Rumusan dan Pemahaman

					Rumusan dan Pemahaman Petikan Umum
1 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, buat satu rumusan tentang peranan yang dimainkan oleh Kelab Prostar dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Tidak ramai yang menyedari kewujudan Program Sihat Tanpa Aids untuk Remaja (Prostar) yang mendapat sokongan Kementerian Kesihatan. Kelab ini telah ditubuhkan di semua daerah di negara kita. Program itu sebenarnya telah membantu mengawal kegiatan remaja dalam konteks perhubungan sosial dan kemasyarakatan. Prostar merupakan kelab yang ditubuhkan yang menjalankan kegiatan terancang dan diselia sepenuhnya oleh kerajaan. Justeru, Prostar dapat menjalankan kegiatan yang bersesuaian dengan minat dan keinginan remaja. Penubuhan rumah Kelab Prostar atau Pusat Khidmat Prostar boleh membantu remaja mencari tempat berkumpul yang boleh mengekang mereka daripada terbabit dengan gejala yang tidak sihat. Pusat ini memberikan peluang kepada mereka untuk berkumpul dalam keadaan terkawal. Pusat permainan dalaman dan kafe siber turut disediakan sesuai dengan kehendak golongan ini. Kelab Prostar juga boleh berperanan sebagai pusat riadah yang boleh dipantau dan bukan bermotifkan keuntungan. Pengukuhan jaringan kerjasama daripada pelbagai agensi secara aktif dan berterusan dapat mewujudkan perkongsian pintar bagi membantu pengawalan kepada kehidupan remaja kita. Jaringan ini meliputi bantuan teknikal, tenaga manusia, perkhidmatan, dan kewangan. Melalui usaha dan iltizam Kementerian Kesihatan melalui kelab ini di setiap daerah diharapkan mendapat rangkaian sokongan daripada agensiagensi kerajaan yang lain, seperti Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat. Semua ibu bapa amat sedar pada hari ini remaja terpaksa berhadapan dengan kehidupan yang amat mencabar dan berisiko tinggi. Dalam senario kehidupan hari ini kita terpaksa bertindak menangani pelbagai masalah yang mungkin lahir daripada institusi keluarga atau pengaruh luar yang sukar dibendung. Pada hari ini pelbagai sajian hiburan dan maklumat negatif begitu mudah diperoleh dan berada di mana-mana sahaja di sekeliling kita,. Hal ini ditambah pula dengan peralatan komunikasi canggih yang mampu dimiliki oleh remaja hari ini. Dalam situasi yang begini kelab sebegini amat diperlukan agar remaja sentiasa mendapat input yang terbaik dan betul serta tidak menyalahi peraturan agama, undang-undang negara, dan norma masyarakat. Melalui kelab ini juga remaja dapat melakukan kerja-kerja kemasyarakatan secara berkumpulan, seperti gotong royong, membantu golongan yang memerlukan bantuan, dan seumpamanya.

© Arah Pendidikan Sdn Bhd

1

Bahasa Melayu SPM

Justeru, penggemblengan semua pihak dalam masyarakat Malaysia perlu untuk melihat masalah ini sebagai satu usaha membimbing remaja dalam keadaan terkawal dan terjamin. Konsep menjaga dan menegur anak orang seumpama anak sendiri perlu dikembalikan dalam budaya masyarakat kita. Masyarakat harus kembali berani untuk melakukan perkara yang bermaruah untuk anak bangsa kita sendiri. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Kelab Prostar Model Terbaik Didik Remaja”, Berita Harian, 16 Ogos 2006)

Soalan 2: Pemahaman Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) Berikan maksud rangkai kata boleh mengekang. [2 markah]

Nyatakan senario yang wujud pada hari ini yang boleh mempengaruhi remaja. [3 markah] Pada pendapat anda, mengapakah Kementerian Kesihatan menyokong penubuhan kelab ini? [4 markah]

(iii)

© Arah Pendidikan Sdn Bhd

2

Bahasa Melayu SPM

2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, buat satu rumusan tentang langkah yang perlu diikuti dalam kes penarikan kereta dan kesan buruk penarikan kenderaan yang tidak mengikut peraturan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Sehingga kini kira-kira 52 000 orang pemilik kenderaan di negara ini dilaporkan mempunyai hutang tertunggak berjumlah RM3.16 billon dengan institusi kewangan kerana gagal melunaskan ansuran kenderaan melebihi dua bulan. Jumlah ini tidak termasuk 15 000 buah kenderaan yang sudah ditarik dan kini disimpan di institusi kewangan. Sikap pengguna menyebabkan institusi kewangan terpaksa mengupah ejen tarik kereta yang menerima bayaran RM350 hingga RM10 000 sebuah mengikut jenis kenderaan dan jumlah tunggakan. Kejadian nenek berusia 81 tahun di Pendang, Kedah yang dilaporkan pengsan dan dikurung tiga orang lelaki penarik kereta kerana cucunya tidak melunaskan tunggakan dua buah kereta antara dua hingga empat tahun, harus dijadikan iktibar. Pengguna, misalnya perlu membayar pinjaman sewa beli kereta bagi mengelakkan kereta ditarik. Pada masa yang sama, institusi kewangan harus memastikan ejen mematuhi garis panduan. Kes sesetengah syarikat tarik kereta bersikap samseng termasuk memukul dan mengugut mangsa adalah bukti syarikat berkenaan tidak mengikut prosedur. Mereka tidak sepatutnya menarik kereta selepas waktu pejabat atau di perkarangan kediaman. Berdasarkan Peraturan Sewa Beli (Penarikan Balik dan Penyelanggaraan Rekod oleh Pemilik) 1976, penarik kereta perlu mengemukakan kad kuasa yang tertera nama dan alamat mereka serta tandatangan wakil syarikat kewangan. Notis menyatakan hasrat perlu dikeluarkan syarikat kewangan dan penarikan hanya dilakukan selepas 21 hari notis dikeluarkan. Namun demikian, ada pengguna yang mempunyai hutang tertunggak, sengaja menyembunyikan keretanya, tetapi kesukaran mendapatkan kereta berkenaan bukan alasan penarik kereta melakukan tindakan di luar batasan. Mereka perlu mengikut prosedur, bukan sesuka hati menceroboh rumah atau mengambil kereta tanpa pengetahuan pemilik. Malah, ada penarik kereta menggunakan pistol, parang, dan senjata berbahaya untuk memaksa pengguna menyerahkan kenderaan di depan keluarga dan orang awam tanpa rasa takut. Walau bagaimanapun, penarikan kenderaan adalah jalan terakhir syarikat kewangan terhadap pengguna yang enggan membayar ansuran. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu mengemas kini garis panduan dan kod etika berhubung isu tarik kereta bagi memastikan pengguna dilindungi dan memahami hak mereka, manakala syarikat tarik kereta tidak keterlaluan. Selain memberi notis amaran, syarikat kewangan wajar mengemukakan dokumen lengkap dan menghantar wakil ketika operasi menarik kereta dilakukan. Syarikat kewangan juga boleh menyediakan senarai syarikat penarik kereta pendaftar dan aktif sebagai rujukan

© Arah Pendidikan Sdn Bhd

3

Bahasa Melayu SPM

pengguna. Walaupun institusi kewangan berhak mendapat harta milik mereka, namun tindakan ejen tarik kereta menggunakan kaedah tidak profesional yang mengancam keselamatan orang ramai wajar dihindari. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Penarikan Kereta”, Berita Harian 17 Jun 2006)

Soalan 2: Pemahaman Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) Berikan maksud rangkai kata melunaskan tunggakan. [2 markah]

Nyatakan apakah yang perlu dilakukan oleh pengguna untuk mengelakkan kenderaan mereka ditarik dan apakah yang perlu difahami oleh institusi kewangan sebelum memutuskan untuk menarik sesebuah kenderaan daripada pengguna? [3 markah] Pada pendapat anda, mengapakah ada pengguna enggan membayar ansuran bulanan kenderaan mereka? [4 markah]

(iii)

© Arah Pendidikan Sdn Bhd

4

Bahasa Melayu SPM

3 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, buat satu rumusan tentang cara yang digunakan oleh penjual jualan langsung untuk mendapatkan pelanggan dan kesannya terhadap masyarakat . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jualan langsung bermaksud pemasaran barangan pengguna secara terus kepada pengguna. Lazimnyanya urusan jualan beli berlaku di rumah pengguna, di tempat kerja, atau di tempat lain yang jauh dari lokasi tetap. Strategi pemasaran biasanya dibuat menerusi penjelasan atau demonstrasi produk. Pelbagai cara digunakan oleh jurujual dalam mengendalikan jualan langsung. Ada pengguna yang dipujuk beberapa kali untuk membeli produk mereka. Pengguna menjadi serba salah dan akhirnya terpaksa membeli produk tersebut untuk „menghalau‟ jurujual tersebut dari rumah mereka. Sering juga berlaku pintu rumah pengguna diketuk, pagar rumah digoncang, dan loceng pintu dibunyikan bertalu-talu oleh para penjual jualan langsung untuk menarik perhatian penghuni rumah. Sipenjual akan berusaha untuk masuk ke dalam rumah setelah penguninya membuka pintu. Sering kali pengguna berasa kesal kerana terpedaya dengan tipu helah sipenjual. Selain itu, penjual menggunakan taktik menghubungi pengguna menerusi

telefon untuk mengucapkan tahniah kerana memenangi hadiah yang tidak diketahui puncanya. penjual yang memasukkan pelbagai risalah ke dalam peti surat rumah.Taktik ini jarang-jarang mendapat respons daripada para pengguna. Sering juga kita mendengar penjual menggunakan taktik gores dan menang yang lazimnya akan menjerat pengguna. Untuk
Ada juga menerima hadiah, pengguna akan ditekan supaya membuat pembelian dan kebiasaannya barangan elektrik yang murah dijadikan umpan. Taktik jualan ini sudah menjadi lumrah di Malaysia dan pengguna dilaporkan kerugian berjuta-juta ringgit kerana menjadi mangsa penyangak seperti ini. Di sebalik senario ini, jualan langsung nampaknya semakin berleluasa dengan pengguna terpaksa membayar harga yang tinggi sama ada diekploitasi atau diperdaya. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2006, pihak Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah menerima 1 273 aduan berhubung jualan langsung berbanding dengan 758 aduan dalam tempoh yang sama pada tahun 2005. Namun, ada juga jualan langsung yang lebih profesional dan sistematik. Mereka mengumpulkan para pengguna dan menjalankam promosi di hotel. Kesan penggunaan teknologi maklumat, pada hari ini ada jualan langsung yang menggunakan

kemudahan internet dalam membuat promosi dan aktiviti jual beli.
© Arah Pendidikan Sdn Bhd Bahasa Melayu SPM

5

menggunakan profil pengguna dan strategi sasaran untuk memasarkan produk mereka. Walau
Hampir semua penjual langsung bagaimanapun, sesetengah penjual dari rumah ke rumah mempunyai kecenderungan menjadikan sesetengah kumpulan pengguna sebagai sasaran seperti golongan berpendapatan rendah, warga tua, orang yang tidak boleh bertutur bahasa Inggeris, dan pengguna di kampung. Golongan ini lebih mudah terpengaruh dengan sesetengah strategi pemasaran dan kurang berupaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Pengguna Wajar Dididik Elak Diperdaya Taktik Jualan Langsung”, Berita Harian 28 Julai 2006)

Soalan 2: Pemahaman Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) Berikan maksud rangkai kata mangsa penyangak.

berikut dengan

[2 markah]

Nyatakan golongan yang sering menjadi sasaran penjual jualan langsung? [3 markah] Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan para pengguna sering ditipu oleh pihak penjual jualan langsung yang mempunyai niat yang tidak baik? [4 markah]

(iii)

© Arah Pendidikan Sdn Bhd

6

Bahasa Melayu SPM

4 Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, buat satu rumusan tentang pendekatan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan keuntungan sesebuah syarikat dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jualan ditolak kos adalah untung. Hal ini merupakan asas perniagaan dan semua peniaga, sama ada yang kecil mahupun yang besar tahu mengenainya. Justeru, bagi memaksimumkan keuntungan, kos perlu diminimumkan. Kelihatannya inilah pendekatan popular dilaksanakan kebanyakan pemimpin syarikat senaraian awam tempatan yang terbabit dengan penyusunan semula. Bagi memastikan syarikat kembali untung, perkara pertama yang dilakukan ialah memotong kos seolah-olah menjadi standard industri, fokusnya ialah kakitangan. Justeru, ada syarikat yang memberikan notis berhenti kerja sehingga ribuan pekerja dalam pelbagai skim pemberhentian sukarela. Langkah itu perlu jika sesebuah syarikat terlalu banyak pertindihan tugas. Namun, jika langkah itu semata-mata dibuat untuk mengurangkan kos, dalam jangka panjang perkara ini akan memberi kesan negatif kepada operasi syarikat terbabit. Pengurangan kos membabitkan kakitangan sepatutnya dilaksanakan sebagai langkah terakhir selepas kajian menyeluruh dilakukan untuk mengenal pasti bahagian dan kos boleh dikurangkan tanpa menjejaskan operasi. Walaupun mungkin sesebuah syarikat terlebih kakitangan, namun pengurus yang bijak akan mencari jalan memanfaat pengalaman dan kepakaran pekerja terbabit bagi menyumbang kepada keuntungan syarikat. Baru-baru ini ada laporan sebuah syarikat senarai awam merancang menjual sebuah anak syarikatnya yang dikatakan penyebab kerugiannya. Sebagai orang luar kita mungkin tidak mengatahui masalah anak syarikat terbabit, tetapi kelihatannya pemimpin syarikat itu mengambil jalan mudah. Oleh sebab anak syarikat terbabit kerugian, anak syarikat tersebut perlu dijual bagi memastikan akaun induk menunjukkan keuntungan. Penjualan sepatutnya sebagai langkah terakhir. Pengurusan syarikat sebagai senarai awam terbabit harus mengkaji punca kerugian, seterusnya mengambil langkah pemulihan. Hal ini kerana sudah tentu ada yang tidak kena dengan operasi anak syarikat berkenaan, kerana ketika syarikat lain dalam perniagaan yang sama mengaut keuntungan, sebaliknya anak syarikat tersebut mengalami kerugian. Secara logik, jika ada pihak mahu membeli anak syarikat terbabit, sudah pasti anak syarikat tersebut berpotensi kerana ada pelabur dalam perniagaan yang tidak mendatangkan keuntungan. Maka, jika pemimpin syarikat

© Arah Pendidikan Sdn Bhd

7

Bahasa Melayu SPM

senaraian awam terbabit meneruskan hasrat menjual anak syarikat yang rugi itu, beliau sebenarnya mengetepikan peluang pelaburan berpotensi. Langkah itu juga mengecilkan perniagaan kerana walaupun tindakan itu bakal memulihkan semula akaun syarikatnya, namun pendapatan masih berkurangan. Pengurus yang bijak seharusnya dapat mengembangkan syarikat dan bukan mengehadkan potensi pertumbuhan. Pengurusan syarikat juga boleh mendapatkan khidmat penasihat kewangan. Jika dia mengambil jalan mudah, nasihat diberikan ialah mengurangkan hutang dengan mengurangkan aset. Jika sekarang anda mendiami banglo, anda dinasihatkan menjualnya dan membeli rumah teres. Penasihat kewangan itu juga menasihatkan agar pengurusan syarikat menjual beberapa aset lain. Langkah itu memulihkan kedudukan kewangan syarikat, tetapi kualiti hidup terjejas. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Nuansa Bisnes“, Berita Harian ,17 Jun 2006)

Soalan 2: Pemahaman Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) Berikan maksud rangkai kata mengambil jalan mudah. [2 markah]

Nyatakan risiko sesebuah syarikat induk menjual anak syarikatnya yang kerugian? [3 markah] Pada pendapat anda, apakah kesan jika sesebuah syarikat menghentikan para pekerjanya? [4 markah]

(iii)

© Arah Pendidikan Sdn Bhd

8

Bahasa Melayu SPM

5 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, buat satu rumusan tentang punca rakyat mengambil ubat secara tidak bijak dan kesan ekonominya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sikap kebanyakan kita yang mengambil mudah soal penggunaan ubat bukan perkara baru. Perlu diakui bahawa banyak produk herba, tonik, dan makanan tambahan yang dijual secara meluas. Dari sudut komersial, senario ini membentuk persaingan antara pengeluar yang memaksa pengguna mencuba bermacam-macam produk. Perkara ini bagi tujuan promosi semata-mata, sedangkan aspek yang lebih penting seperti fakta saintifik, kesan sampingan, keracunan, dan bahaya ubat langsung tidak disentuh. Dalam pada itu juga ada usaha untuk mengelirukan pengguna sehinggakan ada yang tidak dapat membezakan antara herba, tonik, makanan tambahan dengan ubat sama ada tradisional atau moden.. Walaupun harga ubat di negara ini rata-rata agak mahal berbanding kebanyakan negara lain namun, hal ini tidak menghalang produk tertentu laris dan popular. Bahan tersebut dijual di hampir semua jenis kedai dan premis perniagaan ubat dan ada juga yang dijual dari rumah ke rumah melalui jualan langsung. Persoalannya wajarkah produk herba, tonik, makanan tambahan dalam pelbagai bentuk dan warna pil dipromosikan dan diiklankan sewenang-wenangnya sebagai „ubat mujarab‟ tanpa sedikitpun menyertakan hasil kajian atau bukti kukuh? Ada pengguna yang sanggup mengetepikan pengambilan ubat hospital cuma kerana penyakit yang dihidapi turut tersenarai sebagai satu penyakit yang dapat disembuhkan oleh ubat tadi. Selain itu, ada juga pengguna yang terpesona dengan gimik yang dibuat oleh pengeluar. Kadang-kadang pengguna tidak dapat dipersalahkan kerana pada ketika itu mereka sukar membuat keputusan tepat kesan daripada tekanan penyakit yang dihidapi. Ubat yang tidak tepat dari segi penggunaan dan rawatan bukan sahaja sia-sia malah mendedahkan diri kepada keracunan dan kesan sampingan. Contoh mudahnya ialah pil „khayal‟ yang digunakan dengan betul dalam bidang perubatan adalah ubat yang mempunyai banyak kegunaan bagi mengatasi masalah tekanan psikologi dan mental. Akan tetapi jika disalahgunakan untuk mendapatkan nikmat khayalan dan ketagihan, bahan ini akan menjadi racun yang boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih serius. Malah, yang lebih malang boleh menyebabkan kematian. Justeru, tabiat penggunaan ubat yang tidak betul dalam kalangan pengguna perlu dipandang serius.

© Arah Pendidikan Sdn Bhd

9

Bahasa Melayu SPM

Oleh sebab kebiasaan, mereka lebih senang membeli ubat terus dari farmasi atau kedai ubat dan bukan mendapat preskripsinya terlebih dahulu daripada doktor. Perbuatan merawat diri sendiri dengan mengambil ubat tanpa mengikut peraturan dan nasihat perubatan perlu dielakkan. Namun, tindakan bersendirian tanpa mendapat kerjasama semua pihak pastinya tidak akan membawa isu ini ke mana-mana. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Rakyat Wajar Dididik Ambil Ubat Secara Bijak”, Berita Harian, 3 Ogos 2006) Soalan 2: Pemahaman Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) Berikan maksud rangkai kata terpesona dengan gimik . [2 markah]

Nyatakan kesan jika seseorang itu mengambil ubat secara sewenangwenangnya. [3 markah] Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan para pengguna sering ditipu oleh pihak pengeluar ubat? [4 markah]

(iii)

© Arah Pendidikan Sdn Bhd

10

Bahasa Melayu SPM


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:6049
posted:1/21/2010
language:Malay
pages:10