www.zahrein.com Kuliah Maghrib Tarikh:16 August 2008 Tempat : Masjid Gelugor Penceramah: Ustaz Mohd Haniff Omar. Diberitahu oleh penceramah bahawa, gerhana bulan akan berlaku pada pukul 2.30 pagi hingga 5.10 pagi. Oleh itu kita disunatkan melakukan solat sunat agar kita bersyukur kepada Allah dan tanda kita MengEsakan Kekuasaanya. Ia juga menunjukkan luasnya keampunan Allah dan Allah Maha Pengampun. Rasulullah S.A.W bersabda : “ Wahai anak adam, sesungguhnya sesiapa berharap padaku, Allah akan ampunkan” Hendaklah kita mengingati diri kita sendiri kerana dosa kita banyak. Dan janganlah kita menyekutukan Allah. Syarat2 Allah terima doa: 1. Doa dengan penuh penumpuan dan penuh harapan. “Berdoalah dengan penuh yakin kepada Allah” 2. Bersungguh-sungguh. ( Hendaklah kita mengetahui maksud doa qunut) 3. hendaklah merayu-rayu dalam berdoa. Apabila kita berhadapan dengan maut, amatlah susah bagi kita. Setiap kali kita berdoa kita harus mengingati api neraka. 4. Jangan kita berputus asa kepada Allah. Rasul larang kita berputus asa kepada Allah. 5. Rezeki yang kita perolehi adalah halal. Apabila kita berdoa, perkara penting yang perlu kita ada dalam doa adalah memohon ampun dan perlindungan dari api neraka. Kita kena meminta dijauhkan dari siksa api neraka. Kita hendaklah menjaga mata kita. Kita harus ingat banyak Allah bagi rezeki pada diri kita.Oleh itu hendaklah kita bersyukur pada Allah S.W.T. Kadang kala doa kita tak diperkenankan oleh Allah S.W.T adalah kerana Allah akan memberi yang lebih baik kepada kita. Wassalam.