KERTAS KERJA RAKAN ANTIDADAH (RADA) AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN by pharmphresh26

VIEWS: 3,791 PAGES: 12

									                KERTAS KERJA RAKAN ANTIDADAH (RADA)
                    AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
                     KEMENTERIAN DALAM NEGERI




1.0   PENDAHULUAN


      1.1   Idea RAKAN ANTIDADAH (RADA) dicetuskan atas keinsafan dan
            kesedaran bahawa pihak AADK adalah pelengkap kepada sebuah
            masyarakat yang aman dan harmoni. Ianya juga merupakan
            medium perantara untuk merapatkan jurang antara AADK dan
            belia dalam usaha-usaha untuk menggerakkan belia membanteras
            dadah.




2.0   LATAR BELAKANG


      2.1   Masalah penagihan yang rumit dan kompleks ini perlu ditangani
            dengan   secara   profesional.   Statistik   menunjukkan   bahawa
            golongan belia yang berumur di antara 19 hingga 39 tahun
            merupakan golongan yang paling ramai dikesan mengambil dadah.
            Ini menunjukkan bahawa tumpuan harus diberikan kepada
            golongan ini dari segi pendidikan pencegahan, pemulihan dan
            penguatkuasaan untuk membantu diri sendiri dan rakan sebaya
            dari terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Mereka juga akan
        Kertas Kerja Rakan Antidadah (RADA)



            terlibat dalam program dan aktiviti yang berkaitan dengan
            membanteras dadah. Selain daripada itu, golongan ini perlu bagi
            memastikan generasi baru tidak terlibat dengan gejala dadah.


      2.2   Justeru itu, Rakan Antidadah (RADA) anjuran Agensi Antidadah
            Kebangsaan perlu disediakan bagi memberi peluang kepada
            golongan belia yang berminat untuk membantu Kerajaan dalam
            bidang pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan serta
            penguatkuasaan untuk memastikan program yang disediakan
            berupaya membantu mencapai matlamat Negara Bebas Dadah
            menjelang tahun 2015.




3.0   JUSTIFIKASI    MEWUJUDKAN         RAKAN     ANTIDADAH   (RADA)    AGENSI
      ANTIDADAH KEBANGSAAN


      3.1   Golongan belia merupakan pelapis yang berpengetahuan dan
            mempunyai kesedaran bertindak untuk membantu mencapai
            matlamat negara bebas dadah menjelang tahun 2015 melalui :-


            3.1.1 Pengetahuan teknikal dan kesedaran tentang masalah
                    dadah di Malaysia


                    Golongan belia harus dibekalkan dengan pengetahuan dan
                    kesedaran    mengenai       masalah   dadah   di   Malaysia.
                    Pengetahuan dan kesedaran ini termasuklah dari segi
                    pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan serta
                    penguatkuasaan supaya timbul kesedaran untuk membantu
                    membebaskan negara daripada gejala dadah menjelang


                                                                              2
Kertas Kerja Rakan Antidadah (RADA)



           tahun 2015 samada kepada diri sendiri, rakan sebaya atau
           masyarakat keseluruhannya.


    3.1.2 Memastikan keluarga bebas daripada dadah


           Golongan belia perlu berpengetahuan dan mempunyai
           kesedaran bagi memastikan keseluruhan keluarga mereka
           tidak terlibat dengan dadah samada dari segi penagihan
           atau pengedaran. Ini penting untuk mewujudkan keluarga
           bebas dadah dan seterusnya melahirkan generasi yang
           bebas daripada dadah. Sekiranya terdapat keluarga yang
           terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mereka mampu
           bertindak dengan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
           Mereka juga akan berupaya memberikan intervensi awal
           kepada keluarga supaya mengelakkan diri daripada gejala
           ini.


    3.1.3 Membantu organisasi kerja untuk menggerakkan usaha
           bebas dadah di tempat kerja


           Golongan pelapis ini akan mempunyai kesedaran dan
           tanggungjawab untuk mewujudkan tempat kerja bebas
           dadah sekurang-kurangnya di organisasi kerja masing-
           masing. Setelah diberikan input pengetahuan dan teknikal
           mengenai pencegahan, pemulihan dan penguatkuasaan
           dadah di Malaysia, mereka akan mampu bertindak untuk
           memastikan tempat kerja yang bebas daripada dadah akan
           tercapai. Golongan ini merupakan aset yang penting untuk
           mewujudkan tempat kerja bebas dadah kerana tenaga


                                                                 3
        Kertas Kerja Rakan Antidadah (RADA)



                   mereka sangat diperlukan untuk pembangunan negara
                   bukan hanya sebagai tenaga kerja tetapi pemimpin di
                   pelbagai peringkat.


            3.1.4 Menggerakkan usaha masyarakat dalam membebaskan
                   komuniti daripada masalah dadah


                   Anggota masyarakat adalah komponen komuniti yang
                   sangat penting di dalam negara. Sekiranya terdapat ahli
                   masyarakat yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah,
                   perlu ada golongan tertentu yang membantu mereka
                   daripada terlibat dengan penagihan dadah. Oleh itu,
                   golongan belia adalah calon yang terbaik bagi membantu
                   kerajaan menggerak dan mempengaruhi masyarakat untuk
                   membebaskan       diri     daripada   dadah   dan     seterusnya
                   menghindari musuh nombor satu negara itu. Mereka akan
                   menjadi tenaga penggerak serta penyelesai masalah kepada
                   pelbagai isu termasuklah dadah.




4.0   OBJEKTIF PENUBUHAN RAKAN ANTIDADAH (RADA)


      4.1   Objektif penubuhan RADA adalah seperti berikut :-


            4.1.1 Untuk menjadikan RADA sebagai salah satu program
                   sukarelawan     dalam      mendidik   golongan      belia   untuk
                   bertanggungjawab kepada masalah dadah dan membantu
                   membanterasnya;




                                                                                   4
        Kertas Kerja Rakan Antidadah (RADA)



            4.1.2 Untuk membentuk sahsiah belia sebagai pelapis pemimpin
                   masa depan yang mempunyai pengetahuan, kesedaran,
                   disiplin, jatidiri dan nilai murni yang tinggi bagi menolak
                   gejala dadah;


            4.1.3 Untuk meningkatkan pengetahuan teknikal dan kesedaran
                   belia mengenai penyalahgunaan dadah;


            4.1.4 Untuk memupuk semangat kecintaan terhadap budaya
                   tolong-menolong,      bantu-membantu    sesama   ahli   serta
                   berganding bahu dengan AADK dalam usaha melaksanakan
                   program-program pencegahan dan memerangi ancaman
                   dadah; dan


            4.1.5 Memberi maklumat yang tepat berkenaan hal-hal berkaitan
                   dengan penyalahgunaan dadah agar masalah dadah ini
                   dapat dibanteras.




5.0   MATLAMAT      RAKAN       ANTIDADAH     (RADA)      AGENSI    ANTIDADAH
      KEBANGSAAN


      5.1   RADA perlu diwujudkan di setiap daerah dan negeri dengan
            matlamat untuk membentuk satu pasukan sukarela dan bersifat
            Community Oriented Policing dan Smart Partnership yang
            dianggotai oleh remaja dan belia yang boleh digerakkan sebagai
            mata dan telinga AADK untuk memerangi ancaman dadah di
            kawasan masing-masing.



                                                                               5
        Kertas Kerja Rakan Antidadah (RADA)




6.0   FUNGSI RAKAN ANTIDADAH (RADA) AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN


      6.1   RADA perlu diwujudkan di setiap daerah dan negeri dengan fungsi
            seperti berikut :-


            6.1.1 Sebagai agen pengumpul dan penyebar maklumat. Sebagai
                   pasukan sukarelawan, ahli RADA berperanan membantu
                   AADK mengumpul dan menyalurkan maklumat kepada
                   komuniti. Ahli RADA berhadapan terus dengan komuniti dan
                   lebih mengetahui keadaan sebenar komuniti. Oleh itu, ahli
                   RADA      boleh   bertindak   sebagai   pengantara   untuk
                   menyampaikan maklumat antara AADK dan komuniti;


            6.1.2 Sebagai mata dan telinga kepada AADK dalam hal-hal yang
                   berkaitan dengan masalah dadah di kawasan masing-
                   masing;


            6.1.3 Sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) : Membantu dan
                   memberi idea yang bernas kepada ahli RADA yang
                   memerlukan bantuan; dan


            6.1.4 Sebagai salah satu agen untuk membantu rakan-rakan yang
                   lain, contohnya jika salah seorang ahli RADA mempunyai
                   syarikat sendiri dia boleh membantu rakan dalam RADA
                   mendapatkan pekerjaan.




                                                                            6
        Kertas Kerja Rakan Antidadah (RADA)




7.0   SYARAT UNTUK MENGIKUTI RAKAN ANTIDADAH (RADA) AGENSI
      ANTIDADAH KEBANGSAAN


      7.1   Bagi menyertai RADA, seorang pemohon perlu memenuhi syarat-
            syarat seperti berikut:-


            7.1.1      Warganegara Malaysia;
            7.1.2      Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
            7.1.3      Keutamaan       diberi   kepada   bekas   peserta   program
                       anjuran AADK ( PINTAR, PIP, SLAD, PLKN);
            7.1.4      Mempunyai minat dalam bidang antidadah;
            7.1.5      Setiap permohonan hendaklah mengisi borang ahli yang
                       boleh didapati daripada :-
                       a. Laman Web AADK (http//adk.gov.my/RADA)
                       b. Laman Web RADA
                       c. Pejabat AADK Negeri dan AADK Daerah/ PKAADK
            7.1.6      Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi
                       hendaklah diserahkan kepada Pengarah AADK Negeri
                       melalui AADK Daerah / PKAADK di mana pemohon
                       tinggal;
            7.1.7      Kad dan nombor keahlian RADA akan dikeluarkan kepada
                       ahli apabila proses pendaftaran selesai;
            7.1.8      Keahlian adalah seumur hidup;
            7.1.9      Keahlian boleh dibatalkan oleh AADK pada bila-bila
                       masa tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak;
            7.1.10     Setiap ahli yang telah diluluskan oleh AADK akan
                       diberikan kad keahlian beserta nombor keahlian; dan
            7.1.11     Semua maklumat yang diberikan adalah sulit.


                                                                                 7
        Kertas Kerja Rakan Antidadah (RADA)




8.0   MOTTO RAKAN ANTIDADAH (RADA) AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN


      8.1   Motto RADA adalah seperti berikut:-


            8.1.1 Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain


      8.2   Maksud motto ini adalah seperti berikut :-


            8.2.1 Setiap ahli RADA hendaklah memastikan diri sendiri bebas
                   daripada dadah sebelum membantu rakan lain yang terlibat
                   atau yang belum terlibat dengan dadah;


            8.2.2 Setiap ahli RADA akan menjalankan program dan aktiviti
                   untuk membantu diri sendiri supaya tidak terlibat dengan
                   dadah di samping membantu rakan lain daripada terjebak
                   dengan dadah; dan


            8.2.3 Setiap ahli RADA mempunyai tanggungjawab ke atas diri
                   sendiri dan kawasan yang didiami. Sekiranya terdapat
                   sebarang perkara yang tidak diingini, maka ahli RADA boleh
                   menyalurkan maklumat kepada pihak yang berkuasa.




                                                                            8
        Kertas Kerja Rakan Antidadah (RADA)



9.0   CADANGAN CARTA ORGANISASI RAKAN ANTIDADAH (RADA) AGENSI
      ANTIDADAH KEBANGSAAN


      9.1   Struktur organisasi RADA di AADK yang dicadangkan adalah seperti
            berikut :-


            9.1.1        Peringkat Kebangsaan
                         Penasihat       :      Ketua Pengarah
                         Pengerusi       :      Pengarah Pencegahan
                         Urusetia        :      Cawangan Publisiti


            9.1.2        Peringkat Negeri
                         Penasihat       :      Pengarah Negeri
                         Pengerusi       :      Penolong Pengarah
                                                (Pencegahan) Negeri
                         Urusetia        :      Cawangan Pencegahan


            9.1.3        Peringkat Daerah
                         Penasihat       :      Penolong Pengarah
                                                (Pencegahan) Negeri
                         Pengerusi       :      Pegawai AADK Daerah
                         Urusetia        :      Unit Pencegahan




                                                                          9
      Kertas Kerja Rakan Antidadah (RADA)



10.0 CADANGAN       KELENGKAPAN      RAKAN   ANTIDADAH    (RADA)    AGENSI
    ANTIDADAH KEBANGSAAN


    10.1   Cadangan kelengkapan RADA adalah seperti berikut:-


           10.1.1    Pakaian
                     •    Vest antidadah
                     •    Baju T
                     •    Topi
                     •    Track Suit


           10.1.2    Cenderahati
                     •    Lencana
                     •    Kad Keahlian
                     •    Pen RADA
                     •    Buku Nota
                     •    Mug




11.0 CADANGAN       KURIKULUM       RAKAN    ANTIDADAH   (RADA)     AGENSI
    ANTIDADAH KEBANGSAAN


    11.1   Kurikulum yang dicadangkan untuk RADA adalah seperti berikut :-


           11.1.1    Latihan Kejurulatihan RADA (Lampiran A1);
           11.1.2    Program Pencegahan Dadah (Lampiran A2);
           11.1.3    Program Rawatan Dan Pemulihan (Lampiran A3);
           11.1.4    Program Penguatkuasaan (Lampiran A4);



                                                                         10
       Kertas Kerja Rakan Antidadah (RADA)



            11.1.5      Penilaian Program (Lampiran A5); dan
            11.1.6      Carta Aliran (Lampiran A6).




12.0 KESAN YANG DIHARAPKAN


     12.1   Kesan yang diharapkan daripada program ini adalah seperti
            berikut:-


             12.1.1      Sahsiah pembangunan belia sebagai pelapis pemimpin
                         masa depan yang mempunyai disiplin, jatidiri dan nilai
                         murni yang tinggi bagi menolak gejala dadah dapat
                         dibentuk dengan lebih jitu;


             12.1.2      Pengetahuan teknikal dan kesedaran belia mengenai
                         penyalahgunaan dadah dapat ditingkatkan;


             12.1.3      Aktiviti antidadah di kalangan belia di daerah dan
                         negeri dapat diperluaskan lagi; dan


             12.1.4      Membantu    negara   mencapai    matlamat   keluarga,
                         tempat kerja dan komuniti bebas dadah dengan
                         adanya golongan belia untuk bertindak ke arah itu
                         setelah mereka menamatkan pengajian nanti.




                                                                             11
        Kertas Kerja Rakan Antidadah (RADA)



13.0 PENUTUP


     13.1   Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan supaya
            hasrat kerajaan untuk memastikan Malaysia Bebas Daripada Dadah
            menjelang Tahun 2015 akan tercapai dan dapat melahirkan
            masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.




DISEDIAKAN OLEH:
BAHAGIAN PENCEGAHAN
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI




                                                                        12

								
To top