SYARAT-SYARAT KELAYAKAN by murplelake82

VIEWS: 18,727 PAGES: 4

									Universiti Utara Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang
berkelayakan dan berwibawa untuk menjadi warga kerja UUM bagi mengisi
kekosongan jawatan berikut:




JAWATAN AKADEMIK

1)     Pensyarah (DS45)
2)     Tutor (DA41)
3)     Guru Bahasa (DG41)




BIDANG KEUTAMAAN JAWATAN AKADEMIK

1.    Statistik
2.    Matematik
3.    Perniagaan Tani
4.    Pengurusan Kerja Sosial
5.    Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH)
6.    Undang-Undang
7.    Pengurusan Pembangunan
8.    Pengurusan Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan)
9.    TESL/TEYL
10.   Sains Pemutusan
11.   Perbankan Islam
12.   Pengurusan Risiko dan Insurans
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN


1. Jawatan         :      PENSYARAH (DS45)-TETAP
     Gred DS45     :      P1T1 RM2546.05 – P1T21 RM5484.96
                          P2T1 RM2642.06 – P2T21 RM5788.25
                          P3T1 RM2742.25 - P3T21 RM6113.85

     Elaun         :      Imbuhan Tetap Khidmat Awam     -       RM 300.00 sebulan
                          Imbuhan Tetap Perumahan        -       RM 700.00 sebulan
                          Elaun Sara Hidup               -       RM 100.00 sebulan



        i)         Terdiri daripada warganegara dan berumur tidak kurang dari 18 tahun
                   pada tarikh tutup iklan.

        ii)        Ijazah doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
                   kerajaan : ATAU
                   (Gaji permulaan ialah Gred DS45: P1T4)

        iii)       Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
                   daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan beserta minimum
                   sepuluh (10) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan: ATAU
                   (Gaji permulaan ialah Gred DS45: P1T1)

        iv)        Ijazah Sarjana dengan CGPA 3.0 ke atas dalam bidang berkaitan
                   (Statistik Industri dan Matematik Perniagaan) yang diiktiraf oleh
                   kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan ; dan
                   (Gaji permulaan ialah Gred DS45 : P1T1).

        v)         Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan)
                   pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
                   setaraf dengannya oleh kerajaan.




2.   Jawatan       :      TUTOR (DA41)
     Gred DA41     :      P1T1 RM1868.39 – P1T13 RM2953.79

     Elaun         :      Imbuhan Tetap Khidmat Awam     -       RM 300.00 sebulan
                          Imbuhan Tetap Perumahan        -       RM 250.00 sebulan
                          Elaun Sara Hidup               -       RM 100.00 sebulan



             i)    Terdiri daripada warganegara dan berumur tidak kurang dari 18 tahun
                   dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan;

             ii)   Ijazah Sarjana dengan CGPA: 3.0 keatas dalam bidang berkaitan yang
                   diiktiraf DAN memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan GCPA 3.0 keatas
                   atau Kepujian Kelas Dua Atas; DAN ATAU
                   (Gaji permulaan ialah Gred DA41: P1T13)
       iii)     Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang berkaitan yang
                diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
                tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
                (Gaji permulaan ialah Gred DA41:P1T1)

       iv)      Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 ke atas dalam bidang berkaitan
                (Statistik Industri dan Matematik Perniagaan) yang diiktiraf oleh
                Kerajaan ;
                (Gaji permulaan ialah Gred DA41:P1T1)

       v)       Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan)
                pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
                setaraf dengannya oleh kerajaan


   Taraf Perkhidmatan : Sementara




3. Jawatan      :      GURU BAHASA (DG41) – TETAP
   Gred DG41    :      P1T1 RM1695.85 – P1T27 RM4645.85
                       P2T1 RM1790.47 – P2T27 RM4924.12
                       P3T1 RM1889.27 – P3T27 RM5226.19

   Elaun        :      Imbuhan Tetap Khidmat Awam     -     RM 300.00 sebulan
                       Imbuhan Tetap Perumahan        -     RM 250.00 sebulan
                       Elaun Sara Hidup               -     RM100.00 sebulan

   Syarat Lantikan

       i)       Terdiri daripada warganegara dan berumur tidak kurang dari 18 tahun
                pada tarikh tutup iklan

       ii)      Ijazah Sarjana Muda        dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
                kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
                kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
                (Gaji permulaan ialah Gred DG41: P1T1)

       iii)     Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan)
                pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
                setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON

i)       Permohonan terbuka kepada semua calon yang mempunyai kelayakan yang
         dinyatakan untuk menghadiri temuduga terbuka bagi Jawatan Pensyarah, Tutor dan
         Guru Bahasa yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti dinyatakan
         di atas. (sila bawa bersama sesalinan dokumen-dokumen berikut yang telah
         disahkan: Kad Pengenalan, Surat Beranak pemohon, keputusan peperiksaan SPM,
         Transkrip Ijazah Sarjana Muda, Transkrip Ijazah Sarjana, Ijazah Kedoktoran dan
         dokumen-dokumen berkaitan);

ii)      Calon yang berminat hendaklah membuat permohonan di dalam borang
         Permohonan Jawatan Akademik yang boleh didapati melalui Laman Web berikut:
         http://www/uum.edu.my/pend/pend.html atau datang terus dan mendapatkan
         borang pada hari temuduga dengan membawa semua sijil sijil asal, transkrip-
         transkrip asal dan semua dokumen yang berkaitan;

iii)     HANYA CALON-CALON YANG MEMENUHI SYARAT-SYARAT
         DI ATAS SAHAJA AKAN DIPANGGIL UNTUK MENGHADIRI
         TEMU DUGA.

 iv)     Untuk maklumat lanjut sila hubungi:


         Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
         Jabatan Pendaftar
         Universiti Utara Malaysia
         06010 Sintok, Kedah
         Tel: 04-9283036, 04-9283176 & 04-9283049




Disediakan oleh        :   Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
                           Jabatan Pendaftar
Tarikh                 :   17 November 2008




…/rmh(iklan jawatan)

								
To top