Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN by pharmphresh26

VIEWS: 2,505 PAGES: 17

									                       KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN
            YANG BERHORMAT MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA


      PERSIDANGAN SERANTAU AMALAN KESELAMATAN TEKNOLOGI 2008
                                  (SECURITY2008)


                              16 - 17 DISEMBER 2008


                          HOTEL LEGEND, KUALA LUMPUR




1.0   TAJUK PERSIDANGAN


      1.1    Persidangan Serantau Amalan Keselamatan Teknologi 2008 atau “Regional
             Conference on Security Technology Practices 2008” (SECURITY 2008).




2.0   TUJUAN


      2.1    Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan
             Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bagi membenarkan
             Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menganjurkan Persidangan
             Serantau Amalan Keselamatan Teknologi 2008 atau “Regional Conference
             on Security Technology Practices 2008” (SECURITY 2008) pada 16 hingga
             17 Disember 2008 bertempat di Hotel Legend Kuala Lumpur.




3.0   LATAR BELAKANG


      3.1    Pengenalan


             Selaras dengan wawasan negara dalam menghadapi cabaran untuk
             mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan
             tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
             teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi
             masa depan, kita perlu mengambil langkah ke hadapan terhadap agenda
             keselamatan sosial dan pembangunan negara. Sudah tiba masanya kita


                                         1
      bergerak ke depan dengan lebih tegas dan bersemangat bagi memastikan
      sebuah masyarakat yang mempunyai jati diri tinggi yang diasaskan pada
      sistem pendidikan awal dan kesedaran berterusan dalam menangani isu
      keselamatan negara dan serantau di kalangan masyarakat.


      “Regional Conference on Security Technology Practices 2008” adalah
      persidangan     yang    julung-julung    kalinya   diadakan   bertujuan   untuk
      menyediakan ruang perbincangan, perkongsian dan percambahan idea serta
      kepakaran di antara kerajaan, sektor swasta dan perkhidmatan, pertubuhan-
      pertubuhan bukan kerajaan dan ahli-ahli akademik dalam usaha untuk
      meningkatkan aspek keselamatan serantau melalui kejuruteraan, sains dan
      teknologi (EST) yang semakin mencabar di dalam era globalisasi ketika ini.


      Dengan kemunculan pelbagai ancaman pandemik, bioterorisme, jenayah
      siber, keselamatan industri, isu keselamatan alam sekitar dan hidupan liar
      serta pendatang tanpa izin, semua pihak sama ada kerajaan dan agensi
      swasta perlu membangunkan penyusunan perlindungan keselamatan yang
      berterusan.    Persidangan ini membuka ruang secara terbuka kepada
      masyarakat Malaysia untuk membincangkan isu-isu berat seperti pertahanan,
      keselamatan negara dan serantau. Ia sebenarnya petanda kesedaran
      terhadap perkara yang dianggap mempunyai pantang larang yang tersendiri
      dan perlu dilihat dari satu sudut yang positif.


3.2   Tujuan Umum Penganjuran


      Pada masa kini, belum ada universiti di Malaysia yang menjadi „bench mark‟
      atau tanda aras yang ketara dalam isu-isu yang berkaitan dengan
      keselamatan nasional dan serantau. Sudah tiba masanya UTM mengambil
      langkah ke hadapan untuk menjadi pakar rujuk atau „champion‟ dalam bidang
      ini.


      Persidangan ini akan mengetengahkan kepakaran UTM dari kalangan ahli
      akademik, penyelidik dan para pelajar dalam penggunaan kejuruteraan, sains
      dan teknologi tinggi di dalam bidang keselamatan. Kerjasama daripada pihak
      kerajaan dan swasta yang berterusan diperlukan bagi memajukan bidang
      keselamatan nasional dan serantau.           Secara tidak langsung, ia akan
      meningkatkan jenama UTM di dalam negara dan serantau.


                                       2
             Persidangan di peringkat serantau yang dicadangkan ini adalah sejajar
             dengan usaha untuk „mengantarabangsakan‟ universiti dan aspirasi universiti
             untuk menjadi „world class university‟.


             Secara tidak langsung, persidangan ini dapat membantu merealisasikan
             aspirasi Negara dan universiti untuk memajukan kejuruteraan, sains dan
             teknologi di samping dapat bersama bersaing di peringkat serantau dan
             global.


      3.3    Jawatankuasa Pelaksana Persidangan


             3.3.1     Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti
                       Teknologi Malaysia (SPACE, UTM) dan Pusat Dasar Teknologi dan
                       Kajian Antarabangsa (CENTEPIS), Universiti Teknologi Malaysia akan
                       menjadi penganjur utama kepada persidangan ini.        Jawatankuasa
                       penganjur persidangan adalah seperti pada Lampiran I.


             3.3.2     Alamat perhubungan bagi urusan pentadbiran persidangan adalah
                       seperti berikut :


                       Sekretariat SECURITY2008
                       Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan
                       Universiti Teknologi Malaysia
                       81310 UTM Skudai, Johor


                       No. Tel         :      +607-5212000
                       No. Faks.       :      +607-5205725/5218113/5218158
                       Laman Web       :      www.spaceutm.edu.my




4.0   OBJEKTIF PERSIDANGAN


      4.1    Objektif persidangan adalah seperti berikut:


            i.   Berkongsi maklumat dan percambahan idea di kalangan ahli profesional
                 di    dalam       kerajaan   dan   sektor   swasta   bagi   membincangkan


                                               3
                   perkembangan, arah tuju terkini dan memperkenalkan teknologi terkini
                   berkaitan dengan aktiviti-aktiviti keselamatan nasional dan serantau
                   melalui kejuruteraan, sains dan teknologi.


            ii.    Meningkatkan hubungan kerjasama yang lebih efisien dan efektif bagi
                   menghadapi ancaman keselamatan yang semakin canggih secara
                   berterusan di antara institusi pengajian, agensi-agensi kerajaan dan
                   swasta serta orang awam.




5.0   BUTIR-BUTIR PERSIDANGAN


      5.1     Peserta Persidangan


            i.     Eksekutif    Kanan     yang        bertanggungjawab   dalam     pengurusan
                   keselamatan.

            ii.    Pegawai-pegawai daripada semua peringkat di sektor kerajaan yang
                   menyumbang kepada pembangunan keselamatan dalam negeri dan
                   serantau.

            iii.   Pengamal keselamatan daripada sektor awam dan swasta yang
                   menyumbang kepada perkhidmatan keselamatan kepada kerajaan dan
                   penyedia informasi kritikal.

            iv.    Perkhidmatan sektor swasta dan ahli teknologi profesional yang terlibat di
                   dalam bidang keselamatan dalam negeri dan serantau.

            v.     Ahli-ahli akademik dan penyelidik.

            vi.    Para pelajar daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta.


      5.2     Pembentang Kertas Kerja


              5.2.1   Pembentang-pembentang kertas kerja akan dipelawa dari pakar-
                      pakar    yang   berpengalaman        dan   berkebolehan    dalam   bidang
                      keselamatan negara dan serantau dari UTM, agensi kerajaan dan
                      swasta. Penerimaan kertas kerja akan dijadikan sebagai resolusi dan
                      dimasukkan di dalam jurnal kebangsaan dan antarabangsa yang
                      berkaitan dengan bidang keselamatan negara dan serantau.


                                                  4
      5.2.2   Para peserta yang hadir akan berpeluang untuk berinteraksi dengan
              pakar-pakar keselamatan daripada sektor awam dan swasta dari
              pelbagai bidang.   Pameran yang disediakan juga memberi ruang
              kepada para peserta bertemu dengan lebih daripada 50 penyedia
              perkhidmatan keselamatan yang menyediakan penyelesaian inovatif
              kepada masalah-masalah keselamatan dalam negeri dan serantau.


      5.2.3   Topik Pembentangan Kertas Kerja


              Persidangan ini akan dibahagikan kepada empat (4) sesi yang akan
              membincangkan topik-topik seperti berikut:

              Sesi Pertama:

              Cabaran dan Masa Depan Keselamatan di Malaysia (Security
              Challenges and Future in Malaysia).


              Sesi Kedua:

              Mempromosi Penggunaan Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Untuk
              Keselamatan. Adakah Kita Bersedia? (Promoting the Use of
              Engineering, Science and Technology in Security. Are We Ready?)


              Sesi Ketiga:

              Amalan Keselamatan Melalui Kejuruteraan, Sains dan Teknologi
              (Security Practices through Engineering, Science and Technology).


              Sesi Keempat:

              Kepimpinan Dalam Pengurusan Keselamatan Nasional dan Serantau
              (Leadership in Internal and External Security Management).




5.3   Program Persidangan


      5.3.1   Tarikh

              16 hingga 17 Disember 2008


                                     5
            5.3.2   Tempat


                    Hotel Legend, Kuala Lumpur


            5.3.3   Tentatif Program


                    Seperti di Lampiran II.




6.0   ASAS PERTIMBANGAN


      6.1   Justifikasi


            Dunia kini menghadapi fenomena terbaru yang sukar diduga dan semakin
            mencabar. Akibat daripada globalisasi, dunia tanpa sempadan, demokrasi
            liberal, hak asasi dan kebangkitan masyarakat madani, kehidupan kita telah
            dipengaruhi oleh insiden-insiden yang berlaku di luar sempadan kita.
            Perkembangan ini telah menghasilkan paradigma baru dalam hubungan
            nasional dan antarabangsa. Kini, kita dapat perhatikan pertubuhan serantau,
            separuh rantau dan organisasi pelbagai hala mula memainkan peranan yang
            lebih aktif dan tegas.


            Perkembangan kejuruteraan, sains dan teknologi yang semakin pesat
            menuntut kepada kecanggihan proses yang mementingkan penggunaan
            peralatan dan pengetahuan teknologi yang optimum di kalangan pekerja
            serta menjangkau jangkaan terutamanya dalam aspek atau isu-isu
            keselamatan nasional dan antarabangsa.


            Kelemahan memenuhi cabaran ini akan mendedahkan negara kepada
            'vulnerability' ancaman dunia teknologi tinggi. Pihak musuh akan mengambil
            peluang merealisasikan kelemahan tersebut menjadi risiko dalam pelbagai
            bentuk sama ada kerugian dari segi kewangan atau reputasi.              Oleh itu
            kemantapan       keselamatan      nasional   dan   serantau   melalui    inovasi
            kejuruteraan, sains dan teknologi sangat diperlukan dalam dunia global.




                                              6
6.2   Kesan Kepada Universiti


      Penganjuran persidangan ini amat bertepatan kerana UTM sebuah universiti
      terulung di selatan tanah air mempunyai karisma tersendiri dalam
      pembentukan ilmu dan modal insan masyarakat. Pada mata masyarakat,
      UTM sudah pastinya disanjung tinggi dalam memartabatkan ilmu Allah di
      samping sebagai sebuah institusi pembentukan sahsiah yang unggul.


      Penglibatan UTM di dalam program ini sudah pastinya mempunyai nilai
      tersendiri dan menjadi tanda aras yang berkesan untuk UTM mencipta nama
      di dalam bidang keselamatan nasional dan serantau di samping dapat
      meningkatkan kerjasama UTM-Kerajaan-Industri yang lebih efisien. Ia juga
      adalah    satu   tanggungjawab      sosial   yang     murni   selain   memberikan
      kecemerlangan akademik kepada pelajarnya sahaja.


6.3   Kesan Kepada Universiti dan Negara


      Penganjuran persidangan ini akan memberi kesan yang positif kepada UTM
      dan negara iaitu:


      6.3.1    Menaikkan imej dan jenama Universiti Teknologi Malaysia sebagai
               sebuah universiti terulung di Malaysia dalam bidang keselamatan
               melalui kejuruteraan, sains dan teknologi.


      6.3.2    Menonjolkan tokoh-tokoh akademik dari Universiti Teknologi Malaysia
               dalam bidang-bidang kejuruteraan, sains dan teknologi terkini dalam
               penyelesaian masalah keselamatan nasional dan serantau.


      6.3.3    Memperkenalkan kepada masyarakat segala kemahiran, kepakaran
               dan kemudahan yang terdapat di Universiti Teknologi Malaysia
               sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang terkemuka di Malaysia.


      6.3.4    Sebagai satu hubungan komuniti yang lebih teratur dan bermatlamat
               dalam menangani isu-isu keselamatan negara dan serantau.




                                      7
7.0   IMPLIKASI KEWANGAN


      7.1   Perbelanjaan


            7.1.1   Anggaran kos perbelanjaan bagi mengurus persidangan dengan
                    penyertaan   seramai       300   orang   peserta   adalah   berjumlah
                    RM295,950.00 seperti mana di Lampiran III.


      7.2   Anggaran pendapatan


            7.2.1   Anggaran pendapatan kasar penganjuran persidangan ini adalah
                    sebanyak RM429,127.00 seperti mana di Lampiran III. Secara
                    keseluruhan, pendapatan utama daripada persidangan ini adalah
                    daripada kutipan yuran penyertaan, penyewaan ruang pameran,
                    penjualan iklan dan penajaan atau sumbangan daripada agensi-
                    agensi kerajaan atau swasta.




8.0   IMPLIKASI KESELAMATAN


      8.1   Persidangan ini adalah bertaraf serantau dan dijangkakan sebilangan peserta
            datang dari luar negara.    Promosi awal akan dilakukan untuk menjemput
            pembentang kertas kerja dan peserta dari universiti tempatan dan luar, pusat
            penyelidikan ternama dari negara-negara ASEAN seperti Indonesia,
            Singapura, Thailand, Filipina dan Brunei.


      8.2   Oleh kerana negara-negara tersebut mempunyai hubungan baik dan kukuh
            dengan negara Malaysia, maka persidangan ini boleh dianggap tidak
            mempunyai implikasi negative terhadap keselamatan negara.           Dari segi
            kandungan persidangan, tiada tajuk-tajuk yang mengancam keselamatan
            negara, malah semua skop perbincangan adalah untuk memajukan dan
            memantapkan keselamatan nasional dan serantau.




                                           8
9.0      SYOR


         9.1       Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dengan segala hormatnya
                   adalah dipohon untuk mempertimbang dan seterusnya meluluskan cadangan
                   untuk mengadakan Persidangan Serantau Amalan Keselamatan Teknologi
                   2008 atau “Regional Conference on Security Technology Practices 2008”
                   (SECURITY 2008) pada 16 hingga 17 Disember 2008 bertempat di Hotel
                   Legend, Kuala Lumpur.


         9.2       Persidangan serantau yang dicadangkan ini akan mempertingkatkan
                   kredibiliti UTM sebagai pusat kecemerlangan saintifik ke arah menjadikan
                   universiti ini bertaraf dunia.




Disediakan:
Sekretariat SECURITY2008
Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai, Johor

No. Tel            :         +607-5212000
No. Faks.          :         +607-5205725/5218113/5218158
Laman Web          :         www.spaceutm.edu.my




Updated by
Office of Deputy Vice-Chancellor, UTM
10 July 2008




                                                    9
                                                                        LAMPIRAN I

                           JAWATANKUASA
     “REGIONAL CONFERENCE ON SECURITY TECHNOLOGY PRACTICES 2008
                          (SECURITY 2008)”



                                JAWATANKUASA INDUK


Penasihat


Y. Bhg. Jeneral Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal
Panglima Angkatan Tentera

YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan
Ketua Polis Negara


Y. Bhg. Tan Sri Profesor Dr. Mohd. Zulkifli bin Tan Sri Mohd. Ghazali
Naib Canselor
Universiti Teknologi Malaysia

Pengerusi

Y. Bhg. Dato' Profesor Ir. Dr. Zaini bin Ujang
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UTM

Timbalan Pengerusi 1

Profesor Dr. Muhd Zaimi bin Abd Majid
Dekan, Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) ,UTM

Timbalan Pengerusi 2

Profesor Madya Dr. Azmi bin Hassan
Pengarah, Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antarabangsa (CENTEPIS), UTM

Setiausaha

Profesor Madya Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz
Timbalan Dekan (Pembangunan), SPACE, UTM


Bendahari

Haji Zakariya Abd Rasip
Pengurus Kewangan, SPACE, UTM


                                             10
                           JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi

Profesor Madya Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz
Timbalan Dekan (Pembangunan), SPACE, UTM


Timbalan Pengerusi I

Hooi Lai Wan
CENTEPIS UTM


Timbalan Pengerusi II

Profesor Madya Zainudin bin Abdul Razak
Timbalan Dekan (Akademik)
SPACE, UTM City Campus


Timbalan Pengerusi III

Profesor Madya Wan Zulkifli bin Wan Yusof
Ketua Unit Pembangunan Profesional (UPP)
SPACE UTM


Setiausaha

Norazilla binti Abdul Rahman
Timbalan Pendaftar, SPACE, UTM


Bendahari

Noor Zaidah binti Omar
Pegawai Kewangan, SPACEUTM


Urusetia/Ketua Jawatankuasa


Noor Azidah Ahmad
Pengurus Unit Pembangunan Profesional, SPACE, UTM

Mohammad Syafwan bin Arshad
Pegawai Penyelaras (Kursus Pendek), SPACE, UTM




                                            11
Jawatankuasa Perasmian, Protokol & Penyambut Tetamu

Jamaliah binti Mohd Taib
Canseleri UTM


Sharifah Fadzlina binti Helmy Alhusaini
Canseleri UTM City Campus


Jawatankuasa Promosi Dan Seranta

Salleh bin Kassim
Ketua Unit Pemasaran & Perhubungan Pelanggan, SPACE, UTM


Siti Munirah binti Abdul Ghani
CENTEPIS UTM


Jawatankuasa Jamuan

Suhaili binti Mazlan Huzairi
Pegawai Kewangan, SPACE, UTM


Jawatankuasa Pengangkutan

Pejabat Harta Bina, Kolej Sains & Teknologi
UTM City Campus, Kuala Lumpur


Jawatankuasa Teknikal Kertas Kerja

Profesor Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Raof
Ketua Unit Bahasa Inggeris, SPACE, UTM


Jawatankuasa Jemputan

Sharifah Fadzlina binti Helmy Alhusaini
Canseleri UTM City Campus


Zarina binti Mohamed Ali
Pegawai Penyelaras (Persidangan), SPACE, UTM


Murni Hariyanti binti Muslim
Pegawai Unit Pembangunan Profesional, SPACE, UTM




                                              12
Jawatankuasa Pameran

Zulkifli bin Osman
Pengurus Perhubungan Pelanggan, SPACE, UTM

Jawatankuasa Teks Ucapan & Skrip Majlis

Abd Salam bin Saad
CENTEPIS UTM

Jawatankuasa Penginapan

Faidah binti Abd Ghani
Pegawai Unit Program Eksekutif, SPACE, UTM


Nurul Shima binti Shamsudin
CENTEPIS UTM


Jawatankuasa Buku Aturcara, Laman Web & Liputan

Azilawati binti Arbaai
Pengurus Unit Teknologi Maklumat, SPACE, UTM


Jawatankuasa Keselamatan

Mohd. Faizal bin Abd. Latib
Pegawai Keselamatan, UTM City Campus, Kuala Lumpur


Jawatankuasa Penajaan

Abdul Razib bin Hj Shahuddin
Timbalan Pendaftar, SPACE, UTM


Mohamad bin Hashim
Pengurus Unit Pengurusan & Pentadbiran, SPACE, UTM


Hooi Lai Wan
CENTEPIS UTM




                                        13
                                                                   LAMPIRAN II


                      PROGRAMME TENTATIVE
     REGIONAL CONFERENCE ON SECURITY TECHNOLOGY PRACTICES 2008



DAY 1 : 16th December 2008, Tuesday

07.00 am    Conference Registration – Exhibitors

08.00 am    Arrival & Registration
            Morning Refreshment

09.00 am    Keynote 1
            Title : TBA
            by TBA

09.30 am    Arrival of Vice Chancellor, UTM

09.45 am    Arrival of Prime Minister of Malaysia

10.00 am    Welcoming Remarks
            by Vice Chancellor, UTM

            Opening Ceremony
            by Prime Minister of Malaysia

10.45 am    Morning Tea

11.15 am    Opening Session 1 :
            Security Challenges & Future in Malaysia

            Introduction by Session Chairperson

            Invited/Contributed Paper
            Title: TBA
            by TBA

01.00 pm    Lunch

02.30 pm    Opening Session 2 :
            Promoting the Use of Engineering, Science and Technology
            in Security. Are We Ready?

            Introduction by Session Chairperson

            Invited/ Contributed Paper
            Title: TBA
            by TBA

04.30 pm    Afternoon Tea

05.00 pm    End of Day-1


                                         14
DAY 2: 17th December 2008, Wednesday

09.00 am    Keynote 2
            Title: TBA
            by TBA

9.45 am     Morning Tea

10.15 am    Opening Session 3
            Security Practices Through Engineering, Science and
            Technology

            Introduction by Session Chairperson

            Invited/ Contributed Paper
            Title: TBA
            by TBA

12.30 pm    Lunch

2.00 pm     Opening Session 4
            Leadership in Internal & External Security Management

            Introduction by Session Chairperson

            Invited/ Contributed Paper
            Title: TBA
            by TBA

4.30 pm     Conference‟s Resolution

            Closing Ceremony
            by Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation) of UTM

5.00 pm     Afternoon Tea

5.30 pm     End of Conference




                                         15
                                                                                         LAMPIRAN III

                         IMPLIKASI KEWANGAN
      “REGIONAL CONFERENCE ON SECURITY TECHNOLOGY PRACTICES 2008”

 Anggaran Perbelanjaan :
 berasaskan kepada 200 orang peserta yang akan mengikuti program selama 2 hari (Semua kiraan dalam Ringgit
 Malaysia)

NO.   PERKARA                              HARGA/UNIT KUANTITI                         UNIT      KOS (RM)
 1    Mesyuarat Perancangan/ Pelaksanaan
       1.1 Makan/ minum (10 kali)              5.00        20                           10        1,000.00
       1.2 Lojing (luar Johor Bahru)         200.00         5                            3        3,000.00
       1.3 Pengangkutan                      600.00         5                            1        3,000.00
       1.4 Bahan-bahan mesyuarat             500.00         1                            1         500.00
       1.5                 Jumlah Item 1.0                                                        7,500.00
 2    Speaker Ucaptama & Jemputan
            Honorium (2 Keynote
       2.1                                   500.00         2                            1        1,000.00
            Speakers)
       2.2 Lojing                            500.00         2                            2        2,000.00
       2.3 Perjalanan                        500.00         2                            1        1,000.00
            Cenderamata Speaker/
       2.4                                   350.00         2                            1         700.00
            Perasmi
       2.5 Jamuan Perasmian                   30.00       100                            1        3,000.00
       2.6 Lain-lain                           0.00         0                            0          0.00
       2.7                 Jumlah Item 2.0                                                        7,700.00
 3    Bahan-bahan Persidangan (untuk diberikan kepada peserta)
       3.1 Kertas kerja                        5.00       200                            1        1,000.00
            Borang Penilaian -
       3.2                                     0.15       200                            1          30.00
            Persidangan
            Borang Penilaian - Setiap
       3.3                                     0.00         0                            0           0.00
            Sessi
       3.4 Buku Program                       20.00       200                            1        4,000.00
            Lain-lain (percetakan, senarai
       3.5                                   500.00         1                            1         500.00
            peserta, reben, dll)
       3.6                 Jumlah Item 3.0                                                        5,530.00
 4    Cenderamata Peserta
       4.1 Beg Rasmi Program                  15.00       200                            1        3,000.00
       4.2 Baju & topi rasmi Program           0.00         0                            0          0.00
       4.3 Alatulis Program/ Door gift        20.00       200                            1        4,000.00
       4.4 Tag nama                            5.00       200                            1        1,000.00
       4.5 Sijil Penyertaan                    5.00       200                            1        1,000.00
       4.6                 Jumlah Item 4.0                                                        9,000.00
 5    Publisiti/ Promosi
       5.1 Brosur                              0.23      4000                            1         920.00
       5.2 Kad Jemputan                        0.50      1000                            1         500.00
       5.3 Pengeposan                          0.50      5000                            1        2,500.00
       5.4 Iklan Akhbar dan Majalah         30,000.00       1                            1        30,000.00
       5.5 Radio Jingle                        0.00         0                            0          0.00
       5.6 Banner                            165.00         4                            1         660.00
       5.7 Bunting                            70.00        50                            1        3,500.00
       5.8 Poster                              1.50       500                            1         750.00
       5.9                 Jumlah Item 5.0                                                        38,830.00



                                                    16
 6    Penyewaan
       6.1 Pakej Seminar                            150.00     200   2     60,000.00
       6.2 Ruang Pameran                             0.00       1    1       0.00
       6.3 Break-up Room                           1,000.00     2    1     2,000.00
       6.4 Talian Internet                           0.00       1    1       0.00
       6.5 Servis Pembersihan                        0.00       1    1       0.00
       6.6                  Jumlah Item 6.0                                62,000.00
 7    Teknikal
       7.1 Pengambilan gambar & video              1,000.00     1    1      1,000.00
            Cenderamata jawatankuasa
       7.2                                          20.00      80    1      1,600.00
            penganjur (sijil dsb.)
       7.3 Sewaan booth                            1,200.00    20    1     24,000.00
       7.4 Graphic Designer                          0.00       0    0       0.00
       7.5 Penyelenggaraan website                   0.00       0    0       0.00
       7.6 Pengacara Majlis (2 orang)               500.00      2    1     1,000.00
            Persembahan Multimedia
       7.7                                         5,000.00     1    1      5,000.00
            (Gimik)
       7.8 Vest Petugas/Sekretariat                 60.00      20    1     1,200.00
       7.9 Hiasan                                  2,000.00     1    1     2,000.00
      7.10                  Jumlah Item 7.0                                35,800.00
 8    Perbelanjaan Sekretariat
       8.1 Penginapan                               250.00      5     2     2,500.00
       8.2 Elaun Makan                              45.00      10    2.5    1,125.00
       8.3 Pengangkutan                            2,000.00     1     1     2,000.00
       8.4                  Jumlah Item 8.0                                 5,625.00
 9    Promosi Penajaan
       9.1 Perjalanan/ Courtesy Visit              10,000.00    1    1     10,000.00
       9.2 Penginapan                               200.00     10    2     4,000.00
       9.3 Elaun Makan                               60.00     10    2     1,200.00
       9.4 Folder Presentation                        8.00     100   1      800.00
       9.5 Lain-lain                                  0.00      0    0       0.00
       9.6                  Jumlah Item 9.0                                16,000.00
 10   Lain-Lain
            Small tokens of appreciation/
      10.1                                         1,000.00     1    1      1,000.00
            awards
      10.2 VVIP misc.                              2,000.00     1    1      2,000.00
      10.3 Lain-lain                                 0.00       1    1        0.00
      10.4               Jumlah Item 10.0                                   3,000.00
                   JUMLAH SEMUA ITEM                                       190,985.00
 11   Belanja Luar Jangka
      11.1          Kontigensi (5%)            190,985.00      5%           9,549.25

JUMLAH BESAR PERBELANJAAN MENGURUS                                         200,534.25

 12  Peruntukan (Allocation)
     12.1 SPACE UTM                            200,534.25      30%          60,160.28
     12.2 CENTEPIS                             200,534.25      10%          20,053.43
     12.3 UTM                                  200,534.25       5%          10,026.71
                       Jumlah Item 12.0                                     90,240.41
JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN                                            290,774.66




                                              17

								
To top