Docstoc

12 BARISAN UMAT MUHAMMAD DI PADANG MAHSYAR

Document Sample
12 BARISAN UMAT MUHAMMAD DI PADANG MAHSYAR Powered By Docstoc
					12 BARISAN UMAT MUHAMMAD DI PADANG MAHSYAR

24 JAN, 2010

12 BARISAN UMAT MUHAMMAD DI PADANG MAHSYAR
Di dunia ini, manusia hidup berkelas-kelas dengan berbagai peringkat. Ada kelas atasan, hidup mewah, ada golongan sederhana dan ada golongan bawahan, rendah martabatnya serba hidup susah dan miskin. Begitu juga gambaran manusia di akhirat. Bukan semua tarafnya. Ada yang senang dan gembira dan tidak sedikit juga yang susah dan tersiksa. Semua ini bergantung kepada amalan di dunia. Di Padang Mahsyar nanti, umat Muhammad akan dibangkitkan dalam 12 golongan. Dan keadaan ini diceritakan oleh Rasulullah S.A.W kepada Muaz bin Jabal yang bererti : “Hai Muaz, engkau telah bertanya kepadaku dari perkara besar. Umatku yang dibangkitkan dari kuburnya menjadi dua belas barisan: Barisan Pertama : Mereka yang bangkit dari kubur dalam keadaan tidak bertangan dan berkaki. Mereka semasa hidup telah menyakiti hati jirannya. Barisan Kedua : Mereka bangkit dengan muka berbentuk babi hitam. Ini adalah balasan bagi yang meremehkan sembahyang, lalai dalam sembahyang, melewatkannya dan tidak bersungguh menghayati sembahyang. Walaupun mengerjakan sembahyang, mereka berbuai dosa, mendedah aurat, mengumpat, hasad dengki dan melakkukan kemungkaran. Firman Allah yang bermaksud: “Neraka Wail bagi yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka lalai dalam sembahyangnya.” – Al Maa’un: 6&7. Barisan Ketiga : Perutnya seperti gunung penuh dengan ular dank ala jengking seperti baghal atau keldai. Itulah balasan mereka yang enggan mengeluarkan zakat. Menyimpan banyak wang dan harta tapi kedekut untuk mengeluarkan hak Allah. Barisan Keempat : Mulut mereka mengalir darah kerana berdusta dalam jual beli. Mengambil untung dengan menipu orang lain. Barisan Kelima : Dibangkitkan dalam keadaan sudah menjadi angin bertiup, baunya lebih busuk dari bangkai manusia. Mereka menyembunyikan kederhakaan daripada manusia dan tidak takut pada Allah. Baik di hadapan tapi jahat di belakang. Malu dan takut pada manusia tapi tidak pada tuhan. Firman Allah yang bermaksud : ”Mereka bersembunyi daripada manusia dan mereka tidak boleh bersembunyi daripada Allah”. Barisan Keenam : tengkorak dan tengkuk mereka terputus. Mereka ini jadi saksi palsu masa hidupnya, mengada-adakan cerita yang tidak berlaku hingga menyebabkan orang lain terhukum. Barisan Ketujuh : bangun dalam keadaan tidak berlidah dan dari mulut keluar nanah dan darah sebab masa hidupnya mereka enggan jadi saksi sedangkan mereka menyaksikan sesuatu dengan nyata sesuatu kemungkaran. Firman Allah bermaksud : “Dan jangan kamu sekalian menyembunyikan kesaksian dan barangsiapa yang menyembunyikannya, ia adalah orang yang berdosa hatinya. “Al-Baqarah : 283

1

http://www.tube-traffic.net http://www.hotnusantara.com

12 BARISAN UMAT MUHAMMAD DI PADANG MAHSYAR

24 JAN, 2010

Barisan Kelapan : Bangkit dalam keadaan terbalik iaitu kaki kr atas dan kepala ke bawah. Itu balasan bagi yang berzina atau melacurkan diri tanpa sempat bertaubat sebelum mati. Barisan Kesembilan : Bangkit dari kubur dengan wajah hitam, mata dan perutnya penuh dengan api. Ini sebab, mereka memakan harta anak yatim dengan cara aniaya. Barisan Kesepuluh : Bangkit dengan tubuh mereka penuh penyakit kusta dan belak (kulit putih gatalgatal). Mereka ialah orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa. Barisan Kesebelas : Bangkit dalam keadaan buta hati dan mata. Giginya seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar hingga ke dada dan lidah menjulur hingga ke peha. Perut mereka keluar kotoran. Ini balasan orang yang minum arak. Barisan Keduabelas : Bangkit dalam keadaan wajah berseri-seri laksana bulan purnama. Melalui titian silatul-mustaqim seperti kilat menyambar. Ya, barisan ini berbeza dari yang lain. Mereka adalah orang yang beramal soleh lagi berbuat baik. Menjauhi derhaka, memelihara sembahyang lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat. Balasan bagi mereka ialah syurga, kasih saying dan keredhaan Allah. Begitulah dahsyatnya keadaan manusia di Padang Mahsyar. Dalam begitu ramai manusia, amat sedikit yang berada dalam kesenangan dan mendapat nikmat, kebanyakannya menerima penderitaan. Oleh itu sentiasalah berdoa semoga kita termasuk dalam barisan yang selamat. Rasulullah S.A.W sendiri berdoa memohon perlindungan Allah dari segala penderitaan di hari Kebangkitan itu. Amalkan doa yang pernah Rasulullah S.A.W amalkan ini : “Ya Allah, hidupkanlah kami di dunia sebagai orang beriman yang taat, wafatkanlah kami sebagai orang islam yang taubat. Jadikanlah kami ketika menghadapi pertanyaan dapat memberikan jawapan yang tetap (benar). Jadikanlah kami termasuk golongan orang yang menerima kitabnya dengan tangan kamu. Jadikanlah kami di hari kegempuran yang dahsyat itu orangorang yang aman. Hiburkanlah kami dengan melihat wajah Mu yang Mulia, dengan Rahmat Mu Tuhan yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

2

http://www.tube-traffic.net http://www.hotnusantara.com


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:3129
posted:1/25/2010
language:Malay
pages:2