BIDANG PENGAJIAN NILAI BIASISWA KELAYAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Document Sample


TABUNG BIASISWA MNRB, sebuah tabung yang ditubuhkan oleh MNRB HOLDINGS
BERHAD (sebuah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang disenaraikan di
Papan Utama Bursa Malaysia) mempelawa permohonan biasiswa daripada pelajar-pelajar
Malaysia yang berjaya menamatkan pengajian SPM/STPM dan bercadang untuk mengikuti
pengajian bagi kursus-kursus Matrikulasi/Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau kursus
professional sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang diiktiraf.
BIDANG PENGAJIAN
Ekonomi, Insurans/Pengurusan Risiko, Kejuruteraan, Pemasaran, Pengurusan Sumber
Manusia, Perakaunan, Sains Aktuari, Statistik dan Teknologi Maklumat.
NILAI BIASISWA
Nilai biasiswa adalah seperti berikut:
• Yuran pengajian sebenar bagi sepanjang tempuh pengajian untuk penerima biasiswa yang
menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Untuk calon yang mengikuti pengajian di Institusi
Pengajian Tinggi Swasta, yuran pengajian adalah untuk maksima RM8,000.00 setahun; dan
• Biasiswa berjumlah RM4,000.00 setahun untuk pengajian di peringkat Matrikulasi/Asasi atau
Diploma dan RM6,000.00 setahun untuk pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau
Kursus Profesional sepenuh masa
• Satu kontrak akan ditandatangani dimana pemegang biasiswa mungkin dikehendaki untuk
berkhidmat dengan mana-mana syarikat yang diarahkan oleh Pemegang-Pemegang Amanah.
KELAYAKAN
Pemohon mestilah:
• Berumur di bawah 23 tahun
• Memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A untuk minima 6 mata pelajaran termasuk subjek
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM); ATAU
• Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan pencapaian sekurang-kurangnya 3A serta
lulus Pengajian Am; ATAU
• Memperolehi Purata Mata Terkumpul (PMK) sekurang-kurangnya 3.5 bagi Diploma atau
Matrikulasi
• Mengemukakan kesahihan keperluan bantuan
• Dikehendaki menyertakan satu muka surat esei (dalam Bahasa Inggeris di lampiran berasingan)
sebab-sebab memohon biasiswa, manfaat yang diperolehi dari bidang kursus yang
dipohoni/pelajari serta rancangan pembelajaran dan kerjaya
• Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
• Tidak terikat atau memegang sebarang biasiswa atau bantuan daripada mana-mana organisasi
• Kakitangan yang bekerja di industri insurans/takaful tempatan atau anak-anak mereka adalah
digalakkan untuk memohon.
• Tawaran adalah tertakluk kepada penerimaan kemasukan di Institusi-institusi Pengajian Tinggi
untuk mengikuti kursus-kursus yang diluluskan.
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM/STPM
Pemohon-pemohon yang telah menduduki peperiksaan PERCUBAAN SPM/STPM dan memperolehi
keputusan yang menepati kriteria-kriteria kelayakan di atas, adalah digalakkan memohon. Pemohon
yang terpilih akan diberi tawaran sementara tertakluk kepada perbezaan minima antara keputusan
peperiksaan sebenar dan peperiksaan percubaan.
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh didapati dengan melampirkan sampul surat beralamat sendiri
berukuran 16 sm x 23 sm, bersetem 50 sen ke alamat di bawah :-
TABUNG BIASISWA MNRB
Tingkat 12, Bangunan Malaysian Re
No 17, Lorong Dungun
Damansara Heights
Beg Berkunci 11068
50990 KUALA LUMPUR
Tel: 03- 2096 7050 ( Habibah )
Faks: 03-2094 7194
Borang permohonan boleh juga didapati melalui e-mel atau laman web yang beralamat seperti
di bawah:-
E-mel: scholarship@malaysian-re.com.my
http://www.mnrb.com.my
Borang permohonan yang lengkap beserta salinan-salinan sijil dan dokumen mestilah sampai ke
alamat di atas tidak lewat daripada 5 Januari, 2007. Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja
akan dihubungi untuk ditemuduga. Permohonan yang lewat dan/atau tidak lengkap tidak akan
dipertimbangkan.
31cm x 4cols. MNRB-09271-Mal (1) <Opt-3>
Get documents about "