SURAT PEKELILING PENTADBIRAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA BIL. 8 TAHUN

Document Sample
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA BIL. 8 TAHUN Powered By Docstoc
					                                                                  UPSI/PEND/220/3.1
                                                                     Julai 2002
                                                                     Jamadilawal 1423H

Semua Ketua Jabatan


Y. Bhg. Dato'/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA BIL. 8 TAHUN 2002 :
Urusan Tempahan Jamuan Mesyuarat

Perkara di atas adalah dirujuk.


2.      Adalah dimaklumkan bahawa mulai Julai 2002 segala urusan tempahan jamuan untuk
mesyuarat yang dikendalikan oleh Jabatan Y. Bhg. Dato'/Tuan/Puan hendaklah diuruskan
sendiri dengan pihak kafetaria menggunakan peruntukan Jabatan masing-masing.


3.      Walau bagaimanapun urusan tempahan Bilik Mesyuarat BC 2-7, BC 2-8, Bilik Mesyuarat
Sumber Manusia dan Bilik Mesyuarat Utama (BMU) masih lagi dikendalikan oleh Bahagian
Sumber Manusia. Sila berhubung dengan Encik Razali bin Ahmad (ext. 6344) untuk urusan
tempahan bilik-bilik tersebut.


Sekian dimaklumkan dan terima kasih.



" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "


Yang benar,




(RUSLEY BIN TAIB)
Pendaftar

s.k.:   Y. Bhg. Dato' Naib Canselor
        Timbalan Naib Canselor (Akademik)
        Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)