BAHAGIAN PENGURUSAN DAN SUMBER MANUSIA by kellena99

VIEWS: 2,429 PAGES: 9

									BAHAGIAN PENGURUSAN DAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
BLOK C6, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62514 PUTRAJAYA

PEPERIKSAAN YANG WAJIB LULUS BAGI PEMBANTU PERANGKAAN GRED E17
DALAM TEMPOH PERCUBAAN UNTUK TUJUAN PENGESAHAN DALAM
PERKHIDMATAN

1. PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UTAMA                           BAGI    KUMPULAN
   SOKONGAN YANG SETARAF DENGAN KUMPULAN C


       Kod Peperiksaan              :      7102 A

       Bahagian I                   :      Perintah Am, Arahan Pentadbiran dan
                                           Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

       Kekerapan Peperiksaan        :      2 kali setahun

       Tarikh Peperiksaan           :      Bulan Februari dan Ogos

       Peperiksaan dikendalikan     :      Cawangan Kompetensi
       oleh                                Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

       Permohonan dikemukakan       :      Cawangan Kompetensi
                                           Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

       Borang Permohonan            :      LPKPA 2/04


2. PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU PERANGKAAN GRED E17

       Bahagian II                  :      Konsep dan Hitungan

       Bahagian IIIA                :      Teknik Luar (Teori)

       Bahagian IIIB                :      Teknik Luar (Lisan)

       Kekerapan Peperiksaan        :      2 Kali setahun

       Tarikh Peperiksaan           :      Bulan April dan Ogos

       Peperiksaan dikendalikan     :      Panel Subjek Jabatan ‘B’
       oleh                                Jabatan Perangkaan Malaysia

       Permohonan dikemukakan       :      Unit Kompetensi
       kepada                              Jabatan Perangkaan Malaysia

       Borang Permohonan            :      JP/PPE17


*   Tarikh tutup permohonan ialah 45 hari sebelum tarikh hari pertama peperiksaan
*   Permohonan yang lewat akan ditolak
*   Calon-calon yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan
*   Permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Bahagian/Negeri

                                           1
            SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI PEMBANTU
          PERANGKAAN GRED E17 DI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA


1.    Tarikh Sukatan Peperiksaan :          1 Ogos 1994
      Berkuatkuasa


2.        Matlamat Sukatan          :       Bagi membolehkan pegawai-pegawai dalam
                                            kumpulan sokongan yang setaraf dengan
                                            kumpulan C mengetahui pengetahuan asas
                                            mengenai Perintah - perintah dan Arahan -
                                            arahan yang berkaitan dengan pentadbiran
                                            yang secara langsung atau tidak langsung
                                            berkaitan dengan kerja - kerja pegawai
                                            berkenaan.


3.    Tujuan Peperiksaan            :       i) Untuk pengesahan dalam perkhidmatan
                                               bagi Pembantu Perangkaan Gred E17
                                               yang dilantik terus.

                                            ii) Untuk memenuhi sebahagian daripada
                                                syarat pertimbangan kenaikan pangkat
                                                bagi Pembantu Perangkaan Gred E17
                                                yang dilantik secara kenaikan Pangkat
                                                secara lantikan.


4.    Pegawai yang layak            :       i) Pembantu Perangkaan Gred E17 yang
      mengambil peperiksaan ini                masih belum disahkan dalam perkhidmatan

                                            ii) Pembantu Perangkaan Gred E17 yang
                                                dilantik secara kenaikan pangkat secara
                                                lantikan.


5.   Sukatan peperiksaan                :   (termasuk masa & soalan)


     BAHAGIAN –        PERINTAH AM, ARAHAN PENTADBIRAN DAN PEKELILING
                       KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM


     Soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan kepada perkara
     berikut:

     A.       Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan
              Penamatan Perkhidmatan) 2005


     B.       Perintah Am Bab B

              i)     Elaun-elaun kerana bertugas
              ii)    Kemudahan-kemudahan perjalanan
              iii)   Elaun-elaun kerana berkursus
              iv)    Elaun-elaun pelbagai
                                            2
C.   Perintah Am Bab C

     a.        Cuti yang diberi kerana perkhidmatan
     b.        Cuti tidak berekod


D.   Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993


E.   Perintah Am Bab F

     a.        Rawatan perubatan untuk pegawai-pegawai
     b.        Bayaran dan peraturan wad


F.   Perintah Am Bab G

     a.         Waktu bekerja dan lebih masa


G.   Panduan Pengurusan Pejabat (Arahan Perkhidmatan)


H.   Arahan Perbendaharaan

     Bab B - Acara Pengakaunan

                  I.    Mengawal terimaan dan bayaran dan menyimpan awam
                        i.   Am
                        ii.  Terimaan
                        iii. Bayaran

                  II.   Acara mengenai barang-barang dan kerja-kerja
                        i.   Am
                        ii.  Pembelian, Tender dan Kontrak


I.   Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam


          i)    PKPA Bil. 1/91 - Panduan Meningkat Kualiti Layanan Urusan
                Melalui Telefon.

     ii)        PKPA Bil. 2/91 - Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan
                Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan.

     iii)       PKPA Bil. 3/91 - Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam.

     iv)        PKPA Bil. 4/91 - Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi
                Peningkatan Kualiti Bagi Perkhidmatan Awam.

     v)         PKPA Bil. 7/91 - Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu
                Kerja (KMK).

     vi)        PKPA Bil. 8/91 -Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail
                Meja.



                                      3
              vii)       PKPA Bil. 10/91 - Panduan Mengenai Peningkatan Kualiti
                         Perkhidmatan Kaunter.

              viii)      PKPA Bil. 1/92 - Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)
                         Bagi Perkhidmatan Awam.

              ix)        Lain-lain Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang dikeluarkan
                         dari masa ke semasa.


                                  Soalan :       40 (Aneka Pilihan)
                                  Masa :         1 Jam


      Calon adalah dibenarkan merujuk kepada Perintah Am, Arahan Perkhidmatan,
      Arahan Perbendaharaan, Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang
      berkenaan semasa peperiksaan.



BAHAGIAN II - KONSEP DAN HITUNGAN

Soalan-soalan akan ditanya berdasarkan kepada perkara berikut:

A.     Asas Statistik dan Matematik

       i.    Ukuran Kecenderungan Pusat (untuk data berkumpulan)
             a. Min
             b. Median
             c. Mod

      ii.    Pengukur Relatif
             a. Peratus

             b. Kadar
                - Kadar pengangguran
                - Kadar kelahiran
                - Kadar kematian
                - Kadar pertumbuhan
                - Kadar hasil pertanian

             c.       Nisbah

             d. Indeks
                - indeks harga-harga
                - indeks pengeluaran perindustrian

      iii.   Pembulatan dan Angka Signifikan
             a. Membulat angka
             b. Mencari angka signifikan

       iv.   Penukaran Unit Ukuran
             Penukaran unit ukuran panjang, berat, luas dan isipadu ke sistem matrik
             dan sebaliknya.

       v.    Algebra Mudah
             a. Persamaan mudah
             b. Persamaan serentak
                                             4
     vi.     Jenis Data
             a. Data diskrit
             b. Data selanjar
             c. Data kuantitatif
             d. Data kualitatif

     vii.    Taburan Kekerapan
             a. Kelas dan sela kelas, kelas sama, kelas tak sama dan kelas terbuka
             b. Kekerapan kumulatif dan relatif
             c. Persembahan taburan kekerapan dalam bentuk grafik (histogram dan
                polygon).

     viii.   Persembahan Data secara Graf
             a. Persembahan data secara graf melalui carta turus (carta turus mudah
                 carta turus komponen, carta turus terkumpul, carta turus peratusan,
                 carta turus dua pihak): pictogram:kartogram: carta pai/bulatan: graf
                 garisan.
             b. Kebaikan dan kelemahan persembahan data secara graf.

     ix.     Penakbiran Statistik
             a. konsep dan perbandingan populasi dan sampel
             b. Jenis-jenis pensampelan
                - pensampelan rawak mudah
                - pensampelan bersistematik
             c. Ralat pensampelan dan ralat bukan pensampelan

     x.      Jadual Nombor Rambang
             Menggunakan jadual-jadual nombor rambang dalam memilih unit-unit
             perangkaan seperti tempat kediaman, pertubuhan, punca pungutan harga
             dan sebagainya.

B.   Konsep-konsep Asas Penyiasatan Isi Rumah dan Ekonomi

     i.      Konsep-konsep yang digunakan dalam penyiasatan-penyiasatan isi rumah
             dan pungutan harga-harga.

             Blok penghitungan, unit bangunan, tempat kediaman(TK), isi rumah, ahli isi
             rumah, ketua isi rumah, TK kosong, tiada sesiapa di rumah, pampasan
             pekerja, dividen, perbelanjaan isi rumah, perbelanjaan bukan isi rumah,
             mengganggur secara aktif, mengganggur secara pasif, minggu
             penyiasatan, taraf pekerjaan, harga barangan pengguna, sewa konsesen,
             kiriman wang yang diterima (remittance), bonus, pendapatan harta,
             pekerjaan utama, pendapatan ‘intrahouse-hold, pekerja utama, pendapatan
             ‘intrahouse-hold’, pendapatan ‘interhousehold’, indeks harga, tenaga buruh,
             luat tenaga buruh, harga runcit, harga borong, harga pengeluaran, saluran
             runcit, pendapatan berbentuk mata benda, nilai sewa bersih rumah yang
             diduduki oleh pemiliknya, nilai pengeluaran di rumah atau stok (dari
             kedai/kebun sendiri) yang digunakan oleh isi rumah dan sebagainya.

     ii.     Konsep-konsep yang digunakan dalam penyiasatan pertubuhan dan
             interprise.

             Pertubuhan, enterprise, nilai kasar pengeluaran, kos input, nilai ditambah,
             nilai keluaran yang dibuat (nilai di kilang). Nilai keluaran bahan-bahan
             galian (nilai dilombong), nilai keluaran kuari (nilai di kuari). Nilai kerja
             pembinaan yang dibuat, nilai harta tetap, jumlah hasil, jumlah perbelanjaan,
             pekerjaan, pemilik yang bekerja, rakan niaga yang aktif, pekerja keluarga
                                           5
                 tidak bergaji, pekerja sepenuh masa, pekerja sambilan, gaji dan upah yang
                 dibayar, stok dan stor, cukai, dividen, pemastautin, bukan pemastautin,
                 aset, liability, kunci kira-kira, akaun untung rugi, syarikat kawalan tempatan,
                 syarikat kawalan asing, indeks pengeluaran, perindustrian, pembuatan,
                 pembinaan dan industri.

      iii.       Konsep-konsep yang digunakan dalam penyiasatan pertanian.

                 Estet, kebun kecil, hakmilik asing, kategori pekerja, tanaman baru/semula,
                 tanaman sementara, tanaman kekal, tanaman tunggal, tanaman selingan,
                 tanaman campuran, luas kawasan yang ditanam, luas kawasan cukup umur
                 dan luas kawasan muda dan sebagainya.

       iv.       Konsep-konsep yang digunakan dalam Demografi.

                 Migran, bukan migran, pertambahan semula jadi, kelahiran hidup, kelahiran
                 mati, kematian perinatal, kematian neonatal, kematian bayi, kematian
                 kanak-kanak, jangkaan hayat pada kelahiran dan sebagainya.

      v.         Konsep-konsep yang digunakan dalam Akaun Negara dan Perdagangan
                 Luar Negeri.

                 Keluaran Negara Kasar (KNK), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),
                 import, eksport, eksport semula, imbangan perdagangan, asas, penilaian
                 (F.O.B/C.I.F), perdagangan antara kawasan, jenis ukuran KDNK.
                 Permintaan dan penawaran, sumber-sumber data perdagangan dan
                 sebagainya.

                                Soalan        :       20
                                Masa          :       1 ½ jam


             Calon-calon tidak dibenarkan membuat rujukan kepada bahan-bahan bacaan
             semasa peperiksaan.



BAHAGIAN III - TEKNIK LUAR

Bahagian ini mengandungi 2 seksyen iaitu Seksyen A dan B.

Seksyen A - Teori

      A.         Kaedah dan Pendekatan Kerja Luar.

                 i. Peranan Pembantu Perangkaan dalam menjalankan kerja-kerja luar.
                 ii. Kaedah-kaedah kerja luar.
                 iii. Pendekatan kerja luar.

      B.         Penggunaan Peta.

                 i.   Pengetahuan menggunakan kompas.
                 ii.  Pemahaman penggunaan peta topografi termasuk mengenali legenda-
                      lagenda peta dan kebolehan membaca skala.
                 iii. Pengetahuan membuat dan mengenal peta lakar seperti blok
                      penghitungan.



                                                  6
C.    Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989).

      i.        Fungsi Jabatan.
      ii.       Kawalan dan Pengurusan.
      iii.      Perlindungan tentang penggunaan dan komunikasi maklumat.
      iv.       Notis menghadiri butir-butir.
      v.        Penalti.

 D.   Penyelesaian Masalah

       i.           Enggan Bekerjasama.

       ii.          Tiada respon:-
                    - tiada sesiapa di rumah
                    - akaun belum selesai
                    - berjanji akan hantar
                    - alamat/responden tidak dapat dikesan
                    - maklumat mercu tanda

       iii.         Masalah pemetaan
                    - kesukaran mengenali sempadan
                    - perubahan bilangan tempat kediaman yang amat ketara
                    - masalah mercu tanda

       iv.          Masalah konsep seperti:-
                    - Tempat Kediaman
                    - Isi Rumah
                    - Pertubuhan/Enterprise
                    - Saluran Runcit
                    - Tempoh Rujukan
                    - Penyata Akaun

       v.           Visi, Misi, Objektif dan Piagam Pelanggan Jabatan Perangkaan
                    Malaysia.


Calon-calon tidak dibenarkan membuat rujukan kepada bahan-bahan bacaan.



Seksyen B - Lisan

Calon-calon akan diminta membuat temuduga olok-olok                 dalam   sesuatu
penyiasatan. Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada:-

             i.      Komunikasi yang berkesan
             ii.     Pendekatan yang baik
             iii.    Kebolehan menyelesaikan masalah
             iv.     Ujian sikap

             Masa       :   15 minit




                                          7
6.    Pengecualian              :   Calon-calon yang lulus mana-mana bahagian
                                    adalah dikecualikan daripada mengambil
                                    semula bahagian tersebut.

7.    Keputusan                 :   Lulus/Kandas


8.    Pemeriksa akan            :   Bahagian I
      dilantik oleh                 Panel Subjek
                                    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

                                    Bahagian II dan III
                                    Panel Subjek
                                    Jabatan Perangkaan Malaysia

9.    Bahasa (Soalan & Jawapan) :   Bahasa Malaysia


10.   Permohonan                :   Bahagian I
      dikemukakan kepada            Urus setia Peperiksaan
                                    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

                                    Bahagian II dan III
                                    Urus setia Peperiksaan
                                    Jabatan Perangkaan Malaysia


11.   Pusat Peperiksaan         :   Bahagian I
      akan ditentukan oleh          Urus setia Peperiksaan
                                    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

                                    Bahagian II dan III
                                    Urus setia Peperiksaan
                                    Jabatan Perangkaan Malaysia


12.   Kekerapan Peperiksaan     :   2 kali setahun


13.   Tarikh akhir mengemukakan :   1 ½ bulan sebelum tarikh peperiksaan
      permohonan




                                    8
BAHAN-BAHAN RUJUKAN

BAHAGIAN I

i.      Perintah Am
ii.     Panduan Pengurusan Pejabat (Arahan Perkhidmatan)
iii.    Arahan Perbendaharaan
iv.     Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

BAHAGIAN II – Konsep dan Hitungan

i.      Buku keterangan Asas Penyiasat - Penyiasatan Jabatan Perangkaan Malaysia.
ii.     Buku Panduan Asas Operasi Penyiasatan.
iii.    Panduan Am untuk Pungutan Harga Runcit.
iv.     Panduan Am Penyiasatan Sewa Rumah.
v.      Buku Penjenisan Perusahaan Malaysia 1972 (Dikemaskini 1979).
vi.     Terjemahan tajuk-tajuk pekerjaan bagi kamus Pengelasan Pekerjaan (Dictionary of
        Occupacation Classification Malaysia).
vii.    Buku panduan untuk Penemuramah, Penyiasatan Tenaga Buruh dan Migrasi
viii.   Arahan kepada Responden bagi soal selidik.
ix.     Buku Panduan Penemuramah Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah/ Kemudahan
        Asas.
x.      Buku Panduan Penemuramah Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah.
xi.     Penerbitan-penerbitan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia
        (Contoh: Buku Tahunan Perangkaan, Perangkaan Penting Malaysia).
xii.    Program Kursus Dalaman Jabatan Perangkaan Malaysia, Stat 12/92: Kaedah dan
        Operasi Penyiasatan.
xiii.   Kursus Matematik Fajar Bakti: Matematik Moden 3 untuk sekolah-sekolah Malaysia
        Edisi Kedua disesuaikan oleh Cheach Tat Huat, Tan Beng Theam, Mohd Damis
        Yusof dan Khor Gark Kim.


BAHAGIAN III - Teknik Luar

i.      Buku Panduan Perangkaan untuk Penghitung.
ii.     Buku Panduan Am untuk Penghitung.
iii.    Panduan Am untuk pungutan harga runcit.
iv.     Panduan Am Penyiasatan Sewa Rumah.
v.      Buku Panduan untuk Penemuramah, Penyiasatan Tenaga Buruh dan Migrasi.
vi.     Arahan kepada Responden bagi soal Selidik Umum.
vii.    Buku Panduan Penemuramah Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah.
viii.   Buku Panduan Penemuramah Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah.
ix.     Program Kursus Dalaman Jabatan Perangkaan Malaysia, Stat 12/92 : Kaedah dan
        Operasi Penyiasatan.
x.      Kemahiran Geografi Tingkatan 4 & 5 KBSM oleh Melina Ng Abdullah, terbitan
        AMIZA.
xi.     Jabatan Perangkaan Malaysia - Organisasi, Fungsi dan Peranan.
                                           9

								
To top