MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS PENYELESAIAN MASALAH

Document Sample
MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS PENYELESAIAN MASALAH Powered By Docstoc
					 MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS
PENYELESAIAN MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN
                      EMPAT




               NORAIHAN BINTI ISMAIL




          UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
                                                      iii




    MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL
  DALAM KONTEKS PENYELESAIAN MASALAH
DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT (4)




            NORAIHAN BINTI ISMAIL




      Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)




                 Fakulti Pendidikan
      UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                    APRIL 2008
iv
 i
v
ii
                                                      vi
                                                      iii




                     DEDIKASI




Khas buat,


             Bonda dan ayahanda yang dikasihi,
             Salimah Kardi dan Ismail Atan,
             Budi dan jasa kalian tidak akan
             ku lupakan,
             berkat doa dan dorongan kalian,
             menjadi penawar dan semangat
             untukku,




Teristimewa untuk,


             Kakak-kakak yang tersayang,
             Aidah dan Noraidah,
             adik yang disayangi,
             Nur Farhana,
             kau menjadi sumber inspirasiku,
             dalam menempuhi liku dan ranjau,
             kata perangsang mu ubat paling mujarab
             buatku,
             akanku semat ianya dalam kalbuku,
             akanku ingati sepanjang hayatku.
                                                                                     vii
                                                                                      iv




                                PENGHARGAAN




Bismillahirahmanirahim…




       Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia serta keizinanNya
memberikan saya kekuatan dan kesabaran ini maka dapat saya menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini dengan sebaik mungkin.




       Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia P.M. Dr. Md. Nor bin Bakar di
atas bimbingan dan tunjuk ajar serta teguran yang diberikan sepanjang tempoh kajian
ini dijalankan. Melalui bimbingan beliau, banyak perkara dapat dipelajari sehingga
saya telah berjaya menyiapkan projek ini dengan jayanya.




       Terima kasih juga dihulurkan kepada rakan-rakan yang telah membantu
memberi tunjuk ajar serta sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan projek ini. Semoga segala jasa baik kalian akan diberkati oleh
Allah SWT.
                                                                               viii
                                                                                v




                                   ABSTRAK




       Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah pembelajaran konsep mol di
kalangan pelajar tingkatan empat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti
masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap penyelesaian masalah
konsep mol di dalam matapelajaran Kimia. 70 orang pelajar Tingkatan empat (4)
telah dipilih daripada tiga buah Sekolah Menengah di dalam Daerah Mersing untuk
tujuan kajian ini. Alat kajian melibatkan soal-selidik dan analisis buku teks. Soal
selidik kajian dibahagikan kepada dua bahagian .Bahagian A mengandungi latar
belakang pelajar dan bahagian B mengandungi 11 soalan konsep mol. Analisis buku
teks bertujuan untuk mengkaji mutu persembahan seperti cara penulisan dan isi
kandungan. Program perisian komputer SPSS (Statistical Package for Social
Science) digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data. Analisis diskriptif
seperti frekuensi dan peratus digunakan untuk menganalisis setiap item. Kajian
menunjukkan terdapat masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4
untuk menyelesaikan masalah konsep mol. Hasil kajian menunjukkan pelajar
mengalami masalah dalam menyelesaikan masalah konsep mol dan menghubungkait
dengan bilangan zarah, jisim bahan dan persamaan kimia. Terdapat cadangan yang
dinyatakan dalam kajian ini untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap
konsep mol. Cadangan terhadap kajian lanjutan juga turut dibincangkan.
                                                                                 viix




                                   ABSTRACT




       This research is carried out to study the learning problems of mole concepts
among form four students. The aim of this research is to identify the learning
problems among form four students in solving problems regarding mole concepts in
the Chemistry subject. There are 70 Form IV students have been selected from three
secondary schools, in the Mersing District for the purpose of this research. Research
instrument consists of questionnaires and text book analysis. The questionnaires are
divided into two parts .Part A consists of student’s background and part B consists
eleven questions about mole concept. The purpose of text book analysis is to study
the quality of presentations such as writing style and content. Computer software
program SPSS (Statistical Package for Social Science) has been used to analysis the
data. Descriptive analysis such as frequency and percentage were used to analysis
every items. The study has shown that there are learning problems faced by Form 4
students to solve the problems about mole concepts. The results show that students
were having problems to solve problem on mole concept relating to number of
particles, mass of substance and chemical equation. Some suggestions have been
given in this research in order to improve the understanding level of students in the
mole concept. Finally, suggestions for further research were also proposed.
                                                viix




                         KANDUNGAN




BAB     PERKARA                       MUKA SURAT




        PENGESAHAN PENYELIA               i
        PENGAKUAN                         ii
        DEDIKASI                          iii
        PENGHARGAAN                       iv
        ABSTRAK                           v
        ABSTRACT                          vi
        KANDUNGAN                         vii
        SENARAI JADUAL                    xii
        SENARAI GAMBARAJAH                xiv
        SENARAI LAMPIRAN                  xv




BAB 1   PENGENALAN




        1.1   Pendahuluan                 1
        1.2   Latar Belakang Kajian       3
        1.3   Rasional Kajian             5
        1.4   Kepentingan Kajian          6
        1.5   Penyataan Masalah           8
                                                                     vii
                                                                    viii

        1.6    Objektif Kajian                                10
        1.7    Persoalan Kajian                               10
        1.8    Batasan Kajian                                 11
        1.9    Skop Kajian                                    11
        1.10   Definisi Istilah                               12




BAB 2   SOROTAN KAJIAN




        2.1    Pengenalan                                     15
        2.2    Kajian mengenai konsep                         16
        2.3    Kajian mengenai miskonsepsi                    17
        2.4    Kajian mengenai konsep mol                     19
        2.5    Kajian kesukaran pelajar mempelajari konsep mol 20
        2.6    Kajian Masalah Pembelajaran Mol
               2.6.1   Kajian Masalah Pembelajaran Mol dan    21
                       Kuantiti Bahan
               2.6.2   Kajian Masalah Pembelajaran Mol dan    24
                       Persamaan Kimia
        2.7    Kajian mengenai Penyelesaian Masalah           25
        2.8    Kajian Penyelesaian Masalah dalam Kimia        27




BAB 3   METODOLOGI KAJIAN




        3.1    Pengenalan                                     30
        3.2    Rekabentuk kajian                              30
                                                                   viii
                                                                   ix

        3.3   Tempat kajian                                   31
        3.4   Subjek kajian
              3.4.1   Populasi                                32
              3.4.2   Sampel kajian                           32
        3.5   Instrumen kajian                                33
              3.5.1   Taburan item-item soal selidik          34
              3.5.2   Pemarkatan Skor Tahap Penguasaan        37
                      Responden Terhadap Penyelesaian
                      Masalah Konsep Mol
              3.5.3   Kadar Pulangan Borang Soal Selidik      37
        3.6   Kajian rintis                                   38
        3.7   Prosedur Kajian                                 39
        3.8   Analisis data                                   40
              3.8.1   Analisis Kemahiran Penyelesaian Masalah 41




BAB 4   ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN




        4.1   Pengenalan                                      42
        4.2   Huraian Latar Belakang Responden                42
              4.2.1   Jantina                                 43
              4.2.2   Bangsa                                  43
              4.2.3   Keputusan Sains PMR                     44
              4.2.4   Keputusan Matematik PMR                 45
        4.3   Analisis soal selidik
              4.3.1   Tahap penguasaan penyelesaian masalah   45
                      konsep mol dan bilangan zarah.
                      4.3.1.1 Pencapaian Kemahiran            48
                                Penyelesaian Masalah Item 1
                                                             ix
                                                              x

              4.3.1.2 Pencapaian Kemahiran              49
                      Penyelesaian Masalah Item 2
              4.3.1.3 Pencapaian Kemahiran              51
                      Penyelesaian Masalah Item 3
              4.3.1.4 Pencapaian Kemahiran              53
                      Penyelesaian Masalah Item 4
      4.3.2   Tahap penguasaan penyelesaian             54
              masalah konsep mol dan jisim bahan
              4.3.2.1 Pencapaian kemahiran              57
                      penyelesaian masalah item 5
              4.3.2.2 Pencapaian kemahiran              59
                      penyelesaian masalah item 6
              4.3.2.3 Pencapaian kemahiran              61
                      penyelesaian masalah item 7
              4.3.2.4 Pencapaian kemahiran              62
                      penyelesaian masalah item 8
      4.3.3   Tahap penguasaan penyelesaian             64
              masalah konsep mol dan persamaan
              kimia
              4.3.3.1 Pencapaian kemahiran              66
                      penyelesaian masalah item 9(i)
              4.3.3.2 Pencapaian kemahiran              68
                      penyelesaian masalah item 9(ii)
              4.3.3.3 Pencapaian kemahiran              69
                      penyelesaian masalah item 10
              4.3.3.4 Pencapaian kemahiran              71
                      penyelesaian masalah item 11
4.4   Analisis buku teks                                72
      4.4.1   Penggunaan gambar                         73
      4.4.2   Isi kandungan                             74
                                                                   x
                                                                   xi

BAB 5      RUMUSAN, CADANGAN DAN KAJIAN LANJUTAN



           5.1   Pengenalan                                76
           5.2   Dapatan kajian dan rumusan
                 5.2.1   Masalah pembelajaran konsep mol   77
                         dan bilangan zarah
                 5.2.2   Masalah pembelajaran konsep mol   77
                         dan jisim bahan
                 5.2.3   Masalah pembelajaran konsep mol   78
                         dan persamaan kimia
           5.3   Cadangan                                  79
                 5.3.1   Kementerian Pelajaran Malaysia    79
                 5.3.2   Sekolah                           79
                 5.3.3   Guru kimia                        80
                 5.3.4   Pelajar                           81
           5.4   Kajian lanjutan                           81




RUJUKAN                                                    83-86




LAMPIRAN
                                                                     vii
                                                                    xii




                     SENARAI JADUAL




NO.JADUAL                  TAJUK                           MUKA SURAT


    1       Statistik Pelajar dan Peratus Lulus bagi SPM       9
            tahun 1999 dan 2000 di Seluruh Malaysia bagi
            Matapelajaran Kimia, Biologi dan Fizik
    2       Taburan Sekolah di Daerah Mersing                  31
    3       Taburan Bilangan Responden bagi Setiap Sekolah 33
    4       Taburan Item Ujian Penyelesaian Masalah Kimia      34
            (UPMK)
    5       Taburan Item Mengikut Soalan dan Faktor            35
    6       Pemarkatan Skor Tahap Penguasaan Responden         37
            Terhadap Penyelesaian Masalah Konsep Mol
    7       Kadar Pulangan Borang Soal Selidik                 38
    8       Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif      40
            Kajian
    9       Sistem Pemarkahan KPM                              41
    10      Taburan Responden Mengikut Jantina                 43
    11      Taburan Responden Mengikut Bangsa                  44
    12      Taburan Responden mengikut Keputusan Sains         44
            di dalam PMR
    13      Taburan Responden mengikut Keputusan               45
            Matematik di dalam PMR
    14      Tahap Penguasaan Responden Terhadap                46
            Penyelesaian Masalah Konsep Mol dan Bilangan
            Zarah
                                                          vii
                                                       xiii

15   Pencapaian Responden Terhadap Penyelesaian   47
     Masalah Konsep Mol dan Bilangan Zarah
16   Respon Pelajar Menjawab Item 1               48
17   Respon Pelajar Menjawab Item 2               50
18   Respon Pelajar Menjawab Item 3               52
19   Respon Pelajar Menjawab Item 4               53
20   Tahap Penguasaan Responden Terhadap          55
     Penyelesaian Masalah Konsep Mol dan Jisim
     Bahan
21   Pencapaian Responden Terhadap Penyelesaian   56
     Masalah Konsep Mol dan Jisim Bahan
22   Respon Pelajar Menjawab Item 5               58
23   Respon Pelajar Menjawab Item 6               60
24   Respon Pelajar Menjawab Item 7               61
25   Respon Pelajar Menjawab Item 8               63
26   Tahap Penguasaan Responden Terhadap          65
     Penyelesaian Masalah Konsep Mol dan
     Persamaan Kimia
27   Pencapaian Responden Terhadap Penyelesaian   66
     Masalah Konsep Mol dan Persamaan Kimia
28   Respon Pelajar Menjawab Item 9 (i)           67
29   Respon Pelajar Menjawab Item 9 (ii)          68
30   Respon Pelajar Menjawab Item 10              70
31   Respon Pelajar Menjawab Item 11              72
                                                                xiv




                SENARAI GAMBARAJAH




NO.GAMBARAJAH            TAJUK                     MUKA SURAT




      1         Tiga aras pembinaan konsep kimia           18
      2         Hubungan Konsep Mol                        19
      3         A dozen of flower                          74
      4         A pair of shoes                            74
      5         Perbandingan atom Sulfur dan atom Karbon   75
                                                           viii
                                                           xv




           SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN                TAJUK




   A           Surat Kebenaran EPRD daripada Kementerian
               Pendidikan Malaysia.


   B           Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan
               Negeri Johor.


   C           Surat Kebenaran Pengesahan Relajar Untuk
               Menjalankan Kajian Daripada Fakulti
               Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia.


   D           Soal selidik Kajian serta Jawapan.


   E           Pengesahan Soal selidik Kajian


   F           Rancangan Pengajaran Harian
                                                                                        1




                                        BAB I




                                  PENDAHULUAN




1.1    Pengenalan




       Dalam era globalisasi yang semakin kompleks dengan arus kecanggihan sains
dan teknologi, bidang pendidikan juga turut menerima tempiasnya. Perkembangan
bidang pendidikan di Malaysia sejajar dengan keperluan Negara untuk melahirkan
generasi yang berilmu dan berwawasan tinggi untuk membangunkan Negara. Justeru
itu, pelbagai langkah telah dicadangkan oleh pihak kerajaan untuk mencapai matlamat
ini. Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan kurikulum sains
KBSM yang memberikan penekanan utama kepada kaedah penyelesaian masalah dalam
proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) khasnya matapelajaran Kimia ( Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK), 2001)




       Penyelesaian masalah merupakan jenis pembelajaran yang paling tinggi dan
kompleks. Gagne menganggap penyelesaian masalah sebagai suatu proses di mana
individu yang sudah menguasai beberapa konsep dan hukum menggunakan pengalaman
atau pengetahuan ini bagi menyelesaikan masalah baru. Seseorang yang telah cukup
                                                                                       2

ilmu pengetahuan tidak semestinya berjaya dalam menyelesaikan sesuatu masalah
(Selvaratnam dan Fraser, 1982). Oleh itu, kaedah penyelesaian masalah merupakan cara
yang terbaik untuk mengajar kemahiran berfikir pelajar ( Sudarshan Naidu, 2003 dalam
Meor, 2005 ). Seseorang guru Kimia boleh membantu pelajar belajar dan berfikir secara
logik melalui penyelesaian masalah dan membuat keputusan




       Matapelajaran Kimia melibatkan kemahiran daya pemikiran dan kreativiti pelajar
pada aras yang tinggi. Oleh itu, pelajar memerlukan kefahaman yang tinggi untuk
memahami sesuatu konsep kimia secara menyeluruh seperti konsep mol. Kajian ini
adalah mengenai kesukaran pelajar memahami konsep mol dalam konteks penyelesaian
masalah. Banyak kajian-kajian terdahulu yang pernah menyatakan bahawa konsep
seperti pengiraan kemolaran dan menulis persamaan elektron adalah sukar ( A. H
Johnstone, 1971 ). Selain itu, Duncan, 1971; Larson, 1997; dan Johnston, 2000 dalam
Meor, 2005 turut menjalankan kajian yang mendapati bahawa konsep mol adalah satu
konsep yang sukar difahami oleh pelajar. Oleh itu, ini merupakan cabaran yang hebat
dan bukan dihadapi oleh pelajar sahaja malahan guru juga ( Larson, op cit ). Hal ini
disebabkan oleh konsep mol itu sendiri yang lebih bersifat abstrak dan melibatkan
banyak pengiraan matematik sehingga menyebabkan kesukaran kepada pelajar untuk
memahami konsep tersebut secara menyeluruh ( Gabel & Sherwood, 1984).




       Pelajar lebih cenderung untuk menjawab soalan yang berbentuk tradisional dan
tidak mempunyai pengiraan matematik daripada menjawab soalan yang memerlukan
kefahaman konsep kimia seperti mol. Banyak kajian telah dilakukan oleh penyelidik
seperti Dierks, 1981; Driver, 1983 dan Bodner, 1986 menyatakan bahawa ramai pelajar
mempunyai kerangka alternatif yang lebih cenderung untuk mengemukakan pendapat
mereka sendiri berdasarkan pengalaman yang bercanggah dengan konsep saintifik yang
tepat. Hal ini jelas akan menyebabkan pelajar itu sendiri mengalami kesukaran dan
salah tanggapan terhadap sesuatu konsep kimia sehingga mereka tidak dapat menguasai
konsep tersebut ( Freyberg & Osborn, 1981 dalam Meor, 20050). Apabila berlaku salah
                                                                                        3

tanggapan, pelajar sekaligus tidak dapat melakukan penyelesaian dengan cara yang betul
dan menyebabkan pelajar mengalami kesukaran memahami konsep kimia.




       Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk memberikan penekanan yang mendalam
terhadap cara penyelesaian pelajar terhadap masalah konsep mol memandangkan konsep
ini merupakan asas kepada banyak perkara di dalam kimia dan mengenal pasti sejauh
manakah kesukaran yang dihadapi oleh pelajar.




1.2    LATAR BELAKANG KAJIAN




       Matapelajaran Kimia merupakan matapelajaran elektif yang wajib diambil oleh
pelajar aliran sains bagi Tingkatan Empat (IV) dan Lima (V) di peringkat Sekolah
Menengah. Kimia merupakan suatu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim
secara makroskopik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).




       Menurut Hackling dan Gamett (1985), empat topik di dalam kimia yang sukar
difahami oleh pelajar ialah keseimbangan kimia, konsep mol, tindak balas stoikiometri
dan juga tindak balas redoks. Menurut A.H Johnstone (1971) pula, topik tindak balas
redoks, persamaan setengah ion elektron, nombor Avogadro dan mol serta pH dan
volumetriks yang melibatkan kemolaran merupakan empat topik yang sukar. Dalam
matapelajaran kimia, pelajar berkebolehan menulis formula kimia dan mengira berat
formula tetapi mereka tidak mempunyai keyakinan dalam menulis persamaan dan
mengira yang melibatkan persamaan ( Johnstone op cit ).
                                                                                       4

              MASALAH             RUANG            PENYELESAIAN




       Apabila wujud suatu masalah baru, kaedah penyelesaian akan segera dicari oleh
pelajar supaya masalah itu dapat diselesaikan dengan segera. Tanpa sedar suatu ruang
telah dicetuskan oleh mereka untuk menghubungkan masalah dan cara penyelesaiannya.
Ruang itu membolehkan mereka berfikir suatu kaedah yang sesuai untuk mendapatkan
cara penyelesaian masalah yang terbaik. Terdapat dua faktor kepada seseorang pelajar
bagi menyelesaikan masalah. Pertama, pelajar menggunakan pemahaman dan
keupayaan untuk mengingat kembali pengetahuan yang tertentu dalam sesuatu
matapelajaran atau isi kandungan. Kedua, pelajar menggunakan kemahiran dalam
penaakulan secara logik kepada jawapan yang diperolehi.




       Dalam konteks penyelesaian masalah kimia, ia merujuk kepada proses seseorang
itu menggunakan pengetahuan dan kemahiran kimia untuk menghubungkan ruang antara
masalah dengan jawapan. Sekiranya pelajar melakukan cara penyelesaian yang
melibatkan kemahiran, ia melibatkan beberapa proses tertentu seperti manganalisis,
membuat pemilihan, mengenal pasti corak, mensintesis, mereka bentuk eksperimen serta
memproses reka bentuk dan kemahiran saintifik yang lain. Pelajar yang diberi banyak
masalah untuk diselesaikan akan mencapai kejayaan yang lebih baik daripada mereka
yang kurang diberi latihan ( Abd. Main Hj Saliman, 1989 ).




       Penyelesaian masalah membolehkan pelajar berfikir untuk mengukuhkan konsep
pengetahuan sedia ada. Tanpa mengetahui konsep, semua pembelajaran akan menjadi
hafalan dan bukan lagi bermakna. Pembelajaran yang tidak bermakna akan
menyebabkan konsep pelajar semakin lemah dan tidak dapat mengaplikasikan konsep
tersebut dalam konteks penyelesaian masalah. Pembelajaran juga mungkin terganggu
disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Menurut Ausubel (1968), antara faktor yang
mengganggu proses pembelajaran ialah peringkat perkembangan kognitif pelajar dan
                                                                                       5

juga kekurangan motivasi dan strategi pembelajaran seperti menghafal teorem atau
konsep, definisi dan langkah penyelesaian. Ini akan menjadikan sesuatu pembelajaran
itu tidak bermakna kepada seseorang pelajar.




       Justeru itu, kajian ini adalah penting untuk melihat sejauh manakah keupayaan
pelajar dalam menghasilkan pembelajaran secara bermakna dan menyelesaikan sesuatu
masalah kimia seperti konsep mol ini. Kajian ini juga bertujuan melihat keupayaan
pelajar menghubungkaitkan konsep mol dalam beberapa konsep kimia yang lain dalam
penyelesaian masalah.




1.3    RASIONAL KAJIAN




       Kesukaran dalam menyelesaikan masalah konsep mol menyebabkan ramai
pelajar tidak dapat menguasai beberapa topik lain yang juga melibatkan aplikasi
konsep mol di dalam pembelajaran kimia. Masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam
menyelesaikan masalah konsep mol ini perlu ditangani segera. Sesetengah pelajar
menganggap hal ini hanyalah remeh semata-mata kerana merasakan ianya bukan
suatu kemestian untuk menguasai konsep mol ini. Ramai pelajar tidak memahami
konsep kimia yang melibatkan masalah kimia atau mereka tidak mampu untuk
mengaplikasi pengetahuan konsep dalam menyelesaikan masalah ( Gabel dan Bunce,
1994 dalam Martin et. al, 2007 ). Oleh itu kajian ini adalah wajar dijalankan untuk
memberikan gambaran tentang kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam
menyelesaikan masalah konsep mol dan mendapatkan kaedah yang sesuai untuk
membantu pelajar menghadapi kesukaran ini.
                                                                                     6

       Matlamat kajian ini adalah untuk menyiasat punca kesukaran penyelesaian
masalah konsep mol. Konsep mol dipilih untuk kajian ini kerana banyak kajian
terdahulu menunjukkan ramai pelajar mengalami kesukaran memahami konsep yang
terlibat dan mengaplikasi konsep untuk menyelesaikan masalah konsep mol
(Johnstone, 1980; BouJaoude dan Barakat, 2000 dalam Martin, 2007 ). Hal ini
adalah penting untuk mendapatkan apakah pembolehubah kognitif yang menentukan
kejayaan menyelesaikan masalah konsep mol. Oleh itu, guru kimia boleh
memperbaiki kaedah pengajaran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
pelajar. Guru dalam hal ini boleh memberikan kerjasama secara maksimum untuk
membantu pelajar.




       Pihak Kementerian Pelajaran selaku institusi yang bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap sistem pendidikan negara selanjutnya boleh menggunakan
dapatan daripada kajian ini untuk merangka dan menambahbaik kurikulum sedia ada
untuk kebaikan pelajar akan datang.




1.4    KEPENTINGAN KAJIAN



       Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmanakah kesukaran
yang dihadapi oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah konsep mol. Secara khususnya
pula, kajian ini di jalankan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar
menyelesaikan masalah yang melibatkan mol dan stoikiometri, bilangan zarah, jisim
bahan dan persamaan kimia.
                                                                                     7

       Adalah diharapkan bahawa dapatan kajian ini akan membolehkan pelajar
memahami apakah sebenarnya punca kesukaran yang menghalang mereka melakukan
tugasan menyelesaikan masalah konsep mol dengan baik. Para pelajar juga
diharapkan dapat memahami apakah perlu untuk mereka menguasai pembelajaran
konsep mol dengan baik dan secara menyeluruh. Kajian ini juga penting kepada
pelajar untuk mengetahui sama ada mereka tergolong dalam kumpulan yang
mengalami masalah penguasaan konsep mol ataupun tidak. Ianya akan dapat
mewujudkan kesedaran kepada pelajar tentang kesukaran yang mungkin mereka
hadapi akibat daripada miskonsepsi terhadap konsep mol itu sendiri. Di samping itu
juga dapatan kajian ini membolehkan pelajar yang mengalami masalah dalam
menyelesaikan masalah konsep mol untuk mendapatkan bantuan daripada guru-guru
kimia di sekolah.




      Kepada pihak guru, dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru
kimia mengenal pasti kesukaran pelajar dalam penyelesaian masalah konsep mol.
Melalui tugasan secara penyelesaian masalah, guru-guru kimia seharusnya dapat
mengenal pasti kesukaran yang di hadapi oleh pelajar dari segi kefahaman konsep
mol dan penggunaan kemahiran matematik pelajar. Tugasan secara berkumpulan
atau individu boleh dijadikan perbandingan tentang bagaimana pelajar belajar
mengenai konsep dan mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah terhadap
konsep yang dipelajari. Penyelesaian masalah dalam pengajaran konsep abstrak
mempunyai had kerana ianya penting untuk milihat samada kaedah penyelesaian
masalah sesuai ataupun tidak dalam pembelajaran konsep mol




       Selain daripada itu, dapatan kajian ini diharapkan dapat digunakan dan
dijadikan panduan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ( Pusat Perkembangan
Kurikulum ) dalam merangka kurikulum dan menggubal satu sistem pembelajaran
yang lebih sistematik selaras dengan keperluan dan kehendak Kurikulum Sains di
Malaysia. Pihak kementerian juga boleh merangka dan melaksanakan program-
                                                                                     8

program latihan tambahan kepada bakal-bakal guru dan guru-guru sedia ada tentang
bagaimana mengenal pasti kaedah mengajar yang sesuai mengikut kebolehan pelajar.




       Kajian ini juga boleh diambil kira oleh pengarang buku teks supaya mereka
dapat menghasilkan penulisan yang lebih baik dan jelas untuk mengelakkan
miskonsepsi pelajar terhadap konseb abstrak seperti konsep mol ini. Penggunaan
istilah kimia yang mudah difahami perlulah lebih diperjelaskan supaya tidak timbul
kekeliruan sesuatu konsep kimia kepada pelajar.




1.5    PENYATAAN MASALAH




       Ramai pelajar yang baru mempelajari konsep kimia sering menghadapi
masalah dalam menyelesaikan masalah kimia yang melibatkan pengiraan seperti
formula kimia dan konsep mol.


       Menurut Kamaru’z Zaman (1999) didapati bahawa pelajar mengalami
kesukaran dalam memahami dan menyelesaikan masalah konsep mol yang terdapat di
dalam sukatan pelajaran tingkatan empat. Disebabkan pelajar belum dapat
menguasai konsep mol dengan baik, maka mereka sering menghadapi masalah dalam
menjawab soalan yang berkaitan dengan konsep mol.
                                                                                          9

Jadual 1 : Statistik Pelajar dan Peratus Lulus bagi SPM tahun 1999 dan 2000 di
Seluruh Malaysia bagi Matapelajaran Kimia, Biologi dan Fizik.




      Tahun                    1999                                2000

                   Bilangan           Peratus lulus     Bilangan          Peratus lulus
M/Pelajaran
                    Pelajar               (%)            Pelajar              (%)

   Fizik             79554                95.3           94027                99.3

   Kimia             81618                91.9           98328                91.2

  Biologi            62191                94.4           67453                94.8




       Jadual data statistik di atas diperoleh dari Unit Akademik, Jabatan Pendidikan
Negeri Johor (JPNJ). Daripada data tersebut, dapat dibuat kesimpulan bahawa
matapelajaran kimia merupakan matapelajaran yang paling rendah peratus lulusnya
iaitu 91.9 % pada tahun 1999 dan 91.2% pada tahun 2000 dibandingkan dengan dua
matapelajaran sains tulen lain. Penurun juga berlaku sebanyak 0.7% kelulusan pada
tahun 2000 bagi matapelajaran kimia walaupun bilangan pelajar lebih ramai
berbanding dua matapelajaran lain. Hal ini jelas membuktikan bahawa matapelajaran
kimia sukar dikuasai oleh pelajar mungkin disebabkan sukatan pelajarannya yang
kompleks. Selain itu, konsep-konsep kimia yang bersifat abstrak menyukarkan lagi
pelajar untuk menguasai konsep tersebut secara menyeluruh. Justeru, kajian ini
sewajarnya dapat dijadikan sumber kepada pelajar dan guru dalam menangani
masalah penyelesaian masalah konsep mol kelak.
                                                                                    10

1.6    OBJEKTIF KAJIAN




       Objektif umum kajian ini adalah untuk mengetahui punca kesukaran pelajar
terhadap penyelesaian masalah konsep mol di kalangan pelajar-pelajar sekolah
menengah tingkatan empat. Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenal pasti:

i.     masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap hubungan
       penyelesaian masalah konsep mol dengan bilangan zarah.

ii.    masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap hubungan
       penyelesaian masalah konsep mol dengan jisim bahan.

iii.   masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap hubungan
       penyelesaian masalah konsep mol dengan persamaan kimia.




1.7    PERSOALAN KAJIAN

         Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan di bawah :

i.     Apakah masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap hubungan
       penyelesaian masalah konsep mol dengan bilangan zarah?

ii.    Apakah masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap hubungan
       penyelesaian masalah konsep mol dengan jisim bahan?

iii.   Apakah masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap hubungan
       penyelesaian masalah konsep mol dengan persamaan kimia?