Pelita Brunei - Iklan Jawatan Kosong
Shared by: klutzfu62
Categories
Tags
jawatan kosong, iklan jawatan kosong, iklan jawatan, jawatan-jawatan kosong, pelita brunei, negara brunei darussalam, brunei darussalam, suruhanjaya perkhidmatan awam, borang permohonan, jawatan kosong kerajaan, kerja kosong, duli yang maha mulia, kementerian pelajaran malaysia, pelita brunei iklan jawatan kosong, jawatan kosong dalam perkhidmatan awam
-
Stats
- views:
- 21101
- posted:
- 1/1/2010
- language:
- Malay
- pages:
- 9
Document Sample


Pelita Brunei - Iklan Jawatan Kosong
JAWATAN-JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN
PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PEGAWAI-PEGAWAI KAKITANGAN YANG
SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH IKLAN : 5 MAC 2008
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 26 MAC 2008
BILANGAN IKLAN : 10/2/08 (SPA/BMI)
PERATURAN 7 (a)
Syarat-syarat Am:
(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam.
(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan
politik Negara Brunei Darussalam.
(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti
awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.
(D) Cara permohonan - Rujuk di ruang PEMBERITAHUAN.
1. TIMBALAN PEGAWAI REKOD
JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
D.4 ($1,225 - $1,465 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Komputer / Business Studies; atau kelulusan
sebanding dalam bidang yang sama.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Rekod atau jawatan sebanding dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun
dan telah ditetapkan dalam jawatan.
2. PENYELIA TELEFON TINGKAT II
BAHAGIAN SKUADRON SEMBOYAN
ANGKATAN TENTERA PERKHIDMATAN BANTU DIRAJA BRUNEI
KEMENTERIAN PERTAHANAN
D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi dalam adalah kelebihan.
ATAU
1 of 9
Pelita Brunei - Iklan Jawatan Kosong
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Operator Telefon atau jawatan sebanding dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 7 tahun
dan telah ditetapkan dalam jawatan.
3. PEGAWAI PENCEN-PENCEN TINGKAT II
JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding termasuk
mata pelajaran Akaun atau Matematik.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau yang bersesuaian dalam
tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
4. TUKANG PANCUT
JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN
E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a) Lulus Penilaian Menengah Bawah; atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
5. PELAYAN MESS TINGKAT III
BAHAGIAN MESS DAN RUMAH MASAK
JABATANARAH PENTADBIRAN DAN
TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
b) Berpengalaman dalam bidang penyajian makanan adalah kelebihan.
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5 :
PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA
BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961/2383455 (BHG. IKLAN)
6. MERBUT
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
E.2-3 EB.4 ($590 - $875 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
b) Hendaklah berumur tidak kurang 20 tahun.
2 of 9
Pelita Brunei - Iklan Jawatan Kosong
c) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang-bidang berikut:-
i) Membaca dan menulis jawi
ii) Membaca Al-Quran
iii) Menyempurnakan jenazah
iv) Membaca tahlil dan doa
v) Menyampaikan azan dan qamat
vi) Tahu hukum-hukum bersuci dan bersembahyang
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN 6:
UNIT PENGURUSAN KAKITANGAN,
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
TINGKAT 3, JALAN MENTERI BESAR BB3910
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PEMBERITAHUAN :
1. Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
2. Bagi iklan jawatan bilangan 1, 2, 3, 4 dan 5 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.,BR> 3. Bagi iklan jawatan
bilangan 6 isikan satu (1) salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
4. Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan
dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil-sijil, surat-surat
akuan yang lengkap dan diakui sah.
5. Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama
borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
6. Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan
tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
7. Tahap penilaian prestasi pegawai-pegawai Kerajaan sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
8. 4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh
dua (2) tahun berturut-turut.
9. Permohonan yang diterima lewat daripada 26 MAC 2008 tidak dilayan.
10. Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/-Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan
tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
11. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan di papan
kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari
keluaran Pelita Brunei atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong)
seperti di bawah:
Website : http://www.spa.gov.bn/
12. Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat
Kerajaan dan pusat awam seperti berikut :-
* Pejabat Daerah Belait ;
* Pejabat Daerah Temburong ;
* Pejabat Daerah Tutong ;
* Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri
Begawan ;
* Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
PEMBETULAN IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
MENURUT PERATURAN 38(a)
KELUARAN 27 FEBRUARI 2008
TARIKH TUTUP 27 MAC 2008
BILANGAN IKLAN: 12/2008/SPA/BMI/38 (A)
2. PENOLONG PENGARAH
INSTITUT PENGAJIAN PERTAHANAN DAN
3 of 9
Pelita Brunei - Iklan Jawatan Kosong
STRATEGIK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
KEMENTERIAN PERTAHANAN
G.15 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
TANGGAGAJI DI ATAS ADALAH DIBETULKAN SEPERTI BERIKUT :
2. PENOLONG PENGARAH
INSTITUT PENGAJIAN PERTAHANAN DAN
STRATEGIK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
KEMENTERIAN PERTAHANAN
KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN)
JAWATAN KOSONG BERGAJI HARI DI JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA
Jawatan : PEKERJA TINGKAT 1 BERGAJI HARI
Kadar Gaji Sehari : $ 30.00 - $ 32.90 (TINGKATAN G)
Bahagian : IV
Jabatan : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA
KELAYAKAN MINIMUM :
a. Mestilah terdiri daripada Raykat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam.
b. Mempunyai kelulusan Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa atau Diploma atau Sijil Tinggi Kebangsaan (HNC) yang diiktiraf
oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
c. Berkebolehan dalam menggunakan komputer adalah merupakan satu kelebihan.
Jawatan : PEKERJA TINGKAT I1 BERGAJI HARI
Kadar Gaji Sehari : $ 25.80.00 - $ 27.20 (TINGKATAN E)
Bahagian : IV
Jabatan : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA
KELAYAKAN MINIMUM :
d. Mestilah terdiri daripada Raykat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam.
e. Mempunyai empat (4) kredit dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa (G.C.E. 'O' Level) yang diiktiraf
oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
f. Berkebolehan dalam menggunakan komputer adalah merupakan satu kelebihan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 19 MAC 2008
PENGAMBILAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI PENOLONG PENGUASA POLIS, KADET INSPEKTOR, REKRUT
LELAKI DAN WANITA PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI, JABATAN PERDANA MENTERI
KADET PENOLONG PENGUASA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
PASUKAN Polis Diraja Brunei ingin mempelawa Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk berkhidmat dengan Pasukan ini sebagai KADET PENOLONG PENGUASA
POLIS.
TANGGAGAJI
PD13 $ 2,570 $ 2,630 $ 2,690 $ 2,760 $ 2,855 dan elaun-elaun tertentu
KEISTEMEWAAN
Pemegang Ijazah akan diberikan elaun tam-bahan berikut
* Ijazah Kepujian (Honours) - $ 500
* Ijazah Sarjana (Master) - $ 700
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya Kepujian Kelas Kedua Bawah (2nd Class Honours) dalam
salah satu bidang berkikut atau mana-mana kelulusan yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan
4 of 9
Pelita Brunei - Iklan Jawatan Kosong
Kelulusan, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
* BA/BSC in Accounting
* BA in Business Administration Studies
* LLB
* BSc in Forensic Science
* BSc in Information Technology
* BSc in Marine Engineering
* BA in Public Policy & Administration
* BA/BSc in Statistic
* BSc in Electrical and Electronic Engineering
* BSc in Phychology
* BA/BSc in Political Science
2. Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam salah satu bidang yang tersebut di atas adalah merupakan satu kelebihan.
4. a. Pemohon Lelaki - ketinggian tidak kurang dari 1.7 meter (5 kaki 6 inci) dan berat badan tidak melebihi 60 kg.
b. Pemohon Wanita - ketinggian tidak kurang dari 1.64 meter (5 kaki 4 inci) dan berat badan tidak melebihi 55 kg.
5. Tidak buta warna;
6. Mestilah lulus ujian kecergasan dan pemeriksaan kesihatan.
KURSUS/LATIHAN
Pemohon-pemohon yang berjaya akan menjalani latihan asas selama sembilan (9) bulan di Pusat Latihan Polis atau di seberang
laut.
TEMPOH PERCUBAAN
Pemohon-pemohon yang berjaya dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama tiga (3) tahun dan akan ditempatkan di
pelbagai cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei sebelum ditetapkan menjadi Penolong Penguasa Polis.
PROSEDUR MENGHADAPKAN PER- MOHONAN
1. Borang-borang permohonan boleh didapati dari Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Ibu Pejabat
Polis Gadong atau di Daerah Polis Panaga, Daerah Polis Tutong atau Daerah Polis Temburong pada waktu-waktu pejabat.
2. Borang-borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan kepada Ketua Latihan, Jabatan Pentadbiran Am dan
Kewangan, Ibu Pejabat Polis Gadong tidak lewat dari hari Sabtu, 22 Mac 2008.
3. Pemohon-pemohon yang berkhidmat di jabatan-jabatan Kerajaan hendaklah menghadapkan permohonan melalui Ketua jabatan
masing-masing.
4. Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :-
Bahagian Latihan.
Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan,
Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei
Gadong BE1710
Negara Brunei Darussalam
Tel : 2459500 sambungan 536/ 179/228/250
KADET INSPEKTOR
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
PASUKAN Polis Diraja Brunei ingin mempelawa Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk berkhidmat dengan Pasukan ini sebagai KADET INSPEKTOR
TANGGAGAJI
* PD9 $ 1,025 + $ 186 (Elaun Catuan)
* Selepas enam bulan $ 1,615 dan elaun-elaun tertentu
KEISTEMEWAAN
Pemegang Ijazah akan diberikan elaun tambahan berikut:-
* jazah Biasa - $ 300
* Ijazah Kepujian (Honours) - $ 500
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
5 of 9
Pelita Brunei - Iklan Jawatan Kosong
1. Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Higher National Diploma (HND) dalam salah satu bidang berikut atau kelulusan
yang bersesuaian dan sebanding dengannya serta diiktiraf oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Kementerian
Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
* HND in Business and Finance (Accounting)
* HND in Business and Management Studies
* HND in Civil Engineering
* HND in Marine Engineering
* HND in Communications and Computer Systems Engineering
* HND in Computing
* HND in Construction Engineering and Management
* HND in Electrical and Electronic Engineering
* HND in Electrical Power and Control Engineering
* HND in Forensic Science
* HND in Information System
* HND in Mechanical Engineering
2. mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam salah satu bidang tersebut di atas merupakan satu kelebihan;
3. Berumur di antara 18 hingga 26 tahun
4. a. Pemohon Lelaki - ketinggian tidak kurang dari 1.7 meter (5 kaki 6 inci) dan berat badan tidak melebihi 60 kg.
b. Pemohon Wanita - ketinggian tidak kurang dari 1.64 meter (5 kaki 4 inci) dan berat badan tidak melebihi 55 kg.
5. Tidak memakai kaca mata dan tidak buta warna.
6. Mestilah lulus pemeriksaan kesihatan dan ujian kecergasan.
SYARAT-SYARAT LANTIKAN
Perkhidmatan Inspektor adalah secara lantikan tetap dan berpencen.
KURSUS/ LATIHAN
Pemohon-pemohon yang berjaya akan menjalani latihan asas selama sembilan (9) bulan di Pusat Latihan Polis atau di seberang
laut.
TEMPOH PERCUBAAN
Pemohon-pemohon yang berjaya dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama tiga (3) tahun dan akan ditempatkan di
pelbagai cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei sebelum ditetapkan menjadi Inspektor.
TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN
1. Borang-borang permohonan boleh didapati dari Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Ibu Pejabat
Polis , Gadong atau di Daerah Polis Panaga, Daerah Polis Tutong atau Daerah Polis Temburong pada waktu-waktu pejabat.
2. Borang-borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan kepada Ketua Latihan, Jabatan Pentadbiran Am dan
Kewangan, Ibu Pejabat Polis Gadong tidak lewat dari hari Sabtu 22 Mac 2008.
3. Pemohon-pemohon yang berkhidmat di jabatan-jabatan Kerajaan hendaklah menghadapkan permohonan melalui Ketua Jabatan
masing-masing.
4. Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
Bahagian Latihan
Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan
Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei,
Gadong BE 1710
Tel: 2459500 sambungan 536/179/228/250
PENGAMBILAN REKRUT LELAKI DAN WANITA
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
PASUKAN Polis Diraja Brunei ingin mempelawa pemohon lelaki dan wanita yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk berkhidmat dengan Pasukan ini
sebagai Mata-Mata. TANGGAGAJI
* PD9 $ 580 + $ 186 (Elaun Catuan)
* Selepas enam bulan $ 625 dan elaun- elaun tertentu seperti berikut:-
* Kurnia Khas - $ 100
* Elaun P - $ 100
* Elaun Khas Polis - $ 200
6 of 9
Pelita Brunei - Iklan Jawatan Kosong
* Elaun Sarahidup - $ 170
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Sekurang-kurangnya memiliki 4 kredit dalam mata pelajaran Sijil Am Peringkat Biasa (GCE 'O' Level) termasuk mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau Sijil Pre-National Diploma di dalam bidang yang bersesuaian atau mana-mana
kelulusan yang sebanding dengannya dan diiktiraf oleh Keajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di dalam bidang yang ber-sesuaian.
2. Mestilah masih bujang
3. a. Pemohon Lelaki - Berumur di antara 18 hingga 28 tahun, ketinggian tidak kurang dari 1.7 meter ( 5 kaki 6 inci) dan berat
badan tidak melebihi 60 kg.
b. Pemohon Wanita - Berumur di antara 18 hingga 25 tahun, ketinggian tidak kurang dari 1.64 meter ( 5 kaki 4 inci) dan berat
badan tidak melebehi 55 kg.
4. Tidak memakai kaca mata dan tidak buta warna;
5. Mestilah lulus pemeriksaan kesihatan dan ujian kecergasan
SYARAT-SYARAT LANTIKAN
Perkhidmatan Mata-Mata adalah secara lantikan tetap dan berpencen.
KURSUS LATIHAN
Pemohon-pemohon yang berjaya akan menjalani latihan asas selama enam (6) bulan di Pusat Latihan Polis.
PENEMPATAN
Setelah menamatkan tempoh latihan, mereka akan ditempatkan di pelbagai cawangan di semua Daerah Polis Diraja Brunei.
TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN
1. Borang-borang permohonan boleh didapati dari Bahagian Pengambilan , Pusat Latihan Polis, Ibu Pejabat Polis, Gadong pada
waktu-waktu pejabat.
2. Borang-borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan ke Bahagian Pengambilan, Pusat Latihan Polis, Ibu
Pejabat Polis Gadong tidak lewat dari hari Sabtu, 22 Mac 2008.
3. Pemohon-pemohon yang berkhidmat di jabatan-jabatan Kerajaan hendaklah menghdapkan permohonan melalui Ketua Jabatan
masing-masing.
4. Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pengambilan, Pusat Latihan Polis Gadong, di talian
2459500 sambungan 356
JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA,
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
PENCALONAN BAGI MENGISIKAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG SEBAGAI KETUA-KETUA KAMPONG DI
DAERAH BRUNEI DAN MUARA
JABATAN Daerah Brunei dan Muara dengan sukacitanya mempelawa / menjemput penduduk-penduduk Kampong-Kampong
berkenaan bagi menghadapkan pencalonan untuk mengisikan kekosongan Jawatan Ketua-ketua Kampong di Jabatan Daerah
Brunei dan Muara, Kemenerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam seperti berikut :-
1. Ketua Kampong Saba Darat 'A', Mukim Saba
2. Ketua Kampong Masjid Lama/ Pekan Muara/ Sabun dan Pelumpong, Mukim Serasa.
3. Ketua Kampong Kawasan 3, Rancangan Perumahan Negara Kg. Rimba, Mukim Gadong.
4. Ketua Kampong Manggis 1 & 2 Berakas 'B''
5. Ketua Kampong Kawasan 2, Rancangan Perumahan Negara, Kampong Mentiri, Mukim Mentiri.
Tanggagaji : C1-EB2 iaitu $ 1,280.00 - $ 1,930.00
KELAYAKAN CALON KETUA KAMPONG
1. Calon hendaklah :-
a) Seorang lelaki terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam.
b) Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Pelajaran di Peringkat Tingkatan III atau kelulusan yang sebanding dengannya.
c) Bermastautin di Kampung yang berkenaan tidak kurang dua (2) tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya. Bermastautin
adalah bermaksud bahawa calon Ketua Kampong hendaklah benar-benar tinggal di Kampong yang berkenaan dalam tempoh yang
dikehendaki di mana calon itu mempu-nyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
7 of 9
Pelita Brunei - Iklan Jawatan Kosong
d) Berumur tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 60 tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya.
e) Tidak menjadi Ahli atau tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan
boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan negara.
f) Mempunyai pengetahuan yang baik dalam ugama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan
oleh Masyarakat Kampung bekenaan.
g) Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut
amalan kehidupan orang-orang Brunei serta bersikap pemedulian.
h) Tidak pernah diisyitarkan muflis di bawah Undang-undang yang di-kuatkuasakan di negara ini dalam tempoh (2) tahun
sebelum pencalonanya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengistiharan muflis telah dibatalakan oleh
Mahkamah.
2. Calon yang terdiri daripada pegawai Kerajaan jika dilantik sebagai Ketua kampong hendaklah terlebih dahulu menamatkan
perkhidmatannya sebagai Pegawai Kerajaan.
3. Calon yang terdiri daripada Ahli Perniagaan atau Pengusahan apabila dilantik menjadi Ketua Kampong boleh menguruskan
per-niagaan atau perusahaannya menurut Syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
4. Pencadang dan Penyokong-penyokong bagi seorang Calon Ketua Kampong hendaklah terdiri daripada Warganegara atau
Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam dan tinggal bermastautin di Kampong yang berkenaan. Calon Pencadang dan
penyokong-penyokong hendaklah menandatangani Borang Pencalonan. Borang Penc alonan berkenaan hendaklah dilengkapkan
sepenuhnya sebelum dihadapkan ke Unit Pentadbiran, Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampong, Jabatan Daerah
Brunei dan Muara.
5. Bagi Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat di Jabatan masing-ma-sing ataupun dari pihak-pihak swasta
hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dari ketua Jabatan masing-masing dan mengahdapkan surat kebenaran
itu bersama semasa menghadapkan borang pencalonan.
6. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada (Syarat-syarat lantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampong) seperti yang terkandung
dalam buku Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampong Negara Brunei Darussalam 1998.
TATACARA MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN
Keterangan lanjut dan borang pencalonan bolehlah diperolehi dan dikembalikan ke amalat seperti berikut:-
Unit Pentadbiran,
Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampong,
Jabatan Daerah Brunei dan Muara,
Negara Brunei Darussalam.
Tarikh tutup mengembalikan borang pencalonan adalah pada hari Sabtu, 15 Mac 2008 jam 4.00 petang.
JABATAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ANTARABANGSA
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN
JAWATAN KOSONG DI URUSETIA KOMANWEL LONDON
JOB TITLE : HEAD, CRIMINAL LAW SECTION
DIVISION : : LEGAL AND CONSTITUTIONAL AFFAIRS DIVISION.
CLOSING DATE : 14 Mac 2008
JOB SUMMARY :
* The Head of the Criminal Law Section is responsible to manage the Criminal Law Section and to direct and oversee the design
and delivery of programs of assistance and training for member countries to enhance criminal law systems and international
cooperation and to deliver on the mandates seb by Heads of Government and Law Ministers. The Head of Section also provides
legal and policy advice to member countries and represents the Commonwealth Secretariat in relevant for a.
ESSENTIAL SPECIFICATION :
Education and Experience:-
* Good honours degree in law and admission to practice as a barrister of solicitor in a Commonwealth country for at least 10
years.
* Post-graduate degree in Criminal Law or related field.
* Minimum of 8 years experience in international cooperation in criminal matters.
* Sound knowledge of:
- Modern Criminal justice issues;
8 of 9
Pelita Brunei - Iklan Jawatan Kosong
- Criminal law principles and proce- dures;
- Major developments and initiatives in international criminal law;
- The law and practice of international legal cooperation.
* Minimum of 5 years managing staff and projects.
* Extensive criminal law experience Including criminal prosecution or prosecution related functions.
* Previously have worked with public international law with specific reference to the law treaties.
* Experience in providing professional training and development.
Syarat-syarat :
1. Rakyat, Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam.
Perhatian :
1. Calon-calon yang berminat dikehendaki menghantar terus butir-butir peribadi (Curriculum Vitae) dengan disertakan bersama
satu "covering letter" di dalam Bahasa Inggeris yang antara lain mengandungi maklumat mengenai pengalaman dan kemahiran
yang berkaitan dengan jawatan yang dipohonkan kepada Mrs. Priam Samud, Human Resources Section, Commonwealth
Secretariat, Marlborough House, Pall Mall, London SW1Y 5HX, United Kingdom, Tel: + 44 020 7747 6500; Fax : + 44 020 7747
6520; e-mail : HQ-Recruitment@commonwealth.int;
2. Calon-calon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai jawatan kosong yang ditawarkan di laman web :
www.thecommonwealth.org; dan;
3. Hanya calon-calon yang telah disenaraipendekkan akan dipanggil untuk ditemuduga dan sekiranya tiada sebarang jawapan
dalam masa tiga bulan dari tarikh tutup permohonan, maka calon dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi:
Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa,
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan,
Pusat Persidangan Antarabangsa,
Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan BB3910
Negara Brunei Darussalam.
No. Telefon : 2383374 sambungan 1831, 1836
Nombor Faks : 2383167.
Dikemaskini 5 Mac 2008 (Rabu)
9 of 9
Related docs
Get documents about "