PENGENALAN RENTAK INANG

Document Sample
PENGENALAN RENTAK INANG Powered By Docstoc
					PENGENALAN RENTAK INANG, MASRI & ZAPIN

Pendahuluan

Rentak Inang, Masri dan Zapin merupakan ritma yang kekal jadi rentak iringan dalam lagu-lagu tradisional Melayu sejak zaman berzaman. Rentak-rentak ini walaupun saduran dan menerima pengaruh elemen dari luar seperti dangdut (Inang), Arab (Masri,Zapin) ianya tetap mengekalkan ciri-ciri tradisional Melayu dari segi variasi ritmanya. Berbanding dengan rentak-rentak iringan dari Barat seperti Bossanova, Samba, Rhumba (Latin) dan Swing, Twist, Waltz (Eropah/Barat), rentak tradisional Melayu ini kaya dengan ciri-ciri kelembutan sesuai dengan kesantunan budi masyarakat Melayu yang boleh dilihat melalui tarian dan gubahan muziknya. Selain dari Inang, MAsri dan Zapin terdapat beberapa lagi rentak tradisional Melayu yang sering digunakan dalam gubahan lagu-lagu tradisi seperti rentak asli dan joget.

i.

Rentak Inang

Gubahan rentak Inang di atas merupakan gubahan 3 alat muzik perkusi iaitu rebana, tamborin dan drum. 3 bar pertama merupakan rentak inang asas dan bar yang keempat merupakan fill in sebagai penanda (pusingan) untuk diulang balik bar yang pertama. Rentak Inang akan biasanya diadun dalam meter 4/4 mesti diulang sekurangkurangnya dua kali untuk mencukupkan satu cycle. Aplikasi not kuaver dan krocet digunakan bagi merealisasikan rentak inang ini. Bagi menghasilkan rentak inang, alatalat perkusi digunakan sebagai iringan. Selain daripada drum, tamborin dan rebana,

alat-alat lain yang boleh digunakan dalam gubahan rentak inang ialah kompang, marwas, gendang serta toy percussion. Antara lagu-lagu popular Malaysia yang menggunakan Inang sebagai rentak iringan ialah Empat Dara (Sharifah Aini) dan Pandang-Pandang Jeling-Jeling (S.M Salim & Siti Nurhaliza).

ii.

Rentak Masri

Gubahan rentak di atas merupakan ekstrak dari lagu Tari Tualang Tiga alat muzik bongo dan set drum yang disusun dalam bar yang sama. 3 bar pertama merupakan rentak masri asas dan bar yang keempat merupakan fill in sebagai penanda (pusingan) untuk diulang balik bar yang pertama. Rentak Masri dikatakan berasal dari Timur Tengah dan ia biasanya diadun dalam meter 4/4. Aplikasi not kuaver dan krocet digunakan bagi merealisasikan rentak ini. Bagi menghasilkan rentak masri, alat-alat perkusi digunakan sebagai iringan. Selain daripada drum, tamborin dan rebana, alat-alat lain yang boleh digunakan dalam gubahan rentak masri ialah kompang, gendang serta toy percussion. Jarang lagu-lagu Melayu yang menggunakan rentak inang kerana ianya agak stereotaip namun lagu rentak masri kontemporari boleh dididengari melalui lagu popular Farhana (Jinbara). Antara lagu-lagu popular Malaysia lain yang menggunakan Masri sebagai rentak iringan ialah Kepulangan Yang Dinanti (Aman Shah) dan Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Mamat Exist).

iii.

Rentak Zapin

Gubahan rentak di atas merupakan ekstrak dari lagu Bunga Melor dan alat muzik yang memainkannya adalah tamborin, rebana/gendang dan set drum yang disusun dalam 3 staves. Rentak Zapin biasanya diadun dalam meter 4/4. Aplikasi not semi kuaver,

kuaver dan krocet digunakan bagi merealisasikan rentak ini. Bagi menghasilkan rentak Zapin, alat-alat perkusi digunakan sebagai iringan. Selain daripada drum, tamborin, dan rebana, alat-alat lain yang boleh digunakan dalam gubahan rentak Zapin ialah kompang, gendang, marwas serta toy percussion. Rentak Zapin akan biasanya dikaitkan dengan tariannya yang sangat popular di Johor. Gambus Jodoh, Zapin Bunga Hutan, Gambus Naha merupakan antara contoh lagu berentak Zapin yang popular. Antara lagu-lagu popular Malaysia lain yang menggunakan Zapin sebagai rentak iringan ialah Candak (Siti Nordiana), dan Ya Ladan (Fadil Ahmad).


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:4138
posted:1/18/2010
language:Malay
pages:3