Docstoc

HBHE

Document Sample
HBHE Powered By Docstoc
					1.0

Fenomina tingkah laku yang menyeleweng dan norma kehidupan yang harmoni seringkali menjadi tajuk akhbar di negara kita. Lebih tepat lagi gejala sosial ini sebenarnya berkait rapat dengan cara hidup yang tidak bermoral dan individu itu sendiri tidak dapat membezakan baik atau buruk sesuatu tindakan yang dilakukan. Hakikatnya gejala sosial merupakan tingkah laku yang membawa kepada kebinasaan

kehidupan individu.

1.1

Definisi Tingkah Laku Manusia

Untuk memahami tingkah laku manusia yang lebih mendalam berbagai macam ilmu pengetahuan diperlukan. Ilmu fisiologi, penting untuk mempelajari tingkah laku manusia, dengan menitik beratkan sifat-sifat yang khas dari organ-organ dan sel-sel yang ada dalam tubuh.

Sedangkan sosiologi, mempelajari bentuk-bentuk tingkah laku dan perbuatan manusia dengan menitik beratkan pada masyarakat dan kelompok sosial sebagai satu kesatuan, dan melihat individu sebagai sebahagian dari kelompok masyarakat ( keluarga, kelompok sosial, kerabat, clan, suku, ras, bangsa).

Di antara dua kelompok ilmu pengetahuan ini berdiri psikologi, yang membidangi individu dengan segala bentuk aktivitasnya, perbuatan, perilaku dan kerja selama hidupnya.

Menurut Kartini K (1980), menyatakan, bahawa fisiologi memberikan penjelasan mengenai bermacam tingkah laku lahiriah, yang sifatnya jasmani. Sedangkan manusia merupakan satu totalitas jasmani-rohani. Psikologi mempelajari bentuk tingkah laku (perbuatan, aktivitas) individu dalam relasinya dengan lingkungannya.

Daripada pemahaman di atas, terlihat bahawa betapa mempelajari sikap dan perilaku manusia sangat penting, agar tercipta hubungan yang baik dengan lingkungan sekitarnya. Menurut tulisan Beben B (2007), penelitian di bidang genetika saat ini tidak hanya tentang sejauh mana faktor genetik mempengaruhi tingkah laku tertentu, tetapi sudah sampai pada tahap identifikasi gen-gen yang mempengaruhinya. Beben menjelaskan bahawa, bukan hanya masalah kecerdasan (IQ), tingkah laku atau sifat-sifat lainnya juga ternyata sangat dipengaruhi oleh faktor genetik, seperti: keperibadian,

kecanduan terhadap alkohol, neurotism / ketidakstabilan mental, penyakit kejiwaan (alzheimer, schizoprenia), dan lain-lain, yang hampir semuanya dipengaruhi oleh susunan DNA. Hasil penelitian terhadap tingkah laku selain dipengaruhi oleh lingkungan, juga dipengaruhi oleh faktor genetis. Menurut tulisan Othman Mohamed (1997), Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (Animalistic instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu sendiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat. Dalam erti kata yang luas termasuklah juga kekeluargaan. Dengan demikian, maka diadakan ciri-ciri

sosialiasi. Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat sendiri. Apabila

kesedaran ini berlaku, maka individu dianggapkan bilazim.

2.0

Gejala Tingkah Laku Sosial yang Dipetik dari Dada Akhbar atau Sumber yang Telah Dipaparkan untuk Pembacaan

Meniti era transisi Malaysia kepada negara maju telah membawa bersamanya pelbagai bentuk ancaman baru terhadap masyarakat Malaysia itu sendiri. Semakin negara diratai dengan perkembangan pembangunan fizikal bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang bersifat multi dimensi ini telah memberikan natijah negatif terhadap pembangunan insan.

Masyarakat kini telah didatangi kebimbangan dan ketakutan yang tidak pernah dialami sebelumnya. Paling mendukacitakan ialah fenomena gejala sosial seperti rempit, buli, ponteng sekolah, buang anak, penagihan dadah, ragut dan banyak lagi telah menjadi bahan tatapan wajib dalam lembaran akhar nasional setiap hari.

2.1

Ragut

Mungkin satu ketika dulu, kes-kes ragut dianggap sebagai jenayah yang hanya melibatkan kerugian yang tidak seberapa. Namun, kini keadaan sudah berubah di mana kadang kala kes ini dianggap besar dan kian meningkat. Berdasarkan Utusan Malaysia, 26 Mei 2008, dalam tempoh 4 bulan pertama, kes ragut yang dicatatkan di Kuala Lumpur sahaja sebanyak 1,144 kes.

Dengan perkataan lain, daripada ragut akan beralih kepada bunuh. Sama ada bunuh dengan niat atau tanpa niat. Apa yang penting kes ragut ini boleh menyebabkan kematian. Para peragut kini bermaharajalela tanpa rasa takut kepada pihak berkuasa. Begitulah yang berlaku kepada Chin Wai Fun, 38 merupakan mangsa ragut yang berakhir dengan kematian.

Kebanyakan kes ragut, berlaku di bandar-bandar besar di mana terdapat orang ramai dan pejalan kaki menjalankan aktiviti seharian. Dari segi kejadian, ragut berlaku bukan sahaja melibatkan pejalan kaki sebagai mangsa malah penunggang motosikal juga. Tidak dinafikan, selain kehilangan wang tunai dan barangan penting, ada juga mangsa yang cedera dan terpaksa menerima rawatan di hospital.

Dalam usaha menangani masalah ragut ini, pencegahan adalah penyelesaian yang terbaik. Ini boleh dilakukan, jika orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mendedahkan barangan kepada penjenayah ragut.

2.2

Pembuangan Bayi

Gejala

pembuangan

bayi

di

negara

menunjukkan

peningkatan. Tiada petanda atau kayu ukur mengatakan gejala ini kian berkurangan. Ada ketikanya, bayi baru dilahirkan ditamatkan riwayatnya dengan cara hina seperti dibuang di sungai, tong sampah, mangkuk tandas dan sebagainya. Ada pula bernasib baik, bayi itu ditinggalkan di tempat selamat dan akan ada yang mengambilnya. Secara moralnya, kedua-dua perbuatan adalah terkutuk dan tidak bermoral.

Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 22 kes (2000), dan 24 kes (2006). Daripada jumlah tahun lalu, 79 kes membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes lagi pembuangan janin.

Barangkali

wanita

melahirkan

bayi

itu

ingin

menyembunyikan kewujudan bayi itu dengan menghumbannya ke dalam sungai. Perbuatannya secara tidak langsung ingin membunuh bayi untuk menutup keaibannya.

Gaya hidup berteraskan liberalisme semakin berakar dalam masyarakat. Penyakit ini bukan saja berjangkit kepada golongan elit atau bangsawan, tetapi kepada golongan marhaen dan rakyat bawahan. Akar pemikiran liberalisme ini bertunjangkan pandangan alam kebaratan.

Kedua-dua aspek, iaitu didik dan cegah mesti berjalan seiring. Program pendidikan kesedaran harus dijadikan modul utama, terutama di kalangan generasi muda. Pada masa sama, budaya hedonisme perlu disekat sebijak mungkin.

2.3

Ponteng Sekolah

Ponteng

sekolah

dan

ponteng

kelas

merupakan

perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan berkelakuan sedemikian sehingga akan menjadi amalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar itu sendiri, keluarganya dan juga sekolah.

Seterusnya seseorang murid

perlakuan hilang sifat

tersebut

memungkinkan Ini

bertanggungjawab.

menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif.

Berdasarkan perangkaan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seramai 34,628 orang yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Meskipun angka tersebut dianggap kecil berbanding lebih 4 juta bilangan pelajar keseluruhan, ia tidak boleh dipandang sebelah mata dan dianggap remeh terutama oleh pihak yang terlibat secara langsung.

Langkah Kementerian Pelajaran melancarkan Kempen Basmi Ponteng Sekolah adalah tepat pada waktunya dan merupakan satu inisiatif terpuji. Namun segalanya pasti tidak akan terjawab tanpa kerjasama dan penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam usaha untuk membasmi gejala negatif itu.

2.4

Gejala Buli

Sejak kebelakangan, orang sibuk mengaitkan sekolah dengan buli. Walaupun ini merupakan bentuk keganasan yang terawal dan biasa di sekolah. Jika tidak kerana kejadian yang menimpa seorang pelajar Tingkatan 4 sebuah sekolah

menengah agama suatu ketika dulu. Mungkin orang masih menganggap buli adalah perkara biasa.

Menurut tulisan Hazler & Hoover (1993), buli bolehlah dimaksudkan sebagai tingkah laku agresif di mana seseorang pelajar atau satu kumpulan pelajar menganggu seseorang mangsa secara fizikal atau psikologi bagi satu jangka masa yang panjang. Tingkah laku ini berlaku berkali-kali.

Menurut

Prof.

Datin

Dr.

Noran

Fauziah

Yaakob,

menangani masalah buli tidak boleh dengan cara toleransi tetapi tegas kerana kajian menunjukkan mereka yang terlibat dalam kes ini berpotensi terlibat dengan kegiatan jenayah apabila dewasa kelak.

Realitinya,

kemahiran

pemerhatian

yang

baik

dan

‘common sense’ oleh para guru, ibu bapa dan orang ramai tentang petanda amaran awal ini akan membantu mengatasi masalah ini. ‘Common sense’ dan kesedaran yang tinggi tentang tanda-tanda awal keganasan, digabungkan dengan

masa yang mencukupi serta ‘follow-through’ yang sesuai akan membantu sekolah menangani tragedi keganasan ke atas pelajar yang lain.

3.0

Faktor-faktor Penyumbang Kepada Gejala Tingkah Laku Sosial Benarlah memoir peribahasa terbilang Melayu lama jelas menggambarkan bahawa “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, persepsi masyarakat yang paling sesuai dalam berbicara tentang gejala sosial. Secara konsepsinya, gejala sosial merujuk kepada amalan hidup yang bertentangan dengan nilai hidup dalam sesebuah masyarakat. Maka, tidak hairanlah gejala sosial seperti bohsia, bohjan, pembuangan bayi, gejala lepak, seks bebas, ketagihan arak dan perlumbaan motosikal secara haram semakin berleluasa. Namun demikian, jika gejala sosial dapat dibendung, kita yakin segala kegiatan jenayah dapat dikurangkan pada tahap yang minimum. Sesungguhnya, gejala sosial bukanlah disebabkan oleh kemiskinan semata-mata tetapi terdapat banyak faktor remaja alaf baharu dikatakan mudah terjebak dalam masalah ini.

3.1

Peranan Ibu Bapa

Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) , Dr Mastura Badzis, berkata mengikut kajian, kaedah pendidikan awal yang dipraktikkan ibu bapa sehingga usia anak mencecah tujuh tahun adalah penentu dalam mencorak peribadi anak.

Didikan agama yang tidak mantap yang diberikan kepada remaja merupakan faktor dominan berlakunya gejala ini. Oleh hal yang demikian, jika golangan ini diberi asuhan dan didikan

agama yang sempurna sejak kecil lagi, mereka tidak akan terjerumus dalam kancah sosial ini. Sebaliknya, para remaja akan terikut-ikut dengan budaya negatif sekiranya tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh. Dalam situasi ini, ibu bapa haruslah dipersalahkan kerana gagal mendidik anak-anak mereka dengan ajaran agama di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam

kehidupan seharian. Sebagai contohnya, perangkaan terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat amat mengejutkan semua pihak, iaitu lebih daripada 71 % golongan remaja terbabit dalam kegiatan yang tidak bermoral ini kerana kecetekan pengetahuan agama. Tegasnya, didikan agama yang tidak mantap merupakan faktor yang paling ketara dalam menyumbang ke arah wujudnya isu sosial dalam kalangan remaja. Keghairahan ibu bapa hari ini mengejar kekayaan menyebabkan mereka lupa tanggungjawab mereka. Kerjaya lebih di utamakan. Banyak masa dihabiskan dengan

menguruskan kerjaya sehingga kerja menguruskan anak diserah sepenuhnya dengan pembantu rumah. Ini telah memberi kesempatan kepada anak-anak mengunjungi pusatpusat membeli belah, pusat internet dan tidak kurang juga melepak.

Rentitan daripada keghairahan mencari rezeki, ramai ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap perkembangan anakanak mereka. Mereka tidak berpeluang menghabiskan masa bersama dengan melakukan aktiviti-aktiviti rutin. Kadang kala ada ibu bapa tidak sempat bertegur sapa dengan ahli keluarga.

3.2

Pengaruh Rakan Sebaya

Ketidakstabilan mental mempunyai perkaitan dengan kelemahan remaja yang terjerumus dalam kancah gejala sosial. Ini termasuk sikap suka meniru dan lemah kawalan diri. Apabila remaja tersebut menerima tekanan daripada permasalahan emosi mereka akan terganggu. Seterusnya kesempatan ini akan digunakan oleh rakan sebaya mereka.

Hasil Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat (KPKM-4) oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan

Keluarga Negara (LPPKN), mendapati salah laku sosial di kalangan remaja membabitkan perbuatan keluar hingga larut malam, merokok, gangsterisme, dadah, lumba haram dan kahwin lewat meningkat agak ketara dalam tempoh 10 tahun.

Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja. Seseorang itu berdepan dengan satu krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi

cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Di dorong pula dengan perasaan ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru, maka gejala ini mudah merebak di kalangan rakan-rakan mereka.

3.3

Persekitaran

Badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat turut menyifatkan pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan pesat pusat hiburan di seluruh negara juga menjadi antara penyumbang gejala sosial di kalangan belia negara ini berbanding 10 tahun lalu.

Kajian mendapati rata-rata belia bermasalah adalah golongan yang langsung tidak menyertai mana-mana

pertubuhan, kegiatan sukan mahupun program riadah. Mereka tidak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang dianjurkan badan-badan tertentu. Economic Dysfunctioning berkaitan kemiskinan,

pengangguran dan penghijrahan sama ada dari dalam atau luar bandar yang mampu dilihat sebagai masalah sosial. Realitinya kehidupan hari ini memerlukan wang. Tanpanya tidak mampu seseorang individu itu memenuhi kehendak gaya hidup ranggi muda-mudi hari ini.

Ledakkan dunia globalisasi tanpa sempadan penyebaran pengaruh budaya barat tidak mampu dibendung. Media massa seperti media cetak, media elektronik dan internet dapat menyebarkan maklumat sepantas kilat. Penyalahgunaan

kemudahan teknologi di kalangan remaja menjadi faktor utama.

4.0

Saranan / Pendapat 4.1 Pada pandangan saya, isu sosial di kalangan remaja pada alaf globalisasi ini bukanlah asing bagi kita semua dan tidak harus dipandang ringan. Pokok pangkalnya ialah didikan agama pada peringkat awal kanak-kanak lagi. Di samping itu ibu bapa perlulah meluangkan masa bersama dengan anakanak pada setiap hari. Ini mungkin boleh dilakukan semasa waktu makan, menonton televisyen atau pun ketika anak-akan mengulangkaji pelajaran. Saya menyarankan agar ibu bapa hari ini janganlah mengejar kekayaan harta semata-mata. Anak-anak juga

merupakan harta yang tidak ternilai. Seharusnya harta inilah yang perlu diutamakan dan diberi perhatian yang lebih supaya

dapat menjadi pemimpin pada masa akan datang. Pemimpin yang boleh memakmurkan dunia. Para remaja juga disarankan supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak bermoral ini agar mereka mampu menjadi individu yang berguna demi agama, bangsa dan negara. 4.2 Saya bersetuju dengan cadangan Dr. Noran Fauziah supaya pihak sekolah mengadakan satu perjanjian berupa kontrak antara pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah bagi menangani masalah salah laku di sekolah. Kontrak merupakan perakuan pelajar dan ibu bapa bagi mematuhi peraturan sekolah dan sanggup menerima hukuman yang ditetapkan sekiranya didapati melanggar peraturan yang telah termaktub. Bagi melaksanakannya, pihak sekolah perlulah tegas tanpa bertolak ansur terhadap pelajar mahupun ibu bapa pelajar yang terlibat. Dengan adanya kontrak sebegini mungkin dapat melatih pelajar menjaga salah laku dan nama baik keluarga mereka. Jika kita lihat dalam bidang ketenteraan itu sendiri, askar dikenakan pelbagai hukuman mengikut kesalahan yang mereka lakukan. Pengajaran yang diberikan ini mampu mendidik yang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama. Kenapa tidak kita gunakan kontrak ini untuk mendidik pelajar kita kearah kebaikan. Pada pandangan saya, suatu perkara yang dilakukan ke arah kebaikan tidak menjadi kesalahan.


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1784
posted:1/13/2010
language:Malay
pages:11
Description: Membincangkan tingkah laku individu