Kertas Kerja Projek Penternakan

Document Sample
Kertas Kerja Projek Penternakan Powered By Docstoc
					ISI KANDUNGAN


         BAB       PERKARA

          1       Pengenalan

          2       Ringkasan Eksekutif

          3       Latarbelakang Syarikat

          4       Latarbelakang Pemilik Syarikat

          5       Latarbelakang Pengurusan Syarikat

          6       Rancangan Pentadbiran

          7       Rancangan Operasi

          8       Pengurusan Umum

          9       Pemakanan

          10      Rancangan Operasi Sistem Pemeliharaan Ternakan

          11      Pengurusan Terperinci

          12      Rancangan Pemasaran

          13      Modal Permulaan

          14      Kesipmulan

          15      Penutup




   Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
PENGENALAN

      Kundur Farm (KF) (001775665-V) adalah sebuah syarikat yang

menjalankan perniagaan ternakan lembu secara fidlot sepenuhnya dan

membekalkan daging segar terus dari ladang kepada pengguna.



      Mula beroperasi pada September 2008, KF telah membekalkan lembu

hidup kepada penternak-penternak kecil di sekitar Ngeri Sembilan, Selangor,

Melaka dan Johor. Pada masa ini KF membekalkan daging segar kepada

peniaga-peniaga daging di sekitar Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur.

KF juga menawarkan perkhidmatan „service‟ sembelih dan proses pemotongan

daging dan tulang dan juga penghantaran secara percuma kepada pelanggan

yang datang membeli lembu di ladang. Perkhidmatan sembelihan untuk “korban

dan Akikah” pun ada disediakan di sini.

Tinja ternakan diproses manjadi baja yang bermutu tinggi. Baja ini dibungkus

dengan jenama Kundur Farm Organik dan dipasarkan ke kedai-kedai bunga

dan tapak-tapak semaian disamping memenuhi tempahan daripada pengusaha-

pengusaha ladang kelapa sawit di sekitar kawasan tempatan.

      Objektif utama pihak syarikat adalah untuk mengeluarkan lembu yang

berkualiti bagi pasaran tempatan disamping memenuhi permintaan daging segar

halal yang semakin mendapat sambutan baik dari semua lapisan masyarakat.

Lembu yang di import dari Thailand dianggarkan berat diantara 200 kilogram

hingga 600 kilogram dibawa masuk ke Malaysia melalui Kelantan dan di kuarintin

di Rantau Panjang selama dua minggu bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan



      Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
dan suntikan ubat pencegah penyakit bagi mengelakkan daripada penyebaran

virus penyakit yang tidak diingini. Sebanyak 300 sehingga 600 ekor lembu akan

dipelihara secara fidlot setiap tahun, dengan anggaran 50 ekor ternakan setiap

bulan. Pada peringkat awal projek sebanyak 50 ekor lembu daging (feeder)

dipelihara.



KF bercadang untuk mewujudkan pusat latihan ternakan lembu fidlot yang boleh

melatih belia dan siswazah menganggur. Latihan termasuk pengurusan landang

fidlot, penyembelihan, pemprosesan baja dan jualan daging segar. Latihan yang

berbentuk praktikal sedang dirangka bagi menarik minat khususnya belia dan

siswazah menganggur.



KF juga akan membuka kedai daging segar dan produk makanan segera dan

beku. Antara produk makanan adalah burger, meatball, murtabak dan lain-lain

dengan menggunakan daging yang berkualiti tinggi. Kedai daging tersebut tidak

hanya tertumpu kepada jualan daging segar, ia juga meliputi jualan itik, ayam

kampung, rusa dan kambing di mana produk-produk ini akan dibeli dari

pengusaha-pengusaha kecil tempatan.




      Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
RINGKASAN EKSEKUTIF

1. Nama Syarikat : Kundur Farm (KF)

2. Bidang Usaha : Penternakan

3. Jenis Perniagaan :
   Penternakan ternakan lembu secara fidlot dan memasarkan hasil ternakan.

4. Lokasi Projek :
  Lot 588, Jalan Pilin Kundur Hilir, 71400 Pedas, Negeri Sembilan

5. Status / Saiz Projek :
   Terdapat 200 ekor lembu pelbagai saiz dan berat yg sedia untuk disembelih &
   boleh dipelihara utk pembiakkan dari baka Brahman,KK Cross,BrahmanCross

6. Produk :
   Daging, ternakan hidup dan tinja/baja kompos.

7. Peluang :
   Tapak projek berpotensi kerana ia bebas dari persaingan serta mempunyai
   sistem perhubungan yang baik serta mempunyai bekalan elektrik.

8. Pentadbiran :
   Syarikat mempunyai tenaga kerja yang mencukupi, berpengalaman dan
   berkemahiran tinggi dalam bidang mereka.

9. Pemasaran :
  Membekal kepada penjual daging segar di Kuala Lupur, Selangor, Melaka dan
  Johor     di samping pembekalan lembu hidup untuk peliharaan, kenduri,
  korban dan akikah.

10. Perancangan :
   Membeli dan menambah bilangan lembu untuk digemukkan disamping
   pembekalan kepada pelanggan tetap yang telah membuat tempahan.

11. Masa Depan :
    Dari analisis yang dibuat, syarikat mempunyai masa depan yang baik dan
    berpotensi untuk dimajukan.




      Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
LATAR BELAKANG SYARIKAT


    Nama perniagaan       :      Kundur Farm

    Alamat berdaftar      :      PT 41191, Jalan BBN 8/78,
                                 Nilai Spring Villa,
                                 71800 Nilai, Negeri Sembilan

    Alamat Ladang         :      Lot 588, Jalan Pilin Kundor Hilir, 71400 Pedas,
                                 Negeri Sembilan

    No. Tel./Fax          :      019 3460006 (nombor operasi semasa)

    No. Pendaftaran       :      001775665 – V

    Tarikh pendaftaran :         20 Jun 2008

    Status Perniagaan :          Pemilikan Tunggal

    Jenis Perniagaan      :      1) Menjual ternakan hidup (lembu daging)

                                 2) Mengeluar dan menjual baja kompos

    Bank Berurusan        :      Malayan Bank Bhd.

    Jenis Akaun           :      Akaun Semasa

    No. Akaun             :      505103002639

    Cawangan              :      Nilai, Negeri Sembilan




   Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
LATAR BELAKANG PEMILIK SYARIKAT


    Nama Penuh                    : Megawati Bt Tan Sri Mohd Isa
    No. Kad Pengenalan            : 810317-05-5048
    Tarikh Lahir                  : 17 Mac 1981
    Umur                          : 28 Tahun
    Jantina                       : Wanita

    Alamat Tetap                  : PT 4119 Jalan BBN 8/78
                                    Nilai Spring Villa
                                    71800 Nilai, Negeri Sembilan

    No. Telefon                   : 019 3333 777
    Taraf Perkahwinan             : Bujang

    Kemahiran                     : Pengurusan perniagaan

    Kedudukan tapak projek        : Lot 588, Jalan Pilin Kundur Hilir
                                    71400 Pedas, Negeri Sembilan

    Keluasan Tapak                : 17 ekar
    Topografi Tapak               : 10% kawasan landai, 80% kawasan bukit.

    Plan projek                   : Lihat pelan di dalam lampiran




    Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
LATARBELAKANG PENGURUSAN SYARIKAT
   Nama Penuh                    : Mohd Rosman Che Soh
   No. Kad Pengenalan            : 810107-03-5743
   Tarikh Lahir                  : 07 Januari 1981
   Umur                          : 28 Tahun
   Jantina                       : Lelaki
   Jawatan                       : Pengurus Besar
   Kelulusan & Kemahiran         : Ijazah Kepujian Teknologi Maklumat (UNITAR)
                                   Kursus Pembentukan Usahawan MARA (2003)
                                   Kursus Latihan Sangkut (Ternakan Fidlot) (2008)
                                   Kursus Asas Penternakan (HS Nada) (2008)


   Nama Penuh                    : Mohd Radzi Yahya
   No. Kad Pengenalan            : 690910-02-5161
   Tarikh Lahir                  : 10 September 1969
   Umur                          : 39 tahun
   Jantina                       : Lelaki
   Jawatan                       : Pengurus Operasi
   Kemahiran & Pengalaman        : Pengalaman dalam ternakan ruminan selama 20
                                   tahun, menjadi tenaga pengajar bagi latihan ter-
                                   nakan fidlot, potongan daging untuk jualan dan
                                   pengurusan ternakan ruminan.


   Nama Penuh                    : Mohd Razzi Zailan
   No. Kad Pengenalan            : 860810-23-5339
   Tarikh Lahir                  : 10 Ogos 1986
   Umur                          : 23 Tahun
   Jantina                       : Lelaki
   Jawatan                       : Pengurus Jualan & Pemasaran
   Kelulusan & Kemahiran         : Diploma Pengurusan dan Pemasaran (Curtin
                                   University, Australia)
                                   Kursus memulakan perniagaan kedai daging
                                   secara komersil (2009)
                                   Kursus Asas Penternakan (HS Nada) (2009)




   Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
RANCANGAN PENTADBIRAN



                                        Pengurus Besar
                                     (Mohd Rosman Che Soh)




       Jualan                               Pentadbiran                             Operasi
 (Mohd Razzi Zailan)                        (Megawati)                         (Md. Radzi Yahya)


      Pekerja Jualan                       Kerani Am                           Pekerja Ladang
        (3 Orang)                          (1 orang)                             (1 orang)

                                    Carta Organisasi Kundur Farm




Bidang Tugas Setiap Jabatan

Bil    Jabatan           Tugas-tugas                                      Kemahiran
1.     Pentadbiran        Menguruskan kewangan syarikat                     Mengendalikan
                          Memastikan pentadbiran syarikat dan                komputer
                            kakitangan berjalan lancer                       Sistem fail
                          Mengurusjan kebajikan pekerja
                            (latihan,elaun, perubatan dll)


2.     Jualan &             Mencari peluang perniagaan                        Bahagian dan
       Pemasaran            Memasarkan produk terus kepada                     keratan daging
                             pelanggan                                         Lessen memandu
                            Membuat promosi dan pengiklanan
                             produk
                            Mengenalpasti terminal jualan yang
                             berpotensi dan berdaya maju

3.     Operasi/Ladang       Memastikan ternakan sentiasa berada               Arif dalam
                             dalam keadaan sihat                                mengendalikan
                            Mendapatkan bekalan bermutu                        ternakan
                            Memastikan bekalan makanan                        Sijil sembelihan
                             mencukupi                                          yang diiktiraf
                            Menguruskan penyembelihan ternakan                 Jabatan Agama
                            Menguruskan proses baja dar najis                  Islam Negeri
                             ternakan
                            Menguruskan kebun buah-buahan dan
                             ladang secara amnya


         Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
RANCANGAN OPERASI
1.       Carta Aliran Proses



                               Ternakan untuk dibeli dikenal pasti dari pembekal
  Belian                       Permeriksaan kesihatan dan suntikan vaksin oleh
Baka Lembu                     Jabatan Veterinar
                               Memproses permit




                               Ternakan di tag sebagai pengenalan dan direkodkan
                               Permeriksaan visual untuk memastikan tiada
Ternakan                       kecederaan atau kecacatan pada ternakan yang
 masuk                         diterima
                               Ternakan dimasukkan ke kandang megikut purata
                               berat



                               Ternakan diberi makan dan minum secukupnya
Ternakan di                    untuk digemukkan
 kandang                       Memastikan ternakan sihat dan bebas dari wabak
                               penyakit



                               Jualan Hidup-membekalkan kepada penternak lain
                               dan juga untuk tujuan akiaqh, qurban dan lain-lain
                               Juala Karkas-membekalkan daging kepada peniaga-
                               peniaga pasar, kedai runcit dan pemborong
     Jualan                    Jualan Masakan- untuk permintaan kenduri-kendara
                               Jualan Baja Organik-membekalkan dan memasarkan
                               ke kedai-kedai bunga dan tapak semaian
                               Jualan Kulit-membekal dan memasarkan kepada
                               pengusaha kulit




         Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
Pengurusan Umum
Syarikat Kundur Farm menjalankan penternakan secara fidlot. Menurut
sistem ini, lembu akan dikurung sepenuh masa, diberi makan PKC (palm kernel
cake) dan campuran sisa pertanian, rumput serta daun pelepah sawit yang
dicincang untuk digemukkan. Setelah digemukkan selama 2 bulan dengan berat
purata 280 –300kg, lembu tersebut akan dijual. Untuk menjamin bekalan yang
berterusan,anak lembu akan dibeli dari pembekal swasta dan pemborong.


Anak lembu baka kedah-kelantan (kk) dan Brahman Cross kacukan berumur 2
tahun ke atas(anggaran berat 180 kg) dan dipelihara selama 2 bulan dan
dipasarkan pada harga sekitar RM6.50 – RM8.50 dengan anggaran berat 250 -
300 kg. Projek telah dimulakan dengan kapisiti sebanyak 30 ekor lembu
sepusingan selama 2 bulan dan ianya dibuat sebanyak 4 pusingan setahun.

Sumber Input Ladang

Ladang ini akan memperolehi sumber makanan dari kawasan sekitar dan bandar

yang berhampiran.

Hampas Kelapa Sawit (PKC)

Pembekal yang dikenal pasti adalah:-

       a. Syarikat Lazuli Sdn Bhd, Kelana Jaya, Selangor
       b. Kilang Sawit Felda Pasir Gudang, Johor
       c. Hasbin Jaya Sdn.Bhd. Bukit Minyak Pulau Pinang.

Syarikat-syarikat ini berupaya membekalkan makanan mengikut kuantiti
yang diperlukan.

Vitamin Dan Ubat-ubatan

Pembekal yang dikenal pasti adalah:-

       a. Syarikat-syarikat Swasta.
       b. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Daerah.




Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
Sumber Ternakan

Bekalan ternakan akan diperolehi dari agensi kerajaan dan swasta serta dari
penternak tempatan. Pembekal-pembekal ternakan adalah seperti :

i. NZ Ternak Edar Marketing
ii. Urusfolio Sdn. Bhd
iii. Maju Ternak Sdn.Bhd.
iv. Diimport dari Thailand dan Indonesia


Sumber khidmat nasihat dan perkhidmatan veterinary

Pengusaha akan mendapat khidmat nasihat dari Jabatan Perkhidmatan Vetrinar
daerah Rembau dan Seremban . Diantara khidmat nasihat dan perkhidmatan yang
diperlukan adalah:-

       a. Khidmat nasihat dan bimbingan.
       b. Perkhidmatan rawatan ternakan
       c. Khidmat nasihat pemakanan
       d. Khidmat kawalan mutu ternakan

Sumber kemudahan

Kemudahan infrastruktur tidak menjadi masalah kerana kedudukan lokasi
projek yang berdekatan dengan jalan besar. Kemudahan elektrik dan air disambung
terus daripada bekalan yang ada, walau bagaimanapun pembelian generator akan
dipertimbangkan pada masa akan datang.




       Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
PEMAKANAN
   Makanan Utama

   Ransuman makanan daripada bahan terbuang seperti:

          i. Hampas soya
          ii. Kulit jagung
          iii. Rumput Napier
          iv. PKC
          v. Sisa buah-buahan

   Pembangunan Pastura

   Selain daripada pemberian makanan ransuman, rumput juga akan diberikan bagi
   membekalkan serat. Untuk tujuan ini rumput „napier‟ sudah pun ditanam 2 ekar.

   Tambahan

   Pelepah kelapa sawit yang dicincang dan sisa buah-buahan yang diambil dari
   penjual buah.




   Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
Rancangan Operasi sistem pemeliharaan ternakan.



    Carta Alir Ternakan




                   Anak lembu dari luar ladang.

                          Umur: > 2 tahun
                         Berat awal: 200 kg




                    Penternakan secara fidlot di
                   lading Kundur Farm selama 2
                   bulan sehingga mencapai berat
                           purata 300 kg




                 Ternakan dijual kepada individu
                 atau syarikat yang berminat pada
                    harga RM 7.50 – RM 8.50
                            sekilogram




    Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
Pengurusan Terperinci
    Pengurusan yang baik dan cekap merupakan kunci kejayaan terhadap projek
    fidlot. Pengurusan fidlot bergantung kepada beberapa faktor, iaitu bilangan
    lembu yang dipelihara, baka dan jantina lembu, jangka masa penggemukan,
    umur, bekalan dan makanan, sasaran berat hidup yang sesuai untuk pasaran
    serta keadaan kewangan. Keperluan pengurusan asas bagi kebanyakan fidlot
    merangkumi pengurusan kandang dan kawasan penyediaan dan pemberian
    makanan, serta penjagaan ternakan.

    Pengurusan kandang dan kawasan fidlot

    Kebersihan dan keadaan kandang kurungan serta kawasan sekelilingnya
    hendaklah dititikberatkan. Najis di dalam kandang perlu dibersihkan. Najis-najis
    berlonggok di dalam kandang bukan sahaja akan menyebabkan ternakan tidak
    selesa, malah akan menggalakkan pembiakan parasit. Kandang yang bersih
    akan meningkatkan prestasi ternakan, mengurangkan bau dan meningkatkan
    imej syarikat.

    Kawalan Sisa Dari Ladang

    Kawalan sisa dari ladang akan menggunakan sistem kolam.
    Pembersihan kandang dilakukan dengan menggunakan scraper untuk
    mengurangkan sisa cecair yang keluar mengalir ke dalam kolam takungan. Tinja
    ternakan akan dikumpulkan untuk diproses sebagai baja kompos. Baja kompos
    akan digunakan untuk membaja kawasan pastura. Pengasingan sisa pepejal
    pada peringkat awal akan mengurangkan penggunaan air sekaligus
    mengurangkan beban takungan sisa.

    Pengurusan Makanan

    Pengurusan makanan melibatkan pengawasan stok makanan, kebersihan stor
    makanan dan tempat penyediaan makanan, pengawasan mutu makanan dan
    penyediaan makanan ternakan. Tanggungjawab utama pengusaha fidlot ialah
    menyediakan makanan yang segar dan berkualiti mengikut keperluan ternakan
    dengan kos yang minima. Bekalan bahan-bahan makanan ternakan yang dibeli
    ataupun yang didapati secara percuma (misalnya bahan-bahan sampingan
    pertanian tempatan) perlulah diketahui kandungan nutrien supaya maklumat ini
     boleh digunakan untuk merumus makanan campuran untuk ternakan fidlot.

    Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
Oleh itu, keperluan makanan bagi seekor ternakan perlulah diketahui supaya
jumlah makanan harian untuk sekandang ternakan dapat disediakan dengan
tepat. Makanan perlulah sentiasa disediakan di tempat makanan, sebaik-baiknya
dengan memberi makan dua atau tiga kali sehari.
Rekod-rekod tentang pengambilan makanan oleh ternakan perlu diambil untuk
menentu dan menyelaraskan prestasi ternakan yang dipelihara. Makanan yang
bermutu rendah dan penyediaan makanan yang tidak betul boleh menyebabkan
prestasi ternakan menurun. Tempat makan perlu dibersihkan setiap hari supaya
makanan baru tidak bercampur dengan sisa makanan. Takung air juga
hendaklah dibersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali supaya air minum
sentiasa bersih. Kesemua kerja ini perlu dijalankan untuk menentukan
keselesaan ternakan agar prestasi yang optimum diperolehi.


Pengurusan Ternakan
Sekiranya pengurusan kandang dan makanan dilakukan dengan betul,
pengurusan ternakan akan menjadi lebih mudah. Data yang lengkap tentang
prestasi ternakan diperlukan untuk pengurusan yang baik. Maklumat yang perlu
dimasukkan dalam rekod ialah berat badan lembu semasa dibeli, berat badan
lembu semasa, berat semasa dimasukkan ke dalam kandang fidlot, jumlah purata
berat badan bagi sesuatu jangka masa tertentu (seperti purata tambahan berat
badan harian), jumlah dan purata pengambilan bahan kering harian dalam masa
sebulan, kesihatan, jangka masa menggemuk dan berat badan semasa dijual.
Maklumat ini perlulah dikumpul dan dibuat ringkasan samada sebulan ataupun
tiga bulan sekali bagi memudahkan pengusaha atau pihak pengurusan membuat
keputusan terhadap jenis baka, berat badan, latar belakang dan jantina ternakan
yang digunakan untuk program fidlot pada masa hadapan, Selain dari itu
maklumat ini diperlukan untuk memudahkan kerja-kerja penakaian bagi
ternakan yang berprestasi rendah.




.




       Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
Rancangan operasi pengurusan kesihatan ternakan
Pengurusan Kesihatan Harian
Kesihatan merupakan faktor penting dalam penternakan ternakan lembu.
Ladang mengunakan konsep ‟cegah sebelum kena‟. Ternakan yang didapati sakit
akan diasingkan dan dirawat dengan segera.

Program Kesihatan Gerompok
Pengambilan sampel darah akan dijalankan pada awal kemasukan ternakan bagi
saringan penyakit brucellosis, penyakit kuku dan mulut dan Johnes.
Sampel tinja juga akan diambil untuk mendapatkan status bebanan kecacingan.
Pemberian ubat nyahcacing adalah berdasarkan kepada keputusan saringan
kecacingan.

Jenis-jenis penyakit yang biasa menyerang lembu pedaging yang dipelihara
secara fidlot adalah :-

a. Anorexia
b. luka
c. Cacing
d. Pneumonia

Ubat-ubat yang diperlukan untuk rawatan bagi penyakit-penyakit lazim lembu
pedaging akan disediakan.




       Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
RANCANGAN PEMASARAN
Carta aliran proses tempahan dan jualan lembu




                                     Penggemukan
                                       Ternakan




                                     Tempahan dari
                                       Pelanggan




                                     Penghantaran
                             Pelanggan akan datang sendiri
                              ke ladang untuk mengangkut
                                        ternakan




      Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
Strategi pemasaran hasil ladang
Produk projek akan dijual ke pasaran tempatan. Penjualan ternakan tidak
mendatangkan masalah kerana pengeluaran daging tempatan hanya dapat
menampung kurang dari 20% keperluan negara. Untuk memudahkan proses
pemasaran lembu yang telah dewasa akan dijual hidup dengan harga RM 7.50
sehingga RM 8.50 sekilogram. Harga ini dijangka akan meningkat lebih tinggi
terutama ketika musim-musim perayaan (Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji).
Walaupun terdapat penternak-penternak lain yang mengusahakan penternakan
lembu pedaging, persaingan daripada mereka tidaklah menjadi masalah kerana
permintaan terhadap daging lembu sentiasa meningkat.

Strategi promosi

Risalah
Laman web
Banner
Bantuan promosi oleh JPH, FAMA

Saluran Pasaran

Butcher, pemborong lembu/daging, peruncit, pasaraya, pasar malam, restoran,
penjual sate, pasar tani, hotel dll.

Sasaran Pasaran
Pelanggan Melayu dan Cina sekitar Rembau dan Pedas Linggi dan peniaga-peniaga
daging segar sekitar Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur.

Saiz Pasaran
50 ekor lembu setiap bulan dan lebih kurang 600 ekor setahun.

Pesaing Utama
Daging import, pengeluar kecil dan sederhana disekitar Rembau.




      Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
MODAL PERMULAAN
1. Jumlah Modal Permulaan Sendiri

       a. Kos pembangunan :          RM 206,300.00
       b. Kos Operasi     :          RM 572,300.00
       Jumlah Kos         :          RM 778 600.00

2. Kos Pembangunan

                                        Kos se unit         Angaran      Angaran Jumlah
No               Perkara
                                          (RM)            Jumlah (RM)    terkumpul (RM)
1    Pemilikan Tanah                                       Tanah Sendiri
     Persediaan Tanah dan                Lump sum
2                                                           65,000.00          65,000.00
     Pembinaan Kandang**
3    Wiring/lampu.plug point             Lump sum       5,000.00               70,000.00
4    Menaik Taraf Rumah Pekerja          Lump sum      10,000.00               80,000.00
5    Stor/Rumah Baja/Rumah Kulit         Lump sum      20,500.00              100,500.00
6    Kenderaan                           Lump sum      80,350.00              180,850.00
7    Perigi & perparitan                 Lump sum      10,250.00              191,100.00
8    Rumah Sembelih & Alatan             Lump sum      15,200.00              206,300.00
                                          Jumlah Kos Pembangunan              206,300.00

Nota: **Kawasan kandang adalah kawasan berbukit. Kos tambahan adalah untuk
meratakan tanah dan, penyediaan tanah, menaik taraf kandang dan kelengkapan.

3. Kos Operasi

                                                                                Jumlah
No               Perkara                  Kuantiti        Jumlah (RM)
                                                                            terkumpul (RM)
                                     165 ekor x
1    Pembelian Baka KK                                     247,500.00         247,000.00
                                      RM1500
                                      60 ekor x
2    Pembelian Baka Brahman                                108,000.00         355,500.00
                                      RM1850
                                     56 tonne x
3    Makanan PKC/PKE                                       22,9600.00         378,460.00
                                       RM410
                                      3 bulan x
4    Gaji Pekerja (4 orang)                                 22,500.00         400,960.00
                                      RM4000
                                      3 bulan x
5    Kos Pelbagai                                           7,920.00          408,880.00
                                       RM500
6    Ubat & Vitamin                  Lump sum               1,688.00          410,568.00
                                      3 bulan x
7    Utiliti                                                3,000.00          413,568.00
                                       RM500
                        Jumlah Kos Operasi                                    413,568.00


Nota : Keuntungan daripada jualan lembu hidup dan daging segar telah digunakan untuk
dan menaik taraf ladang dilakukan sedikit-demi sedikit dan digunakan untuk kos operasi.




       Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
KESIMPULAN
Secara rasionalnya, projek ini tidak akan mengalami masalah dari segi
pemasaran produknya dan berdaya maju dari segi teknikal kerana beberapa
faktor yang berikut :
a) Permintaan daging lembu di Malaysia sentiasa meningkat . Pada tahun 2002
keperluan daging lembu tempatan hanya pada tahap 15% saradiri sahaja
manakala selebihnya Malaysia bergantung kepada import. Tren ini meningkat
tetapi hanya pada tahap 24.4% sahaja menjelang tahun 2010. Ini menunjukkan
peluang yang begitu luas dan berpotensi untuk pengeluar-pengeluar lembu
daging tempatan.
b) Dengan peningkatan taraf dan gaya hidup rakyat Malaysia penggunaan daging
lembu dijangka terus meningkat. Pada tahun 2005 penggunaan daging lembu
adalah sebanyak 95,000 tan metrik sedangkan pengeluaran tempatan adalah
sebanyak 15,875 tan metrik sahaja.
c) Semakin banyak saluran pemasaran daging segar di negara ini. Ini
termasuklah di pasar segar, pasar malam, pasar sehari, pasar tani, Mini market,
hyper market, restoran, hotel dan sebagainya.
d) Projek lembu pedaging secara fidlot telah terbukti menguntungkan dengan
pengurusan yang disyorkan. Kaedah ini boleh menjamin bekalan yang konsisten
dan menggunakan bahan-bahan sisi pertanian sebagai makanan utama. Jabatan
Perkhidmatan Haiwan telah mengakui bahawa pengeluaran lembu secara fidlot
adalah kaedah terbaik untuk pengeluaran lembu pedaging secara komersil.
Kesan Alam Sekitar
Projek ini tidak akan mendatangkan masalah kepada penduduk sekitar kerana
ianya jauh daripada penempatan penduduk. Kawasan juga telah dikhususkan
sebagai kawasan penternakan. Sistem kumbahan bahan buangan akan dibina
mengikut spesifikasi agar sisa najis ternakan tidak mengalir terus ke dalam
sungai yang berdekatan.




       Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan
PENUTUP
Berdasarkan kepada analisis ekonomi yang positif dan hasrat kerajaan yang ingin
membangunkan program pengeluaran makanan, prospek industri lembu
pedaging mempunyai masa hadapan yang cerah. Kemudahan kredit yang
diberikan oleh kerajaan dan institusi kewangan menjadi faktor pemangkin
kepada perkembangan industri ini.
Selain itu kurangnya saingan dan risiko yang rendah, boleh mempercepatkan
kemajuan industri lembu pedaging negara. Syarikat yakin projek yang telah
dirancang ini akan memberi pulangan yang menguntungkan.




      Kundur Farm , Lot 588, Jalan Pilin Kundur Tengah, 74100 Pedas Negeri Sembilan