Bangunan Bersejarah

Document Sample
Bangunan Bersejarah Powered By Docstoc
					Tajuk Kajian: Bangunan Bersejarah, Bangunan Sultan Abdul Samad Senarai Kandungan Bil. 1 2 3 4 4.1 4.2 Perkara Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Nama Bangunan Latar Belakang Muka Surat

4.2.1 Asal-Usul 4.2.2 Pengasas 4.2.3 Tarikh Pembinaan 4.2.4 Lokasi 4.2.5 Tujuan Pembinaan 4.2.6 Kos Pembinaan 4.2.7 Perasmian 4.3 Keistimewaan Bangunan

4.3.1 Reka Bentuk Bangunan 4.3.2 Bahan Binaan 4.3.3 Pengubahsuaian 4.3.4 Hiasan Dalaman 4.3.5 Penggunaan Dahulu dan Sekarang 4.3.6 Cara-cara Pembinaan 5 6 7 Rumusan Lampiran Rujukan

Penghargaan Terlebih dahulu Saya Muhamad Syazwan Bin Abdullah, merakamkan ribuan terima kasih kepada guru Sejarah saya, Encik Merais bin Ahmad kerana memberi tunjuk ajar dan membimbing saya semasa menyiapkan projek kerja kursus ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada puan pegetua iaitu Ustazah Hajjah Norlela Bt Haji Bujang kerana telah membenarkan kami menjalankan kerja khusus ini. Selain itu, kalungan penghargaan kepada Ibu bapa saya atas dorongan dan bantuan dari segi kewangan dan tenaga dalam membantu untuk mencari sumber bagi kawasan kajian. Tidak lupa juga kepada rakanrakan saya Mohd Syafiq Bin Mokhtar, Mohd Zularif Bin Ayup, Hijjas Hanafi dan pihak luar yang membantu untuk menjayakan projek ini secara langsung atau tidak langsung.

Objektif Kajian Di antara objektif kajian yang saya perolehi melalui kajian ke atas Bangunan Sultan Abdul Samad ialah: 1. Saya dapat mengetahui sejarah pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad. 2. Saya dapat mengetahui sejarah perkembangan dan pemuliharaan serta penyelenggaraan yang telah dilakukan ke atas Bangunan Sultan Abdul Samad. 3. Saya dapat manguasai kemahiran mencari maklumat, mengumpul, menganalisis, mentafsir serta merumus maklumat dan fakta yang saya perolehi tentang Bangunan Sultan Abdul Samad.

Kaedah kajian. Untuk menyiapkan kajian sejarah tentang Bangunan Sultan Abdul Samad, saya telah menggunakan pelbagai kaedah antara kaedah kaedah yang saya gunakan ialah: Melayari Internet Saya telah mencari maklumat mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad dengan melayari internet. Banyak maklumat yang saya telah perolehi melalui kaedah ini. Salah satu laman web yang banyak memberi maklumat ialah Wikipedia. Wikipedia ialah ensaiklopedia dari dalam internet. Laman web bagi Wikipedia ialah http://www.freeensiclopedia.com.my untuk mendapatkan maklumat dan gambar gambar yang lebih jelas mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad. Penyelidikan Saya telah membuat penyelidikan di perpustakaan awam dan juga kedai buku sebagai salah satu kaedah kajian. Saya juga mendapatkan maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad dengan meminjam buku dari perpustakaan dan rakan rakan saya. Analisis maklumat Saya telah mendapatkan maklumat dan membuat beberapa analisis dokumen seperti Majalah Kuntum(Ogos, 2007), Majalah Dewan Budaya (Januar, 2002).dan Keratan Akhbar Utusan Malaysia (5 Januari 2009), Warisan Tempat Menarik Lagi Bersejarah Di Kula Lumpur Dan Selangor, Buku Teks Sejarah Tingkatan 2.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. buku buku rujukan seperti Pengetahuan Am Di Malaysia 9 Dan Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (KBSM) untuk membolehkan saya menerangkan maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad. Temu ramah

Saya telah menemu ramah Johar melalui E-Mel untuk mendapatkan maklumat dari ahli Jabatan Warisan Negara. Ini membolehkan saya mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad.

Hasil Kajian Nama bangunan: Bangunan sultan abdul samad. Menurut sumber internet yang saya layari, iaitu http://malaysiana.pnp.my/senibina/b_bersejarah/bsultanabdsamad/html nama bangunan Sultan abdul samad diambil sempena nama sultan negeri selangor yang memerintah pada tahun 1857-1898. Latar belakang Asal usul Mengikut laman web yang saya telah layari iaitu http://malaysiana.pnp.my/senibina/seni%20Bina%20Web/bsultan_abdul_samad , bangunan ini dibina pada tahun1894-1897 telah dan menjadi pusat pentadbiran British dahulu. Bangunan ini diselitkan mengikut senibina masjid-masjid di India dan Afrika. Ini adalah Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan NegeriNegeri Melayu Bersekutu. Pengasas Mengikut sumber yang saya dapati dari Mjalah Dewan Budaya, Januari 2002, halaman 16-17, bangunan ini merupakan ilham Rasiden Inggeris, Gabenor William Maxwell pada tahun 1889-1892. Arkitek yang bertangungjawab menyempurnakan bangunan ini ialah A.C Norman yang dibantu oleh jurutera bangunan iaitu CE Spooner. Tarikh pembinaan Bangunan ini mula dibina pada tahun 1894. Bangunan ini mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1897. Meskinpun sudah 100

tahun terbina ia masih kukuh dan berdiri megah di tengah bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadi simbolik penting kepada negara kita. Lokasi Bangunan sultan abdul samad dibina di tempat yang amat strategik iaitu di tengah tengah Bandaraya Kuala Lumpur iaitu hadapan dengan Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia juga terletah berhampiran dengan dataran merdeka. Tujuan penubuhan bangunan Pada awalnya bangunan ini ditubuhkan untuk dijadikan bangunan kerajaan baru untuk menempatkan semua Jabatan Pentadbiran Negeri Negeri Melayu Bersekutu. Pada zaman sebelum merdeka pihak british telah menggunakan bangunan ini sebagai pusat Pentadbiran Negeri Negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Rasiden General Dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Jabatan ini menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah. Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978. Kos Pembinaan Bangunan ini mengambil menelan belanja sebanyak RM 152,000 dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika itu. Sekitar tahun 1978, keja kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya pada tahun 1984 dengan aggaran belanja sebanyak RM17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM200,000. Perasmian

Bangunan ini dibuka dengan rasminya pada tahun 1897 oleh Sultan Abdul Samad. Keistimewaan Bangunan Reka bentuk pelan Pelan ini adalah berdasarkan sumber internet yang saya perolehi iaitu http://malaysiana.pnp.my/senibina/b_bersejarah/bsultanabdsamad/pelan.html

Pelan Tingkat Bawah

Pelan Tingkat 1

Rajah 5: PELAN BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran/laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini.

Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat

tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik Mahkamah Agung.

Bahan binaan

Saya telah merujuk laman web http://malaysiana.pnp.my/senibina/b_bersejarah/bsultanabdsamad/pelan.html, kerja membangunkan bangunan ini telah menggunakan 4 juta buta-bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 paun tembaga, 50 tan besi, keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

Kegunaan dahulu dan sekarang

Semasa british menjajah negara kita suatu ketika dahulu bangunan ini digunakan sebagai Pentadbiran Negeri Negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Rasiden General Dan Pejabat Besar Pos.

Manakala selepas kemerdekaan pula ia digunakan sebagai Pejabat Setiausaha Negeri Selangor Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Perkaunan, Pejabat Am, tempat Majlis Mesyuarat Negeri Dan Pejabat Pos. Pada masa ini, bangunan ini dijadikan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenyah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Cara pembinaan

Bangunan ini dibuat dengan sangat teliti. Pembuatannya cukup mengkagumkan sesiapa yang melihatnya. Keunikan bangunan ini terserlah dengan susun atur di dinding luarnya. Bahagian permukaan dinding di luar tidak dicat dan batu batu diselang selikan

dengan jaluran simen dibuat secara melintang. Hampir semua tangga dibuat dalam bentuk pusingan dan kebanyakan dibina di menara kecil di setiap penjuru bangunan tersebut.

RUMUSAN Di sepanjang saya membuat kajian ini, saya telah sedar tentang betapa pentingnya kita mengetahui dan menghargai tentang warisan negara kita contohnya Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini adalah warisan sejarah dari nenek moyang kita yang berharga kerana ia mempunyai nilai nilai estetika yang tersendiri dan menggambarkan perkembangan sejarah yang pernah berlaku seperti negara kita yang dijajah British suatu ketika dahulu. Bangunan ini juga penting kepada industri perlancongan kerana ia dapat menarik pelancong asing ke negara kita untuk berkunjung ke tempat tempat bersejarah. Saya berasa bertuah kerana menjadi rakyat Malaysia yang banyak meninggalkan kesan peninggalan sejarah yang unik dan bermakna untuk dijadikan pengajaran kepada jenerasi yang akan datang. Semasa menjalankan kajian ini, saya dapat menghayati nilai kesabaran, da kerjasama antara rakan rakan. Secara tidak langsung saya dapat meningkatkan lagi kemahiran untuk berkomunikasi serta kemahiran untuk mendapatkan maklumat dengan cara yang betul. Pengalaman semasa menjalankan kajian ini, telah menyedarkan saya kepentingan mengenali warisan dan sejarah negara kita. Ia juga mengajar saya untuk menjaga warisan negara kita. Bersama samalah kita mencintai, menghargai dan memelihara warisa negara kita supaya ianya tidak lenyap ditelan zaman.

Rujukan Buku ilmiah Chen Voon Fee, 1998, Architecture (The Encyclopedia of Malaysia), Kuala Lumpur: Edition Didier millet Pte Ltd. Ghulam Jie M. Khan, 1994, Pengetahuan Am di Malaysia 9, Melaka: Associated Educational Distributors (M) Snd. Bhd. Ramlah Adam, Shakila Parween Yacob, Abdul Hakim Samuri Dan Muslimin Fadzil, 2008, Sejarah Tingkatan 5, Kuala Lumpur: DBP Masariah Binti Mispari, Johara Binti Abdul Wahab, dan Ridzuan Bin Hassan, 2003, Sejarah Tingkatan 2, Kuala Lumpur:DBP Koo Kee Peng, Wan Hasmah Binti Wan Mamat, dan Tay Siok Eian Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Kuala Lumpur:DBP Akhbar Utusan Melayu, 5 Januari 2009, Majalah Dewan budaya, januari 2002 dan Ogos 1988 Kuntum ogos 2007 Internet http://www.freeensiclopedia.com.my Bangunan Bersejarah Sultan Abdul Samad, http://malaysiana.pnp.my/senibina/bbersejarah/bsultanabdsamad/html Bangunan Warisan Sultan Abdul Samad, http://sejarahmalaysia.pnp.my/portalIBM/html

Maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad, http://www.heritage.gov.my/main/announcement/1567 Pelan Bagunan Sultan Abdul Samad, http://malaysiana.pnp.my/senibina/b_bersejarah/bsultanabdsamad/pelan.html Temu bual. Johar Bin Kadis, kakitangan Kementerian Kebudayaan dan Kesenian


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:7458
posted:1/13/2010
language:Malay
pages:13