Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 Anggerik by murplelake79

VIEWS: 10,946 PAGES: 16

									Disediakan oleh:
ABDUL MUHAIMIN BIN ZULKEFLI
PISMP-IPG 2A
Pengajaran
    Harian
 Tahun 4

Pada akhir pengajaran murid dapat :
1. Melaksanakan arahan yang diberikan
   secara lisan cara untuk membuat sandwich
   berdasarkan menu yang disediakan [1.3
   Aras 2(i) ]
2. Membaca kuat cara untuk membuat
   sandwich pada kadar sekurang-kurangnya
   85 peratus sebutan betul.[5.1 Aras 3(i)]
3. Mengambil imlak sekurang-kurangnya lima
   ayat cara untuk membuat sandwich
   dengan menggunakan Power Point [9.1
   Aras 3(i)]
       Set Induksi
 Klik di bawah ini untuk mendapatkan
 gambar jenis-jenis makanan

http://abdulmuhaimin.tripod.com/minggu
  _08/induksi.pdf
          Langkah 1
     di bawah untuk melihat bahan untuk
 Klik
  membuat sandwich

http://abdulmuhaimin.tripod.com/ming
  gu_08/bahan.pdf
          Langkah 2
 Klikdi bawah untuk mendapatkan cara-
  cara membuat sandwich

http://abdulmuhaimin.tripod.com/ming
  gu_08/cara.pdf
                  Langkah 3
                          Sandwich
   http://resepi.mesra.net/cgi-bin/search.cgi?Title=sandwich




Kumpulan 1        Kumpulan 2        Kumpulan 3        Kumpulan 4




Secara berkumpulan, klik pada pautan diatas kemudian rakamkan
bacaan anda dengan menggunakan perisian Movie Maker
          KUMPULAN 1
Rebus telur selama 8 minit. Apabila sudah masak
hancurkan telur tersebut dengan menggunakan garfu.
Campurkan telur tersebut dengan mayonis, garam dan
sedikit lada hitam.Bakar roti yang hendak dijadikan
sandwich dan sapukannya dengan mentega.Letakkan
daun salad, hirisan timun dan tomato diatas sekeping
roti. Kemudian, letakkan campuran telur ke atas roti
dan lapiskan dengan sekeping roti lagi.
             KUMPULAN 2
 Aturkan 6 keping roti di atas papan canai, tekan sedikit supaya roti
  menjadi nipis sedikit, jangan terlalu nipis. Sapukan mentega atau
   margerin. Untuk 3 keping roti saja, aturkan hirisan sosej, hirisan
 bawang besar dan tomato. Taburkan keju cheedar dan lada hitam.
 Ambil 3 keping roti yang tidak diisi inti dan tutupkan diatas roti yang
   telah diisi inti. Panaskan sedikit minyak diatas kuali "non-stick",
celupkan sandwich ke telur dan golek-golekkan di dalam kuali hingga
                                masak.
            KUMPULAN 3
Potong cili padi secara halus-halus, kemudian bawang besar
dimayang berbentuk bulat. Buangkan kulit timun dan timun dipotong
nipis. Tomato dipotong nipis dan daun salad dipotong kecil.
Masukkan tuna dalam mangkuk. Minyak dalam tin tuna dibuang
sedikit. Masukkan mayonis .Campur semua bahan tadi dan gaul
sehingga sebati. Letakkan daun salad, tomato dan timun diatas
kepingan roti yang pertama iaitu dibawah. Kemudian, letakkan tuna
diatas sayur tersebut. Letakkan sayur diatas tuna dan roti diletakkan
diatasnya.
                 KUMPULAN 4
    Sediakan bahan seperti roti lebih kurang 10 keping, 1 cawan besar
 udang yang telah dikupas kulitnya, mayonis, timun, salad, bawang, lada
    dan tomato. Langkah yang pertama, rebus udang selama 10 minit,
 potong timun yang telah dibuang kulit dan bijinya. Kemudian hiris halus
dengan cermat. Bawang dan tomato di potong dadu (kecil-kecil). Setelah
     udang direbus selama 10 minit, toskan udang tersebut dan kupas
  kulitnya. Selepas itu satukan semua bahan-bahan yang telah dipotong
   kedalammangkuk dan masukkan mayonis beserta udang rebus yang
dihiris dan sedikit garam. Kacau sehingga rata. Akhir sekali ambil roti dan
       letakkan bahan tadi keatas roti. Roti sedia untuk dihidangkan.
                        Langkah 3
                                             Makanan tidak
        Makanan Berkhasiat
                                               berkhasiat




Kumpulan 1           Kumpulan 2           Kumpulan 3          Kumpulan 4



Dalam kumpulan, klik pada pautan di atas, pilih seorang rakan anda untuk membaca
petikan dan rakan-rakan yang lain hendaklah mencatat petikan yang didengar
dengan menggunakan Power Point.
             KUMPULAN 1
Nasi goreng merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang
digoreng bercama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah
disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng
mungkinnya.
Nasi goreng dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM,
yang tidak suka memakan makanan dingin atau membuang makanan yang
tidak habis. Maka, nasi dingin itu digoreng bersama benda lain dan
dihidangkan kembali.
            KUMPULAN 2
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia
  dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi
 lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan
 santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun
        pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi
menambahkan aromanya.Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan
  telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak
   dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad
   kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).
               KUMPULAN 3
Dadih atau Dadiah merupakan makanan tradisional Minangkabau. Dadih dibuat
daripada susu sapi seperti yoghurt yang diperam dalam bekas buluh (atau sebarang
bekas) yang tertutup (atau ditutup dengan daun pisang). Dadih sering kali dimakan
untuk sarapan pagi, kadangkala dimakan dengan ampiang (beras krispies traditional)
dan gula jawa. Dadih juga enak dimakan dengan nasi panas dan sambal.
Lazimnya, dadih dibuat dengan berperisa buah-buahan. Antara perisanya, ialah keladi,
jagung, strawberi, kelapa, dan lain-lain. Terdapat juga dadih yang dibuat daripada
vanila, milo, dan coklat. Kadang-kala, terdapat juga sos buah-buahan yang dihidang
bersama dadih untuk memberi rasa yang sedap.
Terdapat banyak cara untuk menyediakan dadih. Sila rujuk rujukan.
               KUMPULAN 4
 Lepuk merupakan sejenis makanan yang diperbuat dari isi durian. Biasanya durian
  yang tidak habis dimakan atau kurang elok akan dimasak bersama gula atau nisan
dan dimasak sehingga berjelira dan sebati.Lepuk sebenarnya dalam bahasa Malaysia
  baku dipanggil Lempuk dan ia merupakan sejenis penganan yang dibuat daripada
  durian dan dimasak dengan gula atau gula melaka atau gula kerek sehingga pekat.
  Kadang kala buah durian mengkal akan dicampurkan bersama agar memberi rasa
 rangup kepada lepuk (menurut cita rasa). Lepuk kemudiannya akan dibungkus atau
 disimpan. Lepuk yang sempurna dimasak, (agak kering) boleh disimpan agak lama.
Ia boleh dimakan begitu sahaja atau bersama roti.Lepuk adalah sebutan dalam dialek
                                    Terengganu.
             Penutup
 Guru  merumuskan semula aktiviti
  pengajaran yang dilaksanakan
 Melalui aktiviti ini murid berpeluang
  untuk melakukan semua aktiviti yang
  dijalankan.
 Aktiviti ini juga memupuk semangat
  kerjasama antara ahli kumpulan

								
To top