PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 PRINSIP PERAKAUNAN

Document Sample
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 PRINSIP PERAKAUNAN
SULIT 3756/1







3756/1

Prinsip

Perakaunan

Kertas 1

September

2009

1 ¼ jam





PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH

MENENGAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN



PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009







PRINSIP PERAKAUNAN



Kertas 1



Satu jam lima belas minit









JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU



1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.



2. Jawab semua soalan.



3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A,B,C dan

D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan

anda pada kertas jawapan yang disediakan.



4. Penggunaan kalkulatur saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah

dibenarkan.









Kertas soalan ini mengandungi 21 halaman bercetak

[Lihat sebelah







3756/1 SULIT

SULIT 2 3756/1







Jawab semua soalan.







1 Berikut adalah ciri-ciri satu perniagaan.



· Liabiliti pemilik tidak terhad

· Didaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

· Keuntungan diagihkan di antara ahli-ahlinya.



Perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri di atas?



A Azie Auto Sdn Bhd.

B Kedai Runcit Salleh

C Bidadari Life Assurance Berhad

D Syarikat Haji Yusof dan Rakan-rakan





2 Encik Muthu, seorang peruncit, tidak merekodkan bayaran insurans peribadinya

ke dalam buku perniagaannya.

Konsep perakaunan apakah yang merujuk kepada pernyataan di atas?



A Materialiti

B Pemadanan

C Entiti berasingan

D Badan berterusan







3 Kumpulan item yang manakah merupakan aset semasa?





A Premis, penghutang, modal

B Sewa premis, tunai di tangan, jualan

C Perabot, stok, kadar bayaran terakru

D Stok akhir, tunai di bank, gaji terdahulu









3756/1 SULIT

SULIT 3 3756/1





4 Urus niaga di bawah diambil daripada buku sebuah perniagaan.





Membeli kenderaan secara kredit bernilai RM45 000









Apakah kesan urus niaga ini ke atas aset dan liabiliti?





ASET LIABILITI

A Bertambah RM45 000 Bertambah RM45 000

B Bertambah RM45 000 Berkurang RM45 000

C Berkurang RM45 000 Bertambah RM45 000

D Berkurang RM45 000 Berkurang RM45 000





5 Data di bawah menunjukkan aset dan liabiliti Perniagaan Afiq pada 1 April 2009.

RM

Kenderaan 21 300

Stok 32 900

Bank X

Penghutang 11 840

Pemiutang 10 320

Modal 85 000





Hitungkan nilai X.

A RM8 640

B RM27 920

C RM29 280

D RM48 560









3756/1 SULIT

SULIT 4 3756/1





6 Maklumat berikut diambil daripada buku Maria Enterprise pada

31 Disember 2008.

RM

Untung kasar 18 000

Gaji 2 400

Insurans 3 200

Bank 960

Kadar bayaran 1 200

Lengkapan kedai 4 500





Hitungkan untung bersih Maria Enterprise bagi tahun berakhir

31 Disember 2008.





A RM6 700

B RM7 660

C RM11 200

D RM12 160









7 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Chan.





Chan membawa masuk komputer milik peribadi

ke dalam perniagaannya





Nyatakan dokumen yang terlibat bagi urus niaga ini.





A Memo

B Invois

C Nota Debit

D Makluman Kredit









3756/1 SULIT

SULIT 5 3756/1







8 Antara yang berikut, apakah dokumen sumber bagi Jurnal Jualan?



I Invois

II Nota Debit

III Nota Kredit

IV Resit Rasmi



A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV





9 Urus niaga berikut diperoleh dari Kedai Perabot Alia.





Membeli perabot secara kredit untuk dijual kepada pelanggan







Buku Catatan Pertama yang manakah digunakan untuk merekod urus niaga

tersebut?



A Jurnal Am

B Buku Tunai

C Jurnal Belian

D Jurnal Pulangan Belian









3756/1 SULIT

SULIT 6 3756/1





10 Buku Tunai berikut diperoleh daripada Perniagaan Samy.



Tarikh Butir F Tunai Bank Tarikh Butir F Tunai Bank

2009 2009

Feb 1 Baki b/b 250 2 600 Feb 4 Tunai K 300

4 Bank K 300 15 Ambilan 75





Urus niaga yang manakah menerangkan catatan pada 4 Februari 2009 ?

A Memasukkan tunai ke dalam bank

B Mengeluarkan tunai untuk kegunaan sendiri

C Membawa masuk tunai ke dalam perniagaan

D Mengeluarkan tunai di bank untuk kegunaan pejabat









11 Maklumat berikut diperoleh daripada Jurnal Belian Perniagaan Danial.





Jurnal Belian

Tarikh Butir Jumlah

2009 RM

Jun 10 Perniagaan Tan 150

20 Pemborong Lela 230

30 Z 380





Apakah yang diwakili oleh Z ?

A Akaun Belian

B Pelbagai Pemiutang

C Jumlah Jurnal Belian

D Jumlah Belian Debit









3756/1 SULIT

SULIT 7 3756/1





12 Dokumen berikut diperoleh daripada Perniagaan Lily.







ASAL No. 1101



RESIT RASMI

AMIL ENTERPRISE

5,Jalan Kenari 1,

09000, Kulim, Kedah Darul Aman

No. Tel : 044904459



Tarikh : 15 Jun 2009

Diterima daripada : Perniagaan Lily

Ringgit Malaysia : Enam ratus sahaja

Bayaran untuk : Menjelaskan semua hutangnya





RM600.00



No. Cek : 112233 (BBB) Amil,

Pengurus





Apakah catatan dalam lejar Perniagaan Lily ?



Debit Kredit

A Akaun Bank Akaun Perniagaan Lily

B Akaun Perniagaan Lily Akaun Bank

C Akaun Bank Akaun Amil Enterprise

D Akaun Amil Enterprise Akaun Bank









3756/1 SULIT

SULIT 8 3756/1





13 Akaun di bawah diperoleh daripada Perniagaan Mutiara.



Akaun Kenderaan



2008 RM 2008 RM

Jun 3 Salleh Motor 25 000







Salleh Motor



2008 RM 2008 RM

Jun 3 Kenderaan 25 000





Apakah urus niaga yang berlaku pada 3 Jun 2008 ?





A Menjual kenderaan kepada Salleh Motor

B Meminjam kenderaan daripada Salleh Motor

C Membeli kenderaan daripada Salleh Motor secara tunai

D Membeli kenderaan daripada Salleh Motor secara kredit





14 Butir yang manakah terdapat dalam Akaun Kawalan Penghutang?





I Jualan tunai

II Hutang lapuk

III Diskaun diterima

IV Penerimaan tunai



A I dan III

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV









3756/1 SULIT

SULIT 9 3756/1





15 Kedai Pemilik Ahmad mengambil barang niaga bernilai RM100 untuk kegunaan

sendiri.

Bagaimanakah urus niaga di atas dicatat dalam lejar?





A Akaun Belian

Ambilan RM100





Akaun Ambilan

Belian RM100









B Akaun Ambilan

Belian RM100





Akaun Belian

Ambilan RM100









C Akaun Ambilan

Ambilan RM100





Akaun Belian

Belian RM100









D Akaun Belian

Belian RM100





Akaun Ambilan

Belian RM100









3756/1 SULIT

SULIT 10 3756/1





16 Antara berikut, yang manakah sumber-sumber rujukan bagi penyediaan Imbangan

Duga?



I Lejar

II Jurnal

III Buku Tunai

IV Penyata Bank



A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV



17 Berikut merupakan petikan Imbangan Duga Perniagaan Nabila.



Imbangan Duga pada 31 Disember 2008

Debit (RM) Kredit (RM)

Diskaun 280

Bank 1 500



Apakah maksud maklumat di atas?



A Diskaun diterima RM280, overdraf bank RM1 500

B Diskaun diterima RM280, tunai di bank RM1 500

C Diskaun diberi RM280, overdraf bank RM1 500

D Diskaun diberi RM280, tunai di bank RM1 500



18 Kedai Komputer Ria terlupa merekodkan ambilan komputer bernilai

RM1 250 untuk kegunaan pejabat dalam mana-mana buku.

Bagaimanakah kesilapan ini dibetulkan dalam Jurnal Am?

Debit(RM) Kredit(RM)

A Alatan Pejabat 1 250

Ambilan 1 250

B Ambilan 1 250

Alatan Pejabat 1 250

C Alatan Pejabat 1 250

Belian 1 250

D Ambilan 1 250

Belian 1 250





3756/1 SULIT

SULIT 11 3756/1





19 Antara berikut , apakah sebab-sebab wujudnya hutang lapuk?

I Penghutang telah meninggal dunia.

II Penghutang berpindah ke premis baru

III Penghutang diisytiharkan muflis atau bankrap

IV Penghutang tidak menerima penyata akaun pada akhir bulan



A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV







20 Rugi atas pelupusan aset diperoleh apabila



A kos asal aset lebih daripada harga jualan aset

B kos asal aset kurang daripada harga jualan aset

C harga jualan aset lebih daripada nilai buku aset

D harga jualan aset kurang daripada nilai buku aset









3756/1 SULIT

SULIT 12 3756/1





21 Berikut adalah maklumat daripada Imbangan Duga Syarikat Rasa Sayang.



Imbangan Duga pada 31 Disember 2008

Debit Kredit

Penghutang 14 900

Peruntukan Hutang Ragu 600



Maklumat Tambahan:

Peruntukan Hutang Ragu hendaklah diselaraskan kepada 3% atas

penghutang bersih.

Hitung hutang ragu yang akan ditunjukkan di Akaun Untung Rugi bagi

tahun berakhir 31 Disember 2008.



A RM153

B RM447

C RM753

D RM1 047







22 Di bahagian manakah sewa dibayar terakru ditunjukkan dalam Kunci Kira-Kira?



A Belanja

B Aset semasa

C Liabiliti semasa

D Aset bukan semasa









3756/1 SULIT

SULIT 13 3756/1







23 Pada 1 Januari 2008, Perniagaan Wan menyewakan sebahagian daripada kedainya

kepada Encik Ali dengan sewa RM250 sebulan. Jumlah sewa yang telah diterima

sehingga 31 Disember 2008 ialah RM2 500. Tahun perakaunan Perniagaan Wan

berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Berapakah jumlah sewa diterima Perniagaan Wan pada penghujung 31 Disember

2008 ?

A RM2 250

B RM2 500

C RM2 750

D RM3 000







24 Butiran M telah dicatat di sebelah debit Penyata Bank tetapi belum direkodkan

di Buku Tunai.

Nyatakan butiran M.





A Dividen

B Caj bank

C Cek belum dikemukakan

D Deposit belum dikreditkan









3756/1 SULIT

SULIT 14 3756/1





25 Maklumat berikut diperoleh daripada Buku Tunai dan Penyata Bank bagi Syarikat

Makmur Sdn. Bhd.





Buku Tunai (ruangan bank) kt.

Tarikh Butiran RM

Mac 4 Mimi (No Cek 234896) 664





Penyata Bank

Tarikh Butiran No. Cek Debit Kredit Jumlah

Mac 8 Cek 234896 646





Maklumat tambahan

Cek No 234896 tersalah catat di Buku Tunai.



Bagaimanakah kesilapan di atas dibetulkan dalam Penyata Penyesuaian Bank jika

penyata tersebut disediakan bermula dengan baki debit di Buku Tunai?







A Tolak RM18

B Tolak RM646

C Tambah RM18

D Tambah RM664









26 Kedai Buku Sinar menyediakan Penyata Belanjawan Tunai bagi dua bulan

berakhir 31 Disember 2009.

Apakah perkara yang akan dicatat dalam Penyata Belanjawan Tunai tersebut?





A Belian secara kredit

B Peruntukan hutang ragu

C Pinjaman wang daripada bapa

D Ambilan barang untuk tujuan promosi









3756/1 SULIT

SULIT 15 3756/1





27 Antara berikut, peruntukan manakah terkandung dalam Akta Perkongsian 1961?



I Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pekongsi.



II Ambilan yang dibuat oleh pekongsi dikenakan faedah.



III Gaji tidak dibayar kepada pekongsi yang mengurus perniagaan.



IV Modal yang disumbangkan oleh pekongsi dibayar faedah 5 % setahun.





A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV





28 Antara berikut, maklumat yang manakah terdapat di bahagian ekuiti pemilik

perniagaan perkongsian?



I Modal

II Ambilan

III Akaun Semasa

IV Untung Bersih







A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV









3756/1 SULIT

SULIT 16 3756/1







29 Perkongsian Saga sedang dalam proses membubarkan perniagaan. Jumlah aset

Perkongsian Saga ialah RM45 600 dan jumlah liabiliti ialah RM8 200. Semua

aset direalis sebanyak RM35 400 dan semua liabiliti dijelaskan sepenuhnya.

Belanja realisasi yang dibayar berjumlah RM800.

Hitungkan rugi realisasi.





A RM10 200

B RM11 000

C RM17 600

D RM18 400









30 Berikut adalah maklumat Syarikat Aman Berhad pada 31 Disember 2008.



Modal ini dinyatakan dalam Tatawujud Syarikat dan

didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.





Apakah jenis modal yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas?





A Modal berbayar

B Modal diterbitkan

C Modal dibenarkan

D Modal belum diterbitkan









3756/1 SULIT

SULIT 17 3756/1





31 Syarikat Emas Perak Berhad menjalankan operasi perniagaannya di Seberang

Perak. Sepanjang tahun perakaunan berakhir 31 Mac 2009, Lembaga pengarah

Syarikat Emas Perak Berhad telah memutuskan perkara-perkara berikut:

i. membayar dividen interim 3% kepada pemegang saham keutamaan dan

saham biasa pada pertengahan tahun.

ii. mengisytihar pembayaran dividen akhir kepada pemegang saham keutamaan

iii. mengisytihar pembayaran dividen akhir 12 % kepada pemegang saham

biasa



Encik Salam memiliki 6 000 unit 8% saham keutamaan RM1 sesaham dan 10 000

unit saham biasa RM0.50 sesaham dalam Syarikat Emas Perak Berhad.



Hitungkan dividen akhir yang akan diterima oleh Encik Salam.

A RM750

B RM900

C RM980

D RM1 080





32 Maklumat berikut diperoleh daripada Kilang Biskut Hua Hua:

RM

Stok bahan mentah 1 April 2007 460

Stok bahan mentah 31 Mac 2008 390

Belian bahan mentah 5 780

Duti atas belian bahan mentah 530

Upah pekerja kilang 3 800

Gaji pengurus kilang 3 200

Kadar bayaran kilang 920





Kirakan kos prima

A RM6 380

B RM9 650

C RM10 180

D RM10 380





3756/1 SULIT

SULIT 18 3756/1







33 Antara berikut yang manakah merupakan kos berubah?





I Kos overhed

II Susutnilai mesin

III Kos bahan mentah

IV Kos buruh langsung







A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV





34 Data berikut menunjukkan maklumat berkaitan yuran yang diperoleh daripada

buku-buku Kelab Poco-Poco pada 31 Disember 2008.



RM

Yuran diterima dalam tahun 2008 10 850

Yuran tertunggak pada 1 Januari 2008 500

Yuran tertunggak pada 31 Disember 2008 300

Yuran terdahulu pada 31 Disember 2008 450



Hitungkan jumlah yuran yang akan dikreditkan ke dalam Akaun Pendapatan dan

Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2008.







A RM10 200

B RM10 850

C RM11 500

D RM11 300









3756/1 SULIT

SULIT 19 3756/1





35 Apakah pendapatan modal bagi Kelab Badminton Seri Nerang ?



A Yuran ahli

B Faedah pelaburan

C Yuran pertandingan

D Derma membina gelanggang









36 Maklumat berikut diambil daripada seorang peniaga milikan tunggal yang tidak

menyimpan rekod perniagaannya mengikut sistem catatan bergu.





1 Julai 2007 30 Jun 2008

RM RM

Modal 40 000 65 000

Ambilan - 8 000



Hitungkan untung bersih bagi tahun berakhir 30 Jun 2008.



A RM25 000

B RM33 000

C RM57 000

D RM73 000









3756/1 SULIT

SULIT 20 3756/1





37 Apakah kelemahan sistem catatan tunggal?



I Ketepatan perekodan akaun tidak dapat diuji

II Imbangan duga tidak dapat disediakan

III Untung rugi tidak dapat ditentukan

IV Kesilapan catatan mudah dikesan







A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV





38 Perniagaan Iyad merupakan perniagaan milikan tunggal yang menyimpan rekod

perniagaan tidak mengikut sistem catatan bergu.

Berikut adalah aset dan liabiliti Perniagaan Iyad pada 31 Julai 2009.





RM

Perabot 20 000

Penghutang 8 000

Pemiutang 4 500

Stok 11 200

Sewa diterima terakru 560



Maklumat tambahan :

Perabot disusutnilaikan 10% setahun atas kos.





Berapakah modal pada 31 Julai 2009?



A RM19 260

B RM33 260

C RM34 140

D RM35 260







3756/1 SULIT

SULIT 21 3756/1







39 Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Hannah.

RM

Jualan 28 000

Pulangan Jualan 500

Kos Jualan 20 000



Kirakan peratus untung kasar atas jualan ( margin ).



A 26.79 %

B 27.27 %

C 28.57 %

D 29.09 %





40 Jadual di bawah adalah petikan daripada Lembaran Hamparan Elektronik sebuah

perniagaan.



A B C D E

1 Jualan 65 000 65 000

2 Belian 58 000

3 Pulangan Jualan 3 400 4 700

4 Angkutan Masuk 2 700

5 Duti Atas Belian 700

6

7



Formula manakah yang digunakan untuk menghitung jumlah belian bersih?



A = C2 + D4 + B5

B = C2 – D4 + B5

C = C2 – D4 – B5

D = C2 + D4 – B5









KERTAS SOALAN TAMAT









3756/1 SULIT

SULIT 3756/2





3756/2

Prinsip

Perakaunan

Kertas 2

September

2009

2 ½ jam

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH

NEGERI KEDAH DARUL AMAN



PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009





PRINSIP PERAKAUNAN



Kertas 2



Dua jam tiga puluh minit





JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU



1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.



2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan satu soalan dalam Bahagian B.



3. Bersama dengan kertas soalan ini tiap-tiap calon diberi alat tulis perakaunan

berikut:

Buku Tunai 1 helai

Jurnal 2 helai

Lejar 3 helai



4. Kekemasan dan ketepatan akan dipertimbangkan dalam pemberian markah.



5. Semua jalan kerja hendaklah ditunjukkan.



6. Mulakan tiap-tiap jawapan pada helaian yang baru.



7. Penggunaan kalkulator yang tidak boleh diprogramkan dibenarkan.









Kertas soalan ini mengandungi 17 halaman bercetak.

[Lihat sebelah





3756/2 SULIT

SULIT 2 3756/2







Bahagian A



[68 markah]



Jawab semua soalan.



1 Encik Umar ialah pemilik Perniagaan Pintar yang menjalankan perniagaan di

Bandaraya Alor Setar sebagai pembekal buku. Beliau telah memulakan

perniagaannya pada 1 Ogos 2009 dengan membawa masuk modal berjumlah

RM30 000 yang terdiri daripada:

RM

Tunai di tangan 1 000

Tunai di bank 25 000

Alatan Pejabat 4 000





Sepanjang bulan Ogos 2009, urus niaga Perniagaan Pintar ditunjukkan oleh

dokumen-dokumen perniagaan seperti dalam Lampiran A.



(a) Sediakan catatan dalam buku-buku catatan pertama yang sesuai .

( Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai tidak diterima ).

[10 ½ markah]



(b) Pindahkan catatan daripada buku-buku catatan pertama ke lejar.

[10 ½ markah]



(c) Imbangkan akaun dan sediakan Imbangan Duga pada 31 Ogos 2009.

[7 markah]









3756/2 SULIT

SULIT 3 3756/2





2 Encik Aiman seorang peniaga Kedai Runcit Cahaya yang tidak menyimpan

rekodnya dengan lengkap. Maklumat berikut diperoleh daripada perniagaannya.



1 Julai 2008 30 Jun 2009

RM RM

Stok 5 050 2 620

Bank 3 000 ?

Pemiutang 1 720 820

Sewa terdahulu 350 -

Perabot 2 500 3 500

Kenderaan 15 000 ?

Kadar bayaran terakru 150 120





Pada 30 Jun 2009, maklumat penerimaan dan pembayaran ditunjukkan seperti

berikut:

RM RM

PENERIMAAN PEMBAYARAN

Jualan 21 400 Belian 2 120

Komisen 640 Sewa 1 500

Perabot 1 000

Pemiutang 7 600

Insurans 700

Kadar bayaran 1 200

Maklumat tambahan:

Kenderaan dibeli pada 1 Julai 2007 dan kadar susutnilai ialah 10 % setahun mengikut

kaedah baki berkurangan.





Anda dikehendaki menyediakan:

(a) Pengiraan untuk mencari jumlah belian. [2 markah ]

(b) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2009. [11 markah]

(c) Penyata mengira modal pada 1 Julai 2008. [2 markah ]

(d) Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2009. [5 markah ]







3756/2 SULIT

SULIT 4 3756/2





3 Rekka dan Nazwan adalah pekongsi dalam Perkongsian Kawan yang

membahagikan untung atau rugi dengan nisbah 3 : 1.

Berikut ialah kedudukan kewangan perkongsian pada 31 Julai 2009:





Kunci Kira-kira pada 31 Julai 2009



RM RM

Premis 20 000 Modal:

Stok 8 400 Rekka 26 000

Penghutang 5 100 Nazwan 11 000

Bank 6 500

Pemiutang 3 000

40 000 40 000





Pada 31 Julai 2009, mereka membuat keputusan untuk menamatkan operasi

perniagaan dengan membubarkan perkongsian.





Berikut ialah perkara-perkara yang berlaku semasa proses pembubaran.

(i) Rekka mengambil alih premis dengan harga RM24 800.

(ii) Sebanyak RM10 900 telah diperoleh hasil jualan stok dan kutipan

daripada penghutang.

(iii) Perbelanjaan realisasi berjumlah RM400.

(iv) Semua liabiliti dijelaskan sepenuhnya dengan nilai RM2 700.

(v) Semua penerimaan dibankkan dan pembayaran dibuat dengan cek.





(a) Sediakan Akaun Realisasi. [5 markah]

(b) Sediakan Akaun Modal pekongsi dalam bentuk beruangan. [2 markah]

(c) Sediakan Akaun Bank. [2 markah]

(d) Berikan satu sebab kenapa pembubaran perkongsian berlaku. [1 markah]









3756/2 SULIT

SULIT 5 3756/2





4 Merah Group Enterprise menjalankan perniagaan menjual barang-barang

perhiasan rumah di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Berikut ialah

kedudukan kewangannya pada 28 Februari 2009:

RM

Aset

Lengkapan kedai 12 340

Stok 4 560

Penghutang 2 298

Tunai di bank 5 789

Liabiliti

Pemiutang 2 388

Kadar bayaran terakru 127

Ekuiti Pemilik

Modal 18 500

Untung bersih 3 972





Dalam keadaan ekonomi yang gawat, hanya beberapa urus niaga telah berlaku

sepanjang bulan Mac 2009.

(i) Membeli alat tulis RM64 dan bayar dengan cek.

(ii) Membayar kadar bayaran terakru.

(iii) Menjual barang niaga secara kredit RM2 400 kepada Encik Azman.

Kos barang dijual ialah RM1 980.

(iv) Memulangkan barang niaga kepada Pembekal Madina berjumlah

RM320 yang dibeli pada bulan lepas kerana rosak.

(v) Membeli barang niaga daripada Mentari Biru Trading berjumlah

RM1 860 dan bayar dengan cek.

(vi) Mengeluarkan wang tunai di bank RM500 untuk kegunaan perniagaan.





Sediakan Kunci Kira-kira pada 31 Mac 2009 setelah mengambil kira perkara-

perkara di atas. (Jalan kerja hendaklah ditunjukkan di luar Kunci Kira-kira).

[10 markah]









3756/2 SULIT

SULIT 6 3756/2





Bahagian B

[12 markah]



Jawab satu soalan sahaja.



5 Perniagaan Sihat Segar dan Perniagaan Hidup Cergas menjalankan perniagaan

menjual peralatan sukan di Zon Utara Malaysia. Berikut ialah maklumat yang

diperoleh daripada perniagaan-perniagaan tersebut pada 30 Jun 2009:





Perniagaan Perniagaan

Sihat Segar Hidup Cergas

RM RM

Jualan 49 738 40 500

Stok awal 6 800 4 580

Stok akhir 8 504 5 680

Untung kasar 11 478 10 250

Belanja operasi 4 800 5 370

Untung bersih 6 678 4 880

Modal pada 1 Julai 2008 45 000 32 000

Jumlah aset bukan semasa 30 000 25 600

Jumlah aset semasa 12 600 9 600

Jumlah liabiliti semasa 6 300 3 200





(a) Hitungkan untuk Perniagaan Sihat Segar:

(i) Peratus untung kasar atas kos jualan (tokokan) [2 markah]

(ii) Kadar pusing ganti stok [2 markah]

(iii) Pulangan atas modal [2 markah]



(b) Hitungkan untuk Perniagaan Hidup Cergas:

(i) Pulangan atas modal [2 markah]

(ii) Nisbah semasa [2 markah]



(c) Jika anda sebagai pelabur, perniagaan manakah yang akan anda utamakan sebagai

pilihan untuk pelaburan? [2 markah]





3756/2 SULIT

SULIT 7 3756/2









6. Jadual berikut menunjukkan anggaran jumlah kos dan hasil Kilang Kasut Teguh :



Paras Keluaran Jumlah Kos Jumlah Hasil

(unit) (RM) ( RM)

0 64 000 0

1 000 104 000 60 000

2 000 144 000 120 000

3 000 184 000 180 000



Kos tetap diandaikan malar.



Hitung:



(a) kos berubah sepasang [ 2 markah]

(b) harga jualan sepasang [ 2 markah]

(c) titik pulang modal dalam pengeluaran tersebut [ 2 markah]

(d) jumlah kasut yang perlu di keluarkan untuk mendapatkan keuntungan

RM15 000 [2 markah]

(e) untung atau rugi jika Kilang Kasut Teguh mengeluarkan 5 000 pasang kasut

[2 markah]

( f) titik pulang modal yang baru jika kos tetap sahaja meningkat 10 %.

[2 markah]









KERTAS SOALAN TAMAT









3756/2 SULIT

SULIT 8 3756/2





LAMPIRAN A









DOKUMEN PERNIAGAAN









3756/2 SULIT

SULIT 9 3756/2







ASAL No : 2909





INVOIS

KREATIF ENTERPRISE



CE No 13, Lorong Pantai,

Butterworth, Pulau Pinang.

Tel: 04-9243118



Tarikh: 4 Ogos 2009



Kepada:

Perniagaan Pintar

Lot 11, Alor Setar Mall,

Bandaraya Alor Setar,

Kedah.







No Butir Kuantiti Harga Jumlah

Rujukan Seunit





RM RM

010 Novel remaja 100 20.00 2 000.00

020 Buku cerita kanak-kanak 100 10.00 1 000.00

030 Novel seram 100 30.00 3 000.00

040 Buku Agama 100 40.00 4 000.00

10 000.00

Tolak:Diskaun niaga 5% 500.00

JUMLAH 9 500.00



(Ringgit Malaysia: Sembilan ribu lima ratus sahaja)





Syarat: 4% 30 hari.

Serahan: Angkutan dibayar

K. & K. di K.

Azim

………………

Pengurus





DOKUMEN 1







3756/2 SULIT

SULIT 10 3756/2









SALINAN No. 001





INVOIS

PERNIAGAAN PINTAR

Lot 11, Alor Setar Mall,

Bandaraya Alor Setar,

Kedah.

Tel: 04-7305829





Tarikh: 5 Ogos 2009

Kepada:

Koleksi Inovatif

No 3, Taman Siswa,

Jitra,

Kedah.





No Butir Kuantiti Harga Jumlah

Rujukan Seunit

RM RM

010 Novel remaja 10 30.00 300.00

020 Buku cerita kanak-kanak 10 20.00 200.00

030 Novel seram 10 40.00 400.00

900.00

Diskaun niaga 4% 36.00

JUMLAH 864.00



(Ringgit Malaysia: Lapan ratus enam puluh empat sahaja)





Syarat: 5% 10 hari.

Serahan: Angkutan dibayar

K. & K. di K.

Umar

………………

Pengurus







DOKUMEN 2





3756/2 SULIT

SULIT 11 3756/2









SALINAN No : 001







BIL TUNAI

PERNIAGAAN PINTAR

Lot 11, Alor Setar Mall,

Bandaraya Alor Setar,

Kedah.

Tel: 04-7305829





Tarikh: 9 Ogos 2009

Kepada:

Muhaimin b Ridzuan

Lot 982, Lorong Suria,

Mentaloon,

Alor Setar,Kedah.





No Butir Kuantiti Harga Jumlah

Rujukan Seunit

RM RM

040 Buku Agama 1 50.00 50.00

010 Novel remaja 2 30.00 60.00

020 Buku cerita kanak-kanak 2 20.00 40.00



150.00



(Ringgit Malaysia: Seratus lima puluh sahaja)



Tunai / No Cek:



Umar

………………

Pengurus









Dokumen 3









3756/2 SULIT

SULIT 12 3756/2





ASAL NOTA DEBIT No: 011

KREATIF ENTERPRISE





CE

No 13, Lorong Pantai,

Butterworth, Pulau Pinang.

Tel: 04-9243118

Tarikh: 11 Ogos 2009

Kepada:

Perniagaan Pintar

Lot 15, Alor Setar Mall,

Bandaraya Alor Setar,

Kedah.



Akaun tuan telah didebitkan kerana perkara berikut:

No Butir Kuantiti Harga Jumlah

Rujukan Seunit

RM RM

020 Terkurang caj buku cerita 100 5.00 500.00

kanak- kanak



500.00

Tolak:Diskaun niaga 5% 25.00

Jumlah 475.00



(Ringgit Malaysia: Empat ratus tujuh puluh lima sahaja)







Azim

……………

Pengurus





Dokumen 4









3756/2 SULIT

SULIT 13 3756/2





BAUCAR PEMBAYARAN No: 001

PERNIAGAAN PINTAR

Lot 11, Alor Setar Mall,

Bandaraya Alor Setar,

Kedah.

Tel: 04-7305829

Tarikh: 15 Ogos 2009

Kepada:

Majlis Bandaraya Alor Setar

Jalan Kolam Air,

Alor Setar, Kedah.



Perkara



Menjelaskan sewa kedai RM600.00







RM600.00



(Ringgit Malaysia: Enam ratus sahaja)



Tunai / No Cek:BRB245641

Umar

………………

Pengurus



Dokumen 5





Tarikh: 18 Ogos 2009



Penerima: IT Indah Trading



Kerana: Membeli komputer



RM

Baki 24 400.00

Masuk -

Jumlah 24 400.00

Cek ini 2 500.00

Baki akhir 21 900.00



245642

Dokumen 6 (Keratan cek)





3756/2 SULIT

SULIT 14 3756/2



BANK RINGGIT BHD No:112345

Lot 65, Jalan Serikandi,

Bandaraya Alor Setar, Kedah.

Tel: 04-7321607



BORANG WANG MASUK

Tarikh : 20 Ogos 2009



Nama: Perniagaan Pintar



Nombor Akaun: 3 9 - 4 0 2 6 - 1 2 2 1





Ringgit Malaysia: Lima ratus sahaja RM500.00



Sila tandakan ‘√’

Tunai √ Cek

Tanda tangan



Umar



Untuk kegunaan pejabat







Dokumen 7





MEMO

PERNIAGAAN PINTAR

Lot 11, Alor Setar Mall,

Bandaraya Alor Setar,

Kedah.

Tel: 04-7305829

Tarikh: 22 Ogos 2009



Peringatan:

Pemilik telah mengambil wang tunai berjumlah RM120.00 untuk

kegunaan peribadi.





Tandatangan Pengurus



Umar



Dokumen 8





3756/2 SULIT

SULIT 15 3756/2







SALINAN NOTA KREDIT No: NK001

PERNIAGAAN PINTAR

Lot 11, Alor Setar Mall,

Bandaraya Alor Setar,

Kedah.

Tel: 04-7305829

Tarikh: 23 Ogos 2009

Kepada:

Koleksi Inovatif,

No 3, Taman Siswa,

Jitra,

Kedah.



Akaun tuan telah dikreditkan kerana perkara berikut:

No Butir Kuantiti Harga Jumlah

Rujukan Seunit

RM RM

020 Buku cerita kanak-kanak 5 20.00 100.00





Diskaun niaga 4% 4.00

JUMLAH 96.00



(Ringgit Malaysia: Sembilan puluh enam sahaja)







Umar

……………

Pengurus





Dokumen 9









3756/2 SULIT

SULIT 16 3756/2







Tarikh: 24 Ogos 2009



Penerima: Kreatif Enterprise



Kerana: Menjelaskan invois sepenuhnya

(Diskaun tunai RM399)



RM

Baki 21 900.00

Masuk 500.00

Jumlah 22 400.00

Cek ini 9 576.00

Baki akhir 12 824.00



245643



Dokumen 10 (Keratan cek)





SALINAN RESIT RASMI No: 001

PERNIAGAAN PINTAR

Lot 11, Alor Setar Mall,

Bandaraya Alor Setar,

Kedah.

Tel: 04-7305829

Tarikh: 26 Ogos 2009





Diterima daripada : Koleksi Inovatif



Ringgit Malaysia : Tiga ratus sahaja

RM300.00

Kerana : Menjelaskan sebahagian invois no 001





Tunai / No Cek: BCT460123



Tandatangan Pengurus



Umar





Dokumen 11









3756/2 SULIT

SULIT 17 3756/2







ASAL INVOIS No: 567



SYARIKAT AUTO JOHAN

44, Jalan Laut, Sungai Petani,

Kedah.

Tel: 04-432765

Tarikh: 30 Ogos 2009

Kepada:

Perniagaan Pintar

Lot 11, Alor Setar Mall,

Bandaraya Alor Setar,

Kedah.



No Butir Kuantiti Harga Jumlah

Rujukan Seunit

RM RM

040 Van terpakai 1 buah 12 000.00 12 000.00



JUMLAH 12 000.00



(Ringgit Malaysia: Dua belas ribu sahaja)





K. & K. di K.



Johan

………………

Pengurus





Dokumen 12









3756/2 SULIT

3756/1

Prinsip

Perakaunan

Kertas 1

Peraturan

Pemarkahan

September

2009





PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH

NEGERI KEDAH DARUL AMAN



PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009





PRINSIP PERAKAUNAN



Kertas 1



PERATURAN PEMARKAHAN





UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA





AMARAN

Peraturan pemarkahan ini adalah SULIT .

Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam

peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan

pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa jua bentuk penulisan dan percetakan

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 2 halaman bercetak.









[ Lihat sebelah

SULIT 2 3756/1





No.soalan A B C D

1 X

2 X

3 X

4 X

5 X

6 X

7 X

8 X

9 X

10 X

11 X

12 X

13 X

14 X

15 X

16 X

17 X

18 X

19 X

20 X

21 X

22 X

23 X

24 X

25 X

26 X

27 X

28 X

29 X

30 X

31 X

32 X

33 X

34 X

35 X

36 X

37 X

38 X

39 X

40 X

JUMLAH 8 11 11 10









3756/1 SULIT

SULIT 1 3756/2





3756/2

Prinsip

Perakaunan

Kertas 2

Peraturan

Pemarkahan

September

2009





PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA

SEKOLAH MENENGAH

NEGERI KEDAH DARUL AMAN



PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009





PRINSIP PERAKAUNAN



Kertas 2



PERATURAN PEMARKAHAN





UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA





AMARAN

Peraturan pemarkahan ini adalah SULIT .

Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam

peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan

pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa jua bentuk penulisan dan percetakan

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 15 halaman bercetak.









[ Lihat sebelah









3756/2 SULIT

SULIT 2 3756/2









PERNIAGAAN PINTAR

Soalan 1a) BUKU TUNAI

Tarikh Butiran F Dis Tunai Bank Tarikh Butiran F Dis Tunai Bank

Ogos 1 Modal 1000(½) 25000(½) Ogos15 Sewa 600(½)

9 Jualan 150(½) 18 Alatan Pejabat 2 500 (½)

20 Tunai √ 500 (½) 20 Bank √ 500(½)

26 Koleksi Inovatif 300(½) 22 Ambilan 120(½)

24 Kreatif Enterprise 399(½) 9 576 (½)

31 Baki h/b 530 13124





1150 25 800 399 1150 25 800

Sept 1 Baki b/b 530 13 124



[ 5½markah]









3756/2 SULIT

SULIT 3 3756/2





JURNAL AM

Tarikh Butir Folio Dt Kt

Ogos 1 Tunai 1 000

Bank 25 000

Alatan Pejabat 4 000

Modal 30 000

(Memulakan perniagaan)





30 Kenderaan (½)12 000

Syarikat Auto Johan (½) 12 000

(Beli van terpakai secara kredit) ( ½ )





JURNAL BELIAN

TarIkh Butir F Jumlah

Ogos 4 Kreatif Enterprise (½) 9 500

12 Kreatif Enterprise (½) 475

31 Akaun Belian (Dt) (½) 9 975





JURNAL JUALAN

Tarikh Butir F Jumlah

Ogos 5 Koleksi Inovatif (½) 864

31 Akaun Jualan (Kt) (½) 864





JURNAL PULANGAN JUALAN

Tarikh Butir F Jumlah

Ogos 23 Koleksi Inovatif (½) 96

31 Akaun Pulangan Jualan (Dt) (½) 96

[5 markah]









3756/2 SULIT

SULIT 4 3756/2



1b) LEJAR

Tarikh Butir Dt Tarikh Butir Kt

Akaun Alatan Pejabat

Ogos 1 Modal (½) 4 000

18 Bank (½) 2 500 Ogos 31 Baki h/b 6 500

6 500 6 500



Akaun Modal

Ogos 1 Tunai (½) 1 000

Bank (½)25 000

Ogos 31 Baki h/b 30 000 Alatan Pejabat (½) 4 000

30 000 30 000



Akaun Kenderaan

Ogos 30 Syarikat Motor Johan (½)115



Syarikat Auto Johan

Ogos 30 Kenderaan (½) 12000



Kreatif Enterprise

Ogos 24 Bank (½) 9 576 Ogos 4 Belian (½) 9 500

24 Diskaun (½) 399 12 Belian (½) 475

9 975 9 975



Akaun Belian

Ogos 31 Pelbagai Pemiutang / (½) 9 975

Pemiutang



Koleksi Inovatif

Ogos 5 Jualan (½) 864 Ogos 23 Pulangan Jualan (½) 96

26 Bank (½) 300

31 Baki h/b 468

864 864

Akaun Jualan

Ogos 31 Pelbagai Penghutang / (½) 864

Penghutang

Baki h/b 1 014 9 Tunai (½) 150

1 014 1 014

Akaun Pulangan Jualan

Ogos 31 Pelbagai Penghutang / (½) 96

Penghutang

Akaun Sewa

Ogos 15 Bank (½) 600

Akaun Ambilan

Ogos 22 Tunai (½) 120

Akaun Diskaun

Ogos 31 Pelbagai Pemiutang / (½)) 399

Pemiutang

[ 10 ½markah]





3756/2 SULIT

SULIT 5 3756/2



1c) Perniagaan Pintar

Imbangan Duga pada 31 Ogos 2009 (½)



Debit Kredit

Tunai *(½)530

Bank *(½)13 124

Alatan Pejabat *(½) 6 500

Modal (½) 30 000

Kenderaan (½) 12 000

Syarikat Auto Johan (½) 12 000

Belian (½) 9975

Koleksi Inovatif *(½) 468

Jualan *(½) 1 014

Pulangan Jualan (½) 96

Sewa (½) 600

Ambilan (½) 120

Diskaun (½) 399

43 413 43413



[7 markah]





Nota:



1.* Terima angka sendiri

2. Tarikh butir dan angka mestilah betul dalam (a). Butir dan angka mesti betul dalam (b) dan

(c). Abaikan tarikh dalam (b)

3. Perkataan Debit /Dt, Kredit/Kt dalam buku catatan pertama mestilah jarak dan tidak

menganggu butir jika diletakkan dalam ruangan butir. Jika dibuat dalam kurungan jarak tidak

diambil kira. Jika dicatatkan dalam ruangan folio, abaikan kurungan.

4. Jika tiada tajuk ruangan dalam Buku Tunai, sebelah debit dianggap ruangan diskaun, tunai dan

bank. Sebelah kredit pula dianggap ruangan diskaun, tunai dan bank.

5. Jika satu butir wujud 2 kali dalam (a), kecuali catatan pembukaan, dikira salah kedua-duanya.

Perkara yang sama dipakai dalam (b)

6. Tajuk mesti betul dalam (b)

7. Terima ( c) dalam bentuk T dan butir yang berselang seli debit / kredit









3756/2 SULIT

SULIT 6 3756/2





2(a) Akaun Kawalan Pemiutang

RM RM

Bank 7 600 Baki b/b 1 720

Baki h/b 820 Belian 6 700

8 420 8 420





Jumlah Belian = Belian Kredit + Belian Tunai

= RM6 700 + RM2 120

= RM8 820 *(1 + 1OF) [ 2 markah]

· Dapat 1OF jika ada belian tunai dan dua pelarasan belian kredit betul





( b) Kedai Runcit Cahaya

Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2009

RM RM

Jualan 21 400 (1)

- Kos Jualan

Stok Awal 5 050

Belian 8 820

13 870

-Stok Akhir 2 620

Kos Jualan 11 250 (1+1OF)

Untung Kasar 10 150 (1OF)

Hasil

Komisen 640 (1)

10 790

Belanja

Sewa 1 850 (1)

Insurans 700

Kadar Bayaran 1 170(1+1OF)

Belanja Susut Nilai Kenderaan 1 350 (1) 5 070





Untung Bersih 5 720 (1+1OF )

[ 11 Markah ]







3756/2 SULIT

SULIT 7 3756/2





Jalan Kira:

Sewa = RM1 500 + RM350 = RM1 850

Kadar Bayaran = RM1 200 + RM120 – RM150 = RM1 170

Belanja Susut Nilai Kenderaan = RM15 000 X 10% = RM1 500 (Sehingga 30 Jun 2008)

= (RM15 000 – RM1 500 ) X 10% = RM1 350





c) Kedai Runcit Cahaya

Penyata Mengira Modal Pada 1 Julai 2008

RM RM

Aset

Kenderaan 15 000

- Peruntukan Susut Nilai Kenderaan 1 500 13 500 (1)

Perabot 2 500

Stok 5 050

Sewa Terdahulu 350

Bank 3 000

24 400

Liabiliti

Pemiutang 1 720

Kadar Bayaran Terakru 150 1 870

Modal pada 1 Julai 2008 22 530 (1OF)





[ 2 markah ]









3756/2 SULIT

SULIT 8 3756/2





(d)

Kedai Runcit Cahaya

Kunci Kira-Kira Pada 30 Jun 2009

RM RM RM

Aset Bukan Semasa

Kenderaan 15 000

- Peruntukan Susut Nilai Kenderaan 2 850 (1) 12 150

Perabot 3 500 15 650





Aset Semasa

Stok Akhir 2 620

Bank 10 920 (1+ 1OF)

13 540

Liabiliti Semasa

Pemiutang 820

Kadar Bayaran Terakru 120 940

Modal Kerja 12 600 (1OF)

28 250

Ekuiti Pemilik

Modal 22 530

Untung Bersih 5 720

28 250 (1OF)





Nota :

i) 1 OF – ialah angka sendiri diberi jika tiada butiran asing

[ 5 Markah]









3756/2 SULIT

SULIT 9 3756/2





Jalan Kira:

Bank = Baki Awal + Penerimaan - Pembayaran

= (3 000 + 21 400 + 640 ) - (2 120 + 1 500 +1 000 +7 600+ 700+1 200)

= 25 040 – 14 120

= RM10 920





Akaun Bank

RM RM

Baki b/b 3 000 Belian 2 120

Jualan 21 400 Sewa 1 500

Komisen 640 Perabot 1 000

Pemiutang 7 600

Insurans 700

Kadar Bayaran 1 200

Baki h/b 10 920

25 040 25 040

Dapat 1OF jika ada baki awal dan sekurang-kurangnya 4 pelarasan (angka dan operasi)

betul









3756/2 SULIT

SULIT 10 3756/2





3 Akaun Realisasi

Premis 20 000 Modal Rekka 24 800 1

Stok 8 400 Bank 10 900 1

Penghutang 5 100 Diskaun / Pemiutang 300 1

Bank/Belanja Realisasi 400 1

Modal Rekka 1 575

Modal Nazwan 525 1

36 000 36 000

[5 markah]

b) Akaun Modal Pekongsi

Rekka Nazwan Rekka Nazwan

Realisasi 24 800 Baki b/b 26 000 11 000

Bank 2 775 11 525 Realisasi 1 575 525

1 1 OF

27 575 11 525 27 575 11 525

[2 markah]

c) Akaun Bank

Baki b/b 6 500 Realisasi/ Belanja Realisasi 400

Realisasi 10 900 Pemiutang 2 700 *1OF

Modal Rekka 2 775

Modal Nazwan 11 525 1 OF



17 400 17 400

[2 markah]



* 1OF diberi jika ada baki awal dan sekurang-kurangnya 2 butiran dan angka betul



d) Sebab-sebab berlaku pembubaran: (terima mana-mana satu jawapan)

(i) persetujuan sesama pekongsi untuk membubarkan perkongsian mereka (1)

(ii) tujuan penubuhan perkongsian telah tercapai (1)

(iii) atas perintah mahkamah (1)

(iv) berlaku kematian (1) , ketidaksiuman (1) dan kebangkrapan pekongsi (1)

(v) tempoh perkongsian seperti yang ditetapkan dalam Ikatan Perkongsian

telah tamat (1)

(vi) perkongsian ditukar kepada syarikat (1)







3756/2 SULIT

SULIT 11 3756/2





4 Merah Group Enterprise

Kunci kira-kira pada 31 Mac 2009

Aset RM Ekuiti Pemilik RM

Lengkapan 12 340 ( ½ ) Modal 18 500 (½)

Stok 4 120 (2) Untung bersih 4 328 (1 ½ )

Penghutang 4 698 (1) 22 828 ( ½ )

Tunai di bank 3 238 (2½) Liabiliti

Tunai di tangan 500 (½ ) Pemiutang 2 068 (1)

24 896 24 896

[10 markah]





Jika jawapan tidak tepat rujuk jalan kerja.





Lengkapan 12 340

Stok 4 560 – 1 980(½) – 320(½) + 1 860 (½)

Penghutang 2 298 + 2 400(½)

Tunai di bank 5 789 – 64(½) – 127(½) – 1 860(½) – 500(½)

Tunai di tangan 500

Modal 18 500

Untung bersih 3 972 – 64(½) + 420 (½)

Kadar bayaran terakru 127 – 127

Pemiutang 2 388 – 320 (½)









3756/2 SULIT

SULIT 12 3756/2





5(a) i) Kos jualan = Jualan – Untung kasar

= RM49 738 – RM11 478

= RM38 260





Tokokan = Untung kasar x 100 ½ markah

Kos jualan

= RM11 478 x 100 atau 1 markah

RM38 260

= 30% atau 2 markah





ii) Stok purata = stok awal + stok akhir

2

= RM6 800 + RM8 504

2

= RM7 652





Kadar pusing = Kos jualan ½ markah

ganti stok Stok purata

= RM38 260 atau 1 markah

RM7 652

= 5 kali atau 2 markah





iii) Pulangan atas modal = Untung bersih x 100 ½ markah

Modal awal

= RM6 678 x 100 atau 1 markah

RM45 000

= 14.84% atau 2 markah





(b) i) Pulangan atas modal = Untung bersih x 100 ½ markah

Modal awal

= RM4 880 x 100 atau 1 markah

RM32 000

= 15.25% atau 2 markah





3756/2 SULIT

SULIT 13 3756/2







ii) Nisbah Semasa = Aset semasa ½ markah

Liabiliti semasa

= RM9 600 atau 1 markah

RM3 200

= 3 : 1 atau 2 markah





c) Perniagaan Hidup Cergas [ 1 markah] , kerana pulangan atas modal lebih tinggi

[1markah]









3756/2 SULIT

SULIT 14 3756/2





6



a) kos berubah seunit = perbezaan jumlah kos ½ markah

perbezaan unit



= RM104 000 – RM64 000 atau 1 markah

1 000 – 0



= RM40 atau 2 markah





b) harga jualan seunit = perbezaan jumlah hasil ½ markah

perbezaan unit



= RM60 000– 0 atau 1 markah

1 000 – 0



= RM60 atau 2 markah





c) titik pulang modal dalam pengeluaran tersebut



Titik pulang modal = Kos tetap

Margin sumbangan ½ markah



Margin sumbangan = harga jualan seunit- kos berubah seunit

= RM60 – RM40

= RM20



TPM = RM64 000 atau 1 markah

RM20



= 3200 unit / RM192 000 atau 2 markah





d) jumlah unit yang perlu di keluarkan untuk mendapat keuntungan RM15 000



Unit perlu dikeluarkan = Kos tetap + Untung sasaran ½ markah

Margin sumbangan



= RM64 000 + RM15 000 atau 1 markah

RM20



= 3 950 unit atau 2 markah









3756/2 SULIT

SULIT 15 3756/2





e) Untung atau Rugi



= ( Volum keluaran x margin caruman seunit) – kos tetap ½ markah





= ( 5 000 x RM20 ) – RM64 000



= RM100 000 – RM64 000 atau 1 markah



Untung = RM36 000 atau 2 markah







f) Titik pulang modal yang baru jika kos tetap sahaja meningkat 10 %.



Kos tetap baru = RM64 000 + 10%(RM64 000)

= RM70 400



Titik pulang modal = Kos tetap

Margin sumbangan ½ markah



= RM70 400 atau 1 markah

RM20



= 3 520 unit/ RM211 200 atau 2 markah









3756/2 SULIT


Share This Document


Related docs
Other docs by lpx20272
by registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!