Kelayakan untuk bergelar 'ustaz' by murplelake82

VIEWS: 17 PAGES: 2

									Kelayakan untuk bergelar 'ustaz'

Written by admin
Tuesday, 16 June 2009 21:03 - Last Updated Tuesday, 16 June 2009 21:08

Artikel daripada Berita Harian online ( http://www.bharian. com.my/Current_ News/BH/Friday/
Surat/2009060507 5936/Article                                        )

 

JIKA kita menyandarkan gelaran, panggilan, tanpa ada batasan maka kita akan mewujudkan
caca marba dalam masyarakat.

Seorang ustaz ialah yang mempelajari agama Islam, berakhlak seperti akhlak Islam, berpegang
dengan ajaran Islam, malah berpakaian yang selayaknya untuk seorang ustaz. Jika kriteria
asas ini tidak dipatuhi, seorang ustaz itu sama saja dengan orang lain dan tidak ada keperluan
untuk memanggilnya ustaz. Sebagai contoh seorang yang berlatar belakangkan pengajian
Islam, namun sering ke kelab malam, maka dia bukanlah seorang ustaz.

Seorang ustaz bukan hanya pandai bercakap mengenai Islam tetapi juga berakhlak Islam.
Justeru, tiada istilah ‘ustaz rock’, ‘ustaz hindustan’ dan sebagainya. Kalau itulah minatnya,
maka dia bukanlah ustaz.  

Asas panggilan seorang ustaz ialah beliau mesti belajar ilmu Islam sama ada secara formal
atau tidak formal dalam bentuk disiplin ilmu Islam itu sendiri. Sebagai contoh belajar Islam
dengan seorang guru dan memasuki kelas guru berkenaan serta memiliki kitab yang dipelajari.

Pengajiannya mesti dalam jangka masa bertahun-tahun. Ia kerana dalam disiplin ilmu Islam
hampir saja menyamai mana-mana ilmu lain iaitu memerlukan masa yang panjang untuk
memahaminya.

Adalah pelik dengan belajar setahun dua sudah dikatakan alim melainkan dia menerima wahyu
daripada langit. Dengan itu terkeluarlah daripada panggilan ustaz, seseorang yang sesekali
pergi melawat pondok dan pasentren dan tidak jelas pembelajarannya ilmu Islamnya.

 Ustaz seorang yang berakhlak Islam. Dia tidak akan makan sambil berjalan, menghisap rokok,
berambut panjang seperti wanita (kecuali berambut panjang mencecah bahu dengan niat
semata-mata menurut sunnah Rasulullah SAW bukan kerana trend masa kini), memasuki
panggung wayang dalam apa sebab sekalipun, bergaul dengan wanita bukan mahramnya dan
semua bentuk akhlak yang tidak layak bagi seorang Islam. Kalau itulah yang dilakukan oleh
ustaz itu, keluarkan saja ustaz sebegini daripada golongan ustaz kerana dia bukanlah seorang
ustaz.

Umum menerima bahawa seorang hakim mempunyai akhlak dan etika kehakiman. Beliau tidak
boleh berada di tempat tertentu serta makan dengan orang tertentu yang dikhuatiri menjejaskan
kredibiliti penghakimannya. Misalnya, seorang hakim tidak boleh makan bersama peguam bela
kes yang diadilinya. Sekalipun dia tidak membuat apa-apa kesalahan dan tidak menerima
rasuah, namun perbuatan itu melanggar etika kehakiman.

Begitu juga dengan seorang ustaz? Mereka tidak boleh merungut, itu tidak boleh, ini tidak boleh
kerana itulah harganya seorang ustaz. Sama saja seorang hakim tidak boleh merungut kerana



                                                                                                1/2
Kelayakan untuk bergelar 'ustaz'

Written by admin
Tuesday, 16 June 2009 21:03 - Last Updated Tuesday, 16 June 2009 21:08

menerima jawatan sebagai hakim.

Mampukah kita menerima ustaz yang terkinja-kinja di pentas, ustaz yang akhlaknya sama saja
dengan orang lain, ustaz yang bergaul bebas dengan wanita atas alasan yang sengaja
dibuat-buat dan sebagainya? Saya menyeru kepada kita semua, marilah kembalikan maruah
institusi ustaz dan tidak sewenangnya menyandarkan gelaran itu kepada sesiapa saja. Ini
kerana institusi ustaz ini adalah mulia dan pada merekalah kita melihat wajah Islam.

YANG PRIHATIN,  




                                                                                      2/2

								
To top