‘Sambutan 10 Tahun MRSM Kuala Berang’
1.0 PENDAHULUAN
Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) adalah anak didik Maktab Rendah
Sains MARA (MRSM) yang lahir dari formula Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah
membuktikan kejayaannya pada hari. ANSARA singkatan kepada „Anak Sains MARA‟
merupakan Alumni bekas lepasan MRSM. Hari ini ANSARA telah mengorak langkah di
dalam era pembangunan profesionalisma. Pelbagai usaha dan program telah dilaksanakan
oleh ANSARA samaada di peringkat bawahan (pelajar) mahupun di peringkat atasan
(pemimpin negara) dengan tujuan untuk memartabatkan bangsa Melayu untuk terus
berjaya di dalam semua bidang seiringan dengan bangsa lain dan selaras dengan
matlamat Dasar Ekonomi Baru.
2.0 PENGENALAN ANSARA KUALA BERANG (QBER)
ANSARA KUALA BERANG (QBER) ditubuhkan atas dasar kesedaran untuk
memastikan hubungan di antara semua bekas pelajar MRSM Kuala Berang dapat
diteruskan sepanjang masa disamping membantu melaksanakan tanggungjawab bersama
dengan mencurahkan bakti kepada agama, bangsa dan negara dan MRSM khususnya..
Sebagai satu cawangan ANSARA yang baru ditubuhkan, kami yakin dapat membantu
melaksanakan usaha-usaha dan program-program yang dianjurkan oleh ANSARA dalam
mencapai matlamat ANSARA disamping menimba pengalaman dalam mengendalikan
sebuah persatuan alumni yang mampu meneruskan perjuangan dan memartabatkan
agama, bangsa dan negara.
Di dalam usaha untuk memperkenalkan ANSARA QBER, pelbagai aktiviti telah
dilaksanakan samaada diperingkat batch, cawangan dan juga pusat. Sehingga kini,
ANSARA Kuala Berang telah melaksanakan dan menyertai pelbagai aktiviti seperti Liga
ANSARA, Himpunan Syawal ANSARA untuk Afghanistan dan lain-lain lagi. Ini dapat
meningkatkan lagi ahli lepasan MRSM Kuala Berang untuk bersama-sama bersatu di
bawah ANSARA QBER.
Sebagai mengorak langkah yang pertama ANSARA QBER dengan pihak MRSM Kuala
Berang, satu program murni telah pun dibincangkan untuk dijayakan bersama iaitu
„Sambutan 10 Tahun MRSM Kuala Berang‟ bagi meraikan kejayaan MRSM Kuala
Berang yang telah berjaya memartabatkan pelajar-pelajarnya ke satu platform pendidikan
yang baik.
1
‘Sambutan 10 Tahun MRSM Kuala Berang’
3.0 SAMBUTAN 10 TAHUN MRSM KUALA BERANG
3.1 Sejarah Penubuhan MRSM Kuala Berang
Sambutan 10 Tahun MRSM Kuala Berang merupakan satu sambutan julung kali
diadakan bagi menandakan MRSM Kuala Berang yang dibina di satu kawasan
terpencil terletak di Hulu Terangganu telah berusia satu abad. Ia merupakan
kesinambungan MRSM Kerteh yang ditutup selepas kampus tetap dibina. Ia di
bina pada tahun 1992 dan tahun berikutnya 1993, pelajar-pelajar tingkatan 5 lebih
kurang 160 orang dari MRSM Kertih dipindahkan ke MRSM Kuala Berang. Pada
masa yang sama pengambilan pelajar baru seramai lebih kurang 170 orang
tingkatan tingkatan 4 didaftarkan di MRSM ini.
MRSM Kuala Berang merupakan satu-satunya MRSM yang melaksanakan 100
peratus kursus Sains Pengurusan kepada semua pelajar. Ketika itu, hanya
pelajaran elektif Prinsip Akaun, Matematik Tambahan dan Goegrafi sahaja di
tawarkan kepada para pelajar.
Dari setahun ke setahun, MRSM Kuala Berang telah menunjukkan prestasi yang
cemerlang dalam setiap keputusan SPM. Sehingga kini MRSM Kuala Berang
telah diiktirafkan menjadi salah satu MRSM Bitara dan melaksanakan kursus
Sains Tulen sepenuhnya.
3.2 Pengenalan
Program ini merupakan program bersama yang akan dilaksanakan oleh ANSARA
QBER dan MRSM Kuala Berang. Program ini telah diilhamkan oleh ANSARA
QBER dan dianggap penuh bersejarah kerana ini merupakan program yang
pertama akan dilaksanakan secara bersama. Satu jawatankuasa bersama juga
ditubuhkan bagi melaksanakan program ini. Walaubagaimana pun pihak
ANSARA QBER amat berterima kasih kepada Pengetua MRSM Kuala Berang
yang bersedia memberi sokongan untuk bersama-sama menjayakan program ini.
Satu mesyuarat khas diantara ANSARA QBER dan MRSM Kuala Berang telah
diadakan bagi membincangkan pengisian dan perjalanan program bersama ini.
3.3 Objektif
Menghargai jasa dan sumbangan yang penuh bermakna kepada pihak MRSM
Kuala Berang yang merangkumi tenaga pengajar, pihak pentadbiran dan
pengurusan maktab, pekerja-pekerja am dan masyarakat kampung setempat yang
sehingga kini masih tidak jemu-jemu meneruskan perjuangan dan memartabatkan
anak didiknya mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
2
‘Sambutan 10 Tahun MRSM Kuala Berang’
3.4 Matlamat
a. Mewujudkan hubungan yang lebih erat di antara pihak ANSARA QBER
dengan pihak Maktab.
b. Melahirkan rasa terima kasih kepada MRSM yang telah melahirkan insan
yang cemerlang dan berjaya.
c. Mengumpulkan lepasan pelajar-pelajar MRSM Kuala Berang.
d. Menghimpunkan guru-guru dan kakitangan yang pernah berkhidmat di
MRSM Kuala Berang.
e. Melahirkan semangat cintakan MRSM serta cintakan agama, bangsa dan
negara.
f. Memperkenalkan ANSARA kepada para pelajar MRSM secara langsung
bagi menarik minat para pelajar menyertai ANSARA setelah tamat sessi
pembelajaran di MRSM.
g. Memastikan semangat MRSM yang sedia ada dapat diteruskan sepanjang
masa.
h. Menarik lebih ramai lepasan MRSM Kuala Berang menyertai ANSARA
QBER bagi menjadikan satu alumni yang mantap.
i. Membantu dan menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar MRSM untuk
terus berjaya dengan lebih cemerlang dan berwawasan.
j. Memupuk semangat kepimpinan dan jati diri dengan menerapkan nilai-
nilai yang mulia, bersyukur dan bertaqwa.
k. Melahirkan semangat permuafakatan antara MRSM dan masyarakat.
3
‘Sambutan 10 Tahun MRSM Kuala Berang’
4.0 AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR ‘SAMBUTAN 10
TAHUN MRSM KUALA BERANG’
Penaung
Sdr. Mukhriz Mahathir
Penasihat
Tuan Haji Mustafa Apipi Hassan Hilmi
Pengerusi
Sdr. Norhalim Iskandar Halal
Naib Pengerusi
Sdr. Mohd Fithri Mohd Shahrum
Setiausaha
Sdr. Mohd Irwan Ibrahim
Bendahari
Sdr. Azlee Abd Rahim
Ahli-Ahli Jawatankuasa
Sdri. Siti Mazwiah Mat Saad
Sdri. Norazwin Buang
Sdri. Rozana Saedon
Sdr. Junaidi Jamil
Sdri. Azni Atan
Sdr. Mohd Zamzuri Abdullah
Sdr. Hishamuddin Hassan
Sdr. Rozaiman Abdul Razak
4
‘Sambutan 10 Tahun MRSM Kuala Berang’
5.0 ATURCARA PROGRAM
5.1 Tarikh dan Tempat
Tarikh : 30 Ogos 2003 & 31 Ogos 2003
(Hari Sabtu & Ahad)
Tempat : MRSM Kuala Berang, Terengganu Darul Iman
5.2 Aturcara
29 Ogos 2003 (Jumaat)
Malam – Bertolak ke Kuala Berang
30 Ogos 2003 (Sabtu)
Petang – Career Talk & Sidang Pleno
Malam – Tayangan Klip Video “Semerah Padi”
Sessi Pengenalan ANSARA
Majlis Makan Malam Sambutan 10 Tahun MRSM Kuala
Berang
Sambutan Hari Kemerdekaan
31 Ogos 2003 (Ahad)
Pagi – Sambutan 10 Tahun MRSM Kuala Berang
(Dirasmikan oleh Sdr. Mukhriz Mahathir – Presiden ANSARA)
Penganugerahan „Anugerah Khas ANSARA‟
Pertandingan mencipta logo „Sambutan 10 Tahun MRSM
Kuala Berang‟
Pameran „MRSM Kuala Berang – Dahulu dan Kini‟
Petang – Perlawanan persahabatan – Bola sepak dan Bola Padang
Penutup
1 September 2003 (Isnin)
Pagi – Sessi lawatan dan bertolak ke Kuala Lumpur.
5
‘Sambutan 10 Tahun MRSM Kuala Berang’
6.0 BUDGET
RM
No.
1 Penginapan
RM 15 x 50 x 2 hari 1,500.00
2 Pengangkutan
RM 30 x 2 x 45 orang 2,700.00
3 Makanan
Majlis Makan Malam
RM 10 x 1000 orang 10,000.00
Makanan peserta
RM 15 x 50 x 2 hari 1,500.00
4 Cenderahati
Anugerah Khas ANSARA 400.00
Pertandingan mencipta Logo & T-Shirt 200.00
Sukan 500.00
VVIP 300.00
Guru-guru & kakitangan 1,000.00
5 T-Shirt
Jawatankuasa program & peserta
RM 25 x 100 2,500.00
Pelajar
RM 15 x 500 7,500.00
6 Banner 400.00
7 Buku Cenderamata
RM 10 x 500 5,000.00
8 Kelengkapan Program 2,000.00
pentas, alatulis, dll
9 Belanja Luarjangka 2,000.00
37,500.00
7.0 PENUTUP
Sambutan 10 Tahun MRSM Kuala Berang ini diharap akan mendapat sokongan semua
pihak agar segala objektif dan matlamatnya dapat dicapai dan kebaikannya dapat dirasai
oleh semua pihak.
6