KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT by pharmphresh26

VIEWS: 0 PAGES: 3

									                   KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT
                            SMK TUNGKU 2009

PENGENALAN :

         Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam
aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang
boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.
         Melalui Khidmat masyarakat ini, pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan,
kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam bilik darjah
Dengan ini, pelajar dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana dapat
memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

OBJEKTIF :

   1)      Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di
           luar bilik darjah.
   2)      Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
   3)      Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
           masyarakat dan negara.

KUMPULAN SASARAN :

Semua pelajar tingkatan satu , dua , tiga, empat, dan lima.

TEMPOH PERLAKSANAAN :
Mac hingga Ogos.

PENGISIAN :

Tingkatan Satu

Tema                      : Hubungan Kekeluargaan
Nama Projek               : Profil Keluarga Asas dan Keluarga Kembangan / Kajian
                            Kehidupan Keluarga pada Masa Depan
Aktiviti yang dicadangkan : Buku Folio

Tingkatan Dua

Tema                       : Hidup Bermasyarakat
Nama Projek                : Projek Mengindah dan Membersih Kawasan Sekolah
Aktiviti yang dicadangkan : Buku Folio dan gotong – royong membersih kawasan
                             sekolah.

Tingkatan Tiga
Tema                      : Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia
Nama Projek               : Projek Pameran dan Jualan Makanan Pelbagai Kaum
Aktiviti yang dicadangkan : Pameran dan Jualan Makanan tradisional
                            Buku Folio

Tema                        : Malaysia Negara Berdaulat
Nama Projek                 : Kajian Latar Belakang dan Maksud Bendera, Jata Negeri
                              Jata Negara.
Aktiviti yang dicadangkan : Pameran dan Penghasilan Buku Folio.

Semua aktiviti pameran akan diadakan pada Minggu Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan iaitu pada bulan Jun.


PENGLIBATAN GURU:
Semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.




ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN
         PERKARA                          BIL            HARGA               JUMLAH (RM)
                                                       SEUNIT (RM)
Buku Kerja :
a) Tingkatan Satu                          40                   6.00               240
b) Tingkatan Dua                           40                   6.00               240
c) Tingkatan Tiga                          40                   6.00               240
d) Tingkatan Empat                         40                   6.00               240

‘Permanent marker’       (   hitam,      30 kotak              10.00              300.00
merah, biru )
Kertas majong                           20 gulung              10.00              200.00

Manila kad                              200 keping              0.50              100.00

Magic pen                                10 kotak               4.00              40.00

Stapler gun                                 1                  25.00              25.00
Plastik Sampah                              5                   4.00              20.00
Double sided                                4                   2.00               8.00
Gam                                         5                   2.00              10.00
Jumlah
                                                                                   1663

     Disediakan oleh :                                     Disemak oleh :

     ________________________                              __________________________

     ( CIK HAZILA HASSAN )                                  ( PN MAZNAH ABD GHANI )

     Ketua Panitia Pend Sivik & Kewarganegaraan                Ketua Bidang Kemanusiaan

                                           Disahkan oleh :



                                      ________________________

                                  ( EN GANESAN MANICKAM )

                                                Pengetua

								
To top