Peperiksaan Akhir Semester Semester 2 Tahun 2005 SUBJEK

Document Sample
Peperiksaan Akhir Semester Semester 2 Tahun 2005 SUBJEK Powered By Docstoc
					                                           Southern College
                                            Kolej Selatan
                                              南方学院

                                   Peperiksaan Akhir Semester
                                    Semester 2 / Tahun 2005

SUBJEK                 :      PENDIDIKAN      MORAL
KOD SUBJEK             :      LAN1005
MASA                   :      2 ½ JAM
JABATAN                :      (UNTUK SEMUA JABATAN)
KELAS                  :      AC 05-B, BA 05-A, IB 05-A, MKT 05-A, BA 03-C, IB 03-C,
                              MKT 03-C, MIS 04-A, MIS 03-B, DOE 05-A, DOM 05-A,
                              CS05-B, DEE05-A, DEE04-AB, CBS 04-B.
PENYARAH               :      LEE LAI HENG
                              JADID BIN A.KADIR


Nama Pelajar           :



ID Pelajar             :




Arahan :

1) Kertas ini mengandungi dua bahagian; Bahagian'A'dan Bahagian'B'.

2) Bagi Bahagian 'A', jawab semua soalan. Bulatkan jawapan yang betul. Kembalikan kertas soalan.
3) Bagi Bahagian 'B' (Soalan Esei) jawab lima daripada lapan soalan. Gunakan kertas ruangan kosong untuk
menulis jawapan anda. Kembalikan Kertas soalan dan Kertas jawapan.
                                          PENDIDIKAN MORAL


Bahagian A (50 markah)


1. Semua pernyataan di bawah adalah pemyataan non-natif kecuali

   A. Rasuah adalah satu perbuatan yang terkutuk.
   B. Kereta baru itu sungguh cantik dan menawan.
               C. Pope John Paul merupakan seorang pemimipin agama yang berperibadi mulia.
               D. Pertandingan akhir bola sepak Piala Malaysia diadakan di Stadium Bukit Jalil.

2. Bersyukur, beriman dan bertakwa bolehlah dikategorikan sebagai nilai-nilai
   A. kepimpinan B. produktiviti C.
   keagamaan D. profesionalisme

3. Nilai intrinsik mempunyai ciri-ciri berikut
    I. merupakan kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira
          kesannya.
    II. berdasarkan kepada satu set kriteria yang dipersetujui ramai.
   III. tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
   IV. digolongkan sebagai nilai peringkat pertama.
   V. sebagai alat mencapai sesuatu matlamat.
             A. I, III dan IV B. I, II dan V C. II,
             III dan IV D. 1, III dan V
4. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). AIDS mengancam nyawa setiap individu, termasuk kanak-
kanak. Golongan berisiko tinggi menghidapi HIV positif ialah penagih dadah, pelacur dan pengamal homoseks.
Penilaian di atas adalah penilaian
    A. subjektif B. objektif C. relatif
    D. preskriptif




                                                       1/7
                                          PENDIDIKAN MORAL

5. Siapakah yang mendefinisikan etika sebagai peraturan dan prinsip yang menentukan sama ada sesuatu
perlakuan itu betui atau salah?
   A. Humber B. Robbin C.
   Valasquez D. Shaw

6. Manakah pernyataan yang merujuk kepada peraturan masyarakat?
   A. sesuatu yang fleksibel dan mudah berubah dari masa ke masa. B. bersifat semulajadi.
   C. bersifat konkrit dan ditetapkan oleh autoriti di dalam masyarakat. D. sesuatu yang tidak
   berlebihan dan tidakjuga terlalu kurang.
7. Seseorang askar yang terlibat dalam peperangan mungkin mendakwa bahawa apa yang dilakukannya hanya
sebagai memenuhi kehendak autoriti dan dengan itu kurang mengambil berat tentang kesan-kesan tindakannya.
Keadaan ini mencerminkan salah satu kesan buruk
   A. teori kemoralan sosial B. teori keperibadian
   mulia C. prinsip Utilitarianisme D. teori
   Deontologi

8. Konsep 'tekad baik' (good will) yang dikemukakan oleh Immanuel Kant merujuk
  kepada konsep
   A. kesungguhan B. kebebasan C.
   keadilan D. tanggungjawab

9. Aristotle mengatakan bahawa keperibadian mulia (virtue) dibina melalui
   A. tumbesaran dan perkembangan fizikal. B. peringkat-peringkat
   tertentu. C. warisan daripada keluarga. D. latihan dan latih tubi.




                                                     2/17
                                            PENDIDIKAN MORAL


10. Kebaikan yang dihasilkan daripada keperibadian mulia

A. adalah untuk sesuatu aktiviti yang spesifik.
B. adalah ia boleh dibenarkan mengambil waktu rehat untuk perlaksanaannya.
C. adalah luas dan boleh diaplikasikan terhadap banyak perkara.
D. adalah ia boleh dilupakan pada masa-masa tertentu.

11. Teori Teleologi menegaskan bahawa sesuatu kebaikan dan kejahatan

A. ditentukan oleh nilai sifatnya.
B. ditentukan oleh nilai instrumentalnya.
C. bergantung kepada sama ada ia merupakan satu kewajipan atau tidak.
D. bergantung kepada semua faktor di atas (A, B dan C)

12. Berikut adalah beberapa kritikan terhadap prinsip kewajipan

   I. apabila kewajipan berkonflik, sukar untuk memilih yang mana satu patut diutamakan.
   II. mendorong sesetengah individu berlaku tidak jujur dan ikhlas.
  III. apa yang dianggap sebagai kewajipan kadang-kadang sesuatu yang kabur.
  IV. prinsip kewajipan seringkali berkaitan dengan kepentingan diri sendiri.
  V. melakukan sesuatu yang tidak bermakna semata-mata atas sebab perintah dan arahan.

           A. I, II dan V B. I, II dan IV C. HI, IV
           dan V D. II, III dan V

13. Teori yang melihat sesuatu nilai itu baikjika menguntungkan diri sendiri dan buruk jika merugikan diri
   sendiri ialah

   A. Teori Utilitarianisme B. Teori Eksistensialisme
   C. Teori Konsekuensialisme D. Teori Egoisme

14. Ahli falsafah Perancis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa existence percedes essence
   (kewujudan mendahului intipati) ialah

   A. OnoraO'neill B. Thomas Hobbes C.
   Jean-Paul Sartre D. Frankena, W.K.




                                                        3/17
                                                 PENDIDIKAN MORAL


15. Kepedulian dan keadilan memiliki satu ciri persamaan iaitu
A. kedua-duanya adalah komponen-komponen penting dalam Kandungan Etika. B. kedua-duanya melibatkan
fikiran yang rasional. C. Dimensi Etika terdiri daripada kedua-duanya. D. semua di atas (A, B dan C) adalah
salah.
16. Dalam disiplin etika, terdapat duajenis nilai iaitu nilai "primary' dan nilai sekunder. Berikut adalah beberapa
    contoh NILAI SEKUNDER

   I. keberanian
   II. kerajinan
  III. keadilan
  IV. kesabaran
  V. kebijaksanaan
            A. II, III dan IV B. I, III dan V C. I, II, III
            dan IV D. I, II, IV dan V

17. Ajaran Buddha menunjukkan cara untuk menamatkan kesengsaraan (mencapai
   nirvana). Caranya ialah dengan mengikut Jalan Lapan Lapis Mulia. Di antara berikut manakah yang bukan
   Jalan Lapis Mulia?
A. Pemahaman Benar B. Kehidupan Benar C.
Nafsu yang Benar D. Usaha yang Benar

18. Salah satu ajaran Taoisme ialah Yang Dua Melahirkan Yang Tiga. "Tiga" yang dimaksudkan adalah
A. Syurga, Bumi dan Manusia. B. Harmoni, Tenaga dan
Haba. C. Manusia, Binatang dan Jin. D. Tanah, Angin
dan Api.

19. Confucius terkenal sebagai
      A. pemimpin dan pentadbir agung Cina. B. pemelihara dan pencipta
      tamadun Cina. C. pengasas teori agama dan kepercayaan Cina. D. semua
      sekali di atas.




                                                              4/17
                                          PENDIDIKAN MORAL


20. Upanishad merupakan sebahagian dari

   A. veda agama Hindu. B. kitab agama Buddha. C.
   teks agama Bahai. D. buku suci agama Sikh.
21. Rukun yang kedua dalam Ten Commendments (Sepuluh Rukun) ajaran Kristian ialah

   A. hormati Hari Sabbath dengan memuliakannya. B. jangan menyembah
   berhala dalam apa pun bentuk. C. jangan berzina. D. hormati ibu bapa.
22. Apakah falsafah yang hendak dibawa oleh perayaan Deepavali?

   A. kejayaan kuasa baik mengatasi kuasajahat. B. tumpuan setiap individu ialah untuk mencapai kerohanian
   dan bersatu dengan
    pencipta. C. setiap tindakan yang dihasratkan akan menjanakan keadaan-keadaan untuk satu
    kesan yang lain. D. tuhanlah satu-satunya yang dapat menghapuskan kejahilan manusia.
23. Hari ............... dirayakan untuk mengingati kebangkitan semula (ressurrection)
   Jesus Christ.

   A. Easter B. Sabbath C. Krismas
   D. Natal

24. Perihal bagaimana Tuhan mencipta alam dalam masa enam hari tercatit dalam kitab agama Kristian yang
dipanggil
   A. Old Testament
   B. Proverbs
   C. The Thirty Wise Sayings
   D. News Testament




                                                    5/17
                                                PENDIDIKAN MORAL


25. .................... ialah perkataan Arab yang membawa maksud kepercayaan,
            keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku.

       A. Aqidah B. Akhlak C.
       Ibadah D. Taqwa

26. Dalam gesaan perlakuan kebajikan dan larangan terhadap segala bentuk kemugkaran, Al- Quran tidak membuat
    arahan terhadap orang Islam sahaja malah kepada sekalian manusia. Keadaan ini sesuai dengan

       A. kesucian ayat Al-Quran. B. kemiirnian isi Al-
       Quran. C. keaslian kandungan Al-Quran. D.
       kesejagatan fungsi Al-Quran.

27. * berkuasa menyempumakan keperluan hidup manusia.
    * berkuasa mei-nberikan perlindungan.
    * berkuasa memberi ketenangan.
    * kekuasaannya adalah mutlak dan tidak ada tolok bandingnya.
    * Dia Maha Agung dan Maha Perkasa.
    * Dia mestilah bersifat mengatasi segala yang baru.

    Bagi penganut Islam sifat-sifat di atas hanya dimiliki oleh

       A. Rasul B. Malaikat C. Allah D.
       Wali Allah

28. Manakah yang tidak benar mengenai Nabi Muhammad?

       A. Rasul akhir zaman.
       B. contoh terbaik bagi pembinaan akhlak Islam.
           C. baginda berhijrah ke Mekah dari Medina untuk mengembangkan agama Islam. D. baginda bergelar al-
                                          Amin oleh pembesar Quraisy kerana memiliki keperibadian yang mulia.

29. Penjelasan tentang Tuhan dalam agama Sikh hampir sama seperti agama

       A. Hindu dan Buddha. B. Kristian dan Islam.
       C. Buddha dan Kristian. D. Islam dan Hindu.




                                                           6/17
                                           PENDIDIKAN MORAL

30. Selepas matinya Guru yang kesepuluh (Guru Gobind Singh), apakah yang dianggap sebagai Guru oleh
    orang Sikh?

A. Har Krishan dan Ram Das.
B. Vasakhi dan Hargobind.
C. Kitab Suci dan Kaum Khalsa.
D. Guru Granth Sahib Ji dan Anggad Dev

31. Kesemua di bawah merupakan persamaan nilai di kalangan orang Melayu, Cina dan India di Malaysia
    kecuali

A. menghormati ibu bapa, orang tua dan orang yang bijaksana.
B. pencapaian mobiliti sosio ekonomi perlu untuk keluarga yang harmonis.
C. keluarga sebagai asas bagi komuniti.
D. kemoralan sosial kolektifpenting untuk kebahagiaan dan keharmonian.

32. Dua contoh nilai tradisional orang Melayu ialah nilai gotong royong dan nilai budi bahasa sementara dua
    contoh nilai negatif masyarakat moden ialah nilai .......... dan
nilai ............. .

       A. kebendaan dan individualistik. B. kapitalistik dan
       kesyukuran. C. kejujuran dan kepimpinan. D. sekular
       dan merendah diri.

33. Kebahagiaan dan penderitaan berpunca daripada penimbunan amalan seseorang dalam kehidupan yang lalu.
    Ini merupakan elemen penting sistem nilai Hindu yang dipanggil

A. Vidyaa B. Dharma C. Showcha D.
Karma

34. Satu puisi Tamil purba yang menekankan tentang pentingnya kehidupan berkomuniti menyebut "setiap
     bandar ialah kampungku, setiap orang ialah saudaraku ..............
kita tidak takjub dengan manusia agung, ..........................." (Lengkapkan
bahagian akhir puisi ini).

A. kita tidak mencerca golongan kasta rendah.
B. kita tidak kagum dengan manusia berdarjat tinggi.
C. kita tidak menghina orang lemah dan serba kurang.
D. kita tidak memandang rendah terhadap orang cacat dan kurang berupaya.




                                                    7/17
                                          PENDIDIKAN MORAL
35. Dalam strategi Pembinaan Hirarki Nilai (bagi menyelesaikan sesuatu konflik moral) seseorang harus
berupaya mengenal pasti nilai-nilai yang asas dan nilai-nilai yang kurang asas. Di antara berikut manakah yang
dianggap sebagai nilai-nilai asas?

    I. kehidupan
    II. masa lapang
  III. keselamatan
  IV. pengangkutan
  V. kesihatan

           A. 1,11 dan IV B. II, III dan IV C. II,
           IV dan V D. I, 111 dan V

36. Konflik bermaksud ketegangan yang timbul apabila terdapat beberapa pilihan ............. dalam usaha
menangani sesuatu isu.

   A. yang berbeza dan tidak sepadan.
   B. yang hampir sama bentuknya dan menghasilkan kesan yang serupa.
   C. samara-samar dan mengelirukan.
   D. yang bertentangan dengan nilai tradisional.

37. K-elemahan-kelemahan strategi pencairan masalah di antaranya ialah

   I. tidak membina perwatakan.
   II. menghasilkan penyelesaian dengan cara yang terlalu tegas.
  III. menghalang penggunaan alternatif lain bagi menghindarkan masalah.
  IV. masalah sama akan berulang pada masa lain.
  V. menggalakkan seseorang mengelak daripada berdepan secara langsung dengan konflik.

           A. IdanV B. II dan IV C. Ill dan
           V D. I dan III

38. Menurut komen dan susun atur strategi oleh Scherer, Et.Al. jika terdapat konflik serius dan tiada hirarki
nilai yang objektif, .................. merupakan strategi yang sesuai untuk mengatasi konflik tersebut.

   A. strategi Analisis Nilai
   B. strategi Kompromi
   C. strategi Perkembangan Moral Kognitif
   D. gabungan ketiga-tiga strategi di atas (A, B dan C)




                                                      8/17
                                         PENDIDIKAN MORAL

39. Anda terperangkap dalam satu situasi iaitu sama ada mahu memenuhi pennintaan kekasih atau pun
iTiengutamakan kehendak ibu bapa. Ketegangan yang timbul ini boleh dikategorikan sebagai

   A. konflik antara nilai B. konflik antara tindakan C.
   konflik antara individu D. konflik antara peraturan
40. Apakah akibat yang terjadi sekiranya seseorang peniaga mengutamakan keuntungan semata-mata?

   A. beliau akan mengalami perasaan bersalah (guilty conscious) B. beliau melanggar Akta
   Hak Cipta C. beliau akan berdepan dengan masalah mendapat bekalan. D. beliau
   mengabaikan tanggungjawabnya kepada masyarakat.

41. Manakah yang dianggap bertentangan dengan etika pemiagaan?

    A. mengiktirafhak pengguna.
    B. mengelak daripada membayar cukai.
    C. menjauhkan diri dari amalan penipuan.
    D. mengurangkan kos pengeluaran untuk mempertingkatkan keuntungan.
42. Seorang peniaga bukan sahaja berhubung kerap dengan pembeli / pengguna tetapi juga individu-individu
lain seperti di bawah ini kecuali

   A. pembekal B. pekerja C.
   penghibur D. pemodal

43. Pemegang saham sebuah syarikat pemiagaan mempercayai pelaburannya akan
   membawa pulangan yang menguntungkan syarikat berkenaan dan dalam jangka masa panjang akan
   menguntungkan dirinyajuga. Individu serupa ini adalah pemegang kepada prinsip moral

   A. egoisme B. konservatisme C.
   kapitalisme D. utilitarianisme




                                                    9/17
                                             PENDIDIKAN MORAL


44. Pengguna sepatutnya sanggup membayar lebih untuk barangan yang ..............
    supaya tidak merugikan peniaga.

   A. berjenama B. bertanda harga C.
   terkawal D. bermutu

45. Apakah sifat-sifat majikan yang unggul terhadap pekerja?

     I. menjaga kebajikan pekerja.
     II. tidak melakukan diskriminasi.
III. peluang naik pangkat diberikan kepada pekerja yang dikenali rapat.
IV. sanggup menerii-na cadangan dan teguran pekerja.
V. membayar gaji lebih awal dari masa sepatutnya.

           A. I, H dan III B. Ill, IV dan V C. II,
           IV dan V D. I, II dan IV

46. Pembelian barangan secara berhutang dengan syarikat kewangan tertakluk kepada

   A. Akta Perihal Dagangan B. Akta Jualan
   Langsung C. Akta Sewa Beli D. Akta Syarikat

47. Di Malaysia golongan manakah yang terkecuali dari dikenakan hukuman mati mandatori?

   A. perempuan hamil dan individu di bawah umur.
   B. orang dewasa berumur 50 tahun ke atas dan warganegara asing.
                                   C. penghidap penyakit merbahaya dan individu yang tidak pemah melakukan
   jenayah berat. D. semua di atas ( A, B dan C)

48. Pihak penenetang hukuman mati memberi beberapa alasan mengapa hukuman tersebut tidak patut
    dijalankan. Berikut adalah alasan-alasannya kecuali

   A. tidak berperikemanusiaan dan tidak bertamadun. B. menjatuhkan
   martabat manusia. C. kemungkinan hukuman tidak adil.
           D. pembunuhan dilakukan dalam keadaan pembunuh tidak sedar dan tidak dapat mengawal perasaan.




                                                     10/17
                                               PENDIDIKAN MORAL


49. Mengapa semua agama di Malaysia menentang hubungan sejenis (homoseksualiti)?

        I. satu penyakit gejala sosial yang serius.
        II. menghina tabii semulajadi manusia.
      III. perlakuan di luar batas kemanusiaan.
      IV. perbuatan terkutuk.

               A. I. II dan III B. II. Ill dan IV C. I,II dan
               IV D. semua di atas.

50. Golongan manakah yang tidak mungkin dijangkiti HIV dan penyakit AIDS?

A. golongan berkongsi jarum di kalangan penagih dadah.
B. mereka yang berkongsi kolam renang.
C. mereka yang kerap melakukan hubungan seks dengan pelacur.
D. janin-janin yang dikandung oleh ibu-ibu hamil yang dijangkiti virus HIV.




                                                      11/17
                                         PENDIDIKAN MORAL

Bahagian B ( Soalan Esei)


Arahan :   Pilih LIMA daripada soalan-soalan berikut. Tulis jawapan anda pada ruangan kosong yang
               disediakan. Tulis Nama, Kelas dan No. ID pada kertas jawapan anda ( 50 markah).


Soalan 1
Bincangkan sumber akhlak dan dasar akhlak Islam.
                                                                                            (lOmarkah)

Soalan 2

Terangkan LIMA mazhab tradisi Kristianiti (Christianity).
                                                                                            (lOmarkah)

Soalan 3
Bentuk Etika boleh dibahagikan kepada dua bahagian; keadilan dan kepedulian.
Huraikan kedua-dua bahagian tersebut.
                                                                                            (lOmarkah)

Soalan 4
  a. Apakah yang dimaksudkan dengan kompromi?                                               (4markah)
  b. Kemukakan satu contoh / kes yang berjaya diselesaikan
menggunakan strategi kompromi.                                                               (6markah)

Soalan 5
Dalam kebudayaan orang Cina, dipercayai bahawa asas bagi keluarga yang harmonis dan
stabil bergantung kepada pengurusan hubungan manusia serta sumber ekonomi yang ada.
Bincangkan.
                                                                                            (lOmarkah)

Soalan 6
  a. Apakah yang anda faham tentang etika pemiagaan?                                        (4markah)
  b. Beri TIGA kepentingan etika pemiagaan.                                                 (6markah)

Soalan 7
a. Apakah jenis-jenis kesalahan jenayah yang tertakluk kepada hukuman mati di
Malaysia?                                                                                   (4markah)
b. Berikan TIGA alasan yang menyokong undang-undang hukuman mati.                           (6markah)

Soalan 8
Secara ringkas kemukakan satu isu moral / etika yang anda tahu. Esei anda hendaklah menyentuh fakta dan
prinsip moral, contoh-contoh yangjelas dan cadangan terhadap isu yang d i p i 1 ih.
                                                                                             (10 markah)
12/17