Docstoc

skema jawapan peperiksaan percubaan stpm BM2 2009

Document Sample
skema jawapan peperiksaan percubaan stpm BM2 2009 Powered By Docstoc
					TERHAD Kod Kertas : 910/2

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PERLIS)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA

STPM 2009

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 2

PERINGATAN : Skema jawapan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

______________________________________________________________________________ Skema ini terdiri daripada halaman 8 bercetak. © Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia 2009

TERHAD

TERHAD Skema Jawapan

2

Bahagian A 1 Perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sehingga kini. Sebahagian doktor juga mengakui keberkesanan perubatan tradisional dalam mengubati beberapa penyakit. Jelaskan kepentingan-kepentingan perubatan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pendahuluan – Perubatan tradisional masih diperlukan oleh masyarakat, terutama di kawasan kampung. – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa 80% penduduk dunia bergantung pada perubatan tradisional. – Faktor kemiskinan menyebabkan mereka tidak mampu mendapatkan rawatan moden. IS1 IS2 IS3 IS4 IS5 IS6 IS7 IS8 IS9 : Dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan ilmu ghaib atau hitam kerana ubat moden sesuai untuk penyakit tertentu sahaja : Perbelanjaannya lebih murah kerana menggunakan bahan alam semula jadi : Sumber pendapatan/menambahkan pendapatan rakyat yang menjadi pengamal perubatan tradisional : Keselamatannya terjamin disebabkan tiadanya penggunaan bahan kimia yang membahayakan : Menimbulkan persaingan yang sihat dengan pengamal perubatan moden : Lebih mujarab dan berkhasiat kerana ubat tradisional mampu mengesan dan merawat punca penyakit : Wujudnya hubungan erat antara pengamal dengan pesakit : Menggalakkan atau meningkatkan industri berasaskan herba : Setiap kaum dapat mengekalkan perubatan tradisional masing-masing

Penutup – Oleh sebab perubatan tradisional mempunyai kepentingannya yang tersendiri, maka usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti perubatan tradisional. – Ubat-ubatan tradisional boleh dijadikan bahan eksport yang menguntungkan masyarakat dan negara 2 Sikap masyarakat kita yang mementingkan kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan awam telah mendorong kewujudan pusat tuisyen di mana-mana sahaja. Bincangkan kesan-kesan akibat kewujudan pusat tuisyen tersebut. Pendahuluan – Pusat tuisyen merupakan kelas tambahan berbayar dan diadakan di luar waktu persekolahan – Kelas tambahan atau tuisyen merupakan alternatif bagi para pelajar yang ingin mendapatkan pelajaran tambahan dan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. – Pengajaran dan pembelajaran diadakan di pusat tuisyen atau di rumah Kesan positif IS1 IS2 IS3 IS4 IS5 IS6 : Pelajar dapat memahami pelajaran dengan lebih berkesan kerana guru mampu menumpukan perhatian terhadap setiap pelajar : Memberikan peluang untuk pelajar mempelajari mata pelajaran yang sukar dikuasai : Pelajar dapat membuat ulang kaji dengan lebih banyak dan sistematik : Guru dapat memberi tumpuan kepada topik-topik yang menjadi masalah kepada pelajar : Dapat mewujudkan persaingan sihat dengan sekolah biasa : Kekurangan atau kelemahan di sekolah akibat kekerapan ketiadaan atau kesibukan guru dapat diatasi TERHAD

3

Kesan negatif IS1 IS2 IS3 IS4 IS5 : Ada pusat tuisyen yang mementingkan keuntungan semata-mata – yuran tinggi dan kualiti pengajaran yang tidak terjamin : Pelajar hilang tumpuan di dalam kelas apabila ia lebih mempercayai pengajaran guru di pusat tuisyen : Guru kurang bertauliah dan tidak berpengalaman – mengelirukan pelajar kerana cara atau pendekatan yang digunakan berbeza : Kecenderungan kepada peperiksaan sahaja : Pelajar akan mengabaikan aktiviti kokurikulum kerana masa belajar di pusat tuisyen adalah pada waktu petang

Penutup – Pusat tuisyen masih diperlukan selagi sistem pendidikan negara mementingkan kelulusan dalam peperiksaan. – Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa, mereka perlulah bertimbang rasa dan prihatin tentang kemampuan anak-anak agar anak-anak tidak menjadi mangsa keadaan. – Walaupun pusat tuisyen menjadi pilihan utama pelajar untuk memperoleh kecemerlangan, namun sikap dan kesungguhan belajar mereka lebih utama. – Pemantauan pihak berwajib perlu bagi memastikan pusat tuisyen menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan.

3 Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, anda diminta untuk menyampaikan ucapan bersempena dengan pelancaran Bulan “Bijak Berbelanja”. Tajuk ucapan anda ialah “Ke Arah Amalan Berjimat Cermat yang Efektif dalam Kalangan Masyarakat.” Tulis teks ucapan anda itu. Format ucapan Maksimum tolak 3 markah (Tolak daripada markah kerelevanan) : Tiada kata aluan – 1 markah, tiada kata sapaan – 1 markah, dan tiada penutup ucapan – 1 markah Pendahuluan – Definisi berjimat cermat ialah perbelanjaan wang secara berhemat atau berhati-hati dalam penggunaan sesuatu – Masyarakat Malaysia kurang mengamalkan sikap berjimat cermat, terutama apabila menjelang musim perayaan. – Kempen-kempen kesedaran telah dianjurkan untuk menerapkan amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat. – Malangnya, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak dapat mengubah sikap boros berbelanja mereka. – Berjimat cermat perlu dijadikan budaya hidup dan dapat meningkatkan ekonomi negara serta mencegah inflasi IS1 IS2 IS3 : Mengamalkan perbelanjaan berhemah dengan merancang perbelanjaan seharian – bersikap sederhana semasa berbelanja : Membeli barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya sambil mengurangkan pembelian barang import dan berjenama : Berbelanja di kedai-kedai yang diiktiraf sebagai kedai harga patut oleh kerajaan TERHAD

4

IS4

IS5 IS6 IS7 IS8 IS9 IS10 IS11

: Peranan ibu bapa sebagai suri teladan dalam mengamalkan sikap berjimat cermat di mana-mana sahaja – menyimpan sebahagian pendapatan untuk pelaburan yang menguntungkan dan mengawal perbelanjaan anak-anak : Pihak bank atau institusi kewangan mengadakan kempen menabung : Kerajaan mengawal iklan yang mengalakkan masyarakat berbelanja secara boros : Pendidikan pengurusan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah : Program Buku Wang Saku dijalankan secara menyeluruh kepada semua pelajar : Mengurangkan amalan membazir dalam kehidupan seharian, seperti penggunaan elektrik, air, kenderaan, dan sebagainya : Menanam sayuran atau menternak haiwan sendiri : Menggunakan sesuatu barangan secara maksimum atau membelinya secara pukal

Penutup – Langkah-langkah yang dicadangkan perlu dipraktikkan dengan bersungguh-sungguh. – Semoga amalan ini menjadi budaya dalam kehidupan seharian masyarakat. – Ibu bapa perlu bersungguh-sungguh untuk menyemai amalan ini. – Sikap boros berbelanja yang keterlaluan boleh mengakibatkan berlakunya inflasi. – Apabila masyarakat menerapkan amalan berjimat cermat dalam kehidupan, mereka akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

4 Anda sebagai pegawai kesihatan negeri ditugaskan untuk mengkaji tahap kebersihan di tempat-tempat awam. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, anda diminta untuk melaporkan punca-punca kurangnya tahap kebersihan di tempat-tempat awam dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Format laporan Maksimum tolak 4 markah (Tolak daripada markah kerelevanan) : Tiada tajuk – 1 markah, tiada penomboran – 1 markah, tiada subtajuk – 1 markah, dan tiada tandatangan – 1 markah.

Tajuk Laporan 1.0 2.0 Pendahuluan Punca-punca kurangnya tahap kebersihan di tempat-tempat awam 2.1 ..... 2.2 ..... Langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut 3.1 ..... 3.2 ..... 3.3 ..... Penutup/Kesimpulan

3.0

4.0

Laporan disediakan oleh, ............................. (Nama Pegawai) Pegawai Kesihatan Negeri Perlis

5

Pendahuluan – – – – Masyarakat yang mementingkan aspek kebersihan dianggap mempunyai nilai atau kualiti hidup yang tinggi Tahap kebersihan di negara kita masih rendah, terutama di tempat-tempat awam Hal ini menjejaskan imej negara kita Terdapat banyak sebab fenomena ini berlaku dan langkah-langkah untuk menanganinya perlu dilakukan dengan segera

Sebab IS1 IS2 IS3 IS4 IS5 : : : : : Kurangnya kesedaran sivik dalam diri masyarakat yang lebih mementingkan diri sendiri Kurangnya didikan agama dan moral kerana semua agama mementingkan kebersihan Penguatkuasaan undang-undang tidak tegas kerana kurang tindakan dijalankan Kelemahan institusi keluarga kerana ada segelintirnya tidak menunjukkan teladan yang baik Menganggap bahawa menjaga kebersihan sebagai tugas pihak lain

Langkah IS1 : Menguatkuasakan undang-undang dengan berkesan seperti di negara-negara lain di samping membuat pemantauan secara berkala – peraturan dan garis panduan menjaga kebersihan kepada penjaja dan peniaga : Pentingnya menerapkan pendidikan agama dan moral dengan sempurna agar wujud sikap mementingkan kebersihan : Peranan institusi keluarga dengan menerapkan amalan kebersihan kepada anak-anak sejak kecil : Peranan pihak sekolah dalam memupuk amalan kebersihan dalam kalangan pelajar : Menjalankan kempen-kempen kesedaran dengan lebih giat dan berkesan : Masyarakat menjalankan aktiviti bergotong-royong untuk membersihkan kawasan : Melabel gerai-gerai dan tandas-tandas awam mengikut gred

IS2 IS3 IS4 IS5 IS6 IS7

Penutup – Amalan menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab semua pihak. – Kehidupan masyarakat akan lebih selesa dan terjamin apabila mereka mengambil berat tentang kebersihan, sama ada berkaitan dengan kebersihan diri atau persekitaran. – Kualiti kesihatan juga akan meningkat seandainya masyarakat gemar menjaga kebersihan sepanjang masa.

TERHAD

6

5 Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam kurungan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20]

Skema jawapan Idea utama : Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan bahawa pada dekad 1990-an suhu mencatatkan titik panas paling tinggi dalam sejarahnya, / manakala tahun 2004 dan 2005 merupakan tahun paling panas. / Bank Dunia pula telah menyenaraikan beberapa negara utama yang menyebabkan pemanasan suhu bumi.. Isi sokongan IS1 : Perubahan cuaca ini menuntut penduduk dunia mengubah cara hidup. / Mereka harus ingat bahawa asap yang dikeluarkan oleh kenderaan dan pembakaran terbuka menjadi penyumbang terbesar pemanasan global. Sekiranya kesan rumah hijau dapat dielakkan, / suhu bumi dan aras laut akan menurun. Pemanasan global memusnahkan harta benda dan nyawa manusia, / selain mengundang pelbagai malapetaka yang berbahaya. Pemanasan global juga menyebabkan spesies flora dan fauna di dunia mengalami kemusnahan habibat, / pembesaran tanaman terganggu / dan manusia terpaksa menanggung kerugian. Penyakit juga akan menyerang manusia / disebabkan pemanasan global / kerana perubahan cuaca yang ekstrem. Negara-negara di dunia telah mengambil tindakan untuk menangani kesan pemanasan global / dan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.

IS2 : IS3 : IS4 :

IS5 : IS6 :

Kesimpulan : Rakyat negara ini perlu memahami bahawa aktiviti mereka turut menyumbang pemanasan global. / Rakyat juga perlu menjadi menjadi mata dan telinga kerajaan (pemerhati dan pemberi maklumat kepada kerajaan). / Kita hendaklah berusaha untuk mengurangkan pembebasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera.

Catatan: IU tepat – 2 atau 3 isi tepat IS tepat – 2 isi tepat (2 isi) atau 2 atau 3 isi tepat (3 isi) K tepat – 2 atau 3 isi tepat

TERHAD

7

6

Alih bentuk puisi di bawah ini kepada bahasa prosa Melayu moden.

[15]

Mambang Molek begitu marah. Mukanya merah seperti bunga raya. Mambang Molek menghunus keris yang bernama Si Pukal yang bersalut / berpamor dengan perak tiga persegi sambil menerkam dan menikam Seri Paduka. Seri Paduka melompat ke kanan dan menyebabkan tikaman Mambang tersasar ke arah kiri. Mambang Molek menikam Seri Paduka pula di sebelah kiri dan Seri Paduka melompat ke kanan. Mambang Molek menikam Seri Paduka berulang kali, tetapi semua tikamannya tersasar. Mambang Molek menyarung kerisnya ke pinggang dan menghunus pedang (yang) berbentuk alang. Pedang itu tajam sehingga boleh mencukur dan mengupas sesuatu. Mambang Molek memarang/menetak baginda bertubi-tubi. Mambang Molek memarang/menetak baginda di sebelah kanan, tetapi baginda mengelak ke sebelah kiri. Mambang Molek menetak baginda di sebelah kiri, tetapi baginda mengelak ke sebelah kanan. Mambang Molek menetak baginda di bahagian bawah, tetapi baginda melompat ke atas. Mambang Molek menetak baginda di bahagian atas, tetapi baginda tunduk ke bawah. Baginda ketinting/melompat seperti rama-rama. Kaki baginda bagai tidak menjejak bumi. Mambang Molek mengetam bibir dan baginda tersenyum seperti menyindirnya. Seri Paduka berseru dengan hebat meminta Mambang Molek supaya beringat. Seri Paduka bertitah bahawa pada masa itu tibalah giliran baginda untuk membalas serangan Mambang Molek. Seri Paduka meminta Mambang Molek supaya bersedia untuk menghadapi maut. Seri Paduka menghunus (keris) si Jalak Jantan. Seri Paduka/Baginda menunjukkan keris itu kepada Mambang Molek sambil berkata bahawa keris itu bernama si Jalak Jantan. Keris itu berkerawang dan bersalut pada pangkalnya serta ditulis kalimah Subhanallah pada hujungnya.

7

Alih bahasa petikan di bawah ini kepada bahasa prosa biasa.

[15]

Dr. Karim mengatakan sekiranya Mira meminta jururawat menelefonnya di rumah, sudah tentu dia akan datang dengan serta-merta. Menurut Dr. Karim lagi, jururawat memberitahu bahawa Mira menunggunya dari pukul 8/lapan pagi, iaitu selama dua jam. Mira memberitahu bahawa dia tidak terfikir untuk menelefon Dr. Karim. Dr. Karim bertanyakan khabar dan ingin tahu sama ada Mira mengajar atau tidak pada pagi itu. Mira mengucap syukur sambil membuka dan menutup beg tangannya. Mira mengatakan bahawa dia tidak dapat mengajar kerana sejak semalam Dr. Karim mengelak-elak diri daripada menjawab soalannya/pertanyaannya. Dr. Karim tunduk sambil mengguris-guris sembarangan di meja dalam keadaan serba salah. Dr. Karim memberitahu Mira bahawa dia pernah mengatakan harapan sentiasa ada. Dengan sedih, Mira mengatakan dia faham bahawa perkara itu hanya kenyataan umum seorang doktor untuk menyenangkan hati. Dengan suara yang menggeletar, Mira meminta Dr. Karim supaya menyatakan perkara yang sebenar, iaitu peratus kemungkinan suaminya akan sihat semula. Dr. Karim mengatakan bahawa dia tidak bersetuju untuk membuat ramalan begitu. Mira merayu Dr. Karim agar memberitahu ramalan itu, walaupun Dr. Karim tidak bersetuju. Dr. Karim bertanya tentang sebab dan tujuan Mira ingin tahu ramalan itu. Mira memberitahu bahawa dia akan menerangkannya kemudian, dan meminta Dr. Karim menjawab pertanyaannya dahulu. Sambil mengeluh, Dr. Karim bersetuju tetapi dia mengingatkan Mira bahawa dia tidak yakin akan ramalan itu. Dr. Karim tidak tergamak untuk menyatakan ramalan itu. Menurutnya lagi, mengikut kebiasaannya harapan tetap ada. Mira meminta Dr. Karim supaya memberitahunya dan dia sedia menerima apa-apa sahaja. Dr. Karim tetap membisu. Mira mengatakan bahawa dia dapat meneka suaminya hanya ada harapan untuk hidup sebulan lagi.

TERHAD

8

8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15]

Bil. 1.

Kesalahan mengetahui cara menarik

Sebab Kesalahan

Pembetulan mengetahui menarik cara untuk

2. 3. 4.

Kata hubung komplemen perlu digunakan dalam ayat majmuk komplemen. memperkenalkan kepada Kata kerja transitif (aktif) perlu anak-anak diikuti oleh objek atau penyambut. dan boleh membeli Ayat (tergantung) tiada subjek. buku cerita-buku cerita

memperkenalkan anak-anak

5.

anak-anaknya

6.

sama ada ... mahupun

dan ibu bapa/penjaga boleh membeli Kata majmuk yang dieja terpisah buku-buku cerita hanya pada bahagian awal kata yang digandakan. Kesalahan kata ganti nama diri “nya” anak-anak mereka yang tidak menunjukkan jamak./Kata ganti nama diri “nya” menunjukkan makna tunggal. Kesalahan kata hubung berpasangan sama ada ... atau kerana “sama ada” berpasangan dengan “atau”.

TERHAD


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:13778
posted:1/30/2010
language:Malay
pages:8