JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR by klutzfu62

VIEWS: 0 PAGES: 12

									                                         8




                            JAWATAN KOSONG


                MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Rakyat negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah
menduduki negeri Johor tidak kurang 3 (tiga) tahun berturut-turut dan berumur
tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon
jawatan-jawatan sebagaimana berikut ;-

1.     SKIM PERKHIDMATAN       : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
                                 SISWAZAH (GURU TAHFIZ)
       KLASIFIKASI             : Perkhidmatan Pendidikan
       KUMPULAN                : Pengurusan dan Professional
       PERKHIDMATAN
       TARAF JAWATAN           : Kontrak
       GRED GAJI               : DG41
       JADUAL GAJI             : P1T1 : RM1,695.85 – P1T27 : RM4,645.85
                                 P2T1 : RM1,790.47 – P2T27 : RM4,924.12
                                 P3T1 : RM1,889.27 – P3T27 : RM5,226.19
       IMBUHAN TETAP           : RM300.00 sebulan
       KHIDMAT AWAM
       IMBUHAN TETAP           : RM250.00 sebulan
       PERUMAHAN



SYARAT LANTIKAN :

1.1.   Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;-

       (a)       ijazah Sarjana Muda dalam bidang Al-Quran dan Qiraat yang
                 diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
                 tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang
                 diiktiraf setaraf dengannya ;

DAN (b)          kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
                 peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
                 setaraf dengannya oleh kerajaan.



                                         1
2.     SKIM PERKHIDMATAN                 : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
                                           SISWAZAH
       KLASIFIKASI                       : Perkhidmatan Pendidikan
       KUMPULAN PERKHIDMATAN             : Pengurusan dan Professional
       TARAF JAWATAN                     : Kontrak
       GRED GAJI                         : DG41
       JADUAL GAJI                       : P1T1 : RM1,695.85 – P1T27 : RM4,645.85
                                           P2T1 : RM1,790.47 – P2T27 : RM4,924.12
                                           P3T1 : RM1,889.27 – P3T27 : RM5,226.19
       IMBUHAN TETAP KHIDMAT             : RM300.00 sebulan
       AWAM
       IMBUHAN TETAP PERUMAHAN           : RM250.00 sebulan
       LOKASI                            : Maahad Pontian dan Sekolah Menengah
                                           Agama Parit Raja, Batu Pahat


SYARAT LANTIKAN :

2.1.   Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;-

       (a)     (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
                   institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
                   Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ;
                   atau

               (ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang
                    diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
                    tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang
                    diiktiraf setaraf dengannya ;

                   (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : P1T4); atau

              (iii) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
                    daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta
                    Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
                    dengannya (gaji permulaan ialah pada gred DG41 : P1T10,
                    bagi ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi Ahli Penuh
                    Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan :
                    P1T11 dan Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (P1T12) ;


DAN (b)      kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
             Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
             oleh kerajaan.



                                            2
3.     SKIM PERKHIDMATAN              : PENOLONG AKAUNTAN
       KLASIFIKASI                    : Perkhidmatan dan Kewangan
       KUMPULAN PERKHIDMATAN          : Sokongan
       TARAF JAWATAN                  : Kontrak
       GRED GAJI                      : W27
       JADUAL GAJI                    : P1T1 : RM1,209.09 – P1T26 : RM3,031.64
                                        P2T1 : RM1,209.09 – P2T26 : RM3,031.64
                                        P3T1 : RM1,351.27 – P3T26 : RM3,409.80
       IMBUHAN TETAP KHIDMAT          : RM160.00 sebulan
       AWAM
       IMBUHAN TETAP PERUMAHAN        : RM180.00 sebulan
       LOKASI                         : Bahagian Kewangan (Ibu Pejabat)
       BANTUAN SARA HIDUP             : RM300.00 sebulan



SYARAT LANTIKAN :


3.1.   Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;-

       (a) diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank
           atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
           institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
           diiktiraf setaraf dengannya.
           (Gaji permulaan ialah pada gred W27 P1T5) ;

       (b) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United
           Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau
           kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
           (Gaji permulaan ialah pada gred W27 P1T8) ; ATAU


DAN (b)    Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
           Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
           oleh kerajaan.




                                         3
4.      SKIM PERKHIDMATAN               : PENOLONG PEGAWAI PENAKSIR
                                          (lelaki sahaja)
        KLASIFIKASI                     : Perkhidmatan dan Kewangan
        KUMPULAN PERKHIDMATAN           : Sokongan
        TARAF JAWATAN                   : Kontrak
        GRED GAJI                       : W27
        JADUAL GAJI                     : P1T1 : RM1,209.09 – P1T26 : RM3,031.64
                                          P2T1 : RM1,209.09 – P2T26 : RM3,031.64
                                          P3T1 : RM1,351.27 – P3T26 : RM3,409.80
        IMBUHAN TETAP KHIDMAT           : RM160.00 sebulan
        AWAM
        IMBUHAN TETAP PERUMAHAN         : RM180.00 sebulan
        LOKASI                          : Majlis Agama Islam Daerah Ledang
        BANTUAN SARA HIDUP              : RM200.00




SYARAT LANTIKAN :


4.1.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;-

       (a) Diploma Pentadbiran Awam dari Institut Teknologi MARA atau
           kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
            (Gaji permulaan ialah pada gred W27 P1T5) ;

DAN (b)     Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil
            Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
            oleh kerajaan.


     4.2. (i) Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki Diploma Perakaunan.

        (ii) Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai Sijil Darjah Khas
             Sekolah Agama Kerajaan Johor atau lulus Darjah Enam.




                                          4
5.     SKIM PERKHIDMATAN               : PEMBANTU AKAUNTAN
       KLASIFIKASI                     : Perkhidmatan Kewangan
       KUMPULAN PERKHIDMATAN           : Sokongan
       TARAF JAWATAN                   : Kontrak
       GRED GAJI                       : W17
       JADUAL GAJI                     : P1T1 : RM821.89 – P1T24 : RM2,152.86
                                         P2T1 : RM873.32 – P2T24 : RM2,274.00
                                         P3T1 : RM926.26 – P3T24 : RM2,399.46
       IMBUHAN TETAP KHIDMAT           : RM115.00 sebulan
       AWAM
       IMBUHAN TETAP PERUMAHAN         : RM180.00 sebulan
       LOKASI                          : Majlis Agama Islam Daerah Ledang
       BANTUAN SARA HIDUP              : RM200.00



SYARAT LANTIKAN :


5.1.   Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;-

       (a)     (i) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia
                   peringkat pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang
                   diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; atau

              (ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia
                   peringkat tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf
                   setaraf dengannya oleh kerajaan ; atau

              (iii) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan
                    kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan di politeknik-politeknik
                    tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ;

DAN (b)      Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
             pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
             setaraf dengannya oleh Kerajaan.


5.2.   Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Sijil Darjah Khas
       Sekolah Agama Kerajaan Johor @ lulus Darjah Enam.




                                         5
6.       SKIM PERKHIDMATAN              : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM
                                          (lelaki sahaja)
         KLASIFIKASI                    : Perkhidmatan Sosial
         KUMPULAN PERKHIDMATAN          : Sokongan
         TARAF JAWATAN                  : Kontrak
         GRED GAJI                      : S17
         JADUAL GAJI                    : P1T1 : RM820.38   – P1T24 : RM2,151.35
                                          P2T1 : RM871.81   – P2T24 : RM2,272.50
                                          P3T1 : RM924.75   – P3T24 : RM2,397.95
         IMBUHAN TETAP KHIDMAT          : RM115.00 sebulan
         AWAM
         IMBUHAN TETAP PERUMAHAN        : RM180.00 sebulan



Bidang Tugas :

       (A) Pembantu Hal Ehwal Islam
        (i) Mengurus dan membuat siasatan permohonan bantuan sarahidup,
            pelajaran, perubatan dan lain-lain ;
       (ii) Mengurus dan merekod tanah-tanah wakaf dan baitulmal serta lain-
            lain yang berkaitan ;
       (iii) Lain-lain tugas yang diarah dari masa ke semasa.


SYARAT LANTIKAN :


6.1.     Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;-

        (a)     (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
                    dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam matapelajaran
                    Agama Islam dan Lulus Bahasa Arab; atau

               (ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada Sekolah Agama
                    Bantuan Penuh Kerajaan.

DAN (b)       Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
              pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
              setaraf dengannya oleh Kerajaan.




                                          6
7.     SKIM PERKHIDMATAN           : PEMBANTU MAKMAL
                                     (lelaki sahaja)
       KLASIFIKASI                 : Perkhidmatan Sains
       KUMPULAN                    : Sokongan
       PERKHIDMATAN
       TARAF JAWATAN               : Kontrak
       GRED GAJI                   : C17
       JADUAL GAJI                 : P1T1 : RM820.38   – P1T24 : RM2,151.35
                                     P2T1 : RM871.81   – P2T24 : RM2,272.50
                                     P3T1 : RM924.75   – P3T24 : RM2,397.95
       IMBUHAN TETAP KHIDMAT       : RM115.00 sebulan
       AWAM
       IMBUHAN TETAP               : RM180.00 sebulan
       PERUMAHAN
       LOKASI                      : Maahad Pontian
       BANTUAN SARA HIDUP          : RM100.00



SYARAT LANTIKAN :


7.1.   Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;-

       (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
           dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam matapelajaran
           matematik atau salah satu daripada matapelajaran sains pada
           peringkat peperiksaan tersebut ;

DAN (b)    Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan)
           pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau keluluskan yang diiktiraf
           setaraf dengannya oleh kerajaan.


7.2.   Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Sijil Darjah Khas
       Sekolah Agama Kerajaan Johor @ lulus Darjah Enam.




                                        7
8.     SKIM PERKHIDMATAN         : PENYELIA ASRAMA (perempuan sahaja)
       KLASIFIKASI               : Perkhidmatan Pentadbiran
       KUMPULAN                  : Sokongan
       PERKHIDMATAN
       TARAF JAWATAN             : Kontrak
       GRED GAJI                 : N17
       JADUAL GAJI               : P1T1 : RM820.38   – P1T24 : RM2,151.35
                                   P2T1 : RM871.81   – P2T24 : RM2,272.50
                                   P3T1 : RM924.75   – P3T24 : RM2,397.95
       IMBUHAN TETAP             : RM80.00
       KHIDMAT AWAM
       IMBUHAN TETAP             : RM180.00
       PERUMAHAN
       LOKASI                    : Maahad Pontian
       BANTUAN SARA HIDUP        : RM100.00



SYARAT LANTIKAN :


8.1.   Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;-

       (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
           oleh kerajaan.

DAN (b)     Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
            pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
            setaraf dengannya oleh Kerajaan.




                                         8
9.              Cara-cara Memohon :

1)            Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN
              (ASAL) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR yang boleh didapati di
              Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok `B’, Pusat Islam
              iskandar Johor, Johor Bahru atau Pejabat-pejabat Agama Daerah @ melalui
              laman web : www.maij.gov.my

2)            Permohonan borang jawatan kosong melalui pos hendaklah dicatitkan
              dengan perkataan ‘MEMOHON BORANG PERMOHONAN JAWATAN MAJLIS
              AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR’ dan disertakan sekali satu sampul surat
              berukuran 22cm x 12cm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen.

3)            (a) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan
                  dokumen-dokumen berikut ;-
                  (i)   Gambar berukuran pasport ;
                  (ii) Salinan sijil Kelahiran pemohon ;
                  (iii) Salinan Kad Pengenalan ;
                  (iv) Salinan Sijil Keputusan SPM, Diploma, Ijazah dan transkripnya ;
                  (v) Dan lain-lain sijil yang berkaitan.

              (b) Semua salinan sijil dan dokumen hendaklah dicop “DIAKUI SALINAN
                  SAH” dengan dakwat berwarna biru serta ditandatangani oleh
                  pegawai kumpulan Pengurusan Profesional @ yang setaraf
                  dengannya.

4)            Sila catit nama jawatan yang dipohon dan tarikh iklan ditutup di penjuru kiri
              atas setiap sampul surat.

5)            Borang permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

6)            Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah
              mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan
              Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi disertakan
              bersama.
                PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA ;
                                       Setiausaha
                                       Majlis Agama Islam Negeri Johor
                                       Pusat Islam Iskandar Johor
                                       Tingkat 5, Blok `B’
                                       Jalan Masjid Abu Bakar
                                       8000 Johor Bahru

                Sebelum atau pada : 26.03.2009

                CATITAN :
                (i)             Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
                (ii)            Satu borang untuk satu jawatan.

(MAIJ)1/45 Jld.
SUMAIJ/Ma/nhm…/Iklan(Mac 09)-


                                                              9
                                            8




                               JAWATAN KOSONG


                   MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Rakyat negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah
menduduki negeri Johor tidak kurang 3 (tiga) tahun berturut-turut dan berumur
tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon
jawatan-jawatan sebagaimana berikut ;-

1.       SKIM PERKHIDMATAN        : PEMBANTU AM PEJABAT
         KLASIFIKASI              : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
         KUMPULAN                 : Sokongan
         PERKHIDMATAN
         TARAF JAWATAN            : Tetap
         GRED GAJI                : N1
         JADUAL GAJI              : P1T1 : RM649.15 – P1T22 : RM1,506.79
                                    P2T1 : RM691.62 – P2T22 : RM1,583.49
                                    P3T1 : RM735.72 – P3T22 : RM1,661.82

         IMBUHAN TETAP            : RM95.00 (sebulan)
         KHIDMAT AWAM
         IMBUHAN TETAP            : RM180.00 (sebulan)
         PERUMAHAN
         BANTUAN SARA HIDUP       : RM300.00 sebulan
         LOKASI                   : Bahagian Pentadbiran (Ibu Pejabat)

SYARAT LANTIKAN :

1.1.     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;-

     (a) (i)   Berpelajaran di peringkat Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan
               dan berkebolehan bertutur, menulis serta membaca dalam Bahasa
               Malaysia dengan memuaskan.

               (Gaji permulaan ialah pada Gred N1 : P1T2)




                                            10
2.              Cara-cara Memohon :

1)            Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN
              (ASAL) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR yang boleh didapati di
              Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok `B’, Pusat Islam
              iskandar Johor, Johor Bahru atau Pejabat-pejabat Agama Daerah @ melalui
              laman web : www.maij.gov.my

2)            Permohonan borang jawatan kosong melalui pos hendaklah dicatitkan
              dengan perkataan ‘MEMOHON BORANG PERMOHONAN JAWATAN MAJLIS
              AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR’ dan disertakan sekali satu sampul surat
              berukuran 22cm x 12cm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen.

3)            (a) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan
                  dokumen-dokumen berikut ;-
                  (vi) Gambar berukuran pasport ;
                  (vii) Salinan sijil Kelahiran pemohon ;
                  (viii) Salinan Kad Pengenalan ;
                  (ix) Salinan Sijil Keputusan SRP @ PMR ;
                  (x) Dan lain-lain sijil yang berkaitan.

              (b) Semua salinan sijil dan dokumen hendaklah dicop “DIAKUI SALINAN
                  SAH” dengan dakwat berwarna biru serta ditandatangani oleh
                  pegawai kumpulan Pengurusan Profesional @ yang setaraf
                  dengannya.

4)            Sila catit nama jawatan yang dipohon dan tarikh iklan ditutup di penjuru kiri
              atas setiap sampul surat.

5)            Borang permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

6)            Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah
              mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan
              Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi disertakan
              bersama.
                PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA ;
                                       Setiausaha
                                       Majlis Agama Islam Negeri Johor
                                       Pusat Islam Iskandar Johor
                                       Tingkat 5, Blok `B’
                                       Jalan Masjid Abu Bakar
                                       8000 Johor Bahru

                Sebelum atau pada : 26.03.2009

                CATITAN :
                (iii)           Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
                (iv)            Satu borang untuk satu jawatan.

(MAIJ)1/45 Jld.
SUMAIJ/Ma/nhm…/Iklan(Mac 09)-




                                                             11
12

								
To top