; KATA TUGAS
Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out
Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

KATA TUGAS

VIEWS: 10,573 PAGES: 14

  • pg 1
									CIKGU MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN CHENG,SIBU 2010

SMK CHUNG

KATA

TUGAS

Kata tugas tidak dapat berdiri dengan sendirinya kerana tidak mempunyai makna tersendiri. Kata Tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu. Jenis - jenis kata tugas adalah seperti berikut;

1. Kata Sendi Nama

(ms 1)

2. Kata Hubung

(ms 3)

3. Kata Bantu

(ms 5)

4. Kata Seru

(ms 6)

5. Kata Tanya

(ms 8)

6. Kata Bilangan

(ms 9)

7. Kata Nafi

(ms 10)

8. Kata Pemeri

(ms 11)

9. Kata Penguat(ms 12)

10.Kata Penegas(ms 13)
0

CIKGU MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN CHENG,SIBU 2010

SMK CHUNG

Kata Sendi
1. Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. 2. Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat. Kata Sendi akan/ kepada/ terhadap Penggunaannya untuk menunjukkan emosi dan sikap Ayat Contoh 1. Adik sayang akan kucing. 2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah. 3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran. 1. Pen itu dibeli untuk anaknya. 2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.

bagi/untuk

untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain untuk menunjukkan tempat dan masa untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan

dari

1. Mereka baru pulang dari Johor. 2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.
1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor. 2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu. 3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah. Di dalam dompet itu ada wang. 1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya. 2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah. 3. Adik menulis dengan pensel. 4. Markah saya sama dengan markahnya. 1. Dia bekerja hingga malam. 2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh. 1. Kereta api menuju ke Padang Besar. 2. Cawan itu terhempas ke batu. Kes itu diserahkan kepada pihak polis.

daripada

di dengan

untuk tempat untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat

hingga/ sampai ke

untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu untuk tempat dan benda konkrit untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri untuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan teruntuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan

kepada

oleh

1. Buku itu dibaca oleh Salmi. 2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya. 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang. 2. Novel itu ada pada Rahim.

pada

1

CIKGU MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN CHENG,SIBU 2010
benda konkrit tertentu

SMK CHUNG

3. Perkara itu benar pada pandangan saya. 4. Serikaya itu disapukan pada roti. Dia tidak makan sejak semalam.

sejak

seperti/ umpama/bak

untuk menyatakan makna suatu jangka masa untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain

1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar. 2. Badannya besar umpama ahli gusti. 3. Hidungnya mancung bak seludang. Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.

tentang

untuk menyatakan makna mengenai sesuatu

2

CIKGU MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN CHENG,SIBU 2010

SMK CHUNG

Kata Hubung
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. 2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu: (a) kata hubung gabungan, (b) kata hubung pancangan, (c) kata hubung berpasangan. 3. Contoh kata hubung tunggal dan kata penggunaannya adalah seperti yang berikut: Kata Hubung Gabungan / Pancangan Contoh agar apabila atau bahawa dan hingga Jika Jikalau kecuali kerana lalu manakala sambil serta semenjak sementara sungguhpun supaya walaupun tetapi hubung berpasangan/gabungan serta

Ayat Contoh Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera. Mukanya pucat apabila disoal. Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. Leela dan Siu Lan berjiran. Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. Saya berpayung jika hujan. Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. Semua murid Nadir kecuali Gopal. Aini menangis kerana terlalu sedih. Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. Zalifah bernyanyi sambil menari. Zahid serta abangnya menonton wayang. Saya berkawan dengannya semenjak kecil. Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari. Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai. Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU. Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan Contoh Baik - mahupun Baik- baik bukan sahaja malah entah entah Jangan – pun Kian – kian Sama ada – ataupun sedangkan...inikan pula semakin...semakin sungguhpun...tetapi walaupun...namun Ayat Contoh Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu. Baik Daud baik adiknya samasama pintar. Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah. Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak. Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada. Kian lama kian banyak orang yang ke sana. Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah. Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut. Encik Husin semakin kaya semakin pemurah. Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari. Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

3

CIKGU MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN CHENG,SIBU 2010
2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar Dan hingga lalu Dengan yang tetapi Kerana serta kalau demikian walhal walau atau demi supaya 3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.

SMK CHUNG

ketika jika kemudian agar

semasa sementara seharusnya andaikata semoga seketika sebaliknya sedangkan setelah sesungguhnya walaupun itupun sewaktu seandainya meskipun sekali[un mudah-mudahan moga-moga jikalau bagaimanapun padahal contoh ayat 1. menggabungkan dua ayat Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag. 2. Menggabungkan dua rangkai kata Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut. 3. Menggabungkan ayat-ayat Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.

4

CIKGU MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN CHENG,SIBU 2010

SMK CHUNG

Kata Bantu
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan. Contoh Akan Belum Masih Telah Sudah Harus Boleh Dapat Hendak Mesti 1. 2. 3. 4. 5. Kereta api dari utara telah sampai. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara. Adik Rahimah belum tahu berjalan. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera. Encik Borhan hendak pergi memancing esok.

5

CIKGU MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN CHENG,SIBU 2010

SMK CHUNG

Kata Seru
1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya. 2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. 3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. 4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut. Kata Seru aduh Penggunaannya untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum untuk menyatakan perasaan sedih untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum untuk menyatakan perasaan marah dan benci untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut untuk menegur seseorang atau menarik perhatian Ayat Contoh 1. Aduh, sakitnya tanganku! 2. Aduh, besarnya rumahmu! Aduhai, malang sungguh nasibku! 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah! 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima! 1. Amboi, mahal betul kereta itu! 2. Wah, berani betul budak itu! 1. Cis, berani dia menentangku! 2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku 1. Eh, kamu sudah sampai! 2. Eh, tadi dia ads di sini! 1. Hai, diamlah sikit! 2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!

aduhai ah

amboi/wah

cis/cih

!

eh

hai

Contoh lain kata seru dan ayat

Kata Seru wahai

amboi hai nah aduh wah ceh bedebah cis oh

maksud menyatakan perasaan sayang atau merayu menunjukkan perasaan kagum

Contoh ayat Wahai adik ku sayang !

Amboi, tingginya bangunan KLCC ini ! Hai, ke mana kamu menghilang selama ini ! Nah, terimalah habuanmu ! Aduh, sakitnya tanganku ini ! Wan, cantiknya merak ini ! Ceh, usah membantah kata-kataku ini ! Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku ! Cis, awak rupanya yang menjadi batu api ! Oh, itu rupanya rumah kamu ! Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !

perasaan sakit perasaan hairan marah marah atau jijik terkejut hairan, gembira atau mengharap

6

CIKGU MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN CHENG,SIBU 2010
eh syabas hairan gembira, puas, memuji atau ucap tahniah menghina terkejut hairan terkejut hairan atau marah

SMK CHUNG

Eh, bila ia terjadi ! Syabas, awak berjaya juga akhirnya !

alahai alamak ha Ya-Allah MasyaAllah

Alahai, itu pun awak tak boleh buat ! Alamak, sudah pukul 8.00 pagi ! Ha, budak itu yang menang ! Ya-Allah, apa akan berlaku nanti ! Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

7

CIKGU MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN CHENG,SIBU 2010

SMK CHUNG

Kata Tanya
1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. 2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. 3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya. 4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat 5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. contoh a. Apakah benda itu ? b. Buku siapakah ini ? kenapa bila siapa mengapa apa bagaimana berapa mana Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ? Bilakah awak akan memulangkan buku saya ? Engkau ini siapa ? Mengapakah baju awak ini basah ? Apakah nama binatang itu ? Bagaimanakah rupa hantu ? Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ? Nelayan itu dari mana ?

8

CIKGU MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN CHENG,SIBU 2010

SMK CHUNG

Kata Bilangan
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu. 2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu: Jenis Kata Bilangan kata bilangan tentu kata bilangan tak tentu kata bilangan pecahan kata bilangan pisahan kata bilangan himpunan kata bilangan tingkat kata bilangan tanya contohnya satu, dua, tiga, dan seterusnya beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengahsetengah, dan sebagainya suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya setiap dan tiap-tiap kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, bermingguminggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya berapa

Jenis Kata Bilangan Kata bilangan himpunan 1. Menunjukkan bilangan yang tertentu. 2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan. 3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan. Kata bilangan tak tentu 1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu. Kata bilangan tingkat 1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah. Kata bilangan pecahan 1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan. Kata bilangan pisahan

contoh 1. satu,dua tiga, sepuluh 2. Dua ekor kambing. 3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad 4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakulbakul durian setiap tahun. 1. segala, semua, para, beberapa, seluruh 2. Segala maklumat akan dikumpulkan. 1. pertama, kedua, ketiga 2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis. 1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus 2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu. 1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap 2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.

9

CIKGU MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN CHENG,SIBU 2010

SMK CHUNG

Kata Nafi
1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. Contoh ayat 1. Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya. 2. Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh ayat 1. Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah. 2. Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat. 3. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara. 4. Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar. 5. Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

10

CIKGU MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN CHENG,SIBU 2010

SMK CHUNG

Kata pemeri
1. Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama
dalam prediket. 2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. 3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh ayat 1. Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya. 2. Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu. 3. Rojak ialah makanan kegemaran saya. 4. Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

11

CIKGU MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN CHENG,SIBU 2010

SMK CHUNG

Kata Penguat
1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. 2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh Paling Agak Sungguh Amat Terlalu Nian Benar Paling 3. Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif. 4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif. 5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh 1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah. 2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah. 3. Suhu di kawasan kutup amat sejuk. 4. Kereta api itu sangat laju. 5. Kereta itu laju sangat.

12

CIKGU MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN CHENG,SIBU 2010

SMK CHUNG

Kata Penegas
Kata penegas ialah perkataan yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat. Contoh - kah - lah - tah Jua Juga Sahaja Hanya Memang Lagi Pun Contoh ayat a.Itulah rumah saya. b. Pernahkah awak makan sup daging arnab ? c. Apatah dayaku untuk menolongnya. d. Kuciing itu dibawa juga ke rumah neneknya. e. Hanya Kamal yang belum bayar yuran. f. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

13


								
To top