APLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA : BUDAYA MELAYU DAN
INDIA
PENDAHULUAN
Masyarakat di Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti
kaum melayu, cina, india, orang asli, kadazan, bajau, murut dan sebagainya. Masyarakat india
merupakan kaum yang ketiga terbesar .mereka hidup dalam persekitaran budaya yang yang tersendiri
yang diwarisi yang dari turun-temurun. Mereka dikenali sebagai kling di kalangan masyarakat tempatan.
Setelah menetap di Negara ini sekian lama, mereka membentuk komuniti yang tersendiri di kawasan-
kawasan yang tertentu seperti di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Pulau
Pinang dan beberapa negeri yang lain. Dengan itu, secara tidak langsung wujudlah sosioekonomi dan
politik yang tersendiri dikalangan mereka. Dalam pada itu, mereka bebas mengamalka adat istiadat
mereka yang terangkum dalam hal ehwal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Disamping itu mereka
juga mempunyai perayaan-perayaan yang khusus sebagaimana juga yang terdapat di kalangan
masyarakat yang lain. Ketika ini jumlah mereka dianggarkan lebih 2.5 juta orang.
KEDATANGAN MASYARAKAT INDIA KE MALAYSIA
Sejarah telah mencatatkan bahawa, orang-orang india telah datang ke Tanah Melayu lebih kurang 2000
tahun yang lalu dan mereka terbahagi kepada dua golongan iaitu pendatang awal dan pendatang
moden. Pendatang awal merupakan golongan elit kerana mereka datang sebagai saudagar dan mereka
menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suverarnabhumi atau Tanah Emas. Manakala pendatang moden
pula adalah kalangan mereka yang datang pada zaman penjajahan British dan bekerja sebagai buruh
kasar dan mereka dibayar dengan kadar bayar yang rendah untuk bekerja di sector-sektor perladangan
dan pembinaan. Pada peringkat awal kedatangan mereka ke Tanah Melayu, kebanyakan mereka bekerja
di lading tebu dan kopi dan hanya pada abad ke-19, mereka barulah beralih pula kepada perusahaan
getah yang sebelum ini dikuasai oleh kaum melayu.
SISTEM KASTA MASYARAKAT INDIA
Secara umumnya, pembahagian kasta dalam masyarakat India terbahagi kepada empat pecahan
yang besar iaitu Brahmin, Kshatriya, Vaisya, Sundra.
KASTA BRAHMIN
Brahmin adalah golongan pertama atau golongan yang menduduki tempat tertinggi dalam hierarki
sistem kasta. Golongan ini merupakan golongan pemimpin rohani dan pendeta. Mereka ini dikatakan
mempunyai kemampuan untuk memiliki suatu penguasaan naluri yang tajam terhadap nilai-nilai hidup
yang terpenting kerana amalan yang tinggi dari sudut kerohanian. Malah lebih jauh daripada itu, mereka
juga merupakan pemimpin yang bersifat intelektual. Golongan ini adalah golongan pendeta-pendeta
agama iaitu lapisan yang tertinggi dan golongan ini adalah vegetarian. Mereka sangat dihormati oleh
masyarakat dan disanjung tinggi serta mempunyai pengaruh yang kuat dalam sesuatu komuniti mereka
dan daripada merekalah terbentuknya sami-sami dan guru agama. Di samping bertugas sebagai guru,
mereka juga bakal menjadi hakim dan bakal menjadi perdana menteri atau ketua dalam sesuatu
pemerintahan dalam sesebuah Negara.
KSHATRIYA
Golongan ini menduduki hierarki yang kedua dan mereka memiliki keberanian, bercita-cita tinggi,
suka bergaduh dan menimbulkan sedikit kesusahan. Mereka mempunyai bakat sejak lahir sebagai
administers dengan kemahiran untuk memperjuangkan masalah-masalah manusia sehingga dapat
membawa hasil terbaik. Tanggungjawab puak ini ialah menjaga keselamatan dan keamanan dan
daripada golongan inilah juga lahirnya pahlawan-pahlawan. Secara lebih khususnya tugas lapisan kedua
ini adalah belajar dan memikul senjata untuk mempertahankan Negara dan rakyat.
VAISYA
Merupakan golongan yang ketiga tingkat kasta dalam masyarakat India. Mereka lazimnya sebagai
tukang atau penghasil barang untuk keperluan manusia. Sebilangan kecil daripada mereka bekerja
sebagai tukang kayu, batu, dan petani. Mereka juga seperti Brahmin dari segi kesucian, perbuatan dan
pertapaan tetapi tidak termasuk dalam golongan Brahmin. Golongan ini secara khusus melibatkan diri
dengan perniagaan. Di samping itu, golongan ini turut bercucuk tanam, berusaha mengumpulkan
kekayaan sedaya mungkin dan menghulurkan perbelanjaan dan bantuan untuk kepentingan agama.
SUNDRA
Golongan ini merupakan para pengikut yang terdiri daripada buruh kasar yang terdidik. Jika mereka
ingin memperolehi sesuatu pekerjaan, mereka harus mengikuti suatu masa latihan yang panjang.
Mereka harus bekerja keras untuk mendapatkan apa yang dikehendaki dalam kehidupan. Golongan ini
jarang-jarang memegang jawatan sebagai ketua atau penjaga kumpulan. Walau bagaimanapun mereka
ini berupaya meningkat naik atau Berjaya dalam kehidupan jika ada kesungguhan.
ADAT KELAHIRAN MASYARAKAT INDIA
Dalam masyarakat india, adat dan pantang larang ketika mengandung dan melahirkan bayi mesti
dijalani oleh wanita yang beranak sulung sahaja. Anak yang berikutnya, cukup sekadar amalan-amalan
tertentu sahaja. Antara pantang larang bagi ibu mengandung ialah:
Seorang ibu yang mengandung dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti
mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya. Perbuatan
tersebut dipercayai membawa dosa dan mendedahkan seorang ibu kepada kuasa-kuasa
jahat dan seterusnya akan mempengaruhi kelakuan serta pemikiran anak yang bakal lahir.
Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu-waktu tertentu khasnya pada waktu
malam. Ini kerana adanya kepercayaan bahawa kuasa-kuasa jahat ( makhluk halus ) lebih
aktif dan kemungkinan ia akan membawa angkara atau padah kepada ibu dan
kandungannya.
Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. Dia juga tidak seharusnya berjaga
hingga ke larut malam. Ini adalah untuk menjaga kecerdasan bayi dan ibu tersebut.
Suami dilarang memukul atau menyakiti isterinya yang mengandung.
Suami dilarang menebang pokok khasnya pokok pisang, menyembelih atau membunuh
binatang.
Semasa berpantang, ibu juga mengamalkan minum arak dan mandi dengan rebusan daun-
daun tertentu
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA
Perkahwinan merupakan salah satu peristiwa penting dalam kehidupan masyarakat India.
Mengikut adat orang-orang Hindu, cadangan perkahwinan ( melamar ) akan dibuat oleh pihak
perempuan.
Perkongsian perbelanjaan juga biasa diamalkan antara kedua-dua pihak dan biasanya majlis
perkahwinan akan diadakan dirumah pengantin perempuan, kuil atau dewan khas.
Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki yang berpakaian pengantin tiba rumah pengantin
perempuan yang akan diiringi oleh seorang pengapit khas, ibu, bapa, dan saudara-mara. Selepas
upacara arathi ( menghalau roh-roh jahat ), pengantin lelaki duduk di atas pelamin.
PERAYAAN MASYARAKAT INDIA
Orang-orang india mempunyai beberapa perayaan dalam setahun mengikut calendar mereka
Depavaali
Menurut calendar tamil, perayaan ini dirayakan pada bulan Aippasi. Hari tersebut dikenali
sebagai Chaturdasu dalam calendar Tamil. Depavaali dikenali juga sebagai Neraka-Chaturdasi-
Snanam dalam bahasa Sanskrit yang bererti hari penewasan seorang raksasa yang zalim
bernama Narakasura. Perkataan Deepavali adalah suatu istilah yang diterbitkan daripada dua
perkataan iaitu Deepam dan Vali. Depam bererti pelita, manakala Vali bererti barisan atau
deretan.
Sebenarnya , perayaan ini member ingatan kepada penganut Hindu supaya mengelakkan diri
daripada segala kejahatan dan pemikiran negative dalam kehidupan mereka.
THAIPUSAM
Perayaan ini disambut pada malam hari bulan purnama iaitu dalam bulan Thai ( januari-februari)
menurut calendar tamil iaitu sewaktu bulan purnama melintasi bintang bersinar yang bernama
pusam.
Perayaan ini disambut oleh orang-orang Hindu yang tidak memakan daging atau vegetarian dan
ia disambut juga oleh golongan lain.
Perarakan membawa kavadi ini merupakan kemuncak perayaan thaipusam. Pada masa ini
orang-orang yang membawa kavadi akan mencucuk badannya dengan jarum dan benda-benda
yang tajam. Perbuatan menyeksa diri ini membawa makna membersihkan diri daripada dosa
dan kesusahan.
THAIPONGGAL
Perayaan ini merupakan yang berkaitan dengan masyarakat tani. Sambutan perayaan ini boleh
disifatkan sebagai pesta menuai. Perayaan ini lebih bersifat sosial dan dirayakan di rumah-
rumah kediaman serta kuil.
Thaiponggal membawa maksud Thai iaitu bulan januari hinga februari dan ponggal bererti
meruap. Ponggal bermaksud nasi manis yang dimasak bersama susu. Perayaan ini juga dikenali
sebagai perayaan makara sankranti di seluruh india. Perayaan ini disambut selama 4 hari.
Biasanya pada hari perayaan, satu tapak disediakan di halaman rumah untuk mengadakan
ponggal ( menanak nasi dengan campuran susu ). Tempat ini dibersihkan dan dihias dengan
koolam iaitu lakaran pelbagai corak dengan menggunakan tepung beras. Koolam di corak oleh
kaum wanita.
Nasi yang dimasak juga dikenali sebagai ponggal, pukkai, atau trincoru yang bererti manis. Nasi
dihidangkan atas daun pisang bersama-sama kuih-muih seperti vaadai, buah-buahan untuk
disajikan kepada dewa surai