Teori Konstruktivisme by amranaris

VIEWS: 23,056 PAGES: 16

									PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
1

Konstruktivisme ialah :
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari environmen.
2

Pengetahuan

Idea
Konsep Kemahiran

Maklumat

Pengetahuan yang diterima Pengetahuan sedia ada Pengetahuan baru yang telah dibina
3

Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif

Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid

IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME

Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut

Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah

Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru
4

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
1. Pembelajaran berpusatkan murid. 2. Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran. 3. Guru sebagai fasilitator. 4. Pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran. 5. Menyokong pembelajaran secara koperatif. 6. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.
5

7. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar. 8. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru. 9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan experimen 10. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. 11. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid. 12. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. 6

Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme
LEBIH BERFIKIR

LEBIH SERONOK

LEBIH FAHAM

MURID
LEBIH BERKEMAHIRAN SOSIAL
LEBIH INGAT LEBIH YAKIN
7

• Murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran

• Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan
8

• Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.

• Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru

9

• Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru

10

• Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu.

• Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru

11

• Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaan dan masalah. • Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
12

• Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif.

• Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran

13

PERANAN GURU
  Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.


      

Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.
Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
14

PERANAN MURID
 Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian dengan sendiri membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham. Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.
15







16


								
To top