9 SISTEM KOMPUTER-MINI INTAN by cometjunkie56

VIEWS: 84 PAGES: 7

									             9
       SISTEM
KOMPUTER-MINI
       INTAN
                                                                                    9
                       SISTEM KOMPUTER-MINI
                                     INTAN




Objektif-objektif

     Perkembangan dalam penggunaan teknik-teknik komputer di berbagai bidang pen-
tadbiran kerajaan (termasuk agensi-agensi separuh kerajaan) telah menyebabkan
perlunya INTAN, sebagai institut latihan nasional, melatih Juruanalisa-juruanalisa
sistem komputer dan pengatur-pengatur rancangan yang diperlukan oleh sektor awam
dan juga semua kategori dan peringkat pegawai-pegawai kerajaan samada untuk orien-
tasi ataupun untuk menggunakan teknik-teknik komputer dalam projek-projek
penyelidikan dan pembangunan.

    Keperluan ini dipandang penting kerana objektif-objektif dan tujuan-tujuan
berikut:

  (a)      mengorientasi pengurus, ahli ekonomi dan pegawai-pegawai profesional kepada
           kemampuan komputer dan menunjukkan cara bagaimana mereka boleh meng-
           gunakannya untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam merancang dan
           meramal, mengurus dan mengawal projek, menganalisa keuntungan kos,
           menganalisa pelaburan, menganalisa statistik;

  (b)      melatih jurutera-jurutera, pegawai-pegawai penyelidik dan ahli-ahli teknologi
           yang bertugas dalam projek-projek pembangunan dan penyelidikan bagaimana
           menggunakan teknik-teknik komputer supaya hasilnya diperolehi dengan lebih
           cepat dan jimat;
   (c)   melatih penganalisa sistem komputer dan pengatur rancangan yang diperlukan
         oleh sektor awam;
   (d)   melatih semua peringkat pengurusan di jabatan-jabatan di mana pengguna
         komputer sedang dipertimbangkan supaya fahaman yang jelas akan pendekatan
         sistematik yang diperlui dalam operasi sedemikian dapat dicapai sepenuhnya
         dan dengan itu mengelak kesilapan dan kegagalan yang merugikan;
   (e)   melaksanakan prosesan data tadbiran INTAN yang termasuk sub-sistem untuk
         peserta-peserta kursus, pensyarah dan staf, kewangan dan pembelanjawan, dan
         perancangan dan penilaian program-program latihannya;
   (f)   memberi kemudahan kepada pegawai-pegawai INTAN untuk menggunakan
         komputer dalam penyelidikan dan perancangan INTAN;
   (g)   memberi khidmat sebagai pusat bahan untuk jabatan-jabatan menguji teknik-
         teknik yang dipelajari di kursus-kursus INTAN, khususnya dalam usaha awal un-
         tuk menggunakan teknik-teknik yang telah dipelajari.

Tambahan pula, sistem komputer akan digunakan untuk memproses data tentang
peserta-peserta kursus, penilaian kursus dan aspek-aspek tadbiran lainnya dalam mem-
bantu sistem maklumat INTAN.

Jenis Sistem
      Sistem yang digunakan terdiri daripada sebuah processor ECLIPSE C/50 dengan
rakaman 256 K byte. dan 2 `disc drive' dengan 20 megabyte tiap `drive. Ada juga pita
rakam dengan keupayaan `dual density' 800 b.p.i. dan 1600 b.p.i. Lain-lain alat bantu
untuk input dan output ialah satu pembaca kad, dengan halaju membaca 300 kad
seminit dan satu pencetak baris dengan halaju cetak 1000 baris seminit. Berhubung
dengan sistem adalah 8 V.D.U. (visual display units) untuk perkembangan program `on-
line', penyusunan dan pengujian dan juga untuk pertanyaan `on-line'.

Latihan Personnel Prosesan Data
     Komputer-komputer digital telah diperkenalkan ke sektor Awam dalam awal tahun
 1960an. Sehingga tahun 1967, sudah ada beberapa komputer di sektor awam seperti
yang terdapat di Jabatan Hasil Dalam Negeri, Lembaga Peperiksaan, Jabatan
Perangkaan, Universiti Malaya dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Pada masa itu
kursus-kursus latihan untuk personnel prosesan data tidak terdapat di INTAN ataupun
di mana-mana institusi tempatan. Personnel prosesan data khusus juruanalisa sistem dan
pengatur rancangan yang diambil cuma diberi latihan dalam beberapa minggu oleh
penjual-penjual alat komputer. Walaupun usaha-usaha penjual alat komputer itu ada
faedahnya namun latihan yang diberi adalah tidak mencukupi bagi seseorang itu betul-
betul dapat menjalankan tugasnya di akhir latihan selama 3 hingga 4 minggu.
Kebanyakan personnel prosesan data mendapat pengetahuan amali dalam bidang
mereka melalui cara `cuba jaya' dan juga pemimpin daripada rakan-rakan sejawat yang
lebih berpengalaman.
   INTAN mula memperkenalkan kursus latihan selama 6 bulan tentang perancangan
komputer COBOL dalam bulan Jun, 1974. Kursus ini dijalankan oleh seorang pegawai
CESO, Encik L. Roy. Pada masa itu personnel tempatan tidak dapat ditemui atau diam-
bil dari jabatan-jabatan lain ke INTAN. Kursus Pengatur Rancangan dibuka untuk:
         (i) semua pegawai kerani yang berkhidmatan 3 tahun atau lebih dan mem-
             punyai kepujian dalam Matematik dan Bahasa Inggeris;
        (ii) semua pegawai teknik yang berpengalaman 3 tahun atau lebih;
        (iii) inspektor-inspektor polis yang dilantik oleh Polis DiRaja;
        (iv) Kaptan-kaptan dan leftenan-leftenan yang dilantik oleh Kementerian Per-
             tahanan.
    Kursus ini diikuti pula dengan pelaksanaan Kursus Diploma Sistem Analisa selama 9
bulan, mulai bulan Jun, 1975. Kursus ini juga dikendalikan oleh pegawai CESO yang
sama dengan bantuan seorang penganalisa sistem yang baru dilantik. Kursus ini dibuka
untuk:
        (i) pegawai-pegawai Kumpulan A
         (ii) pengatur-pengatur rancangan berijazah lulus dan mempunyai 3 tahun
              pengalaman mengatur rancangan.

        (iii) pengatur-pengatur rancangan berkelulusan S.T.P. dan mempunyai 5
              tahun pengalaman mengatur rancangan.

Bilangan Pengatur-pengatur Rancangan Yang Dilatih

     Kursus pengatur rancangan telah dilaksanakan sepertimana dan bilamana
diarahkan oleh jabatan Perkhidmatan Awam untuk memenuhi keperluan staf di ber-
bagai jabatan. Hingga kini hanya 2 kursus telah dilaksanakan. Butir tentang peserta-
peserta kursus ini dikemukakan dalam Jadual 1.

                                        JADUAL 1

                                                 Bilangan           Permohonan
            Jawatan                                                 Yang Berjaya
                                                   Tahun        74/75         75/76


    Kerani Pengira                                               tiada             1
    Pegawai Kerani Am                                        butir-butir       18
    Pegawai Kerani Negeri                                    butir-butir           1
    Juruteknik                                               butir-butir           1
    Pembantu Cukai                                           butir-butir           3
    Pembantu Pertanian                                       butir-butir           I
    Pembantu Pendaftaran                                     butir-butir           1
    Inspektor Polis                                          butir-butir           1


             Jumlah                                               24           27
     Oleh kerana bertambahnya permintaan untuk juruanalisa-juruanalisa sistem dalam
tahun-tahun lepas, maka INTAN tidak mengendalikan kursus untuk pengatur ran-
cangan. Ini bukanlah kerana sudah cukup bilangan pengatur-pengatur rancangan
tetapi kerana prioriti yang tinggi untuk juruanalisa sistem pada masa itu. Kurangnya
pelatih-pelatih yang ada menyebabkan hanya 1 jenis kursus Prosesan Data yang diken-
dalikan dalam satu-satu masa.

Bilangan juruanalisa Sistem Yang Dilatih
     Dari tahun 1976, Kursus Diploma Sistem Analisa telah dikendalikan seperti mana
yang diarah oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Sedikit butir mengenai peserta-peserta
kursus ini ditunjukkan dalam Jadual 2.

                                    JADUAL 2

                                   Bilangan          Permohonan Yang Berjaya
                Jawatan              Tahun
                                              76/77      77/78    78/79     79/80

     Pegawai Polis                            *T.B.         2        2         -
     Pegawai Tentera                          *T.B.         1        2          6
     Juruanalisa Sistem                       *T. B.        -        2          2
     Pegawai Buruh                            *T.B.         1       -          -
     Pengatur Rancangan                       *T.B.         4        1         --
    PTA/PTD                                   *T.B.         1       2           3
    Pemeriksa Kira-kira                       *T.B.         1       -           2
    Pegawai Perhutanan                        *T.B.         2       -          -
    Pegawai Kastam                            *T.B.         2      -           5
    Siswazah Anjuran JPA                      *T.B.         1      14          5
    Pegawai Penyelidik                        *T.B.        -       -            1
    Pegawai Tadbir                            *T . B .     -       -           1
    Perangkawan                               *T.B.        -       -           1

              Jumlah                            19        15       23        26


*T.B. Tiada Butiran


Kurrikulum Kursus dan Cara Pelaksanaan
    Beberapa usaha dan cubaan telah dibuat untuk mempertingkatkan lagi
pengetahuan amali dan praktikal di kursus-kursus ini. Walaupun INTAN tidak mem-
punyai komputernya sendiri sehingga bulan Oktober 1979, peraturan telah dibuat
dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (E.P.F.) bagi `membeli' waktu komputer
untuk disusun dan diuji program-program yang telah diatur (coded) oleh peserta-peserta
kursus. Fasiliti komputer yang lainnya dan waktu prosesan juga telah disediakan melalui
kerjasama komputer-komputer kerajaan, terutamanya, Jabatan Perangkaan dan Lem-
baga Peperiksaan.

     I NTAN sentiasa mensesuaikan kursus-kursus Prosesan Datanya secara pragmatik,
dengan mempertimbangkan permintaan meruncing untuk personnel prosesan data di
sektor awam. Untuk tujuan ini, peserta-peserta Kursus Diploma dikehendaki
menyiapkan satu kerja sistem praktikal. Kerja-kerja praktikal adalah tugas-tugas sistem
di Kementerian-Kementerian dan di jabatan-jabatan. Tiga atau empat peserta dalam
satu team dikehendaki melaksanakan satu kajian sistem dan akhirnya menghasilkan satu
laporan sistem yang berdokumen tentang keputusan/penerimaan dan pola maksud yang
mereka cadangkan. Kerja-kerja praktikal ini dijalankan di bawah pengawasan pegawai-
pegawai INTAN dan juga di bawah satu jawatankuasa pandu yang dilantik oleh jabatan
yang menjadi clientele.

     Kesan-kesan pengawasan banyak terhalang oleh kerana kekurangan personnel
sistem yang berpengalaman. Selain juruanalisa sistem kanan, pegawai lain yang
berpengalaman ialah seorang pegawi O & M (Organisation & Methods) yang bertugas di
bawah kontrek.


Peserta-peserta

     Peserta-peserta Kursus Diploma selalunya dari skim perkhidmatan dan pekerjaan
yang berbeda-beda. Kebanyakan daripada mereka dipilih atas sebab jabatan-jabatan
mereka memerlukan atau akan memerlukan khidmat sistem dan perancangan.
Bagaimanapun, ramai di antara mereka setelah selesai kursus tidak memilih masuk
perkhidmatan Skim Juruanalisa Sistem. Bilangannya adalah besar bagi kumpulan-
kumpulan dari tahun-tahun 1976/77 dan 1977/78. Di antar 19 orang peserta yang
dilatih dalam tahun 1976/77 hanya 3 orang pada masa ini menjadi juruanalisa sistem,
ini kerana mereka telah pun dilantik sebagai personnel komputer sebelum kursus. Di an-
tara 15 orang peserta yang terlatih dalam tahun 1977/78, 2 orang pegawai polis dan
seorang pegawai tentera sedang terlibat dalam prosesan data, tetapi di antara baki 12
orang awam hanya 4 orang menjadi juruanalisa sistem, sementara 5 orang pegawai
terlibat dalam prosesan data walaupun masih di dalam skim perkhidmatan asal mereka.
Walau bagaimanapun, bagi kumpulan tahun 1978/79, kesemua 14 orang pemegang
biasiswa telah dilantik sebagai juruanalisa sistem.



Personnel Prosesan Data di INTAN

     Kekurangan personnel komputer, khususnya yang berpengalaman juga dialami
oleh INTAN seperti yang tertera dalam Jadual 3. Dalam tahun 1974, terdapat cuma
seorang perunding CESO dan seorang pengatur rancangan yang baru dilantik yang
kemudiannya berhenti selepas setahun untuk memasuki sektor swasta. Dalam tahun
1975, seorang juruanalisa sistem telah ditugaskan ke INTAN, tetapi beliau pun minta
ditukarkan ke tempat lain selepas setahun. Di pertengahan tahun 1976, seorang
juruanalisa sistem telah ditugaskan ke INTAN dari Bahagian Penyelarasan Pelaksanaan
Kemajuan, Jabatan Perdana Menteri dan juga seorang pengatur rancangan baru telah
dilantik. Hingga masa kini, INTAN cuma mempunyai seorang juruanalisa sistem yang
berpengalaman lebih 10 tahun, personnel yang lainnya hanya berpengalaman setahun
atau kurang dalam prosesan data.



                                                 JADUAL 3



                                   Juruanalisa        Pengatur           Operator       + Key Punch +
    Tahun          Perunding          Sistem         Rancangan            Konsol           Operator


     1974                1                   -            1                  -                  -
     1975                1               1                    -              -                  -

     1976                1               1                1                  -                  -

     1977               1                1                1                  -                  -
     1978                -               1                1                  -                  -
     1979                -               2                2                   1                 -

     1980               1*               2**              1***                1                  2



   * Perunding 'computer applications/M.I.S.' yang ditugaskan ke INTAN selama 6 bulan ( May hingga September
     1980).
  ** Seorang berpengalaman lebih 10 tahun, dan Seorang berpengalaman kira-kira I tahun.
 *** Seorang pengatur rancangan berpengalaman kurang dari I tahun.


    Juruanalisa-juruanalisa sistem dan pengatur-pengatur rancangan terlibat dalam
program-program latihan. Sejak sistem komputer dipasang, peserta-peserta kursus-
khususnya dari Kursus Diploma Analisa Sistem, Kursus Diploma Sains Pengurusan, Kur-
sus PTA/PTD, Kursus Asas PTD dan Kursus Kadet PTD telah diberi kursus tentang
aspek-aspek komputer dan juga pengalaman amali.


     Kursus Diploma Analisa Sistem melibatkan banyak penggunaan komputer terutama
dari segi perancangan. Kursus Diploma Sains Pengurusan diberi 3 minggu untuk
pengenalan komputer dan M.I.S. ( Management Information System). Kursus-kursus
lainnya mempunyai modiul tentang computer application dan sedikit pendedahan asas
dalam penggunaan komputer.

     Kini sistem maklumat mengenai peserta-peserta kursus dan penilaian kursus sedang
disusun. Dengan adanya komputer sendiri, INTAN akan dapat memberi pengalaman
amali bukan saja kepada personnel prosesan data pelatih malahan lebih-lebih lagi
kepada personnel pengurusan dan pentadbiran.

								
To top