Teks doa majlis perhimpunan (1) by alem1994

VIEWS: 20,010 PAGES: 1

Teks doa untuk pembaca doa

More Info
									Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nia`mat yang melimpah ruah kepada kami .

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai.Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

TEKS DOA PERHIMPUNAN (1)


								
To top