SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Ragbi bermula di sebuah sekolah di by upo12230

VIEWS: 1,137 PAGES: 14

									              Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia




                                 RAGBI
   SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA
       Ragbi bermula di sebuah sekolah di England
pada tahun 1823 di mana seorang murid bernama
William Webb Ellis telah dengan secara tidak sengaja,
mengutip bola yang dihantar kepadanya dan
membawanya ke gol semasa permainan bola
sepak. Bermula daripada kejadian yang lucu
dan aneh ini, ia dikatakan mula mendapat
perhatian.

       Pada tahun 1870-an, peraturan
permainan ragbi mula diperkenalkan. Para
pemain telah dikurangkan kepada lima belas
orang sepasukan. Hal ini kemudian diikuti dengan
penubuhan persatuan ragbi oleh England, Wales, Scotland dan Ireland
iaitu pada tahun 1880.

      Pertandingan ragbi antarabangsa yang pertama telah diadakan pada
tahun 1871 iaitu di antara pasukan dari England dan Scotland. Permainan ragbi
                                             mula diperkenalkan di negara kita
                                             pada kurun ke-20 oleh orang
                                               British. Anak kapal perang British
                                                              HMS Malaya, telah
                                                                menghadiahkan
                                                                sebuah piala
                                                                pusingan untuk
                                                             pertandingan ragbi
                                                         di Malaysia dan piala
                                                     tersebut dipertandingkan
                                           sehingga ke hari ini.




                                                                                151
              FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



      KEPERLUAN DAN ALATAN RAGBI

                          Bola ragbi yang
                         berbentuk lonjong




                        28 - 30 cm




       58 - 62 cm



                                                                       100 m




                                                                    Padang Ragbi
                                     69 m
                                                           22 m




                                                         5.6 m
                                                                               3m

                    Aksi Pemain                         Tiang Gol
                       Ragbi




152
              Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia



   BAGAIMANA RAGBI DIMAINKAN

      Ragbi merupakan permainan yang pantas dan lasak. Perlawanan di
peringkat dewasa dijalankan selama lapan puluh minit (80 minit) dengan setiap
separuh masa mengambil masa selama empat puluh minit (40 minit). Sepak mula
dan pemilihan tempat permainan atau bahagian mana padang akan ditentukan
oleh ketua pasukan dengan melambung duit syiling. Pemain-pemain pasukan
yang membuat sepak mula mestilah berada di belakang pemain yang melakukan
sepakan. Mereka harus berada dalam posisi yang membolehkan mereka
mengawal keseluruhan kawasan permaian.

       Para pemain pasukan lawan pula mestilah berada tidak terlalu dekat
dengan pemain yang membuat sepak mula. Pastikan pasukan lawan berada di
belakang garisan sepuluh meter. Biasanya sepak mula dibuat secara tendang
letak dan bola yang ditendang, mestilah mengatasi garisan sepuluh meter.

Skor

      Terdapat dua cara skor yang asas dalam permainan ragbi iaitu ‘try’
(percubaan) dan ‘goal’ (gol).

‘Try’ (Percubaan)

        Setiap ‘try’ bernilai empat mata. ‘Try’ berlaku apabila pemain berjaya
membawa bola ke kawasan gol dan meletakkan bola di atas tanah. Kawasan
gol ialah kawasan permainan di antara garisan gol dan garisan ‘bola mati’. Sebaik-
baiknya ‘try’ hendaklah dibuat di tengah-tengah tiang gol. Keadaan ini akan
memudahkan tendangan gol yang menyusuli ‘try’ itu.

       Kadangkala pengadil boleh memberikan ‘try’ penalti. Keadaan ini berlaku
apabila pemain daripada pasukan yang bertahan, sengaja melakukan kesalahan
ketika sesuatu ‘try’ hendak dibuat dan akibatnya pasukan penyerang akan
mendapat ‘try’ penalti.

      ‘Try’ penalti dibuat di hadapan tiang gol pada kedudukan di tengah-tengah
kawasan gol. Kedudukan ini memudahkan tendangan gol dibuat. Skor bagi setiap
tendangan gol ialah tiga mata.




                                                                                 153
                            FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



  (ii) Gol

         Pasukan yang berjaya membuat ‘try’ akan diberi peluang membuat
  tendangan gol. Jika bola yang ditendang melepasi atas palang gol di antara dua
  tiang gol, dua (2) mata tambahan akan diberi. Skor tiga (3) mata juga akan diberi
  melalui tendangan ‘drop kick’ iaitu tendangan secara lantun dan melepasi atas
  palang gol iaitu di antara dua tiang gol.

  Posisi Pemain dan Nama Posisi




                                                9
            2       1       3
        6       4       5        7
  14
                    8                                                         FB

                                                                         SH
                                10                            RW
                                                                               FH
                                      11                                            IC
                                                                                         OC
                                                                                              LW
                                           12            LW

                                                    13
                                                                   SH
                                                                    FH
                                                         FB
                                                                    IC
                                 15                                 OC
                                                                     RW



  Pemain Hadapan                                                                                   Pemain Belakang
  (Forwards)                                                                                       (Three QS/Back)
  1. Hooker                                                                                        9. Skrum Half (SH)
  2. Prop                                                                                          10. Fly Half (FH)
  3. Prop                                                                                          11. Inside Centre (IC)
  4. Lock                                                                                          12. Outside Centre (OC)
  5. Lock                                                                                          13. Wing
  6. Planker                                                                                       14. Wing
  7. Planker                                                                                       15. Full Back (FB)
  8. Anchor



       Tendangan sepak mula dikira sempurna apabila
       bola yang ditendang melewati garisan sepuluh
       meter pihak lawan                          10 m
                         10 m




154
               Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia



                                                    Tendangan gol atau ‘conversion’ yang
                                                    bernilai 2 mata akan diberi selepas
                                                    pemain berjaya membuat ‘try’.




                                                                      ‘Try’ disempurnakan apabila
                                                                          pemain meletakkan bola
                                                                      dengan kemas di atas tanah
                                                                                   di kawasan gol




Meletakkan bola dengan
menggunakan kedua-dua
belah tangan




                     Meletakkan bola dengan sebelah
                    tangan ke atas tanah dikira sudah
                                            memadai




                                           Semasa permainan sedang dijalankan, iaitu ketika para
                         pemain melakukan serangan, gol boleh diberikan melalui tendangan lantun
                                 (drop kick) dengan syarat bola mestilah melepasi atas palang gol.



                                                                                                155
                FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



          TEKNIK DAN KEMAHIRAN

      1   Hantaran
                        Bola dipegang kemas
                        sebelum membuat hantaran



                                Apabila membuat
                                hantaran, ia perlu
                               melihat sasarannya




                                       Selepas hantaran,
                                      segera berundur ke
                                               belakang




      2 Tekel (Takle)

                                            Membuat tekel dari
                                               hadapan




                 Membuat tekel dari
                         belakang




156
            Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia




                                    Membuat tekel
                                      dari sisi




3 Mengelak/Mengacah




                                    Gerakan mengelak dan
                                    mengacah yang bijak,
                                     boleh mengelirukan
                                        pemain lawan




    MENENDANG BOLA

1   Tendangan Torpedo




                                                                          157
                  FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



      2 Tendangan Letak untuk Tendangan Bebas atau Penalti




      3 Tendangan Lantun (Drop Kick)




                                                                        Tendangan bola yang
                                                                        melantun dari tanah




          PERATURAN DALAM PERMAINAN RAGBI
      1   Skrum




            Skrum dilakukan apabila seorang atau beberapa pemain melanggar sesuatu peraturan



158
                 Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia


             9    9               Posisi pemain ketika skrum   :
     6                    7
                                  1. Hooker                        6.   Planker (Penyerang Sayap)
         2            3
     4
                                  2. Prop                          7.   Planker (Penyerang Sayap)
                          5
 8       1            1       8   3. Prop                          8.   Anchor
     5                    4       4. Lock (Barisan ke-2)           9.   Skrum Half
         3            2           5. Lock (barisan ke-2)
                          6
     7



 2 Menghantar Bola
                                                            3
Hantaran bola hanya                                  2
boleh dilakukan sama
ada ke belakang atau ke                         1
sisi (1 & 2). Hantaran ke
depan (3) adalah
kesalahan asas yang tidak
sepatutnya dilakukan.


 3 Menendang Bola

Tendangan dilakukan pemain
adalah untuk tujuan mara ke                                        Tendangan harus dilakukan
kawasan lawan. Bola yang                                           jika terdapat masalah di pihak
ditendang mestilah masuk ke                                        lawan seperti padang dan
kawasan permainan supaya                                           bola licin atau gangguan
hantaran seterusnya dapat                                          pancaran matahari yang
dilakukan, bukan tendangan terus                                   menyebabkan bola susah
ke kawasan gol.                                                    ditangkap dengan kemas.




 4 Menyangga Lantunan Bola (Knock On)


                                         Apabila pemain menjatuhkan bola yang ditangkap
                                         atau yang sedang dibawa atau menepis bola ke
                                         hadapan, ia adalah menjadi satu kesalahan. Oleh
                                         itu skrum akan dibuat pada tempat kejadian
                                         tersebut. Jika tidak, permainan akan diteruskan
                                         seperti biasa.




                                                                                                159
                 FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



      5 Tekel
                                                                            Tekel pada paha
                                                                                pemain
                     Tekel pada kaki pemain




  Tekel dibenarkan hanya pada bahagian                   Tekel pada badan
  pergelangan kaki, paha, pinggang dan badan.                 pemain
  Tekel sesekali tidak boleh dilakukan pada
  leher atau kepala. Jika pemain melakukan
  tekel sebegini, dia boleh dibuang padang.




      6 Ofsaid
                                       Ofsaid diertikan apabila
                                       pemain berada lebih hampir
                                       pada gol lawan berbanding
                                       rakan sepasukan pemain
                                       yang memegang bola.




      7 Berbaris (Line Out)




          Bola atau pemain yang membawa bola menyentuh garisan tepi atau terkeluar
          dari kawasan permainan – dianggap bola keluar. Keadaan ini memerlukan
          para pemain berbaris (line out) untuk meneruskan permainan.



160
             Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia




                                                           Secara lazimnya, berbaris
                                                           (line out) melibatkan pemain-
                                                           pemain penyerang (forward)
                                                           dan hooker pula akan
                                                           melontar bola masuk.




     CADANGAN LATIHAN DAN KEMAHIRAN
 1   Latihan Hantaran/Menerima
Latihan Hantaran Secara Berpasangan




                                               Latihan hantaran berpasangan – diulang
                                                       dari kiri ke kanan dan sebaliknya




                                         Latihan hantaran menuju ke
                                         sasaran sama ada secara statik,
                                         berlari atau berjalan




                                                                                       161
                 FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



       Latihan Hantaran Secara Berkumpulan
       Para pemain berbaris sejauh 3 meter jaraknya. Mulakan hantaran ke arah kiri. Sebaik
       sahaja hantaran dibuat, pemain yang menghantar bola akan berlari ke belakang
       barisan untuk menerima hantaran bola daripada pemain kelima. Latihan ini dilakukan
       secara bergilir-gilir oleh pemain-pemain berikutnya dan dibuat secara berulang-ulang
       beberapa kali.




      2 Latihan Kemahiran Mengelak/Mengacah




       Latihan dibuat dengan menggunakan kayu pancang. Pemain berlari dengan mengelak
       kayu pancang. Langkah kaki hendaklah dikawal agar tidak mudah hilang imbangan diri.
       Latihan ini kemudian ditukar dengan larian sambil membawa bola.



162
    Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia



1




                               2




3




                                                                  4




    Turutan pergerakan bagi aksi mengacah dengan bola untuk
                   mengelirukan pemain lawan



                                                                  163
               FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



      3 Latihan Tekel




                                                           Latihan tekel pada kaki,
                                                           pinggang dan badan. Ingat!
                                                           Tekel pada leher dan kepala
                                                           adalah dilarang sama sekali.




      4 Latihan Menendang


                             Rajah untuk panduan latihan
                                tendang dan sambut bola




                   Latihan tendang dan
                   menyambut bola




164

								
To top