PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL Pertumbuhan dan Perkembangan
Document Sample


PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL
Pertumbuhan dan Perkembangan Tubuh
Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak
merupakan tempoh yang tenang. Pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini tidak
terlalu pesat tetapi konsisten.Pada peringkat
permulaan persekolah, kanak-kanak akan meninggi
secara purata iaitu dua hingga tiga inci setahun
sehingga berumur sebelas tahun.Purata tinggi
kanak-kanak perempuan adalah 4 kaki atau 10¼
inci manakala purata tinggi kanak-kanak lelaki
adalah 4 kaki atau 9 inci.Pada peringkat ini juga,
berat badan kanak-kanak akan bertambah sebanyak 5 hingga 7 paun setahun.
Pertambahan berat badan adalah disebabkan pertambahan saiz tulang dan sistem otot
serta organ tubuh badan tertentu. Peningkatan berat dan kekuatan motor pada kanak-
kanak pertengahan dan akhir adalah diprngaruhi oleh factor genetic dan senaman. Kanak-
kanak lelaki pada peringkat ini adalah lebih kuat berbanding dengan perempuan kerana
lelaki mempunyai lebih banyak sel otot. Peningkatan tinggi tubuh badan kanak-kanak
akan menyebabkan pengurangan lilitan kepala, pinggan, dan kepanjangan kaki.Satu
perubahan fizikal yang sukar diperhatikan ialah tulang-tulang lembut kanak-kanak akan
terus berkembang menjadi tulang yang matang. Walaubagaimana pun, pada peringkat ini
tulang kanak-kanak adalah mudah terpatah.
PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN OTOT
Kemahiran motor kasar
Dalam masa pertengahan dan akhir
peringkat kanak-kanak, kemahiran motor
kanak-kanak menjadi semakain halus dan
lebih halus, berbanding peringkat awal
kanak-kanak.Contohnya hanya seorang
daripada 100 orang kanak-kanak berusia 5
tahun dapat memukul bola tangkis
melepasi jaring manakala bagi kebanyakan
kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 11
tahun dapat memukul bola tangkis dengan
lebih baik. Selain aktiviti lanjutan dari
zaman prasekolah seperti menunggang basikal, memanjat dan berlari, menari, berenang,
berkasut roda, bermain bola sepak, mereka sekarang lebih cenderung dengan aktiviti
sukan berpasukan yang lebih mencabar seperti permainan bola sepak, bola tangkis dan
sebagainya. Di samping itu, mereka juga diberi lebih tanggungjawab menjalankan aktiviti
seperti membantu ibu menyapu dan mengemas rumah, memasak, menjahit serta
membasuh dan melipat baju. Jika menggunakan mesin basuh di rumah, kanak-kanak
__________________________PJM3105 Pertumbuhan & Pembelajaran Motor/MZH_IPGMKTI/2009…/1
telah memahami fungsi setiap butang yang perlu ditekan sama ada untuk mengeringkan
pakaian atau membilas pakaian. Dengan perkembangan yang begitu terurus, kanak-kanak
berasa gembira dengan pencapaian mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal
menjadi sesuatu keseronokan dan merupakan pencapaian yang berguna. Sebaik sahaja
kanak-kanak berpindah ke sekolah rendah, bahagian hipotalmus mereka semakin matang,
menyebabkan daya kawalan tubuh badan dan kebolehan duduk setempat untuk tempoh
masa yang lama bertambah. Walaubagaimanapun, kanak-kanak sekolah rendah masih
belum menguasai kematangan fizikal sepenuhnya. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa
perlu bergerak aktif. Mereka menjadi lebih penat jika duduk terlalu lama berbanding
dengan semasa mereka berlari, melompat atau berbasikal. Penting bagi kanak-kanak
melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran perkembangan mereka seperti
melompat tali, melempar bola, bergayut di palang-palang, dan sebagainya.Oleh yang
demikian kanak-kanak perlulah melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan di
peringkat sekolah rendah.Kanak-kanak lelaki pada peringkat pertengahan dan akhir
mempunyai motor kasar yang lebih cekap manakala kanak-kanak perempuan mempunyai
motor halus yang lebih cekap.
Kemahiran motor halus
Pada peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir, myelination
sistem saraf meningkat merupakan kesan daripada perkembangan
kemahiran otot halus.Kanak-kanak yang mulai masuk ke alam
persekolahan menjadikan otot mata dan tangan mencapai
koordinasi yang lebih baik dan bersedia untuk belajar menulis,
membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik
darjah. Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah
terutama di bahagian tanagn dan kaki. Keadaan ini menjadikan segala aktiviti dan
pergerakan kanak-kanak tersebut seperti menitis dan menjahit dapat dikawal dengan lebih
baik dan sempurna. Kanak-kanak lebih mahir dan cekap menggunakan tangan mereka.
Kanak-kanak enam tahun boleh memukul, menampal, mengikat tali kasut, dan membutan
baju.Pada umur tujuh tahun, kanak-kanak lebih suka menggunakan pensel berbanding
dengan kapur untuk menulis.Saiz perkataan yang ditulis akan menjadi semakin kecil
dengan peningkatan umur kanak-kanak.Pada umur 10 hingga 12, kanak-kanak mula
menunjukkan kemahiran mengendalikan sesuatu yang serupa dengan cara orang dewasa.
__________________________PJM3105 Pertumbuhan & Pembelajaran Motor/MZH_IPGMKTI/2009…/2
SENAMAN DAN SUKAN
Senaman
1. Senaman memainkan peranan yang
penting dalam pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak.
2. Mengikut kajian yang dibuat,
kanak-kanak akan aktif selama 30
minit setiap hari .
3. Kanak-kanak lelaki adalah lebih
aktif berbanding dengan kanak-
kanak perempuan.
4. Beberapa cara untuk
menggalakkan kanak-kanak
membuat senaman adalah:
a. Sekolah harus menawarkan lebih banyak aktiviti-aktiviti fizikal.
b. Sekolah harus memperbaiki aktiviti-aktiviti fizikal yang diperlukan
kepada kanak- kanak.
c. Ibu bapa harus sentiasa menggalakkan kanak-kanak bersenam. Mereka
sendiri juga harus turut serta.
Sukan
1. Sukan membawa kesan positif dan negatif
kepada kanak-kanak.
2. Kesan positif menyertai sukan atau
permainan adalah seperti berikut:
a. Kanak-kanak berpeluang membuat
senaman.
b. Kanak-kanak diberi peluang untuk
belajar bagaimana untuk bertanding.
c. Kanak-kanak juga berpeluang
mempelajari estim kendiri (self-
esteem)
d. Kanak-kanak boleh menjalin hubungan mesra dengan kawan-kawan serta
rakan sebaya
3. Kesan negatif kanak-kanak menyertai sukan atau permainan adalah seperti
berikut:
a. Kanak-kanak berasa tertekan untuk mencapai kejayaan dalam sukan atau
permainan.
b. Kanak-kanak mudah mendapat kecederaan fizikal.
c. Pencapaian akademik kanak-kanak akan terganggu.
__________________________PJM3105 Pertumbuhan & Pembelajaran Motor/MZH_IPGMKTI/2009…/3
d. Kanak-kanak akan mempunyai pengharapan yang tidak realistik iaitu
berjaya menjadi seorang ahli sukan.
Kesihatan, Sakit, dan Penyakit
1. Dalam kebanyakkan peringkat perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak,
peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah umur di mana kanak-kanak
mempunyai kesihatan badan yang paling baik.
2. Kanak-kanak pada peringkat ini jarang mendapat penyakit dan meninggal dunia
berbanding dengan peringkat kanak-kanak lain.
KEMALANGAN DAN KECEDERAAN
Faktor utama yang menyebabkan kanak-kanak peringkat ini meninggal dunia dan
kecederaan berat adalah kemalangan kenderaan sama ada kanak-kanak sebagai pejalan
kaki atau sebagai penumpang.
Tambahan pula, kanak-kanak persekolahan ini bermotivasi untuk menunggang basikal
telah menambah risiko berlakunya kemalangan.
1. Kebanyakkan kemalangan berlaku berhampiran dengan rumah atau sekolah
kanak-kanak.
2. Langkah pencegah yang paling efektif adalah mendidik kanak-kanak akan
bahayanya mengambil risiko dan mengguna peralatan-peralatan sukan dengan
cara yang tidak betul.
3. Kanak-kanak digalakkan memakai topi keledar yang selamat dan bersesuaian,
pelindung mata dan mulut, pelindung pengayuh dan sebagainya semasa bermain
atau menjalankan aktiviti-aktiviti sukan.
Kanser
Kanser adalah punca kedua kematian kanak-kanak berumur empat hingga empat belas
tahun.
Satu daripada 330 orang kanak-kanak di United State dapat kanser sebelum berumur 19.
1. Kanser kanak-kanak adalah berbeza dengan kanser orang dewasa.
2. Kanser orang dewasa sebahagian besar menyerang jantung, usus besar, dada,
prostat dan pancreas.
3. Kanser kanak-kanak pula kebanyakkan menyerang sel darah putih (Leukemia)
otak, tulang, sistem limfa, otot, ginjal, dan sistem saraf.
4. Kanser yang paling umum dihidap oleh kanak-kanak adalah leukemia iaitu kanser
tisu yang menghasilkan sel darah.
__________________________PJM3105 Pertumbuhan & Pembelajaran Motor/MZH_IPGMKTI/2009…/4
5. Leukemia adalah satu kanser di mana sumsum tulang menhasilkan banyak sel
darah putih yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
6. Sel-sel darah putih ini menyerang sumsum tulang dan mehapuskan sel-sel yang
normal dan sihat.
7. Ini menyebabkan kanak-kanak mudah mendapat jankitan virus dan bacteria.
Obesiti
1. Individu yang mempunyai berat badan 20 peratus lebih daripada berat badan ideal
adalah dianggap obese.
2. Obesiti semakin menjadi umum dikalangan kanak-kanak American.
3. Hampir ¼ kanak-kanak persekolahan adalah obese.
4. Yang paling merisaukan adalah 71 peratus kanak-kanak obese yang berumur 10
hingga 13 tahun akan terus mempunyai lebihan berat apabila menjadi dewasa.
5. Obesiti akan menyebabkan mereka mendapat penyakit jantung, tekanan darah
tinggi, kencing manis,dan penyakit-penyakit lain.
6. Obesiti juga menyebabkan kanak-kanak mempunyai penghormatan diri (self-
esteem) yang rendah dan mengasingkan diri daripada rakan sebaya.
7. Faktor genetik memainkan peranan yang penting dalam obesity.
8. Kanak-kanak mempunyai 40 peratus menjadi obese jika salah satu ibu bapa
mereka adalah obese.
9. Jika kedua-dua ibu bapa adalah obese, kanak-kanak mempunyai 80 peratus
menjadi obese juga.
10. Persekitaran juga merupakan fakor yang mempengaruhi berat badan seseorang.
11. Menonton televisyen dalam masa yang panjang tanpa membuat apa-apa senaman
yang diperlukan untuk perkembangan fizikal badan akan menjadikan seseorang
menjadi obese.
12. Mengikut kajian yang dibuat, kanak-kanak yang makan bersama dengan keluarga
adalah lebih suka makan sayur-sayuran, makanan berlemak rendah,dan kurang
minum air bersoda berbanding dengan mereka yang makan berseorangan.
13. Mengikut kajian ini juga, 50 peratus kanak-kanak yang mempunyai berlebihan
berat badan adalah mereka yang makan di depan televisyen berbanding dengan 35
peratus kanak-kanak yang berat badan normal.
__________________________PJM3105 Pertumbuhan & Pembelajaran Motor/MZH_IPGMKTI/2009…/5
KANAK-KANAK KURANG UPAYA
1. Masalah Pembelajaran
Linda Siegel (2003) membuat
kesimpulan bahawa definisi bagi
kesukaran belajar perlu merangkumi
beberapa perkara iaitu paras
minimum IQ, kesukaran yang amat
nyata dalam bidang yang berkaitan
dengan akademik terutamanya dalam
membaca dan atau matematik.Pada
dua dekad yang lalu, peratusan
kanak-kanak yang diklasifikasikan
mempunyai masalah pembelajaran
meningkat dengan mendadak dari 30
peratus kanak-kanak yang menerima
pendidikan khas pada 1997 kepada
sekarang di mana lebih 50 peratus kanak-kanak.
1. Disleksia adalah kategory di mana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam
membaca, menulis,dan mengejaan.
2. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran ini mendapat kesukaran
dalam penulisan, ejaan, atau karangan.
3. Mereka menulis dengan lambat dan tulisan mereka adalah sukar dibaca.
2. Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
ADHD adalah kesukaran di mana kanak-kanak selalu menunjukkan satu atau lebih ciri-
ciri berikut dalam suatu tempoh masa:
1. Kanak-kanak susah menumpukan perhatian.
2. Kanak-kanak sangat impassive iaitu mudah dipengaruh, sukar mengawal
reaksi,dan bertindak tanpa berfiikir.
3. Kanak-kanak adalan terlalu aktif atau hyperactive.
4. Kanak-kanak ADHD adalah sukar didisiplinkan. Mereka mempunyai masalah
dalam hubungan rakan sebaya dan kesabaran yang paling minimum.Punca utama
terjadinya ADHD belum ditemui.
5. Walau bagaimanapun, beberapa punca dicadangkan adalah kekurangan
neurotransmitters tertentu, abnormaliti sebelum dan selepas mengandung, toksik-
toksik persekitaran seperti plumbum dan lain-lain.
6. 30 peratus hingga 50 peratus kanak-kanak ADHD mempunyai adik-beradik atau
ibu bapa yang mempunyai penyakit yang sama.
7. Hampir 85 peratus hingga 90 peratus kanak-kanak ADHD mengambil ubat
perangsang seperti Ritalin dan Adderall untuk mengawal tingkah laku mereka.
__________________________PJM3105 Pertumbuhan & Pembelajaran Motor/MZH_IPGMKTI/2009…/6
8. Ritalin dan Adderall adalah perangsang untuk mempercepatkan sistem saraf dan
tingkah laku.
9. Tetapi bagi kanak-kanak ADHD, dada ini adalah untuk merangsang kortex
prefrontal yang mengawal perhatian, merancang, dan menambah kebolehan
kanak-kanak memfokus.
__________________________PJM3105 Pertumbuhan & Pembelajaran Motor/MZH_IPGMKTI/2009…/7
Get documents about "