KERTAS KERJA MENGENAI PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN UNTUK

Document Sample
KERTAS KERJA MENGENAI PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN UNTUK Powered By Docstoc
					      KERTAS KERJA MENGENAI PELAKSANAAN PENILAIAN TAHAP
      KECEKAPAN (PTK) UNTUK STAF UNIVERSITI UTARA MALAYSIA



1.0    TUJUAN

       Untuk makluman dan kelulusan Majlis Eksekutif Universiti tentang cadangan
       pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan Bagi Tahun 2003.


2.0    PENGENALAN

       Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) merupakan elemen baru yang diperkenalkan
       di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) bagi menilai tahap kompetensi anggota
       Perkhidmatan Awam menerusi peperiksaan, kursus dan amali.


3.0    TUJUAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

       PTK diperkenalkan bertujuan :

       i)     Menggalakkan pembangunan diri (self development) melalui pembelajaran
              berterusan;

       ii)    Menggalakkan penggunaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti, inovasi
              dan multi-skilling dalam pelaksanaan tugas;

       iii)   Menerapkan budaya kerja berpasukan;

       iv)    Memantapkan organisasi pembelajaran (learning organization) dalam
              sektor awam selaras dengan matlamat melahirkan pekerja berpengetahuan
              (k-workers).

       v)     Melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi; dan

       vi)    Membolehkan pengiktirafan diberi kepada anggota melalui Anjakan Gaji.




                                         1
4.0   TAHAP PENILAIAN KECEKAPAN

      4.1     Kumpulan Pengurusan dan dan Profesional


      (i)     Penilaian Tahap Kecekapan 1

              Mengukur tahap pengetahuan dan kefahaman seseorang anggota dari
              aspek pengetahuan, kefahaman serta ciri-ciri sikap, nilai dan etika kerja
              yang diperlukan bagi sesuatu pekerjaan atau jawatan.

      (ii)    Penilaian Tahap Kecekapan 2

              Mengukur kefahaman dan aplikasi dari segi pengetahuan, kemahiran,
              tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi berkaitan dengan bidang tugas
              jawatannya serta mampu memberi khidmat nasihat dan boleh
              menyebarkannya kepada orang lain.

      (iii)   Penilaian Tahap Kecekapan 3

              Menilai pengetahuan, kemahiran, tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi
              serta kebolehan anggota memberi khidmat nasihat dan menyebarkan
              pengetahuan kepada orang lain serta memberi sumbangan yang berkesan
              kepada organisasi sesuai dengan gred jawatan yang disandang.

      (iv)    Penilaian Tahap Kecekapan 4

              Menilai pengetahuan, kemahiran, tatakelakuan, nilai-nilai peribadi dan
              kebolehan anggota mensintesis isu dan masalah.        Ia juga menilai
              keupayaan anggota membimbing anggota lain di bawah bidang
              kawalannya sesuai dengan gred jawatan yang disandang.

      (v)     Penilaian Tahap Kecekapan 5

              Menilai pengetahuan, kemahiran, tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi
              serta kebolehan anggota membimbing beberapa pasukan kerja atau fungsi
              organisasi sesuai dengan gred jawatan yang disandang.

      (vi)    Penilaian Tahap Kecekapan 6

              Menilai kemantapan anggota sebagai pemimpin dan pengurus dalam
              mengemudi perubahan dan usaha-usaha pembaharuan perkhidmatan awam
              sesuai dengan bidang tugas dan taraf jawatannya.



                                          2
      4.2     Kumpulan Sokongan

      (i)     Penilaian Tahap Kecekapan 1

              Mengukur tahap pengetahuan dan kefahaman serta tatakelakuan dan nilai-
              nilai peribadi seseorang anggota dalam memahami peraturan, prosedur
              dan sistem kerja sesuai dengan tugas jawatannya.

      (ii)    Penilaian Tahap Kecekapan 2

              Mengukur tahap kemahiran seseorang anggota dalam memahami dan
              mengaplikasi peraturan, prosedur dan sistem kerja dalam menjalankan
              tugas jawatannya.


      (iii)   Penilaian Tahap Kecekapan 3

              Mengukur keupayaan seseorang anggota mengaplikasi pengetahuan,
              kemahiran, tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi serta mampu menyelia
              dan boleh memberi khidmat nasihat dan pandangan sesuai dengan tugas
              jawatannya.


      (iv)    Penilaian Tahap Kecekapan 4

              Menilai pengetahuan, kemahiran, tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi
              serta berkebolehan anggota membantu ketua jabatan dalam urusan
              pentadbiran pejabat dan penyeliaan anggota di bawah kawalannya dengan
              berkesan.

5.0   KAEDAH PELAKSANAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

      5.1     Penilaian Tahap Kecekapan bagi semua kumpulan perkhidmatan
              dilaksanakan seperti berikut :

              (i)    Kumpulan Pengurusan dan Profesional

                     Tahap Kecekapan 1   :       Kursus Kenegaraan dan Peperiksaan;
                     Tahap Kecekapan 2   :       Peperiksaan; dan
                     Tahap Kecekapan 3   :
                     Tahap Kecekapan 4   :
                     Tahap Kecekapan 5   :       Kursus
                     Tahap Kecekapan 6   :



                                         3
      (ii)   Kumpulan Sokongan

             Tahap Kecekapan 1     :       Kursus Kenegaraan dan Peperiksaan
             Tahap Kecekapan 2     :
             Tahap Kecekapan 3     :       Peperiksaan; dan
             Tahap Kecekapan 4     :       Kursus


5.2   Kandungan Sukatan Peperiksaan dan Kursus

      Kandungan sukatan peperiksaan dan kurikulum kursus hendaklah
      berdasarkan kepada kompetensi anggota. Kompetensi boleh dibahagikan
      kepada dua komponen seperti berikut :

      (i)    Kandungan Umum (Generic Competency) iaitu tahap pengetahuan,
             kemahiran, tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi yang perlu
             dimiliki oleh setiap anggota tanpa mengira gred jawatan dan
             organisasi anggota berkenaan; dan

      (ii)   Kandungan Khusus (Functional Competency) iaitu tahap
             pengetahuan, kemahiran, tatakelakuan dan nilai-nilai peribadi yang
             diperlukan bagi melaksanakan bidang tugas sesuatu jawatan secara
             khusus dan berkesan.

      Kedua-dua elemen kompetensi ini akan disepadukan dalam pembentukan
      profil kecekapan yang perlu bagi seseeorang anggota awam dalam
      menjalankan tugas-tugas jawatan yang disandang.

      Pembangunan sukatan peperiksaan dan kurikulum kursus berasaskan
      kompetensi boleh digubal berdasarkan kepada :


      (i)    Analisis jawatan dan tugas (job analysis dan task analysis); dan

      (ii)   Analisis jurang kompetensi,


      Bagi menentukan tahap pengetahuan dan kemahiran serta tatakelakuan
      dan nilai-nilai peribadi yang diperlukan bagi sesuatu gred jawatan untuk
      melangkah sesuatu Tahap Kecekapan.




                                  4
5.3   Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan

      Aras Kesukaran Peperiksaan

      Aras kesukaran bagi setiap Tahap Kecekapan adalah seperti berikut :

      (i)    Kumpulan Pengurusan dan Profesional

             (a)      Tahap Kecekapan 1    :        Tahap pengetahuan dan
                                                    kefahaman
             (b)      Tahap Kecekapan 2    :        Tahap kefahaman dan
                                                     aplikasi

      (ii)   Kumpulan Sokongan

             (a)      Tahap Kecekapan 1    :        Tahap pengetahuan dan
                                                    kefahaman
             (b)      Tahap Kecekapan 2    :        Tahap kefahaman dan
                                                    aplikasi
             (c)      Tahap Kecekapan 3    :        Tahap aplikasi

      Bentuk Peperiksaan

      Bentuk peperiksaan adalah seperti berikut :

      (i)    Kumpulan Pengurusan dan Profesional

                   Tahap Kecekapan                  Bentuk Peperiksaan
                   Tahap Kecekapan 1                       Esei
                   Tahap Kecekapan 2                       Esei

      (ii)   Kumpulan Sokongan

                   Tahap Kecekapan                  Bentuk Peperiksaan
                   Tahap Kecekapan 1                   Aneka Pilihan
                   Tahap Kecekapan 2                   Aneka Pilihan
                   Tahap Kecekapan 3                       Esei


      Universiti boleh menentukan bentuk peperiksaan atau penilaian yang
      sesuai (esei/aneka pilihan/amali/pemerhatian/ujian lisan) tertakluk kepada
      kelulusan Jawatankuasa Dasar Penilaian Kompetensi.




                                   5
5.4   Kursus Penilaian Tahap Kecekapan

      Aras Kesukaran Kursus

      Aras kesukaran kursus bagi setiap Tahap Kecekapan adalah seperti berikut

      (i)    Kumpulan Pengurusan dan Profesional

             (a)    Tahap Kecekapan 3     :      Tahap keupayaan memberi
                                                 sumbangan      di  dalam
                                                 lingkungan kumpulan kerja
                                                 dan fungsinya.

             (b)    Tahap Kecekapan 4     :      Tahap keupayaan mem-
                                                 bimbing di lingkungan atau
                                                 tugas kerja.


             (c)    Tahap Kecekapan 5     :      Tahap keupayaan mem-
                                                 bimbing dan mengetahui
                                                 serta   melaksanakan tugas-
                                                 tugas di peringkat yang lebih
                                                 tinggi.

             (d)    Tahap Kecekapan 6     :      Tahap keupayaan mengetuai
                                                 sesebuah organisasi    dan
                                                 melaksanakan      sebarang
                                                 tugas.


      (ii)   Kumpulan Sokongan

             (a)    Tahap Kecekapan 4     :      Tahap keupayaan membantu
                                                 pengurusan    pejabat   dan
                                                 penyeliaan anggota di bawah
                                                 kawalannya.




                                  6
6.0   CADANGAN PELAKSANAAN                    PTK   DI    UNIVERSITI      UTARA
      MALAYSIA (UUM)

      6.1   Tarikh Pelaksanaan            :     April 2003


      6.2   Cadangan Perlantikan Badan Pengurusan


            6.2.1   Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia

                    Keanggotaan adalah dicadangkan seperti berikut :

                    Pengerusi      -   Naib Canselor
                    Setiausaha     -   Pendaftar
                    Ahli-Ahli      -   Timbalan Naib Canselor (Akademik)
                                   -   Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik)
                                   -   Timbalan Naib Canselor ( Pembangunan)


                    Bidang Tugas

                     a)      Bertanggungjawab dalam urusan penilaian prestasi staf
                     b)      Mengenalpasti keperluan staf
                     c)      Mengesyorkan bimbingan dan kaunseling dengan tujuan
                             memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi dan
                             motivasi
                     d)      Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pencalonan
                             anugerah pingat/bintang kebesaran dan pemberian surat
                             penghargaan
                     e)      Menentukan penempatan dan pembangunan kerjaya staf


            6.2.2   Jawatankuasa Penilaian Kompetensi

                    Keanggotaan adalah dicadangkan seperti berikut :

                    Pengerusi      -   Naib Canselor/TNC (A/P)
                    Setiausaha     -   KPT BSM (N54)
                    Ahli-ahli      -   Bendahari
                                   -   Ketua Pustakawan




                                         7
        Bidang Tugas

        a)     Menentukan dasar peperiksaan dan kursus PTK
        b)     Meluluskan sukatan peperiksaan dan kurikulum kursus
               PTK
        c)     Melantik Panel Peperiksaan dan Panel Penilaian
        d)     Memantau peperiksaan dan kursus yang dikendalikan oleh
               Universiti
        e)     Mempertimbangkan dan membuat keputusan kepada kes
               rayuan peperiksaan dan/atau kursus
        f)     Penentuan dasar pengecualian menduduki peperiksaan
               dan/atau kursus

6.2.3   Jawatankuasa Pengubal Kokurikulum Kursus

        Keanggotaan adalah dicadangkan seperti berikut :

        Pengerusi      -   Pendaftar
        Setiausaha     -   Pegawai BSM
        Ahli -ahli     -   Setiap Ketua Bahagian bagi Skim-skim yang
                           terlibat.

        Bidang Tugas

        a)     Menentukan garis panduan pengubal kurikulum dan silibus
               kursus PTK
        b)     Melantik kumpulan pakar dan teknikal untuk menyediakan
               kurikulum kursus
        c)     Menimbang draf kumpulan kursus daripada kumpulan
               teknikal kurikulum kursus
        d)     Memperakukan kurikulum kursus kepada Jawatankuasa
               Kompetensi
        e)     Menyediakan kaedah penilaian kursus

6.2.4   Jawatankuasa Panel Penilaian Kursus

        Keanggotaan adalah dicadangkan seperti berikut :

        Pengerusi      -   Ketua Jabatan/Bahagian atau Wakil
        Setiausaha     -   Pegawai Sumber Manusia Jabatan/Bahagian
        Ahli-ahli      -   Wakil Jabatan/Bahagian
                       -   Timb. Pendaftar Sumber Manusia
                       -   Wakil-wakil lain yang bersesuaian



                             8
              Bidang Tugas

              a)     Menilai prestasi peserta secara individu dan kumpulan
              b)     Menilai kesesuaian cadangan soalan-soalan ujian
              c)     Menetapkan markah lulus
              d)     Mengesahkan keputusan ujian kursus
              e)     Menyediakan laporan pencapaian kursus
              f)     Mengemukakan perakuan bagi anggota yang gagal
                     menamatakan kursus


      6.2.5   Jawatankuasa Penilaian Peperiksaan

              Keanggotaan adalah dicadangkan seperti berikut :

              Pengerusi      -   Pendaftar
              Ahli           -   Ketua Skim Perkhidmatan Yang Ditetapkan
                             -   * Contoh untuk skim perkhidmatan N
                             -   Seorang KTP/TP (N54)
                             -   2 orang (N48) KPP/TP
                             -   2 orang (N41) /PP

              Bidang Tugas

              a)     Menentukan taraf dan mutu soalan
              b)     Melantik pengubal soalan
              c)     Melantik pemeriksa kertas jawapan
              d)     Menetapkan markah lulus
              e)     Meluluskan soalan-soalan peperiksaan yang disediakan
                     oleh pengubal
              f)     Menyediakan laporan dan analisis peperiksaan kepada JKK
              g)     Memperakukan kes-kes pelanggaran peraturan peperiksaan
                     kepada JKK.

6.3   Calon yang akan menduduki PTK 2003

      Jumlah calon yang akan menduduki PTK adalah :

      a)      Kumpulan Pengurusan dan Profesional

              i)     Peperiksaan                  :       200 orang
              ii)    Kursus                       :      1000 orang




                                   9
                            b)    Kumpulan Sokongan

                                  i)        Peperiksaan                   :       400 orang

                            c)    Kumpulan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir

                                  i)        Amali/Ujian Khas              :      122 orang

                      6.4   Keperluan Sumber Manusia

                            Bagi melaksanakan kursus dan peperiksaan PTK untuk tahun 2003,
                            keperluan sumber manusia adalah seperti berikut :


                                                                         Merancang dan Mengurus
                                            Ketua Unit                    PTK
                                                                         Pelaksanaan PTK
                                              PTK
                                                                         Perhubungan Luar IPTA/JPA
                                            KPP (N48)                    Kawalan Budget dan
                                                                          Pengurusan




   Pembangunan               Penolong                    Penolong                  Pembangunan Sukatan
    Sukatan Peperiksaan     Pendaftar (1)                 Pendaftar (1)              Kursus
   Logistik                                                                        Logistik
   Kesetiausahaan
                            (Peperiksaan)                 (Kursus)                  Kesetiausahaan




                             PT (P/0)                             PT (P/0)
                               (1)                                  (2)



                            Keperluan sumber manusia ini adalah merupakan tambahan baru bagi
                            perjawatan yang sedia ada bagi membolehkan PTK dapat dilaksanakan
                            pada April 2003.
                            Perjawatan yang diperlukan :

                            1.    Ketua Penolong Pendaftar                -      Ketua Unit
                            2.    Penolong Pendaftar                      -      2 orang


                                                          10
      3.    Pembantu Tadbir                        -   3 orang
            (Perkeranian/Operasi)


6.6   Keperluan Kewangan

      Pelaksanaan PTK bagi tahun 2003 melibatkan keperluan kewangan seperti
      berikut :


      1.    Anggaran Perbelanjaan Pengurusan           RM 111,300.00
            Peperiksaan                      :

      2.    Anggaran Perbelanjaan kursus           :

            Pilihan Dalam kampus (A)               :   RM 669,340.00
            Pilihan Luar kampus (B)                :   RM 1,829,750.00


      3.    Jumlah keseluruhan Perbelanjaan

            i)     Pelaksanaan dalam kampus

                          RM 669,340.00
                          RM 136,000.00
                          ----------------------
                          RM 805,340.00
                          =============

            ii)    Pelaksanaan luar kampus

                          RM 1,829,750.00
                          RM 136,000.00
                          ----------------------
                          RM 1,965,750.00
                          ==============




                                  11
                         ANGGARAN PERBELANJAAN PEPERIKSAAN PENILAIAN
                                TAHAP KECEKAPAN BAGI TAHUN 2003



Bil.                                   Perkara                Jumlah
                                                               (RM)
                 Penggubalan Soalan
1.
       4 orang panel x 10 peperiksaan (5 TK) x RM300.00
                                                                12,000.00
                 Pengawas Peperiksaan
2.
       5 orang x 10 peperiksaan (5 TK) x RM100.00
                                                                  5000.00
                 Proses Pengurusan Peperiksaan
3.
       Penyediaan Kertas Soalan
       3000 rim x RM11.00
                                                                33,000.00
       Mencetak Kertas Kertas Jawapan
                                                                20,000.00
       Sampul Bungkusan Soalan
       RM2.50 x 1000 keping
                                                                 2,500.00
       Sampul Bungkusan Kertas Jawapan
       RM2.50 x 1000 keping
                                                                 2,500.00
       Mencetak Borang OMR
             -   Art Work
                                                                   500.00
             -   RM0.60 x 10,000 keping
                                                                 6,000.00
       Stiker Kertas Soalan
             -   RM5.00 x 500 keping
                                                                 2,500.00
       Stiker Kertas Jawapan
             -   RM5.00 x 500 keping
                                                                 2,500.00
       Jam
             -   10 unit x RM50.00
                                                                   500.00
       Mesin OMR
                                                                44,000.00
                 Kontigensi
4.                                                               5,000.00

                              JUMLAH KESELURUHAN               136,000.00




                                                 12
                          Anggaran Perbelanjaan
                  Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
                             Bagi Tahun (2003)

1.   Pilihan A      :      Kursus dilaksanakan di dalam kampus

     Kumpulan Pengurusan dan Profesional

     1.     Kumpulan Bukan Akademik

            Tahap kecekapan (TK1) hingga Tahap Kecekapan 6 mengandungi 5
            kursus PTK.

     2.     a) Sajian                                        RM

                 RM15 x 30 orang x 14 hari x 7 kursus     44,100.00

            b) Peralatan Kursus

                 RM 20 x 30 orang x 7 kursus                4,200.00

            c) Honorarium Penceramah

                 RM100 x 6 jam x 14 hari x 7 kursus       58,800.00

            d) Honorarium Fasilitator
            e)
               RM50 x 6 jam x 14 hari x 7 kursus             29,400

            f) Pengangkutan (Penceramah Jemputan)

                 i) Kapalterbang
                    RM 366 x 5 kali x 7 kursus            12,810.00

            g) Penginapan (Penceramah Jemputan)

                 RM125 x 5 hari x 7 kursus                4,375.00

            f) Kontegensi                                 5,000.00

                                                 ---------------------
            Jumlah                                  RM 158,685.00
                                                 =============



                                        13
2.   Kumpulan Kakitangan Akademik

     a)     Sajian                                        RM

            RM15 x 30 orang x 14 hari x 23 kali       144,900.00

     b)    Peralatan Kursus

            RM 20 x 30 orang x 23 kursus                13,800.00

     c)    Honorarium Penceramah

            RM100 x 6 jam x 14 hari x 23 kursus       193,200.00

     d)    Honorarium Fasilitator

            RM50 x 6 jam x 14 hari x 23 kursus          96,600.00

     e)     Pengangkutan

            i)    Kapalterbang
                  RM 366 x 5 kali x 23 kursus           42,090.00

            ii)   Penginapan
                  RM125 x 10 hari x 23 kali             28,750.00

     f)     Kontigensi
            10,000.00
                                                      ----------------------
     Jumlah                                           RM 529,340.00
                                                      =============
C.   Peralatan Kursus

     a)     Notebook dan LCD                          RM 120,000.00
            RM 20,000 X 6 unit

     b)     Buku Rujukan                              RM 20,000.00

                                                  -------------------------
     Jumlah                                            RM 140,000.00
                                                  -------------------------
                                                  -------------------------
            JUMLAH KESELURUHAN                        RM 669,340.00
                                                  ===============


                                       14
                            Anggaran Perbelanjaan
                    Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
                               Bagi Tahun (2003)

2.   Pilihan B :      Kursus dilaksanakan di luar universiti

     Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik)

     2.1    Kumpulan Kakitangan Bukan Akademik
            Tahap kecekapan (TK1) hingga Tahap Kecekapan 6 mengandungi 5
            kursus PTK.
                                                         RM
            a) Pakej Seminar (hotel, makanan dan tempat)

                   RM85 x 30 orang x 14 hari x 7 kursus               249,900.00

            b) Peralatan Kursus

                   RM 20 x 30 orang x 7 kursus                        4,200.00

            h) Honorarium Penceramah

                   RM100 x 6 jam x 14 hari x 7 kursus                 58,800.00

            i) Honorarium Fasilitator

                   RM50 x 6 jam x 14 hari x 7 kursus                  29,400.00

            j) Pengangkutan

                   ii) Kapalterbang (Penceramah Luar)
                       RM 366 x 5 kali x 7 kursus                     12,810.00

                   ii) Kenderaan                                       7,000.00

            k) Penginapan (Penceramah Luar)

                   RM125 x 5 hari x 7 kursus                          4,375.00

            i) Kontigensi                                            27,000.00
                                                               ---------------------
               Jumlah                                          RM 647,585.00
                                                               =============



                                           15
4.   Kumpulan Kakitangan Akademik

     a) Pakej Seminar                                       RM

       RM85 x 30 orang x 14 hari x 23 kursus           821,100.00

     e) Peralatan Kursus

           RM 20 x 30 orang x 23 kursus                  13,800.00

     f) Honorarium Penceramah

           RM100 x 6 jam x 7 hari x 23 kursus            96,600.00
           RM200 x 6 jam x 7 hari x 23 kursus           193,200.00

     g) Pengangkutan

           iii)   Kapalterbang
                  RM 366 x 5 kali x 23 kursus            42,090.00

           ii)    Kenderaan                              1,000.00

     h) Penginapan

           RM125 x 5 hari x 23 kursus                     14,375.00
                                                ----------------------
                   Jumlah                       RM 1,182,165.00
                                                =============

     JUMLAH KESELURUHAN                         RM1,829,750.00
                                                =============




                                        16
                              Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia




                                    Jawatankuasa Penilaian Kompetensi




                                                                             Panel Penggubal
Panel Penilaian Peperiksaan                      Panel Penilaian Kursus     Kurikulum Kursus




     7.0      SYOR


              Majlis dengan hormatnya dipohon untuk memberi pertimbangan dan meluluskan
              cadangan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk staf Universiti
              Utara Malaysia.



     Disediakan oleh         :         Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

     Tarikh                  :         05 Februari 2003
     AA/sfa – MEU – Kertaskerja PTK 1 Disember 2002




                                                          17
                                       JKPSM                             Lampiran 2
                                        Pusat




JKPSM             JKPSM                JKPSM          JKPSM             JKPSM
  PTJ               PTJ                  PTJ            PTJ               PTJ



  JKPSM (Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia)




                                        JKPK



        Panel Penilai                                  Panel Penilai
        Kompetensi                                      Kompetensi
        (Akademik)                                   (Bukan Akademik)




                        Kumpulan Pengurusan             Kumpulan                 Kumpulan
                        Profesional                     Sokongan 1              Sokongan 11




                         Panel Penilai Peperiksaan




                                                18