka pendek dan ingatan jangka

panjang. Mengikut kajian, data yang diproses akan disimpan dalam ingatan

jangka pendek yang berulang-ulang dan kemudian dikodkan dalam ingatan

jangka panjang. Data yang disimpan dalam ingatan, sama ada jangka pendek

atau jangka panjang, akan diingat kembali supaya komponen operasi mental

dapat digunakan untuk menjalankan proses tafsiran ke atas data yang sedang

diperoleh metakognisi pula merancang dan mengarah, mengawal, menyemak

dan menilai segala operasi pemikirannya.







KESIMPULAN: PERBANDINGAN TEORI-TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF



Pelopor ahli

Teori pembelajaran kognitif Implikasi pengajaran pembelajaran

psikologi



1 Kohler  Persepsi perkaitan unsur-unsur di  Menggalakkan pelajar dengan

persekitaran: celik akal. menggunakan celik akal



41

menyelesaikan masalah.



2 Birch  Celik akal berlaku bergantung  Mengaitkan pengalaman yang

kepada pengalaman yang sedia sedia ada dengan pembelajaran

ada. baru.



3 J . Piaget  Pembelajaran ialah perubahan  Isi pelajaran dikembangkan:

bentuk pemikiran iaitu stuktur

kognitifnya. -mengikut peringkat kognitif

kanak-kanak.

 Perkembangan kognitif kanak-

kanak: -konkrit kepada abstrak.



-peringkat deria motor (0-2 -pengalaman sedia kepada

tahun). pengalaman baru.



-peringkat pra operasi (2-7 tahun)  Memupuk motivasi intrinsik dan

menggalakkan pelajar

-Peringkat Operasi Konkrit (7-12 melibatkan diri secara aktif

tahun) dalam pembelajaran, demi

menggerakkan proses asimilasi

-Peringkat Operasi Formal (selepas dan akomodasi.

12 tahun)



 5 konsep asas: skema, adaptasi,

keseimbangan, asimilasi,

akomodasi.



4 R. M Gagne  Teori pemprosesan maklumat:  Menggunakan bahan konkrit

untuk mengajar bahasa.

-lapan fasa proses pembelajaran

 Mengajar sesuatu kemahiran

-lapan hierarki pembelajaran: isyarat, mengikut urutan (rangkaian

gerak balas, rangkaian motor, bahasa, motor).

diskriminasi, konsep, hukum,

penyelesaian masalah.  Membimbing pelajar mengenal

pasti ciri-ciri khusus untuk

membina konsep dan hukum.



 Membimbing pelajar

menggunakan prinsip, hukum

dan teorem untuk

menyelesaikan masalah.



5 J. S Bruner  Perkembangan kognitif kanak-  Memupuk motivasi intrinsik

kanak: pelajar.



-peringkat Enaktif (0-2 tahun)  Membimbing pelajar menyusun

konsep-konsep yang berkaitan

-peringkat ikonik (2-4 tahun) secara hierarki.

-Peringkat Simbolik (5-7 tahun).





42

5 J. S Bruner  Perkembangan kognitif ialah  Membangkitkan naluri ingin

perubahan bentuk perwakilan: tahu pelajar dengan kaedah

aksi gambaran simbol inkuiri- penemuan dan kaedah

induktif.

 Teori Pembelajaran Penemuan:

 Menyusun isi pelajaran secara

 (3 jenis) bebas, terbimbing, sistematik mengikut tahap

ekspositori. perkembangan kognitif pelajar.



 4 prinsip pengajaran-  Memberi peneguhan selepas

pembelajaran: aktiviti penilaian.



Motivasi, struktur, sekuen,

peneguhan.



6 Ausubel  Teori pembelajaran resepsi yang  Gunakan kaedah deduktif,

bermakna: ekspositori dan pengelola awal,

iaitu menggabungkan konsep

-konsep utama ialah pembelajaran lama dengan konsep baru, untuk

bermakna dihasilkan berasaskan pembelajaran yang bermakna.

pengalaman/ ilmu yang sedia ada

pelajar.  Proses pengajaran-

pembelajaran:

-pengalaman yang sedia ada

=struktur kognitif. Membangkitkan kesediaan belajar



-mengintegrasikan maklumat yang Mempersembahkan pengelola awal

tersusun secara logical dalam

bentuk terakhir dengan Perhubungan konsep

pengalaman/ ilmu yang sedia ada

melalui kaedah pengelola awal Pembezaan progresif

dan ekspositori.

Penyesuaian secara integrasi







7 Flavel  Teori metakognitif konsep  Membimbing pelajar memikir

metakognitif: masalah secara kritis dan kreatif.



-berfikir tentang pemikiran  Membimbing pelajar

(thinking about thinking) menggunakan pemikiran

metakognitif dan refleksi untuk

-kognitif refleksi menilai kemungkinan-

kemungkinan penyelesaian

-pemikiran reflektif dicadangkan.

-operasi metakognitif melibatkan

usaha mencari makna, merancang,

mengarah dan menilai pemikiran

individu diri.









43

PERBANDINGAN TEORI-TEORI PEMBELAJARAN MAZHAB SOSIAL DAN HUMANIS.



Jadual berikut meringkaskan ciri-ciri utama teori-teori pembelajaran mazhab sosial dan

humanis, dan implikasinya dalam pengajaran-pembelajaran di peringkat sekolah.



Mazhab dan Ahli

Fokus utama Ciri-ciri teori pembelajaran Implikasi untuk guru

Psikologi



Mazhab sosial Neobehavioris: tingkah  Pembelajaran sosial  Guru sebagai model

Bandura, Walters laku dan kognitif interaksi. IxPxT peniruan.

permodelan/ peniruan  Pembelajaran melalui

self-regulation self- pemerhatian dan  Gunakan kaedah

efficacy peniruan. demonstrasi dengan

 Proses pembelajaran contoh-contoh yang

melalui: sesuai.

-perhatian

-mengingat  Menyediakan situasi

-reproduksi pembelajaran tanpa

-peneguhan/ motivasi gangguan.

 Tingkah laku peniruan

 Menarik perhatian

adalah hasil

murid dengan motivasi

peneguhan.

yang sesuai.



 Mengekalkan ingatan

murid dengan

mendemonstrasikan

langkah-langkah secara

sistematik.



 Memberi peneguhan

yang positif selepas

reproduksi.



Mazhab Humanis Kemanusiaan,  Setiap individu  Mengutamakan

sempurna kendiri, berhasrat mencapai strategi berpusatan

Carl R. Rogers, motivasi instrinsik, kesempurnaan murid dan kaedah

Abraham H. individualiti, kendiri, membentuk individu.

Maslow, Bugental, perkembangan emosi, konsep kendiri yang

Neil. keperluan afektif, self- unik dan tersendiri  Membentuk iklim bilik

actualization, kendiri melalui nilai dan darjah yang kondusif

positif, bebas, sistem kepercayaan dan tanpa ancaman.

demokrasi. diri.

 Memastikan keperluan

 Keberkesanan asas murid telah

pembelajaran dipenuhi.

bergantung kepada:

 Bersifat penyayang

-motivasi intrinsik dan memupuk nilai

kendiri positif di

-bahan pelajaran yang kalangan pelajar.



44

bermakna  Mengamalkan prinsip

kebebasan dan

-seiras dengan objektif demokrasi.

pelajar.

 Mengutamakan

-penyertaan diri pembelajaran diri

secara aktif. sendiri.

 Kesempurnaan kendiri  Mengamalkan konsep

hanya boleh dicapai pendidikan terbuka.

selepas keperluan

asas telah dipenuhi.









45

Tajuk : Bincang dan huraikan bagaimana hendak mempertingkatkan profesionalisme

guru dan menghadapi cabaran profesion keguruan berdasarkan ;







1) Peningkatan Kendiri

2) Latihan dalam Perkhidmatan

3) Sekolah Berkualiti

4) Perubahan dalam Pendidikan

5) Menangani isu-isu semasa dalam pendidikan









PENDAHULUAN







Dalam dunia moden yang pesat dengan persaingan, memiliki pengetahuan dalam

bidang kepakaran sendiri bukanlah jaminan untuk seseorang, termasuk guru dan profesionnya,

mendapat pernghormatan dan dipandang tinggi oleh masyarakat, sebaliknya ia banyak

ditentukan oleh cara bagaimana masyarakat melihat guru dan profesionnya.









Masyarakat melihat profesion keguruan dari beberapa perspektif berdasarkan apa yang

mereka lihat, dengar dan alami. Pertama dari segi fungsi dan peranan guru. Masyarakat melihat

keguruan sebagai profesion yang mulia kerana tugasnya bukan saja menyampaikan ilmu

kepada pelajar tetapi juga membentuk akhlak dan peribadi mereka seperti yang diungkapkan

menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kedua, ada juga anggota masyarakat menilai

profesion keguruan dari segi nilai kebendaan iaitu insentif dan ganjaran yang diperoleh

daripada profesion ini berbanding profesion lain seperti kejuruteraan, perubatan dan

perundangan. Ketiga, tanggapan berdasarkan personaliti dan tingkah laku guru. Jika terdapat

guru yang berkelakuan kurang sopan, masyarakat tidak teragak-agak melemparkan tuduhan

kepada guru berkenaan.









Setiap guru perlu mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi, berkualiti dan

cemerlang bagi mencapai visi KPM melahirkan guru bertaraf dunia. Berasaskan pandangan ini,

guru perlu menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah



46

Pendidikan Guru dan seterusnya membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Dalam

persekitaran lanskap yang sentiasa berubah dan memerlukan pengetahuan, dan jenis

kemahiran yang terkini bersesuaian dengan zaman informasi, skop dan jenis guru berkesan

pun turut berubah.









Antara fokus utama dalam Misi Nasional dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP) ialah untuk melahirkan modal insan berkualiti iaitu modal insan berminda kelas pertama

yang bersifat holistik, berilmu pengetahuan dan mempunyai nilai etika yang tinggi. Justeru untuk

mencapai hasrat tersebut negara bukan saja memerlukan sistem pendidikan yang berkualiti

tetapi juga guru yang berkualiti yang sentiasa melakukan anjakan paradigma bagi

meningkatkan profesionalisme keguruan itu sendiri.









1) Peningkatan Kendiri







Guru profesional akan sentiasa cuba untuk mempertingkatkan imej, status dan pengetahuan

kendirinya. Peningkatan kendiri boleh dilakukan dengan cara-cara yang berikut:









(a) Penyelidikan tindakan



Penyelidikan tindakan merupakan satu bidang kajian berbentuk refleksi kendiri yang perlu

diamalkan oleh setiap guru. Ia bertujuan untuk mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah

yang berkaitan dengan amalan-amalan pendidikan atau amalan-amalan sosial yang melibatkan

proses merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi.



(i) Merancang – menganalisis masalah dan membuat perancangan yang strategik.



(ii) Memerhati – membuat penilaian terhadap tingkah laku yang diperhatikan dengan kaedah-

kaedah yang sesuai.



(iii) Membuat refleksi – untuk menganalisis dan mengintepretasi dapatan penyelidikan tindakan

secara keseluruhan.



47

Ciri-ciri penyelidikan tindakan:



(i) lebih kepada proses renungan kendiri.



(ii)mengaitkan teori-teori dan amalan-amalan pendidikan.



(iii)penggunaan dan penyimpanan data dibuat secara sistematik.



(iv) tertumpu kepada penyelesaian masalah-masalah yang wujud dalam bilik darjah.



(v) para penyelidik tidak perlu membuktikan sesuatu hipotesis.



Tujuan penyelidikan tindakan:



(i) untuk menyelesaikan masalah-masalah spesifik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.



(ii) untuk mencuba kaedah pengajaran yang baru.



Prinsip prinsip dalam penyelidikan:



(i) Prinsip reflektif – menggunakan banyak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk

menyelesaikan masalah kajian.



(ii) Prinsip kolaboratif – para penyelidik mesti cuba mencari jalan penyelesaian secara

kolaboratif.



(iii) Unsur kerjasama dan perkongsian serta perbincangan intelektual yang berlaku dalam

penyelidikan tindakan juga adalah tinggi.









Kaedah-kaedah penyelidikan tindakan:



 Kajian Kes dan Pemerhatian merupakan kaedah yang paling sesuai dalam penyelidikan

tindakan. Ia dijalankan secara saintifik dengan mengambil langkah-langkah berikut:

(i) Pernyataan masalah



(ii) Cadangan hipotesis



(iii)Rancangan pengumpulan data



48

(iv) Menganalisis dan mengintepretasi data



(v) Membuat refleksi dan penilaian









(b) Muhasabah Diri / Refleksi



Refleksi merujuk satu proses yang penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan.

Refleksi melibatkan satu proses di mana guru mengingati dan merenung kembali serta

memikirkan cara-cara untuk meningkatkan strategi pengajaran supaya ia lebih berkesan

pada masa hadapan.



 Proses refleksi terdiri daripada enam peringkat:

(i) Kefahaman – mengenal pasti dan menjelaskan isu, fenomena atau masalah

pedagogi.

(ii) Transformasi – merancang tindakan-tindakan pedagogi.



(ii) Pelaksanaan – melaksanakan, menguji atau mengkaji tindakan-tindakan

pedagogi yang dirancang.



(iv) Penilaian – menilai tindakan-tindakan yang telah diputuskan.



(v) Refleksi – membuat refleksi terhadap tindakan-tindakan yang diambil.



 Guru boleh membuat semua catatan refleksi mengenai pengajarannya dalam sebuah

jurnal reflektif.

 Catatan-catatan ini membolehkan guru membuat muhasabah kendiri, menilai serta

menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang berkesan.





(c) Budaya Ilmu



o Budaya ilmu ilmu ialah segala aktiviti ilmu pengetahuan yang dilaksanakan oleh setiap

anggota dalam masyarakat dan yang diterima sebagai nilai tara utama dalam amalan

hidup.









49

Budaya Bermusyarah Budaya Membaca









Komponen-

komponen

budaya ilmu

Budaya Berkarya









Budaya Berfikir



Budaya Belajar







Rajah 1: Komponen budaya ilmu









o Guru mesti menjadi “role model” (mengamalkan segala aspek nilai budaya ilmu dahulu)

kepada murid-murid supaya mereka dapat mengikutinya dalam amalan budaya ini.

o Kewujudan budaya ilmu di kalangan guru dan murid adalah sejajar dengan salah satu

cita-citanya yang terkandung dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu

melahirkan generasi yang mencinta ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras

dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

o Budaya ilmu boleh beroperasi di bawah enam bidang utama seperti berikut:

1) Budaya membaca: sentiasa menyemai minat dan suka membaca dengan

matlamat untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan mengembangkan

kebolehan berfikir sendiri.

2) Budaya berfikir: sentiasa cuba meningkatkan dan memperkayakan amalan

berfikir sendiri melalui proses analisis, sintesis dan penilaian.

3) Budaya belajar: sentiasa cuba meningkatkan dan mengembangkan tahap

pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai proses pembelajaran.









50

4) Budaya kreatif: sentiasa cuba berkongsi ilmu pengetahuan/kemahiran secara

lisan/bertulis sebagai sumbangan yang dapat memberi manfaat kepada

masyarakat.

5) Budaya bermuafakat: pengurusan dan proses membuat keputusan mengenai

hal-hal pendidikan yang boleh dilaksanakan secara persetujuan

bersama/semangat berpasukan yang kolaboratif.

6) Budaya refleksi: proses penilaian kendiri yang berterusan berdasarkan dapatan

kajian kes pendidikan dengan tujuan untuk sedar dan memahami kekuatan dan

kelemahan, dan seterusnya cuba nencari strategi yang sesuai untuk mengatasi

kesemua kelemahan melalui tindakan susulan.







(d) E-Pembelajaran



E-pembelajaran merupakan satu cara guru boleh membuat peningkatan kendiri.



Ia didefinisikan sebagai penggunaan teknologi-teknologi rangkaian dan laman web yang dapat

meningkatkan mutu P&P guru. Gabungan internet dan pembelajaran menghasilkan

pembelajaran keupayaan-internet.Ia harus boleh merentasi segala sempadan fizikal dan

kekangan untuk sampai kepada murid.



Penyampaian isi pembelajaran yang dinamik, menyeluruh dan secara individu pada masa

sebenar membantu pembentukan komuniti yang berilmu serta menjalinkan murid dan pengamal

dengan pakar.Kelebihan-kelebihan pembelajaran berasaskan web seperti:



a) boleh digunakan untuk menyampaikan pembelajaran pada bila-bila masa dan di

mana-mana sahaja

b) memberi peluang kepda pelajar untuk bekerja secara kolaboratif dari jauh

c) guru dan murid mengajar dan belajar secara kolaboratif

d) sumber yang kaya daripada jurnal, on-line, e-perpustakaan, kedai e-buku dan laman

web yang berkaitan

e) menggunakan banyak elemen pembelajaran berasaskan CD-ROM

f) bahan pembelajaran secara relatifnya mudah dikemaskini

g) boleh meningkatkan bilangan interaksi di antara murid dengan fasilitator aktiviti

h) membolehkan pelajar membentuk komponen pembelajaran berasaskan web formal

dan informal

51

i) membolehkan penggunaan pembelajaran berasaskan masalah /tugasan

j) boleh menggunakan sumber yang sedia ada dalam internet

k) boleh memaparkan kandungan masa sebenar menggunakan konferens video,

pemilihan video/ruang perbincangan

l) boleh menyertakan pelbagai media seperti teks, grafik, audia, video dan animasi

dalam bahan pembelajaran.

 Berikut merupakan sebahagian daripada sebab-sebab kita harus melibatkan diri dengan e-

pembelajaran:

a) meningkatkan produktiviti dan kecekapan

b) melibatkan bilangan murid yang lebih ramai

c) bertindak sebagai kaedah pengajaran/alat pendidikan yang alternatif

d) satu kaedah yang diperoleh oleh „pekerja berpengetahuan‟ (knowledge worker) untuk

mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran sepanjang

hayat

e) alat untuk menggalakkan murid dalam pembelajaran interaktif dan kritis.







 E-pembelajaran memperkenalkan beberapa jenis pendidikan:

a) Internet

 sejenis sistem komunikasi yang membolehkan pengguna komputer

berkomunikasi secara global dengan pengguna-pengguna lain,

membekal dan pertukaran maklumat, membekalkan gambar/filem dan

sebagainya.

 Melaui Perkhidmatan Pembekal Internet , sebuah organisasi yang

membekalkan jaringan perantaraan untuk pengguna-pengguna internet,

orang-orang yang terlibat akan dapat berkomunikasi secara global

melalui e-mail/mencari maklumat melalui www.

 Kegunaan internet adalah dikenal pasti dalam empat kategori yang

utama, sebagaimana yang dihuraikan secara ringkas dalam jadual

berikut:







Jadual 1: Kegunaan internet dalam Pendidikan





52

Kegunaan Am Kegunaan Pendidikan



- Carian dan penerimaan -Urusan maklumat pendidikan,

maklumat

penyelidikan,pembelajaran interaktif.





- Menerbit dan membekal - Menerbit hasil kajian, berkongsi dapatan

maklumat

penyelidikan





- Menulis dan menjawab - Mengemukakan soalan, menjawab soal



selidik.





- Kolaboratif - Pembelajaran kelaboratif, penyelesaian



masalah pendidikan secara usahasama.









b) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

 PJJ juga dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media, Pendidikan

Komunikasi/Pendidikan Melalui Siaran.

 PJJ ini biasanya dikendalikan dengan dua cara:

Dengan penggunaan pelbagai jenis alat penghantaran seperti radio, televisyen

tempatan/televisyan satelit, guru dapat menyampaikan pelajaran tanpa

bersemuka dengan pelajar-pelajar.



Pengedaran bahan-bahan pelajaran dalam bentuk bercetak, rakaman pita, rakaman

video/menyediakan program dalam disket komputer ke pusat-pusat sumber untuk dipinjam

oleh pelajar-pelajar. Dengan perkembangan kegunaan komputer yang semakin canggih,

pelajar pun boleh dilatih melalui program CAL (Computer Assisted Learning) di rumah.









c) Pendidikan Terbuka

 Pendidikan Terbuka boleh diertikan sebagai pendidikan masyarakat/aktiviti

pendidikan di luar sekolah.

 Pendidikan jenis ini tidak perlu sebarang kelayakan dan segala aktiviti dijalankan

di tempat-tempat bekerja/di rumah.



53

 Antara Pendidikan Terbuka yang dikelolakan termasuklah PJJ, Pendidikan

Universiti Virtual dan Pendidikan Universiti Terbuka.







d) Pendidikan Radio dan Televisyen

 Radio dan televisyan merupakan Alat Bantu Mengajar yang berkesan untuk

aktiviti P&P, khususnya dalam bidang penguasaan kemahiran bahasa.

 Program ini dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan di bawah

Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini disediakan mengikut Sukatan

Pelajaran KBSR dan KBSM.







e) Penggunaan Komputer dalam Pendidikan

 Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa reformasi serta

perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknoogi

pendidikan, teori pendidikan, teori P&P, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran

pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.

 Di bawah konteks pendidikan, penggunaan komputer boleh dibahagikan kepada

beberapa bidang, seperti:

i. Komputer Membantu Pendidikan – menggunakan teknologi dan sistem

komputer untuk menjalankan tugas mengajar serta mencapai objektif

pelajarannya.

ii. Komputer Membantu Pengajaran – penggunaan teknologi dan sistem

komputer dalam proses pengajaran. Pelajar mengikut pelajaran terancang

secara sendiri tanpa kehadiran guru.

iii. Komputer Mengurus Pengajaran – teknologi digunakan untuk mengumpul

data dan membuat analisis serta nilai keberkesanan pengajaran,

penggunaan bahan-bahan pelajaran, situasi P&P dan interaksi murid-murid

dalam bilik darjah.

iv. Komputer Membantu Pengujian – pengujian ini biasanya dikendalikan

dengan dua cara, iaitu:

a) Murid menjawab soalan dengan memberi jawapan dalam borang

komputer. Jawapan murid kemudian diperiksa dan diberi markah oleh

komputer.

54

b) Komputer digunakan untuk memilih soalan-soalan dari item bank dan

menayangkan soalan dalam skrin monitor komputer. Murid jawab soalan,

kemudian diperiksa dan diberi markah oleh komputer.







2) Latihan Dalam Perkhidmatan



Guru boleh membuat peningkatan kendiri dengan menghadiri latihan dalam perkhidmatan.

Kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan yang boleh diikuti ialah kursus dalam perkhidmatan

dan kursus peningkatan profesionalisme keguruan.









Latihan Dalam Perkhidmatan berhasrat untuk:



 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pedagogi dan strategi

pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menghadapi perubahan semasa

dalam sistem pendidikan di negara ini.

 Mendedahkan peserta-peserta kursus kepada perkembangan-perkembangan semasa

yang berkaitan dengan pendidikan sekolah rendah dan menengah.

 Melengkapkan peserta-peserta kursus dengan pendekatan terkini, tentang kemahiran

berfikir dan kemahiran menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan lagi mutu

profesionalisme mereka supaya menjadi guru yang berdedikasi, inovatif, kreatif dan

berkebolehan dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.









3) Sekolah Berkualiti



Setiap sekolah mempunyai visi dan misi. Visi sekolah berkualiti adalah memastikan setiap

murid mendapat tempat belajar dan menerima pendidikan seimbang daripada guru yang cekap,

berketrampilan dan penyayang pada setiap masa.Misi sebuah sekolah berkualiti menentukan

bahawa setiap murid mendapat manfaat sepenuhnya daripada kegiatan-kegiatan kurikulum, ko-

kurikulum, program-program kebajikan dan khidmat sokongan sepanjang masa persekolahan

mereka. Sekolah berkualiti juga bertujuan menjaga kebajikan serta meningkatkan

profesionalisme guru pada setiap masa.





55

Peranan sebuah sekolah yang berkualiti ialah mempertingkatkan budaya ilmu murid ke

arah kecermerlangan. Sekolah yang berkualiti harus meningkatkan kecemerlangan etika kerja

kakitangan sekolahnya dan mencapai matlamat mengurangkan kes displin dan salah laku dan

memperluaskan khidmat kaunseling dan bimbingan untuk murid-murid bagi meningkatkan

kesejahteraan diri murid.









Langkah-langkah pihak sekolah untuk menjamin sebuah sekolah berkualiti:



a) meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan seluruh warga sekolah.



b) meningkatkan tahap kebajikan guru-guru.



c) meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan

suasana pengajaran dean pembelajaran yang kondusif.



d) menyediakan garis panduan serta kerjaya mewujudkan sekolah berkualiti masa

hadapan selaras dengan matlamat wawasan 2020.









Reformasi pendidikan penting untuk melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan untuk

mencapai matlamat Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju

dan kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenar. Di antara intisari-intisari

Wawasan Pendidikan ini ialah:



a) Pepaduan



b) Pengurusan dan kepimpinan



c) Perkhidmatan penyayang



d) Empowerment



e) Budaya ilmu



f) Skolah penyayang



56

g) Budaya cemerlang









Instisari Wawasan pendidikan yang dinyatakan di atas merupakan panduan bagi pihak

sekolah untuk merancang program pendidikan ke arah mencapai matlamat zero defect dalam

semua jurusan pendidikan, iaitu tiada masalah pengajaran dan pembelajaran, tiada masalah

displin, tiada masalah pengurusan dan kepimpinan, tiada masalah keceriaan dan sebagainya.

Untuk mencapai Wawasan 2020, pengajaran yang efektif adalah amat penting.



Definisi pengajaran efektif adalah:



a) J. M. Cooper : hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objektifnya.



b) David Ryans : guru yang berkesan ialah guru yang mempunyai sifat-sifat adil,

demokratik, responsive, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik,

bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan.









Ahli perspektif fungsionalisme melihat fungsi sekolah sebagai proses sosialisasi untuk

mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka. Sehubungan ini, sekolah

adalah sebuah institusi yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya masyarakat.



Budaya sekolah atau iklim sekolah mengandungi empat aspek utama, iaitu aspek fizikal,

aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.









Ciri-ciri sekolah berkualiti:



a) perhubungan yang saling hormat-menghormati



b) kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang diaturkan oleh

pihak pentadbir sekolah.



c) memupuk perasaan kekitaan di sekolah









57

d) Mewujudkan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan

dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan

sesuai.



e) kewujudan iklim persekitaran yang bersih, teratur, dan tenteram



f) Kewujudan displin yang baik, dengan zero defect dalam semua aktiviti pendidikan.







4) Perubahan dalam pendidikan



Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan teknologi

maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak. Guru harus memahami

fenomena ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti kearah

melahirkan satu corak penyampaian pengajaran yang berkesan dan bermakna di dalam bilik

darjah. Perubahan dalam pendidikan terdiri daripada konsep pembestarian dan globalisasi

pendidikan.



Terdapat sembilan cabaran Wawasan 2020 ialah



a) membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu



b) melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk

jiwanya akan dirinya tersendiri, bangga akan keadaannya kini dan segala yakin

sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala

macam rintangan.



c) membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokrasi



d) membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika



e) membentuk sebuah masyarakat yang matang yang bersifat liberal lagi toleran dengan

setiap warga bangsa Malaysia.



f) membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan

berpandangan jauh ke hari muka.



g) membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.



58

h) menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya.



i) membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu

menghadapi persaingan, bersifat dinamik, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.









(a) Pembestarian pendidikan



Asas utama pembesarian pendidikan di Negara kita adalah untuk menubuhkan sistem

persekolahan yang berubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang

berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi-

teknologi terkini.









Konsep pembestarian pendidikan ialah senario baru dalam sistem pendidikan di

Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini.

Dalam proses pembestarian pendidikan, sekolah-sekolah diharap mencapai matlamat yang

berikut:



a. penerapan budaya berfikir

b. pengajaran yang bercorak pemusatan murid.

c. penggunaan pelbagai jenis media secara efektif

d. strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

e. pengurusan persekolahan yang efektif







Matlamat-matlamat lain yang penting dalam pembestarian pendidikan ialah:



a) guru menyediakan rancangan mengajar yang berkonsepkan pengajaran dan

pembelajaran bestari.

b) guru membina sumber bahan-bahan yang diperlukan dalam rancangan

pengajaran dan pembelajaran.

c) guru membina pakej pengajaran dan pembelajaran bestari

d) murid-murid belajar secara akses kendiri, kadar kendiri dan terarah

kendiri/pasukan terarah kendiri.



59

e) guru perlu memgemukakan soalan-soalan yang mengkehendaki murid-murid

untuk banyak mengaplikasikan kemahiran berfikir.

f) guru mesti dapat menjanakan minda murid serta menggunakan banyak bahan

daripada sumber-sumber hasil perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan

mencapai hasilan pembelajaran.







Pengajaran guru adalah bersifat “pembimbing di sisi” dan berciri seperti berikut:



a) berfokuskan pelbagai domain untuk membolehkan murid berkembang secara

menyeluruh dan seimbang.

b) mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan

bahasa yang tepat merentasi kurikulum.

c) pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan secara

eksplisit bagi membolehkan murid memperolehi akses kepada pembelajaran

berkualiti dan pembelajaran berlaku secara “self-paced” merentasi kurikulum

sekolah.

d) teknologi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan era

teknologi maklumat.







Hala tuju yang utama dalam sekolah bestari ialah ke arah mengoptimumkan potensi murid

dalam proses mencari ilmu yang lebih bersifat:



a) Pembelajaran terarah kendiri (self-directed)

b) Bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced)

c) Pemerolehan resos secara akses kendiri (self-accessed)







(b) Globalisasi pendidikan



1. Pembestarian pendidikan membekalkan peluang kepada Kementerian Pendidikan untuk

melaksanakan inovasi bagi mencapai piawaian tertinggi dalam pendidikan dan menjadi

pemimpin global dalam bidang pendidikan.









60

2. Kedatangan era digital dalam globalisasi pendidikan mengubah akspek pengumpulan

dan penyebaran ilmu daripada seorang kepada suatu tempat yang boleh dikunjungi

ramai melalui pendidikan jarak jauh dan sistem pendidikan terbuka.

3. Teknologi binari membolehkan maklumat fizikal diubah ke bentuk elektronik dan

dihantar/disebar ke tempat tujuan dengan pantas dan meluas.

4. Dengan adanya penciptaan internet, murid dapat membuat pengembaraan maklumat

mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul bahan. Murid-murid juga dapat

mencari bahan sumber tempatan, kebangsaan dan global melalui internet.

5. Internet juga membolehkan interaksi murid dengan guru dan orang ramai dari seluruh

pelusuk dunia. Ia membenarkan perbincangan berterusan antara murid dan guru atau di

antara guru-guru di luar waktu persekolahan.

6. Oleh itu, murid-murid perlu mempelajari strategi-strategi untuk menerajui maklumat

dengan cekap dan selektif.

7. Murid-murid perlu membuat keputusan dengan berkesan, menilai kebaikan dan

keburukan teknologi serta memahami perkembangan teknologi semasa supaya mereka

dapat menandingi secara global.

8. Selain itu, murid juga harus diajar memanfaatkan penggunaan alatan teknologi untuk

membantu mereka menyelesaikan masalah dan membuat kolaborasi secara global.

9. Tindakan inisiatif kaum guru dengan melengkapkan diri mereka dalam pelaksanaan Misi

Kementerian Pendidikan adalah amat penting.

10. Tindakan dan langkah perkembangan kaum guru adalah seperti berikut:

a) Peka terhadap persekitaran sekolah

b) Meningkatkan pengetahuan kerja/ tugas

c) Meningkatkan hubungan interpersonal

d) Membuat refeksi melalui penyelidikan tindakan

e) Merebut peluang pendidikan terbuka (Open Education)







(c) Pekerja Ilmu



Sistem pendidikan kearah kecemerlangan telah membawa kepada penubuhan sekolah bestari

menjelang tahun 2020 bagi semua sekolah di Malaysia. Guru perlu melengkapkan diri dengan

ilmu menginterasikan teknologi maklumat kedalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menginterasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam sistem pendidikan untuk



61

meningkatkan penggunaan TMK di kalangan murid-murid sekolah dan seterusnya

menghasilkan pekerja ilmu bagi menjamin perkembangan negara maju.









5) Menangani isu-isu semasa dalam pendidikan









Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan guru

memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Peredaran masa pula membawa

perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan

peranan guru.









Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memartabatkan profesion

keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM

adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan

amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.



Teras 5 – Memartabatkan Profesion Keguruan



Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010









Berikut merupakan beberapa di antara isu-isu dan cabaran dalam profesion keguruan

yang perlu ditangani untuk memartabatkan profesion keguruan di Malaysia.



1. Status Guru Dalam Pandangan Masyarakat







Perkataan keguruan diambil dari perkataan dasarnya iaitu guru. Mengikut Kamus

Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula

berkaitan dengan guru, berkaitan dengan peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru. Pada

asasnya tugas utama guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar

menjadi insan yang universal selain daripada memberikan ilmu selaras dengan Falsafah





62

Pendidikan Kebangsaan. Definisi status mengikut Kamus Dewan pula ialah taraf atau

kedudukan.









Apabila kita membincangkan mengenai kedudukan guru pada sudut pandang

sesetengah orang, keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan yang terakhir.

Menurut Azhar (2007) Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat, Dr. Abdul Rahman Daud

menyatakan kemasukan yang tinggi di dalam profesion perguruan adalah disebabkan

pandangan sesetengah individu yang menganggap kerjaya ini sebagai pilihan terakhir kepada

golongan siswazah terutama bagi mereka yang gagal memperoleh sebarang pekerjaan. Apatah

lagi dengan timbulnya pepatah Bahasa Inggeris yang menyatakan: "Those who can, do: those

who can't, teach." (yang bermaksud, mereka yang tahu akan melakukan: mereka yang tidak

dapat melakukan, akan mengajar). Dengan kata lain, sesiapa yang menjadi pendidik atau

pengajar adalah digolong dalam kategori orang-orang yang tidak tahu melakukan atau

mempraktikkan sesuatu kemahiran atau pengetahuan.



Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang

mudah. Bila seseorang menandatangani perjanjian sebagai sebagai seorang pendidik, jatuh

bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu individu tersebut.



Pada awal tahun 60-an, guru dianggap sebagai insan yang terpilih untuk membawa ilmu

dan kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi

pemangkin kepada pembangunan negara. Pada masa ini, kaum guru juga menjadi panduan

dan rujukan selain memberikan ilmu kepada masyarakat.



Walaupun begitu, kini profesion perguruan dianggap sebagai profesion peringkat

pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan

lain-lain. Ini adalah kerana ramai yang menganggap mereka boleh menjadi guru sandaran atau

guru sementara walaupun tanpa mempunyai latihan asas. Malah ada kalanya lebih baik dari

guru yang sedia ada. Adakalanya juga seringkali para guru menjadi sasaran jika berlaku

masalah dalam masyarakat.



Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar.

Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk

melahirkan bangsa yang bermoral, beragama dan beretika tinggi serta penduduk yang



63

mempunyai psikologikal dan pemikiran yang tidak terkongkong, yakin, bangga dan sedar akan

potensinya ke arah mencapai kecemerlangan dan seterusnya masyarakat yang bersatu padu,

berilmu pengetahuan dan berdaya saing.



Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu

untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak

mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celif huruf, bijak mengira

dan menjadi manusia yang berjaya. (Shuib & Johari, 2001)



Antara punca yang menyebabkan status guru masa sekarang dipandang rendah adalah

kerana pelajar hari ini dimewahkan oleh ibu bapa sendiri. Fenomena yang biasa berlaku

sekarang ialah para guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu peribadi mereka

untuk pulang apabila selesai sesi persekolahan. Tidak kurang yang memandu sendiri ke

sekolah dan amat biasa murid memegang telefon bimbit. Kedudukan ekonomi mereka yang

lebih baik menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang

rendah oleh pelajar dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Sikap ibu bapa yang

menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru.









Berita guru memukul pelajar dan sebaliknya sering berlaku dan menjadi topik media

juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk

dijadikan tajuk utama bagi media masa. Pihak ibu bapa hari ini sering mencari jalan

penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul guru. Mereka

lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera.

Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional dan tidak adil bagi para guru. Media masa pula

sering berpihak kepada murid yang terlibat tanpa pertimbangan yang wajar.









Pihak media masa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat

melariskan jualan mereka. Kerana ada sesetengah media masa cuma mengutamakan

keuntungan sahaja tanpa memikirkan kenyataan yang betul. Ada waktunya murid yang dipukul

hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan sensasi yang sering digunakan ialah „cedera‟.

Guru digambarkan sebagai jahat kerana memukul murid tetapi apabila diketahui bahawa sikap

murid terbabit sebagai punca dia dipukul, media tidak pernah memperbetulkan cerita apa lagi



64

meminta maaf. Keadaan ini jelas sekali, pasti kita tidak pernah mendengar berita dari media

masa yang melaporkan tentang murid yang melakukan kesalahan disiplin perlu dipukul.

Kenapakah keadaan ini berlaku? Pasti kerana berita ini tidak menarik minat para media masa

begitu juga dengan masyarakat umumnya. Perkara ini secara tidak langsung menjatuhkan

status guru dalam pandangan masyarakat kini.









2. Laluan Kerja Guru Yang Terhad







Profesion keguruan adalah profesion yang statik, kurang masa dan peluang terlalu kecil.

Pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru. P. Bakhtiar Mansor (1993)

mengambil beberapa stastistik mengenai perbandingan peluang kenaikan pangkat di kalangan

beberapa profesion utama antaranya:



Pendidikan 3.5%



Jurutera Awam (Kerja Raya) 27.1%



Pegawai Perubatan 15.1%



Polis 18.6%



Pegawai Pertanian 13.4%



Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 38.4%



Walaupun konsep Guru Cemerlang telah diperkenalkan pada tahun 1993 bagi memberi

peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru tanpa perlu bertukar ke jawatan-jawatan naik

pangkat (pentadbiran), namun tempoh syarat untuk memohon kenaikan tersebut adalah agak

lama iaitu memerlukan pengalaman mengajar tidak kurang daripada 10 tahun. Ini tidak

mengambil kira syarat-syarat lain.









3. Beban Tugas Guru serta Kurang Insentif









65

Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru

memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru

diperlukan membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku

murid, menanda kertas peperiksaan atau ujian, mengawas peperiksaan, menghadiri mesyuarat,

menghadiri kursus dan sebagainya. Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga bertugas

sebagai kerani dalam mengendalikan urusan sampingan seperti urusan buku teks murid, hal

ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelab murid, kegiatan sukan dan

ko-kurikulum murid dan berbagai lagi. Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru

semakin tertekan. Oleh itu, guru memerlukan kompetensi pengurusan masa bagi melaksanakan

tanggungjawab tersebut. Antara kriteria guru berkesan ialah guru yang dapat mempamerkan

mutu pengajaran yang baik dan dapat menjalankan tugas yang berkaitan dengan pengurusan

dengan cara yang berturutan dan semula jadi dalam kedudukannya.



Ramai guru berpendapat beban tugas guru adalah sangat membebankan. Beban tugas

yang banyak sebenarnya merupakan fenomena biasa dalam kehidupan pendidik. Kenyataan ini

perlu dihadapi dan sedia diketahui sebelum guru tersebut memilih profesion perguruan. Beban

tugas yang tidak diuruskan dengan sistematik akan menyebabkan berlakunya tekanan dan

seterusnya menghasilkan mutu kerja yang mengecewakan apabila dibuat penilaian. Guru perlu

pandai membuat perancangan dan strategi, membahagikan keutamaan urutan tugas dan

tanggungjawab yang perlu dipelajari melalui pengalaman, pemerhatian dan bertanya kepada

guru berpengalaman. Guru haruslah sedar atau beringat bahawa setiap langkah mereka

sebenarnya dalam pemerhatian dan sentiasa dinilai. Pelajar kini semakin bijak dan boleh

memberi penilaian dan tindak balas atas tindakan guru.









4. Kepelbagaian Tahap Kesediaan Perlu Ada Pada Guru







Seorang guru yang kompeten seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang

cemerlang dan terkini terhadap mata pelajaran yang diajar. Mereka juga perlu mempunyai

kemahiran menggunakan kaedah pengajaran yang mudah difahami dan dikuasai murid.

Penyampaian yang sistematik dan melibatkan pelajar secara aktif akan menjadikan corak

pengajaran guru menjadi lebih berkesan. Setiap murid diberi perhatian dan dibantu bagi

mengatasi kelemahan masing-masing dan meningkatkan prestasi akademik masing-masing.



66

Persoalan tentang keberkesanan guru dalam pengajaran sering menjadi tanda tanya apabila

masyarakat cuba mengukur dan menilai prestasi mereka dari sudut peningkatan kemajuan

akademik, tingkah laku para murid yang cuba dibentuk ataupun tingkah laku mereka sendiri.



Guru perlu dedikasi terhadap profesionnya memandangkan sebahagian besar masa

guru itu dihabiskan dengan berfikir, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkait

dengan pengajaran dan murid-muridnya. Masyarakat umumnya mengharapkan guru-guru yang

bertanggungjawab, mempunyai tingkah laku yang baik, rajin, bermoral tinggi dan tidak

melanggar norma-norma masyarakat.



Menurut Abd Rahim, 2000, guru yang profesional memerlukan mutu personal yang

sesuai dengan tugas dan status guru. Mutu personal guru antaranya meliputi sahsiah dan

sikap, minat, kreativiti dan motivasi, kemahiran berkomunikasi, sifat-sifat kepimpinan,

pengetahuan am yang luas, dan mempunyai pencapaian yang istimewa yang boleh

meningkatkan profesionalisme perguruan. Kelemahan mutu personal guru memberikan kesan

yang buruk dan menjejaskan mutu dan keberkesanan pendidikan serta imej perguruan. Guru

yang kurang komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menyebabkan imej guru dipandang

rendah oleh masyarakat.



Guru masa kini perlu melengkapi diri dengan kemahiran berkomunikasi bukan sahaja

dalam bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan malahan juga bahasa Inggeris. Penguasaan dwi

bahasa dikatakan akan mengangkat profesionalisme perguruan kerana peranan guru hari ini

bukan hanya sebagai seorang yang memberi pelajaran tetapi juga sebagai pendidik dan

profesion yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.



Perkembangan pendidikan melibatkan pemindahan ilmu dan teknologi yang

memerlukan pengetahuan Bahasa Inggeris. Oleh itu, guru perlu mahir dalam bahasa

antarabangsa ini bagi membolehkan mereka memperoleh, membina, mengembang, dan

memindahkan pengetahuan dan teknologi dalam segenap bidang. Penguasaan bahasa

antarabangsa ini perlu dipertingkatkan di kalangan semua guru kerana bahasa tersebut

merentas penyebaran pengetahuan yang terdapat di Internet dan juga buku rujukan. Keperluan

komunikasi bahasa Inggeris ini juga adalah selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan

sumber tenaga manusia yang mempunyai ciri daya kreatif, daya saing, tinggi ketahanan diri,

menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa-bahasa antarabangsa, cekap

dan berwibawa. Keperluan ini juga selaras dengan dasar kerajaan melaksanakan pendidikan



67

Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dilaksanakan sejak tahun

2003.



Guru juga hendaklah bersifat dinamik iaitu sentiasa responsif dan berupaya

menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Hanya

guru yang bersifat dinamik dapat menangani cabaran-cabaran baru yang sering timbul dan

berkebolehan memainkan peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan

kehendak individu, masyarakat dan negara.



5. Peningkatan Jangkaan Yang Tidak Realistik







Antara ciri utama yang ingin dicapai menjelang 2020 ialah melahirkan modal insan

minda kelas pertama. Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun

1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996

(Kementerian Pendidikan, 1999).







Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi:







“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan

kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.”









[Mok, 2008] Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di atas,

pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembang potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan

rakyat yang berilmu pengetahun, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya



68

mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran

negara.









Untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama bukanlah suatu tugas yang mudah.

Guru juga adalah insan biasa yang tidak sempurna, mempunyai banyak kelemahan. Walau

bagaimanapun, seringkali para ibu bapa memberi tanggungjawab penuh kepada guru-guru

untuk mendidik dan membentuk anak-anak mereka. Namun, sekiranya terdapat kejadian

ataupun masalah akademik, ataupun masalah disiplin di kalangan pelajar, pihak ibu bapa serta

media massa sentiasa menuding jari pada guru-guru kerana gagal mengatasi masalah tersebut.









Negara juga bergantung sepenuhnya kepada guru yang dianggap sebagai pemangkin

sistem pendidikan. Oleh itu para guru perlu bersedia melaksanakan pelbagai usaha bagi

menjayakan aspirasi negara. Dasar negara yang kini menekankan kepada “k-workers” atau

pekerja berilmu pengetahuan jelas menunjukkan bahawa pekerja berilmu pengetahuan adalah

aset terpenting negara.









6. Cabaran Sebagai Agen Penyebaran Ilmu







Guru merupakan agen penyebaran ilmu pengetahuan, yang membentuk generasi masa

akan datang, memainkan peranan bagi memastikan generasi muda yang terhasil daripada

sistem pendidikan hari ini mampu meneruskan kesinambungannya pada masa akan datang.

Walaupun dilanda pelbagai perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan, para guru seharusnya

mampu untuk menjadi individu yang boleh bersaing di persada dunia dan menjadikan

perguruan ini sebagai profesion yang sama hebat dengan bidang kerjaya yang lain.



Memandangkan guru merupakan aset terpenting dalam organisasi pendidikan, maka

adalah penting sekali setiap individu dalam perguruan sentiasa ditambah nilai dan diasah

sesuai dengan perkembangan semasa. menyatakan, bagi menggunakan sumber manusia yang

ada secara berkesan, sesebuah organisasi mesti memastikan bahawa semua individu bersedia

untuk belajar pada setiap kesempatan yang ada dan organisasi yang berjaya adalah yang

69

mengetahui bagaimana mendapatkan komitmen dan keupayaan untuk belajar di setiap

peringkat dalam organisasi tersebut (Senge, 1994). Oleh itu, para guru mestilah mengubah

persepsi bahawa pembelajaran adalah sebagai amalan sesekali atau bila perlu sebaliknya

menjadikan pembelajaran sebagai amalan berterusan atau sepanjang hayat (long life learning).









7. Cabaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi







Ledakan maklumat pula menuntut pendidik mempunyai kemahiran komputer (Computer

literate). Kemahiran ini perlu dikuasai bukan sahaja oleh guru malahan pihak pentadbiran

pengurusan. Tuntutan ini menyeluruh kepada semua peringkat

jawatan perguruan kerana tugas pengurusan masa kini menjadi lebih mudah dengan adanya

komputer dan kemahiran menggunakannya. Seorang guru dapat mengkaji punca sesuatu

masalah dengan cara mengumpul dan menganalisis maklumat serta data yang berkaitan.

Dalam proses ini, kemahiran serta ilmu pengetahuan baru dapat diperoleh. Maklumat yang

diperoleh ini juga boleh disimpan untuk keperluan jangka masa panjang. Selain itu,

kecanggihan teknologi Internet dan jaringan setempat membolehkan perkongsian maklumat ini

berlaku dengan mudah, cepat dan tepat. Keadaan ini akan membolehkan perkongsian

pengetahuan dan penyebaran ilmu di kalangan pendidik. Proses membuat keputusan dalam

menyelesaikan masalah akan dibuat secara lebih sistematik, dan tepat berpandukan analisis

maklumat yang dibantu dengan kecanggihan teknologi dan perisian komputer.



Guru digalakkan meningkatkan penguasaan penggunaan teknologi maklumat untuk

meningkatkan kepakaran. TMK membuka peluang yang luas kepada pendidik. Kepantasan

perubahan teknologi maklumat memerlukan guru juga bersama menjana ilmu pengetahuan

terkini dan sentiasa menyedari perubahan semasa. Contoh ketara dalam teknologi maklumat

ialah, bentuk komputer dari komputer meja, kepada komputer riba dan terkini computer tablet

yang telah pun digunakan oleh tiga buah sekolah rintis yang melibatkan penggunaan sebanyak

309 unit computer tablet dan dilaksanakan sejak tahun 2004. Pengetahuan komputer di

kalangan guru amat penting kerana ia dapat mengatasi banyak kelemahan dan halangan

pembelajaran yang bersifat tradisional dan terlampau terikat kepada pendekatan belajar

berpusatkan guru (Abd. Rahim, 2000)





70

Kesimpulan





Untuk merealisasikan aspirasi negara iaitu untuk memperkembangkan potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan

kepada tuhan, guru perlu menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

Falsafah Pendidikan Guru dan seterusnya membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.









Para guru perlu bersedia dari sudut pelbagai aspek untuk menghadapi cabaran-cabaran

yang bakal ditempuhi pada masa kini dan masa akan datang. Dengan tahap persediaan yang

tinggi, keberkesanan setiap guru tidak akan terjejas walaupun behadapan dengan pelbagai

cabaran dan rintangan.









71

BIBLIOGRAFI



Sang, M. S. 2007. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: 1&2): Psikologi

Pendidikan & Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya, Selangor.



Sang, M. S. 2003. Ilmu pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme

Keguruan): Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya,

Selangor.



Choong, L.K. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Pergurauan

Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun, Siri Pendidikan Guru.



Mohd, S. M. (2004). Perkongsian Dalam Pendidikan-Fokus Di Sekolah [Versi

elektronik]. Jurnal Penyelidikan Jilid 5, 2004, Institut Perguruan Batu Lintang.



Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. 2008. An education revision guide for KPLI: Primary

and secondary trainees. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.









Internet



Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979). Dimuat

turun daripada Digitalibrary Malaysia:

http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/018_laporan%20jawatank

uasa%20kabinet%20mengkaji%20pelaksanaan%20dasar%20pelajaran%201979

.pdf









Pembangunan Kerjaya Berterusan Guru Cemerlang, (2007). Dipetik daripada Portal

Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia- Terma Rujukan dan Konsep Guru

Cemerlang:

http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/pusat_jab_pdf/2006/2007_terma_bahagi

an_e1.pdf



72

Pengisian Jawatan Guru Cemerlang Tahun 2003. Dipetik daripada Portal Rasmi

Kementerian Pelajaran Malaysia:

http://apps.emoe.gov.my/jns/private/urusgc/siarangc2003.pdf









Majalah



Majalah Pendidik, Jun 2007, Widad Publication Sdn Bhd. Selangor









73


Shared by: yante jafflie

Share This Document


Other docs by yante jafflie
PKJR TAHUN 2
Views: 4  |  Downloads: 0
rphmoral thn1 kssr
Views: 1  |  Downloads: 0
kssr english year 1
Views: 70  |  Downloads: 0
BA CEPAT I
Views: 30  |  Downloads: 0
BA CEPAT 2
Views: 25  |  Downloads: 0
PRESERVATIONSTHURSDAY
Views: 10  |  Downloads: 0
kumpulan 8
Views: 82  |  Downloads: 0
RPH_Unit 7_ T2
Views: 112  |  Downloads: 2
RPH unit 7
Views: 112  |  Downloads: 0
Related docs
by registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!