Perkaitan di antara Pengambilan Kalsium dan Faktor-faktor Gaya by klutzfu58

VIEWS: 207 PAGES: 19

									Mal J Nutr 6: 75-95, 2000



Perkaitan di antara Pengambilan Kalsium dan Faktor-faktor Gaya Hidup
dengan Status Kesihatan Tulang di Kalangan Wanita Selepas Menopaus
(Relationship of Calcium Intake and Lifestyle Factors to Bone Health Status
among Postmenopausal Women)

Foo Leng Huat dan Zaitun Yassin

Department of Nutrition and Health Science, Faculty of Medicine and Health Sciences,
Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor.


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan di antara pengambilan kalsium dan faktor-faktor
gaya hidup dengan status kesihatan tulang di kalangan 56 wanita selepas menopause di Kelab
Warga Tua Evergreen, Petaling Jaya. Teknik pensampelan bertujuan digunakan untuk pemilihan
sample kajian. Kepadatan mineral tulang (KMT) di bahagian femur proksimal dan lumbar L2-L4
diukur melalui kaedah Dual Energy X-ray Absorptionmetry (DEXA) di klinik KVOTC, Subang
Jaya. Sesi temubual dijalankan berpandukan borang soal selidik dan diikuti dengan pengukuran
antropometri. Hasil kajian menunjukkan min umur responden ialah 64.0 tahun. Min berat badan
dan ketinggian responden ialah masing-masing 53.7kg dan 1.55meter. Secara keseluruhannya,
min indeks jisim tubuh (IJT) di kalangan responden adalah memuaskan (22.4 kg/m²) dengan
hanya 17.9% dikategorikan sebagai berlebihan berat badan (>25 kg/m²). Min pengambilan
kalsium keseluruhan ialah 807.31 mg dan kira-kira 76.2% disumbangkan daripada pengambilan
makanan. Kebanyakan responden (83.9%) dapat memenuhi saranan pengambilan kalsium
mengikut RDA untuk Malaysia. Min KMT pada bahagian lumbar, leher, wards dan trokanter
ialah 0.983 ± 0.178 g/cm², 0.745 ± 0.126 g/cm², 0.604 ± 0.150 g/cm² dan 0.674 ± 0.127 g/cm²
masing-masing. Kira-kira 32.1% responden dikategorikan osteoporosis pada bahagian wards,
manakala 10.7% masing-masing diklasifikasikan osteoporosis pada bahagian lumbar L2-L4 dan
leher femur. Hampir separuh responden mengalami jisim tulang rendah pada leher (53.6%) dan
wards (50.0%), dan di bahagian femur proksimal dan bahagian lumbar L2-L4 (53.6%). Ujian
pekali Pearson menunjukkan korelasi negatif yang signifikan di antara umur dengan KMT pada
bahagian leher (r = -0.419, p<0.01) dan wards (r = -0.356, p<0.01). Bagi IJT, terdapat perkaitan
positif yang signifikan dengan KMT pada bahagian leher (r = 0.299, p<0.05) dan trokanter (r =
0.297, p<0.05). Selain itu, kekuatan genggaman tangan kanan meningkat secara signifikan
dengan KMT pada bahagian leher (r = 0.498, p<0.001), wards (r = 0.394, p<0.01) dan trokanter
(r = 0.369, p<0.01), sementara KMT pada bahagian leher (r = 0.291, p<0.05) sahaja
menunjukkan perkaitan yang signifikan dengan kekuatan genggaman tangan kiri. Terdapat
perkaitan negatif yang signifikan di antara jangkamasa selepas menopaus dengan KMT pada
bahagian leher (r = -0.419, p<0.01) dan wards (r = -0.363, p<0.01). Pengambilan suplemen
kalsium mempunyai perkaitan positif yang signifikan dengan KMT pada bahagian lumbar (r =
0.302, p<0.05). Secara keseluruhannya, jumlah pengambilan kalsium meningkat secara
signifikan dengan KMT pada bahagian trokanter (0.265, p<0.05), wards (r = 0.296, p<0.05) dan
lumbar (r = 0.338, p<0.05). Bagi aktiviti fizikal pula, jangkamasa melakukan aktiviti fizikal
dalam seminggu meningkat secara signifikan dengan KMT pada semua bahagian femur iaitu
wards (r = 0.277, p<0.05), leher (r = 0.315, p<0.05) dan trokanter (r = 0.878, p<0.05) dan
                               Foo Leng Huat dan Zaitun Yasin



bahagian lumbar (r = 0.531, p<0.05). Walau bagaimanapun, tiada perkaitan yang signifikan di
antara jumlah kafeina yang diambil sehari dengan KMT. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
peningkatan pengambilan kalsium dan aktiviti fizikal adalah penting untuk memperbaiki dan
memelihara jisim tulang di kalangan wanita selepas menopause. Oleh itu, program-program
pendidikan kesihatan dan pemakanan yang sesuai dapat dirangka untuk mencegah penyakit
osteoporosis bagi mereka yang berisiko tinggi.


ABSTRACT

This study aims to determine the relationship between calcium intake and lifestyle factors with
bone health status among 56 postmenopausal women in the Evergreen Senior Citizens Club,
Petaling Jaya. Purposive sampling technique was used for sample selection. Bone mineral
density (BMD) of the femur proximal and lumbar L2-L4 was measured based on the Dual
Energy X-ray Absorptionmetry (DEXA) technique at KVOTC Clinic, Subang Jaya. The
interview sessions were conducted using a questionnaire followed by anthropometric
measurements. The results revealed that the average age of the respondents was 64.0 years old.
The average weight and height of the respondents were 53.68 kg and 1.55 meters, respectively.
Overall, the average body mass index (BMI) of the respondents was quite satisfactory (22.4
kg/m²) with only 17.9% of them categorized as overweight (>25 kg/m²). The average total
calcium intake was 807.31 mg and about 76.2% was contributed by food intake. About 83.9% of
the respondents met the recommended calcium intake according to the Malaysian RDA. The
average BMD of the lumbar, neck, wards and trochanter was 9.983 ± 0.178 g/cm², 0.745 ± 0.126
g/cm², 0.604 ± 0.150 g/cm² and 0.674 ± 0.127 g/cm², respectively. About 32.1% of the
respondents were categorized as osteoporotic at the femoral wards, while 10.7% respectively was
at the lumbar L2-L4 and femoral neck. Half of the respondents had osteopenia at the femoral
neck (53.6%) and wards (50.0%) and at the lumbar L2-L4 (53.6%). Pearson correlation test
showed significant negative correlations between age and BMD in the neck (r = -0.419, p<0.01)
and wards (r=-0.356, p<0.01). For the BMI, there were positive significant correlations with
BMD in the neck (r = 0.299, p<0.05) and trochanter (r = 0.297, p<0.05). Besides, the right hand
grip strength increased significantly with BMD in the neck (r = 0.0498, p<0.001), wards
(r=0.394, p<0.01) and trochanter (r=0.369, p<0.01), whereas only BMD in the neck (r=0.291,
p<0.05) was correlated significantly with the left hand grip strength. There was significant
negative correlation between age after menopause with BMD in the neck (r=-0.419, p<0.01) and
wards (r=-0.363, p<0.01). Intake of calcium supplement was positively correlated with BMD in
the lumbar L2-L4 (r=0.302, p<0.05). Overall, total calcium intake increased significantly with
BMD in the lumbar (r=0.338, p<0.05), wards (r=0.277, p<0.05), neck (r=0.315, p<0.05) and
trochanter (r=0.878, p<0.05) and lumbar (r=0.531, p<0.05). For physical activity, the time spent
in physical activity in a week was positively correlated with BMD in wards (r=0.277, p<0.05),
neck (r=0.315, p<0.05) and lumbar (r=0.531, p<0.05). However, there was no significant
relationship between amount of caffeine intake a day and BMD. Results of the study reveal that
increasing the intake of calcium and physical activity are vital for improving and maintaining
bone mass among postmenopausal women. Therefore, appropriate health and nutrition education
programmes for the prevention of osteoporosis should be formulated for those at high risk.
               Perkaitan Pengambilan Kalsium dengan Status Kesihatan Tulang



PENDAHULUAN

Kekuatan tulang berhubungkait rapat dengan jisim tulang atau kepadatan mineral tulang (KMT).
Kepadatan mineral tulang adalah hasil daripada pencapaian jisim tulang puncak semasa proses
pertumbuhan pada umur 20 hingga 30 tahun (Riggs dan Melton, 1986). Tambahan pula,
pencapaian jisim tulang puncak adalah terhasil daripada interaksi di antara factor endogen
(keturunan dan endokrin) dan factor eksogen (pemakanan dan akiviti fizikal) (Matkovic et al.,
1994). Selain itu, pencapaian jisim tulang puncak adalah penting kerana ia menentukan kekuatan
jisim tulang pada peringkat tua dan tahap kerentanan terhadap kepatahan (Hui, Slemenda &
Johston, 1988).

Osteoporosis atau tulang poros merupakan sejenis penyakit sistemik skeletal yang bercirikan
jisim tulang rendah dan kekurangan struktur pada tisu tulang. Keadaan ini akan meningkatkan
risiko keretakan pada bahagian tulang pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan
(Consensus Conference on Osteoporosis, 1984). Dijangkakan bilangan insiden kepatahan akibat
osteoporosis akan meningkat secara mendadak menjelang 50 tahun yang akan datang. Bilangan
kepatahan tulang pinggul di seluruh dunia dijangkakan meningkat dari 1.7 juta pada tahun 1990
kepada 6.3 juta pada tahun 2050 dan kos terhadap kepatahan tulang pinggul di seluruh dunia
dijangkakan akan mencapai US$131.5 bilion pada tahun 2050 (Johnell, 1997). Ini adalah
berpunca daripada pertumbuhan populasi dan jangkaan hayat penduduk yang semakin
bertambah. Tambahan pula, peratus golongan warga tua yang berisiko tinggi juga mencatatkan
peningkatan yang mendadak (Barrett-Connor, 1995). Dijangkakan seramai 20 juta wanita yang
berumur 45 tahun dan ke atas menghidap penyakit osteoporosis, di mana 80% tidak sedar
bahawa mereka mengidap penyakit tersebut (Meisler, 1998).

Golongan warga tua merupakan golongan berisiko tinggi terhadap penyakit osteoporosis (Yano
et al., 1985). Masakini, osteoporosis telah muncul sebagai masalah kesihatan awam yang utama
di negara-negara maju (Hegsted, 1986) dan negara sedang membangun termasuk Malaysia (Lee,
1999). Tambahan pula, kos penjagaan pesakit boleh meningkat sejumlah US$6 billion secara
tahunan di Amerika Syarikat (Holbrook, Barett-Connor & Wingard, 1988) dan kos bagi
penjagaan akut yang berkaitan dengan kepatahan akibat kejatuhan dijangka sebanyak US$10
billion (Sattin, 1992). Sungguhpun tiada data yang berkaitan dengan kejadian osteoporosis di
Malaysia, tetapi data insidens kepatahan tulang pinggul telah menunjukkan peningkatan dari
0.49 pada tahun 1981 dan 0.7 pada tahun 1989 (Lee, Sidhu & Pan, 1993) kepada 0.9 bagi setiap
seribu orang pada tahun 1996 dan 1997 masing-masing di Malaysia (Lee, 1999)

Kemajuan dan pembangunan sosio-ekonomi yang pesat di Malaysia sejak beberapa tahun
kebelakangan ini telah membawa banyak perubahan yang mendadak terhadap amalan gaya
hidup, pola penyakit dan status kesihatan. Kemajuan sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan
yang sempurna serta pengamatan amalan gaya hidup yang teratur dan sihat telah meningkatkan
jangka hayat lelaki dan perempuan daripada umur 61.4 dan 64.7 pada tahun 1970 (World Bank,
1991) kepada umur 69.6 dan 74.5 masing-masing pada tahun 1997 (United Nations, 1999) dan
telah merendahkan kadar mortaliti dan morbiditi. Tren ini secara tidak langsung telah
meningkatkan jumlah golongan warga tua di negara ini. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan
jumlah golongan yang tua-tua (old-old) berumur 75 tahun dan ke atas daripada 141 ribu pada
tahun 1980 kepada 575 ribu pada tahun 2020, iaitu pertambahan sebanyak tiga kali ganda dalam
                                Foo Leng Huat dan Zaitun Yasin



tempoh masa 40 tahun. Daripada unjuran penduduk oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan
warga tua akan bertambah dua kali ganda dari 1,032 ribu pada tahun 1991 kepada 2,076 ribu
pada tahun 2010. Selanjutnya bilangan warga tua dijangka akan bertambah tiga kali ganda
kepada 3,210 ribu pada tahun 2020 (Pala, 1998). Tambahan pula, komuniti Cina adalah warga
tua yang mencatatkan peratus tertinggi pada tahun 1991 iaitu lebih kurang 7.6 peratus
berbanding dengan kumpulan etnik lain seperti Bumiputera (5.4%), India (5.4%) dan lain-lain
(6.9%). Tambahan pula, warga tua wanita Cina yang berumur lebih daripada 50 tahun
mencatatkan peningkatan dari 45% pada tahun 1996 kepada 45.6% pada tahun 1997. Keadaan
tren mortaliti dan morbiditi yang rendah dan jangka hayat yang tinggi serta kadar kesuburan
yang rendah merupakan fenomena nyata di kalangan komuniti Cina berbanding dengan golongan
etnik yang lain. Justeru ini, terdapat tanda-tanda menunjukkan bahawa tren ini akan berterusan di
mana warga tua Cina dijangka mewakili 14 peratus daripada golongan etnik tersebut pada tahun
2020 (Pala, 1998). Selain itu, insiden kepatahan tulang pinggul di kalangan kaum Cina pada
tahun 1996 dan 1997 telah mencatatkan peratusan tertinggi berbanding dengan kaum Melayu dan
India iaitu 62.4% dan 63.3%, masing-masing (Lee, 1998). Selain itu, nisbah insiden kepatahan
tulang pinggul mengikut kaum telah menunjukkan bahawa kaum Cina mempunyai nisbah
tertinggi iaitu tiga orang kepada seorang Melayu (3:1) dan empat orang kepada seorang India
(4:1) (Lee, 1998).

Oleh itu, kejadian penyakit osteoporosis di kalangan golongan warga tua perlu diberi perhatian
yang sepenuhnya, memandangkan mereka merupakan golongan berisiko tinggi terhadap
penyakit tersebut. Di samping itu, penyakit ini juga memberi implikasi yang mendalam terhadap
kualiti hidup dari segi fizikal dan emosi warga tua. Selain itu, pengurangan jisim tulang dengan
umur merupakan proses universal ke atas golongan warga tua. Ia dipercepatkan dengan proses
menopause selaras dengan pengurangan rembesan hormon estrogen (Richelson et al., 1984).
Oleh itu, kejadian penyakit osteoporosis adalah tinggi di kalangan golongan warga tua
khususnya golongan wanita selepas menopause (Dawson-Hughes, Jacques & Shipp, 1987).
Tambahan pula, osteoporosis bukan sahaja meningkatkan bebanan terhadap sistem penjagaan,
malah ia menyebabkan kesakitan, ketidakupayaan dan pengurangan kualiti hidup (Lips, 1997).

Kajian telah dijalankan untuk menilai perkaitan di antara status kesihatan tulang (bone health
status) dengan amalan pemakanan yang berkaitan dengan pengambilan kalsium dan gaya hidup
seperti aktiviti fizikal, merokok dan meminum alkohol, kopi dan teh. Faktor-faktor risiko
penyakit ini juga dikenalpasti agar dapat merangka program-program pencegahan dan
pendidikan secara lebih komprehensif, padat dan sesuai di kalangan masyarakat khususnya
wanita selepas menopaus.


METODOLOGI

Kajian ini dijalankan di Kelab Warga Tua Evergreen, Petaling Jaya selepas mendapat
persetujuan daripada pihak yang berkenaan. Ahli-ahli kelab adalah terdiri daripada suri
rumahtangga dan mereka yang telah bersara. Kelab ini mengadakan aktivitinya setiap hari Isnin,
Khamis dan Jumaat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk “Tai Chi”, “Aromatic Chi Kung”,
kelas tarian, kelas nyanyian, senaman pagi dan sebagainya.
               Perkaitan Pengambilan Kalsium dengan Status Kesihatan Tulang



Pemilihan sample

Responden dipilih berdasarkan beberapa kriteria berikut:

1. Warga tua wanita yang berumur 50 tahun dan ke atas
2. Mereka yang telah mengalami menopause (sekurang-kuranganya 1 tahun tiada kedatangan
   haid)
3. Berbangsa Cina
4. Tidak mempunyai keadaan-keadaan seperti penyakit tiroid; tidak menggunakan Terapi
   Penggantian Hormon (HRT), atau ubat gluko-kortikoid dan sebagainya yang boleh
   mempengaruhi metabolisma tulang
5. Wanita yang masih di peringkat perimenopaus iaitu ketidakhadiran kitaran haid dalam
   tempoh enam bulan semasa kajian dijalankan dikecualikan

Pada akhir pensampelan, seramai 60 orang telah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan dan
bersetuju mengambil bahagian dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, terdapat empat orang
reponden terpaksa digugurkan kerana mereka tidak menjalankan pemeriksaan tulang di Subang
Jaya. Oleh berumur dalam lingkungan 49-81 tahun sahaja terlibat dalam kajian ini.

Pengukuran Kepadatan Mineral Tulang (KMT)

Pengukuran kepadatan mineral tulang (KMT) dijalankan di Klinik KVOTC (Klang Valley
Orthopaedic and Trauma Centre Sdn Bhd), Subang Jaya pada hari yang ditentukan dan
dikendalikan oleh juruteknik radiografik yang bertauliah. Ukuran KMT tulang belakang
dilakukan di bahagian Lumbar L1-L4 dan tulang femur proksimal kanan iaitu leher, wards dan
trokanter dengan menggunakan Densitometri Tulang “Dual Energy X-ray Absorptiometry –
DEXA” model Lunar DPX-L. Kaedah ini berdasarkan prinsip penyerapan foton oleh mineral
tulang. Kepersisan yang tinggi iaitu CV = 1% menjadikan ia kaedah terbaik untuk mengukur
perubahan yang kecil pada jisim tulang (Roubenoff et al., 1993). Tambahan pula, pengukuran
KMT melalui DEXA merupakan kaedah terbaik bagi jangkaan kepatahan pada masa depan
(Cummings et al., 1993).

Pengelasan bagi kepadatan mineral tulang (KMT) adalah mengikut syor berikut:

Kepadatan mineral tulang (nilai T-score) (WHO, 1994)
Kepadatan mineral tulang normal = ≥ -1.0
Kepadatan mineral tulang rendah (Osteopenia) = -1.0 hingga –2.5
Mereka mengidap osteoporosis = ≤ -2.5

Latar belakang dan sosio ekonomi responden

Responden ditanya mengenai latar belakang demografi sosio-ekonomi seperti umur, status
perkahwinan, taraf pendidikan dan jumlah anggaran pendapat bulanan isirumah dan individu.
Maklumat mengenai status menopause juga disoalkan iaitu tahun terakhir mengalami menopause
(sekurang-kurangnya satu tahun tiada kedatangan haid) dan puncanya.
                               Foo Leng Huat dan Zaitun Yasin



Aktiviti fizikal

Amalan aktiviti fizikal di kalangan responden ditanya berdasarkan kepada aktiviti fizikal
pekerjaan (occupational physical activity) bagi mereka yang masih melakukan pekerjaan, aktiviti
fizikal rekreasi (recreational physical activity) dan jenis aktiviti fizikal serta tempoh masa
dilakukan dalam seminggu. Selain itu, tahap aktiviti fizikal semasa umur 20 dan masakini juga
diperolehi.

Pengambilan rokok dan alkohol

Status merokok, bilangan rokok yang dihisap, tempoh merokok dan umur bermulanya tabiat
merokok, manakala status penggunaan alkohol, jenis alkohol yang diminum iaitu beer, wine atau
liquor digunakan untuk menentukan kandungan alkohol*, jangkamasa meminum alkohol dan
umur bermula meminum alkohol.

Amalan pemakanan

Maklumat mengenai pola pengambilan susu semasa peringat awal dewasa (umur 20 tahun) dan
masakini serta jumlah susu yang diminum. Bagi pengambilan minuman kopi dan teh pula,
kandungan kafeina ditentukan berdasarkan bilangan cawan yang diminium secara harian dan
mingguan. Misalnya, secawan kopi (250 ml) mengandungi kandungan kafeina sebanyak 136 mg,
manakala secawan teh (250 ml) pula mengandungi sejumlah 64 mg kafeina.

Kekerapan pengambilan makanan

Borang kekerapan pengambilan makanan merupakan kaedah taksiran dietari yang menyediakan
maklumat yang tepat dan jitu dengan kos yang berkesan dan menjimatkan masa (Smith et al.,
1999). Oleh itu, borang kekerapan pengambilan makanan semi-kuantitatif (FFQ) yang
diubahsuai daripada borang kekerapan pengambilan makanan dalam kajian pengambilan kalsium
di kalangan komuniti Cina di Singapura digunakan. Sebanyak 46 jenis makanan digunakan
dimana ia terdiri daripada kumpulan susu dan hasil tenusu, kacang soya, ikan dan makanan laut,
makanan bijirin, makanan mee, ayam dan daging, sayur-sayuran dan makanan beraneka jenis.
Responden dikehendaki melaporkan pengambilan makanan secara harian dan migguan serta saiz
hidangan makanan yang biasa diambil bagi setiap kali melalui temubual oleh penyelidik sahaja.
Di samping itu, sukatan sudu dan cawan serta gambar saiz hidangan makanan yang biasa
dimakan juga digunakan bagi memudahkan pengimbasan semula dan meningkatkan ketepatan
anggaran di kalangan responden. Pengambilan makanan yang tersenarai kemudian direkod dan
ditukar kepada nutrient kalsium berpandukan kepada Jadual Komposisi Makanan untuk Malaysia
(Tee et al., 1997). Selain menentukan pengambilan nutrient kalsium, kekerapan dan peratusan
pengambilan makanan juga diukur. Skor kekerapan pengambilan makanan kemudian ditentukan
megikut formula Reaburn, Krondl & Lau (1979).

Pengukuran antropometri

Berat badan diukur menggunakan alat penimbang SECA (West Germany) yang bertepatan 0.1
kg. Pengukuran berat badan memerlukan responden berpakaian ringan dan menanggalkan kasut
                Perkaitan Pengambilan Kalsium dengan Status Kesihatan Tulang



serta berdiri tegak dengan tangan lurus di bawah, manakala ketinggian pula diukur dengan pita
pengukur “microtoidse tape” yang bertepatan 0.1cm. Bacaan ukuran diambil sebanyak dua kali
dan bacaan purata telah dikira bagi mengurangkan ralat pengukuran. Pengelasan bagi indeks
jisim tubuh (IJT) adalah seperti berikut:

Indeks jisim tubuh (kg/m²) (WHO, 1995)
Kurang berat badan = ≤18.49
Normal                = 18.50 - 24.99
Obes Gred I           = 25.00 – 29.99
Obes Gred II          = 30.00 – 39.99

Bagi kekuatan genggaman tangan pula, bacaan kekuatan genggaman tangan pula, bacaan
kekuatan genggaman tangan kiri dan kanan yang tertinggi diambil dengan menggunakan
dinamometer tangan (Jenama: Lafayette Instrument Co. Model: 78010)

Pra-ujian

Pra-ujian borang soal selidik dilakukan pada 22hb Ogos 1998 di mana dua orang wanita selepas
menopause dipilih sebagai responden setelah memenuhi semua criteria yang ditetapkan. Tujuan
pra-ujian ialah untuk menilai kesesuaian dan keberkesanan soalan-soalan yang dibentuk
mengikut pemahaman responden. Pada akhir pra-ujian ini, didapati hanya sedikit
pengubahsuaian dilakukan dari segi soalan-soalan yang kurang difahami oleh responden.
Tambahan pula, anggaran masa yang diperlukan bagi menyiapkan satu boring soal selidik ialah
40-50 minit.

Pengumpulan data

Pengumpulan data telah dijalankan bermula dari 9hb September 1998 hingga 23hb Oktober
1998. wanita yang memenuhi semua criteria dan kerelaan mereka melakukan penyaringan tulang
di KVOTC di Subang Jaya sahaja yang layak menjadi responden kajian.

Analisis data

Data untuk kekerapan pengambilan makanan dikira dan dianalisis menggunakan program Nutri-
Cal. Data dianalisa dengan menggunakan program SPSS-PC versi 7.5 (Statistical Products For
Services Solution, Inc, Chicago) bagi semua pembolehubah kajian dalam bentuk kekerapan, min,
peratusan dan median. Sementara itu, Ujian Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menguji
perkaitan di antara KMT dengan pembolehubah-pembolehubah kajian. Nilai p ≤ 0.05 digunakan
untuk menunjukkan paras signifikan ujian-ujian berkenaan.


HASIL KAJIAN

Latar belakang responden
                                 Foo Leng Huat dan Zaitun Yasin



Min umur responden ialah 64.0 tahun dengan julat umur di antara 49-81 tahun. Hampir separuh
responden (46.4%) berumur dalam lingkungan 60-70 tahun. (Jadual 1). Majoriti responden masih
berkahwin (55.4 %). Di samping itu, taraf pendidikan di kalangan responden adalah memuaskan
kerana didapati bahawa 98.2% responden pernah mendapat pendidikan formal di sekolah tidak
kira sama ada di peringkat sekolah menengah. Majority responden (60.7%) adalah suri
rumahtangga dan tidak pernah bekerja. Min pendapatan isurumah dalam kajian ini ialah
RM3,657 dengan kebanyakan responden (41.1%) dalam lingkungan di antara RM1,000-
RM3,000. Bagi pendapatan responden pula, min pendapatan ialah RM1,102 dengan kebanyakan
responden (64.3%) melaporkan pendapatan di antara RM501-RM1,500. Tambahan pula,
kebanyakan responden juga mendapat lebih daripada satu sumber pendapatan. Sumber
pendapatan utama responden ialah daripada anak (55.4%) kerana kebanyakan mereka adalah suri
rumahtangga.

Jadual 1. Taburan responden mengikut cirri-ciri sosiodemografi (n = 56)

Ciri-Ciri                                                                 Bil   (%)
Umur (Tahun) (63.93 ± 7.44)1
 < 60 Tahun                                                               20    35.7
 60-70 Tahun                                                              26    46.4
 > 70 Tahun                                                               10    17.9

Status perkahwinan
  Berkahwin                                                               31    55.4
  Balu                                                                    17    30.4
  Bererai/berpisah/bujang                                                 8     14.3

Taraf pendidikan
 Tidak pernah bersekolah                                                  1     1.8
 Sekolah rendah (1-6 Tahun)                                               25    44.6
 Menengah rendah (hingga Tingkatan 3)                                     13    23.2
 Menengah atas                                                            17    30.4

Status pekerjaan
  Tidak pernah bekerja / suri rumahtangga                                 34    60.7
  Tidak bekerja / telah bersara                                           18    32.1
  Masih bekerja                                                           4     7.1

Pendapatan isirumah (RM) (RM3,657 ± 2,464)
 < RM1,000                                                                7     12.5
 RM1,000 – RM3,000                                                        23    41.1
 RM3,001 – RM5,000                                                        14    25.0
 > RM5,000                                                                12    21.4

Pendapatan responden (RM) (RM1,102 ± 669)
 < RM500                                                                  11    19.6
 RM501 – RM1,500                                                          36    64.3
 RM1,501 – RM2,500                                                        8     14.3
 > RM2,500                                                                1     1.8

Sumber pendapatan2
 Pemberian anak                                                           31    55.4
 Pemberian suami                                                          20    35.7
 Pencen/KWSP                                                              11    19.6
                   Perkaitan Pengambilan Kalsium dengan Status Kesihatan Tulang



    Kutipan sewa                                                   6               10.7
    Gaji                                                           4               7.1
1
    Min ± sisihan piawai dalam kurungan
2
    Boleh memilih lebih daripada satu sumber pendapatan

Ciri-ciri fizikal

Min berat badan responden ialah 53.7 kg dengan julat berat badan di antara 40.0-69.0 kg,
sementara ketinggian ialah 1.55 meter dengan julat ketinggian di antara 1.44-1.66 meter. Secara
keseluruhannya, min indeks jisim tubuh (IJT) di kalangan responden adalah memuaskan iaitu
22.4 kg/m² (Jadual 2). Majoriti responden (73.2%) berada dalam julat normal iaitu 18.50-24.99
kg/m². Bagi kekuatan genggaman tangan pula, min kekuatan tangan kanan dan tangan kiri
masing-masing mencatatkan 18.7 kg dan 16.8 kg. Secara umumnya, kekuatan genggaman tangan
kanan adalah lebih sedikit berbanding dengan kekuatan tangan kiri. Selain itu, hanya segelintir
responden (7.1%) mengalami keadaan tubuh badan bongkok. Ini merupakan tanda awal kejadian
penyakit osteoporosis.

Jadual 2. Taburan responden mengikut cirri-ciri fizikal (n = 56)

                                                                   Bil             (%)
IJT (Kg/m²)1 (22.4 ± 2.70)2
  ≤ 18.49                                                          5               8.9
  18.5 – 24.99                                                     41              73.2
  30.00 – 39.99                                                    10              17.9

Kekuatan genggaman tangan
Tangan kiri (16.8kg ± 4.29)
 < 16.8kg                                                          28              50.0
 ≥ 16.8kg                                                          28              50.0

Tangan kanan (18.7kg ± 4.56)
 < 18.7kg                                                          26              46.4
 ≥ 18.7kg                                                          30              53.6

Keadaan Bongkok “Dowager’s hump”
 Tidak                                                             52              92.9
 Ya                                                                4               7.1
1
    Min ± sisihan piawai dalam kurungan
2
    Mengikut klasifikasi rujukan WHO (1995)

Umur, jangkamasa dan punca menopause

Min umur responden mencapai menopause ialah 50.6 tahun dengan julat di antara 41.0-57.0
tahun (Jadual 3). Responden yang mengalami menopause awal melebihi mereka yang mengalami
menopause lewat sebanyak 14.3%. Majoriti responden mengalami menopause secara semula jadi
(78.6%). Selain itu, min jangkamasa selepas menopause ialah 13.5 tahun dengan kebanyakan
responden (48.2%) dalam golongan melebihi 10-20 tahun selepas menopause, manakala hanya
segelintir (16.1%) telah mencapai menopause melebihi 20 tahun.
                                   Foo Leng Huat dan Zaitun Yasin



Jadual 3. Taburan responden mengikut umur, jangkamasa dan punca menopause (n = 56)

                                                                    Bil              (%)

Umur menopause (50.6 tahun ± 3.28)1
 < 50.6 tahun (Menopaus awal)                                       32               57.1
 ≥ 50.6 tahun (Menopaus lewat)                                      24               42.9

Punca menopause
 Semulajadi                                                         44               78.6
 Pembedahan uterus                                                  12               21.4

Jangkamasa selepas menopause (13.5 tahun ± 7.94)1
 < 10 tahun                                                         20               35.7
 10-20 tahun                                                        27               48.2
 ≥ 20 tahun                                                         9                16.1
1
    Min ± sisihan piawai dalam kurungan

Tahap dan jenis aktiviti fizikal

Taburan responden mengikut tahap dan jenis aktiviti fizikal menunjukkan bahawa majority
responden melakukan aktiviti fizikal seperti “Tai Chi” (89.3%), berjalan (62.5%) dan menari
(42.9%), masing-masing mencatatkan min masa sebanyak 2.75 jam, 2.75 jam dan 2.54 jam
dalam seminggu. Appabila ditanya mengenai tahap aktiviti izikal pada umur 20 tahun dan
masakini, hanya segelintir responden mengamalkan aktiviti fizikal tidak kira sama ada aktiviti
pekerjaan atau riadah secara aktif pada umur 20 tahun (33.9%) dan masakini (10.7%).

Status merokok dan pengambilan minuman alkohol

Tiada seorang responden yang mengamalkan tabiat merokok dan hanya 10.8% responden
mengamalkan tabiat meminum alkohol.

Amalan pemakanan – pengambilan kopi, teh, kola dan susu

Bagi pengambilan kopi dan teh pula, hampir separuh daripada responden (46.4%) mengamalkan
tabiaat meminum kopi dengan min 1.73 cawan sehari. Tambahan pula, min kafeina kopi yang
diambil ialah 235.38 mg sehari dengan julat di antara 136-680 mg sehari. Sementara itu, terdapat
satu per tiga daripada responden (33.9%) meminum teh dengan min 2.0 cawan sehari, di mana
min kafeina teh yang diambil ialah 128.0 mg dengan julat di antara 64-320 mg sehari. Bagi
pengambilan susu, tabiat meminum susu pada masakini (62.5%) adalah lebih tinggi berbanding
tabiat meminum susu pada umur 20 tahun (28.6%). Namun demikian, didapati 37.5% responden
tidak suka meminum susu disebabkan bau susu yang kurang menyenangkan (33.3%), alergi
(28.6%), tanggapan salah terhadap susu (14.3%), tidak tolerans terhadap laktosa (5.3%) dan lain-
lain (9.5%).
                Perkaitan Pengambilan Kalsium dengan Status Kesihatan Tulang



Kekerapan dan skor pengambilan makanan

Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa min pengambilan jumlah kalsium ialah 807.3 mg
sehari dengan julat di antara 139.3-2075.6 mg (Jadual 4). Min pengambilan kalsium diet ialah
615.9 mg di mana ia merupakan penyumbang utama kepada kalsium keseluruhan iaitu 73% jika
dibandingkan dengan kalsium supplemen kerana hanya 36% responden mengambil kalsium
supplemen secara harian (Jadual 4).

Jadual 4. Min pengambilan kalsium (mg) mengikut sumber diet dan suplemen kalsium dalam sehari (n =
          56)

Sumber kalsium                   Min (mg) ± s.p                   Julat (mg)
Jumlah kalsium diet              615.9 ± 245.1                    139.3 – 1202.0
Suplemen kalsium (n=20)          191.4 ± 283.7                     0-1000.0
Jumlah kalsium sehari
(diet + suplemen)                807.3 ± 407.9                    139.3 – 2075.6



Apabila jumlah pengambilan kalsium dari diet dianalisis megikut kategori kumpulan makanan,
didapati bahawa susu dan hasil tenusu (30%) merupakan sumber kalsium yang utama. Ini diikuti
dengan ikan dan makanan laut (23%), sayur-sayuran (20%), makanan kacang soya (13%) dan
makanan mee (7%) (Data tidak ditunjukkan). Di samping itu, sumber makanan kalsium yang
diambil setiap hari ialah susu kalsium tinggi (41%), milo, ovaltine atau horlick (32%), roti putih
(21%) dan roti mil penuh (20%). Sementara itu, min skor pengambilan makanan sumber kalsium
ialah 32.47 dengan julat skor di antara 20.00-61.44. Skor pengambilan yang tertinggi ialah ikan
(61.44), diikuti oleh susu kalsium tinggi (56.86), Milo, Ovaltine atau Horlick (54.26), daging
khinzir (53.92) dan roti putih (50.36). Dari segi skor pengambilan mengikut kumpulan makanan
pula, didapati sumber kacang soya (40) mencatatkan min skor kekerapan pengambilan kalsium
yang tertinggi.

Pengambilan kalsium mengikut RDA Malaysia dan saranan pengambilan kalsium
optimum NIH

Terdapat lebih daripada tiga perempat jumlah responden (83.9%) memenuhi atau melebihi
saranan pengambilan kalsium mengikut RDA Malaysia (Teoh, 1975) (Jadual 5). Manakala kira-
kira 8.9% responden tidak mencapai sekurang-kurangnya dua pertiga saranan pengambilan
kalsium mengikut RDA Malaysia. Apabila pengambilan kalsium harian dikategorikan mengikut
saranan Consensus Conference on Calcium, National Institute of Health (NIH, 1994) didapati
bahawa hanya 5.4% responden yang berjaya memenuhi keperluan pengambilan kalsium yang
melebihi 1500 mg sehari. Walau bagaimanapun, majoriti responden (70%) hanya memenuhi
pengambilan kalsium yang kurang daripada 1000 mg sehari.
                                    Foo Leng Huat dan Zaitun Yasin



Jadual 5. Taburan responden mengikut pengambilan kalsium dibandingkan dengan RDA untuk Malaysia
          dan saranan pengambilan kalsium optimum NIH (n = 56)

                                                                      Bil           (%)

RDA untuk Malaysia (450mg)1
 < 300 mg                                                             5             8.9
 300 – 449 mg                                                         4             7.2
 ≥ 450 mg                                                             47            83.9

Saranan pengambilan kalsium optimum (1500 mg)2
 < 1000 mg                                                            39            69.6
 1000 – 1499 mg                                                       14            25.0
 ≥ 1500 mg                                                            3             5.4
1
    Disyorkan berdasarkan RDA untuk Malaysia (Teoh, 1975)
2
    Disyorkan berdasarkan National Institute of Health (NIH) (1994)

Kepadatan mineral tulang (KMT)

Min KMT pada bahagian lumbar ialah 0.983±0.178g/cm², manakala min KMT pada bahagian
proksimal iaitu leher, wards dan trokanter ialah 0.745±0.126 g/cm², 0.604±0.150 g/cm² dan
0.674±0.127 g/cm², masing-masing. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa 32.1%
responden dikategorikan osteoporosis pada wards bahagian femur, manakala 10.7% masing-
masing pada bahagian lumbar (L2-L4) dan leher hahagian femur. Bagi jisim tulang rendah pula,
hampir separuh responden mengalami jisim tulang rendah pada leher (53.6%) and wards
(50.0%) di bahagian femur proksimal dan bahagian lumbar L2-L4 (53.6%). Namun demikian,
lebih dua pertiga daripada responden (73.2%) mempunyai KMT normal di trokanter pada
bahagian femur proksimal.

Perkaitan KMT dengan ciri-ciri fizikal, status menopause, aktiviti fizikal dan pengambilan
kalsium

Ujian pekali Pearson korelasi menunjukkan korelasi negatif yang signifikan di antara umur
dengan KMT di leher (r = -0.419, p<0.01) dan wards (r = -0.356, p<0.01) pada bahagian tulang
femur proksimal (Jadual 7). Secara keseluruhannya, hasil kajian telah menunjukkan perkaitan
positif yang signifikan di antara berat badan dan ketinggian dengan KMT. Bagi indeks jisim
tubuh (IJT) pula, terdapat perkaitan positif dan signifikan di antara IJT dengan KMT di bahagian
leher (r = 0.299, p<0.05) dan trokanter (r = 0.297, p<0.05). Selain itu, kekuatan genggaman
tangan juga menunjukkan perkaitan positif dengan KMT pada semua bahagian femur proksimal
dan lumbar (L2-L4). Manakala, jangkamasa selepas menopause menunjukkan perkaitan negatif
yang signifikan dengan KMT di bahagian leher (r = -0.419, p<0.01) dan wards (r = -0.363,
p<0.01). Secara keseluruhannya, peningkatan pengambilan jumlah kalsium meningkatkan secara
signifikan KMT pada bahagian lumbar (r = 0.338, p<0.05), wards (r = 0.296, p<0.05) dan
trokanter (r = 0.265, p<0.05). Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan pengambilan suplemen
kalsium mempunyai perkaitan positif yang signifikan terhadap KMT pada bahagian lumbar
walaupun hanya 37.5% responden mengambil suplemen kalsium.
                    Perkaitan Pengambilan Kalsium dengan Status Kesihatan Tulang



Aktiviti fizikal juga memainkan peranan penting dalam kepadatan mineral tulang dikalangan
wanita selepas menopause. Hasil kajian menunjukkan peningkatan KMT pada semua bahagian
femur proksimal iaitu leher (r = 0.315, p<0.05), wards (r = 0.277, p<0.05) dan trokanter (r =
0.878, p<0.05) dan bahagian lumbar (r = 0.531, p<0.05) dengan meningkatnya jangkamasa
melakukan aktiviti fizikal dalam jam seminggu.

Jadual 6. Taburan responden mengikut kategori kepadatan mineral tulang (KMT)1

                                                                      Bil (%)
                                              ≥ -1 s.p         1 s.p hingga-2.5 s.p     ≤ -2.5 s.p

Lumbar (L2-L4)                                20 (35.7)              30 (53.6)           6 (10.7)

Femur Proksimal
Leher (Neck)                                  20 (35.7)              30 (53.6)           6 (10.7)
Wards (Ward’s triangle)                       10 (17.9)              28 (50.0)           18 (32.1)
Trokanter (Tronchanter)                       41 (73.2)              14 (25.0)            1 (1.8)

1
    Ukuran KMT dikategorikan berdasarkan nilai T-score (WHO, 1994)

Jadual 7.     Perkaitan di antara ciri-ciri fizikal, status menopause, aktiviti fizikal dan pengambilan
              kalsium dengan kepadatan mineral tulang femur dan lumbar (n = 56)

Ciri-ciri fizikal                                          Femur                           Lumbar
                                         Leher              Wards          Trokanter         L2-L4
Umur                                   -0.419**           -0.356**             TS             TS
Berat badan                            0.465***            0.320*           0.422**        0.362**
Ketinggian                              0.450**           0.393**           0.353**         0.327*
IJT 0.299*                                 TS              0.297*              TS

Kekuatan genggaman
 Tangan kanan                          0.498***           0.394**           0.369**           TS
 Tangan kiri                            0.291*               TS                TS             TS

Status menopaus
  Jangkamasa selepas                   -0.419**            -0.363                TS           TS
  menopaus

Pengambilan kalsium
 Kalsium keseluruhan                     TS               0.296*            0.265*          0.338*
 Suplemen kalsium                        TS                 TS                TS            0.302*

Aktiviti fizikal
Masa melakukan aktiviti fizikal         0.315*            0.277*            0.878*          0.531*
     (jam/seminggu)

*         Bererti pada paras p<0.05
**        Bererti pada paras p<0.01
***       Bererti pada paras p<0.001
TS        Tidak signifikan
                               Foo Leng Huat dan Zaitun Yasin



PERBINCANGAN

Pengurangan jisim tulang dengan umur merupakan proses universal di kalangan warga tua
terutamanya wanita selepas menopause. Jisim tulang atau KMT merupakan factor risiko yang
paling penting bagi kejadian penyakit osteoporosis dan berkaitan dengan insiden kepatahan
(Cummings et al., 1993). Tambahan pula, kekuatan tulang amat bergantung kepada jisim tulang
individu bagi mencegah penyakit ini (Suzuki, 1988). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
selapas menopaus adalah golongan berisiko tinggi mengalami osteoporosis kerana lebih satu
pertiga hingga separuh responden mengalami jisim tulang rendah (osteopenia) dan osteoporosis
di wards dan leher pada bahagian femur proksimal dan lumbar (L2-L4). Kajian Cummings dan
rakan-rakan (1993) menunjukkan bahawa pengurangan kira-kira 10% bagi setiap sisihan piawai
bagi KMT pada bahagian lumbar adalah berkait rapat dengan peningkatan 2.6 kali risiko
kepatahan pada bahagian tersebut. Ini bererti, perbezaan KMT yang sedikit akan mendatangkan
perubahan yang mendadak terhadap kekuatan tulang dan risiko kepatahan (Vuori, 1996).

Selain itu, tabiat meminum susu pada masakini (62.5%) di kalangan responden adalah lebih
tinggi berbanding tabiat meminum susu pada umur 20 tahun (28.6%). Ini merupakan amalan
yang baik kerana susu merupakan sumber kalsium yang baik berbanding dengan kacang soya
yang tinggi fitat (Heaney et al., 1991). Tambahan pula, pengambilan kalsium dari sumber tenusu
dapat meningkatkan jisim tulang di kalangan wanita pada pertengahan umur dan warga tua (Hu
et al., 1993). Kajian-kajian lain juga membuktikan perkaitan positif yang signifikan di antara
pengambilan kalsium diet dengan KMT (Dawson-Hughes et al., 1987; Hu et al., 1993). Walau
bagaimanapun, kesan pengambilan kalsium diet dalam kajian ini tidak menunjukkan perkaitan
yang signifikan dengan KMT. Ini selaras dengan kajian Burger et al., (1998) yang melaporkan
tiada perkaitan di antara kadar kesusutan tulang dengan peningkatan pengambilan kalsium diet di
kalangan wanita warga tua. Selain itu, majority responden (91.0%) dapat memenuhi atau
melebihi dua pertiga saranan pengambilan kalsium mengikut RDA untuk Malaysia iaitu
sebanyak 450 mg.

Apabila dibandingkan dengan kajian-kajian lain di kalangan populasi wanita warga tua di
Malaysia, didapati peratusan responden kajian ini yang mencapai dua pertiga saranan
pengambilan kalsium adalah lebih tinggi berbanding dengan kajian Suriah et al., (1996) yang
hanya mencatatkan 33.8% dan kajian Suzana, Earland & Suriah (2000) yang melaporkan
pengambilan kalsium mengikut RDA adalah hanya 72.4%. Ini dapat diterangkan bahawa
pengambilan susu dan hasil tenusu yang tinggi dan status socio-ekonomi yang lebih tinggi dan
memuaskan di kalangan responden kajian berbanding dengan sosio-ekonomi responden kedua-
dua kajian tersebut. Namun demikian, hanya 5.4% responden memenuhi saranan Consensus
Conference on Optimal Calcium Intake (NIH, 1994) yang menetapkan bahawa keperluan
kalsium di kalangan wanita selepas menopaus yang tidak dirawat dengan estrogen ialah 1500
mg sehari. Oleh itu, saranan pegambilan kalsium mengikut RDA untuk Malaysia perlu diteliti
dan dikemaskinikan agar bersesuaian dengan keperluan pengambilan kalsium yang tinggi dan
optimum khususnya bagi golongan warga tua.

Tambahan pula, pengambilan kalsium di kalangan responden kajian ini perlu dipertingkatkan
memandangkan ia adalah penting bagi mengurangkan kadar kesusutan tulang dan kejadian
penyakit osteoporosis (Consensus Conference on Osteoporosis, 1984). Hasil kajian ini juga
               Perkaitan Pengambilan Kalsium dengan Status Kesihatan Tulang



menunjukkan perkaitan positif yang signifikan di antara pengambilan suplemen kalsium dengan
KMT pada bahagian lumbar sahaja. Ini disokong oleh Nieves et al., (1995) yang melaporkan
bahawa pengambilan suplemen kalsium dapat meningkatkan jisim tulang di kalangan wanita
premenopaus dan wanita selepas menopaus.

Namun demikian hasil kajian ini tidak dapat membuktikannya secara keseluruhan disebabkan
bilangan sampel yang terhad iaitu hanya 38% reponden mengamalkan pengambilan kalsium
suplemen. Walau bagaimanapun, kajian jangka panjang selanjutnya perlu direka secara khusus
terhadap pengambilan suplemen kalsium di kalangan wanita selepas menopaus dari segi
keberkesannya dalam pencengahan kesusutan jisim tulang dan kesan sampingan pengambilan
berlebihan seperti hiperkalsemia, hiperkalsiuria dan pembentukan kalkulus renal berkaitan
kalsium.

Aktiviti fizikal merupakan salah satu rangsangan penting dalam pembentukan jisim tulang
(Vouri, 1996). Dalam hasil kajian ini, kebanyakan responden melakukan aktiviti “Tai Chi”
sebagai aktiviti kegemaran harian mereka di kelab warga tua ini. Ia merupakan sejenis aktiviti
fizikal yang amat bersesuaian di kalangan warga tua (Lan et al., 1998) di mana ia melibatkan
pergerakan secara minda dan tubuh badan serta keunikan dalam pergerakan yang perlahan,
lemah lembut dan menenangkan. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat mengurangkan risiko
kejatuhan dengan berkesan (Wolf, Barnhart & Kutner, 1996) dan meningkatkan kesihatan badan
secara menyeluruh (Lan et al., 1998).

Tambahan pula, pengamatan aktiviti fizikal dapat meningkatkan jisim tulang (Chesnut, 1993)
dan mengurangkan risiko kepatahan tulang (Cooper et al., 1998 dan Lau et al., 1998). Ini dapat
dibuktikan dalam kajian ini di mana KMT di semua bahagian tulang terutamanya tulang
trokanter meningkat dengan peningkatan jangkamasa yang digunakan untuk aktiviti fizikal. Oleh
itu, pengamatan dan tempoh menjalankan aktiviti fizikal yang sesuai adalah sangat penting bagi
memelihara dan meningkatkan jisim tulang di kalangan warga tua.


KESIMPULAN

Peningkatan jangka hayat dan bilangan warga tua secara mendadak di negara ini akan
meningkatkan risiko kepatahan akibat osteoporosis dalam jangkamasa sepuluh tahun yang akan
datang. Oleh itu, penyakit osteporosis dan komplikasinya dari segi kos rawatan dan kualiti hidup
seseorang selepas kejadian merupakan salah satu bakal masalah kesihatan awam yang perlu
dihadapi dan dikawal oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
dan agensi-agensi yang berkaitan dengannya. Di samping itu, langkah-langkah pencegahan harus
dirancang dan dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk mengurangkan morbiditi penyakit dan
bebanan yang akan ditanggung oleh kerajaan dan masyarakat. Oleh itu, program intervensi untuk
meningkatkan kesedaran terhadap osteoporosis dan factor-faktor risiko yang berkaitan dengan
kesihatan tulang perlu dirancang untuk golongan yang berisiko tinggi seperti golongan warga tua
dan golongan dewasa pertengahan umur. Selain itu, matlamat primer ialah untuk memastikan
puncak jisim tulang dapat dicapai sepenuhnya pada umur awal dewasa (30an). Oleh itu,
pendidikan pemakanan, penggalakan kesihatan, amalan gaya hidup yang sihat dan saranan
pengambilan kalsium yang mencukupi dan optimum perlu dimulakan dari peringkat remaja lagi.
                                Foo Leng Huat dan Zaitun Yasin



PENGHARGAAN

Penghargaan dirakamkan kepada pihak Kelab Warga Tua Evergreen, Petaling Jaya atas
kebenaran bagi kami menjalankan kajian di kelab tersebut. Ucapan ribuan terima juga ditujukan
kepada ahli-ahli kelab yang memberi kerjasama dan dorongan yang kuat dan jitu dalam
menjayakan kajian ini. Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Dr. Lee Joon
Kiong, Dr. Vaikunthan dan Cik Saripah Taib atas tunjuk ajar dan bimbingan teknikal dalam
aspek-aspek pemeriksaan tulang menggunakan DEXA. Penghargaan juga diucapkan kepada
pihak Persatuan Pemakanan Malaysia yang telah memilih kajian ini sebagai salah satu Projek
Tahun Akhir peringkat ijazah sarjana muda pemakanan terbaik di peringkat persatuan pada tahun
2000.


RUJUKAN

Barrett-Connor E (1995). The economic and human costs of osteoporotic fractures. Am J Med
98:3S-8S.

Burger H, de Laet CEDH, van Daele PLA, Weel AEAM, Wittemen JCM, Hofman A & Pols
HAP (1998). Risk factors for increased bone loss in an elderly population-The Rotterdam study.
Am J Epidemiol 147:871-879.

Chesnut III CH (1993). Bone mass and exercise. Am J Med 95: 34-36.

Consensus Conference on Osteoporosis (1984). J Am Med Assoc 252: 799-802.

Cooper C, Barker DJP & Wickham C (1988). Physical activity, muscle strength and calcium
intake in fracture of the proximal femur in Britain. Br Med J 297: 1443-1446.

Cummings SR, Black DM, Nevitt MC, Browner W, Cauley J, Ensrud K, Genant HK, Palermo L,
Scott J & Vogt TM (1993). Bone density at various sites for prediction of hip fractures – for the
study of osteoporotic fractures research group. Lancet 341: 72-75.

Dawson-Hughes B, Jacques P & Shipp C (1987). Dietary calcium and bone loss from the spine
in healthy postmenopausal women. Am J Clin nutr 46:685-687.

Heaney RP, Weaver CM & Fitzsimmons ML (1991). Soybean phytate content: effect on calcium
absorption. Am J Clin Nutr 53: 145-147.

Hegsted DM (1986). Calcium and osteoporosis. J Nutr 116: 2316-2319.

Holbrook TL, Barett-Connor E & Wingard D1 (1998). Dietary calcium and risk of hip fracture:
14-year prospective population study. Lancet ii: 1046-1049.

Hu JF, Zhao XH, Jia JB, Parpia B & Campbell TC (1993). Dietary calcium and bone density
among middle aged and elderly women in China. Am J Clin Nutr 58: 219-227.
               Perkaitan Pengambilan Kalsium dengan Status Kesihatan Tulang



Hui SL, Slemenda CW & Johston CC (1988). Age and bone mass as predictors of fracture in a
prospective study. J Clin Invest 81: 1804-1809.

Johnell O (1997). The socioeconomic burden of fractures: today and in the 21st century. Am J
Med 103:20S-26S.

Lan C, Lai JS, Chen SY & Wong MK (1998). 12-month Tai Chi training in the elderly: its effect
on health fitness. Med Sci Sports Exerc 30: 345-351.

Lau EMC, Donnan S, Barker DJP & Cooper C (1998). Physical activity and calcium intake in
fracture of the proximal femur in Hong Kong. Br Med J 297: 1441-1443.

Lee CM, Sidhu JS & Pan KL (1993). Hip fracture incidence in Malaysia 1981-1989. Acta
Orthop Scand 62: 178-180.

Lee JK (1998). Incidence of hip fracture in elderly in Peninsular Malaysia. In: 2nd AGM and
Scientific Meeting of Malaysian Osteoporosis.

Lee JK (1999). Incidence of hip fracture in elderly in Malaysia. In: 14th Scientific Conference
and Annual General Meeting. 20-21 March 1999. Abstract.

Lips P (1997). Epidemiology predictors of fractures associated with osteoporosis. Am J Med
103:3S-11S.

Meisler JG (1998). Toward optimum health: expert response to soteoporosis. J Women Health 7:
25-27.

Matkovic V, Jelic T, Wardlaw GM, Ilich JZ, Goel PK, Wright JK, Andon MB, Smith KT &
Heaney RP (1994). Timing of peak bone mass in Caucasian females and its implication for the
prevention of osteoporosis. J Clin Invest 93: 799-808.

National Health Institute (NIH) (1994). Consensus Conference on Optimal Calcium Intake. NIH
Consensus Development Panel on Optimal Calcium Intake. J Am Med Assoc 212: 1942-1948.

Nieves JW, Golden AL, Siris E, Kelsey JL & Lindsay R (1995). Teenage and current calcium
intake are related to bone mineral density of the hip and forearm in women aged 30-39 years. Am
J Epidemiol 141: 342-351.

Pala J (1998). Warga tua dan penuaan penduduk di Malaysia. Siri monograf banci penduduk.
No.4. 1998. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Probart CK, Davis LG, Hibbard JH & Kime RE (1989). Factors that influence the elderly to use
traditional or nontraditional nutrition information sources. J Am Diet Assoc 89: 1758-1762.

Reaburn JA, Krondl M & Lau D (1979). Social determinant in food selection. J Am Diet Assoc
74: 55-95.
                               Foo Leng Huat dan Zaitun Yasin



Richelson LS, Wahner HW, Melton LJ III & Riggs BL (1984). Relative contributions of aging
and estrogen deficiency to postmenopausl bone loss. N Engl J Med 311: 1273-1275.

Riggs BL & Melton III LJ (1986). Involutional osteoporosis. N Engl J Med 314: 1676-1686.

Roubenoff R, Kehayias JJ, Dawson-Hughes B & Heymsfield SB (1993). Use of dual-energy X-
ray absorptometry in body composition studies: not yet a “gold standard”. Am J Clin Nutr 58:
589-591.

Sattin RW (1992). Falls among older persons: a public health perspective. Annu Rev Public
Health 13: 489-508.

Smith BA, Morgan SL, Vaughn WH, Fox L, Canfield GJ & Bartolucci AA. (1999). Comparison
of a computer-based food frequency questionnaire for calcium intake with two other assessment
tools. J Am Diet Assoc 99: 1579-1581.

Suriah AR, Zainorni MJ, Shafawi S, Mimie Suraya S, Zarina N, Wan Zainuddin WA & Zalifah
MK (1996). Nutrient intake among elderly in souther Peninsular Malaysia. Mal J Nutr 2: 11-19.

Suzana S, Earland J & Suriah AR. (2000). Food intake and habits of rurul elderly Malays. Asia
Pacific J Clin Nutr 9: 122-129.

Suzuki T (1998). Risk factors and prevention of osteoporosis. Asia Med J 41: 124-130.

Tee ES, Ismail MN, Nasir MA & Idris K (1997). Nutrition Composition of Malaysian Food. 4th
edn. Malaysian food composition database programme c/o Institute for Medical Research, Kuala
Lumpur.

Teoh ST (1975). Recommended daily dietary intake for Peninsular Malaysia. Med J Mal 30:38-
42.

United Nations (1999). Statistical Year-book for Asia and the Pacific, p. 295. United Nations
Publication 1999.

Vouri I (1996). Peak bone mass and physical activity: a short review. Nutr Rev 54: 11-14.

World Health Organization (1994). Assessment of fracture risk and its application to screening
for postmenopausal osteoporosis. WHO Technical Report Series No. 843.

World Health Organization (1995). Physical status: the use and interpretation of anthropometry.
Report of a WHO Expert Committee. WHO Technical report Series No. 854.

Wolf SL, Barnhart HX, Kutner NG (1996). Reducing frailty and falls in order persons: an
investigation of Tai Chi and computerized balance training. J Am Geriatr Soc 44: 489-497.
              Perkaitan Pengambilan Kalsium dengan Status Kesihatan Tulang



World Bank (1991). Asia region population projections, 1990-1991 edition. Working papers
WP599. Washington: Department of Population and Human Resources.

Yano K, Heilbrun LK, Wasnich RD, Hankin JH, Vogel JM (1985). The relationship between diet
and bone mineral content of multiple skeletal sites in elderly Japanese-American men and
women living in Hawaii. Am J Clin Nutr 42: 877-888.

								
To top