GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN 4 (ALIRAN SAINS) DI 3 by smapdi62

VIEWS: 2,419 PAGES: 27

									GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN 4 (ALIRAN SAINS) DI 3
   BUAH SEKOLAH DAERAH KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM
            BERDASARKAN MODEL DUNN & DUNN.




                  MARYANA BINTI ADAM




             UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                                PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
                         UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

        BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
 JUDUL: GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN 4 (ALIRAN
           SAINS) DI 3 BUAH SEKOLAH DAERAH KLUANG, JOHOR
           DARUL TAKZIM BERDASARKAN MODEL DUNN & DUNN.

                                  SESI PENGAJIAN: 2005/2006

 Saya                   MARYANA BINTI ADAM
                                 (HURUF BESAR)

 mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
 Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
    pengajian sahaja.
 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
    institusi pengajian tinggi.
 4. **Sila tandakan ( )


            SULIT                (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
                                 kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
                                 AKTA RAHSIA RASMI 1972)

           TERHAD                (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
                                 oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)



            TIDAK TERHAD

                                                            Disahkan oleh



  _________________________                        __________________________
   (TANDATANGAN PENULIS)                            (TANDATANGAN PENYELIA)

 Alamat Tetap:
 NO, 46 KAMPUNG HAJI MANAN,                     TN. HJ. ZAINUDIN BIN HJ. HASSAN
 86000, KLUANG, JOHOR                                 NAMA PENYELIA
 Tarikh: 1 APRIL 2006                            Tarikh: 3 APRIL 2006.

CATATAN:     * Potong yang tidak berkenaan.
             ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
                berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
                 perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
                Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
                 penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
                 Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
     “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
     saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
            penganugerahan ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah
                           Sains Serta Pendidikan (Kimia)”.




                  Tandatangan       :      …………………………………………
                  Nama Penyelia     :      TN. HJ. ZAINUDIN BIN HJ. HASSAN
                  Tarikh            :      21 APRIL 2006____________________




* Potong yang tidak berkenaan.
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN 4 (ALIRAN SAINS) DI 3
   BUAH SEKOLAH DAERAH KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM
            BERDASARKAN MODEL DUNN & DUNN.




                    MARYANA BINTI ADAM




                  Laporan projek ini dikemukakan
            sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
     penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
                             (Kimia).




                        Fakulti Pendidikan
                   Universiti Teknologi Malaysia




                           APRIL, 2006
                                                                                      ii




“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
                  tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.




                  Tandatangan       :      _______________________
                  Nama Penulis      :      MARYANA BINTI ADAM
                  Tarikh            :      21 APRIL 2006__________
                                                                     iii




                              DEDIKASI




               Istimewa buat insan yang disayangi :


                        Ayahanda dan bonda


          En. Adam Bin M. Khalid & Puan Kartini Binti Rasman
  Terima kasih kerana memahami dan sentiasa mendoakan kejayaan
                              anakanda.


                           Kaum keluarga


                 Kak Long, Kak Ngah, Abang & Adik
   Terima kasih diatas segala sokongan dan bantuan yang diberikan.


                     Rakan-rakan seperjuangan


Terima kasih kerana sentiasa membantu dan memberikan idea-idea yang
                               bernas.
                                                                                      iv




                                 PENGHARGAAN




       Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya telah
memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.


       Ribuan terima kasih kepada penyelia saya, Tn. Hj. Zainudin Bin Hj. Hassan yang
banyak memberikan pandangan, dorongan dan tunjuk ajar yang tidak terhingga
sepanjang tempoh saya menjalankan kajian ini tanpa rasa jemu.


       Ucapan terima kasih juga diberikan kepada pengetua-pengetua, guru-guru dan
pelajar-pelajar bagi tiga buah sekolah menengah daerah Kluang di negeri Johor Darul
Takzim iaitu Sek. Men. Keb. Jalan Mengkibol, Kluang, Sek. Men. Keb. Dato’ Haji
Hassan Yunos, Kluang dan Sek. Men. Keb. Simpang Rengam, Kluang yang sudi
memberikan kerjasama semasa proses mengedarkan set soal selidik dijalankan.


       Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung bagi memberikan bantuan, sokongan dan
semangat dalam menjayakan projek penyelidikan ini.




WASSALAM.
                                                                                           v




                                      ABSTRAK




       Penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran
pelajar tingkatan 4 (aliran sains) dan perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan. Aspek yang di kaji adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana
faktor persekitaran (cahaya, bunyi, suhu dan reka bentuk tempat belajar), faktor emosi
(motivasi, keazaman, tanggungjawab dan struktur), faktor sosiologi (perseorangan,
rakan sebaya, berkumpulan, berpasangan, orang dewasa dan pelbagai), faktor fisiologi
(persepsi, pemakanan, masa dan pergerakan) dan faktor psikologi (gerak hati atau
reflektif, pemprosesan otak kiri atau otak kanan dan pemikiran global atau analitik)
mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 180 responden
yang terdiri daripada 90 pelajar lelaki dan 90 pelajar perempuan dari Sek. Men. Keb.
Jalan Mengkibol, Kluang, Sek. Men. Keb. Dato’ Haji Hassan Yunos, Kluang dan Sek.
Men. Keb. Simpang Rengam, Kluang di negeri Johor Darul Takzim. Data dikumpul
melalui edaran soal selidik dan di analisis dengan menggunakan SPSS (Statistical
Package for the Social Sciences) versi 10.0. Proses menganalisis di jalankan dengan
menggunakan kaedah statistik deskriptif yang merangkumi kekerapan, skor min dan
hubungan silang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen yang paling
mempengaruhi bagi setiap faktor tersebut ialah dalam faktor persekitaran, elemen
cahaya, sementara faktor emosi pula adalah elemen motivasi, manakala faktor sosiologi
adalah elemen pelbagai, faktor fisiologi ialah elemen persepsi dan faktor psikologi pula
adalah elemen gerak hati atau reflektif. Hasil analisis mencatatkan bahawa pelajar
perempuan lebih dipengaruhi oleh kelima-lima faktor berbanding pelajar lelaki. Hasil
dapatan ini dapat membantu pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dalam memperbaiki gaya pengajaran guru yang bersesuaian dengan
gaya pembelajaran pelajar, membaik pulih infrastruktur di sekolah bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang selesa dan melahirkan pelajar yang cemerlang.
                                                                                            vi




                                       ABSTRACT




       The purpose of this research is to identified learning styles for form 4 student
(science stream) and to differentiate between male student and female student learning
style. The research aspects is to look out the influence of environment factor (light,
sound, temperature and design), emotional factor (motivation, persistence, responsibility
and structure), sociology factor (self, peers, team, pair, adult and varied), physiology
factor (perceptual, intake, time and mobility) and psychology factor (impulsive or
reflective, hemisphericity and global or analytic) to student learning styles. The sample
of the research consisted of 180 respondents which 90 respondents belong to male
student while the others belongings to female students from Sek. Men. Keb. Jalan
Mengkibol, Kluang, Sek. Men. Keb. Dato’ Haji Hassan Yunos, Kluang dan Sek. Men.
Keb. Simpang Rengam, Kluang, Johor Darul Takzim. The prime data which is collected
by using questionnaire measurement and analysis using “Statistical Package for the
Social Sciences” (SPSS) version 10.0 software. The analysis was done by descriptive
statistic method which is in frequency, percentage, mean and cross tabs. The result of the
research showed that the most influence element foe each factor are environment factor
is light, emotional factor is motivation, sociology factor is varied while physiology
factor is perceptual and psychology factor is impulsive or reflective. Analyze processing
result for differentiate between male student and female student learning styles showed
that female student is more influential in each of the factor than male student. This
research will helped school administration, student, parent and Ministry of Education to
improved suitable teaching styles with learning styles, repaired the school infrastructure
to give comfortable learning environment and to produce excellent students.
                                                          vii




                                 KANDUNGAN




BAB     PERKARA                              MUKA SURAT


        HALAMAN JUDUL                            i
        HALAMAN PENGAKUAN                        ii
        HALAMAN DEDIKASI                         iii
        HALAMAN PENGHARGAAN                      iv
        ABSTRAK                                  v
        ABSTRACT                                 vi
        KANDUNGAN                                vii
        SENARAI JADUAL                           xii
        SENARAI RAJAH                            xv
        SENARAI SIMBOL                           xvi
        SENARAI LAMPIRAN                         xvii


BAB I   PENDAHULUAN
        1.1   Pengenalan                         1
        1.2   Latar Belakang Kajian              4
        1.3   Pernyataan Masalah                 6
        1.4   Persoalan Kajian                   7
        1.5   Objektif Kajian                    7
        1.6   Kepentingan Kajian                 8
        1.7   Skop Kajian                        9
        1.8   Definisi Istilah                   10
              1.8.1   Gaya Pembelajaran          10
                                                       viii

                1.8.2   Model Dunn & Dunn         10


BAB II    KAJIAN LITERATUR
          2.1   Pengenalan                        12
          2.2   Model Gaya Pembelajaran           14
                Dunn & Dunn
          2.3   Kajian-Kajian Lepas               17
                2.3.1   Peranan Persekitaran      17
                        Dalam Mempengaruhi Gaya
                        Pembelajaran
                2.3.2   Peranan Emosi             20
                        Dalam Mempengaruhi Gaya
                        Pembelajaran
                2.3.3   Peranan Sosiologi         22
                        Dalam Mempengaruhi Gaya
                        Pembelajaran
                2.3.4 Peranan Fisiologi           24
                        Dalam Mempengaruhi Gaya
                        Pembelajaran
                2.3.5   Peranan Psikologi         26
                        Dalam Mempengaruhi Gaya
                        Pembelajaran
                2.3.6   Perbezaan Jantina         29
                        Dalam Mempengaruhi Gaya
                        Pembelajaran
          2.4   Rumusan Kajian Lepas              31


BAB III   METODOLOGI KAJIAN
          3.1   Pengenalan                        34
          3.2   Reka Bentuk Kajian                35
          3.3   Populasi Dan Sampel               35
                                                                   ix

         3.4   Instrumen Kajian                               35
               3.4.1   Bahagian A :                           36
                       Maklumat Pelajar / Responden
               3.4.2   Bahagian B :                           36
                       Borang Soal Selidik
         3.5   Kajian Rintis                                  37
         3.6   Prosedur Kajian                                38
         3.7   Analisa Data                                   39


BAB IV   ANALISIS DAN DAPATAN
         4.1   Pengenalan                                     41
         4.2   Keputusan Dan Analisis Bahagian A              42
               4.2.1   Jantina                                42
               4.2.2   Kaum                                   43
         4.3   Keputusan Dan Analisis Bahagian B              43
               4.3.1   Elemen Faktor Persekitaran             45
                       Yang Paling Dominan
                       Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
                       Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
               4.3.2   Elemen Faktor Emosi                    49
                       Yang Paling Dominan
                       Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
                       Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
               4.3.3   Elemen Faktor Sosiologi                54
                       Yang Paling Dominan
                       Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
                       Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
               4.3.4   Elemen Faktor Fisiologi                60
                       Yang Paling Dominan
                       Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
                       Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
                                                                  x

              4.3.5   Elemen Faktor Psikologi                65
                      Yang Paling Dominan
                      Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
                      Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
              4.3.6   Perbezaan Gaya Pembelajaran            69
                      Antara Pelajar Lelaki Dan
                      Pelajar Perempuan


BAB V   PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
        5.1   Pengenalan                                     75
        5.2   Pencapaian Objektif                            76
              5.2.1   Elemen Faktor Persekitaran             77
                      Yang Paling Dominan
                      Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
                      Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
              5.2.2   Elemen Faktor Emosi                    78
                      Yang Paling Dominan
                      Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
                      Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
              5.2.3   Elemen Faktor Sosiologi                80
                      Yang Paling Dominan
                      Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
                      Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
              5.2.4   Elemen Faktor Fisiologi                82
                      Yang Paling Dominan
                      Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
                      Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
              5.2.5   Elemen Faktor Psikologi                84
                      Yang Paling Dominan
                      Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
                      Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
                                                                     xi

                 5.2.6   Perbezaan Gaya Pembelajaran            86
                         Antara Pelajar Lelaki Dan
                         Pelajar Perempuan
           5.3   Cadangan                                       88
                 5.3.1   Cadangan Kepada Pihak Sekolah          88
                 5.3.2   Cadangan Kepada Pelajar Dan Ibu Bapa   89
                 5.3.3   Cadangan Kepada KPM                    89
           5.4   Cadangan Kajian Lanjutan                       90
           5.5   Rumusan                                        91


BIBLIOGRAFI                                                     92


LAMPIRAN                                                        98
                                                                       xii




                                 SENARAI JADUAL




NO. JADUAL                           TAJUK                MUKA SURAT


3.1   Nilai skor mengikut skala likert                        36
3.2   Item-item kajian mengikut kelas faktor-faktor           37
      yang mempengaruhi gaya pembelajaran
3.3   Nilai kolerasi dan interprestasi                        38
      daripada Rowntree (1981)
3.4   Jadual ringkasan kekerapan maklum balas responden       39
3.5   Tahap penilaian terhadap min                            40
4.1   Taburan responden mengikut jantina                      42
4.2   Taburan responden mengikut kaum                         43
4.3   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam                 45
      elemen cahaya
4.4   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam                 46
      elemen bunyi
4.5   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam                 47
      elemen suhu
4.6   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam                 48
      elemen reka bentuk tempat belajar
4.7   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam                 49
      elemen motivasi
4.8   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam                 50
      elemen keazaman
                                                           xiii

4.9    Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        51
       elemen tanggungjawab
4.10   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        52
       elemen struktur
4.11   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        54
       elemen perseorangan
4.12   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        55
       elemen rakan sebaya
4.13   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        56
       elemen berkumpulan
4.14   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        57
       elemen berpasangan
4.15   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        58
       elemen orang dewasa
4.16   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        59
       elemen pelbagai
4.17   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        60
       elemen persepsi
4.18   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        61
       elemen pemakanan
4.19   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        62
       elemen masa
4.20   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        64
       elemen reka bentuk pergerakan
4.21   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        65
       elemen reka bentuk gerak hati atau reflektif
4.22   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        67
       elemen pemprosesan otak kiri dan otak kanan
4.23   Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam        68
       elemen global atau analitik
4.24   Taburan gaya pembelajaran pelajar              69
                                                          xiv

4.25   Taburan gaya pembelajaran pelajar lelaki      71
4.26   Taburan gaya pembelajaran pelajar perempuan   73
                                                                    xv




                             SENARAI RAJAH




NO. RAJAH                       TAJUK                  MUKA SURAT


2.1   Peta minda gaya pembelajaran model Dunn & Dunn       15
2.2   Model gaya pembelajaran Dunn & Dunn (1967)           16
2.3   Model gaya pembelajaran Dunn & Dunn (1982)           16
                                                                  xvi




                       SENARAI SIMBOL




AS              -   Amat Setuju
ATS             -   Amat Tidak Setuju
BPPDP           -   Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
                    Pendidikan
f               -   Frekuensi
IQ              -   Intelligence Quotient
JPNJ            -   Jabatan Pendidikan Negeri Johor
KPM             -   Kementerian Pelajaran Malaysia
S               -   Setuju
Sek. Men. Keb   -   Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS            -   Statistical Package For The Social Sciences
TP              -   Tidak Pasti
TS              -   Tidak Setuju
UTM             -   Universiti Teknologi Malaysia
%               -   Peratus
                                                     xvii




            SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN          TAJUK


A          Borang Soal Selidik


B          Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari
           Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
           Dasar Pendidikan (BPPDP)


C          Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari
           Jabatan Pendididkan Negeri Johor (JPNJ)


D          Surat Sokongan Menjalankan Kajian Dari
           Fakulti Pendidikan,
           Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
                                        BAB I




                                  PENDAHULUAN




1.1    Pengenalan


       Pembelajaran adalah istilah yang sinonim dengan para pelajar dan guru-guru.
Pembelajaran adalah salah satu objektif penting persekolahan seseorang pelajar.
Seringkali pembelajaran menjadi topik penting perbincangan dikalangan para guru dan
ibu bapa. Mengikut teori pembelajaran yang dipopularkan oleh ahli teori pembelajaran
berasaskan tingkah laku, pembelajaran merujuk kepada sebarang perubahan tingkah laku
seseorang pelajar. Perubahan tingkah laku tersebut adalah hasil daripada pengalaman
baru yang dialaminya. Akibat daripada pembelajaran tersebut seseorang individu akan
menghadapi sesuatu situasi dengan cara yang berlainan daripada sebelum sesuatu
pembelajaran itu berlaku.


        Pembelajaran bukan sahaja sekadar mengetahui sesuatu jawapan dan
memperolehi sedikit pengetahuan. Ia juga tidak boleh diukur melalui gred dan keputusan
peperiksaan. Pembelajaran merupakan satu perjalanan hidup yang mencabar, yang tidak
pernah ada titik akhirnya demi untuk pembentukan seseorang. Pembelajaran mestilah
bermula sebelum seorang kanak-kanak itu memasuki alam persekolahan dan proses
pembelajaran akan terus berjalan sehingga sampai tempoh tertentu. Dengan kata lain
pembelajaran bermula dari dalam ‘buaian hingga ke liang lahad’ (Abdul Shukor
Abdullah, 2000). Pembelajaran adalah sebahagian dari kehidupan manusia dan proses
                                                                                           2

ini berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada secara formal atau pun
tidak formal.


       Dalam proses pembelajaran secara formal, guru haruslah mengenali jenis
personaliti para pelajarnya untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Ini adalah kerana setiap pelajar itu berbeza dan memiliki sifat yang unik
disebabkan oleh suasana persekitaran dan perwarisan yang berbeza di antara mereka
(Norasmah, 2003). Personaliti yang berbeza ini mewujudkan pelbagai gaya
pembelajaran di antara seseorang pelajar dengan pelajar yang lain. Para pendidik perlu
menyedari hakikat ini supaya mereka dapat mengenal pasti kecenderungan seseorang
pelajar itu belajar dan mempelbagaikan gaya pengajaran mereka untuk disesuaikan
dengan kepelbagaian gaya pembelajaran dikalangan pelajar. Ini akan dapat
meningkatkan juga hubungan baik di antara pelajar dan guru kerana pelajar akan
merasakan bahawa diri mereka sentiasa di beri perhatian dan diambil berat oleh gurunya
(Shahabudin dan Rohizani, 2003).


       Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan gaya pembelajaran ?. Borich &
Tombari (1995) menjelaskan bahawa gaya pembelajaran adalah keadaan persekitaran
atau keadaan bilik darjah yang digemari oleh individu untuk belajar. Santrock (2000)
menganggap gaya ialah salah satu cara seseorang menggunakan keupayaannya. Gaya
belajar bermaksud cara yang digemari seseorang menggunakan keupayaan belajarnya.
Lourdusamy (1994) mengatakan bahawa gaya pembelajaran ialah suatu konsep
multidimensi terhasil daripada saling tindakan beberapa pembolehubah. Dunn & Dunn
(1992) mengenal pasti lima pembolehubah iaitu persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi
dan psikologi.


       Antara jenis-jenis gaya pembelajaran adalah gaya pembelajaran Kolb, gaya
pembelajaran Honey & Mumford (1986) dan gaya pembelajaran Dunn & Dunn. Gaya
pembelajaran Kolb mengemukakan gaya belajar melalui pengalaman yang mengandungi
empat peringkat pengalaman iaitu pengalaman konkrit, pemerhatian reflektif, konsep
abstrak dan percubaan aktif. Kolb dan Fry (1975) menegaskan bahawa proses
                                                                                         3

pembelajaran adalah satu proses yang berkitar. Kolb juga telah menjelaskan model gaya
pembelajaran beliau seperti berikut :


       “ Pembelajaran merupakan satu proses integrasi yang berada dalam satu kitaran
dan bermula dengan pengalaman diikuti dengan pengumpulan data dan pemerhatian
tentang pengalaman tersebut. Data akan dianalisis dan kesimpulan yang diperolehi akan
digunakan untuk mengubah suai tingkah laku dalam menghadapi satu situasi
pengalaman yang baru.”
                                                (Kolb, 1984 dalam Sadler-Smith, 1997).


       Gaya pembelajaran Honey & Mumford (1986) mengenal pasti empat gaya
belajar iaitu pragmatis, aktivis, teoris dan reflektif. Pelajar dengan gaya belajar
pragmatis adalah individu yang bersifat praktikal dan sering mengaplikasikan teori dan
idea dalam situasi sebenar. Pelajar dengan gaya belajar aktivis mempunyai perasaan
ingin tahu yang tinggi dan suka menyelesaikan sesuatu masalah sendiri. Pelajar dengan
gaya belajar teoris suka menyatakan pendapat atau pandangan berasaskan prinsip dan
teori. Pelajar dengan gaya kognitif reflektif memperoleh maklumat melalui pemerhatian
dan refleksi kendiri apabila mentafsir persekitaran.


       Menurut Dunn & Dunn (1992, 1993) dan Dunn, Dunn dan Perrin (1994), gaya
pembelajaran adalah cara seseorang untuk memberikan perhatian, memproses,
mendalami dan mengingati pelajaran atau kemahiran yang baru diajar ataupun pelajaran
yang susah. Gaya pembelajaran berubah setiap masa, tetapi hanya seseorang yang benar-
benar berkembang dari segi kematangannya akan mengubah gaya belajarnya (Dunn &
Griggs, 1995). Kebanyakkan pelajar mempunyai antara enam hingga empat belas gaya
pembelajaran yang mereka gemari. Semakin minat pelajar tersebut terhadap gaya
pembelajaran mereka, maka semakin mudah guru untuk menyediakan proses pengajaran
yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran mereka (Braio, Beasley, Dunn, Quinn &
Buchanan, 1997 ; Dunn, Griggs, Olson, Gorman & Beasley, 1995).
                                                                                          4

       Pendekatan gaya pembelajaran ini telah dibangunkan lebih 30 tahun bermula
pada tahun 1967 oleh Rita dan Kenneth Dunn (Dunn & Dunn, 1999). Gaya
pembelajaran yang telah dipilih oleh penyelidik untuk dikaji ini mengandungi lima
faktor yang mempengaruhi pelajar dalam gaya pembelajaran mereka. Lima faktor
tersebut adalah persekitaran, emosi, sosiologi fisiologi dan psikologi. Setiap satu
daripada faktor ini mempunyai komponen-komponen kecil yang dipanggil elemen.
Dalam faktor persekitaran elemen yang terlibat adalah cahaya, bunyi, suhu dan reka
bentuk tempat belajar. Faktor emosi, elemen yang terlibat adalah motivasi, keazaman,
tanggungjawab dan struktur. Faktor sosiologi, elemen yang terlibat adalah perseorangan,
rakan sebaya, berkumpulan, berpasangan, orang dewasa dan pelbagai. Faktor fisiologi,
elemen yang terlibat adalah persepsi, pemakanan, masa dan pergerakan. Manakala faktor
psikologi pula, elemen yang terlibat adalah gerak hati atau reflektif, pemprosesan otak
kiri atau otak kanan dan pemikiran global atau analitik.




1.2    Latar Belakang Kajian


       Pengetahuan tentang gaya pembelajaran dan pemprosesan otak merupakan suatu
dasar yang baru dalam sistem pendidikan. Ia bukanlah satu trend, tetapi bertujuan untuk
meninjau gaya pembelajaran pelajar supaya proses pengajaran dapat dipertingkatkan
(Keefe, 1982). Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tertentu berdasarkan
pembelajaran yang baru atau yang sukar. Setiap gaya pembelajaran itu berbeza antara
satu sama lain. Maka guru perlu menyesuaikan proses pengajaran dengan gaya
pembelajaran pelajar supaya mereka mudah untuk memahami sesuatu topik sama ada
yang baru sahaja diajar ataupun topik yang susah.


       Sesetengah pelajar mudah untuk memahami sesuatu topik tanpa menggunakan
gaya pembelajaran yang tertentu. Manakala sesetengah pelajar yang lain pula adalah
sebaliknya. Oleh sebab setiap pelajar mempunyai personaliti yang berbeza, maka tidak
                                                                                         5

dinafikan bahawa setiap pelajar juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan
(Robert E. Slavin, 1997).


       Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang dapat dikenal pasti dan gaya
pembelajaran mempunyai implikasi yang penting terhadap program perancangan,
pengajaran dan pembelajaran (Robert M. Smith, 1983). Gaya pengajaran guru di bilik
darjah adalah perlu disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar untuk mewujudkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu peka kepada gaya
pembelajaran yang ditonjolkan oleh pelajar. Ini adalah kerana strategi pengajaran yang
dipilih oleh guru mesti mengikut gaya pembelajaran pelajar supaya pembelajaran
optimum boleh berlaku (Boon Pong Ying dan Rangbir Kaur, 1998).


       Setiap individu mempunyai strategi belajar yang berbeza dan kadarnya berlainan
dengan individu lain walaupun umur mereka adalah sama. Perbezaan individu adalah
diertikan sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental,
emosi dan sosial dikalangan individu.


       Dunn (1979) dalam menghuraikan pembelajaran sebagai satu strategi
menyatakan bahawa kajian yang dilakukan, semenjak abad yang lalu menunjukkan
bahawa strategi belajar seseorang adalah berbeza antara satu sama lain tanpa mengira
umur, status, sosio-ekonomi atau IQ. Sesetengah sifat belajar juga turut berubah apabila
kanak-kanak membesar dan semakin matang. Manakala sesetengah sifat kanak-kanak itu
kekal tidak berubah dan sifat-sifat yang tidak berubah inilah yang membawa kesan
kepada pencapaian akademik kanak-kanak tersebut (Dunn, R. , 1984).
                                                                                           6

1.3    Pernyataan Masalah


       Kebanyakkan pelajar mempunyai gaya pembelajaran tertentu, tetapi gaya
pembelajaran setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Gaya pembelajaran
mereka berbeza adalah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Berdasarkan model gaya
pembelajaran Dunn & Dunn, terdapat lima faktor yang mempengaruhi gaya
pembelajaran seseorang. Lima faktor tersebut adalah persekitaran, emosi, sosiologi,
fisiologi dan psikologi.


        Dunn & Dunn juga mengatakan bahawa gaya pembelajaran pelajar berbeza dari
segi jantina. Pelajar lelaki lebih cenderung kepada pergerakan dalam persekitaran yang
tidak formal berbanding pelajar perempuan. Mereka juga tidak suka mengikut arahan
seperti pelajar perempuan yang lain. Pelajar perempuan juga cenderung untuk mengikut
arahan yang diberikan oleh guru, mempunyai motivasi diri yang tinggi dan boleh belajar
dalam kelas dengan selesa berbanding dengan pelajar lelaki (Marcus, 1977). Pelajar
perempuan juga lebih cenderung untuk belajar dalam keadaan kelas yang senyap ketika
proses pengajaran sedang berjalan (Pizzo, Dunn & Dunn, 1990).


       Maka pengkaji ingin menyelidik sejauh mana elemen-elemen faktor persekitaran,
emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi dalam mempengaruhi gaya pembelajaran dan
perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan. Pembolehubah
bersandar bagi kajian ini adalah gaya pembelajaran yang dipengaruhi oleh faktor
persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi. Manakala pembolehubah tak
bersandar pula ialah pelajar tingkatan 4 (aliran sains) yang terdiri daripada pelajar lelaki
dan pelajar perempuan.
                                                                                        7

1.4    Persoalan Kajian.


       Persoalan kajian yang ingin di lihat dalam kajian ini adalah seperti berikut :


i. Apakah elemen faktor persekitaran yang paling dominan dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains) ?.
ii. Apakah elemen faktor emosi yang paling dominan dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains)?.
iii. Apakah elemen faktor sosiologi yang paling dominan dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains)?.
iv. Apakah elemen faktor fisiologi yang paling dominan dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains)?.
v. Apakah elemen faktor psikologi yang paling dominan dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains)?.
vi. Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan ?.




1.5    Objektif Kajian


       Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar-pelajar
berdasarkan model Dunn & Dunn. Antara objektif kajian ini adalah :


i. Mengenal pasti elemen faktor persekitaran yang paling dominan dalam mempengaruhi
gaya pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains).
ii. Mengenal pasti elemen faktor emosi yang paling dominan dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains).
iii. Mengenal pasti elemen faktor sosiologi yang paling dominan dalam mempengaruhi
gaya pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains).

								
To top