KERTAS KERJA 7 —PERANAN IKS SEBAGAI PENJANA EKONOMI MAJU

Document Sample
KERTAS KERJA 7 —PERANAN IKS SEBAGAI PENJANA EKONOMI MAJU Powered By Docstoc
					prosiding   3/26/05   11:22 AM   Page 190




                                                         SESI III :
                                             PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI -
                                             PEMANGKIN PERTUMBUHAN EKONOMI



                                                      KERTAS KERJA 7 :
                                               ÒPERANAN IKS SEBAGAI PENJANA
                                            EKONOMI MAJU BERASASKAN PERTANIANÓ

                                                              OLEH :
                                                    DATOÕ SOFIAN MOHD. SALLEH
                                              TIMBALAN KETUA PENGARAH PERTANIAN II,
                                                   JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
prosiding   3/26/05   11:22 AM   Page 191
prosiding   3/26/05   11:22 AM   Page 192




                                                                  ABSTRAK
               Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan Industri Kecil dan
               Sederhana (IKS) sebagai penjana ekonomi maju berasaskan pertanian.
               Sektor pertanian telah dikenalpasti sebagai sektor yang perlu diberikan
               tumpuan dan penekanan dan ia perlu dibangunkan semula supaya kembali
               berdaya saing dengan sektor-sektor lain.

               Penggubalan tiga Dasar Pertanian Negara (DPN 1 - 1984, DPN 2 - 1992,
               DPN 3 - 1998) bertujuan untuk mencergaskan dan menghidupkan semula
               sektor ini dalam usaha membangunkan golongan sasaran agar dapat
               memberi sumbangan yang berkesan dalam pembangunan negara. Sektor
               pertanian mendapat satu suntikan baru apabila mendapat peruntukan
               tambahan sebanyak 34% yang berjumlah RM 1.3 billion dalam Bajet 2005,
               iaitu peruntukan ketiga terbesar selepas pendidikan dan pertahanan.

               Jabatan Pertanian Malaysia mula memberikan penekanan kepada program
               IKS dalam Rancangan Malaysia ke-7 menerusi program Pembangunan
               Industri Hiliran berasaskan Pertanian. Dalam RM ke-8, penekanan diberikan
               kepada pembangunan pengeluaran produk pemperosesan makanan
               berasaskan pertanian melalui program yang sama. Fokus sektor IKS dalam
               industri pemperosesan hasil pertanian adalah; makanan dan minuman yang
               diproses, kosmetik dan toilettries berasaskan herba, kraf, dan perkhidmatan
               yang berkaitan.

               Beberapa cabaran perlu diberikan perhatian khusus dalam usaha untuk
               menembusi pasaran ÒupmarketÓ peringkat domestik dan antarabangsa; iaitu
               meningkatkan daya saing; penggunaan teknologi dan automasi / mekanisasi;
               perolehan sumber; pembangunan produk dan pasaran; peraturan dan
               piawaian; peningkatan produktiviti; serta penyediaan infrastruktur dan
               bantuan.




                                                            jabatan mufti negeri selangor    186
prosiding   3/26/05    11:22 AM      Page 193




                      KERTAS KERJA
               1.     TUJUAN KERTAS

               Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan peranan yang mampu dimainkan
               oleh Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) sebagai penjana ekonomi maju
               berasaskan pertanian dari kacamata Jabatan Pertanian.


               2.     LATARBELAKANG

               Sektor pertanian telah diberikan nafas baru selepas YAB Datuk Seri
               Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober
               2003. Fokus utama YAB Perdana Menteri ialah menjadikan sektor pertanian
               penting, seiring dan dapat bersaing dengan sektor lain terutamanya sektor
               perkilangan dan perkhidmatan telah membantu mengalihkan pandangan
               terhadap sektor pertanian. Sokongan dan komitmen daripada kepimpinan
               negara ini dapat digunakan sepenuhnya oleh Kementerian Pertanian dan
               Industri Asas Tani amnya dan Jabatan Pertanian khasnya bagi menggiatkan
               usaha ke arah menjadikan sektor ini sebagai salah satu dari tiga enjin
               pertumbuhan ekonomi negara.

               Di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri yang begitu perihatin dan
               komited dengan pembangunan sektor pertanian khususnya sektor
               pengeluaran makanan, sektor ini telah mendapat suntikan harapan baru bagi
               satu kegiatan ekonomi yang selama ini telah dipinggirkan. Dengan
               penekanan sebegini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah
               diberikan tanggungjawab untuk mencergaskan semula sektor pengeluaran
               makanan di mana potensinya sebagai penjana pertumbuhan ekonomi belum
               direalisasikan sepenuhnya.

               Usaha untuk mencergaskan semula dan memajukan sektor pengeluaran
               makanan pertanian yang dapat menjana nilai ditambah yang tinggi
               memerlukan permodenan sektor ini. Faktor utama untuk menentukan
               kejayaan dan kemapanan sesuatu aktiviti pertanian ialah produktivi tinggi,
               keberkesanan kos dan keupayaan mencipta dan menembusi pasaran.

               Justeru itu, perancangan yang teliti dalam jangka panjang bagi
               merealisasikan potensi bidang ini dengan memodenkan dan
               mentransformasikan sektor pengeluaran makanan sebagai satu entiti yang
               dinamik dan berdayasaing perlu dilaksanakan.




                                 1. Kertas ini dibentangkan di Multaqa Sultan Sharaffuddin Idris Shah dan Seminar Selangor 2005 :
                          Model Islam Sebuah Ekonomi Maju, di Hotel Grand BlueWave, Shah Alam, Selangor, 7& 8 Disember 2004
                                                2. Timbalan Ketua Pengarah Pertanian II, Jabatan Pertanian, Semenanjung Malaysia.



   187              jabatan mufti negeri selangor
prosiding   3/26/05   11:22 AM   Page 194




               Tumpuan baru untuk memajukan industri asas tani secara tidak langsung
               akan membantu golongan sasar iaitu masyarakat tani menjana pendapatan
               tambahan. Ini disebabkan selama ini sebanyak 80% dari pengeluaran hasil
               pertanian dijualkan secara segar. Situasi ini akan menjurus kepada masalah
               harga rendah dan lambakan apabila bekalan berlebihan. Salah satu alternatif
               untuk mengatasi masalah ini ialah menggunakan hasil pertanian segar dalam
               pemperosesan hiliran yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi.

               Industri asas tani yang tercipta melalui aktiviti nilai tambah (added value)
               tersebut merupakan potensi dan kekayaan sebenar sektor pertanian pada
               hari ini. Kita tidak boleh lagi mengharap kepada pasaran segar sahaja. Buah
               dan sayur tropika yang tidak tahan lama menjadikan pasaran segar terhad.
               Bukan itu sahaja, harga barangan mentah yang dibeli oleh kilang di peringkat
               ladang adalah rendah.


               Industri asas tani sebenarnya bukanlan satu bidang baru yang belum
               berkembang di kalangan masyarakat tani. Industri seperti keropok, budu,
               kerepek ubi, pelbagi sos dan jeruk ini telah lama dijalankan oleh masyarakat
               tani sebagai Ócottage industryÓ. Penekanan atau fokus baru ialah memajukan
               industri asas tani dengan menyusun semula pengeluaran Ócottage industryÓ
               untuk dipertingkatkan operasinya ketahap Industri Kecil Dan Sederhana (IKS)
               yang dapat mematuhi piawaian keselamatan makanan dan kualiti dan
               seterusnya dapat menerokai pasaran antarabangsa.

               Pembangunan industri asas tani yang dilaksanakan akan lebih efektif
               sekiranya menggunakan sumber bahan mentah tempatan dan kurang
               bergantung kepada bahan yang diimport. Ini akan mengurangkan kebocoran
               dalam proses ekonomi. Kejayaan memajukan IKS bersumberkan hasil
               pertanian tempatan akan mencetuskan rantaian nilai ditambah Óbackward
               and forward linkagesÓ dalam ekonomi tempatan akan menambah kesan
               berganda dalam ekonomi negara.

               3.     SENARIO PERTANIAN NEGARA

               Sektor pertanian telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi
               Malaysia dalam era selepas merdeka dengan sumbangan kepada KDNK
               negara sebanyak 46% pada tahun 1957. Aktiviti ekonomi penduduk negara
               pada masa tersebut lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian dan
               perlombongan. Bilangan pekerja yang menceburi sektor ini pada tahun 1966
               adalah 80.3%.




                                                             jabatan mufti negeri selangor    188
prosiding   3/26/05    11:22 AM   Page 195




               Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1) telah digubal dan dilaksanakan
               pada tahun 1984 dengan memberi penekanan kepada dasar yang
               mengutamakan tanaman komoditi seperti kelapa sawit, getah dan koko.
               Kerajaan telah melabur dengan banyak di dalam pembangunan infrastruktur,
               pembangunan in-situ dan pembukaan tanah baru bagi memajukan pertanian,
               terutamanya bagi tanaman komoditi ini.

               Selepas lapan tahun, Dasar Pertanian Kedua (DPN2) pula telah dilaksanakan
               bermula tahun 1992, dengan memberi penekanan kepada meningkatkan
               produktiviti, kecekapan dan persaingan. Tumpuan pembangunan pertanian
               ke arah menghasilkan produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi.

               Berikutan perubahan struktur ekonomi yang dihadapi oleh negara pada
               pertengahan tahun 90-an, Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) telah
               diperkenal pada tahun 1998 bagi menangani cabaran penggunaan sumber
               sedia ada secara cekap dan optima untuk meningkatkan dayasaing. Ini
               termasuk juga memaksimumkan sumbangan pertanian kepada pendapatan
               negara dan pendapatan eksport serta memaksimumkan pendapatan
               pengeluar. Kebimbangan mengenai kecukupan dan kestabilan bekalan
               makanan juga cuba diatasi melalui pelaksanaan program dan projek-projek
               dalam DPN3.

               Seterusnya pada masa sekarang, di mana program dan pelaksanaan
               sebenar DPN3 sedang giat dilakukan, dirancakkan lagi dengan semangat
               transformasi serta terbaru ini dikenali dengan revolusi pertanian. Semua ini
               bertujuan untuk mencergaskan semula sektor pertanian dalam memberikan
               faedah kepada pembangunan golongan sasaran iaitu petani, penternak,
               nelayan, usahawan tani (Agropreneur) dan semua pihak yang terlibat aktif
               dalam aktiviti pertanian. Seterus memberikan sumbangan yang lebih
               berkesan kepada pembangunan negara.

               4.     PERANCANGAN STRATEGIK PEMBANGUNAN IKS DI MALAYSIA

               Pembangunan industri asas tani mula disentuh dalam Dasar Pertanian
               Negara kedua (DPN2), yang memberi penekanan kepada pembangunan
               pertanian ke arah menghasilkan produk yang mempunyai nilai ditambah yang
               tinggi. Ini adalah selaras dengan strategi perindustrian yang digariskan
               dalam Pelan Induk Perindustrian Pertama (IMP1) pada masa tersebut. Pelan
               Induk Perindustrian kedua (IMP2) mendefinasikan industri berasaskan
               pertanian sebagai industri yang menekankan pembangunan produk nilai
               tambah melalui rangkaian yang lebih luas dengan pelbagai industri hiliran.




   189              jabatan mufti negeri selangor
prosiding   3/26/05   11:22 AM   Page 196




               Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) juga menekankan dalam sudut
               mengeratkan rantaian di dalam dan di antara sektor, di samping
               pembangunan industri nilai ditambah di sepanjang rantaian nilai produk.
               Selaras dengan pelaksanaan dasar ini Kementerian Pertanian telah
               menggariskan matlamat dasar dalam industri asas tani adalah untuk
               membangunkan sumber pertumbuhan ekonomi berasaskan pertanian
               bertujuan untuk:

                      ¥   meningkatkan pendapatan kumpulan sasaran sektor pertanian;

                      ¥   mempertingkatkan industri asas tani yang diusahakan secara
                          kecil-kecilan ke tahap industri kecil dan sederhana (IKS) yang
                          berdaya saing;

                      ¥   memodenkan perusahaan pengeluaran makanan berasaskan
                          pertanian mengikut pematuhan peraturan serta piawaian kualiti
                          dan keselamatan makanan;

                      ¥   membangunkan industri asas tani yang menggunakan sumber
                          pertanian dalam negara bagi memesatkan aktiviti rantaian nilai
                          ditambah sektor pertanian; dan

                      ¥   memastikan pembangunan menyeluruh meliputi semua aktiviti di
                          sepanjang pengurusan rantaian bekalan sektor pertanian.

               Penekanan kepada sektor pertanian dan industri yang berkaitan dengannya
               terus diberikan oleh Kerajaan melalui pertambahan peruntukan sebanyak
               34% menjadi jumlah RM1.3 billion iaitu peruntukan ketiga terbesar selepas
               pendidikan dan pertahanan berbanding dengan tahun sebelumnya,
               sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2005 baru-baru ini, ianya merupakan
               satu titik permulaan kepada satu revolusi pertanian di masa hadapan. Sektor
               pertanian yang bakal dilihat di masa hadapan ialah sektor pertanian yang
               moden, menggunakan teknologi, bersifat komersial, mempunyai daya saing
               yang tinggi, menghasilkan produk-produk yang terbaik dari segi kualiti,
               berkhasiat dan selamat untuk dimakan.




                                                            jabatan mufti negeri selangor    190
prosiding   3/26/05    11:22 AM    Page 197




               5.     APA ITU IKS ?

               Klasifikasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau Enterprais Kecil dan
               Sederhana (EKS) bagi sektor pertanian yang digunapakai oleh Kementerian
               Pertanian dan Industri Asas Tani dan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan
               Perdana Menteri adalah berasaskan kepada bilangan pekerja sepenuh masa
               dan jualan tahunan syarikat. Klasifikasi EKS Sektor pertanian adalah seperti
               berikut:-


                        Klasifikasi            Mikro         Kecil        Sederhana
                       Bil. Pekerja           < 5 orang   5-50 orang     51-150 orang
                      sepenuh Masa
                         Isipadu         <RM 250,000      RM 250,000      RM 10juta
                       Perniagaan                          - 10 juta        -25 juta
                         Tahunan



               Ini bermakna EKS didefinasikan sebagai syarikat perkilangan yang
               mempunyai nilai jualan tidak melebihi RM 25.0 juta dan pekerja sepenuh
               masa tidak melebihi 150 orang.

               Pada masa kini terdapat lebih dari 2500 enterprise atau 14% IKS menceburi
               industri pemperosesan hasil pertanian. Pada tahun 2003, ianya menyumbang
               sebanyak 30.6% daripada jumlah pengeluaran dalam sektor makanan.
               Kebanyakan IKS ini terlibat dalam pelbagai aktiviti pemperosesan makanan
               terutamanya pemperosesan daging dan makanan laut, pengetinan buah-
               buahan, pembuatan pastri dan makanan sejuk beku. Walaubagaimanapun
               produk keluaran IKS pada masa kini masih menumpukan kepada pasaran
               domestik berbanding eksport.




   191              jabatan mufti negeri selangor
prosiding   3/26/05   11:22 AM   Page 198




               6.     PROGRAM PEMBANGUNAN IKS/EKS BIMBINGAN JABATAN
                      PERTANIAN

               Jabatan mula memberikan penekanan kepada program IKS atau EKS dalam
               program RM ke 7 menerusi program Pembangunan Industri hiliran
               berasaskan pertanian. Projek dimulakan dengan Program Pembangunan
               Keluarga Tani melalui penubuhan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW)
               yang bertujuan untuk menggalakkan suri rumah terlibat dalam projek-projek
               berasaskan pertanian untuk meningkatkan pendapatan keluargatani.

               Dalam RM ke 8 penekanan diberikan kepada pembangunan pengeluaran
               produk pemperosesan makanan berasaskan pertanian melalui Program
               Pembangunan Industri Hiliran. Sehingga kini Jabatan telah membangunkan
               dan membimbing 1900 projek dengan penglibatan seramai 6,000 orang
               pengusaha. Kebanyakan pengusaha masih lagi di peringkat mikro atau
               bisnes kecil dan belum mencapai taraf EKS. Jenis-jenis produk yang
               dikeluarkan kebanyakkan terdiri dari produk yang diproses seperti kerepek
               pisang dan ubi (pelbagai perisa), sos tomato dan cili, produk bakeri, makanan
               sejuk beku hasilan kelapa, hasilan kacang soya hasilan buah-buahan dan
               hasilan ikan. Pengeluaran produk telah menunjukkan peningkatan yang
               memberangsangkan iaitu RM 4.50 juta pada tahun 1993 kepada RM 94.5
               juta pada tahun 2003.

               Fokus sektor EKS dalam industri pemprosesan hasil pertanian adalah
               produk-produk seperti berikut:-

               a)     Makanan dan minuman yang diproses.
               b)     Kosmetik dan toilettries berasaskan herba.
               c)     Kraf.
               d)     Perkhidmatan yang berkaitan.

               Kumpulan sasaran program IKS industri pertanian dan pemprosesan
               makanan.

               a)     Pengusaha baru (peserta Pusat Bimbingan Usahawan) dan golongan
                      sasar lain.
               b)     Pengusaha sedia ada yang berpotensi untuk ditingkatkan ke taraf ke
                      EKS.
               c)     Syarikat EKS yang inginkan perubahan dan peningkatan keupayaan
                      syarikat.
               d)     Syarikat EKS yang mempunyai produk yang berpotensi untuk pasaran
                      antarabangsa.




                                                              jabatan mufti negeri selangor    192
prosiding   3/26/05    11:22 AM    Page 199




               Jabatan Pertanian sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian
               Pertanian dan Industri Asas Tani terus menyediakan khidmat pengembangan
               dalam bidang teknikal dan pengurusan kepada golongan sasar yang terlibat
               dengan pengeluaran produk IKS bagi memastikan produk yang dikeluarkan
               mencapai standards yang ditetapkan oleh pasaran tempatan dan
               antarabangsa. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi pembangunan
               produk, analisa kawalan kualiti, resipi standards, persembahan produk,
               pembungkusan, pelebalan dan promosi serta jualan produk.

               Di samping itu, Jabatan juga menyediakan bantuan peralatan dan mesin
               serta pengubahsuaian premis bertujuan untuk peningkatan produktiviti.
               Program latihan juga disediakan kepada pengusaha bagi meningkatkan
               pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan business masing-masing. Di
               antara bidang yang diberikan penekanan termasuklah pengurusan
               kewangan, pengurusan pemasaran, kawalan kualiti, Amalan Kebersihan yang
               Baik (Good Hygiene Practices), Amalan Pengilangan yang Baik (Good
               Manufacturing Practices) dan teknik-teknik pemperosesan yang betul.

               7.     ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PROGRAM EKS
                      JABATAN PERTANIAN

               Produk EKS khususnya produk makanan masih lagi menghadapi pelbagai isu
               dan cabaran dalam usaha menembusi pasaran upmarket peringkat domestik
               dan antarabangsa. Antaranya :-

                    a) Daya Saing

                        i)   Standard dan Kualiti

                             ¥    Kebanyakan produk yang dihasilkan belum lagi menepati
                                  standard dan kualiti yang ditetapkan oleh pasaran
                                  antarabangsa dan memerlukan tindakan segera pengusaha
                                  bersama agensi kerajaan terlibat untuk memperbaikinya. Ini
                                  adalah disebabkan modal yang terhad disamping pelaburan
                                  yang tinggi untuk mengeluarkan produk yang berkualiti.

                             ¥    Jabatan Pertanian telah memperkenalkan pembungkusan
                                  berjenama WANIS bagi produk yang menepati mutu/
                                  standards kepada pengusaha di bawah seliaannya.
                                  Walaubagaimanapun hanya sebilangan kecil produk telah
                                  mematuhi kriteria jenama WANIS.




   193              jabatan mufti negeri selangor
prosiding   3/26/05   11:22 AM     Page 200




                            ¥     Semua produk atau premis yang terlibat dalam program IKS
                                  perlu dipertingkatkan dan menepati kehendak piawaian
                                  antarabangsa agar dapat bersaing dengan produk yang
                                  dihasilkan oleh pengeluar khususnya dari negara-negara
                                  ASEAN.

                            ¥     Dari segi premis pengeluaran, penekanan perlu diberikan
                                  kepada amalan GHP dan GMP serta seterusnya HACCP agar
                                  produk yang dihasilkan oleh pengusaha bisnes kecil ini boleh
                                  dipertingkatkan dari masa kesemasa dan seterusnya menepati
                                  kehendak pasaran apabila mencapai taraf EKS.

                  b) Teknologi

                       i)   ICT

                            ¥     Masih terlalu kecil bilangan pengusaha yang menggunakan
                                  kemudahan ICT untuk meningkatkan pengurusan enterprais
                                  masing-masing terutama sekali dalam sistem kewangan dan
                                  perakaunan. Walaubagaimanapun dengan program yang
                                  dilaksanakan oleh Jabatan, kini terdapat pengusaha telah
                                  kemudahan ICT dalam pengurusan enterprais masing-masing
                                  dan mula menggunakan portal AgriBazaar bagi menjual
                                  produk mereka kepada pengguna.

                            ¥     Pengusaha EKS perlu memahirkan diri dalam penggunaan
                                  ICT dalam pengurusan entreprise dan sebagai salah satu
                                  alternatif dalam memasarkan produk kepada pelanggan dalam
                                  pasaran tempatan, serantau dan dunia.

                  c) Automasi/Mekanisasi

                            ¥     Kebanyakan pengusaha enterprais kecil di bawah seliaan
                                  Jabatan Pertanian masih lagi menggunakan peralatan dan
                                  mesin yang separa automatik dalam proses pengeluaran. Ini
                                  menjurus kepada pengeluaran yang rendah dan kurang kualiti.
                                  Keadaan ini berlaku disebabkan peralatan moden dan
                                  berteknologi tinggi memerlukan kos dan kemahiran yang
                                  tinggi. Langkah telah diambil dimana kerjasama diantara
                                  MARDI dan SIRIM telah dijalankan bagi merekabentuk mesin
                                  dan peralatan yang bersesuaian dan mampu dibeli oleh
                                  pengusaha EKS.




                                                                jabatan mufti negeri selangor    194
prosiding   3/26/05   11:22 AM    Page 201




                  d) Sumber

                       i)   Kekurangan Bahan Mentah

                            ¥    Bahan mentah yang berkualiti merupakan faktor penentu
                                 kepada pengeluaran produk berperoses yang bermutu dan
                                 selamat. Pengusaha produk EKS masih bergantung kepada
                                 bahan mentah yang diimport dari luar negara seperti ÒpureeÓ
                                 dan lain. Bahan mentah seperti ubikayu, pisang tanduk dan
                                 pisang helang masih lagi berkurangan bagi menyokong
                                 industri. Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila harga
                                 yang ditawarkan oleh pengilang rendah berbanding dengan
                                 pemborang yang memerlukan bahan yang sama untuk
                                 pasaran segar.

                  e) Pembangunan Produk dan Pasaran

                       i)   Pengeluaran Produk Mengikut Kehendak Pasaran

                            ¥    Produk yang dihasilkan oleh pengusaha kebanyakannya
                                 produk tradisi seperti kerepek dan kuih-muih tradisional yang
                                 mana pasarannya terhad kepada masyarakat setempat
                                 sahaja. Kebanyakan pengusaha ini pula susah untuk
                                 menerima perubahan. Pengusaha tidak sensitif kepada
                                 kehendak pasaran dan tidak berusaha mengeluarkan produk
                                 yang menepati kehendak pengguna. Program pengembangan
                                 akan terus dijalankan bagi mengubah minda untuk lebih
                                 terbuka untuk menerima teknologi baru dan diterapkan
                                 falsafah keusahawanan kepada pengusaha.

                       ii) Penjenamaan, Pelabelan dan Pembungkusan.

                            ¥    Kualiti pembungkusan termasuk pelabelan produk yang
                                 dihasilkan masih lagi rendah dan tidak menepati kehendak
                                 pasaran global. Disamping itu kurang usaha pembangunan
                                 jenama dilaksanakan menyebabkan produk kurang terserlah
                                 dan tidak dikenali. Keadaan ini berlaku kerana pengusaha
                                 menghadapi masalah kekurangan modal dan pengetahuan
                                 untuk mendapatkan kepakaran bagi menyediakan
                                 pembungkusan yang boleh meningkatkan persembahan
                                 produk yang lebih bersaing.

                            ¥    Pengusaha juga tidak begitu inovatif dan kurang inisiatif dalam
                                 mempelbagaikan pengeluaran produk. Pengeluaran produk
                                 baru dan dipelbagaikan persembahan akan menjamin pasaran
                                 dan mencipta luang pasaran baru.

   195           jabatan mufti negeri selangor
prosiding   3/26/05    11:22 AM    Page 202




                  f)    Peraturan dan Piawaian

                           ¥      Terdapat peraturan dan perundangan berkait dengan kualiti
                                  produk, pengurusan pengeluaran dan lain-lain. Akta dan
                                  peraturan serta sistem kualiti yang telah dilaksanakan di dalam
                                  negara termasuk Akta Makanan 1983 dan Peraturan-
                                  peraturan Makanan 1985, MS 1500:2004 : Makanan Halal -
                                  Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan -
                                  Garis Panduan Umum, Hazard Analysis and Critical Control
                                  Point (HACCP), dan lain-lain. Masih ramai pengusaha yang
                                  tidak tahu dan tidak faham tentang perundangan dan sistem
                                  yang ada. Ia akan merugikan pengusaha kerana mereka akan
                                  terdedah kepada penguatkuasaan dan prosedur perundangan
                                  jika tidak mematuhi akta dan peraturan. Ini juga akan
                                  menghalang pengeksportan produk ke luar negara.

                           ¥      Dengan terlaksana nya WTO dan AFTA, maka produk-produk
                                  keluaran dalam negara untuk pasaran eksport perlu mematuhi
                                  piawaian antarabangsa. Maka, pengusaha-pengusaha perlu
                                  melengkapkan pengetahuan mereka mengenai perundangan
                                  dalam negara dan piawaian antarabangsa supaya tidak
                                  ketinggalan dalam segi pengeluaran dan pemasaran produk.

                           ¥      Aktiviti seperti seminar,kursus dan kempen perlu
                                  dipertingkatkan lagi untuk menyampaikan mesej ini kepada
                                  pengeluar.

                  g) Produktiviti

                           ¥      Produktivi produk di kalangan pengusaha Bisnes Kecil masih
                                  lagi rendah dan belum mencapai tahap maksima kerana masih
                                  beroperasi secara kecil-kecilan. Usaha perlu dipertingkatkan
                                  untuk mengembangkan pasaran samada di peringkat serantau
                                  atau global. Dengan cara ini produktivi pengusaha ini dapat
                                  ditingkatkan bagi memenuhi permintaan pasaran.

                           ¥      Dengan terlaksana nya WTO dan AFTA, maka produk-produk
                                  keluaran dalam negara untuk pasaran eksport perlu mematuhi
                                  piawaian antarabangsa. Maka, pengusaha-pengusaha perlu
                                  melengkapkan pengetahuan mereka mengenai perundangan
                                  dalam negara dan piawaian antarabangsa supaya tidak
                                  ketinggalan dalam segi pengeluaran dan pemasaran produk.




                                                                  jabatan mufti negeri selangor     196
prosiding   3/26/05   11:22 AM    Page 203




                          ¥      Aktiviti seperti seminar,kursus dan kempen perlu
                                 dipertingkatkan lagi untuk menyampaikan mesej ini kepada
                                 pengeluar.

                  g) Produktiviti.

                          ¥      Produktivi produk di kalangan pengusaha Bisnes Kecil masih
                                 lagi rendah dan belum mencapai tahap maksima kerana masih
                                 beroperasi secara kecil-kecilan. Usaha perlu dipertingkatkan
                                 untuk mengembangkan pasaran samada di peringkat serantau
                                 atau global. Dengan cara ini produktivi pengusaha ini dapat
                                 ditingkatkan bagi memenuhi permintaan pasaran.

                          ¥      Penubuhan HALAL-HUB contohnya juga merupakan satu lagi
                                 usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pusat
                                 pengeluaran makanan halal dunia. Ini merupakan satu
                                 peluang keemasan kepada EKS untuk menjadikan ianya
                                 sebagai satu landasan bagi pengeluaran produk Halal untuk
                                 pasaran dunia. Situasi ini akan meningkatkan lagi bilangan
                                 usahawan EKS pertanian.

                       ii) Kewangan

                          ¥      Pengusaha EKS masih lagi menghadapi kesukaran untuk
                                 mendapatkan pinjaman bagi memperbesarkan business
                                 masing-masing. Keadaan ini masih berlaku walaupun terdapat
                                 lebih dari 40 Dana disediakan oleh kerajaan bagi membantu
                                 usahawan EKS menjalankan perniagaan.

                          ¥      mencari jalan penyelesaian agar pinjaman dapat disalurkan
                                 dengan lebih mudah kepada pengusaha yang berkelayakan.

                  iii) Industri sokongan

                          ¥      Industri sokongan berperanan penting menyokong
                                 perkembangan IKS. Industri seperti pengeluaran dan
                                 rekabentuk     bahan       pembungkusan,       pembotolan,
                                 pengangkutan, gudang, peruncitan dan pengeksportan,
                                 bekalan bahan mentah berperanan menentukan kejayaan
                                 EKS makanan. Kekurangan penglibatan usahawan
                                 bumiputera dalam industri ini, kekurangan industri itu sendiri
                                 dan ditambah dengan kos yang tinggi untuk pembekalan
                                 bahan dan pengangkutan dan Òvalue chainÓ yang lain
                                 menyukarkan pelaksanaan program EKS berasaskan
                                 pertanian.


   197           jabatan mufti negeri selangor
prosiding   3/26/05   11:22 AM   Page 204




               8.     POTENSI EKS SEBAGAI PENJANA EKONOMI

               EKS pasti akan menjadi salah satu peneraju utama sebagai penjana ekonomi
               dalam bidang pertanian sekiranya permasalahan yang masih dihadapi oleh
               pengusaha EKS pertanian dan Industri Asas tani dapat diatasi dari masa
               kesemasa atau kerajaan dapat menyediakan persekitaran yang kondusif
               kepada usahawan EKS untuk terus berkembang. Faktor-faktor berikut
               merupakan penentu kejayaan EKS
                     i) Komitment kerajaan yang tidak berbelahbahagi untuk memajukan
                          sektor pertanian dan industri yang berkaitan dengannya melalui
                          perubahan dasar, tambahan peruntukan, dana dan bantuan.

                       ii) Deifisit dagangan yang berjumlah RM 4.33 biliion pada tahun 2003
                           bagi bahan makanan pertanian

                       iii) Peluang-peluang perniagaan baru yang boleh diceburi oleh
                            usahawan dari pengeluaran bahan mentah, perkilangan,
                            teknologi, gudang penyimpanan, pembungkusan, pelabelan
                            pengangkutan,perkhidmatan rumah sejuk beku, pemborongan
                            dan peruncitan dan lain-lain

                       iv) Pertambahan penduduk Malaysia yang dijangka mencapai 31.0
                           juta orang pada tahun 2010

                       v) Penubuhan Halal Hub dan Lembah Bio akan membuka peluang
                          perniagaan yang lebih besar kepada usahawan baru dan lama
                          untuk memperbesar dan mempelbagaikan produk berkualiti.

                       vi) Pelbagai insentif disediakan seperti pengecualian cukai
                           pendapatan, potongan ke atas elaun dan potongan cukai ke atas
                           perbelanjaan modal

                       vii) Saiz dan syer pasaran domestik makanan dan minuman diproses
                            mencapai RM 12.4 billion pada tahun 2003 di mana pecahannya
                            adalah seperti berikut:


                          Berasaskan tanaman                      RM   7.1   billion
                          Berasaskan susu                         RM   2.9   billion
                          Berasaskan ikan                         RM   0.5   billion
                          Lain-lain minuman ringan & jus          RM   1.1   billion




                                                             jabatan mufti negeri selangor    198
prosiding   3/26/05    11:22 AM   Page 205




               9.       PENUTUP

               IKS dalam bidang pertanian dan industri asas tani akan muncul sebagai
               bisness terpenting bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara
               di masa hadapan sekiranya semua pihak termasuk kerajaan memberikan
               komitmen sebenar ke arah memajukan bidang pengeluaran produk makanan
               ini. Tidak ketinggalan juga komitmen dari pengusaha EKS juga untuk
               memajukan diri sendiri dengan sanggup mencari dan mengamalkan teknologi
               bersesuai secara berterusan untuk mengeluarkan produk IKS yang bermutu
               tinggi, selamat dimakan, kos efektif dan boleh bersaing dipasaran global.




   199              jabatan mufti negeri selangor
prosiding   3/26/05   11:22 AM   Page 206




               10.    RUJUKAN

               1.     Ahmad Tajuddin Zainuddin, ÒPenggunaan Teknologi Dalam Memoden
                      Dan Mentransformasikan Pertanian, Persidangan Halatuju Sektor
                      Pertanian dan Industri Asas Tani , Ogos 2004,Kuala lumpur,

               2.     Dasar Pertanian Negara Ketiga, Kementerian Pertanian, Malaysia,
                      (1998-2010),1999

               3.     Rohaya Ramly, Program Pembangunan EKS dalam Industri Asas Tani,
                      Persidangan Halatuju Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani, Ogos
                      2004, Kuala Lumpur,




                                                            jabatan mufti negeri selangor   200
prosiding   3/26/05   11:22 AM   Page 207

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:4927
posted:1/2/2010
language:Malay
pages:18