Docstoc

Lima Belas Maksiat Yang Mengundang Bala

Document Sample
Lima Belas Maksiat Yang Mengundang Bala Powered By Docstoc
					Lima Belas Maksiat Yang Mengundang Bala www.iluvislam.com dihantar oleh: salleh63 Editor: ar-ruhul JADEED

Maksud hadis : "Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu : 1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu. 2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 3. Zakat dijadikan hutang. 4. Suami yang menuruti kehendak isteri. 5. Anak derhaka kepada ibunya. 6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya. 7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya. 8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. 9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka. 10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat. 12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) 13. Para artis disanjung (menjadi pujaan). 14. Muzik banyak dimainkan. 15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.

Dipetik daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.


				
DOCUMENT INFO
Description: agama, islam