LAGU PUSINGAN VS BERKEMBAR by apiskl71

VIEWS: 967 PAGES: 6

									LAGU PUSINGAN & LAGU BERKEMBAR : KAEDAH PENGAJARAN

”Frogs’Festival’ merupakan sebuah lagu pusingan rakyat Jerman yang liriknya telah diterjemahkan oleh Mabel F. Wilson. Lagu pusingan merupakan lagu yang dinyanyikan secara berkumpulan dan bergilir-gilir sehingga ke akhir. Dalam sampel lagu ’Frogs’ Festival’ , kumpulan pertama menyanyikan lagu pada bar yang pertama dan kedua,

Kumpulan kedua mula menyanyi dari mula hingga akhir lagu apabila kumpulan pertama sampai ke bar 3.

Diikuti oleh kumpulan ketiga mula menyanyi hingga akhir lagu apabila kumpulan pertama sampai ke bar yang ke 5.

Diakhiri dengan kumpulan keempat mula menyanyi dari mula hingga akhir lagu apabila kumpulan pertama sampai ke bar yang ke 7.

1

Kumpulan yang pertama akan sampai ke penghabisan lagu dahulu diikuti dengan kumpulan kedua, ketiga dan keempat. Kesemua kumpulan tidak akan berhenti serentak kecuali diarahkan untuk berhenti pada tempat yang sesuai. Lagu pusingan empat suara ini boleh digandakan bilangan kumpulan mengikut kesesuaian dan ia biasanya hanya satu lagu dinyanyikan. Sebelum menyanyikan lagu ini murid harus mengetahui pic, ritma dan tempo lagu tersebut. Biar murid rasa yakin akan melodi sebenar lagu, barulah lagu ini dinyanyikan secara pusingan. Lagu-lagu pusingan juga merupakan satu cara dalam

memeperkenalkan konsep harmoni kepada pelajar. Selain dari lagu di atas, terdapat banyak lagi lagu pusingan yang lain iaitu Kite Flying High (traditional German/Beatrice Harrop), Canoe Song (Margeret Embers McGee), Music Is

Fun (Kate Baxter),A Thousand Hairy Savages (Ken Lee/Spike Milligan), Something Inside Me (Kenneth Simpson) dan lain-lain lagi.

2

Lagu ’Junkanoo’ merupakan lagu rakyat Jamaica. Ia dinyanyikan sewaktu pesta perarakan menyambut hari krismas. Lagu dan liriknya telah dihasilkan oleh Jan Holdstock. Lagu ini boleh dinyanyikan secara berkembar dengan lagu di bawah iaitu lagu ’Old Bill Jones’ hasil ilham komposer yang sama.

Lagu berkembar (partner songs) merupakan 2 lagu berbeza yang dinyanyikan dengan serentak. Kedua-dua buah lagu ini mempunyai kord yang sama dan harmoninya tidak bercanggah antara satu sama lain. Sebelum menyanyikan lagu ini murid harus mengetahui pic, ritma dan tempo lagu

tersebut. Biar murid rasa yakin akan melodi sebenar lagu, barulah lagu ini dinyanyikan secara berekembar. Lagu-lagu berekmbar juga merupakan satu cara dalam memeperkenalkan konsep harmoni kepada pelajar. Selain dari lagu di atas, terdapat banyak lagi lagu berkembar yang lain iaitu Why Shouldn’t My Goose (traditional) dan Donkeys & Carrots (traditional Belgian/Augustus D. Zanzig), Frere Jacques (traditional French) dan Three Blind Mice, dan lain-lain lagi.

3

Dalam mengajar lagu pusingan, pelajar harus dikenalkan kepad melodi lagu.Melodi ini diperkenalkan frasa demi frasa atau baris demi baris secara ansur maju secara unison. Selain dari unsur pic, tempo yang betul juga amat perlu. Untuk ini guru harus memberikan metronome sambil mengiring dengan instrumen yang berpic seperti piano ataupun gitar. Yang paling ideal, guru memainkan muzik iringan dengan kibod beserta accomponiment kerana telah ada rentak irinagn mengikut tempo yang dimahukan. Setelah pelajar yakin dengan melodi lagu dan telah menyanyikan lagu dengan pic dan tempo yang betul, pelajar dibahagi kepada 4 kumpulan (Frogs’Festival). Kumpulan 1 dibimbing untuk menyanyikan lagu bar 1 & 2, apabila kumpulan 1 mula menyanyi pada bar yang ke 3, kumpulan 2 mula menyanyi bar 1 dan 2. Apabila kumpulan 1 sampai ke bar yang ke 5, kumpulan ke 3 mula menyanyi dari mula lagu. Akhir sekali apabila kumpulan 1 sampai ke bar yang 7, kumpulan 4 mula menyanyi bar 1. Seterusnya guru menilai kemampuan murid dalam ketekalan mereka kekal pada melodi kumpulan masing-masing tanpa terikut baris melodi kumpulan yang lain. Lagu pusingan ternyata mengandungi konsep-konsep muzik di dalamnya. Selain pic, ritma,harmoni dan tempo, ia juga mengandungi konsep muzik seperti tekstur, counterpoint dan imitasi. Polifonik merupakan salah satu konsep muzik dalam dalam bidang tekstur. Tekstur merujuk kepada lapisan bunyi yang didengari ketika ia dinyanyi atau dimainkan serentak. Ketebalan dan kenipisan merupakan sistem atau kayu pengukur yang digunakan untuk mengenalpasti elmen tekstur. Selain polifoni, terdapat juga homofoni, monofoni dan heterofoni. Tekstur polifoni memberi maksud satu-satu baris melodi yang.....

4

Di dalam lagu pusingan, elemen polifoni nyata terserlah di mana apabila lagu (Frogs’ Festival) dinyanyikan pada bar yang ke 7 dan 8, kesemua 4 kumpuldan an bernyanyi dengan serentak.

Di samping wujud elemen harmoni di sini, tektsur polifonik juga dapat didengari. Counterpoint merupakan satu teknik untuk menggabungjalin beberapa baris melodi dan menjadikannya bunyi dan bermakna (Kamien) Sahut menyahut dapat didengari bermula dari bar 3, apabila kumpulan 2 mula menyanyi bar pertama. Di sini conterpoint dapat didengari di mana kumpulan 2 seolah-olah menjawab kumpulan 1 dengan baris melodi yang berharmoni. Begitulah juga

keadaannya apabila kumpulan ke 3 dan ke 4 mula menyanyi.

5

Imitasi merupakan satu teknik mengulangi semula motif baris melodi yang dinyanyi atau dimainkan serta merta. Ia seolah-olah gaya seseorang yang mengikut arahan dan halatuju seorang ketua (Kamien). Teknik ini telah mula digunakan sejak zaman Baroque lagi oleh komposer J.S. Bach (Organ Fugue In Gm,1709) dan Handel di dalam gubahan muzik mereka. Di dalam lagu Frogs’ Festival, kumpulan 2 akan mengimitasi kumpulan 1 diikuti dengan kumpulan 3 dan 4. Teknik imitasi ini akan menghasilkan satu gubahan melodi yang menarik dan ekspressif didengar. Elemen tekstur polifoni, counterpoint dan imitasi memang jelas tampak menjadi elemen utama dalm nyanyian lagu pusingan. Lagu pusingan ini juga amat sesuai diajar kepada murid sebagai asas kepada pembelajaran harmoni dan menambah repertoire dalam pembelejaran dan pengajaran pendidikan muzik di sekolah. Di samping murid mempelajari sebutan dan kelancaran dalam Bahsa Inggeris, mereka dapat menjelajah pendekatan yang unik dalam mempelajari nyanyian.

6


								
To top