Docstoc

Tugasan HBML-kajian fonetik BM

Document Sample
Tugasan HBML-kajian fonetik BM Powered By Docstoc
					1.0 PENGENALAN:

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah berbeza daripada individu dengan individu yang lain. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan cuba mencari kaitannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya, iaitu baka dan persekitarannya. Mereka perkembangan dan pertumbuhan sering mempersoalkan tentang kanak-kanak contohnya,

seseorang

seorang bapa akan mendapati anaknya yang pertama berbeza daripada anaknya yang kedua. Ini adalah di sebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus peratus sama dengannya, walaupun individu-individu itu adalah kembar seiras.

Perkembangan bahasa pada manusia adalah perkembangan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya bayi yang baru lahir tidak dapat bertutur dan meminta apa yang dikehendaki. Apabila sudah berumur satu tahun dia mula berupaya menyebut satu atau dua patah perkataan seperti “ma…ma” atau “pa…pa”. Dari keadaan tidak boleh bertutur kepada boleh bertutur beberapa patah perkataan, ternyata kakakkanak ni telah mengalami perkembangan dari segi bahasa dan pertuturan.

1

2.0

DEFINISI FONOLOGI Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang

terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi.

Bidang ini disebut juga oleh

kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ).

Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan : “ The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called “ phonology “. Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional phonetics “. Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan,

menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi

2

dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik.

3.0

DEFINISI FONETIK

Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman ( 1983 ) fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.

Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma

badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini.

Kesimpulannya,

kedua-dua

pendapat

yang

diberikan

ini

telah

menjelaskan tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik.

3

Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik.

Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.

4.0

DEFINISI BAHASA

Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia

4

bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Sekiranya ia diletakkan dalam satu masyarakat lain, ia akan terus berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa masyarakatnya yang baru itu. Ini menunjukkan bahawa berjalan adalah fungsi biologi tubuh badan secara naluri, tetapi pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari. Jika diteliti akan cara orang bertutur tentang bahasa, kita sering mendapati bahawa bahasa itu sering dianggap sebagai suatu alat yang boleh dipunyai, diperoleh malah dihalangi.

Ahli-ahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasa sebagai sesuatu yang berlaku seolah-olah ia suatu objek seperti jam loceng yang mempunyai struktur dalaman yang boleh dikaji. Anggapan sebegini tidaklah tepat kerana bahasa itu seringkali dirujuk sebagai organisma yang hidup.

Ahli-ahli psikologi pula menganggap bahasa itu sebagai alat untuk melahirkan perasaan, menyampaikan ilmu, mencipta keindahan, menurunkan ilmu kebudayaan peradaban dan untuk berkomunikasi (Raja Mukhtaruddin Mohd Dain, 1982:29). Pendapat ahli-ahli psikologi ini ada benarnya dalam beberapa perkara. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang, marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda. Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis. Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya. Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.

5

4.1

BUNYI BAHASA Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara

yang bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, kitar suara, rongga takak dan mulut atau hidung atau keduaduanya. Udara yang kelar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi.

Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia. Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan. Pada hakikatnya, bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi. Kita sedia memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Ini kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Oleh itu, bunyi bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Alat artikulasi adalah alat-alat atau organorgan yang berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

4.2

Alat-alat Pertuturan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

6

Rongga Hidung Bibir atas Lelangit keras Gigi atas Gusi Hujung lidah Hadapan lidah Bibir bawah Gigi bawah Rahang

Tengah lidah Lelangit lembut Rongga mulut Anak tekak Belakang lidah Rongga tekak Akar lidah Epiglotis Pita suara Tenggorok

7

Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan dan fungsinya seperti yang berikut :

4.3

Fungsi Alat Pertuturan Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam

pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi

8

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

9

10

5.0

KAJIAN KES

BIODATA KANAK-KANAK

Nama Tarikh lahir Umur Jantina Adik- beradik Nama Bapa Pekerjaan Bapa Nama Ibu Pekerjaan Ibu Hobi Sikap

: Muhammad Naufal Shauqi : 15 April 2005 : 2 Tahun 11 Bulan : Lelaki : 2 Orang, Anak Sulung : Mohd Safian bin Ishak : Guru : Naimah binti Ghazali : Guru : Menonton siri kartun dan berbasikal : Berdikari dan aktif

11

5.1

LATAR BELAKANG

Mohammad Naufal Shauqi dilahirkan pada jam 7.30 pagi, hari Jumaat, bertarikh 15 April 2005. Lebih mesra dengan panggilan ”Naufal”. Dilahirkan di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan. Naufal merupakan anak sulung daripada dua beradik. Mempunyai seorang adik yang berumur 5 bulan yang bernama Muhammad Nasrullah. Ayahnya ialah Mohd Safian bin Ishak merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Merbok, Kedah manakala ibunya Naimah binti Ghazali juga seorang guru yang bertugas di Sekoah kebangsaan Taman Seri Pagi, Seremban.

Muhammad Naufal Shauqi membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Sejak kecil beliau bertubuh sihat dan aktif. Beliau sudah boleh

berjalan ketika berumur 9 bulan. Sejak kecil beliau seorang kanak-kanak yang bijak dan cepat belajar sesuatu perkara yang dilihat dan didengarnya. Ketika berumur 1 tahun, Naufal sudah boleh menyebut perkataan mudah seperti ”ma..ma” dan ”ba..ba” . Sejak itu banyak perkataan dan ayat yang diperkenalkan kepada Naufal. Walaupun baru berumur 2 tahun banyak perkataan dan ayat dapat disebut oleh Naufal dengan jelas. Ini kemungkinan disebabkan keluarga ini menggunakan bahasa baku ketika bercakap dengan Naufal walaupun dia masih kecil. Ibubapanya berpendapat seseorang kanakkanak perlu dilatih dengan perkataan yang betul walaupun kanak-kanak itu tidak dapat menyebut dengan jelas.

Naufal mudah untuk ditemubual ketika saya menjalankan kajian kes kepadanya. Kepetahannya bercakap dan keaktifannya memudahkan kajian ini berjalan dengan lancar. Secara kesimpulannya saya berpendapat seseorang kanak-kanak perlu dilatih oleh ibubapa untuk berkomunikasi

dengan betul dan perlu didedahkan dengan sesuatu yang baru supaya mereka tidak kekok untuk melakukan perkara yang belum di cuba.

12

5.2

BORANG KAJIAN KES

BIL

PERKARA

MINGGU MINGGU MINGGU 1 2 3 3 4

1

Memahami maksud perkataan

2

2

Menyebut gambar

perkataan

berdasarkan

3

3

4

3

Mengajuk percakapan

3

4

4

4

Menyebut ayat mudah

2

2

3

5

Mengguna ayat tanya

1

2

2

6

Perkembangan menyanyi dan mengikut lagu dari muzik yang di dengar

1

2

3

7

Memahami arahan yang diberi

2

3

4

8

Melaksanakan arahn yang di beri

3

3

4

Markah Penilaian

1 2 3 4

Kurang baik Sederhana Baik Amat baik

13

5.3

SENARAI PERKATAAN YANG DISEBUT OLEH KANAKKANAK ( DIRAKAM )

BIL.

PERKATAAN YANG TELAH DIRAKAM

PERKATAAN SEBENAR

1.

ula

bola

2.

opi

topi

3.

ule

gula

4.

uah

buah

5.

udu

sudu

6.

pen

pen

7.

ucu

buku

8.

jam

jam

9.

uet

duet

10.

uci

kunci

11.

awan

cawan

12.

ula

bola

14

BIL.

Perkataan yang telah dirakam

Perkataan sebenar

13.

uyi

lori

14.

ucu

susu

15.

ucing

kucing

16.

uyung

burung

17.

ayang-ayang

layang-layang

18.

umah

rumah

19.

aju

baju

20.

ecar

besar

15

5.4

PERKATAAN KANAK-KANAK, TRANSKRIPSI DAN PERKATAAN SEBENAR.

Bil.

Perkataan kanak-kanak

Transkripsi

Perkataan Sebenar

1.

ula

[ ula ] [ ‫כ‬pi ]

bola

2.

opi

topi

3.

ule

[ ulə ]

gula

4.

uah

[ uah ]

buah

5.

udu

[ udu ]

sudu

6.

pen

[ pεn ]

pen

7.

ucu

[ ucu ]

buku

8.

jam

[ jam ]

jam

9.

uit

[ uət ]

duit

10.

uci

[ uci ]

kunci

11.

awan

[ awan

Cawan

16

Bil.

Perkataan kanak-kanak

Transkriptif

Perkataan sebenar

12.

ula

[ ula ]

bola

13.

uyi

[ uyi ]

lori

14.

ucu

[ ucu ]

susu

15.

ucing

[ uciŋ ]

kucing

16.

uyung

[ uyuŋ ] [ ayaŋ-ayaŋ ]

burung

17.

ayang-ayang

layang-layang

18.

umah

[ umah ]

rumah

19.

aju

[ aju ] [ əcar ]

baju

20.

ecar

besar

17

5.5

SENARAI AYAT-AYAT YANG DIRAKAM.

Bil.

Ayat yang disebut oleh kanak-kanak

1.

Abah, Nafal nak akan !

2.

Mama, Nafal nak nenen !

3.

Abah, Nafal nak gi alan-alan !

4.

Mama, Nafal nak tido !

5.

Mama, nak ai klim !

18

Bil.

Ayat yang disebut oleh kanakkanak

Transkripsi

Ayat Sebenar

1.

Abah, Nafal nak akan!

[ Abah, Nafal hənda? makan ! ]

Abah, Naufal hendak makan !

2.

Mama, nak ucu !

[ Mama, na? ucu ! ]

Mama, hendak susu !

3.

Abah, Nafal nak gi ala-ala !

[ Abah, Nafal na? gi ala-ala ! ]

Abah, Naufal hendak pergi jalan-jalan !

4.

Ibu, Nafal nak idur !

[ Ibu, Nafal na? Ibu, Naufal idur ! ] hendak tidur !

5.

Mama, nak ai klim

[ Mama, na? ai klim ! ]

Mama, nak aiskrim

19

5.6

RUMUSAN KAJIAN KES

Setelah selesai menjalankan kajian kes terhadap Muhammad Naufal Shauqi, saya mendapati dia seorang kanak-kanak yang cerdik dan mudah didekati. Pada hari pertama saya memulakan kajian ini, dia sangat aktif melakukan aktiviti hariannya seperti menunggang basikal, berlari-lari, melompat-lompat dan bermain dengan barang mainannya. Naufal agak pelik apabila dirinya dirakam apatah lagi oleh bapanya sendiri. Walaupun kajian ini adalah sesuatu yang baru baginya, dia tetap dengan persepsi dirinya.

Dalam masa seminggu kajian kes ini dilakukan terhadapnya, perubahan dari hari ke hari dapat dilihat dan saya mendapat banyak maklumat baru yang perlu untuk saya dedahkan kepadanya contohnya sebelum ini saya hanya berkomunikasi secara tidak langsung dengannya dan hanya memberi tunjuk ajar perkara yang sering dilakukan oleh seorang ibubapa yang menjaga dan mendidik anakanak untuk membesar tanpa mendedahkan mereka kepada dan pengetahuan secara formal mengikut tahap

pendidikan

pertumbuhan dan perkembangan seorang kanak-kanak.

Setelah saya menjalankan kajian ini saya mendapati bahawa ibubapa boleh mengenal anak-anak mereka dengan lebih dekat jika kajian kes seperti ini dilakukan terhadap anak-anak mereka. Ini memudahkan ibubapa melihat perkembangan dan pertumbuhan anakanak pada tahap mana dan barulah ibubapa mudah untuk

menyesuaikan sesuatu pendedahan dan pendidikan yang sesuai mengikut tahap dan kebolehan seorang kanak-kanak itu.

20

Bagi Muhammad Naufal kajian ini berjalan dengan lancar dan setiap pendedahan dan perkara yang didedahkan kepadanya terdapat

peningkatan. Dia mampu menyebut hampir >1000 patah perkataan dan mampu untuk membina ayat berbanding dengan umurnya. Dia mampu mencipta cerita berdasarkan kejadian yang dilihat dan didengarinya.

Perkara yang paling menarik semasa kajian kes ini dijalankan, naufal mampu untuk menyanyikan lagu dari nyanyian ”Apek” yang bertajuk Aspalela. Bagi seorang kanak-kanak yang berumur 2 tahun lebih, ini pasti amat membanggakan ibubapa apabila kanak-kanak yang sekecil ini petah berkata-kata tanpa segan silu dan bagi saya ini juga merupakan pendedahan bagi seseorang kanak-kanak untuk bertutur dan berkata-kata.

Sesuatu yang menarik perhatian saya ketika kajian ini dilakukan ketika memerhati naufal bermain dengan barang mainannya. Naufal dapat bermain mainannya dengan imaginasi yang tinggi seperti ketika memegang patung ultraman dia menggunakan imaginasi dan suaranya dengan menerbangkan patung ultraman sambil suaranya berdesing ketika berlawan dengan raksaksa. Berkemungkinan Naufal sering menonton rancangan ultraman. Begitu juga ketika bermain kereta mainan. Aksi menghidupkan enjin, berlanggar dan memandu laju dipenuhi dengan aksi dan bunyi yang menarik dan mengasyikkan bagi sesiapa yang melihatnya seperti bunyi ”bummm” ketika kereta berlanggar.

21

6.0

BUNYI VOKAL Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak

mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara iaitu ketika menghasilkan bunyi tersebut, pita suara digetarkan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan

berpanjangan dalam erti kata bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.

Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu enam vokal asli { a, e, i ,o dan u } dan dua vokal yang terdapat dalam kebanyakan dialek { ε,dan ‫.} כ‬

Terdapat empat vokal depan, iaitu [ i ] , [ e ], [ε ], dan [ a ], satu vokal tengah [ ə ] dan tiga vokal belakang [ u ], [ o ] dan [ ‫. ] כ‬

Walaupun dari segi tulisan dan penyebutan standard, vokal-vokal di dalam bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis, tetapi di dalam pertuturan, terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan. Vokal-vokal itu dapat digambarkan melalui carta vokal yang disediakan.

Kata depan, tengah dan belakang lidah merujuk kepada bahagian pada lidah. Rajah di bawah ini menunjukkan keratan rentas lidah. Garisgaris melintang menunjukkan ketinggian lidah. Rajah tersebut juga

menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi vokal dihasilkan. Bibir dalam keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan, manakala bibir dalam keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan. Keadaan bibir neutral semasa menghasilkan vokal tengah.

22

Kedudukan vokal-vokal tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut :

Nama Vokal Lambang Vokal depan sempit Vokal depan separuh sempit ( e taling ) Vokal depan separuh luas Vokal depan luas Vokal tengah ( e pepet ) Vokal belakang sempit Vokal belakang separuh sempit Vokal belakang separuh luas [‫]כ‬ [ε] [a] [ə] [u] [o] [i ] [e]

Contoh (awal ,tengah, akhir kata ) Ikan, bila, kail Ekor, boleh, taugeh. εlok, tεlor anak, masa, lima əmak, bətul Udang, butang, lalu otak, bosan, logo ‫כ‬rang, b‫כ‬leh.

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh

pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokalvokal dapat dilihat seperti berikut: Carta Vokal

23

Secara umumnya, dapatlah disimpulkan bahawa bunyi-bunyi bahasa Melayu bolehlah dikelaskan kepada tiga golongan iaitu :

i. ii. iii.

Vokal Konsonan Diftong

7.1

BUNYI KONSONAN. Konsonan adalah bunyi bahasa yang apabila di keluarkan bunyi –

bunyi ini akan menerima sempitan, sekatan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bukan semua bunyi – bunyi konsonan bersuara kerana ada bunyi – bunyi konsonan yang tidak bersuara. Konsonan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya adalah :-

7.1.1 Konsonan Letupan Konsonan letupan adalah konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat. Contoh konsonan letupan adalah seperti konsonan (p) dan (b) : jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi (p).

7.1.2 Konsonan Geseran Konsonan geseran adalah dengan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara di renggangkan, arus udara melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi ( s ).

24

7.1.3 Konsonan Getaran Konsenan getaran terjadi apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil pada waktu itu dinamakan bunyi getaran gusi bersuara ( r ).

7.1.4 Konsonan Sisian Konsonan sisian berlaku apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui bahagian tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian sisi bersuara ( l )

7.1.5 Konsonan Sengauan ( nasal ) Konsonan Sengauan ini boleh dibahagikan kepada empat bunyi nasal yang terdapat di dalam bahasa melayu. Perbezaan yang berlaku pada keempat – empat bunyi nasal itu adalah pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Contohnya adalah :(m) – dua bibir dirapatkan . Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan dua bibir bersuara (m). (n) – hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan gusi bersuara. (n) – tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit keras bersuara. (n) (n) – belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara (g).

25

8.0

BUNYI DIFTONG

Diftong akan terjadi bila terdapat gabungan dua vokal yang terdapat di dalam satu suku kata, yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen. Diftong bermula daripada perkataan inggeris yang mana dua vokal hadir dalam konteks yang sama, yang pertama mengikuti yang kedua. Manakala dalam bahasa melayu terdapat tiga diftong iaitu ( au, oi, ai ) seperti yang digambarkan dengan gambarajah di bawah :-

Tengah Hadapan sempit Separuh sempit Separuh luas luas

Belakang

i e ε a
(a) (b)

u (c) o ‫כ‬

(a) (ai) (b) (au) (c) (oi)

PERGERAKAN LIDAH UNTUK MEMBUNYIKAN DIFTONG

Diftong yang pertama ialah diftong ( ai ) iaitu bahagian depan lidah pada mulanya berada pada kedudukan untuk vokal ( a ) tetapi kemudiannya bergerak kepada kedudukan untuk vokal ( i ) tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan ( i ). Contoh [pakai].

Diftong yang kedua pula ialah [ai]. Pada ketika ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] tetapi kemudiannya bergerak untuk vokal [u];

26

bibir yang mula-mula dihamparkan, kemudiaannya dibundarkan pula. Contoh [pulau].

Diftong yang ketiga pula ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan, lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula – mula bundar tetapi kemudian bekeadaan hampar. Contoh [amboi].

27

RUJUKAN

i.

Dr Ali Mahmood, Masudi Bahari, Lokman Abdul Wahid (IPBMM) (2007). Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Selangor. Meteor Doc Sdn. Bhd. Awang Sariyan (1995). “Mari berbahasa baku: Sebutan baku dan ejaan rumi.” Selangor: Synergymate Sdn. Bhd

ii.

iii.

Mahani Razali dan Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan, Pendekatan Kontemporari. Universiti Pendidikan Sultan Idris. McGrawHill Sdn Bhd.

iv.

Nik Safiah Karim dan Farid M. Onn. 2004. Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur. Dawarna Sdn Bhd.

v.

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. Jurnal. Pengantar Linguistik Am. Karyanet.

vi.

www.ship.edu/~cgboeree/bandura.htmlhttp://www.karyanet.com.my

vii.

http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/105konsonan.hm

viii.

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

ix.

http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m= 4&r=m&i=NOTA

x.

28

LAMPIRAN (CD)

29


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:9019
posted:1/17/2010
language:Malay
pages:29