LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (Kementerian Perusahaan

Document Sample
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (Kementerian Perusahaan Powered By Docstoc
					                                    LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
                                   (Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi)

                                                       IKLAN JAWATAN KOSONG

      Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
      tarikh lantikan untuk mengisi kekosoangan jawatan tetap berikut di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB):-

BIL     JAWATAN/SKIM             GRED         KUMPULAN                   KLASIFIKASI                    JADUAL GAJI MATRIK
        PERKHIDMATAN                        PERKHIDMATAN               PERKHIDMATAN
 1     PEGAWAI TADBIR           N41        PENGURUSAN                  PERKHIDMATAN             P1T1 RM1690.28 - P1T27 RM4640.28
       (1 kekosongan)                      DAN                         PENTADBIRAN              P2T1 RM1784.90 - P2T27 RM4918.55
                                           PROFESIONAL                 DAN SOKONGAN             P3T1 RM1883.70 - P3T27 RM5220.62

2.     PENOLONG                 F29        SOKONGAN                    TEKNOLOGI                P1T1 RM1544.86 – P1T21 RM3034.66
       PEGAWAI                                                         MAKLUMAT                 P2T1 RM1615.95 – P2T21 RM3237.37
       TEKNOLOGI                                                                                P3T1 RM1690.06 – P3T21 RM3415.79
       MAKLUMAT

      CATATAN :       INSENTIF LAIN                -      ELAUN KHIDMAT AWAM
                                                          IMBUHAN TETAP PERUMAHAN
                                                          ELAUN BANTUAN SARA HIDUP


              1.      PEGAWAI TADBIR GRED N41

              (a)     (i)      Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
                               tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau

                      (ii)     Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
                               tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
                               (Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3); atau

                      (iii)    Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
                               pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
                               (Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T4);

                      dan

              (b)     Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
                      Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

                      serta

              (d)     Fasih bertutur dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris.




                                                                   1
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 dan Pembantu Tadbir
(Kesetiausahaan) Gred N32 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan
pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan

        (i)     memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) di atas; atau

        (ii)    lulus Peperiksaan Khas; dan

        (iii)   berumur kurang 54 tahun pada tarikh lantikan.

TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan
berkenaan yang sedang berkuatkausa serta pindaan yang dibuat dari masa ke semasa.


2.      PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29

(a)     SYARAT LANTIKAN

        (i)     Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan
                daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
                dengannya.
                (Gaji Permulaan ialah pada Gred F29:P1T1); dan

        (ii)    Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
                institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
                (Gaji permulaan ialah pada Gred F29:P1T2);

        (iii)   Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
                Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


(b)     SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

        Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak dipertimbang oleh Pihak
        Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai
        Teknologi Maklumat Gred F29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
        perkhidmatan dan:-

        (i)     mempunyai kelayakan seperti di perenggan 2(a)
        (ii)    berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan


TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah tertakluk kepada
syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari
semasa ke semasa.




                                                    2
         KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN DAN ELAUN-ELAUN

         Pegawai yang dilantik adalah layak menerima berbagai kemudahan dan elaun yang sedang berkuatkuasa di dalam
         Perkhidmatan Awam.


         SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

         1.        Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati di
                   Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia atau menghantar satu sampul surat beralamat sendiri berukuran 25
                   sm x 20 sm beserta setem RM0.50 atau secara memuat turun (”download”) melalui laman web
                   http:://www.mtib.gov.my . Penyataan skim perkhidmatan dan syarat-syarat lain untuk permohonan
                   jawatan berkenaan boleh didapati melalui laman web yang sama. Borang permohonan mestilah diisikan
                   dengan lengkap. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat dan hendaklah dihantar
                   kepada:

                   LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
                   Tingkat 13-17, Menara PGRM
                   No. 8, Jalan Pudu Ulu
                   P.O. Box 10887
                   50728 Kuala Lumpur
                   (u.p. Unit Pengurusan Sumber Manusia)
                   No. Telefon : 03-92822235

                         TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 5 MEI 2009 (SELASA)

         2.        Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun
                   atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-peraturan
                   Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan hendaklah
                   disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemas kini serta Laporan Nilaian
                   Prestasi Tahunan terkini;

                   (i)       Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

         3.        Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan
                   adalah dianggap tidak berjaya.




C:\iklan_jawatan_kosong_n41_f29




                                                              3