jean piaget
Document Sample


JEAN PIAGET AHLI KUMPULAN: ALEX AK MALAKA ASPIAH ZAIDI HENRY PAGAR SITI SUFINAH MOHD AZMANY BIOGRAFI JEAN PIAGET Nama: Jean Piaget Tempat Lahir: Neuchatel, Switzerland Tarikh Lahir: 9 Ogos 1896 Meninggal Dunia: 84 tahun, 1981 Jenis Teori: 1. Genetic epistemology (development of knowledge) 2. Assimilation (new object into an old schema) 3. Accommodation (old schema to a new object) Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanakkanak. TEORI PIAGET (Perkembangan kanak-kanak) Peringkat Umur Ciri-ciri Sensori Motor 0 hingga 2 tahun • Dapat meniru dan dapat mengigati sesuatu • Mengetahui bahawa objek masih wujud lagi walaupun ia telah disembunyikan. • Bersifat egosentrik (mementingkan diri sendiri) Pra-Operasi 2 hingga 7 tahun Operasi Konkrit Operasi Format 7 hingga 11 tahun 11 ke atas • Dapat menggunakan bahasa secara perlahan. • Dapat berfikir dalam bentuk simbolik. • Dapat menyelesaikan masalah konkrit • Memahami konsep pengekalan dan dapat membuat klasifikasi. • Dapat menyelesaikan masalah abstrak • Menjadi lebih saintifik dalam pemikiran •Rasa bimbang tentang isu-isu sosial yang berlaku. Satu prinsip Piaget yang penting ialah pengekalan. Prinsip ini mengatakan bahawa satu kuantiti atau jumlah tidak akan berubah walaupun terdapat perubahan dalam bentuk atau pun susunan ruang. Piaget juga telah memperkenalkan konsep organisasi, adaptasi dan asimilasi. Organisasi ialah satu proses penyusunan maklumat dan pengalaman ke dalam sisten mental. Adaptasi ialah penyusunan kepada perkembangan. Ia terdiri daripada asimilisi dan akomodasi. Asimilasi ialah satu proses di mana individu akan menerima sesuatu maklumat secara kognitif dan bentuknya untuk dimuatkan dalam struktur kognitif yang sedia ada. Akomodasi ialah perubahan-perubahan dalam struktur kognitif yang sedia ada untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang berkaitan. Idea-idea yang terdapat dalam peringkat akomodasi menukar pandangan seseorang mengenai kecergasan dan perkembangan kognitif. Bibliografi http://teoripiaget.blogspot.com/ Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, 2008, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd,Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekian, Terima Kasih
Related docs
Get documents about "