SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN BAGI

Document Sample
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN BAGI Powered By Docstoc
					               F T ra n sf o                                                                                                                F T ra n sf o
          PD                   rm                                                                                                      PD                   rm
      Y                                                                                                                            Y
 Y




                                                                                                                              Y
                                er




                                                                                                                                                             er
ABB




                                                                                                                             ABB
                          y




                                                                                                                                                       y
                       bu




                                                                                                                                                    bu
                                    2.0




                                                                                                                                                                 2.0
                     to




                                                                                                                                                  to
                  re




                                                                                                                                               re
                he




                                                                                                                                             he
           k




                                                                                                                                        k
          lic




                                                                                                                                       lic
      C




                                                                                                                                   C
      w                        om                                                                                                  w                        om
  w




                                                                                                                               w
          w.                                                                                                                           w.
               A B B Y Y.c                                                                                                                  A B B Y Y.c




                                          1.    Syarat-Syarat Asas

                                                Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
                                                Warganegara Malaysia
                                                Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat
                                                perkhidmatan
                                                Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
                                                Telah disahkan dalam jawatan
                                                Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak
                                                berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib

                                          2.    Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Pembelian Harta Kedua

                                                  SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN
                                                   PERBENDAHARAAN BAGI PEMBELIAN HARTA KEDUA

                                          Melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2005 yang berkuat kuasa
                                          mulai 1 Januari, 2006, semua Anggota Kerajaan yang telah selesai hutang pinjaman
                                          pertama adalah dibenarkan membuat permohonan pinjaman perumahan untuk
                                          membeli harta kedua bagi semua jenis Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (Jenis I,
                                          II, III, IV dan V ) tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :


                                          (i)   Kelayakan pinjaman harta kedua adalah seperti berikut:-
                                                (a) Pegawai bertaraf jawatan tetap dan berpencen
                                                    Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di
                                                    antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama dan tertakluk kepada
                                                    ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari anggaran pencen
                                                    yang akan diterima
                                                    Bagi menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik
                                                    tidak melebihi 50% dari pencen, kaedah pengiraan pencen adalah seperti
                                                    berikut :-

                                                        1 _ X Gaji pokok semasa X 300 bulan.
                                                       600
                                                (b) Pegawai bertaraf jawatan tetap dan mencarum kepada KWSP.

                                                    Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di
                                                    antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama.
               F T ra n sf o                                                                                                                    F T ra n sf o
          PD                   rm                                                                                                          PD                   rm
      Y                                                                                                                                Y
 Y




                                                                                                                                  Y
                                er




                                                                                                                                                                 er
ABB




                                                                                                                                 ABB
                          y




                                                                                                                                                           y
                       bu




                                                                                                                                                        bu
                                    2.0




                                                                                                                                                                     2.0
                     to




                                                                                                                                                      to
                  re




                                                                                                                                                   re
                he




                                                                                                                                                 he
           k




                                                                                                                                            k
          lic




                                                                                                                                           lic
      C




                                                                                                                                       C
      w                        om                                                                                                      w                        om
  w




                                                                                                                                   w
          w.                                                                                                                               w.
               A B B Y Y.c                                                                                                                      A B B Y Y.c



                                          (ii)    Bayaran Wang Proses adalah RM 2.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang
                                                  dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir ( RM 500 dan ke
                                                  atas dikenakan tambahan RM 2.00 )


                                          (iii)   Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 20 tahun bagi peminjam yang
                                                  berpencen. Bagi peminjam yang mencarum kepada KWSP pula tempoh
                                                  bayaran balik adalah terhad kepada umur persaraan wajib.


                                          (iv)    Bagi pinjaman jenis IV ( Pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah di
                                                  atasnya ) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan
                                                  semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 10 tahun


                                          (v)     Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai janji dan
                                                  Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak
                                                  Berkuasa memberi pinjaman.


                                          (vi)    Kadar faedah Bayaran Balik Pinjaman adalah 4% setahun.


                                          (vii) Permohonan hendaklah sampai ke BPP tidak lewat dari 6 bulan sebelum tarikh
                                                persaraan bagi peminjam yang berpencen sahaja.


                                          (viii) Borang setuju terima pinjaman hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan
                                                 kepada BPP dalam tempuh (3) bulan dari tarikh surat kelulusan pinjaman
                                                 dikeluarkan. Sekiranya borang tersebut tidak diterima dalam tempoh yang
                                                 ditetapkan kelulusan pinjaman perumahan tersebut akan ditarik balik /
                                                 dibatalkan secara automatik.


                                          (ix)    Syarat-syarat dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam
                                                  Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95 masing-masing dan pindaan-
                                                  pindaan kepada kedua-kedua nya adalah tidak berubah dan masih berkuat kuasa
                                                  dari semasa ke semasa.
               F T ra n sf o                                                                                                                      F T ra n sf o
          PD                   rm                                                                                                            PD                   rm
      Y                                                                                                                                  Y
 Y




                                                                                                                                    Y
                                er




                                                                                                                                                                   er
ABB




                                                                                                                                   ABB
                          y




                                                                                                                                                             y
                       bu




                                                                                                                                                          bu
                                    2.0




                                                                                                                                                                       2.0
                     to




                                                                                                                                                        to
                  re




                                                                                                                                                     re
                he




                                                                                                                                                   he
           k




                                                                                                                                              k
          lic




                                                                                                                                             lic
      C




                                                                                                                                         C
      w                        om                                                                                                        w                        om
  w




                                                                                                                                     w
          w.                                                                                                                                 w.
               A B B Y Y.c                                                                                                                        A B B Y Y.c



                                          3.      Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah

                                                           SYARAT-SYARAT PINJAMAN PEMBIAYAAN
                                                            BAGI KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH


                                          (i)     Permohonan membuat pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai
                                                  rumah hanya dibenarkan bagi harta yang telah dibeli melalui pinjaman /
                                                  pembiayaan perumahan perbendaharaan sahaja.


                                          (ii)    Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh surat kelulusan bagi
                                                  pinjaman / pembiayaan Jenis 1 dan Jenis V ATAU 5 tahun dari tarikh
                                                  pengeluaran bayaran 95% / 100% dikeluarkan bagi pinjaman / pembiayaan
                                                  Jenis II dan Jenis III.


                                          (iii)   Pemohon atau ‘spouse‘ ( bagi pinjaman / pembiayaan bersama ) yang masih
                                                  mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman / pembiayaan tidak layak
                                                  dipertimbangkan.


                                          (iv)    Permohonan pinjaman / pembiayaan bagi kerja-kerja ubahsuai rumah hanya
                                                  dibenarkan sekali sahaja.


                                          (v)     Amaun pinjaman / pembiayaan adalah perbezaan di antara kelayakan semasa
                                                  (mengikut gaji hakiki) dengan amaun yang telah diambil atas pembelian harta
                                                  terdahulu, tidak termasuk Perlindungan Takaful / Insurans Gadaijanji dan
                                                  Pemilik Rumah.


                                          (vi)    Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan berpencen, tempoh
                                                  maksima bayaran beliau adalah tidak lebih dari 25 tahun.


                                          (vii) Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan mencarum KWSP,
                                                tempoh maksima bayaran balik adalah baki tempoh berkhidmat sebelum tarikh
                                                umur persaraan wajib.


                                          (viii) Pemohon hendaklah melantik Pemegang Pertaruhan dengan mengemukakan
                                                 Akujanji Pemegang Pertaruhan seperti Format Borang 4A/2000 ( Kes
                                                 Assignment) atau 4B/2000 ( Kes Gadaian ).
               F T ra n sf o                                                                                                                   F T ra n sf o
          PD                   rm                                                                                                         PD                   rm
      Y                                                                                                                               Y
 Y




                                                                                                                                 Y
                                er




                                                                                                                                                                er
ABB




                                                                                                                                ABB
                          y




                                                                                                                                                          y
                       bu




                                                                                                                                                       bu
                                    2.0




                                                                                                                                                                    2.0
                     to




                                                                                                                                                     to
                  re




                                                                                                                                                  re
                he




                                                                                                                                                he
           k




                                                                                                                                           k
          lic




                                                                                                                                          lic
      C




                                                                                                                                      C
      w                        om                                                                                                     w                        om
  w




                                                                                                                                  w
          w.                                                                                                                              w.
               A B B Y Y.c                                                                                                                     A B B Y Y.c



                                          (ix)   Pemohon hendaklah mengemukakan Laporan Penilaian kepada Pejabat
                                                 Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan di mana harta
                                                 berada mengikut Format Borang 1/2000.


                                          (x)    Jika Hakmilik telah dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan selain
                                                 daripada Kerajaan Malaysia sebagai Pemegang Gadaian kedua, pemohon perlu
                                                 mendapat surat pengesahan daripada Institusi Kewangan berkenaan terlebih
                                                 dahulu yang bersetuju untuk menangguhkan gadaian bagi membolehkan
                                                 Kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai Pemegang Gadaian Kedua dan institusi
                                                 kewangan berkenaan sebagai Pemegang Gadaian Ketiga.


                                          (xi)   Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan,
                                                 pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh
                                                 dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama
                                                 peminjam / penerima biaya dan digadaikan kepada Kerajaan Malaysia.


                                          (xii) Bagi kes bayaran balik pinjaman / pembiayaan perumahan yang sedia ada yang
                                                belum lagi diselesaikan sepenuhnya, skim pinjaman / pembiayaan sama ada
                                                SPPP atau SPPPI hendaklah mengikut skim pinjaman / pembiayaan yang sedia
                                                ada.


                                          (xiii) Kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran
                                                 kelulusan pinjaman / pembiayaan dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman
                                                 Perumahan Perbendaharaan.


                                          (xiv) Permohonan ubahsuai rumah bagi pembiayaan bersama (SPPI), hendaklah
                                                dipohon secara bersama oleh suami isteri.

                                          (xv) Permohonan hendaklah sampai ke Bahagian Pinjaman Perbendaharaan ( BPP)
                                               tidak lewat dari enam (6) bulan sebelum tarikh bersara bagi pemohon yang
                                               memiliki skim jawatan tetap dan berpencen.


                                          (xvi) Tawaran pinjaman / pembiayaan hanya berkuatkuasa selepas peminjam /
                                                penerima biaya menyempurnakan Borang Setuju Terima Pinjaman /
                                                Pembiayaan (Lampiran E) dan dikembalikan kepada BPP


                                          (xvii) Pinjaman kerja-kerja ubahsuai tidak dibenarkan untuk pembelian ataupun
                                                 pembinaan aksesori rumah.
               F T ra n sf o                                                                                                                 F T ra n sf o
          PD                   rm                                                                                                       PD                   rm
      Y                                                                                                                             Y
 Y




                                                                                                                               Y
                                er




                                                                                                                                                              er
ABB




                                                                                                                              ABB
                          y




                                                                                                                                                        y
                       bu




                                                                                                                                                     bu
                                    2.0




                                                                                                                                                                  2.0
                     to




                                                                                                                                                   to
                  re




                                                                                                                                                re
                he




                                                                                                                                              he
           k




                                                                                                                                         k
          lic




                                                                                                                                        lic
      C




                                                                                                                                    C
      w                        om                                                                                                   w                        om
  w




                                                                                                                                w
          w.                                                                                                                            w.
               A B B Y Y.c                                                                                                                   A B B Y Y.c



                                          4.      Jenis-Jenis Pinjaman /Pembiayaan

                                          -
                                          5. Kelayakan Pinjaman/Pembiayaan

                                               Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah
                                               berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan

                                               Sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan SPPP bil 6/1995 @ SPPPI bil.10/1994

                                               Amaun pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan pada amaun
                                               terendah diantara kelayakan/harga rumah/bakihutang bank @ laporan penilaian.



                                                  Bil   Gaji Bulanan Hakiki (RM)   Kelayakan Pinjaman (RM)
                                                  1.    3500 dan ke atas           360,000
                                                  2.    3000 ke 3499               300,000
                                                  3.    2500 ke 2999               264,000
                                                  4.    2000 ke 2499               240,000
                                                  5.    1500 ke 1999               192,000
                                                  6.    1200 ke 1499               156,000
                                                  7.    1000 ke 1199               120,000
                                                  8.    800 ke 999                 96,000
                                                  9.    600 ke 799                 72,000
                                                  10.   599 dan ke bawah           48,000

                                                  Tarikh Berkuatkuasa Mulai September 2006