Docstoc

jejakpembelajaran kaedah penyelidikan

Document Sample
jejakpembelajaran kaedah penyelidikan Powered By Docstoc
					MOHD AZLI BIN YEOP [M20092001082] - UPSI
Jejak Pembelajaran 1 UKP6013 Pendahuluan Secara amnya kemajuan yang dicapai di dunia ini adalah hasil dari penyelidikan yang dijalankan oleh manusia. Kehidupan seharian manusia juga sentiasa dipengaruhi oleh hasil-hasil penyelidikan. Penyelidikan sentiasa dilakukan oleh seluruh lapisan masyarakat manusia. Penyelidikanpenyelidikan dijalankan samada untuk mengetahui apa yang sedang, telah dan akan berlaku bagi menambahkan pengetahuan manusia. Dunia pendidikan sememangnya tidak dapat lari dari budaya penyelidikan. Secara dasarnya dunia pendidikan itu sendiri berkembang melalui penyelidikan yang dijalankan. Terdapat banyak kajian dan penyelidikan yang dijalankan dalam dunia pendidikan selama ini dan ianya banyak membantu dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Penyelidikan di definasikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan manusia sejagat. (Manheim, 1977) Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan mengunakan kaedah mengenalpasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh sarjana-sarjana didalam bidang tersebut. (Helmstadter, 1970) Penyelidikan boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti. (Ahmad Mahdzan, 2004)

Pengalaman lalu berkaitan Bidang Penyelidikan Sebagai pelajar/guru pelatih Maktab Perguruan: di sini saya telah mula didedahkan dengan penyelidikan atau kajian ringkas tetapi secara amat asas dan format penyelidikan dan kajian yang mudah. Pengalaman sebagai guru di SM Sains Sultan Mohamad Jiwa Sg. Petani, saya terdedah dengan kajian dan penyelidikan berkaitan Sekolah Bestari tahun 1997 dan 1998. Terlibat sebagai sample/responden kajian bagi menjawab soal selidik dan temubual yang dijalankan. Juga telibat dalam penyelidikan yang dilakukan oleh pihak-pihak lain seperti pelajar dan pensyarah universiti serta pihak nazir sekolah

MOHD AZLI BIN YEOP [M20092001082] - UPSI
berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman ini membantu saya dalam pemahaman berkaitan instrument kajian, di mana terdapat beberapa instrument yang saya lalui seperti borang soal selidik, soalan temuduga dan aspek-aspek pemerhatian. Sesungguhnya pengalaman ini juga mendedahkan saya terhadap ‘people skill’ penyelidik dalam menjayakan penyelidikannya.

Pengalaman sebagai pelajar universiti : UPSI peringkat sarjana muda pendidikan ( teknologi maklumat ) tahun 1999 - 2002, saya didedah dengan kuliah dan tugasan bagi Kursus Perkaedahan dan Penyelidikan Teknologi Maklumat serta kuliah Perkaedahan dan Penyelidikan Matematik. Pengalaman pada peringkat ini banyak mendedahkan saya kepada teori dan praktikal berkaitan bidang penyelidikan pendidikan. Secara amnya saya telah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam membuat penyelidikan tetapi masih terdapat kekeliruan dan kekaburan berkaitan format, pengenalpastian pembolehubah-pembolehubah yang ada dan kaedah analisis data yang hendak diguna pakai. Dan saya sedar bahawa proses penyelidikan memerlukan tumpuan dan komitmen yang tinggi bagi mendapatkan hasil penyelidikan yang berkualiti dan diterima pakai oleh masyarakat umum.

Saya juga mendapat pendedahan dalam bidang penyelidikan semasa kursus intervensi HLP anjuran Bahagian Tajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, pada 30 Jun 2009 hinga 3 Julai 2009 bertempat di Hotel Selesa Beach Resort Port Dickson. Kursus ini dijalankan untuk penerima-penerima biasiswa KPM sebagai persedian untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Phd. Penceramah yang terlibat ialah pegawai-pegawai daripada EPRD, antaranya ialah Dr Maimunah Muda, Dr Faridah Abu Hassan, Dr Mohd Suhaimi Mohd Ali, Dr Soon Seng Thah, Dr Azlin Norhaini Mansor, Dr Latip Muhammad dan Dr Mohd Zaini Mohd Zain. Pendedahan dalam bidang penyelidikan yang diberikan adalah berkaitan asas-asas penyelidikan dan persedian untuk menjalankan penyelidikan. Secara umumnya kursus ini banyak memberi input dan impak baru kepada pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang penyelidikan ini. Namun begitu, ianya hanyalah berkisar kepada konsep dan teori sahaja.

Rumusan Sesungguhnya bidang penyelidikan ini tidak asing bagi saya, setelah pendedahan yang berterusan semenjak menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan, pengalaman sebagai responden

MOHD AZLI BIN YEOP [M20092001082] - UPSI
semasa menjadi guru di sekolah, terlibat dengan kuliah teori dan praktikal dalam bidang penyelidikan semasa melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda pendidikan serta kursus intevensi bagi penerima-penerima biasiswa KPM. Namun begitu, aspek-aspek perincian berkaitan penyelidikan seperti kaedah analisis data, perkaitan antara pembolehubah dengan pembolehubah yang ada, aspek pemilihan sample kajian, membina instrument kajian dan reka bentuk penyelidikan masih menjadi persoalan yang besar bagi saya. Saya juga sedar untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti memerlukan usaha yang tekun, istiqamah dalam amalan, disiplin diri serta komitmen yang sangat tinggi. Semoga dengan mengikuti kuliah UKP6013 bersama Prof. Dr Othman Lebar ini dapat membantu saya menghalusi kaedah-kaedah penyelidikan pendidikan serta meningkatkan pemahaman dalam bidang ini dan seterusnya dapat menghasilkan penyelidikan yang berkualiti. Insyaallah.

MOHD AZLI BIN YEOP [M20092001082] - UPSI

Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara , menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam. Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan mengintrepretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima didalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang undang dan peraturan baru atau yang digunapakai semula. (Woolf, 1975 mukasurat 984) Penyelidikan adalah persoalan berhati-hati atau pengujian bertujuan mendapatkan atau menemukan maklumat atau perhubungan dan mengembangkan dan mengesahkan pengetahuan tersedia (Rummel dan Ballaine – Research and Methodology in Business) Penyelidikan Saintifik adalah kaedah penyelidikan bersistematik dan diperhalusi dengan mengunakan peralatan dan prosedur tertentu bagi mendapatkan penyelesaian bermakna bagi sesuatu masaalah dari pengunaan kaedah yang tidak membawa makna (Rummel dan Ballaine – Research and Methodology in Business)

Tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambahkan ilmu pengetahuan baru, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat baru. (Ahmad Mahzan Ayob, 1983)
Kemajuan yang dicapai di dunia ini adalah hasil dari penyelidkan yang dijalankan oleh manusia. Kehidupan seharian manusia juga sentiasa dipengaruhi oleh hasil-hasil penyelidikan. Penyelidikan sentiasa dilakukan oleh seluruh lapisan masyarakat manusia. Organisasi kerajaan dan swasta sentiasa menjalankan penyelidikan yang dirancang dengan teliti untuk memperbaiki lagi perkhidmatan dan produktiviti masing-masing. Ahli-ahli antropologi pula sentiasa menjalankan penyelidikan tentang kesan-kesan tinggalan tamadun silam untuk mengetahui corak kehidupan dahulukala. Penyelidikan-penyelidikan dijalankan samada untuk mengetahui apa yang sedang, telah dan akan berlaku bagi menambahkan pengetahuan manusia. Ada manusia mendapat pengetahuan baru secara spontan, melalui pengalaman dan wahyu dari Allah, tetapi terdapat manusia yang memperolehi pengetahuan melalui metod yang logik untuk mendapatkan generalisasi yang dinamakan pengetahuan.

MOHD AZLI BIN YEOP [M20092001082] - UPSI
Tujuan penyelidikan.
     

 

Membantu manusia memahami sesuatu masalah. Menyampaikan idea dan maklumat kepada ahli masyarakat melalui laporan yang jelas. Menilai laporan penyelidikan dan mengendalikan penyelidikan yang serupa (jika ada) untuk mendapatkan bukti yang lanjut oleh penyelidik lain. Data yang dikumpulkan melalui penyelidikan dipergunakan sebagai asas untuk membuat keputusan oleh orang yang menjalankan penyelidikan atau pihak lain (penaja). Exploratory studies - to explore or investigate little understood phenomena and discover the important underlying patterns, themes, and factors which affect them. Explanatory studies - the researcher is interested in explaining the forces causing a particular phenomenon, and in identifying important events, beliefs, attitudes, and/or policies which might be shaping the phenomenon. Predictive studies - involves the planned investigation of the outcome of a particular prediction or set of predictions. The main purposes of research is to develope new knowledge.


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:664
posted:1/8/2010
language:Malay
pages:5
Description: pengalaman pembelajaran penyelidikan pendidikan