FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH DALAM by happo6

VIEWS: 10,392 PAGES: 26

									FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR MELAYU SEKOLAH
MENENGAH DALAM GEJALA SOSIAL. KAJIAN KES DI SEKOLAH
  MENENGAH KEBANGSAAN MAJIDI BARU, JOHOR BAHRU




        ABDUL MALEK BIN JAFFAR @ ABDULLAH




          UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                                   ii


Faktor-Faktor Penglibatan Pelajar Melayu Sekolah Menengah Dalam Gejala Sosial.
    Kajian Kes Di Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru




                      Abdul Malek Bin Jaffar @ Abdullah




     Laporan Projek Sarjana Muda Ini Di Kemukakan Sebagai Memenuhi Syarat
 Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)




                               Fakulti Pendidikan
                         Universiti Teknologi Malaysia




                                      2006
                                                              v




                         DEDIKASI


                   ISTIMEWA UNTUK IBUKU
PUAN HAJJAH HASNAH BINTI KALONG, ANAKKU MUHAMMAD MUZAKKIR
  BIN ABDUL MALEK, ADIK-BERADIKKU, ANAK SAUDARAKU ABDUL
 KHALIQ BIN ALAUDDIN, NUR ALLEYA BINTI ALAUDDIN SERTA ANAK-
                ANAK SAUDARAKU YANG LAIN.
                                                                                         vi




                                   PENGHARGAAN


Segala puji bagi Allah SWT, Pemilik sekelian ‘alam dan selawat salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat r’anhum dan
sesiapa yang mengikuti meraka dengan ikhlas hinggalah ke hari qiamat.


   Syukur kepada Allah SWT kerana dengan taufiq dan inayahNya, telah mengizinkan
saya menyiapkan tugasan Projek Sarjana Muda ini. Setinggi-tinggi penghargaan
ditujukan kepada penyelia dan pembimbing saya, Dr. Muhammad Sukri bin Saud, rakan-
rakan seperjuangan khasnya rakan sekelas, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Majidi Baru, Johor Bahru, guru kaunselor, guru displin, guru-guru lain serta para pelajar
sekolah tersebut yang terlibat secara langsung (menjadi responden) atau tidak langsung
kerana telah memberikan kerjasama yang yang cukup memuaskan kepada saya dalam
menjayakan usaha saya ini. Tidak lupa juga kepada pihak UTM, Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang telah memberikan keizinan untuk saya
menjalankan penyelidikan dasar pendidikan.


    Besar harapan saya semoga usaha saya ini akan memberi manfaat kepada pihak
Kementerian Pelajaran, pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa, pelajar-pelajar sekolah,
masyarakat umum dan saya sendiri agar dapat mengambil langkah berkesan demi
membendung masalah gejala sosial.


    Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan saya meminta keampunan Allah SWT atas
yang sedemikian itu kerana tiadalah daya dan upaya melainkan dengan pimpinan dan
pertolonganNya.


   Teguran yang membina adalah amat dialu-alukan.


   Sekian, Wa billahi taufiq wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
                                                                                       vii




                                       ABSTRAK




        Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap faktor-faktor penglibatan pelajar
Melayu sekolah menengah dalam gejala sosial. Ia melibatkan kajian di Sekolah
Menengah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru. Responden kajian ini terdiri daripada
60 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih berdasarkan rekod salah laku yang pernah
dilakukan oleh responden terbabit. Instrumen kajian menggunakan kaedah soal selidik.
Satu set borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat
data yang diperlukan. Nilai kebolehkepercayaan instrumen kajian adalah 0.829. Data
dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Social Science’ versi
13.0 untuk mendapatkan nilai min, kekerapan dan peratus. Hasil kajian menunjukkan
faktor latar belakang keluarga adalah paling banyak mempengaruhi penglibatan pelajar
dalam gejala sosial. Ini diikuti oleh faktor iklim sekolah dan faktor pengaruh media
massa. Faktor pengaruh rakan sebaya paling kurang mempengaruhi penglibatan pelajar
dalam gejala sosial. Beberapa cadangan dikemukakan diharap akan dapat membantu
pihak bertanggungjawab mengenalpasti punca dan mengambil langkah perlu menangani
masalah gejala sosial tersebut.
                                                                                          viii




                                      ABSTRACT




         The purpose of this study is to identify the level of involvement of the Malay
secondary school students in social problem. This study was held in Sekolah Menengah
Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru. The respondents comprised of 60 form four
students which were selected from the disciplinary records of this school. A set of
questionnaires was used as an instrument in this study. Reliability value of the instrument
was 0.829. The collected data was analyzed by using Statistical Package for the Social
Science version 13.0 to obtain the mean, frequency and percentage. The result indicated
that the factor of family’s background was the most influence involvement of students in
social problem. This was followed by the factor of school environment and the factor of
mass media influence. The factor of peers influence was the least influence over the
students in social problem. Several suggestions were forwarded to the authorities in
identifying the source and solving the social problem among the students.
                                                        ix



                               KANDUNGAN




BAB   PERKARA                              MUKA SURAT




      PENGESAHAN TESIS                             i
      JUDUL                                        ii
      KELULUSAN PENYELIA                           iii
      PENGAKUAN                                    iv
      DEDIKASI                                     v
      PENGHARGAAN                                  vi
      ABSTRAK                                      vii
      ABSTRACT                                     viii
      KANDUNGAN                                    ix
      SENARAI JADUAL                               xii
      SENARAI RAJAH                                xiii
      SENARAI LAMPIRAN                             xiv




I     PENDAHULUAN


      1.1   Pengenalan                            1
      1.2   Latar Belakang Masalah                4
      1.3   Penyataan Masalah                     9
      1.4   Objektif Kajian                       9
      1.5   Persoalan Kajian                      10
      1.6   Kepentingan Kajian                    11
      1.7   Batasan Kajian                        12
      1.8   Definisi Operasional                  13
                                                                           x


BAB     PERKARA                                              MUKA SURAT


             1.8.1 Pelajar                                            13
             1.8.2 Melayu                                             13
             1.8.3 Sekolah Menengah                                   14
             1.8.4 Gejala Sosial                                      15
             1.8.5 Iklim Sekolah                                      15
             1.8.6 Latar Belakang Keluarga                            16
             1.8.7 Pengaruh Rakan Sebaya                              16
             1.8.8 Media Massa                                        17


 II     SOROTAN PENULISAN


        2.1 Pengenalan                                                18
        2.2 Pendidikan Secara Pendekatan Kemanusiaan dan Pendekatan
             Islam Sebagai Strategi Pencegahan                        19
        2.3 Faktor Iklim Sekolah                                      25
        2.4 Faktor Keluarga                                           30
        2.5 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya                              34
        2.6 Faktor Pengaruh Media Massa                               37


  III   METODOLOGI KAJIAN

        3.1 Pengenalan                                                41
        3.2 Reka Bentuk Kajian                                        41
        3.3 Populasi dan Sampel Kajian                                42
        3.4 Instrumen Kajian                                          43
             3.4.1 Bahagian A                                         44
             3.4.2 Bahagian B                                         44
        3.5 Prosedur Kajian                                           45
                                                                             xi


BAB      PERKARA                                                  MUKA SURAT

         3.6 Kajian Rintis                                                  47
         3.7 Analisis Data                                                  48


 IV     ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN

         4.1 Pengenalan                                                     50
         4.2 Analisa Data Bahagian A                                        51
         4.3 Analisa Data Bahagian B                                        55
             4.3.1 Analisa Persoalan Kajian Pertama                         55
             4.3.2 Analisa Persoalan Kajian Kedua                           57
             4.3.3 Analisa Persoalan Kajian Ketiga                          59
             4.3.4 Analisa Persoalan Kajian Keempat                         61


  V       RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN


        5.1 Pengenalan                                                      64
        5.2 Rumusan                                                         66
            5.2.1 Pengaruh Iklim Sekolah Terhadap Masalah Gejala Sosial     66
            5.2.2 Pengaruh Latar Belakang Keluarga Terhadap Gejala Sosial   69
            5.2.3 Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Gejala Sosial              70
            5.2.4 Pengaruh Media Massa Terhadap Gejala Sosial               72
        5.3 Perbincangan                                                    74
        5.4 Cadangan                                                        77


RUJUKAN                                                                     79
Lampiran A - H                                                              83
                                                                            xii




                                 SENARAI JADUAL




NO. JADUAL                               TAJUK                     MUKA SURAT


3.0 Pembahagian Soal Selidik Berdasarkan Aspek Kajian                 44
3.1 Skala Pemeringkatan                                               48
3.2 Pengkelasan Skor Min dan Tahap                                    49
4.1 Jantina Reponden                                                  51
4.2   Umur Responden                                                  52
4.3   Bilangan Adik-beradik Responden                                 52
4.4   Pendapatan Bersih Bulanan Ibu Bapa atau Penjaga                 53
4.5   Pekerjaan Bapa / Penjaga                                        53
4.6 Pekerjaan Ibu                                                     54
4.7 Tahap Pendidikan Bapa                                             54
4.8 Tahap Pendidikan Ibu                                              55
4.9   Taburan Responden Mengikut Peratus, Kekerapan dan Min Bagi
      Pengaruh Iklim Sekolah                                          56
4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus, Kekerapan dan Min Bagi
      Pengaruh Latar Belakang Keluarga                                58
4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus, Kekerapan dan Min Bagi
      Pengaruh Rakan Sebaya                                           60
4.12 Taburan Responden Mengikut Peratus, Kekerapan dan Min Bagi
      PengaruhMedia Massa                                             62
                                                        xiii




                               SENARAI RAJAH




NO. RAJAH                            TAJUK     MUKA SURAT


3.0 Carta Alir Pengendalian Kajian                 46
5.0 Carta Pai Bagi Keseluruhan Kajian              65
                                                                      xiv




                             SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN                             TAJUK                   MUKA SURAT


A   Analisis Profil Responden                                   83
B   Analisis Hubungan Responden Dengan Iklim Sekolah            86
C   Analisis Hubungan Responden Dengan Keluarga                 88
D   Analisis Hubungan Responden Dengan Rakan Sebaya             90
E   Analisis Hubungan Responden Dengan Media Massa              92
F   Soal Selidik                                                94
G   Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh
    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
    Kementerian Pelajaran Malaysia                              101
H   Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh
    Jabatan Pelajaran Negeri Johor                              103
                                         BAB I




                                   PENDAHULUAN




1.1   Pengenalan




      Krisis masalah remaja kini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah telah
dan sedang diambil untuk membenteras kegiatan tidak sihat ini di kalangan remaja.
Kerosakan akhlak dan kejadian salah laku di kalangan remaja atau pelajar di negara kita
terus meruncing dan meningkat setiap tahun. Apa akan berlaku kepada generasi warisan
akan datang jika remaja hari ini terus hanyut dibawa arus masalah akhlak seperti
membunuh, melepak, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, mengamalkan seks bebas,
membuang bayi, melakukan jenayah juvana, lari dari rumah, berkelakuan lucah, menjadi
bohsia atau bohjan, meminum arak, mengunjungi disko, membuli, merokok dan lain-lain
lagi yang kian merebak dalam masyarakat kita?




      Dalam keghairahan mengejar status negara maju pada tahun 2020 tidak dapat
dinafikan arus globalisasi yang melanda telah kesan kepada kehidupan masyarakat,
termasuklah potensinya dalam merosakkan akhlak anak-anak muda sekali gus menggugat
kestabilan dan kecemerlangan bangsa. Gejala-gejala seperti keruntuhan akhlak, rapuhnya
pegangan agama, krisis jiwa yang membajai gejala tidak bermoral seperti rogol dan
                                                                                          2

pelbagai lagi jenis jenayah yang sedia dimaklumi mungkin berpunca daripada kurangnya
penghayatan nialai-nilai agama dan krisis rumah tangga serta ketidakpekaan ibu bapa
terhadap masalah persekitaran yang mengancam jiwa anak-anak mereka.




      Natijah daripada masalah ini telah menjadi “duri dalam daging” atau “api dalam
sekam” yang akan meruntuhkan tamadun kemanusiaan dan memundurkan masyarakat
serta negara. Apabila ini berlaku , masyarakat menuding jari sesama sendiri. Masing-
masing cuba melepaskan diri dan mensabitkan kesalahan kepada orang lain. Fenomena
ini tidak akan berkesudahan seandainya semua pihak (ibu bapa, kerajaan , sekolah,
masayarakat dan seumpamanya), tidak membuka mata dan membuat kajian terperinci
tentang punca masalah serta mengambil inisiatif untuk merawat “penyakit masyarakat”
yang kian parah ini.




     Tanggal 28 Julai 2005 yang lalu, Muhamad Nooraidil seorang pelajar tingkatan tiga
yang dianggap mulut celupar oleh pelajar senior telah dibelasah di tepi bilik darjahnya, di
salah sebuah sekolah menengah di Senai. Beliau dimasukkan ke Hospital Kulai selepas
pengsan akibat ditumbuk, dipijak dan ditendang oleh lima pelajar senior. Difahamkan
bahawa mangsa mengalami kecederaan yang serius dalam badan menyebabkan pelajar
terbabit tidak dapat berdiri (Harian Metro, 30 Julai 2005).




     Sememangnya masalah sosial yang dilakukan oleh kaum remaja sekarang amat
membimbangkan pelbagai pihak, baik ibu bapa, pemimpin politik, pendidik, ketua
masyarakat mahu pun pihak polis. Ini jelas terbukti apabila saban hari terpampang di
dada akhbar dan majalah mengenai gejala-gejala yang tidak sihat di kalangan remaja
seperti penagihan dadah, pelacuran, pecah rumah, mencuri, merogol, bergaduh, lari dari
rumah, lepak, ponteng sekolah, bohsia dan bohjan. Didapati bilangan remaja yang
terbabit dalam kes seumpama itu meningkat dari semasa ke semasa. Contohnya, menurut
satu kajian oleh sebuah universiti tempatan ke atas 6,110 remaja yang berusia antara 12
                                                                                        3

hingga 25 tahun yang ditemui berkelirian dan melepak di pusat-pusat membeli-belah,
panggung wayang, perhentian bas dan gerai-gerai jualan, didapati 70% merokok, 40%
menonton video lucah, 28% berjudi, 25% meminum meinuman keras, 14% mengambil
dadah, dan 18% mengadakan hubungan seks bebas (The Star, 11 Disember 1994).
Laporan akhbar berkenaan juga mejelaskan bahawa remaja terlibat bukan sahaja terdiri
daripada remaja yang sudah bekerja tetapi juga yang masih menuntut di bangku sekolah
lagi.




        Selain itu, dalam kajian melepak 1994, ada meyebutkan beberapa punca remaja
lepak. Antaranya ada hubung kait dengan ketidak prihatinan atau kurang pengawasan ibu
bapa sehingga anak-anak remaja mereka boleh keluar melepak. Oleh kerana tidak ada
aktiviti di rumah (50.9%), ibu bapa yang tidak ambil peduli untuk melarang anak-
anaknya keluar (47.3%), keadaan di rumah tidak ada privacy langsung (33.3%), suasana
di rumah bising (31.8%), dan keadaan rumah yang amat sempit (24.2%) menjadi punca
mereka itu keluar melepak. Seharusnya ibu bapa dapat mengenal siapakah rakan anak-
anaknya dan ke mana mereka itu sering berkunjung, dan apakah minat serta kegemaran
mereka secara terperinci.




        Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis (PPJP),Yaakub Ismail, Ketua Polis Daerah
Ulu Langat, pembabitan remaja dalam jenayah banyak disebabkan oleh faktor rakan
sebaya, persekitaran dan sosio-ekonomi keluarga (Utusan Malaysia, 12 Ogos 1994).
Tambahan lagi, menurut Abdul Rashid Abdul Rahman (1995), Timbalan Penguasa Polis
Polis Cawangan Penyelidik Bukit Aman, Kuala Lumpur, menyatakan bahawa dua
daripada faktor penolak (push factor) yang mendorong para remaja melakukan jenayah
ialah faktor pergeseran atau pertelingkahan yang berlaku antara anak dengan ibu bapa
atau keluarga, dan faktor ketidakharmonian hubungan ibu dan bapa dan lebih buruk lagi
apabila berlaku penceraian.
                                                                                     4

     Ketelusan dalam membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial
semua pihak daripada seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan kerjasama
yang padu di kalangan anggota masyaraakat. Dengan komitmen, kesungguhan dan
keikhlasan semua pihak, gejala ini dapat ditangani dengan sebaiknya tanpa
membebankan mana-mana pihak. Justeru, pengkaji terpanggil untuk mengkaji sejauh
manakah penglibatan pelajar Melayu sekolah menengah dalam gejala sosial di Sekolah
Menengah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru.




1.2 Latar Belakang Masalah




    Menurut Kementerian Belia dan Sukan generasi muda merupakan golongan terbesar
penduduk negara di mana pada tahun 1990, 42.39% atau 7.6 juta penduduk berumur
antara 15 hingga 39 tahun, manakala menjelang abad ke-21, kira-kira 60% penduduk
negara adalah terdiri golongan belia (Dewan Siswa, 1998).




      Remaja merupakan harta (aset) dan khazanah negara yang paling istimewa,
berharga dan bernilai. Sejak akhir-akhir ini, berbagai pihak mulai menaruh kebimbangan
tentang keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Remaja hari ni merupakan tulang
belakang negara dan penyumbang generasi akan datang, bakal pemimpin agama,
masyarakat dan negara. Oleh itu, jika rosak remaja rosaklah sesebuah negara
sebagaimana pepatah Melayu mengatakan, “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara.”




    Ann, Wan Seng, pensyarah Jabatan Antopologi dan Sosiologi, Universiti Malaya,
menyifatkan remaja sebagai golongan yang mengalami tranformasi budaya dan sedang
                                                                                         5

mencari identiti diri. Mereka merupakan golongan yang melalui peringkat kritikal
perubahan diri dari segi mental dan fizikal. Perubahan dari alam kanak-kanak ke alam
dewasa merupakan masa yang mengelirukan remaja. Pelbagai fenomena yang ganjil
menghujani mental dan fizikal mereka dan para remaja menghadapi tekanan ini dengan
bersifat memberontak yang merupakan salah satu faktor pemangkin kepada timbulnya
pelbagai masalah displin para pelajar di sekolah khususnya.




    Lazimnya, masalah displin di kalangan pelajar sekolah banyak berkisar di sekitar
kenakalan mereka merosakkkan harta benda awam (vandalisme), ponteng sekolah,
ponteng kelas, merokok, melepak dan sebagainya.




    Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh San Bernadino (California)
district attorney’s office, 78% daripada banduan memiliki rekod ponteng ketika di
bangku sekolah. Kebanyakan penjenayah remaja yang ditahan pernah terbabit dengan
kesalahan ponteng sekolah,pecah rumah, mencuri kenderaan, dan menyamun. Kaki
ponteng didapati lebih mudah terlibat dengan masalah yang berkaitan dengan dadah,
minuman keras, kumpulan samseng, dan keganasan. 67% daripada pelajar yang ponteng
didapati positif apabila dilakukan ujian air kencing, yang membuktikan mereka
mengambil dadah. 57% daripada masalah jenayah keganasan yang membabitkan remaja
didapati berlaku pada hari dan waktu persekolahan.




    Kajian seterusnya mendapati bahawa terdapat korelasi atau perkaitan antara ponteng
dengan kadar jenayah yang berlaku pada waktu siang dan yang membabitkan pelajar.
Oleh itu, ponteng memang satu masalah yang serius. Orang yang bijak akan melihat
masalah ini sebagai masalah yang rencam, kompleks, dan melibatkan pelbagai faktor
kemanusiaan seperti ibu bapa, guru, rakan sebaya, dan masyarakat umum, serta faktor
bukan manusia seperti sistem pendidikan itu sendiri, kemajuan sains dan teknologi, dan
sebagainya. Semua pihak perlu bersemuka dan berbincang untuk mendapatkan sebanyak
                                                                                            6

mungkin alasan untuk pelajar kaki ponteng kembali semula ke sekolah seperti biasa
(Pendidik, Januari-Februari 2005).




     Haruslah disedari bahawa isu displin pelajar yang dipaparkan di dalam keratan
akhbar terutama masalah sosisal di kalangan pelajar adalah berpunca daripada hubungan
ibu bapa dan remaja. Pertentangan pendapat antara remaja dan ibu bapa timbul apabila
kedua pihak ini cuba mempertahankan kebenaran masing-masing.




     Walaupun kita lihat masalah-masalah sosial yang terjadi di kalangan remaja itu
dilakukan atas kehendak dan dorongan peribadi individu itu sendiri, namun kita jangan
lupa bahawa dalam zaman remaja ini mereka itu memerlukan penjagaan,, pengawasan
dan pendidikan yang rapi daripada pihak ibu bapanya mahupun pihak sekolah dan
masyarakat setempat. Ibu bapa atau penjaga memainkan peranan penting dalam
membentuk pertumbuhan seseorang anak remaja itu. Kasih sayang, penjagaan yang rapi,
memberikan perhatian, suka mengambil tahu, dan bergaul mesra dengan anak-anak
remajanya akan membibitkan suasana kekeluargaan yang harmoni. Justeru itu remaja
tidak keluar rumah, terbiar hingga menjadi liar.




     Perangkaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, memperlihatkan bahawa
kejadian-kejadian salah laku, menyimpang dan juvana di kalangan remaja bukan terdiri
daripada golongan mereka yang datang daripada keluarga di mana kedua-duanya orang
tuanya bekerja. Jika ini terjadi bolehlah dikatakan akibat tidak ada atau kurang penjagan
ibu bapa. Tetapi yang banyak terjadi ialah di kalangan keluarga yang hanya salah seorang
daripada orang tuanya bekerja. Ini bererti masih ada ibu atau bapa atau penjaga di rumah
yang seharusnya memerhati dan menjaga anak-anak mereka.
                                                                                        7

    Inilah cabaran-cabaran yang bakal dan sedang dihadapi oleh ibu bapa dalam
merangka pembangunan anak-anak dari aspek intelek, emosi dan spiritual mereka.
Keluarga adalah proses petama pertama kepada pembentukan masyarakat dan negara.
Sebagai institusi asas, maka ia perlu diperkasakan dengan pelbagai penguasaan khasnya
daripada displin ilmu dan pendidikan. Prinsip bersepadu yang menekankan kepada
keselarasan ilmu, kemahiran dan sikap positif dalam menangani masalah dengan
mengambil iktibar daripada pengalaman orang lain amat berguna dan merupakan rencah
utama dalam menyediakan sebuah menu kejayaan yang gemilang




    Justeru itu, dasar pendidikan telah digubal dan disesuaikan dari semasa ke semasa
untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan semasa akan
datang. Ia dapat dibuktikan menerusi falsafah pendidikan negara dalam melahirkan
individu yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah
(JERIS). Sehubungan itu, konsep dan proses pendidikan mestilah merangkumi aspek
intelek, jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.




    Berdasarkan laporan yang didedahkan oleh akhbar tempatan sepanjang tahun 1997-
2004, menunjukkan bahawa generasi penerus negara ini mengalami masalah keruntuhan
akhlak pada peringkat yang serius. Ini disebabkan, remaja dan pelajar sudah berani
menganggotai kongsi gelap, melakukan peras ugut, menyamun, merogol dan membunuh.




    Berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (1998) didapati sebanyak 67%
masalah gejala sosial membabitkan remaja Melayu, berbanding hanya 16% remaja Cina.
Menurut jurucakap Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, golongan remaja yang terlibat
dengan jenayah adalah dalam lingkungan usia 10 hingga 18 tahun, yang manaia
membabitkan kes bunuh, serangan dengan niat membunuh, pecah rumah, mencuri
kenderaan bermotor, menculik dan memukul. Jelaslah kini bahawa, situasi ini adalah
sesuatu yang mendukacitakan kerana ia meledak di saat negara menunjukkan prestasi
                                                                                          8

yang menggalakkan dari segi ekonomi dan peningkatan teknologi. Di kala negara ghairah
menuju era globalisasi yang lebih mantap dan maju, remaja yang diharapkan menjadi
pelapis pembangunan negara, rapuh rohani dan mental sehingga terdorong melakukan
pelbagai jenayah.




         Menurut Robert Hamly (1997), perangkaan pihak polis menunjukkan bahawa
para remaja yang ditangkap oleh pihak polis kerana melakukan pelbagai kesalahan
jenayah telah meningkat setiap tahun dan daripada perangkaan itu juga, remaja lelaki
Melayu telah dikenalpasti sebagai golongan paling ramai terlibat dengan kes juvana dari
tahun 1993 hingga Mac 1996. Stastik juga menunjukkan daripada jumlah keseluruhan
9,505 kes juvana yang disahkan, sebanyak 5, 437 melibatkan lelaki Melayu dan ditahan
di pusat-pusat pemulihan. Manakala bagi golongan remaja perempuan, bangsa Melayu
paling ramai berbanding bangsa lain yang ditahan melibatkan kes juvana.




    Di samping itu, masalah gadis bawah umur yang terbabit dalam pelacuran dan
bertugas sebagai pegawai perhubungan pelanggan atau Guest Relation Officer (GRO)
semakin membimbangkan. Penolong Pengarah Bahagian Maksiat Bukit Aman, (PPJP)
Jamaludin Arshad, beberapa faktor utama gadis-gadis terbabit terjebak dengan kerjaya ini
telah diselamatkan sepanjang tempoh Januari hingga Ogos 2003 di seluruh negara.
Daripada jumlah yang ditangkap, seramai 80 orang berbangsa Melayu, 48 orang
bebangsa Cina dan 9 orang terdiri daripada bangsa-bangsa lain (Dewan Siswa, 1998).




    Cabaran yang dihadapi oleh individu, sekolah dan ibu bapa kontemporari ialah yang
terbaik untuk mengekalkan hubungan yang sihat dan menjamin anak-anak menjadi
seorang yang berdaya saing dan mampu melahirkan masyarakat bertamadun serta negara
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
                                                                                      9



1.3 Penyataan Masalah




    Gejala sosial bukan sahaja berlaku di tempat awam, tetapi juga di tempat yang
mementingkan dispilin seperti di sekolah. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui
faktor-faktor yang mendorong pelajar Melayu dalam masalah gejala sosial di sekolah
menengah di sekitar bandaraya Johor Bahru. Memandangkan gejala ini telah merebak di
sekolah-sekolah menengah di sekitar bandaraya ini, penyelidik merasakan perlunya
dijalankan kajian dan penyelidikan mengenai permasalahan ini dibuat salah sebuah
sekolah menengah di sini, di mana ke-kes salahlaku ini ketara berlaku.




     Oleh itu, dapatan daripada penyelidikan diharapkan dapat membantu pihak sekolah ,
ibu bapa atau penjaga mengetahui sejauh manakah faktor-faktor yang menyebabkan
penglibatan remaja sehingga berlakunya gejala sosial di kalangan pelajar sekolah
menengah dan hubungannya dengan beberapa pembolehubah seperti iklim sekolah, latar
belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya dan media massa.




1.4 Objektif Kajian




     Bagi memudahkan perlaksanaan kajian ini, empat faktor utama telah ditentukan
untuk mengkaji faktor-faktor pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Bahru, Johor
Bahru dalam penglibatan gejala sosial. 4 objektif yang dipilih adalah:
                                                                                        10

    i.      Mengenalpasti iklim sekolah di mana gejala sosial ini berlaku.




    ii.     Mengenalpasti latar belakang keluarga pelajar yang terlibat dengan gejala
            sosial.




    iii.    Mengenalpasti pengaruh rakan sebaya pelajar yang terlibat dengan gejala
            sosial.




    iv.     Mengenalpasti pengaruh media massa yang mendorong pelajar terlibat
            dengan gejala sosial.




1.5 Persoalan Kajian




    Di dalam kajian ini, penyelidik mempunyai 4 persoalan untuk dikaji. Persoalan-
persoalan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:




    i.     Adakah iklim sekolah yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam gejala
           sosial?




    ii.    Adakah latar belakang keluarga menyumbang kepada penglibatan pelajar
           dalam gejala sosial?
                                                                                      11



   iii.    Adakah pengaruh rakan sebaya mendorong pelajar terlibat dalam gejala
           sosial?




   iv.     Adakah pengaruh media massa mendorong pelajar terlibat dalam gejala
           sosial?




1.6 Kepentingan Kajian




    Masalah gejala sosial ini mesti dibendung sebelum ia meluas ke tahap yang lebih
    membimbangkan dan boleh menjejaskan aspirasi rakyat dan negara. Kajian ini
    diharapkan dapat dimanfaatkan oleh:-


    i.     Kementerian Pelajaran, agar dapat membuat perancangan untuk
           pembangunan iklim sekolah ke arah peningkatan displin bagi membendung
           masalah salah laku pelajar.




    ii.    Pihak sekolah yang terdiri daripada pihak pentadbiran dan guru sendiri,
           dalam memahami dan mengetahui sebab-sebab berlakunya gejala salah laku
           dan memikirkan langkah-langkah wajar dan berkesan agar masalah ini dapat
           dibendung.




    iii.   Ibu bapa, dalam membantu mengawal anak-anak mereka daripada terlibat
           dengan gejala sosial.

								
To top