TAJUK KAJIAN KES

Document Sample
TAJUK KAJIAN KES Powered By Docstoc
					                          TAJUK: KAJIAN KES
      PROSES KEPULIHAN DENGAN BANTUAN RANCANGAN
                           PEMULIHAN KLIEN


1.0   PENGENALAN
‟Dadah Musuh Utama Negara‟, telah diisytiharkan oleh Jawatankuasa Kabinet
Antidadah negara kita, pada 28 Februari 1983. Permasalahan penyalahgunaan
dan penggunaan dadah telah merebak dengan luas sehingga kini, malah wujud
nama-nama baru dadah yang sedang dan telah mendapat perhatian semua
golongan masyarakat kita. Bukan sekadar di negara kita sahaja, tetapi secara
global, menular begitu cepat tanpa mengira bangsa, usia, jantina, agama, taraf
pendidikan dan status pekerjaan.

       Pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin
bertambah menyebabkan permasalahan dadah menjadi terlalu serius. Keadaan
ini menyebabkan remaja dan kanak-kanak sekolah sentiasa terdedah serta
berada dalam keadaan berisiko untuk turut terbabit selain daripada golongan
orang tua dan dewasa.

      Mengikut laporan statistik Agensi Anti dadah Kebangsaan (2007), terdapat
seramai 14,489 penagih (6,679 penagih baru dan 7,810 penagih berulang) di
negara kita. Angka ini menunjukkan bahawa penyalahgunaan dadah telah
menular ke dalam sistem masyarakat negara ini dengan begitu cepat dan
semakin ramai yang terpengaruh dalam penyalahgunaan dadah. Purata penagih
mengikut bulanan adalah seramai 1,207 dan bagi harian ialah seramai 40 orang.

       Di Agensi Anti dadah Kebangsaan Daerah Ampang sahaja terdapat
sebanyak 441 kes pengawasan iaitu melibatkan 419 orang lelaki dan 31 orang
perempuan. Terbukti bahawa penyalahgunaan dan penggunaan dadah di negara
kita semakin membimbangkan dan merisaukan semua pihak terutamanya di
kalangan ibu bapa.

       Persoalannya   yang timbul, mengapa ancaman dadah ini semakin
berleluasa dan menjadi popular di kalangan masyarakat tidak kira yang tua atau
yang muda? Adakah semua lapisan masyarakat kita sudah mengenal apakah itu
dadah, bagaimanakah rupa dadah itu, apakah yang menyebabkan seseorang itu
menyalahguna atau mengguna dadah,          apakah kebaikan dan keburukan
mengambil dadah?.

         Abdul Ghafar Taib (1995) mendefinasikan dadah sebagai bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani
(fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila
digunakan. Akibatnya seseorang yang menggunakan         dadah akan terus


                                                                            1
bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Penagih
sanggup menggadaikan maruah serta menghambakan diri kepada sesiapa
sahaja dalam sebarang keadaan asalkan bekalan dadah yang diingini diperolehi
mereka. Dengan perkataan lain, penyalahguna dadah boleh mendatangkan
maut.

       George (1990) menyatakan dadah merupakan bahan kimia psikoaktif
yang digunakan bukan untuk tujuan perubatan. Tetapi, untuk kegunaan yang
dilarang. Bahan-bahan ini menyebabkan pergantungan secara fizikal dan
psikologikal serta toleransi yang meningkat. Penggunaan dadah mengakibatkan
kesan buruk kepada kesihatan diri, menjejaskan keharmonian struktur keluarga,
masyarakat dan negara. Takrif bahan ini tidak meliputi alkohol, tembakau dan
bahan inhalan.

      Kesimpulannya, dadah adalah bahan kimia yang boleh mengakibatkan
seseorang individu itu tidak boleh berfikir atau membuat pertimbangan yang
digunakan secara berlebihan hanya untuk mendapatkan kesan ”high” atau
keseronokan.

       Setiap jenis dadah mempunyai keistimewaannya tersendiri, dengan
pelbagai jenis rupa bentuk, nama, warna, ciri dan kesan kepada pengambilnya.
Jenis-jenis dadah pada masa kini telah ditingkatkan perubahan mengikut
teknologi.

      Pada umumnya dadah terbahagi kepada lima jenis kategori:
Bil         Dadah            Jenis Dadah                Kegunaan
1 Opiat                   narkotik            Meningkatkan               rasa
    (Heroin,      Codein,                     keseronokan               yang
    Morfin, Candu                             keterlaluan
2 Depresen                penenang            Ketenangan buat sementara
    (Barbiturat,                              waktu      akibat     daripada
    Tranquilizer,                             pelbagai masalah
    Benzodiazepine,)
3 Kanabis                 khayalan            Memperoleh khayalan yang
    (Ganja, Hashish)                          melampau
4 Stimulan                perangsang          Meningkatkan daya kekuatan
    (Amfetamin, kokein,                       diri untuk tujuan tertentu dan
    Syabu)                                    selalu disalah gunakan oleh
                                              pelajar      ketika     musim
                                              peperiksaan
5 Halusinogen             Khayalan/halusinasi Memperoleh khayalan yang
    (LSD, Meskalin, PCP)                      melampau dan delusi


      Pada kebiasaannya, individu yang menyalahguna atau mengguna dadah
kerana didorong oleh beberapa faktor. Berdasarkan kepada temu bual dengan


                                                                           2
penagih-penagih dadah, mereka memberikan pelbagai faktor mereka terlibat
dengan penyalahgunaan dadah. Diantaranya ialah :

      1. Pengaruh kawan atau rakan sebaya
      2. Mata pelajaran di sekolah terlalu susah
      3. Pencapaian peperiksaan tidak baik
      4. Guru terlalu garang
      5. Keluarga yang berpecah belah
      6. Ibu bapa bercerai
      7. Terlalu banyak masalah dalam kehidupan
      8. Tekanan daripada ibu bapa agar cemerlang
      9. Mudah mendapat bekalan dadah
      10. Banyak dadah disekeliling kehidupan
      11. Semua kawan menggunakan dadah
      12. Ibu bapa menggunakan dadah
      13. Tidak tahu dadah boleh membawa ketagih
      14. Tidak merasa kesan negatif di peringkat awal penggunaan
      15. Tidak percaya diri akan jadi penagih
      16. Ingin mengulangi kesan nikmat penggunaan dadah
      17. Tiada sesiapa bersikap ambil tahu terhadap yang dilakukan oleh diri
      18. Membalas dendam kepada ibu bapa yang tidak mempedulikan dirinya
      19. Untuk mencapai keseronokan.

Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai kaedah dalam usaha membanteras
penyalahgunaan dadah. Usaha-usaha telah dilakukan secara menyeluruh
melibatkan pelbagai pihak, namun usaha masih diteruskan bagi mencapai hasrat
negara bebas daripada dadah menjelang tahun 2015.

Dalam memenuhi hasrat negara kita ini, rawatan dan pemulihan dijalankan untuk
penagih-penagih yang ditangkap dan didaftarkan dibawah Agensi Anti Dadah
Kebangsaan. Penagih-penagih dadah dihantar ke Pusat Serenti atau diletakkan
dibawah pengawasan AADK mengikut hukuman yang dijatuhkan ke atas
mereka. Salah satu daripada elemen yang digunakan dalam proses rawatan dan
pemulihan seseorang penagih ialah dengan melaksanakan Rancangan
Pemulihan Klien. Pelbagai kaedah dan teknik digunakan dalam proses
pemulihan ini seperti dengan memberi semangat untuk berubah, kemahiran
mengurus diri semasa mengendalikan sesi kaunseling dan banyak lagi.
Rancangan Pemulihan Klien (RPK)

Rancangan Pemulihan Klien ialah rancangan dirangka khusus                untuk
memulihkan setiap klien berasaskan kepada perkara/isu/masalah-masalah yang
berkaitan dengan penagihan, matlamat yang hendak dicapai bagi setiap masalah
tersebut. Strategi intervensi atau teknik terapi yang digunakan untuk mencapai
matlamat yang ditentukan dan jangkamasa pencapaian setiap matlamat yang
ditetapkan.




                                                                                3
Oleh kerana setiap klien mempunyai latarbelakang dan masalah yang berbeza-
beza dan unik, rancangan pemulihan pasti berbeza diantara seorang klien
dengan klien yang lain. Ciri-ciri tersebut hendaklah diambil kira sebelum
rancangan pemulihan itu disediakan.

Tujuan kajian yang telah dijalankan oleh saya untuk internship 3 ini adalah
tentang penggunaan Rancangan Pemulihan Klien dalam proses memulihkan
seseorang penagih dadah. Dalam kajian ini bolehlah kita melihat bagaimana
Rancangan Pemulihan Klien (RPK) itu dirancang dan diaplikasi untuk seorang
peserta Program Methadone.

2.0    PROFIL KES
Maklumat Peribadi


      Nama subjek                      : MHR
      No: KP                           : 671025-0705357
      Umur                             : 42 tahun
      Jantina                          : lelaki
      Bangsa                           : Melayu
      Agama                            : Islam
      Tarikh lahir                     : 25 Oktober 1967
      Tempat lahir                     : Georgetown, Pulau Pinang.
      Alamat rumah                     : Keramat Permai (keluarganya)
                          *Alamat rumah sendiri, tempat tinggal isteri dan anak-
                          anak disulitkan atas permintaan subjek.
      Status                           : Berkahwin
      Tinggal dengan                   : Ibu bapa dan 2 orang adik
      Pekerjaan sekarang               : Mekanik di Cheh Automobile Motor
      Pekerjaan dahulu                 : Mekanik How Lee Motor di Sg. Besi
      Cita-cita                        : Buka bengkel motor sendiri
      Hobi                             : Mengubahsuai kereta.
      Pengalaman paling teruk          : Kegianan
      Pengalaman manis                 : Ke Australia

Maklumat Keluarga

Bapa
      Nama                             : Rhazali (nama samaran)
      Pekerjaan                        : Pesara (KTM)
      Umur                             : 83 tahun
Ibu
      Nama                             : Pn. Aisyah (nama samaran)
      Pekerjaan                        : tiada
      Umur                             : 73 tahun


                                                                               4
Adik beradik
    Abang sulong            : Mohd S , 47 tahun, berkahwin dan
                               mempunyai 3 orang anak, mempunyai kedai
                               printing sendiri dan menetap di Taman
                               Melawati, Selangor.
    Abang ke 2              : Mohd. A, 45 tahun, bekerja sebagai seorang
                               kerani di Plaza Damansara, berkahwin dan
                               mempunyai 2 orang anak, dan menetap di
                               Keramat Permai.
    Abang Ke3               : Mohd. R, 43 tahun, masih bujang,
                               mempunyai kedai makan di Plaza Pudu dan
                               tinggal bersama ibu bapa di Keramat Permai.
    Subjek                  : MHR (Klien)
    Adik perempuan          : Suria (nama samaran), 38 tahun, masih
                               bujang, menolong abang uruskan kedai
                               makan, menetap dengan ibu bapa.
    Adik lelaki             : Mohd N, meninggal dunia semasa berumur
                               17 tahun.
    Adik angkat perempuan   : Norin (nama samaran), 18 tahun, sedang
                                belajar di Kolej Unikop, tinggal bersama ibu
                                bapa.

Isteri
     Nama                   : Faridah (nama samaran)
     Pekerjaan              : Tiada
     Umur                   : 42 tahun


Anak-anak

    Anak pertama            : Perempuan, 13 tahun, belajar di SMK
                               Seksyen 1, Puchong
    Anak kedua              : Perempuan, 11 tahun, belajar di SRK
                               Puchong.
    Anak ketiga             : Lelaki, 8 tahun, belajar di SRK Puchong.


Maklumat Persekolahan

Sekolah Rendah               : SR Brickfield ( 7-12 tahun)
Sekolah Menengah             : SM Hamid Khan, Perak, SM Tunku Abdul
                               Rahman, Gemas
Akademik lain                : Penilaian Darjah 5 ( tak ingat)
                             : SRP Agregred 32
                             : SPM SAP ( Kredit lukisan sahaja)
Pendidikan Agama             : belajar sendiri



                                                                           5
Lain-lain                       : Sijil - Institusi Teknologi of Engineering – di
                                  Rawang (3 tahun)


Maklumat Asal-usul

Subjek dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang, kampung ibu bapanya. Beliau
lahir secara normal dengan bantuan bidan ( hasil temuduga daripada ibu klien).
Klien telah dibesarkan di situ selama 5 tahun. Sehinggalah ayahnya ditukarkan
atas sebab kenaikan pangkat , beliau bersama keluarganya telah berpindah ke
Prai. Beliau bersama keluarganya menetap di Prai selama 2 tahun dan
berpindah ke Bangsar pada tahun 1974 iaitu klien berumur 7 tahun dan mulakan
alam persekolahannya di SR Brickfield, Kuala Lumpur.

       MHR (Klien) menyambung alam persekolahan di tingkatan satu di Gemas,
Negeri Sembilan, berpindah atas sebab keperluan perkhidmatan Keretapi Tanah
Melayu, Malaysia. Selepas menduduki peperiksaan SPM, beliau duduk di rumah
untuk setahun dan mula menyambung belajar di Institute Of Engineering selama
3 tahun di Rawang. Semasa beliau sedang mengikuti pelajarannya, keluarganya
telah berpindah ke Tapah, Perak untuk 2 tahun.

    Sehinggalah pada tahun 1986, keluarganya telah membeli sebuah rumah di ,
Keramat Permai, Selangor. Keluarganya masih menetap di situ. Klien berulang
alik dari Keramat ke Sg. Besi semasa beliau bekerja di Bengkel How Lee
sebagai seorang Mekanik. Di sinilah bermulanya sejarah penagihan.

       MHR berkahwin semasa beliau berumur 25 tahun, beberapa bulan
selepas melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah secara tidak aktif. Gadis
pilihannya sendiri dan telah berkahwin tanpa beliau tahu yang pasangannya
merupakan seorang penyalahguna dadah. Kini keluarga beliau sendiri menetap
di Puchong, Selangor di mana isterinya membeli rumah tersebut semasa beliau
berada dalam penjara. Walaubagaimanapun Klien tidak dibenarkan menetap di
Puchong atas sebab masih dibawah pengawasan Agensi Anti dadah
Kebangsaan Daerah Ampang.

Permasalahan Sosial

Pada umumnya klien merupakan seorang yang suka melibatkan diri alam
kegiatan sosial seperti pergi di Kelab Malam, melepak dengan rakan-rakan, suka
keluar dengan gadis-gadis , menari bersama mereka dan mencuba sesuatu yang
baru bermotifkan keseronokan.

      Klien mula terlibat semasa beliau berada di Rawang, keluar bersama
rakan-rakan sekursus ke Kelab Malam dan mula menjinakkan diri dengan
alkohol di situ. Selepas menghabiskan kursusnya di Rawang beliau mula bekerja
sebagai seorang mekanik di How Lee Motor, Sg. Besi. Di situ klien mempunyai



                                                                                    6
ramai rakan yang sefikiran iaitu hidup untuk bersuka ria. Beliau kerap ke Kelab
Malam di Kuala Lumpur di mana beliau menyatakan yang beliau pernah
menunggu gadis-gadis dari ITM untuk keluar malam bersama secara sukarela.
Mengambil alkohol, heroin dan merokok, menjadi aktiviti bersuka ria hampir
setiap hujung minggu. Beliau juga kerap ke snooker centre, tempat dimana mula
berkenalan dengan pusher-pusher.

Di Keramat pula, klien mempunyai sekumpulan rakan-rakan yang juga
melibatkan diri dalam penagihan dimana logi air di taman berhampiran dijadikan
sebagai „Port‟ untuk mereka menagih. Sehinggalah pihak polis membuat operasi
di kawasan tersebut dan ditangkap atas kesalahan memliki dadah pada tahun.

3.0    KRONOLOGI SEJARAH PENAGIHAN

MHR (klien) telah mula melibatkan diri dalam bahan pembuka jalan iaitu nikotin
pada umur 16 tahun iaitu semasa di tingkatan 4. Mengikut klien dia teringin nak
merokok kerana pengaruh kawan. Perkongsian pengalaman tentang
keseronokan menghisap rokok menyebabkan klien ingin merokok bersama.
Beliau pernah melihat bapa saudaranya mengambil dadah secara inhalasi
semasa beliau berumur 15 tahun dan pernah terfikir akan rasa dadah. Pada
masa itu klien tidak berapa tahu tentang keburukan pengambilan dadah.

       Semasa MHR berumur 19 tahun iaitu semasa mengikuti kursus
kemahiran kimpalan di Institute Of Engineering, Rawang, beliau diperkenalkan
dengan dadah jenis ganja. Dadah ini diambil dengan digulung dan dihisap
seperti seperti rokok. MHR turut mengambil alkohol terutamanya semasa berada
di kelab malam hampir setiap hujung minggu. Beliau menyatakan keinginan
untuk mendapatkan keseronokan tercapai.

       Tamat kursus selama 3 tahun telah membolehkan klien memohon
mendapatkan kerja di sebuah bengkel motor di Sg. Besi. Gaji yang lumayan dan
lokasi dekat dengan kawasan untuk berseronok telah mendorong MHR untuk
kerap ke kelab malam. Pertemuan dengan rakan-rakan setaman pula
menyebabkan beliau kerap ke ‟port‟ (logi air) untuk menjalankan aktiviti tanpa
pengetahuan ibu bapa. Heroin diperkenalkan oleh seorang rakan semasa beliau
berkerja di How Lee, Sg. Besi. Rakannya telah memberi amaran juga supaya
jangan memandangkan ringan tentang dadah jenis opiat ini. Rasa keseronokan
yang amat sangat menyebabkan MHR ketagih dan menambah dos pengambilan
bila menghadapi ‟tolerance‟. Heroin diambil dengan cara    ‟chase the dragon‟.
Kos perbelanjaan untuk dapatkan heroin pula makin meningkat dari RM 30 ke
RM 50 hingga RM 100 untuk sestraw.

       MHR pernah mencuba dadah jenis syabu dan juga pil-pil penenang
seperti dormicum. Walaubagaimanapun beliau hanya terikat dengan heroin.
Sehinggalah pada suatu hari semasa serbuan polis di hadapan logi, beliau



                                                                             7
ditangkap dan dipenjarakan atas sebab memiliki. Kejadian ini berlaku semasa
beliau berumur 25 tahun dan sudah berumahtangga.

Sejarah Rawatan dan Pemulihan Klien

MHR pernah di masukkan ke Pusat Serenti selepas beliau ditangkap di ‟port‟
oleh pihak polis pada tahun 1995. MHR dijatuhkan hukuman ini atas perintah
mahkamah kerana memasukkan dadah dalam badan. MHR berumur 32 tahun
pada masa itu dan dihantar ke Pusat Serenti Jerantut sehingga tahun 1997
selama 14 bulan.

       Beliau dibebaskan, tetapi masih terikat dengan penagihan sehinggalah
ditangkap sekali lagi di Brickfield pada tahun 1998. Kali ini beliau dipenjarakan di
Penjara Kajang selama 10 bulan semasa berumur 39 tahun. Beliau dihukum atas
sebab memiliki dadah (30a(2)) sehingga tahun 1999.

       Keluarga MHR pernah menghantar klien ke Australia, tinggal bersama
bapa saudaranya untuk cuba memulihkan diri daripada belenggu penagihan ini.
Walaubagaimanapun sekali lagi beliau relaps dan tertangkap pada tahun 2007.
Atas perintah mahkamah, MHR dijatuhkan hukuman di bawah kes pengawasan
AADK selama 2 tahun. Mulai tahun 2007 sehingga kini, MHR masih melaporkan
diri di AADK Ampang dan dengan bantuan pegawai beliau dirujukkan ke
Program Methadone.

      MHR telah mula mengambil methadone di Klinik Sahabat Methadone,
Keramat pada tahun 2007 setelah disyorkan oleh pihak AADK bersama
keluarganya.

4.0   PROFIL PERSONALITI
Sebelum merancang RPK untuk klien, kita perlulah mendapatkan maklumat
tentang latarbelakang psikososial klien dengan mengadakan beberapa sesi
temubual yang secukupnya dan beberapa ujian personaliti. Dalam kajian ini saya
telah menggunakan alat psikometrik Inventori Personaliti Sidek (IPS) dan
Inventori Personaliti Warna (IPW) untuk meneroka lebih dalam lagi tentang
personaliti klien.

           Dapatan Inventori Personaliti Sidek adalah seperti berikut:

                         TRET PERSONALITI             PERATUS
                      Agresif                            60
                      Analitikal                         80
                      Autonomi                           80
                      Bersandar                          70
                      Ekstrovert                         70
                      Intelektual                        60


                                                                                  8
                      Introvert                            60
                      Kepelbagaian                         50
                      Ketahanan                            70
                      Kritik-Diri                          60
                      Mengawal                             50
                      Menolong                             99
                      Sokongan                             60
                      Struktur                             80
                      Pencapaian                           99
                      Kejujuran                            20

Skor tertinggi klien adalah di bahagian:

Analitikal – menunjukkan individu adalah seorang yang sensitif kepada
persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Individu
suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis.

Autonomi – menunjukkan individu sukakan kebebasan sepenuhnya dalam
segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian

Ekstrovert – menunjukkan individu adalah seorang yang sosial. Individu suka
berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak selesa
duduk bersendirian.

Menolong – menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan
untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan serta membuat
kebaikan dan kebajikan kepada orang lain.

Struktur – menunjukkan individu adalah seorang yang suka kepada perkara-
perkara berstruktur, rutin dan terperinci. Individu lebih gemarkan kepada aktiviti
atau kerja-kerja yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan
berulang-ulang.

Pencapaian – menunjukkan individu adalah seorang yang bermotivasi tinggi dan
suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.

Keputusan ujian psikometrik ini menunjukkan bahawa MHR memang mempunyai
kaitan tret personaliti yang boleh menyebabkan beliau terjerumus dalam
penyalahgunaan dadah.


Alat psikometrik kedua yang telah digunakan dalam mengenali personaliti klien
ialah Inventori Personaliti Warna (IPW).

    Interpretasi Inventori Personaliti Warna menunjukkan bahawa skor klien
     paling tinggi 21 dalam warna hijau iaitu:


                                                                                     9
          –    Seorang yang ingin tahu
          –    Seorang yang kompleks, suka berfalsafah
          –    Mempunyai fikiran jauh atau panjang akal
          –    Seorang yang tenang dalam menghadapi apa-apa keputusan
          –    Seorang yang sabar dan berpengetahuan luas.

    Skor kedua tertinggi klien iaitu 18 dalam warna emas iaitu
           - Seorang yang boleh dipercayai,
           - Sifat keibubapaan,
           - Bertanggungjawab,
           - Mengikut peraturan,
           - Berfikiran rasional dan sistematik.

    Skor kedua tertinggi klien iaitu 18 dalam warna biru iaitu
        - seorang yang romantis dan harmoni
        - sifat ketulinan
        - suka bekerjasama
        - seorang yang unik
        - seorang berseni
        - suka berempati
        - setia

Skor IPW turut menunjukkan personaliti klien boleh menjadi salah satu faktor
kepada penyalahgunaan dadah. Sifat-sifat tersebut adalah seperti ingin merasa
keseronokan, nak tahu rasa dadah, tenang menghadapi risiko mengambil dadah,
bekerjasama dengan pusher dan setia dengan rakan kongsi dadah.

5.0 PENGGUNAAN ALAT PENGUKURAN “STAGES OF
   CHANGES” DAN DSM IV
Seseorang penagih dadah perlu melalui proses diagnosis. Setiap klien boleh
diukur tahap kesediaan untuk mengubah dirinya dengan menggunakan alat
psikometrik. Dalam kajian ini ujian diagnosis yang telah dijalankan adalah
dengan menggunakan soal selidik “Stages Of Changes” (SOC) dan DSM IV
bersama-sama dengan sesi temubual. Ujian SOC telah ditadbir berdasarkan
arahan-arahan yang ternyata dalam borang soal selidik (rujuk lampiran)

Keputusan ujian “Stages Of Changes” terhadap MHR adalah seperti berikut:

 BIL          TAHAP                    ITEM                JUMLAH
                                                            SKOR
  1.                      1 + 5 + 11 + 13 + 23 + 26 + 29      12
       Precontemplation




                                                                             10
  2.   Contemplation    2 + 8 + 12 + 15 + 19 + 21 + 24       26


  3.   Action           3 + 7 + 10 + 14 + 17 + 25 + 30       33


  4.   Maintenance      6 + 16 + 18 + 22 + 27 + 28 + 32      27



Merujuk kepada soal selidik “Stages Of Changes”, klien berada di tahap
TINDAKAN.

Tindakan ialah tahap di mana seseorang individu mengubahsuai tingkah laku,
pengalaman atau persekitaran mereka untuk mengatasi masalah yang mereka
hadapi (Prochaska et al.(1992)). Terdapat dua ciri utama individu yang berada
pada tahap ini, iaitu pertama, mereka mempunyai keputusan atau komitmen
untuk berubah yang teguh dan jelas, dan kedua, kehadiran beberapa tingkah
laku aktif yang menggambarkan komitmen perubahan mereka. Fasa tindakan
biasanya adalah bagi tempoh tiga hingga enam bulan. Beberapa kajian yang
dijalankan menunjukkan individu yang berada pada tahap ini mempunyai
perwatakan atau sifat-sifat seperti berikut, iaitu mereka telah memutuskan untuk
membuat perubahan, menunjukkan komitmen teguh untuk berubah, berusaha
mengubah tingkah laku atau persekitaran yang sesuai, menunjukkan motivasi
dan usaha untuk mencapai perubahan tingkah laku, komitted untuk membuat
perubahan dan terlibat dalam proses perubahan, dan bersedia mengikuti strategi
dan aktiviti yang dicadangkan untuk berubah (DiClemente & Hughes, 1990).

       Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan individu yang berada pada
tahap ini mempunyai perwatakan atau sifat-sifat seperti berikut, iaitu mereka
telah memutuskan untuk membuat perubahan, menunjukkan komitmen teguh
untuk berubah, berusaha tingkah laku atau persekitaran yang sesuai,
menunjukkan motivasi dan usaha untuk mencapai perubahan tingkah laku,
komitted untuk membuat perubahan dan terlibat dalam proses perubahan, dan
bersedia mengikuti strategi dan aktiviti yang dicadangkan untuk berubah
(Proshaska & DiClemente, 1992; DiClemente & Hughes, 1990).

       Terdapat 10 proses perubahan yang telah menjadi asas, juga digunakan
bagi menerangkan bagaimana tingkah laku berubah atau berlaku (Prochaska,
DiClemente & Norcross, 1992). Proses-proses ini amat berguna dan membantu
setiap tahap perubahan yang dialami oleh seseorang individu. Menurut Turnbull
(2000), pada tahap tindakan, empat proses utama penting iaitu pembebasan
kendiri, pelaziman semula, pengawalan rangsangan dan pengurusan
peneguhan.

Keputusan Klinikal Diagnosis DSM IV



                                                                             11
MHR telah di diagnosis secara klinikal berasaskan kepada DSM IV dan
keputusannya secara ringkas adalah seperti berikut:
PAKSI 1
- KECELARUAN KLINIKAL
Pertimbangan peranan sama ada keadaan penggunaan bahan tertentu.

(304.00 Kebergantungan Opioid)
- klien mempunyai lebih daripada 3 kriteria kebergantungan pada bahan
„Substance Dependence‟ seperti :
1. Tolerans
2. Withdrawal
3. Sukar mengawal pengambilan methadone

292.0 Opioid Withdrawal
kerana klien mempunyai lebih daripada 4 kriteria kesan tarikan
      1.nausea (loya)
      2.mata berair
      4.berpeluh
      5.insomnia

PAKSI II
Tiada berkaitan

PAKSI III
Tiada berkaitan

PAKSI IV
Masalah Psikososial dan Persekitaran
  - Pernah melihat Pak Cik mengambil dadah
  - Ramai kawan berbeza, kerap berpindah
  - Suka keluar ke kelab malam
  - kurang pantauan ibu bapa semasa di Rawang.

PAKSI V
(GAF)
Penilaian Fungsi Menyeluruh (GAF) 70 - 75
Klien dapat berfungsi secara ke arah hidup normal & hubungan interpersonal
yang bermakna.

    Kedua-dua ujian diagnosis yang telah dijalankan ke atas MHR menunjukkan
klien masih mempunyai kecelaruan kerana masih bergantung kepada
methadone dan tidak mempunyai keyakinan sepenuhnya untuk menghentikan
pengambilan methadone buat sementara ini. Penerokaan masalah ini bukan
sahaja dapat dikenalpasti melalui ujian-ujian yang dijalankan (tidak semua ujian
yang dijalankan adalah 100% menepati kriteria klien) tetapi juga melalui sesi-sesi


                                                                               12
temubual. Selain daripada itu, klien turut mengharapkan dan lebih bergantung
kepada bantuan dan sokongan daripada ahli keluarganya. Masalah yang
diteroka ini telah diperbincangkan bersama klien. Dengan persetujuan klien
Rancangan Pemulihan Klien telah dirangka dan dibina.

6.0    RANCANGAN PEMULIHAN KLIEN
Rancangan pemulihan klien yang telah dipilih dan dibina untuk MHR adalah berasakan
kepada proses-proses perubahan yang berkaitan.

       Proses                                    Definasi
Pembebasan kendiri       Memilih dan komited untuk bertindak dan percaya kepada
                         keupayaan untuk berubah
Pelaziman semula
(counter-conditioning)   Penggantian tingkah laku alternatif terhadap tingkah laku
                         bermasalah
Pengawalan rangsangan

Pengurusan peneguhan     Mengelak atau bertindak terhadap rangsangan tingkah laku
                         bermasalah.

                         Memberi ganjaran kepada diri atau menerima ganjaran dari
                         orang lain kerana membuat perubahan.

        Strategi pemulihan yang berkesan bagi mencapai matlamat pemulihan yang
ditetapkan di tahap Tindakan ialah:
        (Miller & Rollnick, 1991)

       a) bantu penagih menyediakan matlamat
       b) bantu membuat perancangan dan penyelesaian masalah
       c) membantu klien mengenalpasti dan mengatasi halangan-halangan untuk
          berubah.

PERMASALAHAN KLIEN YANG TELAH DIKENALPASTI

   Isu 1      : Klien berada dalam keadaan ragu-ragu untuk berhenti daripada
                mengambil Methadone (kurang keyakinan diri)
   Isu 2      : mengharapkan kerjasama daripada ahli keluarga dalam memberi
                sokongan dan peluang dalam melalui proses pemulihan

Isu 1 : Klien berada dalam keadaan ragu-ragu untuk berhenti daripada
mengambil Methadone (kurang keyakinan diri)

MATLAMAT RPK (Isu 1)
1. Klien dapat meningkatkan usaha dan tindakan dalam mengurangkan dos
seterusnya menghentikan Menthadone


                                                                               13
2. Klien dapat mengelak daripada masalah triggers dan teguh dengan pendirian
untuk beralih ke tahap pengekalan.


STRATEGI INTERVENSI/TERAPI

      Kaunseling Individu
      Kaunseling Kelompok
      Latihan Tingkatkan Motivasi
      Aktiviti Gaya Hidup Sihat
      Mengikuti Program Bengkel Pencegahan Relaps.

JANGKAMASA RPK
   6 bulan

KESAN YANG DIHARAPKAN
   Klien boleh membuat keputusan untuk mengurangkan lagi dos methadone
    dan seterusnya berhenti
   Klien berusaha dan bertindak menyusun langkah dalam pencegahan
    relaps
   Klien beralih ke tahap pengekalan.

Isu 2 : mengharapkan kerjasama daripada ahli keluarga dalam memberi
sokongan dan peluang dalam melalui proses pemulihan

MATLAMAT RPK
1. Dapat menerima perhatian dan sokongan daripada ahli keluarganya
2. Dapat menjalani hidup dengan bahagia.

STRATEGI INTERVENSI/TERAPI

    Kaunseling Individu
    Kaunseling Kelompok
    Perbincangan – peranan keluarga & tanggungjawab
    Berdoa dan bertafakur
    Perbincangan & bimbingan cara-cara memberi ganjaran atau menerima
     ganjaran.
    Akitiviti bersama keluarga
    Lawatan ke rumah klien / rundingan codependence

JANGKAMASA RPK
   4 bulan

KESAN YANG DIHARAPKAN
   klien dapat membina kepercayaan terhadap dirinya daripada semua ahli
    keluarga.



                                                                           14
    Klien diberi perhatian dan memberi sokongan dan kerjasama ahli keluarga
     dalam proses pemulihan
    Klien dapat menjalani hidup bahagia bersama ahli keluarganya Klien
     dapat rasa syukur dengan pemberian Tuhan (ahli keluarga)

    Dalam membina dan melaksanakan Rancangan Pemulihan Klien MHR,
dimana model Gorski Cenaps telah saya digunakan. Dimana klien dianggap
sebagai seorang pesakit dan kepulihan adalah ke arah “total abstinence”.
Mengikut model ini, kepulihan boleh dijanjikan tetapi tiada sembuh bagi penyakit
penagihan ini. Dalam model ini intensif, terapi kelompok, pensyarahan dan
kaunseling digunakan. Langkah-langkah intervensi yang disusun juga telah
dipilih daripada model ini iaitu:

      Stabilisasi & penilaian
      Pendidikan Relapse
      Mengenalpasti Tanda Amaran Relapse
      Mengurus Tanda Amaran Relapse
      Latihan Inventori
      Penglibatan Keluarga Dan SO
      Follow – up

7.0    RAWATAN PSIKOLOGIKAL MELALUI SESI KAUNSELING.
Dalam proses memulihkan MHR, rawatan psikologi yang digunakan ialah
dengan menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok pada kebanyakkan
masa dan beberapa kali memberi bimbingan dan pendidikan. Sesi kaunseling
yang dijalankan adalah berasaskan kepada teori Cognitive Behavioral
Theraphy(CBT). Teori ini dipelopori oleh Albert Ellis (Rational Emotive Bahavior
Theraphy – REBT) dan A.T Beck (Cognitive Theraphy). Terapi ini berbentuk
didaktif, kognitif dan berorientasikan tindakan. Ia menekankan peranan fikiran
dan sistem pemikiran sebagai punca masalah peribadi.

        Manusia cenderung untuk dipengaruhi oleh pemikiran yang salah (faulty).
Hal ini menyebabkan gangguan emosi dan tingkah laku. Pemikiran sangat
menentukan peranan dan tindakan kita. Teori ini ialah satu model psiko-
pendidikan. In menekankan terapi sebagai satu proses pembelajaran:
mendapatkan dan berlatih menggunakan kemahiran-kemahiran baru,
mempelajari cara-cara baru untuk berfikir dan mendapatkan cara-cara yang lebih
efektif untuk atasi masalah. Masalah-masalah tingkah laku mungkin berpunca
daripada zaman kanak-kanak lagi. Akan tetapi, masalah ini berulang kerana
pengaruh-pengaruh semasa. Sistem pemikiran individu ialah punca utama
kecelaruan. Dialog dalaman mempengaruhi tingkah laku seseorang. Klien
menerokai tanggapan-tanggapan dan konsep-konsep salah dan mengubahnya
dengan pemikiran yang efektif.




                                                                             15
       Matlamat menggunakan teori ini adalah untuk mencabar klien supaya
melihat pemikiran salah dengan bukti yang dikumpulkan dan dinilaikan olehnya
sendiri. Selain daripada itu, teori ini juga membantu klien melihat dan
mengurangkan pemikiran yang rigid dan boleh menyedarkan secara automatik
tentang pemikiran ini dan mengubah.


8.0   RUMUSAN DAN DAPATAN KAJIAN
Dapatan Kajian menunjukkan klien lebih berkeyakinan diri selepas melalui sesi-
sesi kaunseling dan ini dapat dikenalpasti bila klien mula menyiapkan kertas
kerja untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa dalam membuka
bengkel motornya sendiri. Selain daripada itu, lawatan dan temubual bersama
ahli keluarga menunjukkan klien lebih bereaksi positif dan bersungguh-sungguh
dalam mencapai cita-citanya. Perubahan diri MHR ini telah dapat dikumpul
melalui pemerhatian, temubual dan pandangan pegawai lain yang
mengawasinya.

        Dr. Salmah, pegawai perubatan program methadone klinik Sahabat
Methadone Keramat, turut menyatakan bahawa klien telah mengurangkan unit
atau dos methadone sebanyak 5mg dalam tempoh sebulan. Ini menunjukkan
klien sedang berusaha untuk ke arah tidak mahu bergantung kepada
methadone. Target klien untuk menghentikan pengambilan methadone adalah
dihujung tahun ini. Klien telah membuat keputusan yang beliau ingin menjalani
kehidupan normal seperti manusia lain juga dan sedang berusaha bersungguh-
sungguh ke arah mengubah diri itu. Input tentang menguatkan diri dalam
kerohanian juga telah disampaikan kepada klien melalui aktiviti AADK Ampang
iaitu bacaan Yaasin dan tahlil.

       Kenyataan Klien bahawa dia menerima hakikat dan kehidupannya
sebagai seorang penagih dan masih dalam proses pemulihan boleh
menunjukkan bahawa Rancangan Kepulihan Klien yang telah dibina dan sedang
dilaksanakan    ini  membawa    banyak     perubahan     dalam     dirinya.
Walaubagaimanapun, sokongan ibubapa, ahli keluarga, kaunselor, sangat-
sangat membantu dalam mencegah relaps. Secara keseluruhannyanya klien
menunjukkan perkembangan positif selepas mengikuti sesi kaunseling yang
telah dijalani.




                                                                           16