CADANGAN MENERIMAPAKAI PEMBAYARAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA BAGI

W
Document Sample
scope of work template
							PERATURAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA BAGI
STAF CUTI BELAJAR DI DALAM DAN LUAR NEGARA

1.0 Pihak universiti telah meminda peraturan sediada dan menerimapakai peraturan
    yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan peraturan
    kelulusan dan pembiayaan pembentangan kertas kerja bagi staf Cuti Belajar di dalam
    dan luar negara seperti berikut:

       i.          Staf Cuti Belajar peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) boleh dipertimbangkan
                   pembiayaan sebanyak tiga (3) kali (tambahan satu kali bagi staf yang ditaja
                   oleh KPTM di bawah skim SLAI) di sepanjang tempoh pengajian tidak
                   termasuk tempoh lanjutan Cuti Belajar yang diluluskan;

       ii.         Staf Cuti Belajar Peringkat Sarjana boleh dipertimbangkan pembiayaan
                   sebanyak sekali sepanjang tempoh pengajian tidak termasuk tempoh lanjutan
                   Cuti Belajar yang diluluskan;

       iii.        Staf Cuti Belajar membentang kertas kerja dalam seminar/persidangan
                   bertaraf antarabangsa;

       iv.         Staf membentangkan kertas kerja di negara-negara yang dibenarkan
                   berdasarkan negara tempat pengajian staf berkenaan seperti berikut:

             Bil   Negara Tempat Pengajian             Negara Yang Dibenarkan
             1.    United Kingdom / Negara-negara Negara-negara Eropah
                   Eropah
             2.    Amerika Syarikat / Kanada           Amerika Syarikat / Kanada / Amerika
                                                       Tengah / Amerika Selatan
             3.    Australia / New Zealand             Australia / New Zealand / Semua
                                                       Negara Asia
             4.    Negara-negara Afrika                Afrika / Eropah / Asia Barat
             5.    Negara-negara di Benua Asia (Selain Negara-negara Asia / Australia / New
                   Malaysia / Asia Barat)              Zealand
             6.    Negara-negara Asia Barat            Negara-negara Asia / Eropah / Afrika
             7.    Malaysia                            Semua Negara


.................................................................TAMAT........................................................................




                                                                                                                                        1/1

						
Related docs