PERUBAHAN TINGKAHLAKU MEROKOK AKIBAT MEROKOK Bagaimana merokok by cometjunkie56

VIEWS: 0 PAGES: 14

									PERUBAHAN TINGKAHLAKU

MEROKOK

AKIBAT MEROKOK

Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?

   •   Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang
   •   Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ
       dalam tubuh badan kita



Apakah kesan-kesan jangka pendek?


                                   -
                         Otak          Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan
                                       oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi
                                       dengan sepenuhnya


                         Telinga   -   Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh
                                       menyebabkan pekak


                         Mata      -   Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya
                                       penglihatan


                         Mulut     -   Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah
                                       dan tekak
                                   -   Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
                                   -   Gigi menjadi kuning


                         Hidung    -   Mengurangkan deria bau


                         Kulit     -   Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
                         Paru-paru -   Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga
                                       untuk bersukan
Apakah kesan-kesan jangka panjang?

   •   Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
   •   Penyakit Jantung
   •   Angin Ahmar / Strok
   •   Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
   •   Penyakit mulut dan gusi
   •   Ulser (perut, peptic)
   •   Osteoporosis
   •   Kemandulan (tidak boleh hamil)
   •   Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
   •   Mati pucuk




Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain?

Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran

   •   Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti
       mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
   •   Menyebabkan pencemaran udara
   •   Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga
       boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak
   •   Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran
MITOS DAN FAKTA-FAKTA BERKENAAN MEROKOK

Mengapa remaja merokok?

Terdapat banyak sebab remaja merokok dan ianya diklasifikasikan mengikut :

Peribadi :

    •      Ingin tahu atau ingin mencuba
    •      Ingin membuktikan dirinya sudah matang untuk merokok
    •      Merasa rendah diri
    •      Mempercayai mitos merokok
    •      Memberontak

Sosial :

    •      Tekanan rakan sebaya
    •      Dicabar oleh kawan-kawan supaya merokok
    •      Mencontohi ibu bapa /penjaga atau saudara mara yang merokok
    •      Mencontohi idola popular yang juga perokok

Persekitaran :

    •      Pengaruh media (contoh : iklan)
    •      Mudah diperolehi
    •      Boleh dibeli



Mitos dan kebenaran mengenai merokok

Mitos                           Kebenaran/kenyataan
    •      Merokok tidaklah        • Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa
           membahayakan                merokok adalah salah satu penyebab kematian dan
           seperti mana yang           ketidakupayaan yang serius di Malaysia.
           didakwa sesetengah
           orang

    •      Berhenti merokok         •   Ramai yang gagal untuk berhenti merokok walaupun
           adalah mudah                 setengah dari perokok telah cuba berhenti sekurang-
                                        kurangnya sekali.
•   Saya tidak perlu        •   Merokok adalah sesuatu yang memberi kesan kepada
    bimbang tentang             anda sekarang.
    akibat buruk merokok
    sehingga apabila saya   •   Ianya memberikan kesan fizikal kepada anda dengan :
    tua.
                                    o   Mengurangkan keupayaan anda dalam
                                        menjalankan aktiviti-aktiviti berat
                                    o   Meningkatkan paras karbon monoksida di
                                        dalam badan anda
                                    o   Mengubah warna gigi dan jari anda dan
                                        mengurangkan deria rasa anda
                                    o   Menyebabkan anda barbau asap rokok
                                    o   Membelanjakan wang sebanyak RM500
                                        setahun jika anda merokok 40 batang
                                        seminggu

•   Merokok menjadikan      •   Remaja yang tidak merokok didapati lebih matang.
    saya dewasa.

•   Merokok                 •   Remaja yang tidak merokok akan mendapat lebih
    membolehkan saya            ramai kawan kerana sebahagian besarnya kebanyakan
    mendapat kawan              remaja tidak merokok.

•   Merokok memberikan      •   Ramai remaja yang merokok lebih mudah terlibat
    saya inspirasi              dalam kegiatan negatif yang berbahaya dan menyalahi
                                undang-undang

•   Merokok nampak          •   Merokok menjadi semakin kurang diterima
    macho dan bergaya           masyarakat. Tempat awam adalah kawasan larangan
                                merokok. dan telah dilarang di kebanyakan tempat
                                awam di Malaysia. Merokok juga menggalakkan
                                penuaan.

•   Cerut lebih selamat     •   Cerut tidak mempunyai penapis dan meningkatkan
    dari rokok                  kesan kesihatan yang negatif walaupun ia tidak disedut
                                sehingga ke dalam paru-paru.

•   Tembakau yang tidak     •   Tembakau yang tidak dibakar ialah semua jenis
    dibakar adalah lebih        tembakau yang di kunyah, dihidu atau dihisap. Ia
    selamat                     meningkatkan risiko mendapat barah mulut dan tekak.
BERKATA "TIDAK" KEPADA MEROKOK

Mengapa anda perlu berkata "Tidak"?

Adalah penting berkata "Tidak" kepada merokok sebelum ia menjadi tabiat atau menjadi ketagih.



Bagaimana anda berkata tidak kepada merokok?

   •   Jika semua rakan anda merokok dan anda tidak mahu seperti mereka, adalah susah untuk
       mengatakan "tidak", tetapi menjadi orang yang tidak merokok adalah hak anda.
   •   Tiada seorang pun yang mahu disisihkan, tetapi kesihatan anda adalah lebih penting.
   •   Strategi yang berlainan mungkin sesuai untuk orang yang berlainan.
   •   Sesetengah orang merasa mudah menyatakan tidak tanpa memberi penjelasan. Orang lain
       pula berpendapat memberi penjelasan lebih baik (cth."Saya tidak mahu merokok" atau
       "Pakcik saya mati disebabkan merokok")
   •   Jika anda tidak selesa untuk berkata tidak kepada kawan-kawan anda, minta ibubapa anda
       atau orang dewasa lain membantu anda mengatakan tidak.
   •   Mungkin seorang remaja boleh berkata "Bapa saya tidak membenarkan saya merokok"
       "Jurulatih bolasepak saya akan membuang saya dari pasukan jika saya merokok" .
   •   Yang penting anda perlu bertegas bila berkata "tidak" tanpa melukai hati/perasaan orang
       lain.



Bagaimana anda bertegas diri?

   •   Nyatakan pendirian anda. Beritahu mereka bahawa anda tidak berhajat untuk merokok.
   •   Nyatakan alasan anda. Beritahu mereka alasan anda mengapa tidak merokok.(contoh:
       merokok membahayakan kesihatan saya).
   •   Saling memahami. Biarlah orang lain tahu yang anda memahami perasaan orang lain.



Bagaimana anda menyampaikan keputusan anda?

   •   Gunakan kemahiran tanpa lisan yang betul. (ekspresi muka, gaya badan dsb.)
   •   Berikut beberapa panduan/petua untuk anda menjadi lebih tegas.
           o Kelantangan suara. Jangan berbisik atau bercakap tidak jelas. Bercakap dengan
               nada suara yang jelas dan meyakinkan.
           o Kontak mata. Jangan memandang ke tempat lain apabila bercakap dengan
               seseorang. Pandang terus ke mata seseorang semasa bercakap
           o Ekspresi muka . Pastikan ekspresi muka anda bersesuian dengan apa yang anda
               perkatakan.(contoh jangan senyum ketika anda hendak memberitahu yang anda
               marah).
           o Jarak. Tentukan jarak yang sesuai apabila anda bercakap dengan seseorang.
               (sebagai contoh, berada dijarak yang jauh jika anda hendak beredar atau berada
               dijarak yang dekat untuk menimbulkan kemesraan.
Bagaimana mengatakan "Tidak"?

Teknik                              Contoh
   •     "Tidak" yang mudah            •     "Tidak" atau "Tidak, terima kasih."


   •     Beritahu yang benar           •     "Tidak, terima kasih, saya tidak merokok"


   •     Beri alasan                   •     "Tidak, terima kasih, saya perlu pergi segera
                                             ke tempat lain."


   •     Menukar subjek perbualan      •     Katakan "tidak" dan teruskan bercakap
                                             perkara lain

                                       •     "Tidak, terima kasih. Hey. Anda tengok
                                             perlawanan malam tadi tak?"
FAKTA MENGENAI TEMBAKAU DAN MEROKOK

Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?

   •   Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-
       undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya
   •   Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun
   •   Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah



Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?

Merokok boleh dalam bentuk berikut :

   •   Rokok
   •   Cerut
   •   Tembakau paip
   •   Seesha



Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia?

   •   Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
   •   Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
   •   85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
   •   Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan
       dengan merokok



Apakah yang menyebabkan ketagihan rokok?

   •   Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain
   •   Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan



Mengapa merokok merbahaya?

Merokok merbahaya kerana :

   •   Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah
       dan penyakit jantung
   •   Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah
Bagaimana merokok itu membahayakan?

    •   Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun
    •   Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah



Adakah kesan buruk merokok hanya tertumpu kepada perokok atau juga orang lain?

Ya, orang lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika :

    •   Terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu
        penyakit lelah, penyakit jantung dsb.



Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?

Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :



    •   Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
    •   Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
    •   Napthylamine (ubat gegat)
    •   Arsenik (racun anai-anai)
    •   Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan
        ketagihan)
    •   Kadmium (terdapat dalam bateri)
    •   DDT (Ubat nyamuk)
    •   Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
    •   Butane (gas yang boleh membunuh)
    •   Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
    •   Hydrogen cyanide (racun)
    •   Toluene (bahan pelarut)
    •   Carbon Monoxide (gas beracun)
Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?

   •   Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
   •   Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
   •   Barah payudara: lebih 11 kali ganda
   •   Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
   •   Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
   •   Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
   •   Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
   •   Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
   •   Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
   •   Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda



Adakah perokok pasif kurang bahaya?

Tidak, ianya lebih merbahaya kerana :

   •   Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif
       mengandungi :
          o 2 kali ganda nikotin
          o 3 kali ganda tar
          o 5 kali ganda karbon monoksida
          o 50 kali ganda bahan kimia merbahaya




Adakah undang-undang dan peraturan berkaitan merokok?

Ya, adalah menjadi kesalahan jenayah bagi remaja untuk merokok, membeli rokok atau memiliki
bahan yang dihasilkan dari tembakau.

Merokok adalah dilarang di tempat-tempat awam seperti berikut :

   •   Sekolah
   •   Hospital dan klinik
   •   Bangunan-bangunan kerajaan
   •   Lif
   •   Kapalterbang
Bila merokok dianggap sebagai ketagihan?

   •   Seseorang mengalami rasa tidak selesa dan ketagih untuk merokok apabila tidak merokok
   •   Di antara tanda-tanda ketagihan adalah :
           o Tanda fizikal :
                       Gelisah
                       Menggeletar
                       Degupan jantung lebih laju
                       Pernafasan cetek / tidak dalam
           o Corak pemikiran :
                       Gian untuk menghisap rokok
                       Berasa risau, gelisah dan bimbang
                       Tidak boleh menumpukan perhatian
           o Corak Emosi :
                       Mudah marah
                       Mudah runsing
                       Rasa bimbang
                       Gelisah
           o Pola kelakuan :
                       Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin
                       Tercicir dari sekolah
                       Perubahan sikap dan tingkah laku
                       Terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat
                       merokok
BERHENTI MEROKOK

Apakah baiknya berhenti merokok?

   •   Pernafasan bertambah baik
   •   Stamina meningkat
   •   Lebih sihat
   •   Lebih diterima oleh masyarakat
   •   Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
   •   Melindungi orang lain dari bahaya merokok
   •   Menjimatkan wang
   •   Melindungi persekitaran



Mengapa susah untuk berhenti?

   •   Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
   •   Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk)
       adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah)
   •   Merasa letih dan murung apabila tidak merokok
   •   Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
   •   Mengatasi gian dan keinginan merokok



Bagaimana cara berhenti merokok?

   •   Menyedari anda mepunyai masalah.
   •   Membuat keputusan.
   •   Menetapkan tarikh berhenti merokok.
   •   Elakkan pengaruh untuk merokok.
   •   Minta bantuan dari rakan anda.
   •   Cari aktiviti yang lebih baik untuk
       dilakukan.
   •   Rancang hari hari tidak merokok anda.
   •   Bina keyakinan diri.
   •   Buat peringatan bertulis mengingatkan
       anda untuk berhenti merokok / diari
       berhenti merokok.                                         berkelah



   •   Direktori berhenti merokok (Klinik kerajaan - www.infosihat.gov.my, Laman web
       Malaysia - www.notobacco.org).
Petua mengatasi keinginan merokok.


   •   Tarik nafas panjang
   •   Minum air
   •   Membuat kerja lain
   •   Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
   •   Mandi
   •   Basuh tangan
   •   Senaman ringan ( contoh : regangan)
   •   Sembahyang / meditasi
SASARAN INDUSTRI TEMBAKAU

Pengenalan

    •   Seramai 8,000 perokok diseluruh dunia mati setiap hari akibat penyakit yang berkaitan
        dengan tabiat merokok.
    •   Untuk mengekalkan keuntungan, industri tembakau perlu mencari perokok baru bagi
        menggantikan mereka yang telah mati.
    •   Usia muda merupakan sasaran yang tepat.
    •   Sekiranya remaja mula merokok, peluang untuk mereka terus mengekalkan tabiat
        merokok sehingga dewasa adalah tinggi.



Apakah matlamat industri tembakau?

Menipu dan memutarbelitkan masyarakat supaya merokok.
Terutamanya kanak-kanak dan belia. Belia yang ketagihan merokok,
akan menggantikan perokok dewasa yang telah berhenti merokok atau meninggal dunia.



Bagaimana industri tembakau mempengaruhi anda supaya merokok?

Strategi industri tembakau adalah seperti berikut :

    •   Lebih matang dan dewasa
    •   Canggih
    •   Riang
    •   Bergaya
    •   Tenang
    •   Diterima ramai

Menjadikan rokok :

    •   Mudah diperolehi
    •   Boleh dibeli dengan harga yang murah
    •   Boleh dibeli dengan satu batang rokok sahaja

Meyakinkan bahawa rokok boleh membantu anda :

    •   Menikmati keseronokan yang lebih
    •   Merasa lebih tenang

Menyembunyikan fakta sebenar bahawa rokok :

    •   Mendatangkan ketagihan
    •   Membahayakan kesihatan anda
    •   Menyebabkan kematian lebih awal dari sepatutnya
Melalui promosi rokok, menarik belia menghadiri :

   •   Konsert / panggung wayang
   •   Majlis / perjumpaan sosial
   •   Papan iklan
   •   Media bercetak/ media elektronik



Bagaimana untuk mengelak dari dipengaruhi industri tembakau?

Adakah anda rasa marah?

Adakah anda berminat untuk mendapat maklumat lanjut dan terkini mengenai strategi industri
tembakau?

Adakah anda ingin membuat sesuatu untuk mengubah keadaan?

Adakah anda ingin meluahkan rasa tidak puas hati anda?

Adakah anda bersedia untuk bertindak?

   •   Jika ya, anda perlu memperkasakan diri anda
           o Bagaimana?
           o Disini, disenaraikan kaedah bagaimana menyalurkan kemarahan anda
                       Jadilah penggerak "Anti-Tembakau" di kalangan remaja
                       Suarakan pendapat anda
                       Ketahuilah, sekiranya anda bersatu menentang pengaruh industri
                       Berinteraksilah atas talian (on-line)




                                                         Sumber: http://www.myhealth.gov.my

								
To top