BAJET 2009 Tindakan Di Bawah KPWKM Jaringan Keselamatan Sosial
Document Sample


BAJET 2009
Tindakan Di Bawah KPWKM
Jaringan Keselamatan Sosial
1. Kelayakan pendapatan isi rumah bagi penerima bantuan
kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditingkatkan
daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk
Semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 sebulan
untuk Sabah melibatkan tambahan perbelanjaan sebanyak RM500
juta. Bilangan penerima bantuan meningkat dua kali ganda dari
54,000 isi rumah kepada 110,000 isi rumah. Bilangan warga emas
yang layak meningkat dari 14,000 kepada 40,000 penerima.
2. Penubuhan satu tabung bantuan khas berjumlah RM25 juta
bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang
kehilangan pendapatan secara mengejut, seperti kemalangan dan
sebagainya.
3. Kenaikan jumlah Elaun Ibu Pelihara di Rumah Tunas Harapan
daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan mulai 1 September 2008.
Menjamin Kebajikan Pekerja
4. Elaun penjagaan anak sehingga RM2,400 setahun bagi anak-
anak pekerja.
5. Peningkatan tahap kelayakan pendapatan isi rumah untuk
mendapat subsidi yuran TASKA sebanyak RM180 sebulan bagi
penjawat awam daripada RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari
2009.
1
Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik
6. Pemberian elaun kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang
tidak berupaya bekerja sebanyak RM150 sebulan dan elaun murid
OKU di sekolah pendidikan khas ditambah daripada RM50 kepada
RM150 sementara bayaran insentif RM200 sebulan diberikan kepada
pembantu guru di sekolah berkenaan.
Menggalakkan Tanggung Jawab Sosial Korporat
7. Penyediaan geran sepadan RM1 bagi setiap RM1 yang
dibelanjakan oleh sektor swasta di bawah Program Amal Jariah
dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. Dianggarkan 30,000
rumah usang akan dapat dibaik pulih melalui program ini.
8. Peningkatan had potongan cukai daripada 7% kepada 10%
daripada pendapatan kepada sumbangan syarikat bagi projek
komuniti berkaitan peningkatan pendapatan golongan miskin serta
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Tindakan Di Bawah Kementerian dan Agensi Lain
Jaringan Keselamatan Sosial
9. Pesara yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan
menerima pencen tidak kurang dari RM720 sebulan mulai 1 Januari
2009 melibatkan perbelanjaan tambahan sebanyak 140 juta dan
akan memberi faedah kepada 75,000 pesara wajib termasuk
penerima pencen terbitan.
Membasmi Kemiskinan
10. Pelaksanaan Program Lonjakan Mega Luar Bandar di Pulau
Banggi, Sabah dan Tanjung Gahai, Kuala Lipis, Pahang dengan
2
peruntukan sebanyak RM220 juta yang akan memberi manfaat
kepada 13,300 isi rumah.
11. Pembinaan 1,400 rumah baru dan membaik pulih 1,000 buah
rumah dengan peruntukan sebanyak RM50 juta di bawah Program
Bantuan Rumah untuk golongan miskin tegar.
12. Mempertingkatkan kemudahan asas seperti bekalan elektrik,
air dan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak derngan peruntukan
sebanyak RM580 juta bagi Sabah dan RM420 juta bagi Sarawak.
13. Pengecualian bayaran bil elektrik kepada isi rumah yang
membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan mulai 1 Oktober
2008 sehingga akhir 2009 dengan peruntukan sebanyak RM170 juta
yang akan memberi manfaat kepada 1.1 juta isi rumah.
Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat
14. Kenaikan kadar rebat cukai daripada RM350 seorang kepada
RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah. Seramai
100,000 pembayar cukai dalam golongan pendapatan sederhana
tidak lagi dikenakan cukai.
15. Pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah bagi simpanan
individu.
16. Pengurangan duti import ke atas beberapa barangan pengguna
dikurangkan daripada di antara 10% dan 60% kepada di antara 5%
dan 30%. Barangan terlibat termasuk pengisar makanan, periuk nasi,
ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik. Di samping itu, duti
import ke atas beberapa barang makanan di antara 2% dan 20%
dikecualikan sepenuhnya. Antara barang makanan terlibat adalah
mihun, biskut, jus buah-buahan dan jagung manis dalam tin.
Menjamin Kebajikan Pekerja
17. Pengecualian cukai sehingga RM2,400 kepada pekerja yang
menerima elaun perjalanan dan potongan sepenuhnya elaun
3
perjalanan dari rumah ke tempat kerja yang diberikan oleh majikan
kepada pekerja.
18. Pengecualian cukai ke atas manfaat yang dinikmati pekerja:
(i) bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga
RM300,000 untuk perumahan, kenderaan bermotor dan
pendidikan;
(ii) telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan
langganan internet yang dibayar oleh majikan;
(iii) nilai diskaun sehingga RM1,000 setahun ke atas
barangan jualan syarikat yang ditawarkan kepada pekerjanya;
dan
(iv) nilai diskaun ke atas perkhidmatan yang diniagakan oleh
syarikat yang ditawarkan kepada pekerja, seperti sekolah
swasta yang memberi pendidikan percuma kepada anak
pekerjanya.
19. Pengecualian cukai ke atas perbelanjaan materniti dan manfaat
perubatan tradisional yang diberikan majikan kepada pekerja.
20. Pemberian kemudahan tambang pergi balik percuma sekali
setahun kepada kakitangan Kerajaan untuk mengunjungi wilayah
asal iaitu di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak
mulai 1 Januari 2009.
Dasar Jaminan Makanan
21. Penyediaan peruntukan RM180 juta bagi menampung sara
hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM120 juta sebagai
insentif tangkapan ikan. Seramai 100,000 nelayan dan pemilik bot
akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini.
22. Penyediaan peruntukan RM1 bilion bagi insentif peningkatan
pengeluaran padi yang akan memberi manfaat kepada 220,000
pesawah.
4
23. Penyediaan peruntukan RM475 juta bagi bantuan input
pertanian, baja dan racun perosak kepada pesawah dan
pemansuhan duti import ke atas baja dan racun perosak.
Menjana Pendapatan Melalui Kredit Mikro
24. Penyediaan dana pusingan modal RM100 juta untuk
membiayai program Kewangan Mikro Bandar di bawah Amanah
Ikhtiar Malaysia bagi membantu isi rumah berpendapatan RM2,000
sebulan dan ke bawah.
Meningkatkan Program Perumahan
25. Penyediaan peruntukan sebanyak RM330 juta kepad Jabatan
Perumahan Negara untuk menyiapkan 4,400 unit Program
Perumahan Rakyat (PPR) Disewa, 1,500 unit PPR Bersepadu dan
600 unit PPR Dimiliki serta pembinaan 33,000 unit rumah kos
rendah.
5
Get documents about "