Cinta Pertama_ Hirisan Pertama

Document Sample
Cinta Pertama_ Hirisan Pertama Powered By Docstoc
					Cinta Pertama, Hirisan Pertama www.iLuvislam.com Oleh: AsNiza Editor: naadherah Bismillahirrahmanirrahim.. Entri kali ini istimewa menjawab Personal Message (PM) dari seorang sahabat iluvislam..sejujurnya bukan ini PM yang pertama di terima, dan kerana berpendapat ramai yang menghadapi masalah yang serupa maka kali ini saya luangkn sedikit masa untuk mengulas mengenainya. semoga samasama dapat mengutip manfaat darinya.. PM: "Awak tak penat ke jadi baik? Awak tak penat ke orang hina, permainkan awak, kutuk awak, hancurkan hati awak? Tak pernah sekali ke awak melawan? Awak bertudung labuh, sesetengah orang pandang awak buta fesyen, pandang awak konservatif, apa yang awak buat?" SAYA: First of all, i am not wearing tudung labuh. Saya biasa-biasa sahaja, bukan dari sekolah agama dan bukan juga belajar di universiti Islam, saya juga belajar dan bekerja di bidang kejuruteraan. So untuk menjawab persoalan buta fesyen, pandang saya konservatif adalah tidak relevan bagi saya kerana saya seorang yang "up-to-date". tapi jika bertanya apa pendapat saya mengenai mereka yang bertudung labuh, jawapan saya, saya kagum dengan mereka yang lebih mementingkan pandangan Allah daripada pandangan manusia. sejuk mata menengoknya, kelihatan sopan dan ayu, jauh dalam hati saya pun menanam tekad dan azam untuk di kurniakan kekuatan supaya dapat mencontohinya..insyaAllah, dengan izin Allah saya juga akan bertudung labuh, mudah-mudahan. Penat menjadi baik? Tak penat ke orang hina, main-mainkan kita, kutuk kita, hancurkan hati kite? Tak pernah sekali ke saya melawan? Siapa kata saya tak penat? Kadang-kadang tu ada juga terasa.Saya juga manusia yang lemah. Mungkin saya tidak pernah di hina, tapi menjadi seorang yang terlalu baik sebenarnya pernah mendedahkan saya kepada situasi akhirnya saya di tindas dan di aniaya. Ya, mereka akhirnya menghancurkan hati saya. Saya juga seorang yang pemaaf dan tak menyimpan dendam, bukan balasan baik yang saya perolehi-sebaliknya mereka menuduh saya hipokrit! Astaghfirullahalazim..Bukan senang nak jadi baik..Memaafkan pun jadi salah. so apa lagi? Takkanlah orang berbuat jahat kita juga harus berbuat jahat? No, it is not me..I dont care if u wanna hurt me but to revenge is not me. Terserah apa orang nak fikir tentang kita yang pasti kita tahu apa yang kita buat adalah betul dan yang penting, keredhaan Allah itu yang paling utama. "Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak

mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." [Al-Imran:120] Bila hatimu hancur dan terluka, menangislah, luahkan rasa luka yang terpendam, namun jangan di simpan luka yang pedih itu terlalu lama. kelak ia membusuk dan bernanah, kamu sendiri yang bakal menanggung derita yang tiada berkesudahan. Menangislah dan senyumlah. bangkitlah dari kesedihan dan ubatilah hatimu dengan mengingati Allah. Ingat, dunia ini penjara yang terindah bagi orang-orang yang beriman. Hidup di dunia sekejap sahaja, paling lama 80 tahun, tapi nun kat akhirat sana, kita kekal selamanya...so pilih, nak susah sekejap kat dunia or nak susah selamanya di akhirat? semuanya di tangan kita. " Kehidupan dunia dijadikan indah mereka memandang hina orang-orang bertakwa itu lebih mulia daripada memberi rezeki kepada orang-orang [Al-Baqarah: 212] Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Memaafkan Bukan Mudah! PM: "Saya tidak boleh maafkan orang.Saya tipu apabila saya cakap saya sudah lupakan bekas tunang saya, hakikatnya, saya masih merindui dia.Saya nak tinggalkan dia, tapi saya tak mampu.Asniza, awak ingat saya nak ke jadi panas baran? Saya tak nak tahu tak.Awak ingat perempuan-perempuan jahat tu nak ke jadi jahat? entah saya tidak tahu, tapi saya tak nak.Saya nak jadi solehah.Asniza, saya berani bersumpah, saya rela tak berkahwin asalkan saya masuk syurga.Tapi syaitan asyik mengganggu saya." SAYA:Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang tak elok terjadi terhadap dirinya. Manusia yang waras tentunya menginginkan yang baik-baik sahaja.Namun kadang-kadang situasi yang memaksa kita menjadi seorang yang di luar kawalan.Adunan perasaan yang seribu satu serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar di ramal.Hinggakan kadang-kadang kita sendiri benci melihat bayang-bayang sendiri, kerana kita juga tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Ingin melangkah tapi terasa bagaikan kaki di rantai. Ingin menjadi lebih baik tetapi ada sahaja alasan yang menghalang. Harus bagaimanakah? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah:216 ] Maka, pesan saya, maafkanlah.Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone. kita hidup dalam pandangan orang-orang kafir, dan yang beriman. Padahal orang-orang yang mereka di hari kiamat. Dan Allah yang dikehendaki-Nya tanpa batas."

hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah. Leraikanlah Simpulan Dengan Cermat Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan! Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya. Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama. Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai. Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini.. Perkahwinan adalah nikmat dan anugerah dari Tuhan. juga,yang haram boleh jadi halal. Perkahwinan juga memanjangkan lagi susur galur keturunan dan zuriat juga adalah sunnah Nabi dan di tuntut dalam agama. mengharamkan yang halal? Dengan perkahwinan ini perlu untuk seseorang. Perkahwinan Jadi, mengapa

Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. Wanita bukan di cipta dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk di sanjung. Jika lelaki dan wanita menyedari hakikat ini, insyaAllah sesebuah institusi kekeluargaan yang terbina akan mampu bertahan lama dan membawa manfaat kepada semua ahlinya. Kecewa dengan cinta pertama? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta.Cinta monyet, cinta tiruan, cinta palsu dan macam-macam cinta. Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baikbaik kerana itu lebih mulia, jangan sekali-sekali mendoakan atau berkatakata yang buruk kerana al-quran juga tercatat:

"Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-Baqarah: 224] Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Kenapa Bukan Aku? PM: "Awak ingat tak seksa ke hidup macam ni? Saya tengok orang jahat bom palestin tapi saya tidak mampu buat apa-apa,saya menangis tahu tak..saya rasa saya yang patut kena bom..kasihan mereka..saya berdoa minta Allah tolong mereka..tapi saya terfikir, kenapa Allah masih belum mahu menghancurkan israel..tentu kaum palestin ada buat dosa..macam saya, kenapa saya masih belum bertemu ketenangan jiwa, adakah kerana saya terus melakukan dosa?" SAYA:Syukurlah kerana kita ada perasaan dan kesedaran itu. Mungkin kita pernah melakukan kesilapan di masa yang lalu. Alhamdulillah kerana kita di kurniakan kesempatan dan masa untuk merenungnya semula. nobody perfect. Tiada manusia yang tak pernah melakukan kesalahan. kita bukan maksum. Tapi pintu keampunan sentiasa terbuka untuk kita. Dipanjangkan umur sehari lagi juga satu nikmat daripada Allah, supaya kita hargai dan guna kesempatan yang ada untuk terus bertaubat dan mohon keampunan dariNya. Tiada bumi yang tak pernah ditimpa hujan, tiada pipi yang tak pernah di basahi dengan air mata. Salah satu cara Allah sayangkan kita adalah dengan memberi dugaan dan ujian kepada kita, kerana Allah tahu, hati yang sedang berduka dan di uji ini selalunya lembut dan mudah untuk mendekatiNya..Allah maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..semakin kita cuba mendekatiNya, semakin Dia dekat dengan kita. biarlah seluruh dunia membenci kita dan menjauhi kita, tapi ingat, Allah sentiasa ada bersama kita. remember that.. Kita di beri dugaan dan ujian setimpal dengan kekuatan kita untuk menghadapinya. Allah hanya memberi dugaan kepada hamba-hambaNya yang mampu. begitu juga saudara kita di Palestin, kerana Allah tahu mereka mampu mengharunginya..ini juga sudah tertulis dalam al-quran.. " Baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan." [Al-Baqarah: 134 ] Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Tiap apa yang Tuhan ciptakan pasti bersebab. Palestin diuji namun seluruh umat Islam malahan satu dunia merasai peritnya, deritanya. Subhanallah..Palestine tidak menangis sendirian, umat Islam seluruh dunia bersatu menghantar doa mengharapkan penderitaan itu segera berakhir..Allah Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Dia Maha Bijaksana.

Biarkanlah Israel laknatullah bersorak sorai, bergembira meraikan nyawa yang terkorban, di dunia ini mereka mungkin meraikan kemenangan dan ketahuilah, di akhirat sana, nerakalah sebaik-baik tempat untuk mereka yang kejam. "Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas." [Al-Baqarah:212] Penutup Setiap apa yang Tuhan ciptakan biarpun sebesar zarah, pasti ada sebabnya, ada hikmah yang tersembunyi. dan Dia Maha Mengetahui. Dalam setiap kejadian tiada yang sia-sia. Yakinlah dengan kekuasaan Allah, yakinlah bahawa Dia Maha Adil. Jangan sesekali berasa penat berbuat kebaikan jika kita mengharapkan balasan daripadaNya semata-mata. Sekian dlu celoteh saya untuk kali ini, mana yang salah harap di perbetulkan dan mana yang betul diharapkan semoga sama2 dapat manfaat. insyaAllah..semoga peringatan ini dapat sentiasa menjadi peringatan kepada diri saya sendiri, supaya terus berusaha menjadi manusia yang lebih baik. saya juga manusia yang punyai seribu satu kelemahan dan kekurangan. *sumber:www.semut2comel.blogspot.com


				
DOCUMENT INFO