Abstrak Kertas kerja ini akan membincangkan kepentingan teknologi

Document Sample
Abstrak Kertas kerja ini akan membincangkan kepentingan teknologi
Abstrak





Kertas kerja ini akan membincangkan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di KMPk. Penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan dari perpektif pensyarah (pensyarah

yang menggunakan ICT). Dalam konteks pengajaran ICT digunakan sebagai tutor dan

alat demonstrasi. Perbincangan ini juga menghubungkaitkan antara teori-teori

pembelajaran dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Program

perkembangan staf perlu dijalankan untuk memantapkan pensyarah terhadap

penguasaan ICT. Kaedah tinjauan digunakan dengan mentadbirkan soal selidik yang

dibina sendiri oleh penyelidik ke atas 31 orang pensyarah matematik dan sains yang

dipilih secara rawak. Satu kajian rintis telah ditadbirkan ke atas 30 orang pensyarah dan

didapati darjah kepercayaan item soalan ialah 0.9571. Dapatan menunjukkan perspektif

pensyarah sains dan matematik di KMPk terhadap ICT berada pada tahap tinggi. Ini

bermakna pensyarah KMPk sangat bersedia untuk menerima perubahan daripada

pengajaran secara tradisional kepada kaedah ICT yang lebih menarik.









Oleh: Jafry Bin Mohd Daud dan Zuhaidi Bin Mukrim









1

1.0 Pengenalan





Kepesatan pembangunan di malaysia dari segi ekonomi , sosial politik dan pendidikan di

peringkat Asia bukan lagi igauan kosong. Tetapi misi dan visi Perdana Menteri Malaysia

untuk menjadi negara yang terbilang menjelang 2020 perlu di ambil perhatian serius

oleh para pendidik. Untuk merealisasikan negara perindustrian maju pada 2020 ada 5

aspek yang perlu diberi perhatian iaitu yang pertama melahirkan tenaga kerja mahir,

teknologi moden, berpengetahuan, pemikiran kreatif dan celik ICT.



Perkembangan ICT di Malaysia masih awal, menurut laporan yang dikeluarkan oleh

BECTA (British ed. Communications and Technology Agency) kita ketinggalan 30 tahun

di belakang. Di United Kingdom era ICT bermula pada 1976, manakala di Malaysia

secara berperingkat-peringkat sejak beberapa tahun yang lalu.



Di Malaysia Program Celik Komputer di sekolah telah diperkenalkan oleh Menteri

Pendidikan pada tahun 1992 yang melibatkan 60 buah sekolah di seluruh negara. Ia

melibatkan langkah awal Malaysia untuk membudayakan teknologi komputer di seluruh

negara. (Mohamed, 2001)



Setelah 7 tahun membudayakan komputer di sekolah–sekolah pilihan, barulah Malaysia

mengistiharkan untuk melancarkan sekolah Bestari (The Malaysian Smart School) yang

memberi pendedahan awal penggunaan ICT dalam pendidikan. Pelancaran Sekolah

Bestari ini dilakukan oleh bekas Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed) pada

Julai 1999 di 90 buah sekolah (Mohamed,2001). Tujuannya ialah memberi pendedahan

awal tentang ICT agar pekerja dapat mengaplikasikan teknologi ICT dalam kehidupan

seharian.



Ini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang telah diutarakan oleh bekas Perdana

Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed (1991)



“ In the information age that we are living in, the Malaysian society must be information

rich. It can be no accident that today there is no wealthy developed country that is

information poor and no information rich country is poor and undeveloped”

(wawasan 2020, 1991, p36)



Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke

arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan.

Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat,

maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam

pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. Teknologi maklumat dan komunikasi

telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan

perniagaan.



Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepada P&P dalam bilik darjah dan

juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan

multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara

sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan

digital telah menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan

dan reka bentuk pensyarah dan pelajar (Ng Wai Kong, 1999).



2

1.1 Pernyataan Masalah



ICT sangat penting dalam kehidupan manusia pada zaman yang serba pantas ini.

Pendidik juga tidak terkecuali untuk mempelajari ICT dengan secara mendalam supaya

mereka dapat mengajar murid dengan cara yang lebih baik dan berkesan. Banyak kajian

menunjukkan bahawa ICT dalam pendidikan sangat penting dalam kehidupan seharian.

Namun begitu bagaimana perspektif pendidik dalam menggunakan ICT semasa proses

P&P?





Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar.

Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding

dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu

pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan hipermedia dan

multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin

dapat dilaksanakan dengan menggunakan kaedah tradisional. ICT menyediakan kaedah

dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif

selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.



Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi ICT dalam P&P memerlukan

pensyarah yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah

pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana

menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan pensyarah

menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi

teknologi ialah pemahaman pensyarah terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung

dengan teknologi.



Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi

pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan

teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Pensyarah perlu

mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P.





Definasi operasi



Penggunaan ICT bermaksud ingin melihat penggunaan Peralatan ICT seperti LCD

Projektor, Laptop dan menggunakan persembahan Microsoft Power Point dalam

Pengajaran dan Pembelajaran matematik dan Sains.









3

1.2 Kemudahan ICT di KMPk



Kemudahan ICT di KMPk berada pada tahap yang amat baik di mana semua pensyarah

sains dan matematik dibekalkan dengan laptop dan desktop lengkap dengan talian

internet. Penggunaan internet yang meluas di kalangan pensyarah KMPk dilihat sebagai

satu langkah proaktif terhadap teknologi ICT. Maklumat hanya berada dihujung jari

sahaja.



Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada pensyarah

dan juga pelajar untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta

penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal

tempatan atau luar, pensyarah dan pelajar dapat memanafaatkan sebaik mungkin.



Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar dalam sesuatu

subjek contohnya dalam eksperimen sains, pensyarah hanya menunjukkan satu-satu

eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali

mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan

pelajar mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui

lima tahun sekali.(Zalina Yahaya, 2001).





2.0 Tujuan Kajian



Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui perspektif pensyarah KMPk terhadap

penggunaan ICT dalam P&P matematik dan Sains. Adakah mereka berpandangan

positif atau sebaliknya. Sekiranya positif apa tindakan susulan yang perlu diambil

supaya penggunaan ICT dalam P&P berkesan. Tujuan yang kedua adalah untuk

mengenalpasti kelebihan dan kekurangan ICT dalam P&P secara umum.





3.0 Objektif Kajian



Berdasarkan pernyataan masalah, 1 objektif kajian ditetapkan.



i) Mengenalpasti tahap perspektif pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam



P&P.



4.0 Metodologi Kajian



Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian kuantitatif secara deskriptif. Statistik

deskriptif digunakan untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min skor untuk

menjawab objektif kajian dalam kertas kerja ini.



Skala Likert:



(1) - Tidak Pernah Atau Jarang Sekali Benar Tentang Diri Saya

(2) - Kadang-Kadang Benar Tentang Diri Saya

(3) - Benar Tentang Diri Saya Sebahagian Sahaja.

(4) - Kerap Kali Benar Tentang Diri Saya





4

(5) - Sentiasa Atau Hampir Sentiasa Benar Tentang Diri Saya



5.0 Kajian Rintis



Kajian rintis bagi mendapatkan kebolehpercayaan item dijalankan di KMPk ke atas 30

orang pensyarah. Darjah kebolehpercayaan (cronbach alpha) terhadap item adalah

0.9571.





6.0 Sampel Kajian



Sampel seramai 31 orang dipilih secara rawak terdiri daripada pensyarah sains dan

matematik di KMPk.





7.0 Instrumen Kajian



Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang terdiri dari 2 bahagian iaitu faktor

demografi dan 19 item soalan perspektif pensyarah terhadap ICT yang dibina sendiri

oleh penyelidik.



8.0 Analisis dan dapatan Kajian





Peratus Peratus Peratus

Bil Item

(5) dan (4) (3) (2) dan (1)

1 Saya berkeyakinan mengajar

67.7 22.6 9.7

matematik/sains dengan menggunakan ICT

2 Proses P&P matematik/sains akan lebih

menarik dengan ICT kerana ia melibatkan

77.4 19.4 3.2

gambar-gambar berwarna untuk ilustrasi

pengajaran.

3 Penggunaan ICT dalam P&P akan

menggalakkan pelajar menjadi aktif dalam 80.6 9.7 9.7

pembelajaran

4 Pendidik perlu cekap menggunakan

komputer untuk menjamin keberkesanan 87.1 6.5 6.5

penggunaan ICT dalam P&P

5 Penggunaan ICT dalam P&P secara tidak

langsung akan melahirkan pelajar yang 67.7 22.6 9.7

celik IT

6 ICT membantu pelajar mengimbas nota

71.0 22.6 6.5

kuliah pada bila-bila masa.

7 ICT membantu pelajar mengimbas soalan

67.7 19.4 12.9

tutorial pada bila-bila masa.

8 Dengan ICT pelajar dapat melakukan

latihan tanpa had waktu 71.0 19.4 9.7



9 Dengan ICT pelajar dapat melakukan 41.9 32.3 25.8

perbincangan secara online dengan



5

pensyarah.



10 Dengan ICT pelajar dapat melakukan

perbincangan secara online dengan rakan 51.6 29.0 19.4

sebaya.

11 Pensyarah mempunyai banyak waktu untuk

dirinya sendiri kerana waktu konsultansi 19.4 45.2 35.5

dengan pelajar berkurangan.

12 Pelajar tidak tertekan dengan sesuatu topik

kerana boleh belajar melalui komputer 38.7 41.9 19.4

berulang-ulang sehingga faham.

13 Dengan ICT P&P dapat dijalankan dalam

67.7 25.8 6.5

suasana yang menyeronokkan.

14 Tugasan pelajar dapat dihantar secara

51.6 22.6 25.8

online

15 Dari segi persiapan, saya telah bersedia

58.1 32.3 9.7

menggunakan ICT

16 Saya kurang mahir menggunakan

komputer, oleh itu saya lebih suka 29.0 25.8 45.2

menggunakan OHP sahaja untuk sesi P&P

17 Saya tidak berminat membuat nota kuliah

12.9 25.8 61.3

dengan menggunakan ICT.

18 Pelajar saya lebih seronok sekiranya saya

29.0 32.3 38.7

hanya menggunakan OHP semasa P&P

19 Konsep-konsep matematik/sains lebih

mudah diterangkan kepada pelajar dengan 48.4 32.3 19.4

menggunakan OHP







9.0 Perbincangan





Daripada jadual didapati bahawa dapatan menunjukkan 67.7% responden

berkeyakinan mengajar matematik dan sains menggunakan ICT. Manakala 77.4%

mengatakan P&P akan menjadi lebih menarik jika ICT digunakan. Ini menunjukan tahap

kesedaran ICT di kalangan pensyarah KMPk berada pada tahap tinggi dan bersedia

untuk menerima ICT sebagai satu ABM. 80.6% mengatakan pelajar akan menjadi aktif

jika menggunakan ICT semasa proses P&P.



87.1% pensyarah bersetuju bahawa pendidik perlu cekap menggunakan komputer untuk

menjamin keberkesanan penggunaan ICT semasa proses P&P dijalankan. Manakala

67.7% pensyarah bersetuju bahawa apabila pensyarah menggunakan ICT semasa

pengajaran maka pelajar dengan sendiri akan celik ICT. Ini adalah kerana pelajar kena

mengakseskan daripada portal soalan-soalan yang disediakan pensyarah.



Untuk item 6,7 dan 8 ianya merujuk kepada penggunaan ICT membantu pelajar

mengimbas nota kuliah (71%), mengimbas soalan tutorial (67.7%) dan pelajar dapat

melakukan latihan tanpa had waktu (71%).







6

Untuk item 11, pensyarah mempunyai banyak waktu untuk dirinya sendiri kerana waktu

konsultansi dengan pelajar berkurangan, 19.4% bersetuju, 45.2 % kadang-kadang

benar, dan 35.5% tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ini menunjukkan

walaupun waktu konsultasi berkurangan pensyarah terpaksa mengadap komputer untuk

membuat persediaan mengajar.



Pelajar tidak tertekan dengan sesuatu topik kerana boleh belajar melalui komputer

berulang-ulang sehingga faham. Untuk item ini sebanyak 38.7% pensyarah bersetuju

dengan item tersebut, 41.9% yang mengatakan benar sebahagian sahaja manakala

19.4% yang tidak bersetuju.



Sebanyak 51.6% sangat bersetuju bahawa tugasan pelajar dapat dihantar secara

online, dan hanya 19.4% yang kurang bersetuju. Ini menunjukkan pensyarah sudah

bersedia menerima tugasan secara digital, ini sudah tentu akan menjimatkan masa dan

kos kertas.



58.1% pensyarah sains dan matematik KMPk sangat bersedia menggunakan ICT

dalam pengajaran dan hanya 9.7% sahaja yang kurang bersedia. Ini menunjukkan

bahawa tahap persepsi pensyarah sains dan matematik KMPk terhadap ICT adalah

positif.



Saya kurang mahir menggunakan komputer, oleh itu saya lebih suka menggunakan

OHP sahaja untuk sesi P&P. Untuk item ini, sebanyak 45.2% tidak bersetuju dengan

kenyataan tersebut, dan hanya 29% yang bersetuju. Jadi pihak pengurusan perlu

mengenalpasti pensyarah yang kurang mahir dengan komputer supaya dapat diadakan

satu kursus khas kepada mereka yang terlibat.



Untuk item saya tidak berminat membuat nota kuliah dengan menggunakan ICT.

Sebanyak 61.3% yang tidak bersetuju dengan item ini. Ini menunjukkan lebih separuh

daripada pensyarah amat berminat membuat nota kuliah menggunakan ICT. Manakala

12.9% pensyarah tidak berminat membuat nota kuliah menggunakan ICT.



Konsep-konsep matematik/sains lebih mudah diterangkan kepada pelajar dengan

menggunakan OHP. Sebanyak 48.4% bersetuju dengan kenyataan ini. Ini menunjukkan

penggunaan OHP juga mendapat tempat di hati pensyarah. Penggunaan OHP dan ICT

mesti seiring supaya P&P berkesan.



Sebanyak 41.9% bersetuju bahawa dengan ICT pelajar dapat melakukan perbincangan

secara online dengan pensyarah, manakala 25.8% kurang bersetuju.



Daripada jadual secara keseluruhan, didapati bahawa pensyarah KMPk sangat bersedia

untuk menerima perubahan kaedah pengajaran daripada tradisional kepada kaedah

menggunakan ICT dalam P&P. Cuma terdapat segelintir pensyarah yang kurang

bersedia untuk menerima perubahan. Kursus dalaman, pengenalan kepada ICT perlu

dilakukan secara berperingkat untuk memberi keyakinan kepada pensyarah yang terlibat

supaya mereka lebih berkeyakinan menggunakan ICT semasa P&P.









7

Bill Gates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed of Thought yang menyatakan

komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan

pensyarah memberi arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakan

sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Komputer peribadi membolehkan

mereka meneroka maklumat mengikut kapasiti masing-masing.



Satu kajian ( Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan

bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar

secara tradisional serta penglibatan pensyarah dalam penggunaan komputer secara

lebih produktif. Pensyarah harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang

pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi.







10.0 Kesimpulan



Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e-mail), net meeting, chat room dan

sebagainya pensyarah dan pelajar dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau

dengan pensyarah dan pelajar dari kolej yang lain. Pertukaran maklumat dengan kolej

dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan

komunikasi pensyarah dan pelajar di samping mendapat ilmu baru mengenai

kebudayaan dan negara masing-masing.



Rosenberg (2001) berpendapat integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada

pensyarah untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada pelajar.

Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar

dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar

dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan

perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat

teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang

lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.



Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku

apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya

diberi pengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan pembelajaran

merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran

seseorang. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh

dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah kerangka behaviorisme dan

kognitivisme, pensyarah berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan

bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan

dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.



Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah

pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan

pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian

CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh

sistem dan pembelajaran ekspositori.









8

Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial

direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang

memperlihatkan pensyarah sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai

penerima (Merill, 1996). Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti

oleh pensyarah sebelum ianya dilaksanakan.



Adalah dicadangkan pensyarah perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum

menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan

peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya

memudahkan pensyarah membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang

lemah akan diberi latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi

latihan bebentuk pengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh

mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan

kemudahan ICT yang lebih produktif.



Teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh

individu. Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau

menginterpretasi ilmu serta mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981;

Brunner, 1990). Dengan kata lain teori ini memberi penekanan kepada pemikiran kritis,

penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang

dibina melalui interaksi sosial. Melalui pendekatan teori pembelajaran ini, pensyarah

berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan menggunakan ICT

sebagai alat.



Pelbagai strategi pengajaran digunakan untuk menjana idea serta meningkatkan

kemampuan murid untuk memanipulasikan maklumat yang telah dikumpul.

Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh pensyarah untuk

menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan P&P. Kaedah pembelajaran ini

membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopedia

multimedia atau bahan-bahan daripada internet (Haynes & Holmevik, 1998). Melalui

pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk menjana dan menguji

hipotesis dalam penyelesaian masalah.



Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh pensyarah apabila menggunakan kaedah

pembelajaran penerokaan. Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus

maklumat yang diperolehi tanpa memanipulasi (mencari, membanding dan menilai).

Dalam proses pembelajaran ini pensyarah perlu menyediakan soalan-soalan terbuka

untuk menjana pemikiran murid-murid dan menggalakkan pembelajaran secara hafalan

(rote learning). Peranan pensyarah dalam memantau penggunaan aplikasi

pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk

mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting.

Pensyarah perlu memastikan bahawa penggunaan ICT adalah untuk membantu proses

P&P seperti menganalisis maklumat dan bukannya digunakan sebagai mesin taip

elektronik.









9

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam

perkongsian maklumat dan komunikasi. Pensyarah boleh mengambil peluang daripada

keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini

digunakan untuk membolehkan murid dan pensyarah daripada lokasi yang berbeza

menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen

multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. Ianya akan mewujudkan

hubungan kerja berpasukan (team building) di kalangan pelajar di samping

memantapkan kemahiran berkomunikasi. Namun begitu pensyarah perlu menyediakan

garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa

penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif.

Penilaian boleh dijalankan oleh pensyarah dan kumpulan pebincangan apabila hasil

dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan

memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid. Strategi pensyarah

menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi kandungan subjek dan

menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap

keupayaan kognitif pelajar.



Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P, kolej harus menggunakan

pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial

serta komuniti setempat. Teknik perkongsian pintar antara kolej dan sektor swasta boleh

digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT pensyarah dan semua

warga kolej. Kolej harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari

segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu pensyarah-

pensyarah dalam usaha menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.



Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan

serta usaha yang bersungguh-sungguh daripada bahagian matrikulasi, pengarah kolej,

pensyarah, pelajar dan semua pihak. Pihak Kolej tidak ada pilihan lain melainkan

menerima perubahan dan fenomena ICT serta pensyarah perlu bersikap proaktif

menguasai ilmu ICT untuk diterapkan di dalam proses P&P. Penglibatan pihak

pengurusan kolej dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan

terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama kejayaan

membudayakan ICT dalam P&P.



Persepsi positif pensyarah KMPk terhadap ICT dalam P&P adalah petunjuk awal

bahawa mereka mahu membimbing pelajar agar menjadi seorang yang celik ICT. Ada

segelintir pendidik yang mahir ICT tetapi tidak mahu menggunakan ICT, malahan

mereka lebih gemar menggunakan cara ”Chalk and talk”. Fenomena yang biasa berlaku

terhadap mana-mana teknologi baru, di mana mereka tidak mahu keluar dari zon

tersebut. Mereka telah bertahun-tahun menggunakan kaedah tradisional dan sukar bagi

mereka untuk menerima teknologi sebagai salah satu cara untuk P&P.



Pendidik perlu masa untuk berkenalan dengan ICT. Mereka mesti mempunyai

komitmen yang tinggi dan perlu emosi yang stabil. Walau bagaimanapun berdasarkan

dapatan kajian umumnya pensyarah KMPk mempunyai persepsi yang positif terhadap

ICT. Majoritinya mereka (pensyarah KMPk) kelihatan bersedia untuk mempelajari ICT

dan mereka berkeyakinan tinggi bahawa ICT dapat membantu mereka semasa proses

P&P.









10

References





Abdul Rahim Mohd Saad (1998). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan

pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di

Seminar Dinamika Perubahan Penpensyarahsan Menuju Era K pada 20 & 21

September 2001.



Bahrudin Aris, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim Basir. (2001). Pembelajaran

fizik secara koloboratif menggunakan laman web dan internet. Virtec Journal, 1-1



Malaysia, Ministry of Education (1997). The Malaysian Smart School implementation

plan. Kuala Lumpur: Ministry of Education



Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2002). Pengetua dan

pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Nasional

Penpensyarahsan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 – 19

Disember 2002.



Ng Wai Kong, (1999). ICT & pengajaran. http://www.ptpm.usm.my/ICT-BM(1).htm



Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). http://kdp.ppk.kpm.my



Ramlee and Abu Abdullah (2000). Implementation of IT and multimedia-related

courses in technical and vocational education in Malaysia. Paper presented at

International Conference on Teacher and Vocational Education in Malaysia,

Petaling Jaya, November 21-23 2000.



Zalina Yahaya. (2002, 15 Julai). IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. Utusan

Malaysia.









11


Share This Document


Related docs
Other docs by pharmphresh26
9.5 Common and Natural Logarithms
Views: 33  |  Downloads: 0
New Teacher Induction Checklist
Views: 85  |  Downloads: 4
Specific heat and thermal expansion
Views: 7  |  Downloads: 1
403(b) Custodial Account Application
Views: 9  |  Downloads: 0
CONSULATE GENERAL OF THE REPUBLIC OF TURKEY
Views: 11  |  Downloads: 0
Level I Rope Rescue Course (Skill Acquisition)
Views: 92  |  Downloads: 4
by registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!